Вы находитесь на странице: 1из 5

ASSIGNMENT

MAY 2014 SEMESTER


SUBJECT CODE

EIT 632

SUBJECT TITLE

FUNDAMENTALS OF INSTRUCTIONAL
TECHNOLOGY - ( SOALAN BAHAGIAN A)

LEVEL

MASTER OF EDUCATION

STUDENTS NAME

HAMIDAH BINTI BAGUN @ BAAGUN

MATRIC NO.

E60101140159

PROGRAMME

MASTER

ACADEMIC FACILITATOR

DR. BONAVENTURE BONIFACE

LEARNING CENTRE

KINABATANGAN

BAHAGIAN A

INTEGRASI TEKNOLOGI DALAM BILIK DARJAH


1.0

PENGENALAN
Saya bukanlah seorang yang arif tentang teknologi khususnya teknologi maklumat

dan komunikasi (ICT). Sebelumnya, saya juga tidak pernah mendapat latihan atau mengikuti
kursus kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi terutamanya mengenai komputer dan
perisiannya. Walau bagaimana, kepesatan dan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi
pada dekad ini yang begitu hebat, sehingga digunakan secara meluas di sekolah-sekolah
sebagai bahan bantu mengajar dan belajar, mendorong saya untuk mempelajari teknologi
maklumat dan komunikasi secara kendiri terutamanya mempelajari secara serius
pengendalian komputer dan perisiannya. Inisiatif ini diambil untuk membolehkan saya
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam melaksanakan tugas dan paling
penting membolehkan saya menggunakan komputer dan perisiannya dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Berkat usaha yang berterusan di samping melalui pelbagai
kursus pembangunan profession berterusan yang diikuti sejak akhir-akhir ini, kini saya boleh
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dengan mudah tanpa melalui bantuan
orang lain.
2.0

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN


Sebelumnya, sebagai seorang guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu di sekolah,

saya sering menggunakan buku teks sebagai bahan bantu mengajar dengan mengamalkan
kaedah pengajaran konvensional (chalk dan talk). Kaedah ini berpusatkan guru sebagai
sumber

maklumat utama. Lantaran itu, saya mula merasa beban dan tertekan apabila

terpaksa mengajar banyak kelas subjek dan topik yang sama secara berulang-ulang. Pada
masa yang sama, pelajar-pelajar saya pula mula merasa bosan mengikuti pengajaran dan
pembelajaran di kelas. Prestasi mereka dalam subjek Bahasa Melayu pula mula statik dan
sukar berkembang.
Masalah-masalah yang berbangkit itu menjadi titik tolak kepada perubahan teknik dan
strategi pengajaran dan pembelajaran saya di kelas. Saya mula memikirkan mengenai aplikasi
teknologi maklumat dan komunikasi di dalam kelas bagi menyelesaikan kekangan yang
wujud. Proses perubahan ini memerlukan saya memahirkan diri dengan komputer dan
perisiannya terlebih dahulu. Selepas itu, bermulalah proses pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah dilakukan berbantukan komputer.

Proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah turut menjadi mudah apabila
semua prasarana tersedia. Skim Bantuan Komputer 1 Malaysia memastikan semua pelajar
saya mempunyai komputer riba masing-masing dan pelajar-pelajar juga mahir mengendalikan
komputer dan perisiannya. Ketersedian prasarana yang serba lengkap ini, mendorong saya
merealisasikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai bahan bantu
mengajar dan belajar yang interaktif di bilik darjah.
Ternyata penggunaan komputer dan perisiannya dalam pengajaran Bahasa Melayu
memberi impak yang amat besar kepada diri saya dan pelajar-pelajar. Mereka sentiasa
bersemangat mengikuti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah setiap kali subjek Bahasa
Melayu diajar menggunakan komputer dan perisiannya. Saya dapati peratus kehadiran pelajar
ke sekolah turut meningkat dan mereka tidak lagi mengeluh dan merasa bosan setiap kali
mengikuti pengajaran Bahasa Melayu.
Melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ini, kaedah pengajaran saya
turut berubah. Saya tidak lagi menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional.
Kesanya, kini pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tidak lagi berpusatkan guru. Setiap
kali berhadapan dengan masalah dan kemusykilan, pelajar-pelajar akan mencarinya sendiri
dengan melayari internet. Saya juga tidak perlu lagi mengulangi pengajaran setiap kali pelajar
sukar memahami pengajaran saya. Pelajar-pelajar sendiri boleh mengulangi dan mengikut
pengajaran secara kendiri sama ada di sekolah mahupun di rumah. Dalam hal ini, beban tugas
saya semakin mudah. Saya kini hanya bertindak sebagai fasilitator dan bukan lagi sebagai
sumber utama maklumat. Pencapaian pelajar dalam subjek Bahasa Melayu mula menunjukan
pola perubahan yang ketara. Keputusan dalam beberapa peperiksaan mengesahkan perkara
itu. Bilangan pelajar yang memperolehi gred A dan B semakin bertambah.
Peranan baru sebagai fasilitator di dalam kelas memberi peluang kepada saya untuk
melakukan penerokaan lebih mendalam menggenai penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran saya di sekolah. Kesan dari penerokaan yang tidak mengenal
putus asa, kini saya boleh mengajar pelbagai topik Bahasa Melayu seperti topik karangan,
tatabahasa, dan sebagainya serta boleh melaksanakan aktiviti pengayaan dan pemulihan
kepada pelajar-pelajar yang terlibat.
3.0

JENIS TEKNOLOGI YANG DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN


Sebagai seorang guru yang memperolehi pendidikan pedagogi dan psikologi

pendidikan berasaskan kaedah lama atau kaedah konvensional, pada mulanya saya agak

kekok menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran di dalam kelas.
Saya juga kurang arif mengenai teknologi maklumat dan komunikasi yang agak kompleks
sifatnya dan memerlukan kemahiran khusus yang agak tinggi. Kekangan ini mempengaruhi
pilihan saya terhadap teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam erti kata lain, saya hanya
boleh mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi yang paling asas sahaja.
Sementara teknologi maklumat dan komunikasi yang lebih rumit, saya perlu mendapatkan
bantuan juruteknik komputer sekolah.
Peralatan teknologi maklumat dan komunikasi yang paling saya gemari semasa
mengajar di dalam bilik darjah ialah komputer dan perisian powerpoint serta LCD. Ketigatiga komponen teknologi maklumat dan komunikasi ini membolehkan saya menyalurkan
pengajaran kepada pelajar dengan mudah. Sifat komputer dan perisian powerpoint yang
fleksibel maka ia boleh dipelbagaikan serta diiringi kesan audio. Kepelbagaian ini, menarik
perhatian pelajar dan mereka lebih fokus kepada isi kandungan pengajaran. Penggunaan LCD
pula membolehkan bahan pengajaran dipancarkan pada skrin di hadapan kelas yang boleh
diikuti oleh semua pelajar.
Saya juga turut menggunakan komputer dengan perisian words dan excel untuk kerjakerja menaip teks dan membuat pelbagai jadual serta graf yang akan digunakan sebagai alat
bantu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas selain perisian khusus pengajaran subjek
Bahasa Melayu. Bagi kerja-kerja menyimpanan data atau menyalin data, saya turut
menggunakan CD-ROM dan pendrive. Saya yakin penggunaan peralatan teknologi maklumat
dan komunikasi yang agak terbatas ini masih berupaya memberi impak yang besar kepada
pengajaran saya di dalam kelas. Ini kerana ia dapat menarik minat pelajar untuk belajar
bersungguh-sungguh.
4.0

PENGGUNAAN TEKNOLOGI PADA MASA DEPAN


Teknologi maklumat dan komunikasi sentiasa mengalami perubahan yang drastik dari

masa ke semasa. Keadaan ini menyebabkan teknologi maklumat dan komunikasi yang ada
pada hari ini, mungkin akan ketinggalan zaman pada hari berikutnya. Keadaan ini
mengambarkan betapa cepatnya inovasi yang berlaku dalam teknologi maklumat dan
komunikasi dalam dunia serba moden ini. Perubahan-perubahan yang berlaku ini
memerlukan saya turut

berubah seiring dengan perubahan itu. Jika tidak saya akan

ketinggalan zaman. Situasi ini memerlukan saya sentiasa meningkatkan kemahiran dalam
bidang teknologi maklumat agar sentiasa relevan dengan perubahan yang berlaku.

Walau bagaimanapun, saya akur dengan kekangan yang wujud dalam diri saya. Dari
segi faktor usia, saya hampir sampai ke penghujung kerjaya. Selain itu, pada masa-masa akan
datang, saya mungkin tidak lagi mengajar pelajar di bilik darjah tetapi terlibat dengan kerjakerja pentadbiran sahaja. Situasi-situasi ini mempengaruhi pemilihan saya terhadap teknologi
maklumat dan komunikasi yang akan saya gunakan pada masa akan datang.
Namun begitu, atas andaian saya masih lagi seorang guru yang mengajar subjek
Bahasa Melayu pada masa akan datang. Saya mungkin akan menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi yang lebih canggih dengan pelbagai fungsi yang membolehkan
saya menyalurkan maklumat kepada pelajar tanpa mengira lokasi. Saya juga akan memilih
teknologi maklumat dan komunikasi yang tidak memerlukan saya hadir ke sekolah untuk
mengajar tetapi masih dapat menyalurkan pelbagai maklumat penting dari rumah atau dari
mana-mana lokasi yang saya berada.
Saya juga akan memilih teknologi maklumat dan komunikasi di mana saya tidak perlu
lagi menaip soalan peperiksaan dan menanda jawapan pelajar dalam setiap peperiksaan yang
diadakan, sebaliknya peranan itu diambil oleh teknologi maklumat dan komunikasi. Paling
menarik saya akan mengambil peluang menggunakan teknologi sidang video dengan
fasilitator yang mengendalikan sesuatu kursus di sesuatu tempat tanpa memerlukan saya
menghadiri kursus tersebut secara fizikal. Pilihan-pilihan ini membolehkan saya tidak perlu
meninggalkan rumah dan sekolah dalam tempoh masa tertentu.
5.0

KESIMPULAN
Teknologi maklumat dan komunikasi mewarnai kehidupan manusia dari segenap

sudut. Di mana-mana sahaja teknologi maklumat dan komunikasi digunakan secara meluas
termasuk di sekolah-sekolah. Kemajuan pesat teknologi maklumat dan komunikasi
sewajarnya dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk faedah manusia sejagat. Oleh itu, semua
orang perlu menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk memudahkan urusan
dan menyenangkan kehidupan masing-masing. Sebagai seorang yang responsif kepada
perubahan, saya akan cuba sedaya upaya mengaplikasikan teknologi maklumat dan
komunikasi ketika mengajar dan melakukan tugas rutin di sekolah pada sebarang masa sama
ada ketika ini mahupun pada masa akan datang.

Вам также может понравиться