Вы находитесь на странице: 1из 2

CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

1. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau
tulisan tanpa mengubah maksudnya.
Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud
asalnya.
2. Dalam penulisan, tanda petik ("...") digunakan untuk cakap ajuk.
3. Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan
bahasa tanpa mengubah maksudnya.
4. Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.
5. Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini:
CAKAP AJUK
1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang
dilaporkan semula sebagaimana asalnya
dituturkan.
2. Tidak ada sebarang pindaan yang
dilakukan.
3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda
pembuka kata dan diakhiri dengan tanda
penutup kata ( .. )
1. "Cuci baju kamu," kata ibu kepada Ani.
2. Cikgu berkata, "Mengapa tidak hadir
semalam, Hafizi?"
3. "Datanglah ke rumah saya malam ini,
Encik Azman," kata Encik Lim.
asasasa
4. Di manakah awak letakkan beg itu ?
tanya Cikgu Azmi kepada Sunita.
5. Kata nenek kepada Siti, Begini cara
membuat kuih Bahulu.
6. Kata Hassan kepada Faizal , Ini buku
awak.
7. Ayam itu lapar, kata Asmah.
sdsdsdsds
8. Berikan bola ini kepada Zainal
Abidin, kata Dollah Salleh.

CAKAP PINDAH
1. Cakap Pindah ialah perkataan atau
percakapan yang dilaporkan semula tetapi
tidak sebagaimana yang dituturkan.
2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan
perkataan-perkataan dalam ayat.
3. Walaubagaimanapun , maksud atau
susunan perkataan sama.
1. Ibu menyuruh Ani mencuci bajunya.
2. Cikgu bertanya kepada Hafizi sebab
dia tidak hadir semalam.
3. Encik Lim mempersilakan Encik
Azman ke rumahnya pada malam
nanti.
4. Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita di
mana dia meletakkan beg itu.
5. Nenek berkata kepada Siti bahawa
begitu cara membuat Kuih Bahulu.
6. Hassan menyatakan kepada Faizal
bahawa itu buku dia.
7. Asmah menyatakan bahawa ayam itu
lapar.
8. Dollah Salleh menyuruh agar bola itu
diberikan kepada Zainal Abidin.

6. Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara berikut perlu diubah
atau diberi perhatian.
CAKAP AJUK
saya, aku, hamba
beta
kami, kita
anda, awak, kamu, engkau
dia
beliau
mereka
ini
itu
sini
begini
demikian ini
sekarang
malam tadi
semalam
hari ini
esok

CAKAP PINDAH
dia, ia, nya, beliau
baginda
mereka
saya, dia, nya
dia
beliau
mereka
itu
itu
situ, sana, tempat itu
begitu
demikian itu
masa itu, ketika itu
malam semalamnya
semalamnya
hari itu
esoknya, keesokan harinya, hari itu

Вам также может понравиться