Вы находитесь на странице: 1из 2

DOKUMENTARI PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA DI ABAD 21

(PERMAINAN SEPAK RAGA)

Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Ia telah wujud
sejak 600

tahun dahulu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 M. Ia

bertujuan untuk menguji kecekapan pemain untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut
bola raga dan memghalangnya daripada jatuh ke tanah.
Pada masa ini, sepak raga dimainkan apabila ketiadaan jaring. Sepak raga dimainkan
dalam bulatan, manakala sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring,
menggunakan gelanggang seperti dalam permainan badminton. Sepak raga juga boleh digantikan
dengan bola lain sekiranya ketiadaan bola takraw, dikenali sebagai menimbang bola dalam
bulatan.
Berdasarkan temubual dengan seorang tokoh setempat iaitu lebih mesra dipanggil Pak
Long Fadzhil yang merupakan anak jati Kg Sg layar, Sungai Petani, Kedah, permainan sepak
raga bulatan ini mulai popular sekitar tahun 70- an di kawasan setempat tersebut. Permainan ini
amat digemari oleh semua golongan daripada kanak-kanak hinggalah orang dewasa. Permainan
ini juga diminati oleh semua lapisan masyarakat dari bangsawan hinggalah ke rakyat biasa.
Permainan sepak raga ini boleh dimainkan berseorangan hinggalah kepada tiga hingga
tujuh pemain dalam satu pasukan. Permainan sepak raga bulatan ini selalu dimainkan oleh
penduduk pada waktu petang, iaitu setelah pulang daripada kerja atau tugas seharian. Selain itu,
permainan ini juga popular di majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan. Setelah
seharian mereka bergotong-royong di majlis perkahwinan, dengan bermain sepak raga bulatan
ini mereka dapat bersantai dan berseronok bersama rakan-rakan.
Terdapat beberapa nilai yang boleh diserapkan ke dalam diri melalui permainan sepak
raga bulatan ini. Pembentukan disiplin yang tinggi diperlukan agar rentak permainan menjadi
rancak dan lebih menarik. Sikap kerjasama juga dapat dipupuk seperti setiap pemain perlu
bersatu untuk menjayakan permainan. Hubungan silaturahim juga dapat dieratkan dengan
permainan ini di mana pemain-pemain sentiasa berkumpul dan bermain bersama-sama di
samping tidak melupakan tanggungjawab terhadap agama, keluarga, masyarakat dan negara.

Permainan sepak raga bulatan ini telah diperluaskan kepada golonga remaja dan pelajar
sekolah supaya permainan tradisional ini tidak akan hilang ditelan zaman. Jika dipelihara seni
warisan tradisional ini, permainan ini tentunya akan menjadi permainan tradisional yang boleh
diketengahkan sebagai permainan abad ke-21. Golongan inilah yang akan mewarisi peninggalan
tradisional yang penuh dengan keseniaan ini.

Вам также может понравиться