Вы находитесь на странице: 1из 10

ARTIKEL 1

Kebakaran Di Sumatera Tengah Punca Jerebu Di


Pantai Barat Malaysia
Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 5:50 PM

Keadaan jerebu di Kuala Lumpur pada Ahad.

KUALA LUMPUR: Aktiviti pembakaran di Sumatera Tengah Indonesia, menjadi punca


munculnya jerebu di beberapa kawasan pantai barat Semenanjung, termasuk ibu negara.
Tiupan angin barat daya ketika aktiviti pembakaran membawa asap ke negara ini, kata
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel.
Beliau berkata menurut laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC)
berpusat di Singapura Sabtu lalu, wujud lingkaran asap jerebu sederhana dari kawasan
kebakaran di wilayah Riau negara itu.
"Pihak ASMC melaporkan bilangan titik panas (hotspot) yang dikesan melalui imej satelit
National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) di Sumatera pada 21 Jun adalah
sebanyak 88," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.
Imej satelit itu turut mengesan 17 titik panas di dalam negara iaitu Pahang (1), Sabah (5),
Sarawak (10) dan Terengganu (1).
"Dalam keadaan cuaca panas dan kering serta keadaan atmosfera yang statik (tenang), habukhabuk terampai yang dibawa merentas sempadan akibat kebakaran tanah dan hutan kekal
berkumpul dalam ruang udara dan menyebabkan keadaan sedikit berjerebu," katanya.

Palanivel berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa memantau bagi mencegah pembakaran
terbuka.
Katanya, 194 pegawai JAS diberi kuasa menangkap penjenayah alam sekitar di bawah
peruntukan Seksyen 37 C Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, (Pindaan) 2012.
Sementara itu, menurut portal JAS, 30 kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara
(IPU) sederhana.
Tags / Kata Kunci:kebakaran , Sumatera , jerebu

Refleksi :
Artikel

ini

dipetik

dari

berita

online

Mstar

iaitu

di

laman

web

berikut

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/06/23/kebakaran-sumatera/ bertarikh 23
Jun 2014.
Biarpun Malaysia telah menguakuasakan undang-undang berkaitan jenayah alam
sekitar di bawah peruntukan Seksyen 37C Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, (Pindaan) 2012
melalui pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) namun kejadian jerebu sekitar Jun
2014 di Malaysia terutama di sekitar Lembah Klang serta kawasan Pantai Barat Semenanjung
Malaysia adalah berpunca daripada pembakaran terbuka yang dijalankan di Negara jiran iaitu
Sumatera, Indonesia.
Refleksinya jelas sekali, biarpun Negara menguatkuasakan undang-undang alam
sekitar tetapi ruang udara Negara kita terbuka luas tanpa halangan untuk pengaliran udara
serta tiupan angina. Tanpa kerjasama Negara-negara jiran seperti Indonesia khasnya dan
Negara-negara ASEAN, masalah jerebu ini tidak mngkin dapat dibendung. Apa yang boleh
dilakukan adalah mengujudkan kerjasama bagi menangani masalah ini dengan Negara-negara
yang terlibat di samping menguatkuasakan sepenuhnya akta yang berkaitan dengan
pengawalan alam sekitar di Negara kita sendiri.

ARTIKEL 2 :

Refleksi :
Artikel ini dipetik dari akhbar Berita Harian bertarikh 3 September 2013 berkaitan
dengan masalah jerebu yang melanda kawasan Taman Impian Putera, Bandar Seri Putera,
Selangor akibat pembakaran terbuka di tapak pembuangan sampah haram sekitar kawasan
tersebut.
Dalam artikel tersebut dinyatakan sekitar 5000 orang penduduk kawasan yang terlibat
terpaksa hidup dalam keadaan udara yang tidak bersih dan tercemar selama lebih 5 tahun
akibat pembakaran terbuka yang dilakukan di tapak pelupusan sampah haram di kawasan
mereka. Kejadian ini boleh berlaku oleh kerana kelonggaran atau penguatkuasaan undangundang berkaitan jenayah alam sekitar tidak di ambil berat oleh pihak yang berkuasa.
Lebih menyedihkan lagi, biarpun berpuluh-puluh aduan telah dibuat oleh penduduk
setempat kepada pihak yang berwajib namun masalah tersebut masih belum diatasi.
Penduduk masih hidup bertemankan jerebu hasil pembakaran terbuka tersebut. Oleh yang
demikian, apa yang menjadi persoalan di sini ialah kenapa tiadanya penguatkuasaan
dijalankan sedangkan terdapat undang-undang atau akta yang berkaitan dengan perkara
tersebut ? Di sini dapat saya katakan, pihak berkuasa haruslah memainkan peranan masingmasing dalam usaha mengawal kejadian jerebu daripada berlaku tanpa berselindung di
sebalik kepentingan tertentu. Jangan nanti bila dah terhantuk barulah kita hendak mengadah.

ARTIKEL 3 :

Refleksi :
Artikel ini dipetik dari Kolum Agama, Berita Harian bertarikh 6 Ogos 2013.
Artikel ini membincangkan masalah jerebu yang melanda Negara dan perkaitannya
dengan kerakusan manusia itu sendiri. Penulis telah merujuk beberapa hadis serta kejadian
yang berlaku semasa zaman Rasulullah S.A.W di mana pada ketika itu telah berlaku kejadian
jerebu dan kemarau kerana kerap melakukan penentangan kaum-kaum Bani Mudhar dari
puak musyrikin Mekah terhadap baginda.
Jelas daripada artikel tersebut, biarpun sehebat mana kita manusia menguatkuasakan
undang-undang yang berkaitan dengan alam sekitar umpamanya serta mengambil pelbagai
langkah untuk mengatasi masalah ini tetapi jika kita semua sebagai umat manusia yang
menjadi hamba kepada Maha Pencipta, jika kita tidak tunduk dan mentaati setiap perintah
dan suruhanNya maka Dia Maha Berkuasa untuk menurunkan bala yang pasti akan menimpa
seluruh umat manusia.
Selain daripada melakukan aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan bagi mengelak
dari kejadian jerebu terus berlaku, kita sebahagai hambaNya hendak sentiasa beramal, berdoa
dan mematuhi setiap perintah dan laranganNya. Musibah yang melanda Negara, seperti
kejadian jerebu ini hendaklah di anggap sebagai musibah akibat daripada perbuatan serta
kerakusan kita sendiri dalam menjaga alam sekitar yang telah dikurniakan oleh Maha
Pencipta untuk setiap hambaNya.

ARTIKEL 4 :

Refleksi :
Artikel ini dipetik dari laman berita online Malaysian Insider bertarikh 13 Mac 2014 dan
petikan akhbar Berita Harian 4 Ogos tahun yang sama.
Artikel berbentuk grafik ini memaparkan IPU atau Indeks Pencemaran Udara yang
telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS)

kawasan-kawasan di sekitar negeri

Selangor yang terjejas teruk akibat kejadian jerebu yang melanda.


Jelas di sini dapat kita lihat kesan jerebu bukan sahaja mengakibatkan kesihatan kita
terjejas tetapi juga aktiviti serta kegiatan harian lain juga turut sama terjejas. Ini berikutan
131 buah sekolah di Daerah Klang telah diarahkan tutup disebabkan jerebu. Apabila kejadin
seperti ini sering berlaku, proses pengajaran dan pembelajaran murid juga akan terganggu
kerana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tidak mahu kesihatan murid-murid sekolah
terjejas kesan daripada kejadian jerebu.
Apa yang penting, kita semua hendaklah sama-sama bertanggungjawab dalam
menangani isu ini kerana kejadian sekiranya kejadian ini terus berlaku, selain daripada
kesihatan kita akan terjejas tetapi segala aktiviti serta kegiatan harian kita turut sama terjejas
seperti persekolahan, bersukan, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Ini bukan sahaja boleh
mendatangkan bahaya kepada kesihatan tetapi juga akan mendatangkan kerugian kepada
Negara khasnya kegiatan ekonomi Negara.
Selain daripada itu, pelepasan asap daripada kenderaan bermotor yang meningkat
dengan begitu mendadak di sekitar Lembah Kelang menjadi antara penyumbang kepada
berlakunya kejadian jerebu. Namun begitu, kita semua harus sedar dan mengambil langkah
serta mematuhi semua arahan serta larangan yang telah dikeluarkan oleh pihak-pihak
berkuasa tertentu kerana setiap arahan dan larangan tersebut adalah untuk kebaikan kita
bersama.

ARTIKEL 5 :

Refleksi :
Artikel ini dipetik dari akhbar Sinar Harian bertarikh 11 Oktober 2013.
Dalam petikan ini menunjukkan dengan jelas pemimpin Negara-negara ASEAN telah
mengambil langkah yang proaktif dalam usaha mereka menangani masalah jerebu yang
melanda Negara-negara sekitar Asia Tenggara terutamanya Negara kita Malaysia yang
terjejas teruk akibat kejadian jerebu.
Setiap pemimpin Negara termasuklah Perdana Menteri kita Datuk Seri Mohd Najib
Tun Razak telah bersepakat untuk menerima cadangan yang telah dibentangkan oleh Menteri-

menteri Alam Sekitar ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-23 Tahun 2013. Rata-rata
pemimpin Negara ASEAN berharap semua Negara anggota terlibat terutamanya Indonesia
mengambil langkah yangn lebih serius bagi mengawal kejadian jerebu terutamanya dengan
mengawal aktiviti pembakaran terbuka di Negara tersebut. Setiap Negara ASEAN juga telah
bersepakat kerana akan saling bantu membantu ketika menghadapi isu tersebut.
Kesimpulannya, sikap saling bantu membantu merupakan sikap yang perlu dijadikan
amalan ketika menghadapi sebarang isu atau bala bencana. Sikap ini bukan sahaja harus
dipupuk di kalangan masyarakat Negara kita tetapi juga seluruh masyarakat dunia
terutamanya Negara-negara ASEAN dengan menjadikan pemimpin-pemimpin Negara terlibat
sebagai penggerak dalam merealisasikan kerjasama tersebut.

Вам также может понравиться