Вы находитесь на странице: 1из 30

Sang Kembala Kuda

MAKSUD SAJAK

RANGKAP 1

Dia lelaki bergelar perkasa


Dengan cemeti keberanian di tangan
Rembat angkuhnya memacu takut
Menghalau kuda-kuda di padang
Berebutan memburu kandang.

Maksud
Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang

gagah. Berbekalkan keberanian yang


dimilikinya, dia dengan angkuh merembat
kuda dengan menggunakan cemeti untuk
menakutkan kuda-kuda itu sambil menghalau
kuda-kuda yang sedang berada di padang
bersegera balik ke kandang.

RANGKAP 2

Rumput dan jerami yang terhidang


Adalah kanun janji kesetiaan
Dimamah rakus kala lapar
Tak peduli nasib diri setelah kenyang
Jadi tunggangan memburu rakan.

Maksud

Sementera itu, rumput dan jerami


merupakan makanan yang lazim terhidang
dan akan dimakan oleh kuda-kuda ketika
lapar. Setelah kenyang, kuda-kuda itu
tidak peduli akan nasib mereka dijadikan
kuda tunggangan untuk menjejaki kudakuda yang lain.

RANGKAP 3

Dia lelaki punya kuasa


Sesekali suaranya lebih gempita
Daripada ringkik kuda sekandang
Pacuannya diiring seribu keberanian
Meredah onak di rimba perburuan
Meranduk lumpur di paya penindasan
Sambil melibas cemeti durjana
Dia melampar muslihat
Aku penyelamat maruah
Berjuang atas dasar kebenaran
Menentang semua kebobrokan.

Maksud

Dengan kuasa yang ada padanya dan


apabila sesekali bersuara nyaring, sang
gembala kuda begitu berani dan yakin
menunggang kuda-kuda itu menempuh
segala rintangan dan kepayahan. Dai bijak
menggunakan tipu helahnya dengan
berpura-pura sebagai penyelamat maruah
yang kononnya berjuang atas dasar
kebenaran dan menentang segala
penipuan.

RANGKAP 4

Dia lelaki sang gembala kuda


Hanya mengenal pantas tunggangan
Tanpa membaca keletihannya
Dia lelaki sang gembala kuda
Hanya tahu mengejar kehebatan
Tanpa menghitung kesakitannya
Dan kuda-kuda itu ditunggangi
Ditunggangi dan ditunggangi!

Maksud

Sang gembala kuda ialah seorang lelaki


yang hanya ingin mengetahui kepantasan
larian kudanya tanpa mempedulikan
kepenatan kuda itu. Sang gembala kuda
juga hanya tahu mengejar kejayaan tanpa
mengambil kira kesengasaraan kuda itu.
Sang gembala kuda hanya mementingkan
diri apabila kuda-kuda itu terus
ditunggangi berulang-ulang kali tanpa
rasa belas.

Tema

TEMA

Sajak ini bertemakan kekuasaan penjaga kuda


dan penganiayaan tenaga haiwan yang
dilakukannya terhadap kuda-kuda
tunggangannya.

Persoalan

PERSOALAN
Kekuasaan

mempengaruhi gaya
kepemimpinan.
Ketegasan dalam memimpin
Penganiayaan terhadap haiwan.
Kepatuhan menurut perintah.
Keberanian menempuh cabaran dan
rintangan.
Kebijaksanaan mengeksploitasi golongan yang
lemah
Pasrah dan reda akan ketentuan Ilahi.

Bentuk sajak

BENTUK SAJAK
Sajak

ini berbentuk bebas atau tidak terikat.


Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
Bilangan barisnya tidak sama.
Jumlah patah kata dalam setiap baris tidak
sama, iaitu antara tiga hingga enam patah
kata sebaris.
Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri
daripada lapan hingga tiga belas suku kata.
Rima akhir sajak ini bebas
(abcdd,abcad,aabcccadecc dan abaabacc.)

Gaya bahasa dan keindahan


bunyi

Gaya bahasa

Contoh

1. Pemilihan kata yang indah

(a)Rembat angkuhnya memacu


takut
(b)Meredah onak di rimba
perburuan

2. Epifora

Perulangan kata ditunggangi

3. Repetisi(Perulangan)

Ditunggangi dan ditunggangi

4. Metafora

(a)Rimba pemburuan
(bPaya penindasan
Cemeti durjana

5. Personifikasi

(a)Rembat angkuhnya memacu


takut
(b)Pacuannya diiiring seribu
keberanian

6. Hiperbola

Dimamah rakus kala lapar

7. Sinkope

Tak peduli nasib diri setelah


kenyang

8. Inversi

Dan kuda-kuda itu ditunggangi


dari

9. Asonansi

(a)Sesekali suaranya lebih gempita(Bunyi


vokal i)
(b)Menentang semua kebobrokan(Bunyi
vokal e)

Nada

NADA

Sajak ini berda sinis kerana menyatakan sikap


mementingkan diri penjaga kuda dalam menjalankan
tugasnya hinggan menganiayai dan mengakibatkan
soal-soal penjagaan khusus terhadap haiwan itu.

Nilai

Nilai
Tanggungjawab

1. Nilai tanggungjawab
Penjaga kuda bertanggungjawab menjaga kuda tunggangannya dengan
mengurus makan dan minum secara baik.
2. Nilai keberanian
Penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan
rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.
3. Nilai kebijaksanaan
Penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia
menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.
4.Nilai kegigihan
Penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga kuda-kuda
tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan terhadap
kuda-kuda itu.
5. Nilai kepatuhan
Sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.

Pengajaran

Sekian, terima kasih.

Вам также может понравиться