Вы находитесь на странице: 1из 1

CARA PEROLEHAN ARTIFAK

Muzium Sultan Abu Bakar ialah sebuah muzium di Pekan, Pahang yang
memiliki himpunan barang-barang sejarah yang kaya. Muzium ini terletak
di Jalan Sultan Ahmad, muzium ini mempamerkan barang-barang antik
yang termasuk banyak barang-barang China kuno yang diperbuat
daripada kaca dan tembikar,
serta
barang-barang
yang
berkaitan
dengan sejarah semula jadi, arkeologi, etologi, dan raja. Cara perolehan
artifak Muzium Sultan Abu Bakar di Pahang ini adalah merupakan secara
belian daripada sesuatu pihak tertentu dan daripada hadiah oleh pihakpihak tertentu.
Cara pemerolehan artifak ini amat penting bagi menjaga keaslian
sesuatu artifak tersebut. Dalam hal ini, pihak muzium memaklumkan,
artifak yang dipamerkan adalah berasal daripada hadiah iaitu antaranya
ialah lembing, tombak, pedang, keris, tembaga, gendang, patung wayang
kulit dan sebagainya. Namun begitu tidak kesemuanya hasil perolehan
daripada hadiah, ada juga pihak muzium memperoleh dengan hasil
penyelidikan dan seterusnya membeli sesuatu artifak yang berharga yang
terlibat dengan sekitar negeri Pahang dan Sultan Abu Bakar itu sendiri.
Usia artifak yang dipamerkan biasanya sekitar 60 tahun dan ke 100 tahun
keatas. Dalam hal ini, pihak muzium amat menitik beratkan cara
penjagaan dengan menjaga artifak supaya lebih kekal lama. Antara
artifak-artifak lain, ada juga kraf yang dipamerkan adalah penglibatan
secara langsung Sultan Abu Bakar sendiri antara contohnya tengkolok
diraja, keris diraja, kemahkotaan diraja dan lain-lain lagi. Artifak dan
barang warisan yang dipamerkan di Muzium tersebut adalah pengumpulan
daripada beberapa negeri antaranya ialah negeri Terengganu, Kelantan
dan Pahang.
Selain daripada cara perolehan diatas, ada juga pihak muzium
membuat pertukaran peralatan barang atau artifak dengan muzium lain
antaranya Muzium Kelantan, Muzium Terengganu dan Muzium Negara.
Sekiranya terdapat pameran khas yang mengikut tempoh yang telah
ditetapkan, pihak muzium akan mencari dengan menghubungi muziummuzium yang memiliki artifak tersebut bagi menepati objektif yang
ditetapkan dan mengikut tema yang telah ditetapkan. Dalam hal ini,
secara tidak langsung akan menghasilkan pertukaran pendapat dan
pertukaran bentuk koleksi bagi disampaikan kepada orang ramai.

Вам также может понравиться