You are on page 1of 5

HIKMAH DAN PROSEDUR

Terima kasih kepada moderator kita yg nmpk berseri.Berbalik kepada soalan


moderator,saya selaku ibu bapa mgmlkn pnddkn melalui rotan krn sy juga didik dgn
rotan,BG SAYA hkmn pnjara ini ialah subjektif
Wajar hkmn pnjara ini sekiranya ibu bapa mrotan anak smpai ke tahap mndera
Tapi
x wajar sekiranya ibu bapa itu dipenjarakan krn merotan dlm konsep pnddkn
Prinsip yg sy pgg ialah Jgn biasakan anak di rotan tapi rotan pntg dlm pnddkn
Mnurut pakar pndidikn di barat ada mgatakan bhawa mrotan dari segi psikologinya
mrgsang deria sakit.apabila deria sakit trgsang ,urat saraf dlm otak sedar,akan
mnybbkn anak itu mmusatkn prhatian kpd kita.Anak akan sedar knp dia drotan,knp
mak aku buat macam ni?
cth jika anak sy mncuri ,sy akan beri mylidik dahulu kslhnya itu dulu ,seterusnya
menasihatinya tapi jika masih mgulangi kslhn yg sama sy akan guna kaedah
mrotan..oelh itu anak itu sedar,rupanya mncuri ini salah ,anak trsbt akan sedar klu
mncuri ada hukuman nnti
Utk mnjlnkn kaedah mrotan pula,k sy akn mgepit siku sy dgn ketiak,agar merotan tu
anak itu tdk rasa skit sgt. Hayunan tu jgnla trlampau tinggi agar tekanan xtinggi dn
mnybbkn sakit.
JGN ROTAN di TMPT TRBUKA. Atau SNG DILIHAT....Jgn seskali memalukan anak ,sy
yakin semua agama pun tdk mglkkn umatnya mmbuka aib mana2 pihak bkn?
Mrotan pula bg sy hndklah tdk XMEMUDARATKAN SEHINGGA THP DERA..KITA KENA
INGAT MEROTAN INI UTK MGAJATR BKN UTK MGAZAB
PD PNDGN SY RASIONAL MROTAN dlm pnddkn INI xkn mamah ditln zaman.tapi
rasional hkmn pnjara trhdp ibu bapa yg mrotan ialah subjektif brgantung kpd tujuan
merotan..
AKTA KANAK2 2001 MNEKANKAN PRINSIP PRLNDGN KPD KANAK2 DEMI KPNTGN
TRBAIK MEREKA,KANAK2 DITAKRIFKN BAGI MEREKA YG BERADA BWH 18 THN,DASAR
PRLNDGN INI BRTUJUAN MMASTIKAN KANAK2 MNDPT PRLNDGN DRPDA
PGABAIAN,PNDERAAN,KEGANASA DAN EKSPLOITASI DAN IA MNJADI PMGKIN KPD
KESEDRAN DAN KOMITMEN SEMUA PIHAK TRMSUK SETIAP ANGGOTA MSYRT DLM
MLDGI KANAK.RANG UNDG2 BHARU AKAN DIGUBAL
DMisini saya akan mengupas berkenaan isu rotan ini dari segi agama islam.

Berhubung isu rotan, pertama sekali umat Islam perlu memahami falsafah sebenar
pensyariatan rotan dalam Islam. Perlu diingatkan, Islam adalah agama yang
menitikberatkan nilai kasih sayang.
Dalam (Surah Ali-Imran, ayat 159) yang bermaksud : "Dan jika kamu jenis yang
keras hati nescaya ramai (golongan yang berada di sekeliling kamu) akan lari (dan
tidak berminat untuk menerima dakwah yang disampaikan)."

Oleh itu , dapat kita lihat dengan jelas disini bahawa kekerasan akan menyebabkan
orang lari ataupun beralih dari kita .
Sheikh A'id al-Qarni berpendapat, konsep pendidikan anak juga mestilah berasaskan
kepada ayat itu iaitu bukan menggunakan kekerasan.
Jika kaedah pendidikan dimulakan dengan kekasaran, ia akan menyebabkan nasihat
berkenaan ditolak.
Sejarah Nabi SAW juga membuktikan Baginda tidak pernah menggunakan kekasaran
dalam mendidik walaupun kesalahan yang dilakukan sebahagian sahabat bercanggah
dengan syariat Islam.
Nabi SAW akan menjelaskan terlebih dahulu kesalahan yang dilakukan mereka di
samping memberi jalan keluar dan penyelesaian kepada kesalahan itu.
Jika ada yang masih ingkar, barulah kaedah rotan digunakan seperti disarankan oleh alQuran dalam isu solat,.
Perkara ini dapat dilihat menerusi hadis Nabi SAW: "Didiklah anak kamu solat pada
usia tujuh tahun dan rotanlah mereka apabila usia mereka menjangkau 10 tahun ( jika
masih meninggalkan solat)." (Riwayat Abu Dawud, hadis hasan sahih)
Selain itu,menggunakan kaedah galakan
Hadis ini menunjukkan bahawa kaedah mendidik dimulakan dengan galakan pada umur
tujuh tahun. Selepas tiga tahun memberi tunjuk ajar secara berhemah, maka barulah
Nabi SAW membenarkan ibu bapa untuk merotan anak yang masih ingkar terhadap
arahan dan masih melakukan kesalahan serupa.
Boleh ustaz jelaskan garis panduan merotan anak yang dibenarkan oleh Islam.
Merotan anak sememangnya dibenarkan dalam Islam selagi ia tidak memudaratkan
dan tidak mencederakan anak. Bagi menjaga kebajikan anak, maka Islam meletakkan
beberapa garis panduan rotan supaya ibu bapa dapat mematuhi panduan itu.

Selain itu, ia juga mampu mendorong ibu bapa supaya tidak melampaui batas dalam
mendidik sehingga akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada banyak pihak. Antara
garis panduan rotan dalam Islam ialah

memastikan anak telah dididik menerusi kaedah pembelajaran terlebih dahulu


sebelum rotan diguna pakai.

anak telah diberi peluang untuk berubah supaya mereka faham jika ibu bapa
mengambil keputusan untuk merotan adalah disebabkan tindakan anak sendiri
yang terus mengulangi kesalahan yang sama walaupun sudah dinasihatkan

Umur anak telah sampai 10 tahun ke atas atau umur yang layak untuk dirotan.
tidak boleh merotan anak kecil.

Sementara pemilihan rotan perlu sesuai dengan umur, tubuh dan kesalahan
anak.

Pastikan kadar rotan yang dikenakan sesuai dengan kesalahan,

cara pukulan pula tidak akan mendatangkan kecederaan kekal kepada anak
serta elakkan daripada sikap penderaan terhadap kanakkanak sama ada dari
sudut mental dan fizikal.

Sabda Nabi SAW: "Jika kamu berperang (bertelagah/bergaduh) elakkan


daripada memukul di bahagian wajah." (Riwayat Muslim) Menurut Imam alNawawi, larangan itu turut meliputi larangan menampar, menumbuk dan
sebagainya walaupun yang melakukan perbuatan itu adalah ibu bapa. Perbuatan
memukul di bahagian wajah seakan-akan menjatuhkan air muka anak sekali gus
mampu memberi kecederaan pada bahagian terbabit.

Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil perhatian bahawa menampar anak adalah
dilarang. Jika ingin menegur dan menghukum sekalipun, maka gunakanlah rotan
yang tidak mencederakan atau memudaratkan anak.Memang terdapat dalil
daripada sunah yang melarang umat Islam menampar anak di bahagian muka
walaupun bertujuan untuk mendidik kerana wajah adalah tempat sangat mulia
yang perlu dipelihara.

pukulan tersebut sudah tentu bukan pukulan yang mendera atau di tempat-tempat yang
tidak sepatutnya seperti kemaluan dan muka, atau dengan objek yang tidak sepatutnya

termasuk najis, ataupun dengan mencela mereka, kerana Islam melarang kesemua
perbuatan itu.
"Kita berbicara soal hak anak ke atas ibu bapa, bagaimana pula hak ibu bapa ke
atas anak?

"Kenapa kita tidak fikir hak ibu bapa bagi anak-anak yang derhaka, anak-anak yang
menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua dan anak-anak yang abaikan ibu
bapa setelah mereka tua? soal beliau ketika dihubungi Astro AWANI, baru-baru ini.

Fathul Bari turut menyoal jika masyarakat Malaysia ingin menjadi seperti
masyarakat di negara barat di mana hak anak-anak terlalu dijaga sehingga apabila
dewasa, mereka mengabaikan ibu bapa mereka.

"Sebab itu orang-orang Barat banyak yang musafir (kerana) mereka tak hiraukan
ibu bapa mereka lagi," katanya.

Menurut beliau, semasa kejadian banjir yang melanda beberapa negeri termasuk
Kelantan, Pahang dan Perak baru-baru ini, ramai anak-anak yang tidak pulang
melawat ibu bapa mereka yang menjadi mengsa banjir.

Mengulas tentang kandungan akta baharu yang dikatakan bakal menghukum ibu
bapa atas kesalahan merotan anak, beliau berkata dalam Islam perbuatan memukul
anak itu diharuskan, namun tidak boleh sehingga mendera.

Beliau juga mengungkap sebuah Hadis di mana Nabi Muhammad SAW telah
bersabda: "Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur
tujuh tahun dan pukul lah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh
tahun serta pisahkan tempat tidur mereka."

Apa jadi jika negara tiada kuasa untuk regulate cara hidup rakyatnya dan apa jadi
jika ibubapa tiada kuasa untuk regulate anak mereka? Diplomacy without force is
futile

Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium


mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium AlHassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimy sedang
berada di rumah baginda.

Berkata Aqra: Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku
belum pernah mencium seorang pun daripada mereka. Rasulullah melihat kepada
Aqra kemudian berkata: Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.