Вы находитесь на странице: 1из 9

EDU Mei 2014 Esei

Soalan 1
Mewujudkan semangat dinamik dan persekitaran psikososial yang positif dapat
memotivasi dan menggalakkan murid belajar. Bincangkan sejauh mana guru-guru di
Malaysia dapat mencapai matlamat berkenaan. (20 markah)
Jawapan:
Selain persekitaran fizikal yang kondusif, semangat dinamik dan persekitaran
psikososial juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan motivasi
murid untuk belajar.
Semangat dinamik merupakan semangat yang terdapat dalam sekumpulan
rakan sebaya yang mempunyai ciri, nilai, tingkah laku, dan minat yang sama di
mana semangat ini boleh menggerakkan ahli-ahli yang lain untuk bertindak
mengikut matlamat yang sama. Dalam pada itu, saya berpendapat bahawa guru
berperanan penting dalam membentuk semangat dinamik yang positif di dalam
bilik darjah. Guru boleh mengenal pasti pola bentuk dinamika kumpulan yang
wujud di dalam kelas, misalnya berdasarkan jantina, agama atau bangsa, status
sosioekonomi, pencapaian akademik, gaya pembelajaran, personaliti, dan
sebagainya. Sekiranya guru mendapati wujudnya kumpulan murid yang
terbentuk atas faktor yang boleh menyebabkan perpecahan perpaduan di dalam
kelas, contohnya agama dan status sosioekonomi yang boleh mendatangkan
elemen-elemen yang negatif, iaitu sikap perkauman dan sikap bangga diri, maka
guru haruslah mengawasi dan mengambil tindakan yang sesuai terhadap
dinamika kumpulan berkenaan. Guru boleh membimbing murid-murid tersebut
supaya bergaul secara harmonis dan sihat antara satu sama lain dengan rakanrakan yang lain untuk mengelakkan wujudnya elemen negatif atau masalah
tingkah laku di dalam bilik darjah.
Selain itu, saya juga berpendapat bahawa guru boleh memberi perhatian dan
menunjukkan keprihatinan terhadap kumpulan murid yang tersinggir oleh rakanrakan lain. Kumpulan murid sebegini jika dibiarkan memencilkan diri, lamakelamaan mereka akan berasa tersisih dan akan mengalami gangguan emosi
atau masalah sosial. Guru harus cuba mendengar dan memahami masalah yang
dihadapi mereka serta membantu mereka untuk menyelesaikan masalah. Guru
boleh mendapatkan kerjasama daripada murid-murid yang lain supaya menerima
kelemahan yang terdapat pada murid berkenaan dan menjadi kawannya dengan
hati yang terbuka. Dengan itu, murid-murid dapat belajar bersama-sama dalam
suasana yang harmonis dan persekitaran yang selesa ini menggalakkan
pembelajaran murid.
Pada hemat saya juga, guru boleh menggunakan kuasa penularan di mana guru
bijak menggunakan pengaruh murid yang berupaya untuk menggerakkan rakanrakan sekelas untuk menunjukkan tingkah laku yang diingini. Guru sebagai
pembimbing haruslah mendidik dan membimbing murid berkenaan supaya

mengamalkan tingkah laku yang baik untuk menjadi model kepada murid-murid
yang lain supaya meniru kelakuan murid tersebut yang baik.
Guru juga haruslah kerap berkomunikasi dengan kumpulan-kumpulan murid
yang terbentuk atas faktor tertentu di dalam bilik darjah. Melalui komunikasi, guru
boleh memahami masalah yang dihadapi mereka dan boleh membimbing
mereka ke arah penyelesaian masalah. Secara tidak langsung, murid-murid akan
menaruh kepercayaan dan keyakinan kepada guru dan mereka akan mempunyai
motivasi untuk belajar daripada guru.
Sudah sedia maklum bahawa guru merupakan ketua dinamika kumpulan dan
guru merupakan rol model kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu, saya
berpendapat bahawa guru haruslah mempunyai sahsiah diri yang disanjungi
tinggi untuk murid-murid meniru tingkah laku guru yang baik.
Dengan adanya semangat dinamik yang sihat, murid-murid akan berasa selamat
dan selesa di dalam bilik darjah untuk belajar. Begitu juga dengan persekitaran
psikososial, guru memainkan peranan penting untuk mewujudkan suasana yang
kondusif bagi murid-murid untuk belajar dengan berkesan dan seronok. Menurut
Haliza Hamzah (2014) dalam buku yang berjudul Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku, bagi mewujudkan persekitaran psikososial, terdapat empat faktor
yang akan dipertimbangkan. Pertama sekali adalah mengenai pendekatan
pengajaran. Pada pendapat saya, semasa guru membuat perancangan
pengajaran, beliau haruslah mengambil kira keperluan murid, perkembangan
kognitif, dan gaya pembelajaran murid. Menurut Abraham Maslow, murid-murid
mempunyai keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan diri,
penyempurnaan kendiri, pengetahuan, dan estetik. Murid-murid juga mempunyai
keperluan akademik, iaitu guru haruslah memastikan mereka memahami objektif
pengajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Selain
itu, guru juga harus memastikan murid-murid aktif terlibat dalam aktiviti kelas,
saling berinteraksi dengan rakan-rakan secara positif, belajar pengetahuan yang
berkaitan dengan kehidupan seharian, mempunyai masa yang cukup untuk
menyiapkan tugasan, mempunyai peluang untuk memperoleh pengalaman
kejayaan, dan mendapat maklum balas yang jelas dan realistik daripada guru.
Tambahan pula, menurut teori perkembangan kognitif Piaget pula, kanak-kanak
dalam lingkungan umur 7 - 12 tahun sudah berupaya untuk berfikir secara logik,
boleh memahami konsep kebalikan, transformasi, pengekalan isipadu, dan
memahami konsep atau hipotesis yang mudah yang melibatkan objek konkrit.
Dengan itu, guru boleh menyediakan tugasan atau aktiviti yang selaras dengan
kesediaan kognitif murid-murid supaya mereka boleh memahami topik yang
diajar dengan lebih efektif. Begitu juga, setiap murid mempunyai gaya
pembelajaran yang berbeza. Hal ini menyebabkan cara berfikir, mengingati,
membuat inferens, membuat keputusan, memilih juga berlainan. Guru haruslah
bijak memahami gaya pembelajaran setiap murid dan menyediakan aktiviti yang
membolehkan murid-murid untuk belajar mengikut kaedah masing-masing.
Faktor kedua yang boleh membantu mewujudkan persekitaran psikososial yang
sihat ialah gaya kepimpinan guru. Guru yang mengamalkan autokratik sentiasa

memberikan arahan, menguruskan aktiviti bilik darjah, menetapkan peraturan,


menunjukkan kuasa, dan susah dibawa untuk berbincang. Hal ini boleh
menyebabkan murid-murid berasa takut dan terancan semasa belajar. Guru
yang mengamalkan demokratik pula akan sentiasa berbincang aktiviti-aktiviti
kelas dengan murid-murid, memberi peluang murid-murid untuk memilih dan
membuat keputusan. Persekitaran psikososial yang sihat ini mendorong muridmurid untuk belajar dan rela mendengar arahan guru. Guru yang mengamalkan
laize-faire pula kerap memberi pilihan kepada murid-murid untuk membuat
keputusan sendiri.
Faktor ketiga ialah bentuk komunikasi . Komunikasi yang berkesan dapat
mewujudkan persekitaran psikososial yang memotivasikan murid-murid untuk
belajar. Semasa berkomunikasi, guru haruslah bertutur dengan jelas,
menggunakan bahasa yang sesuai, bersikap sopan, memandang arah murid
atau mempunyai kontak mata dengan murid, sedia mendengar, serta memberi
respons yang wajar kepada murid, misalnya mengangguk kepala dan mengerut
dahi.
Corak interaksi yang merupakan faktor seterusnya akan mudah terbentuk
dengan adanya bentuk komunikasi yang sihat di dalam bilik darjah. Bagi
menggalakkan interaksi dua hala antara guru dengan murid dan murid dengan
murid, maka saya berpendapat bahawa guru boleh mengadakan perbincangan
dan menyediakan pembelajaran koperatif serta melaksanakan aktiviti-aktiviti
kelas yang memerlukan kerjasama murid-murid. Hal ini secara tidak langsung
mengeratkan hubungan antara satu sama lain dan sudah tentunya corak
interaksi yang harmonis juga akan wujud.
Kesimpulannya, guru berperanan penting dalam mewujudkan semangat dinamik
dan persekitaran psikososial yang positif yang dapat memotivasikan dan
menggalakkan murid-murid belajar. Oleh itu, guru haruslah berusaha untuk
meningkatkan kualiti diri dan sentiasa mempunyai komitmen yang tinggi dalam
mengajar supaya murid-murid boleh belajar dengan berkesan dan efektif.

Soalan 2
Savin is a weak and difficult pupil in Mr. Chandrans Year 3 Class. Both his parents did
not complete their primary education. Savin is their third child. In Mr. Chandrans
class, Savin is hyperactive and moves in and out of the class as and when he wants.
All the teachers including Mr. Chandran has given up on controlling his movement.
During the lessons, he is fidgety and discruptive, often shouting out his answers
without raising his hand. Also, he is always seekin attention from Mr. Chandran during
the lessons. This tests Mr. Chandrans patience to the limit. Mr. Chandran has sent
him to time-out twice before. However, during both times, the outcome was not
encouraging as Savin would get out from the time-out corner and disturb his
classmates. When he became bored, he would fleet in and out of the class at will.
Savi can also get emotional at times. For example, when Mr. Chandran was giving out
prizes to the winners of the spelling competition which he held for his class Savin cried
because he did not get a prize even though he tried hard. This made Mr. Chandran
feel bad and as a result he brought a special prize the next day to be presented to
Savin as the student who tried the hardest. This made Savin feel very proud and
happy and, for the rest of the day, he behaved himself very well. But the next day he
was back to his usual antics.
Dengan berpandukan senario di atas dan juga merujuk kepada satu atau lebih model
pengurusan disiplin, bincangkan tindakan yang boleh dilakukan oleh Encik Chandran
bagi membantu Savin supaya bertingkah laku baik. (20 markah)
Jawapan:
Savin nerupakan seorang pelajar yang bermasalah disiplin di dalam kelasnya.
Walau bagaimanapun, tingkah lakunya dapat diubah menjadi lebih baik dengan
menggunakan beberapa model pengurusan disiplin. Antara model-model yang
boleh digunakan ialah model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, model Disiplin
Asertif Canter, model Akibat Logikal Dreikurs dan model Pengurusan Kelompok
Kounin.
Dalam kes Savin, kita boleh lihat dia berkelakuan dengan baik sepanjang hari
selepas Mr Chandran memberikan hadiah kepada dia. Hal ini serupa dengan
prinsip peneguhan yang difokuskan dalam model Modifikasi Tingkah Laku
Skinner. Peneguhan positif yang diberikan kepada Savin sebagai tanda
penghargaan usaha yang dilakukan olehnya telah membantu Savin untuk
bertindak baik. Mr Chandran boleh mengaplikasikan model Modifikasi Tingkah
Laku ini terhadap Savin. Di dalam kelas, Mr Chandran boleh memberikan
peneguhan positif kepada Savin setiap kali dia menunjukkan tindakan yang
diingini seperti mengangkat tangan sebelum menjawab soalan dan bertanya
kepada guru semasa dia hendak keluar daripada kelas. Peneguhan positif boleh
membantu mengekalkan tindakan baik Savin. Selain itu, guru juga boleh
memberikan peneguhan negatif kepada Savin, penguhan negatif merupkan

tindakan mengambil sesuatu tindakan untuk mengekalkan tindakan baik pelajar.


Sebagai contoh, jika Savin mengganggu perjalanan kelas, Mr Chandran boleh
mengambil tindakan mengurangkan masa rehat Savin supaya dia boleh
mengekalkan tingkah laku yang berdisiplin. Model Disiplin Asertif Canter agak
serupa dengan Model Modifikasi Tingkah Skinner, tetapi model ini lebih
menekankan penentuan dan penguatkuasaan peraturan dan undang-undang. Mr
Chandran perlulah menetapkan peraturan dan undang-undang dalam kelas dan
berbincang dengan pelajarnya tentang sebab peraturan dibina dan tindakan
yang akan diambil jika merrka mengingkari peraturan tersebut supaya semua
pelajar boleh menerima peraturan tersebut. Selepas itu, Mr Chandran perlu
menjalankan peraturan yang dibina dengan asertif. Peraturan ini perlulah
dijalankan dengan tegas dan konsisten. Apabila Savin membuat pekara yang
mengingkari peraturan dan undang-undang yang dibina, Mr Chandran perlulah
segera memberikan teguran dan bikan membiarkannya sahaja. Semasa Savin
mengikuti peraturan yang ditetapkan, guru boleh memberikan komen positif
untuk meningkatkan konsep kendirinya dan meneruskan tingkah laku yang
berdisiplin.
Model yang seterusnya ialah model Pengurusan Kelompok Kounin. Model ini
menekankan guru mengawasi semua pekara yang berlaku dalam bilik darjah dan
menanganinya sebelum menjadi masalah disiplin. Dalam hal ini, Mr Chandran
perlulah sentiasa memerhatikan tingkah laku Savin dan memberikan teguran
kepadanya dengan tegas dan berkadar segera sebelum tindakannya menjadi
masalah disiplin dalam kelas. Selain itu, model Pengurusan Kelompok Kounin
juga menyatakan bahawa pengurusan aktiviti dalam kelas juga dapat membantu
dalam mengawal disiplin kelas. Jika aktiviti yang dirancangkan oleh guru adalah
tidak lancar atau tidak menarik, tumpuan pelajar mudah terganggu kerana
kerana mereka berasa bosan dan tidak bermotivasi untuk terus belajar. Oleh itu,
Mr Chandran perlulah merancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan lancar supaya Savin tidak berasa bosan. Selain itu, Mr Chandran
juga perlulah mempelbagaikan teknik pengajarannya dan melibatkan pelajarpelajar untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan
merancangkan aktiviti yang menarik, Savin akan bermotivasi untuk mengikuti
aktiviti ini dan mengurangkan tindakan yang melanggar disiplin kelas. dengan ini,
tingkah laku bermasalah Savin yang berounca daripada kebosanan dapatlah
dikurangkan.
Akhir sekali ialah model Akibat Logikal Dreikurs. Dalam model ini, guru
dicadangkan untuk mewujudkan suasana kelas yang demokrasi. Guru perlu
berbincang dengan pelaajr-pelajar dan membentuk peraturan kelas bersamasama. Tujuan perbincangan ini adalah untuk menyedarkan pelajar sebab
peraturan dibina, bagaimana peraturan ini membawa faedah kepada diri dan
orang lain dan tindakan yang diambil jika mengingkari peraturan. Dengan cara ini
disiplin kendiri murid dapat dibina. Mr Chandran perlu mengadakan satu
perbincangan dengan Savin dalan situasi yang tidak mengancamkan untuk
menyedarkan Savin tentang akibat perbuatannya. Dengan kesedaran ini

mungkin Savin akan berfikirkan akibat-akibat yang bakal berlaku sebelum dia
mengambil sebarang tindakan. Mr Chandran juga boleh mengenalpasti matlamat
Savin untuk melakukan perbuatan yang melanggar disiplin kelas. bagi Savin, dia
ingin mendapatkan perhatian daripada guru dan terus mengulangi perbuatan
yang boleh mendatangkan kemarahan guru. Mr Chandran haruslah berbincang
dengan Savin dan seterusnya mengubah matlamat yang salah kepada matlamat
sebenar yang mendatangkan manfaat kepada semua. Savin yang tahu motif
sebenar tindakannya akan membaiki tindakannya, dari menimbulkan kemarahan
guru untuk mendapatkan perhatian kepada berkelakuan baik dan diingini oleh
guru untuk mendapatkan perhatian guru.

Soalan 3
Murid hiperaktif, biasanya dikategorikan sebagai murid ADHD (Attention Deficit
Hyperactivity Disorder) yang menghadapi masalah kemampuan memberi tumpuan.
Sebagai guru, bincangkan sejauh manakah anda dapat membantu murid-murid ini untuk
terus belajar dalam bilik darjah anda? (20 markah)
Jawapan:
Pendekatan
belajar
melalui analisis tugasan

Pendekatan
melalui bermain

belajar

Pendekatan
bertema

pengajaran

melibatkan proses kemahiran kepada beberapa


komponen yang mudah untuk dikuasai dan dipelajari
murid
membantu guru menyusun atur kemahiran yang perlu
dipelajari dan memberi latihan yang konsisten serta
menilai tahap pencapaian murid
langkah-langkah penyediaan analisis tugasan:
pastikan kemahiran yang sesuai diajar terhadap
murid mengikut tahap keupayaan
huraikan kemahiran yang diajar secara ringkas
kemahiran yang dipilih dipecahkan kepada
beberapa langkah kecil
pemerhatian dan penilaian dibuat terhadap murid
apabila mereka menguasai sesuatu kemahiran
penambahbaikan dibuat jika murid belum
menguasai kemahiran yang diajar
mereka akan melakukan penerokaan, penemuan dan
pembinaan berdasarkan pengalaman dengan rasa
gembira dan seronok
meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa
ingin tahu, penguasaan psikomotor, kemahiran berfikir
serta mengendalikan emosi
ciri-ciri permainan yang dirancang yang harus ditepati:
permainan mesti bebas dan terancang iaitu
mengikut langkah yang tersusun
permainan dapat diterokai murid dan mempunyai
perkaitan dengan persekitaran yang dialami murid
memberi peluang kepada murid untuk mencuba
sesuatu yang baru dan menggalakkan murid
melibatkan secara aktif
pemilihan tema mestilah bersesuaian dengan
persekitaran, tahap murid, situasi yang berkaitan
dengan murid dan peristiwa semasa
menjalankan secara berperingkat, iaitu dari mudah ke
sukar dan dari umum ke khusus
mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran terhadap
murid

Pendekatan
pembelajaran
berdasarkan pengalaman

Pendekatan kolaborasi

perkara-perkara yang perlu diambil kira:


bersesuaian dengan kehidupan murid
memberi
peluang
untuk
mengaplikasikan
kemahiran
kepada
murid
ADHD
seperti
mendengar,
membaca,
menulis,
mengira,
menaakul dan sebagainya
menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif
dan kritis
memilih aktiviti yang sesuai berdasarkan tajuk
yang diajar untuk membentuk pembelajaran
bermakna bagi murid
meningkatkan arah kendiri individu di mana murid
diberi peluang menilai keupayaan diri
guru harus memastikan suasana yang positif dan
sumber untuk proses pembelajaran mudah diperolehi
guru
juga
perlu
memastikan
murid
dapat
mengimbangi intelek dan emosi dalam pembelajaran
serta berkongsi perasaan dan pemikiran murid tanpa
mengongkong perasaan mereka ketika berinteraksi
guru memberikan latihan dan peneguhan dengan
mengaitkan pembelajaran yang baru dalam
kehidupan sebenar murid seperti sekolah, keluarga
dan komuniti
Latihan kemahiran kerja
matlamat utama latihan ini adalah untuk memberi
kemahiran kendiri, komunikasi, sosialisasi dan
kemahiran asas yang berkaitan dengan pekerjaan
dalam kehidupan
terbahagi kepada 3 bentuk iaitu:
1. latihan dalaman
guru
boleh
melaksanakan
aktiviti
berbentuk projek seperti membuat mural di
luar bilik darjah, memelihara ikan di dalam
kolam, mewujudkan sudut taman mini dan
juga membuat biskut bagi jualan di kantin
guru harus memantau dan memerhati bagi
menilai kemahiran murid
guru harus sentiasa memerhati tingkah
laku murid bagi mengelakkan kejadian
yang tidak diingini berlaku
2. latihan yang melibatkan aktiviti luar bilik darjah
guru boleh bekerjasama dengan agensi
luar untuk mengadakan projek yang
melibatkan murid ADHD

Ganjaran dan hukuman

antara contoh aktiviti ialah menghasilkan


kraftangan yang mudah seperti bunga
telur, bakul daripada kertas surat khabar
dan sebagainya
3. latihan kerja sebenar
guru boleh mengadakan latihan kerja yang
mudah seperti membersihkan kelas dan
juga persekitaran sekolah
Aktiviti luar bilik darjah
antara aktiviti yang dijalankan seperti lawatan ke
tempat kraftangan atau seni kraf, perkhemahan,
kem motivasi, aktiviti riadah dan sebagainya
merupakan alat yang paling berkesan untuk
menguruskan tingkah laku murid
guru perlu menetapkan peraturan bilik darjah yang
jelas, khusus dan ringkas yang dapat difahami murid
ADHD
guru perlu memastikan murid memahami perkara
yang akan berlaku jika mereka melanggar peraturan
tersebut
guru boleh mengubah peraturan mengikut kesesuaian
jika perlu dan mesti berbincang bersama murid ADHD
guru hendaklah memberi ganjaran dan pujian dengan
serta-merta seperti bagus, bijak, ingatan yang baik,
menakjubkan dan sebagainya
jika murid ADHD masih tidak dapat menyelesaikan
tugasan yang diberi dengan sempurna, guru harus
memberi motivasi untuk menyelesaikan tugasan
dengan lebih baik seperti cuba sekali lagi, pasti kamu
berjaya, peningkatan kamu agak baik walaupun tidak
sempurna dan lain-lain
guru harus menggunakan pelekat bintang di hadapan
kelas bagi menunjukkan peningkatan prestasi murid
ADHD, kesannya murid akan berlumba untuk
memajukan
diri
dalam
pembelajaran
dan
meningkatkan motivasi mereka

Вам также может понравиться