Вы находитесь на странице: 1из 1

1 cawan butter

1 dan 3/4 cawan gula halus


2 setengah tepung gandum
1 setengah cawan susu coklat ( pakai yg dutch lady punya )
1 setengah sudu teh esen vanilla
5 sudu besar serbuk koko
1 setengah sudu besar soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh garam
Bahan - bahan topping :
200 gm coklat masakan dicincang ( boleh pakai dark chocolate / white chocolate )
90 gm Whipping Cream
1 sudu besar butter
Cara - cara penyedian kek coklat :1. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan garam dalam satu bekas.
2. Dalam bekas lain, pukul butter dan gula hingga berkrim, gunakan mixer lebih mudah.
3. Masukkan telur satu per satu dan esen vanilla, pukul sehingga sebati.
4. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi , selang - selikan dengan susu
coklat. Pukul sehingga rata.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang kek yang telah dialas dan di gris.
6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celsius dan bakar
selama 45 - 55 minit. Guna api atas bawah.
7. Untuk mengetahui kek dah masak atau belum, anda boleh cucuk bahagian tengah kek
dgn menggunakan lidi. Sekiranya tiada adunan yang melekat bermakna kek anda telah
masak.
8. Sejukkan kek sebelum meletak topping.
Cara - cara penyedian topping :1. Masukkan kesemua bahan - bahan untuk topping . Masak di atas api perlahan sehingga
mendidih. Pastikan anda sentiasa mengacau adunan supaya tidak berkerak di bahagian
dasar periuk.
2. Tuang ke dalam mangkuk, masukkan ke dalam fridge, biarkan adunan mengeras
sedikit.
3. Keluarkan adunan, dan kacau adunan menggunakan sudu hingga pekat.
4. Sapukan pada kek dan hias.

Вам также может понравиться