Вы находитесь на странице: 1из 16

Fitrah manusia tidak berubah mengikut zaman (Nik Mustafa Nik Hasan, 1999).

Justeru,
manusia memerlukan Islam sebagai panduan hidup berasaskan realiti daripada Allah yang
tidak mempunyai batasan ruang dan masa (Khurshid Ahmad, 2001). Dalam usaha untuk
menghayati ajaran Islam dengan sempurna, penilaian merupakan elemen utama pendidikan
dan pembangunan insan (Tunku Sarah Tunku Mhd Jiwa, 1999). Penilaian yang tepat
memerlukan kaedah pengukuran yang berkesan. Kajian ini memfokuskan kepada kaedah
pembinaan alat ukuran psikometrik yang mempunyai kesahan kandungan yang tinggi sebagai
asas dalam menghasilkan alat ukuran yang tepat dan efektif menggunakan metodologi
penyelididkan kualitatif. Kaedah tersebut merangkumi memahami konsep pendidikan Islam
yang ingin diukur dengan jelas dan terperinci, membina model pengukuran yang jelas dan
menyeluruh, mendapatkan pengesahan pakar dalam bidang agama dan mendapatkan
pengesahan daripada pakar akademik bagi alat ukuran tersebut dan memastikan keseluruhan
kandungan alat ukuran pendidikan Islam bertepatan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah.
Kata kunci: Pengukuran psikometrik, kesahan kandungan dan pendidikan Islam
Islamic Educational Psychometric Instrument Development with High Content Validity
Method
ABSTRACT
Human fitrah is consistent across time (Nik Mustafa Nik Hasan, 1999). Therefore, people
need Islam as guidance for living in the reality from Allah who is without space and time
limitations (Khurshid Ahmad, 2001). In order to understand Islamic teachings proficiently,
evaluation is one of the most important elements in education and human development
(Tunku Sarah Tunku Mhd Jiwa, 1999). In accurate evaluation requires an effective
measurement technique. The current study thus focused on identifying a method to develop a
psychometric instrument with high content validity as a basis for producing such an
instrument using qualitative reseach methods. The methods consisted of having a clear and
in-depth understanding of the Islamic concepts to measure, developing a clear and
comprehensive model, achieving concurrence with religious experties and academicians and
ensuring that the overall content of the instrument was aligned with the teachings of Al-Quran
and Sunnah.
Keywords: Psychometric instrument, content validity and Islamic education
PENDAHULUAN
Ajaran Islam adalah ajaran yang lengkap dan sempurna. Kefahaman dan penghayatan ajaran
Islam yang sempurna terbukti berjaya membentuk peradaban dan tamadun manusia yang
unggul dan bermaruah. Kenyataan ini telah dibuktikan dengan kecemerlangan sahsiah dan
kemakmuran tamadun Islam di zaman Rasulullah dan Khulafa-ur-Rasyidin. Justeru, untuk
menjadi melahirkan insan cemerlang yang berupaya menjadi pemangkin kepada
pembangunan dan kesejahteraan manusia, pendidik perlu menilai dan mengetahui
sejauhmana kefahaman dan penghayatan pelajar terhadap ajaran Islam. Dengan mengetahui
tahap kefahaman dan penghayatan pelajar, pendidik dapat merangka dan melaksanakan
langkah proaktif untuk memantapkan lagi kefahaman dan penghayatan tersebut seterusnya
mencegah kejahilan dan perlangggaran terhadap ajaran Islam. Salah satu kaedah penilaian
yang terbukti berkesan adalah menggunakan kaedah pengukuran psikologi. Dalam kaedah

pengukuran psikologi, kesahan kandungan merupakan elemen utama yang menentukan


keupayaan alat ukuran tersebut untuk mengukur gagasan yang ingin diukur dengan tepat.
Kesahan kandungan dalam kajian ini ditakrifkan sebagai sejauhmana kandungan alat ukuran
sesuai, merangkumi dan mencukupi untuk mengukur bidang atau gagasan yang ingin diukur.
Sehubungan itu, kertas kerja ini membentangkan kaedah khusus untuk memastikan alat
ukuran pendidikan Islam yang dibangunkan mempunyai kesahan kandungan yang tinggi.
METODOLOGI
Metodologi kajian kualitatif grounded theory menggunakan pendekatan indepth elite
interview dibuat ke atas enam orang pakar dalam bidang agama iaitu Prof. Syed. Naquib AlAttas, Prof. Malik Badri, Prof. M. Kamal Hassan, Prof. Zakaria Stapa, Ustaz Uthman ElMuhammady dan Sahibus Samahah Dato Hasyim Yahya. Data kemudiannya dianalisis
menggunakan pendekatan analisis tematik yang disokong oleh kajian kepustakaan untuk
mengenalpasti kaedah untuk membangunkan kesahan alat ukuran untuk mengukur konsep
dan gagasan khusus dalam pendidikan Islam.
KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
Berasaskan kajian yang dibuat, terdapat lima kaedah yang telah dikenalpasti untuk
memperolehi kesahan kandungan bagi alat ukuran pendidikan Islam yang dibangunkan iaitu
memahami konsep pendidikan Islam yang ingin diukur dengan jelas dan terperinci, membina
model pengukuran yang jelas dan menyeluruh, mendapatkan pengesahan pakar dalam bidang
agama dan mendapatkan pengesahan daripada pakar akademik bagi alat ukuran tersebut dan
memastikan keseluruhan kandungan alat ukuran pendidikan Islam bertepatan dengan ajaran
Al-Quran dan Sunnah.
Memahami Konsep Pendidikan Islam Dengan Jelas dan Terperinci
Konsep-konsep pendidikan Islam bersifat khusus dan terperinci. Justeru, konsep dan gagasan
yang ingin diukur seperti konsep Islam, iman, ehsan, amanah, taqwa, tawakal, bersyukur,
pemaaf dan berakhlak mulia perlu difahami dengan jelas dan terperinci. Begitu juga dengan
konsep-konsep yang bersifat teknikal seperti dalam masalah faraid, tajwid, pengiraan zakat
dan feqah. Apabila konsep tersebut difahami dengan jelas, pembinaan item dapat
dilaksanakan dengan mudah dan ralat item alat pengukuran dapat dielakkan. Pemahaman
yang mendalam boleh diperolehi oleh penyelidik melalui proses pembelajaran berterusan
yang merangkumi pendidikan agama secara formal dan tidak formal serta penghayatan dan
pengaplikasian daripada ilmu yang diperolehi dalam kehidupan seharian.
Model Pengukuran yang Jelas dan Menyeluruh
Model pengukuran yang jelas dan menyeluruh merupakan satu keperluan untuk membina alat
ukuran pendidikan Islam yang berkualiti. Model dalam konteks kajian ini adalah rumusan
yang menerangkan tentang sistem yang ingin dikaji menggunakan elemen-elemen realiti yang
signifikan dalam bentuk gambar rajah. Pembentukan model dibuat setelah konsep atau teori
difahami dan dikuasai dengan jelas oleh penyelidik. Model yang dibentuk membolehkan
item-item alat pengukuran yang akan dibangunkan adalah mencakupi keseluruhan bidang

yang dikaji. Oleh itu, model yang dibentuk adalah sebahagian daripada proses untuk
mendapatkan kesahan kandungan alat pengukuran. Model dibentuk berasaskan konsep atau
teori yang diperolehi pada peringkat awal kajian. Konsep-konsep dan teori yang diperolehi
kemudiannya dijelaskan dalam bentuk model yang komprehensif sebagai garis panduan
dalam pembinaan item.
Pengesahan Pakar Agama
Penglibatan pakar dalam bidang agama adalah penting dalam proses pembentukan alat
ukuran. Sehubungan itu, pakar-pakar dalam bidang agama perlu dikenal pasti bagi membantu
penyelidik memahami konsep religiositi yang ingin diukur. Pakar-pakar tersebut adalah
mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang luas, mempunyai kepakaran
dalam bidang agama yang diperakui umum dan memberi sumbangan yang besar terhadap
pembangunan religiositi muslim di Malaysia. Antara pakar-pakar tersebut adalah mufti-mufti
atau bekas mufti yang telah dilantik oleh kerajaan negeri atau persekutuan, pendakwah bebas
yang diktiraf kepakarannya oleh umum, pengarah di jabatan agama Islam negeri dan
kebangsaan serta ahli akademik dalam bidang agama. Penglibatan pakar diperlukan di dalam
dua peringkat pembentukan alat ukuran iaitu pembentukan teori konsep dan pembangunan
item.
Pembentukan konsep atau teori adalah gerak kerja yang dilaksanakan untuk memahami dan
seterusnya menguasai teori, konsep atau gagasan religiositi yang ingin diukur pada peringkat
awal pembentukan alat ukuran.Teori adalah satu set pernyataan tentang makna dan
interpretasi terhadap hubung-kait antara pembolehubah atau konsep yang mempengaruhi
persepsi dan interpretasi individu terhadap sesuatu perkara (Ezzy, 2002). Pembentukan
konsep atau teori membolehkan penyelidik memahami fenomena yang dikaji dengan
mendalam (Ezzy, 2002). Proses ini juga membolehkan kesahan kandungan diperolehi.
Kesahan kandungan merupakan sejauh mana alat pengukuran dapat mengumpul data yang
merangkumi isi kandungan sesuatu bidang yang hendak diukur (Sidek Mohd. Noah, 1998).
Konsep merupakan tanggapan terhadap sesuatu perkara berasaskan penyataan-penyataan
yang signifikan atau relevan. Gagasan merupakan sekumpulan konsep yang kompleks dan
mengandungi pelbagai faktor yang saling berinteraksi (Sidek Mohd. Noah: 1998: 13).
Pembentukan konsep dan teori dilaksanakan menggunakan pendekatan penyelidikan
kualitatif. Kajian kualitatif membolehkan fenomena sosial yang kompleks difahami dengan
jelas (Marshall & Rossman, 1989). Sehubungan itu, kajian kualitatif amat sesuai digunakan
untuk menilai dan membangunkan teori yang berkait dengan makna dan interpretasi.
Penyelidik merupakan instrumen utama di dalam kajian kualitatif (Merriam, 1999). Oleh itu,
penyelidik perlu mengikuti kursus-kursus yang relevan untuk menguasai kemahiran
mengendalikan kajian kualitatif sebelum kajian dilaksanakan.
Kajian kualitatif dilaksanakan untuk memahami konsep dan seterusnya membangunkan teori
religiositi dan personaliti menurut perspektif Islam. Salah satu daripada pendekatan kajian
kualitatif yang sesuai adalah kajian kualitatif grounded theory menggunakan pendekatan
indepth interview atau elite interview yang dianalisis menggunakan pendekatan analisis
tematik. Grounded theory merupakan strategi penyelidikan yang bertujuan menjana kategori
dan teori daripada data lapangan (Punch, 1998).
Pembangunan item merupakan pembangunan item-item alat ukuran untuk mengukur
gagasan-gagasan yang ingin diukur. Pembangunan item dibuat setelah pembentukan

konsep/teori, pembentukan model dan pendefinisian operasional dilaksanakan.Tahap ini amat


penting (Sidek Mohd. Noah, 1998). Pembangunan item membolehkan penyelidik
membangunkan item-item yang relevan dan tepat untuk membina alat ukuran bagi mengukur
kriteria atau gagasan-gagasan yang ingin diukur. Item-item yang dibangunkan juga akan
menentukan kesahan, kebolehpercayaan dan kualiti alat ukuran. Item dibangunkan
berasaskan definisi operasional yang dibuat terhadap gagasan-gagasan yang ingin diukur.
Sehubungan itu, penyelidik perlu menguasai bidang yang ingin diukur atau melantik pakar
dalam bidang berkenaan untuk melaksanakan proses ini.
Pengesahan Pakar Akademik
Pengesahan pakar akademik terhadap alat ukuran yang dibangunkan juga penting.
Pengesahan pakar akademik merujuk kepada persetujuan pakar-pakar akademik dalam
bidang yang berkaitan dengan alat ukuran yang dibangunkan seperti dalam bidang agama,
psikologi dan pengukuran yang dilantik terhadap item-item alat ukuran. Pengesahan pakar
akademik boleh dilaksanakan melalui penilaian arbiter. Penilaian arbiter merupakan proses
penilaian sekumpulan pakar dalam bidang yang hendak diukur untuk menilai kesesuaian dan
kecukupan item yang dibangunkan bagi alat ukuran tersebut. Penilaian arbiter dibuat setelah
item dibangunkan untuk mengetahui kesesuaian dan kecukupan item-item yang dibangunkan
bagi alat ukuran dikenal pasti.
Bertepatan dengan Ajaran Al-Quran dan Sunnah
Hasil kajian yang merangkumi konsep dan item-item alat ukuran yang dibangunkan mestilah
menepati ajaran al-Quran dan Sunnah. Al-Quran dan Sunnah merupakan dua sumber rujukan
utama umat Islam. Justeru, keduanya menjadi neraca dalam menentukan nilai-nilai yang baik
dan buruk serta membezakan antara yang hak dan batil (perkara yang betul atau salah).
Sehubungan itu alat ukuran yang dibangunkan perlu dipastikan tidak menyalahi ajaran alQuran dan Sunnah. Bagi memenuhi tujuan tersebut, al-Quran dan hadith perlu dijadikan
sebagai sebagai dokumen utama kajian. Dokumen merupakan sumber yang berpotensi dapat
memberikan maklumat yang berguna dan relevan dengan konteks kajian (Glesne & Peshkin,
1992). Kedua-dua dokumen ini adalah penting untuk menyokong, mengesahkan dan
seterusnya menjelaskan firman-firman Allah dan hadis-hadis yang dikemukakan oleh pakar,
membentuk konsep atau model pengukuran serta menilai ketepatan item yang dibentuk atau
menolak sebarang fakta yang bertentangan dengan ajaran Islam dalam kajian yang dibuat.
Rajah 1 menunjukkan kaedah untuk mendapatkan kesahan kandungan alat ukuran pendidikan
Islam secara menyeluruh dalam bentuk piramid. Berasaskan rajah tersebut, kesahan
kandungan alat ukuran pendidikan Islam diperolehi dengan memahami konsep pendidikan
Islam yang ingin diukur dengan jelas dan terperinci, membina model pengukuran yang jelas
dan menyeluruh, mendapatkan pengesahan pakar agama dan pakar akademik serta bertepatan
dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah. Daripada kelima-lima kaedah yang dikemukakan,
keselarasan kandungan keseluruhan alat ukuran dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah adalah
tapak piramid atau asas utama kepada kesahan kandungan alat ukuran. Justeru, kesahan
kandungan alat ukuran tidak wujud apabila kandungan alat ukuran bersalahan dengan ajaran
Al-Quran dan Sunnah walaupun empat kaedah yang lain diaplikasikan dalam pembangunan
alat ukuran.
Kesahan kandungan alat ukuran sangat penting untuk memastikan kandungan alat ukuran
adalah mencukupi dan merangkumi bidang yang dikaji. Ini kemudiannya membolehkan tahap

kefahaman dan penghayatan agama pelajar dapat di ukur dengan tepat. Lanjutan itu, langkah
proaktif dapat diambil untuk memantapkan lagi kefahaman dan penghayatan pelajar dalam
usaha melahirkan individu yang cemerlang dan dapat memberi sumbangan yang besar
terhadap pembangunan dan kesejahteraan sejagat. Sehubungan itu, pendidik perlu
memastikan alat ukuran yang dibangunkan mempunyai kesahan kandungan yang tinggi
dengan mengaplikasikan kaedah-kaedah yang dikemukakan. Dalam pada itu, pendidik perlu
menyedari bahawa kesahan alat ukuran bersifat terbatas kerana pengetahuan dan keupayaan
penilaian manusia itu sendiri bersifat terbatas. Justeru, nilai mutlak diri manusia adalah di sisi
Allah kerana ilmu Allah dan kekuasaan Allah meliputi setiap kejadian yang berada di langit
dan di bumi samaada yang zahir mahupun tersembunyi.

RAJAH 1
Piramid Pembentukan Kesahan Kandungan Alat Ukuran Pendidikan Islam
RUJUKAN
Ezzy, D. (2002). Qualitative Analysis: Practice and innovation. London: Routledge.
Glesne, C. dan Peshkin, A. (1992). Becoming qualitative researchers: An
introduction. New York: Longman.
Khurshid Ahmad, (2003). Islam: Basic principles and characteristics.
http://www.iiu.edu.my/deed/articles/bpsc.html.
Marshall, C. dan Rossman, G. B. (1989). Designing qualitative research (Edisi Ketiga).
California: SAGE Publications.
Merriam, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education:
Revised and Expended from Case Study Research in Education. California: Josey Bass Inc.
Nik Mustapha Nik Hassan, (1999). Towards developing quality and productive personality,
Jurnal Al-Nahdah, 18 (3), 16-20.
Punch, K. F. (1998). Introduction to social research: quantitative and qualitative
Approaches. London: SAGE Publications
Sidek Mohd Noah, (1998). Pengujian dalam psikologi dan kaunseling: untuk
pelajar psikologi dan kaunseling. Serdang: Fakulti Pengajian Pendidikan: Universiti Putra
Malaysia.
BIODATA PENULIS
Prof. Dr. Hj. Azimi Hamzah
Pembangunan Belia (Ed.D)

Pembangunan Belia (M.Sc.)


Entomologi (B.Sc.)
Prof. Madya Dr. Steven Eric Kraus@Abdul Lateef Abdullah
Pengajian Belia (Ph.D)
Kerja Sosial (M.S)
Sains politik dan ekonomi (B.A.)
Prof. Madya Dr. Khairul Anwar Mastor
Pembangunan Personaliti (Ph.D)
Pendidikan dan Pembangunan Manusia (MA.)
Sains Makanan (B. Sc.)
Ustaz Hasnan Kasan
Pengajian Islam - B.A (Hons)
Sains Sosial dan Pengajian Islam (M.Phill)

26 Jun 2005.

Posted by Bijaksana TnC at 11:41 PM No comments:


Labels: Artikel Prosiding, UKM

Pemikiran Kritis
Berfikir Kritikal
Oleh DR. SIDEK BABA
ISTILAH kritikal berasal dari perkataan Greek kritikos yang bermaksud judge atau
menghakimi atau mengadili. Dalam tradisi orang-orang Greek dan Yunani, ia melahirkan
pemikir-pemikir yang amat kritikal terhadap sesuatu subjek dan akhirnya menjadi ahli
falsafah yang terkenal.
Barat menjadikan asas berfikir Aristotle, Plato dan Socrates sebagai landasan
mengembangkan ilmu dan kehidupan. Dalam tradisi orang-orang Islam pemikiran kritikal
memang menjadi landasan dalam membuat sesuatu keputusan, tafsir dan takwil . Menafsir alQuran dan hadis dilakukan secara kritikal supaya hasil pemikiran selari dengan kebenaran.
Kebenaran dalam Islam merujuk kepada sumber naqliah atau sumber wahyu. Wahyu adalah
autoriti atau wibawa yang tertinggi dalam memandu manusia berfikir supaya kebenaran yang
diterima tidak saja zahir tetapi memberi makna yang hakiki.
Berfikir secara kritikal membimbing pemikir ke arah kebenaran. Puncak kepada berfikir
menemukan manusia mengenai kebenaran. Proses berfikir kritikal membolehkan seseorang
membezakan yang benar dengan yang salah, yang buruk dengan yang baik, yang bermanfaat
26 Jun 2005.

dan bermusibat, yang memberi faedah atau mendatangkan padah dan sebagainya. Sudah tentu
asas yang memberikan kemampuan seseorang berfikir kritikal ialah ilmu, maklumat,
pengalaman, pertukaran pandangan dan dalam tradisi Islam diakhiri dengan hikmah.
Hikmahlah merupakan jalan terbaik membimbing manusia menemui kebenaran.
Para remaja adalah kelompok yang terbaik dilatih untuk berfikir kritikal. Kemajuan ilmu dan
pemikiran atau idea bergantung kepada wujudnya suasana yang mengizinkan pemikiran
kritikal berlaku. Apalagi untuk melahirkan modal insan yang berkualiti kemahiran berfikir
secara kritikal adalah amat dituntut. Remaja bakal menjadi dewasa dan bakal memegang
teraju kepimpinan dan pengurusan ilmu, sistem dan negara pada masa depan.
Amat penting remaja hari ini dididik dengan kemahiran berfikir yang kritikal supaya jenis
cabaran yang dinamik berubah tidak menjadikan remaja gelabah untuk mencari arah diri dan
arah tujuan dalam mengurus manusia dan kemanusiaan.
Di zaman pasca moden ini faham anarki (ketidakaturan) berkembang pesat dalam pemikiran,
kesenian, bahasa, kebudayaan malah gaya hidup manusia. Globalisasi yang datang menjadi
pemangkin terhadap jalur anarki. Kemajuan sains dan teknologi menyebabkan faham anarki
semakin mengukuh dengan melebarkan jaringan komunikasi dan telekomunikasi dan
akhirnya membentuk suatu budaya popular yang menghubungkan sesuatu dengan konsep
realiti.
Konsep realiti sudah mula menolak jalur tradisi dan akhirnya bakal menjinjing manusia
kepada kesamaran hala tuju hidup.
Untuk menjadikan remaja berfikir secara kritikal, pemahaman terhadap tradisi perlu kukuh,
asas ilmu harus teguh, sikap terbuka terhadap perbezaan perlu ada, ketelitian terhadap fakta
dan data perlu wujud. Kesediaan diri untuk dikritik dan mengkritik juga perlu ada. Tanpa asas
ini pemikiran kritikal tidak akan berkembang. Pemikiran kritikal memandu remaja berfikir
secara teliti, analitikal dan berupaya memberikan hujah-hujah yang baik dan bernas apabila
fakta itu didapati tidak benar atau diolah dengan dangkal atau tidak berasaskan maklumat
yang sahih dan jitu.
Perubahan
Menghadapi perubahan ruang dan waktu, para remaja tidak harus mengambil sikap menolak
tradisi. Tradisi adalah mata rantai yang membangun tamadun. Kemajuan yang dicapai pada
hari ini adalah hasil adanya tradisi berfikir dan berilmu yang menjadi tapak atau titik-tolak
keunggulan ilmu pada masa lalu. Tidak mungkin apa yang akan berlaku pada masa depan
tanpa tapaknya terbina di hari ini. Pemahaman terhadap tradisi ialah sesuatu yang
berkesinambungan. Asas-asas yang baik dijadikan teladan dan mengembangkan budaya
hidup yang beradab dan subur dengan nilai kemanusiaan.
Kemahiran yang perlu ada pada remaja di samping memahami dan menghargai tradisi ialah
mengurus perubahan.
Dalam Islam yang berubah itu ialah bentuk atau sesuatu yang dikaitkan dengan kemajuan
alat. Fitrah kehidupan tetap sama. Sejak zaman Nabi Adam sehinggalah ke zaman Nabi Nuh,
Lut, Isa, Musa dan Nabi Muhammad dua perkara yang menjadi asas kecenderungan manusia
iaitu sama ada manusia kekal berada dalam fitrah atau manusia yang melampaui batas fitrah.
Alat yang digunakan dengan maksud yang baik bakal mengukuhkan fitrah manusia tetapi alat
yang digunakan untuk maksud yang tidak baik boleh merosakkan fitrah manusia yang
asalnya baik. Risalah nubuwah atau keNabian bermaksud mengajak manusia kembali dan

kekal dalam keadaan fitrah. Manusia diberikan pedoman mengenai alam nyata dan alam
ghaib, mengenai yang dicipta dan Pencipta, hubungan yang dicipta dengan persekitarannya
supaya kebenaran yang hakiki menjadi asas membangunkan manusia dalam keadaan yang
fitrah.
Sebagai remaja Islam, asas ilmu Mengurus Diri dan asas ilmu Mengurus Sistem perlu kukuh.
Serangan fahaman sekular dan liberal masa kini boleh menjerumuskan kecenderungan
kritikal kepada faham anarki. Banyak masalah kehidupan yang dialami oleh orang Barat yang
berkembang hasil penolakan mereka terhadap hidup yang fitrah. Isu-isu seperti hak asasi,
gender, feminisme dan pandangan terhadap agama lahir kerana asas berfikir mereka tidak lagi
dipedoman oleh agama. Agama bagi mereka tidak relevan dan menganggap Tuhan sudah
mati.
Sebahagian remaja dan dewasa apabila terdedah dengan orientasi ilmu Barat yang menolak
agama, tiba-tiba menjadi orientalis baru yang mengkritik asas keagamaan yang dianut oleh
orang-orang terdahulu mahupun orang-orang terkini. Menghubungkan sesuatu dari Barat
sebagai maju dan mengaitkan sesuatu yang datang dari agama sebagai kolot tidak datang dari
daya kritis yang baik. Kalau begitu apa asas yang menyebabkan tamadun Islam berkembang
berabad-abad sehingga Barat terhutang ilmu kepada Islam.
Hari ini, umat Islam menjadi pengguna kepada ilmu dan teknologi Barat.
Kemunduran umat Islam pada hari ini secara kritisnya berpunca dari renggangnya hubungan
umara (pemimpin) dengan ulama' atau ilmuan. Umara' atau kepimpinan kini cenderung
menjadikan Barat sebagai model terbaik dalam pembangunan dan kemajuan dan kurang
cenderung memperkasa tamadun sendiri. Sebahagian besar ulama memiliki keupayaan yang
baik mengenai ilmu Mengurus Diri tetapi amat kurang kepakaran dalam Ilmu Mengurus
Sistem. Akhirnya dikotomi umara dan ulama melahirkan konflik yang bakal memberi kesan
terhadap kesatuan umat.
Kedua, ilmu yang diteroka oleh generasi muda Islam tidak sifatnya integratif. Falsafah dan
etika ilmu Mengurus Sistem tersisih dengan nilai-nilai murni Ilmu Mengurus Diri. Ia
menyebabkan konflik keilmuan yang berterusan dan merugikan. Ketiga, tradisi tadabbur atau
penyelidikan tidak berkembang, menyebabkan tidak lahirnya penemuan-penemuan dan
karya-karya besar untuk dijadikan rujukan umat. Keempat kegagalan menjambatani tradisi
turath atau menghayati kitab-kitab lama dengan metodologi baru dalam karya-karya terkini
yang menyebabkan karya-karya terkini lebih dominan menguasai minda remaja dan generasi
baru.
Bersikap kritis terhadap ajaran dan pengajaran dalam tradisi Islam tidaklah ditolak dan
bersikap kritis terhadap watak umat Islam memang dialu-alukan. Tetapi kritis terhadap
kebekuan dan tidak berkembangnya ilmu Islam bukan bermakna ajaran Islam itu tidak
berdaya maju. Bersikap kritis kepada amalan umat Islam adalah perlu. Tidak semua amalan
yang berlaku sama ada dalam proses pengilmuan dan kehidupan selari dengan ajaran Islam.
Oleh itu para remaja hari ini harus mempunyai daya kritis yang tinggi supaya dinamika
agama dan kehidupan sentiasa seiring. Mengkritik kelemahan umat Islam tidak semestinya
menolak kepentingan agama dalam kehidupan. Ada sebab-sebab lain yang menyebabkannya
lemah. Ajaran agama memerlukan penyegaran dan penjernihan kembali. Ia tidak bermakna
remaja Islam menolak prinsip-prinsip asasi yang ada pada Islam baik akidah, ibadah,
mualamal, syariah dan sebagainya. Tetapi upaya kritis itu hendaklah mampu menjadikan
prinsip dan ajaran Islam sesuatu yang hidup dan terus mampu mempedoman zaman dan
memacu perubahan. Inilah asas pemikiran kritis yang harus disuburkan oleh remaja.

- PROF. DR. SIDEK BABA ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM), Gombak, Selangor.
*Bicara Agama, Utusan Malaysia, 15 Julai 2006
Posted by Bijaksana TnC at 7:04 PM 1 comment:
Labels: Koleksi Artikel dari Akhbar

Tuesday, January 02, 2007


Pengukuran Religiositi Muslim
Pengukuran Religiositi Muslim

Kandungan
Bab I : Pengenalan
Bab II : Pengukuran Psikologi
Bab III : Kesahan dan Kebolehpercayaan
Bab IV : Kriteria Pengukuran Religiositi Muslim
Bab V : Prinsip Pengukuran Religiositi Muslim
Bab VI : Pembangunan Alat Ukuran Religiositi Muslim
Bab VII: Kesimpulan
Posted by Bijaksana TnC at 6:10 PM 1 comment:
Labels: Cadangan artikel khas untuk dibukukan

Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah

Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah


oleh
Azhar Ahmad
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
chead46@hotmail.com
Dr. Ab. Halim Tamuri
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
abhalim@pkrisc.cc.ukm.my
ABSTRAK

Dalam konteks pembangunan ekonomi dan politik di dalam sesebuah negara, pembinaan
akhlak dalam bentuk pembangunan manusia yang seimbang dan bersepadu akan menjamin
pembangunan ekonomi yang mampan serta kekuatan politik yang akan menjamin
kecemerlangan negara secara berterusan. Atas kesedaran tersebut, kepentingan akhlak
sebagai suatu gagasan bagi menjamin pembangunan negara yang mampan dan seimbang
dinyatakan dengan jelas sebagai salah satu di antara cabaran Wawasan 2020. Pada masa yang
sama, pelbagai dasar, sistem, perancangan strategik dan program yang dilaksanakan dalam
amalan pendidikan di negara ini memberikan gambaran yang jelas terhadap komitmen pihak
kerajaan untuk melahirkan generasi rakyat Malaysia yang memiliki keperibadian yang mulia
dan seimbang. Namun, status sebenar penghayatan akhlak di kalangan pelajar sekolah
menengah yang telah melalui sistem pendidikan di negara ini masih menjadi tanda tanya.
Dapatan dari satu kajian tinjauan menunjukkan bahawa status keseluruhan penghayatan
akhlak peribadi di kalangan pelajar sekolah menengah adalah pada tahap sederhana tinggi.
Dapatan ini seterusnya menggambarkan pola penghayatan yang agak rendah dalam beberapa
aspek akhlak kritikal di kalangan pelajar sekolah menengah seperti kewajipan solat lima
waktu, adab pergaulan dan pendedahan aurat. Sekaligus, tinjauan ini mungkin memberikan
sedikit gambaran tentang punca kepada beberapa masalah sosial yang dihadapi dalam
masyarakat masa kini. Beberapa prospek penyelidikan turut dicadangkan bagi meneliti
dengan lebih mendalam terhadap penghayatan akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah.
PENDAHULUAN
Kepentingan akhlak sebagai suatu gagasan bagi menjamin pembangunan negara yang
mampan dan seimbang dinyatakan dengan jelas sebagai salah satu di antara cabaran Wawasan
2020 iaitu untuk mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika sepenuhnya, yang
rakyatnya kuat beragama dan nilai kerohanian serta disemai dengan nilai etika paling tinggi
(Mahathir, 1991). Dalam konteks pembangunan ekonomi dan politik di dalam sesebuah
negara, pembinaan akhlak dalam bentuk pembangunan manusia yang seimbang dan
bersepadu akan menjamin pembangunan ekonomi yang mampan (M. Umar, 1998; Mohd
Kamal, 1988a) serta kekuatan politik yang akan menjamin kelangsungan dan kecemerlangan
bangsa dan negara secara berterusan (Tajul Ariffin Nordin, 1999).
Dalam konteks sosial, akhlak merupakan sendi yang mengikat kukuh perhubungan dalam
sesebuah masyarakat sehingga dapat menjamin kewujudan, kestabilan, keamanan dan
kesejahteraan di dalam masyarakat tersebut. Keruntuhan nilai akhlak di dalam sesebuah
masyarakat bukan saja menjadi ancaman kepada kesejahteraan mental individu dalam
masyarakat (Najati, 1993), malah turut menjadi punca sebenar kepada kemusnahan kerana
keruntuhan nilai akhlak akan melemahkan setiap sendi sesebuah masyarakat (Malek Bennabi,
1998). Malah para pengkaji kemasyarakatan Barat sendiripun menyedari akan sendi-sendi
kelemahan ini dan membuat kesimpulan terhadap keperluan kepada kembali kepada unsurunsur pemurnian akhlak terutama sekali melalui agama (Mohd Sulaiman Yasin, 1992).
Sungguhpun demikian, realiti semasa menunjukkan petanda mengenai jurang yang semakin
melebar di antara idealisme kepentingan akhlak dalam konteks pembangunan negara dengan
kemelut sosial yang sedang dihidapi di dalam sesebuah masyarakat. Selain dari angka-angka
penglibatan rakyat Malaysia secara umum di dalam aktiviti jenayah yang semakin bertambah
setiap tahun, kegerunan terhadap gejala sosial ini semakin membimbangkan melalui kadar
penglibatan golongan belia beragama Islam di dalam kancah tersebut (Wan Liz Osman,
2000), sekaligus memberi suatu gambaran tentang gejala kemerosotan nilai akhlak yang
sedang dialami oleh umat Islam di negara ini.

Kesedaran dan kepekaan pihak-pihak yang berwajib terhadap punca-punca kemerosotan


akhlak dan pentingnya peranan pendidikan didalam membentuk generasi yang berakhlak
selari dengan rentak pembangunan negara tidak dapat dipertikaikan lagi. Pelbagai dasar,
sistem, perancangan strategik dan program yang dilaksanakan dalam amalan pendidikan di
negara ini memberikan gambaran yang jelas terhadap komitmen pihak kerajaan untuk
melahirkan generasi rakyat Malaysia yang memiliki keperibadian yang mulia dan seimbang.
Selaras dengan komitmen tersebut, Kementerian Pendidikan juga telah menggubal konsep
pendidikan bersepadu yang dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah bertujuan untuk mencapai hasrat pembentukan
insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Disamping itu, beberapa matapelajaran khusus
ditawarkan bagi membentuk akhlak dan moral pelajar seperti Pendidikan Islam, Pendidikan
Moral (teras sekolah rendah dan menengah), Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah,
Pendidikan Syariah Islamiah dan Tasawwur Islam (elektif sekolah menengah).
KONSEP AKHLAK
Perkataan akhlak adalah kata jamak dari khuluq. Menurut Ibnu Athir, khuluq atau akhlaq
ialah bentuk kejadian manusia dari sudutnya yang batin. Tokoh falsafah akhlak Islam,
Miskawaih (1966) pula merumuskan bahawa akhlak ialah suatu keadaan bagi diri atau jiwa
(al-nafs) yang mendorong diri atau jiwa untuk melakukan sesuatu perbuatan atau tindakan
dengan senang tanpa didahului oleh daya pemikiran, kerana sudah menjadi sifat atau
kebiasaan. Imam Al-Ghazali (tanpa tarikh) pula menghuraikan bahawa akhlak adalah suatu
keadaan yang tetap dalam diri atau jiwa yang melahirkan tindakan, perlakuan, atau perilaku
amalan dengan mudah tanpa memerlukan pemikiran. Ia merupakan suatu keadaan atau sifat
yang ada di dalam diri atau jiwa manusia yang telah tetap, sehingga dengan mudah
melahirkan perlakuan atau perilaku yang baik atau buruk tanpa difikir atau dirancang terlebih
dahulu (Mohd Sulaiman Yasin, 1992). Walau bagaimanapun, Jalaluddin dan Usman (1994)
menegaskan bahawa kewujudan akhlak yang mulia terlihat di dalam sikap pengabdian (sikap
dan tingkahlaku) seseorang hamba kepada Allah SWT dan kepada persekitarannya, baik
kepada sesama manusia, mahupun terhadap alam sekitar.
Ahmad Amin (1974) pula merumuskan bahawa akhlak sebagai iradat-iradat yang
dibiasakan (hal. 63) iaitu apabila sesuatu perbuatan yang berasaskan kemahuan atau iradat
itu diulang-ulang, maka ia akan menjadi akhlak. Beliau juga menggambarkan akhlak sebagai
membiasakan sesuatu kecenderungan secara berkekalan. Menurut beliau, kecenderungan
yang tidak menjadi kebiasaan yang berkekalan tidak boleh dinamakan sebagai akhlak seperti
seseorang yang memberikan sesuatu sekali-sekala. Pandangan yang diberikan oleh Ahmad
Amin ini selari dengan konsep akhlak yang diutarakan oleh Ibnu Miskawaih dan Al-Ghazali
yang menekankan unsur ketekalan sesuatu keadaan yang wujud di dalam jiwa seseorang
sehingga melahirkan perlakuan atau perilaku yang tekal dan mudah di dalam mana-mana
keadaan yang dialami oleh seseorang. Sama seperti Al-Ghazali, Ahmad Amin menjelaskan
bahawa akhlak adalah sifat kejiwaan atau keadaan yang wujud di dalam diri seseorang. Ab.
Halim dan Zarin (2002) pula merumuskan bahawa akhlak ialah satu set kepercayaan, undangundang dan sistem yang berkaitan dengan kelakuan atau tindakan manusia yang menentukan
sesuatu perkara itu baik atau buruk, dan betul atau salah dalam konteks ketauhidan manusia
kepada Allah S.W.T.

Dari segi perlakuan, beberapa istilah digunakan bagi menggambarkan keadaan luaran bagi
fenomena akhlak yang wujud di dalam diri seseorang. Menurut Ahmad Amin (1975),
fenomena luaran bagi akhlak dinamakan sebagai suluk (tingkahlaku) atau muamalah
(perlakuan dalam pergaulan) yang menjadi tanda kepada keadaan akhlak yang wujud di
dalam jiwa seseorang. Tingkahlaku atau perilaku yang baik, tekal dan bersahaja menandakan
akhlak yang baik dan sebaliknya tingkahlaku yang buruk, tekal dan bersahaja menunjukkan
keburukan akhlak yang ada pada jiwa seseorang. Secara lebih khusus dalam kehidupan
seharian, fenomena akhlak yang lahir di dalam bentuk perilaku dan perbuatan juga disebut
sebagai adab. Menurut Gabrieli (1960), adab adalah istilah di dalam Bahasa Arab yang
bermaksud adat, kebiasaan, etika dan tingkahlaku yang diikuti dari orang-orang yang
dianggap sebagai model. Adab di dalam Islam pula merujuk kepada tingkahlaku yang baik
bagi sesuatu perkara yang diterima oleh Islam dari pengajaran-pengajarannya (Al-Kaysi,
2000). Syed Ali Ashraf (1990) pula merumuskan bahawa adab merupakan suatu sistem model
tentang bagaimana manusia melaksanakan kehendak ketuhanan di dalam kehidupan seperti
yang diteladani oleh Rasulullah SAW dari pengajaran-pengajaran yang termaktub di dalam
al-Quran dan al-Sunnah. Oleh kerana itu, menurut beliau, pendidikan dijelaskan sebagai
proses membudayakan adab dan latihan kesedaran akhlak bersumberkan pembelajaran alQuran dan al-Sunnah sekaligus mendidik manusia untuk melaksanakannya di dalam
kehidupan individu dan sosial.
Sumber-sumber Akhlak Islam
Agama dan akhlak adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain
(Darraz, 1973; Al-Attas, 1978; Syed Ali Ashraf, 1990; Mohd Sulaiman Yasin, 1992; Bello,
2001). Syed Ali Ashraf (1990) menegaskan bahawa seseorang tidak boleh menjadi seorang
yang bertaqwa tetapi tidak berakhlak pada masa yang sama. Secara asasnya, sumber-sumber
utama bagi akhlak Islam itu diambil dari dua asas utama Islam itu sendiri iaitu al-Quran dan
al-Sunnah (Abdul Haq Ansari, 1989; Majid Fakhry, 1991; Zakaria, 1999b; Ab. Halim &
Zarin, 2002; Jamiah Abd Manap et al, 2004). Walaupun demikian, menurut Profesor Abdul
Haq Ansari (1989), satu lagi sumber yang harus diambilkira sebagai sumber akhlak ialah
amalan para sahabat kerana mereka adalah golongan yang dilatih sendiri oleh Rasulullah
SAW , kehidupan mereka penuh dengan nilai Islam dengan mencontohi Rasulullah SAW
serta telah diiktiraf oleh baginda sebagai golongan terbaik. Mohd Sulaiman Yasin (1992) pula
menjelaskan bahawa nilai-nilai akhlak yang ada pada sesebuah masyarakat itu adalah warisan
dan peninggalan yang dipercontohkan dan dihidupkan oleh tokoh-tokoh dan pejuang-pejuang
akhlak yang dipelopori oleh para nabi dan rasul.
Skop Akhlak Islam
Dalam menghuraikan fungsi al-Quran sebagai asas perlembagaan akhlak, Muhammad
Abdullah Darraz (1973) telah menggariskan nilai-nilai akhlak yang dipetik dari al-Quran dan
membahagikannya kepada lima kategori iaitu; nilai akhlak peribadi, nilai akhlak
kekeluargaan, nilai akhlak kemasyarakatan, nilai akhlak kenegaraan dan nilai akhlak
keagamaan. Jalaluddin dan Usman Said (1994) pula telah membahagikan akhlak Islam yang
bersumberkan Al-Quran dan al-Sunnah kepada sembilan kategori utama iaitu akhlak terhadap
Allah, akhlak terhadap Rasul, akhlak terhadap Al-Quran, akhlak terhadap peribadi (diri),
akhlak kedua orang tua, akhlak terhadap anak, akhlak dalam rumahtangga, akhlak terhadap
sesama manusia dan akhlak terhadap lingkungan hidup. Setiap kategori utama pula
dipecahkan kepada beberapa subkategori yang berkaitan bersandarkan nas-nas dari Al-Quran

dan hadis Rasulullah SAW. Jika diteliti kepada konstruk akhlak Al-Quran dan al-Sunnah,
maka dapat dirumuskan bahawa akhlak Islam merangkumi beberapa dimensi psikologi iaitu
sikap, sifat, tingkahlaku dan amalan secara langsung seperti keimanan kepada Allah dan
Rasul (sikap), reda dengan ujian Allah (sifat), berdoa dengan penuh ketakutan dan mengharap
(tingkahlaku) dan melakukan salat fardu lima waktu sehari semalam (amalan secara
langsung). Rumusan ini bersesuaian dengan konsep akhlak seperti yang dinyatakan oleh
beberapa tokoh akhlak Islam seperti Imam al-Ghazali (t.t.) dan Miskawaih (1966).
Dalam konteks sistem pendidikan yang diamalkan di Malaysia, konsep adab dan akhlak
Islamiah yang terkandung di dalam kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah meliputi
adab di dalam kehidupan harian, adab terhadap ibubapa dan keluarga, adab dalam kehidupan
bersosial, adab menuntut ilmu, dan adab dengan al-Quran (Sukatan Pelajaran Pendidikan
Islam KBSR, 2002). Manakala di peringkat sekolah menengah pula, kandungan bidang adab
dan akhlak Islamiah meliputi adab dalam kehidupan seharian, adab dalam kehidupan
bersosial, adab dalam menunaikan ibadat, adab terhadap ibubapa dan keluarga, adab
menuntut ilmu dan adab terhadap Allah dan Rasul. Selain dari itu, konsep akhlak juga turut
dimasukkan di dalam beberapa bidang lain khususnya bidang tilawah al-Quran, hadis dan
akidah (Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM, 2002).
METODOLOGI KAJIAN
Satu kajian tinjauan telah dilakukan bagi mengenal pasti tahap penghayatan akhlak di
kalangan pelajar sekolah menengah yang telah melalui proses pendidikan sekurang-kurang
selama lima belas di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah. Kajian tinjauan ini
secara khusus bertujuan untuk mengenal pasti pola-pola penghayatan akhlak peribadi di
kalangan pelajar sekolah menengah bagi tujuan kajian tindakan dan kajian lanjutan tentang
hubungan penghayatan akhlak dengan aspek pengajaran dan pembelajaran dalam sistem
pendidikan sedia ada. Kajian tinjauan ini telah dijalankan di kalangan tujuh puluh satu orang
pelajar Islam di tiga buah sekolah menengah di Bahagian Kuching dan Samarahan, Sarawak.
Ketiga-tiga buah sekolah dipilih secara rawak melalui teknik persampelan berkelompok bagi
mewakili tiga jenis sekolah menengah yang biasa terdapat di negara ini iaitu sekolah
menengah kebangsaan agama, sekolah menengah harian bandar dan sekolah menengah
harian luar bandar.
Pengutipan data kajian dilakukan dengan menggunakan instrumen Inventori Penghayatan
Akhlak Pelajar Sekolah Menengah yang telah dibina berasaskan kategori dan senarai akhlak
seperti yang disarankan oleh Darraz (1973). Ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan
akhlak dibina dalam bentuk penyataan tingkahlaku akhlak dan dibahagikan menggunakan
lima skala kekerapan berasaskan skala Likert . Item-item akhlak yang digunakan dalam
inventori ini telah disahkan kandungannya oleh pakar-pakar dalam bidang Pendidikan Islam
dari pelbagai institusi pendidikan tinggi tempatan. Kajian rintis kebolehpercayaan instrumen
menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan alpha Cronbach yang tinggi iaitu 0.9561.
Analisis data kajian telah dilakukan secara deskriptif (min, sisihan piawai dan peratus)
dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS Versi 11.0). Itemitem penyataan yang dinyatakan secara negatif (sama dari segi konsep atau penyataan bahasa)
telah dikod semula mendapat gambaran sebenar penghayatan akhlak pelajar. Dapatan analisis
deskriptif telah diinterpretasi berasaskan jadual yang disarankan oleh Nunally (1978) selain
dari analisis deskriptif menggunakan peratus.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Analisis deskriptif terhadap dua puluh sembilan item penghayatan akhlak peribadi
menunjukkan secara keseluruhan, tahap penghayatan akhlak di kalangan pelajar sekolah
menengah adalah pada tahap sederhana tinggi. Analisis skor min secara terperinci pula
menunjukkan, dari jumlah dua puluh sembilan jenis akhlak peribadi yang dianalisis, hanya
enam jenis akhlak peribadi sahaja yang mencapai tahap penghayatan yang tinggi (skor min
antara 4.01 hingga 5.0). Manakala analisis deskriptif bagi dua puluh tiga jenis akhlak peribadi
yang lain menunjukkan tahap penghayatan yang sederhana tinggi (skor min antara 3.01
hingga 4.0).
Analisis deskriptif ini juga telah memberi gambaran tentang pola penghayatan akhlak
peribadi di kalangan pelajar sekolah menengah dimana tahap penghayatan akhlak yang tinggi
didapati daripada jenis-jenis tingkahlaku berakhlak yang terkandung dalam ertikata
menghindarkan diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarang keras dalam ajaran Islam
(dosa besar) seperti larangan meminum minuman keras (beralkohol), larangan melakukan
hubungan seks dan larangan agar tidak menunjuk-nunjuk dalam amalan (riya). Begitu juga,
tahap penghayatan akhlak yang tinggi juga didapati dalam perkara-perkara yang sering
ditekankan dalam budaya kehidupan masyarakat Islam di negara ini seperti amalan
memelihara kebersihan pada diri, pakaian dan tempat serta memastikan makanan yang
dimakan adalah halal selain dari penekanan kepada ikhlas dalam melakukan ibadat.
Selain dari menunjukkan penghayatan pada tahap sederhana tinggi dalam sebahagian besar
jenis akhlak peribadi, analisis deskriptif ini juga menunjukkan pola penghayatan yang agak
rendah dalam beberapa jenis akhlak peribadi di kalangan pelajar sekolah menengah yang
dikaji, sekaligus memberi petunjuk tentang masalah-masalah utama akhlak di kalangan
pelajar sekolah menengah. Tahap penghayatan akhlak yang agak rendah ini (min<3.3)>
Selain dari analisis deskriptif skor min dan sisihan piawai yang bertujuan untuk memberikan
gambaran secara keseluruhan tentang tahap penghayatan akhlak, analisis peratus kekerapan
tingkah laku juga telah dilakukan bagi memberi gambaran lebih terperinci tentang
penghayatan dalam setiap jenis akhlak peribadi. Analisis peratus terhadap beberapa jenis
akhlak peribadi menunjukkan sekitar 10.0% pelajar sekolah menengah sekurang-kurangnya
pernah meminum minuman keras. Manakala sekitar 7.0% lagi sekurang-kurangnya pernah
melakukan hubungan seks. Analisis peratus kekerapan juga menunjukkan masalah pergaulan
yang bebas dan tidak berhemat selain dari masalah pendedahan aurat dan tidak menjaga
pandangan yang agak tinggi di kalangan pelajar sekolah menengah yang terlibat. Pada masa
yang sama, analisis terhadap kewajipan ibadah solat lima waktu sehari semalam juga
menunjukkan peratus penghayatan yang amat rendah di kalangan pelajar sekolah menengah
yang terlibat dimana hanya sekitar 16.0% pelajar yang mengatakan mereka amat kerap
memenuhi kewajipan asas rukun Islam itu. Dapatan ini sedikit sebanyak dapat menjelaskan
tentang punca-punca kepada masalah gejala sosial yang berkaitan yang sedang dihadapi
dalam masyarakat seperti seks bebas, pengguguran anak luar nikah dan rogol.
RUMUSAN DAN CADANGAN
Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menunjukkan tahap penghayatan akhlak peribadi di
kalangan pelajar sekolah menengah adalah sederhana tinggi. Manakala analisis terperinci dari
segi peratus kekerapa penghayatan tingkahlaku kesemua jenis akhlak peribadi menunjukkan

pola penghayatan yang agak rendah dalam beberapa jenis tingkahlaku akhlak peribadi
berbanding dengan beberapa jenis tingkahlaku akhlak yang lain. Dapatan kajian kecil ini
mungkin dapat memberi sedikit gambaran tentang status penghayatan akhlak yang menjadi
antara objektif utama pendidikan di negara ini. Sekaligus, dapatan tentang pola penghayatan
yang agak rendah dalam beberapa jenis tingkahlaku akhlak peribadi ini mungkin dapat
menjelaskan punca kepada masalah gejala sosial di kalangan remaja yang sedang dihadapi
dalam masyarakat kita pada masa kini.
Kajian tinjauan awal ini pada asasnya membuka ruang yang luas kepada prospek
penyelidikan khususnya dalam bidang pendidikan Islam di negara ini. Prospek ini meliputi
pembinaan instrumen penilaian penghayatan akhlak yang lebih komprehensif selain dari
kajian hubungan penghayatan akhlak dengan budaya dan amalan pengajaran dan
pembelajaran pendidikan secara keseluruhannya. Kajian tinjauan ini juga membuka ruang
kepada kajian-kajian yang berbentuk kajian tindakan untuk mengenalpasti secara lebih
mendalam tentang punca kepada gejala sosial yang berlaku di dalam masyarakat.
RUJUKAN
Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail. (2002). Pendidikan Akhlak Dalam KBSM: Persepsi
Pelajar Terhadap Konsep Akhlak. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 1). Bangi: Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 120-134.
Ahmad Amin. (1974). Kitab Al-Akhlaq. Beirut, Lubnan: Dar al-Kitab al-Arabiy.
Al-Attas, Syed Muhammad al-Naquib. (1978). Islam and Secularism. Kuala Lumpur: Muslim
Youth Movement of Malaysia.
Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (Tanpa tarikh). Ihya Ulum al-Din.
Qahirah: Maktabah Zahran
Al-Kaysi, Marwan Ibrahim. (2000). Morals and Manners in Islam. Kuala Lumpur: Islamic
Book Trust.
Darraz, Muhammad Abdullah. (1973). Dustur al-Akhlaq fi al-Quran. Beirut: Muassasah alRisalah.
Gabrieli, F. (1960). Encyclophaedia of Islam (New Edition). London: Luzac & Co. Vol. I.
Jalaluddin & Usman Said. (1994). Filsafat Pendidikan Islam: Konsep dan Perkembangan
Pemikirannya. Jakarta: PT RajaGrafindo Persada.
Jamiah Hj. Manap, Azimi Hamzah, Sidek Mohd. Noah & Hasnan Kassan. (2004). Prinsip
Pengukuran Religiositi dan Personaliti Religiositi daripada Perspektif Islam. Kertas kerja
dibentangkan dalam International Seminar on Islamic Thought, 24-27 Disember 2004, UKM
Bangi.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM.
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia.
M. Umar Chapra. (1998). Economic Development in Muslim Countries: a strategy for
development in the light of Islamic Teachings:129-199 dalam Misbah Oreibi (Ed.).

Contribution of Islamic Thought to Modern Economics. Herndon, Virginia: The International


Institute of Islamic Thought.
Mahathir Mohamad. (1991). Malaysia: The way forward. Kertas kerja dibentangkan dalam
mesyuarat The Malaysian Business Council, Kuala Lumpur.
Majid Fakhry. 91991). Ethical theories in Islam. Leiden: E.J. Brill.
Malek Bennabi. (1998). On the Origins of Human Society. Terjemahan oleh Mohamed
Miskawaih. Ahmad Ibnu Muhammad.(1966). Tahdhib al-Akhlaq. Suntingan C.K. Zuraik.
Beirut: American University of Beirut.
Mohd Kamal Hassan. (1988). Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise
Mohd Sulaiman Haji Yasin. (1992). Akhlak Dan Tasawuf. Bangi, Selangor: Yayasan Salman.
Najati, Muhammad Uthman. (1993). Al-Hadith al-Nabawiy wa Ilmu al-Nafs. Beirut: Dar alSyuruq.
Nunally, J.C. (1978). Psychometric theory. New York: Mc Graw Hill Publication Company
Syed Ali Ashraf. (1990). Islamic Education and Moral Development I. The Metaphysical
Dimension. Muslim Education Quarterly. Vol. 8, No. 1: 1-5
Tajul Ariffin Noordin. (1999). Falsafah pendidikan Negara : satu reformasi pembangunan
abad ke-21. Isu-isu Pendidikan Negara. Jilid 1: 76-90
Wan Liz Osman Wan Omar. (2000). Gagasan Alaf Baru: Mencetus Kebangkitan, Membina
Keagungan. Batu Caves, Selangor Darul Ehsan: Thinkers Library Sdn Bhd.
Zakaria Stapa. (1999). Akhlak Islam : Konsep dan Sistem. Dewan Masyarakat, Mac : hal. 6465.

Вам также может понравиться