Вы находитесь на странице: 1из 8

TEKNIK MELONTAR PELURU

Teknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah:


(A) Gaya berdiri dan melontar ( tanpa lungsuran )
(B) Gaya melungsur selangkah
(C) Gaya Parry OBrien

Gaya berdiri dan melontar ( tanpa lungsuran )


Pegangan peluru
Cara memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua cara. Yang
pertama ialah cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk
memegang peluru. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan peluru.
Teknik ini disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah. Selain itu, memegang
dengan tiga jari juga merupakan salah satu cara untuk memegang peluru. Peluru
disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.
Lakuan sedia
Peserta berdiri di bahagian di hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghadap ke
arah lontaran. Letak peluru di bahagian yang sesuai iaitu di bawah telinga dan
hampir dengan leher. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar.
Setelah itu, peserta haruslah rendahkan badan dan bengkokkan kaki kanan yang
terletak hampir dengan garis pusat bulatan. Berat badan peserta hendaklah
dipindahkan ke kaki belakang
Kilasan badan
Pergerakan badan mengilas ke hadapan dan ke atas. Dengan ini, peluru dapat
dilontar dengan lebih jauh. Jika pergerakan badan mengilas ke bawah, maka peluru
yang dilontar tidak akan ke jauh. Bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan.
Kemudian diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas.
Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru.
Lontaran

Tolakan peluru perlu diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan) diluruskan
sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat. Peluru dilontar
keluar dari tangan menuju ke hadapan dan ke atas. Tangan kanan mengikut arah
lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan. Tangan pelontar mengakhiri
pergerakan ini dalam keadaan lurus dan menunggu peluru itu mandarat.
Pulihan
Selepas lontaran, kedudukan kaki peserta berada dalam keadaan depan belakang
seperti semasa lontaran.
Keseluruhan Gaya Berdiri dan Melontar
Lakuan sedia

mengilas badan

melontar

Gaya melungsur selangkah


Pegangan peluru

Cara memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua cara. Yang
pertama ialah cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk
memegang peluru. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan peluru.
Teknik ini disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah. Selain itu, memegang
dengan tiga jari juga merupakan salah satu cara untuk memegang peluru. Peluru
disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.

Lakuan sedia
Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan
lontaran. Selepas itu, letakkan peluru di bawah telinga dan bongkokkan badan
dengan

membengkokkan

kaki

kanan.

Kaki

kiri

dibiarkan

selesa

dengan

membengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki. Tangan
bebas berperanan untuk mengimbangi kedudukan badan dan ia diletakkan di
hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit. Lengan tangan
diangkat hampir mendatar dan siku ke luar.
Lungsuran
Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat
membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran mesti dilakukan secara
pantas dan licin. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan,
manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok. Yang penting, jangan
tegakkan badan semasa melungsur. Hal ini kerana, peluru yang dilontar tidak akan
ke jauh. Kaki kiri pelontar diletakkan di hadapan bulatan.

Kilasan badan
Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul
kanan dipusing ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan. Bahu dan tangan
kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke belakang
Lontaran
Selapas habis mengilas badan, kaki yang melungsur (kaki kanan yang di belakang)
menolak dengan kuat sehingga badan terangkat melentik. Pergerakan ini hendaklah
disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan bahu dan diikuti
dengan tangan yang memegang peluru. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh
dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat. Tangan kanan mengikut
ke arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan. Kedua-dua kaki mesti
bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar ke luar.
Pulihan
Pulihan ini bertujuan bagi mengelakkan pelontar hilang keimbangan dan terjatuh di
kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan hendaklah
dilakukan jika perlu. Pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan

bulatan iaitu di belakang papan penahan dan pada masa yang sama kaki kiri
digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.

Keseluruhan Gaya Melungsur Selangkah


Gaya Parry OBrien
Gaya Parry OBrien ini adalah satu gaya yang telah diperkenalkan oleh Parry
OBrien. Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang terkemuka pada tahun 50-an.
Pada tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran,
beliau telah berjaya menjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan
lontaran melebihi 18 meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari
ini. Di samping sumbangannya dari segi teknik melontar, Parry OBrien juga telah
membuktikan kepada semua ahli sukan tentang betapa pentingnya latihan bebanan
bagi acara melontar peluru.
Pegangan peluru
Cara memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua cara.
Yang pertama ialah cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan
untuk memegang peluru. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan peluru.
Teknik ini disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah. Selain itu, memegang
dengan tiga jari juga merupakan salah satu cara untuk memegang peluru. Peluru
disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.
Lakuan sedia
Peserta mengambil posisi mulaan dengan belakangnya menghadap ke arah
lontaran dan berdiri di bahagian belakang bulatan. Sebagai persediaan, peserta
haruslah membongkokkan badannya ke hadapan dan pada masa yang sama
membengkokkan kaki kanannya yang berada di hadapan. Kaki bebas (kaki kiri)

diletak di belakang untuk mengimbangkan badan. Kaki bebas di bawa ke hadapan


sebagai persediaan untuk lungsuran.
Lungsuran
Untuk memulakan lungsuran, kaki kiri ditendang ke belakang dan ke arah lontaran.
Selapas itu, diikuti serta merta dengan meluruskan kaki kanan. Kaki kanan
melungsur atas tapak kaki yang rata ke tengah bulatan. Kaki kiri diletakkan serta
merta dekat papan penahan tanpa mengubah kedudukan bahagian atas badannya.
Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong.
Kilasan badan
Selepas kaki bebas ( kaki kiri ) telah bertapak di belakang papan penahan, badan
pun mengilas ke atas dan ke hadapan. Kaki kanan menggerakkan pinggul ke atas
dan ke hadapan. Bahu menghadap ke hadapan. Kaki diluruskan dengan cepat dan
badan di angkat dan mengilas badan.
Lontaran
Selapas habis mengilas badan, kaki yang melungsur menolak dengan kuat sehingga
badan terangkat melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan
menolak peluru yang bermula dengan bahu dan diikuti dengan tangan yang
memegang peluru. Siku kanan diangkat tinggi untuk menghasilkan lontaran yang
amat berkesan. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah
digunakan untuk menahan dengan kuat. Kedua-dua kaki mesti bersentuhan dengan
tanah semasa peluru dilontar ke luar.
Pulihan
Untuk mencegah diri dari terjatuh ke luar bulatan, pelontar akan melompat untuk
memindahkan berat badannya daripada kaki kiri ke kanan. Pelontar juga boleh
membawa kaki belakang ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki
hadapan dibawa ke belakang bagi mengelakkan diri daripada tidak seimbang.

LATIHAN ANSUR MAJU GAYA MELUNGSUR SELANGKAH


Latihan I
Berdiri menghadap ke kawasan lontaran dan melontar peluru dengan tolak yang
kencang ( melontar dari kedudukan berdiri ). Latihan ini dapat membantu pelajar
menolak peluru dengan baik.
Latihan II
Berdiri dengan bahu kiri menghadap ke kawasan lontaran. Kaki direnggangkan dan
putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan. Berat badan dipusatkan di
kaki kanan yang diletakkan di belakang. Kilaskan badan ke hadapan dan tolak
peluru. Latihan ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar menguasai semua
pergerakan penting sebelum mereka mula melontar peluru.
Latihan III
Berdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian belakang bulatan. Kaki kiri diletakkan
di garis pusat bulatan dan kaki kanan diletakkan berhampiran dengan lingkaran
bulatan. Condongkan badan sedikit seperti dalam Latihan II di atas. Keetingting ke
hadapan bulatan dengan menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah bertapak di
bahagian belakang papan penahan atau di garis bulatan. Kilaskan badan dan
buatlah lontaran. Latihan ini merupakan latihan membuat lungsuran dan mengilas
badan.
Latihan IV
Pelontar berdiri membelakangkan kawasan lontaran. Badan dicondongkan ke
hadapan hingga betul-betul berada di atas kaki kanan. Kemudian pelontarmelungsur
selangkah ke belakang (tanpa mengilas badan atau melontar peluru). Latihan ini
dibuat secara berulang-ulang. Latihan ini merupakan latihan pergerakan kaki
pelontar semasa membuat lungsuran.

Latihan V
Pelajar digalakkan untuk mencuba pergerakan keseluruhan gaya melungsur
selangkah. Latihan ini dapat menyatukan semua fasa lontaran. Oleh itu, para pelajar

dapat menyediakan diri mereka untuk membuat lontaran dengan cara yang lebih
sistematik.

Вам также может понравиться