Вы находитесь на странице: 1из 11

PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan mengenai isu yang berkaitan dengan
masalah sosial melibatkan remaja berlaku di negara kita yang kian menjadi-jadi bagai cendawan
tumbuh selepas hujan.Kes-kes jenayah seperti vandalisme, kerap menghiasi dada-dada akhbar,
majalah dan lain-lain setiap masa.Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi
menangani masalah sosial ini diutarakan.Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian
sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk
membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni
kemanusiaan.Adakah gejala seperti ini wajar dibiarkan atau perlu ditangani?
Menurut Kamus Dewan, vandalisme didefinisikan sebagai perbuatan merosakkan dan
memusnahkan kemudahan awam. Perbuatan ataupun perlakuan mencoteng, mengotorkan bendabenda, ataupun merosakkan harta benda awam dianggap sebagai vandalisme.Tindakan terkutuk
ini adalah hina terhadap sahsiah diri pelakunya.Jenayah laku musnah ini biasanya merujuk
kepada perbuatan merosakkan harta benda awam seperti papan tanda, kerusi awam, perhentian
bas, telefon awam, tandas awam dan juga lain-lain.Kelakuan ini biasanya diasiosiasikan remaja
yang terlibat dalam budaya melepak dan motif untuk melakukan vandalisme adalah terletak pada
aspek emosi. Vandalisme biasanya dianggap sebagai suatu cara untuk melepaskan rasa geram,
ataupun menghilangkan kebosanan semata-mata. Walaupun motif mereka adalah begitu ringan
tetapi masyarakat awam terpaksa menanggung kerugian yang besar untuk memenuhi nafsu
merek yang hina. Vandalism merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai
tujuan dan apabila berkumpul timbulah pelbagai idea termasuklah menconteng harta
benda awam dan merosakkannya.
Selain itu juga, perbuatan ini biasanya dilakukan oleh golongan remaja ataupun generasi muda
dalam lingkungan usia 13 tahun hingga 24 tahun. Mereka yang tidak bertimbang rasa ini
bertindak merosakkan telefon awam serta tandas awam yang telah disediakan oleh pihak
kerajaan untuk melukis serta menulis perkara yang bukan-bukan di dinding sesebuah bangunan
dan sebagainya. Bagi remaja yang masih bersekolah pula, mereka akan bertindak merosakkan
kerusi, meja, papan hitam dan lain-lain yang merupakan kepunyaan sekolah serta barang
keperluan seseorang pelajar.

FAKTOR-FAKTOR

Kurangnya penekanan tarhadap pendidikan agama serta moral


Apabila membangkitkan masalah ini, kita perlu mencari punca berlakunya masalah hingga ke
akar umbi. Antara faktor menyebabkan berlakunya vandalisme kurangnya penekanan tarhadap
pendidikan agama serta moral sama ada di sekolah ataupun di rumah. Hal ini penting kerana
tanpa pendidikan tersebut, seseorang tidak akan mengetahui nilai-nilai murni yang sepatutnya
diamalkan oleh seseorang individu. Mereka tidak akan tahu kepentingan berbuat baik serta
mungkin berhadapan dengan kesukaran dalam membezakan betul ataupun salah sesuatu
perbuatan. Hal ini mungkin berlaku akibat daripada sikap pelajar yang menganggap pendidikan
moral tidak berguna serta tidak mendatangkan sebarang manfaat.Guru-guru yang tidak
menekankan kepentingan dan kebaikan pendidikan moral di sekolah juga menyebabkan
kegagalan mewujudkan generasi muda yang soleh dan solehah.Ibu bapa yang rakus ataupun
serakah mengejar kekayaan dan kewangan telah menyisihkan pendidikan yang penting ini.Oleh
itu, anak-anak tidak mendapat pendidikan moral dan agama yang secukupnya lalu bertindak
vandalisme kerana tiada pengajaran yang menentang perbuatan itu.Apabila mereka dewasa
kelak, mereka juga telah mempraktikkan perbuatan itu dalam kehidupan seharian.Dengan ini,
telah jelas menunjukkan bahawa kurangnya pendidikan moral dan agama merupakan salah satu
faktor berlakunya vandalisme.

Kelemahan dan keruntuhan institusi keluarga


Selain itu, kelemahan dan keruntuhan institusi keluarga terutamanya kekurangan kasih sayang,
perhatian, asuhan dan didikan akhlak daripada ibu bapa kepada anak- anak.Ibu bapa yang dibuai
kebendaan dan mementingkan karier serta wang selalu mengabaikan tanggungjawab mereka ke
atas anak-anak di rumah.Anak-anak dibiarkan hanyut dalam dunia khayalan yang

menjerumuskan mereka ke lembah kehinaan.Mereka mudah meyimpang daripada lunas yang


murni dan berakhlak, kini mereka hidup bebas tanpa segan silu dan tidak menghiraukan
masyarakat apabila melakukan pelbagai gejala sosial. Kebebasan tanpa pedoman, batasan dan
didikan agama akan berakhir dengan kehancuran. Setiap remaja tiada pilihan melainkan
menjadikan agama sebagai sumber penjana remaja cemerlang. Diri remaja perlu dikukuhkan
dengan unsur kerohanian yang mantap sehingga berupaya melakukan jihad menentang segala
cabaran masa depan yang lebih hebat. Remaja perlu mengetahui, memahami dan menghayati
matlamat hidup di dunia. Mereka perlu sedar dari mana mereka datang, kenapa mereka dijadikan
dan ke mana mereka akan dikembalikan. Hal ini menjadikan remaja bertanggungjawab kepada
diri sendiri, agama, bangsa, dan negara. Selain itu, mendekatkan diri dengan agama adalah
peluang menjamin masa depan remaja yang lebih cerah dan cemerlang. Pegangan agama yang
kukuh dan berkesan perlu bagi menimbulkan keinsafan dan kesedaran supaya remaja
memanfaatkan masa remaja dengan menimba ilmu dan kesedaran supaya remaja menghormati
guru demi kebahagiaan dunia dan akhirat.Remaja juga perlu mempunyai daya tahan dari segi
fizikal dan mental bagi merialisasikan cita-cita diri, agama, bangsa dan negara.Ciri-ciri jati diri,
waja diri dan kawalan diri yang kukuh perlu dimiliki oleh remaja.Ia berfungsi mengawal
perasaan, emosi dan nafsu yang dapat menjerumuskan ke lembah gejala sosial yang hina.

Tekanan dan pengaruh rakan sebaya

Tekanan dan pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor berlakunya
vandalisme.Hal ini demikian kerana sejajar dengan pawana globalisasi di negara kita Malaysia,
pendidikan telah pun semakin dipentingkan serta dititikberatkan. Keadaan ini seterusnya telah
menyebabkan ibu bapa mewajibkan anak mereka agar lulus peperiksaan dengan keputusan yang
cemerlang agar dapat berkhidmat serta menyumbang kepada negara pada masa hadapan. Oleh
itu, seseorang pelajar akan mengalami banyak tekanan hidup untuk belajar dengan bersungguhsungguh agar tidak mengecewakan harapan ibu bapa masing-masing. Terdapat kemungkinan
bahawa individu tersebut akan bertindak melakukan perbuatan vandalisme untuk melampiaskan
beban hidup yang mereka dihadapi. Mereka mungkin beranggapan bahawa perbuatan itu amat
menyeronokkan dan juga dapat membalas dendam kepada pihak sekolah yang mewajibkan

peperiksaan dijalankan.Selain itu, bagi generasi muda pula, ada di antara mereka yang mungkin
jatuh di bawah tekanan pengaruh rakan sebaya untuk melakukan perbuatan vandalisme.Hal ini
berlaku kerana mereka tidak berpendirian teguh dan lama-kelamaan telah pun mengikuti ataupun
mencontohi perbuatan rakan mereka yang tidak senonoh itu.Mereka mungkin juga berhadapan
dengan tekanan dalam kerja dan bertindak melakukan vandalisme sebagai satu wadah
melepaskan tekanan.Dengan ini; memang tidak dapat disangkal bahawa tekanan dan pengaruh
rakan sebaya merupakan faktor berlakunya vandalisme.

Pengaruh media massa


Selain itu, media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali
dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat
yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja
melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat
di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.
Sikap tidak peduli, individualistik dan materialistik masyarakat kini yang mementingkan soal
kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial menyebabkan masalah vandalisme ini
wujud.Menurut kajian, masalah vandalisme banyak berlaku di bandar berbanding luar bandar.
Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar
tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal dan biasanya sesetengah penduduk tidak
ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja
merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala ini tanpa menghiraukan rasa
tanggungjawab terhadap harta benda awam.

Sikap Masyarakat
Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling apatah lagi
tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya Sikap sesetengah masyarakat kini yang
mementingkan soalkebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya

merumitkan masalahyang sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku
di bandar. Golonganremaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak
terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah
penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu
golongan remajamerasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa
menghiraukan rasatanggungjawab terhadap harta benda awam.

KESAN-KESAN
Terdapat banyak kesan yang dapat dilihat dalam vandalism setiap perbuatan yang dilakukan
memberi kesan yang mendalam terhadap sesuatu yang dilakukan. Begitu juga dengan
vandalisme yang memberi banyak kesan yang dapat dilihat oleh fizikal dan juga emosi.Kesan
vandalisme bukan dirasai oleh individu sahaja malah masyarakat sekeliling dan negara juga
memberi impak yang teruk akibat perbuatan yang tidak bermoral dan menyusahkan semua
pihak.Vandalisme boleh memberi kesan kepada individu, masyarakat, dan negara.Walaupun
perbuatan vandalisme tidak memudaratkan tetapi membawa kerosakan yang kekal dan perbuatan
ini mencemarkan tempat tumpuan orang ramai.

INDIVIDU SENDIRI

Kebanyakkan individu yang melakukan vandalisme hanya untuk melepaskan geram dan
sesetengah mereka untuk memenuhi kepuasan hati.Hal ini mendatangkan kesan ke atas individu
itu sendiri.Kesan yang amat ketara dapat dilihat ke atas kehidupan remaja itu sendiri kerana
kehidupan mereka dipersiakan begitu sahaja dengan membuang masa tanpa melakukan aktiviti
yang berfaedah.Selain itu, seseorang individu mudah terpengaruh dengan pelbagai kegiatan
negatif kerana mudah tepesong dengan pengangan hidup mereka.Apabila pengaruh luar mula
mendekati mereka tanpa berfikir panjang mereka mudah mengikuti gejala tersebut kerana

pemikiran remaja sebenarnya dipenuhi dengan keburukan dan tidak hairan jika mereka
melakukan sesuatu tindakan itu diluar kawalan mereka.

MASYARAKAT SETEMPAT
Vandalisme sering dipandang remeh oleh masyarakat setempat dan mereka hanya duduk diam
sedangkan vandalisme berlaku di depan mata mereka. Akhirnya masyarakat juga yang merana
akibat aktiviti yang terkutuk itu. Selain itu, kegiatan ini juga akan menyusahkan masyarakat
kerana kegiatan ini melibatkan harta benda awam. Apabila mereka melakukan kegiatan ini
sekaligus akan menyusahkan orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan tersebut.
Sebagai contoh apabila kebakaran berlaku orang ramai tidak dapat menghubungi pihak bomba
kerana telefon awam tidak dapat digunakan kerana gara-gara sesetengah remaja yang suka
merosakkan harta benda awam . Selain itu, masyarakat tidak selesa ketika menggunakan harta
benda awam yang lain. Contohnya basah ketika menunggu bas kerana atap di perhentian bas
rosak sebab tidak dapat menghalang hujan yang turun. contengan pada dinding tandas awam
memburukkan dan mendorong kepada generasi muda untuk meniru gejala tidak sihat ini. Hal ini
bukan sahaja menyusahkan orang ramai malah boleh mengorbankan nyawa seseorang.

NEGARA
Kesan kepada negara akibat masalah ini kerana remaja merupakan tonggak masa depan negara
dan mereka juga yang akan mencorakkan identiti dan mentadbir negara kelak. Sekiranya
masalah ini tidak dapat dibendung maka negara kita akan dipandang serong oleh negara lain
disebabkan oleh kelemahan dalam pentadbiran. Kesannya juga akan merugikan negara dari segi
kos perbelanjaan iaitu kerajaan terpaksa mengeluarkan wang untuk membaiki harta benda awam
yang rosak. Hal ini disebabkan oleh kegiatan vandalisme yang dilakukan para remaja.Wang yang
banyak perlu dihabiskan untuk membaiki dan menyelengggara barang yang rosak tetapi
sekiranya hal ini tidak berlaku wang tersebut boleh disalurkan kepada yang memerlukan seperti

membantu mereka yang lebih memerlukan.


Selain itu, imej negara akan tercemar di mata dunia dan hal ini sudah tentu akan menjejaskan
ekonomi Malaysia kerana pelancong luar tidak mahu datang ke negara kita akibat keadaan alam
sekeliling yang buruk dan sikap rakyat yang tidak berprihatin. Pandangan negatif pelancong
yang datang ke negara kita mestilah tidak elok apabila mereka melihat tempat-tempat atau
kemudahan-kemudahan yang telah rosak dan diconteng. Mereka juga akan membuat andaian
bahawa rakyat di sini tidak menghargai kemudahan yang telah disediakan. Sebagai rakyat yang
tidak melakukan perbuatan tersebut sudah semestinya akan berasa malu apabila mendengar
pelancong mengatakan ketidakselesaan mereka di negara kita. Kesannya, industri pelancongan
akan merosot dan ini akan menyebabkan rakyat menganggur akibat kekurangan sektor pekerjaan
dan seterusnya, pihak kerajaan akan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membaikpulihkan
infrastruktur yang dimusnahkan.

LANGKAH-LANGKAH
Walaupun selama ini perbuatan vandalisme tidak dianggap sebagai jenayah, namun perbuatan ini
tidak boleh dibiarkan. Ada sesetengah pihak tidak mempedulikan perbuatan ini kerana
menganggapnya sebagai fenomena sementara yang akan terhenti dengan sendiri. Benarkah
begitu? Vandalisme dilakukan secara berterusan daripada satu generasi kepada generasi lain. Jika
perbuatan ini didiamkan begitu sahaja, sudah tentu kita menggalakkan perbuatan vandalisme
terus berleluasa.Oleh itu, semua pihak perlu mencari penyelesaian dan jalan keluar untuk
mengatasi masalah ini.

Penerapan pendidikan moral dan agama oleh ibu bapa

Antara langkah-langkah yang perlu di ambil ialah pendidikan moral atau agama perlu diterapkan
di dalam diri seseorang anak.Ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting bagi mebentuk
nilai-nilai murni di dalam diri anak-anak mereka.Mereka juga perlu memberikan kasih sayang

yang secukupnya kepada anak-anak.Anak yang baru dilahirkan ibarat sehelai kain putih dan ibu
bapalah yang berperanan membentuk sahsiah diri mereka.Sebagai contoh, ibu bapa boleh
memberi lebih tumpuan dan memberi nasihat atau dorongan yang membina apabila anak-anak
mereka menghadapi sesuatu masalah.Sesungguhnya ibu bapa adalah kunci utama dalam
menangani kemelut yang melanda negara pada masa kini.Justeru itu, ibu bapa perlu bijak
memainkan peranan agar anak-anak tidak terjebak dalam gejala seperti ini kerana sekali
melangkah pasti sukar untuk berpatah balik.Oleh itu, ibu bapa hendaklah mengawasi setiap
pergerakan anak dan mengenali rakan-rakannya untuk memastikan mereka tidak silap memilih
rakan.

Peranan masyarakat dan sekolah

Selain itu, setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada
anak-anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini.Di samping itu, masyarakat
juga haruslah berganding bahu dalam menangani masalah ini terus berleluasa.Masyarakat perlu
peka dengan keadaan sekeliling dan janganlah memandang perbuatan ini dengan sebelah mata
jika melihat remaja melakukan perkara-perkara negatif seperti merosakkan harta benda awam
dan seumpamanya.Mereka hendaklah mempunyai sikap menjaga tepi kain orang jika ingin
menbendung masalah seumpama ini.Selain itu anggota masyarakat perlu memainkan peranan
penting dengan memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme dan kesannya
kepada orang ramai akibat perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Pihak sekolah
patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam
.Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap
harta benda awam. Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka
diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan
sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.

Penguatkuasaan undang-undang
Pihak kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah
ini.Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan

kepada pesalah yang melakukan vandalisme. Sebagai contoh, pesalah-pesalah vandalisme perlu
menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian
seragam pesalah vandalisme. Tindakan ini dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan
kepada rakan-rakan.Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen antivandalisme dan
menyediakan pelbagai program untuk disertai oleh remaja. Dengan kerjasama semua pihak,
sudah pasti gejala vandalisme akan dapat dibendung. Para remaja harus belajar mendidik diri
mereka agar benci akan perbuatan yang tidak berfaedah ini .Mereka perlu sedar tentang
kepentingan menjaga harta benda awam. Selain itu, mereka juga perlu didedahkan kepada
kepentingan menjaga harta benda awam supaya mereka sedar bahawa kerosakan harta benda
awam akan menyukarkan diri sendiri mahupun orang lain.

Peranan Media Massa


Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga
seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan
mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai
maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan yang tersiar atau yang terdapat
dalam media massa.
Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar
masyarakat faham dan menghayati kempen Harta Awam Milik Bersama kerana dengan
adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan
keberkesanannya.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak haruslah turun padang dan berganding bahu bagai aur dengan
tebing untuk menangani masalah ini. Sesungguhnya setiap masalah pasti ada jalan
penyelesaiannya kerana tiada gunung yang tinggi tidak dapat didaki dan tiada lurah yang dalam
tidak dapat dituruni. Selain itu, golongan remaja juga digalakkan supaya tidak melakukan
perbuatan vandalisme kerana perbuatan itu bukan sahaja merosakkan pemandangan tetapi juga
akan menjejaskan nama baik diri, keluarga serta negara. Bagi remaja yang melakukan vandalism,
mereka perlulah insaf dan bertaubat serta menjadi individu yang berketerampilan beriltizam dan
pragmatik agar visi 2020 akan dapat dilahirkan dengan jayakan.

Вам также может понравиться