Вы находитесь на странице: 1из 48

1.

1) PENYUSUNAN AYAT-AYAT AL-QURAN1


Pengertian Ayat Al-Quran :
Dari segi bahasa ayat beerti ( ) kumpulan sebagaimana dikatakan (
/ ) datang suatu kaum itu dengan kumpulannya. Makna
keduanya ialah ( ) tanda seperti firman Allah ( ) iaitu tandatanda kekuasaannya.
Jika ditinjau dari makna bahasa di atas, makna kumpulan adalah sesuai
dengan maksud ayat iaitu kumpulan huruf-huruf yang bergabung menjadi
satu ayat. Begitu juga makna kedua iaitu suatu tanda potongan-potongan
perkataan (kalamullah).
Ayat dari segi istilah syarak pula ialah cebisan-cebisan daripada alQuran yang mempunyai permulaan dan potongan-potongan yang memenuhi
keperluan apa-apa yang sebelumnya dan yang sesudahnya secara pasti atau
secara takdir dan tidak mengandungi di atas apa-apa yang seumpamanya

Huraian Dari Takrif :


Disebutkan satu cebisan atau satu aspek daripada al-Quran adalah memberi
maksud seluruh huruf yang terdapat di dalam al-Quran termasuk huruf-huruf
potong yang terdapat pada beberapa permulaan surah.
Disebut mempunyai permulaan dan potongan-potongan adalah untuk
mengeluarkan apa-apa aspek, kumpulan kalimah atau sebagainya yang tidak
mempunyai permulaan dan potongan. Ia bermaksud mengetahui secara
tauqifi bermula dan berakhirnya sesuatu ayat itu.

1 Asmawi Haji Ehsan, Ulum Al-Quran.Kuala Lumpur :Pustaka Haji Abdul


Majid,cetakan kedua, 2004. Pada halaman 114-118.
1

Disebut memenuhi apa-apa yang sebelum dan sesudahnya secara


pasti ialah yakin dari awal dan akhir ia adalah wahyu atau kalamullah S.W.T.

Disebut tidak mengandungi di atas seumpamanya adalah bertujuan


untuk mengeluarkan surah disebabkan ia adalah suatu jumlah yang
mempunyai permulaan dan ceraian-ceraian yang memenuhi keperluan
munasabah antara satu ayat dengan ayat menjadi satu surah.
Bagi makna yang kedua ( ) , ayat dari segi istilah syarak ialah
huruf-huruf daripada al-Quran yang mempunyai permulaan dan ceraianceraian hasil pengetahuan yang tauqifi daripada syarak yang menjadi tanda
dan alamat berhenti sesuatu kalam (perkataan) atau juga tanda di atas
lemahnya orang yang mencabarnya.
Sebagai kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa ayat merupakan
suatu jumlah kumpulan kalamullah S.W.T. yang tersusun di dalam surahsurah di dalam kitab suci al-Quranul Karim.
Oleh itu perbezaan yang dapat dilihat di antara ayat al-Quran dengan
wahyu ialah ayat al-Quran merupakan satu jumlah kalamullah yang masih
berbentuk asli yang hanya difahami oleh Nabi yang menerimanya.
Ayat al-Quran termaktub di dalam mashaf yang dapat dibaca dan
dirasai oleh pancaindera semua manusia sedangkan wahyu hanya dapat
diterima dan dirasai serta difahami oleh Nabi dan Rasul sahaja.

Jumlah Ayat Di Dalam Al-Quran :


Terdapat beberapa percanggahan pendapat tentang jumlah ayat di dalam alQuran . Ramai yang menyebut jumlah ayat al-Quran ialah sebanyak 6666
ayat. Ada yang berpendapat bahawa jumlah keseluruhan ayat al-Quran ialah
6200 ayat. Ayat yang paling panjang ialah ayat al-Dain ( ) iaitu ayat
282 dari surah al-Baqarah.
Mengenai masalah jumlah ayat al-Quran terdapat tujuh kumpulan
ulama iaitu ulamak al-madanil awwal, al-madanil akhir, al- makki, al-Basri,
ad-Dimisyqi, al-Khamsi dan al-Kufi.
Bagi ulama-ulama madanil awal jumlah ayat al-Quran ialah 6217 ayat.
Menurut Nafi daripada syeikhnya bilangannya 6214 ayat. Bagi ulama-ulama
al-Madani Akhir jumlah ayat al-Quran 6214 ayat dari riwayat Ismail bin Jaafar.
Bagi ulama Makki jumlah ayat al-Quran ialah 6210.
Sementara bagi ulama Basri (Basrah) jumlahnya 6204 ayat. Bagi
ulama ad-Dimisyqi pula jumlah ayat al-Quran ialah 6227 ayat dan ada juga
yang menjumlahkan sebanyak 6226 ayat. Bagi ulama-ulama al-Khamsi pula
jumlah ayat al-Quran ialah 6232 ayat dan akhirnya bagi al-Kufi ialah
sebanyak 6236 ayat.

Cara-Cara Mengenal Ayat :


Dua cara untuk mengenal ayat-ayat al-Quran iaitu;
1) Melihat secara pasti sebelum dan sesudah sesuatu ayat tersebut dari
segi panjang dan pendeknya.
3

2) Mengenali bentuk-bentuk pemisah sesuatu ayat.


3) Persefahaman di atas beberapa pandangan yang diambil kira dari alQuran sendiri.

Faedah Mengetahui Ayat-Ayat Al-Quran :


Terdapat beberapa faedah yang penting lagi mulia dengan mengetahui dan
mengenali ayat-ayat al-Quran. Antaranya ;
1. Pengetahuan mengenainya akan mengesahkan ibadat sembahyang.Ini
adalah kerana tidak akan diterima sembahyang melainkan dengan
fatihah dan di dalamnya terdapat ayat-ayat yang perlu diketahui oleh
setiap orang.
2. Pengetahuan mengenainya juga akan memastikan balasan pahala
yang dijanjikan oleh Allah sebagaimana beberapa sabda Nabi bahawa
sesiapa membaca sekian ayat dari surah sekian maka balasannya
adalah sekian dan seumpamanya.
3. Pengetahuan mengenainya akan menjadi sebab untuk terhasilnya
balasan pahala di atas usaha mengajarkan beberapa jumlah ayat
kepada orang lain.
4. Pengetahuan ini juga akan mengesahkan bacaan khutbah yang
disampaikan kerana membaca sepotong satu ayat daripada al-Quran
merupakan antara syarat sah dua khutbah.
5. Mengetahui ayat juga akan menambahkan lagi pahala dalam
sembahyang kerana di dalam sembahyang membaca sekurangkurangnya tiga ayat dari al-Quran , hukumnya sunat.

Jumlah Kalimah-Kalimah Di Dalam Al-Quran :


Telah bercanggah juga pendapat ulama mengenai jumlah kalimah di dalam
al-Quran. Sesetengah ulama berpendapat jumlahnya 77934 kalimah. Ada
juga yang berpendapat jumlahnya 77437 kalimah. Pendapat yang akhiir pula
ialah sebanyak 77277 kalimah.
Antara sebab utama mengapa berbezanya jumlah kalimah di dalam alQuran ialah ada sebahagian mereka menjadikan kalimah ( )
sebagai satu kalimah dan ada yang menjadikan dua kalimah.

Jumlah Huruf-Huruf Di Dalam Al-Quran :


Jumlah huruf di dalam al-Quran tidak terhingga banyaknya.

:
.
Menurut riwayat yang telah dikeluarkan oleh at-Tibrani dari Umar bin al-Khattab bahawa
jumlah huruf al-Quran sejuta huruf , barangsiapa yang sabar mengiranya maka baginya
setiap satu huruf yang dikiranya seorang bidadari sebagai isterinya di syurga yang
matanya bersinar ibarat permata.

Tertib Ayat Di Dalam Al-Quran :

Telah sepakat para ulama di atas kenyataan bahawa tertib ayat di dalam
surah-surah al-Quran seperti yang kita dapati sekarang ini dalam
keseluruhan mashaf yang ada adalah tauqifi daripada Nabi s.a.w. daripada
Jibril a.s. dan dari Allah S.W.T. Tidak ada ruang bagi ijtihad dan pendapat
padanya sama ada ijmal atau secara tafsil .
Sebagaimana yang diketahui bahawa penurunan wahyu adalah
berdasarkan peristiwa dan jawapan bagi persoalan yang dikemukakan,
kerana itu timbul persoalan apakah ayat al-Quran yang terdapat sekarang ini
ditulis mengikut penurunan ayat tersebut atau mengikut susunan lain.
Sebagai jawapannya kita katakan bahawa tertib susunan ayat al-Quran
sekarang ini adalah tidak sama dengan tertib susunan ketika ia diturunkan
kepada Rasulullah s.a.w. Ini secara logik dapat diyakini bahawa tidak
mungkin semua ayat hukum dapat diturunkan sekali gus pada satu masa
sedangkan persoalan mengenainya kepada Rasullah juga berbeza hari dan
masa. Sedangkan kebanyakan ayat-ayat telah disusun semula dan tidak
mengikut masa penurunannya.
Selain itu juga terdapat beberapa ayat yang diturunkan di Madinah
iaitu selepas hijrah tetapi disabitkan sebagai surah Makiyah seperti firman
Allah S.W.T. pada ayat 51 surah al-Anam. Begitu juga keadaan sebaliknya
pada ayat 64 surah al-Anfal.
Oleh itu tertib susunan ayat-ayat dan surah di dalam mushaf sekarang
disusun mengikut tauqifi dari Rasulullah yang diterima dari Jibril yang
diperintahkan oleh Allah S.W.T. sebagai buktinya :
1. Jibril pernah datang kepada baginda s.a.w. menyampaikan perintah
Allah dengan berkata letakkanlah ayat sekian ini sesudah sekian .
Lalu baginda sa.w. memerintahkan kepada para sahabat penulis
wahyunya sedemikian juga.

2. Sebagaimana yang dimaklumi bahawa baginda sentiasa ditasmik oleh


malaikat Jibril a.s. sekali setiap tahun.
Dari dua dasar inilah tertib susunan yang ada sekarang ini ditulis dan
dapat diyakini bahawa ia adalah suatu yang tauqifi. Zaid bin Thabit
sendiri dipilih oleh Abu Bakar as-Siddik supaya menulis al-Quran di
zamannya kerana Zaid ada bersama Nabi ketika berlangsungnya
penyemakan malaikat Jibril ke atas baginda s.a.w. pada kali yang
terakhir sekali.

1.2) PENYUSUNAN AYAT-AYAT AL-QURAN2


Pengetian Surah :
Iaitu kumpulan ayat-ayat al-Quran yang tertentu bagi membezakan fasal dan
perkara yang dibawa oleh sesuatu ayat atau kumpulan ayat tersebut. Dalam
sesuatu surah terdapat sekurang-kurangnya tiga ayat.
Jumalah Surah Di Dalam Al-Quran :
Jumlah surah di dalam al-Quran secara keseluruhan ijmak ulama adalah
sebanyak 114 surah bermula surah al-Fatihah dan disudahi dengan surah anNas. Ada juga yang berpendapat bahawa jumlah surah al-Quran hanya 113
surah dengan menjadikan surah Baraah (Taubah) dan surah al-Anfal sebagai
satu surah sahaja.
Surah yang paling panjang ialah surah al-Baqarah dengan 283 ayat dan
surah yang paling pendek ialah surah al-Kauthar iaitu sebanyak tiga ayat.

2 Asmawi Haji Ehsan, Ulum Al-Quran.Kuala Lumpur :Pustaka Haji Abdul


Majid,cetakan kedua, 2004. Pada halaman 119-126.
7

Bahagian-Bahagian Surah :
Surah-surah di dalam al-Quran dapat dibahagikan kepada empat bahagian
iaitu :
1) ( ) atau surah-surah yang mempunyai ayat-ayat yang
banyak dan panjang . terdapat tujuh buah surah jenis ini iaitu surah alBaqarah, surah Ali Imran , surah an-Nisa, surah al-Maidah, surah alAnam, surah al-Araf dan Surah al-Anfal bersama surah al-Baraah.
(Kerana surah al-Baraah tidak mempunyai basmalah , maka ia dikira
satu). Said bin Zubir pula berpendapat surah yang ketujuhnya ialah
surah Yunus. (Pendapat ini adalah yang lebih baik).
2) ( ) iaitu surah-surah yang mempunyai lebih sedikit dari
seratus ayat. Itulah sebabnya ia dinamakan dengan nama demikian.
Terdapat 24 buah surah di dalam bahagian ini bermula dari surah yang
berikut dari bahagian yang pertama hinggalah akhir surah as-Sajadah.
Iaitu surah at-Taubah, Yunus, Hud, ar-Raad, Ibrahim, al-Hijr, an-Nahl,
al-Isra, al-Kahfi, Maryam, Taha, al-Ambia, al-Hajj, al-Mukminun, anNuur, al-Furqan, as-Syuarak, an-Naml, al-Qasyasy, al-Ankabut, arRuum, Lukman dan as-Sajadah.
3) ( ) iaitu surah-surah yang mempunyai kurang daripada
100 ayat. Dinamakan demikian kerana kerana ia surah pertengahan
jumlah ayatnya berbanding dengan surah jenis pertama dan kedua.
Terdapat 16 buah surah di dalam bahagian ini iaitu surah al-Ahzab,
Saba , Fathir, Yassin, As-Syaffaat, syaad, az-Zumar, al-Mukmin, Hamim
Sajdah, As-Syura, Az-Zukruf, ad-Dukhaan, al-Jathiyah, al-Ahqaff,
Muhammad dan surah al-Fatah.
4) ( ) iaitu surah-surah yang mempunyai ayat-ayat pendek.
Memiliki 66 buah surah bermula dari surah al-Hujurat hingga akhir

surah an-Naas (penapat Imam an-Nawawi) .Surah-surahnya ialah surah


surah al-Hujurat, Qaff, az-Zariyat, at-Thur, an-Najm, al-Qamar, arRahman, al-Waqiah, al-Hadid, al-Mujadalah, al-Hasyr, al-Mumtahanah,
as-Saff, al-Jumuah, al-Munafiquun, at-Taghabun, at-Talaq, at-Tahrim, alMulk, al-Qalam, al-Haqqah, al-Maarij, Nuh, al-Jin, al-Muzzammil, alMuddathir, al-Qiyamah, ad-Dahr, al-Mursalat, an-Naba, an-Naziat,
Abasa, at-Tawkir, al-Infithar, al-Mutaffifin, al-Insyiqaq, al-Buruj, , atTariq, al-Ala, al-Ghosyiah, al-Fajr, al-Balad, as-syams, al-Lail,ad-Dhuha,
al-Insyirah, at-Tin, al-Alaq, al-Qadar, al-Baiyinah, al-Zalzal, al-Adiyat,
al-Qoriah, at-Takathur, al-Asr, al-Humazah,al-Fiil, al-Quraisy, al-Maun,
al-Kauthar,al-Kafirun, an-Nasyr, al-Lahab, al-Ikhlas, al-Falaq, dan surah
an-Naas. Dinamakan dengan nama tersebut kerana banyak fasal
antara surahnya dan basmalah. Ada juga yang berpendapat ia bermula
dari surah Qaff hingga surah an-Naas (pendapat az-Zarkasyi).
Ulama telah membahagikanpula surah ( ) ini kepada tiga bahagian
iaitu :
a. ( ) yang bermula dari awal surah al-Hujurat sebanyak 29 surah
hingga surah al-Mursalat.
b. ( ) bermula dari surah an-Naba hingga surah al-Lail sebanyak 15
surah.
c. ( ) bermula dari ad-Dhuha hingga akhir surah an-Naas sebanyak
22 surah.

Tertib Surah-Surah Di Dalam Al-Quran :


Al-Quran yang hanya dikumpulkan di zaman pemerintahan Saidina Abu
Bakar dan kemudian di zaman Saidina Uthman telah menimbulkan persoalan
iaitu adakah susunan surah-surah yang terdapat hingga hari ini tauqifi atau
tidak.

1. Pendapat yang pertama mengatakan bahawa susunan surah-surahalQuran yang terdapat hingga ke hari ini adalah merupakan suatu
susunan yang tauqifi (susunan yang diperintahkan /diwahyukan dari
Allah S.W.T. ). Mereka berkata bahawa susunan surah yang terdapat
pada hari ini sebagaimana yang dikhabarkan atau disampaikan oleh
malaikat Jibril a.s.
Berkata Ibnu Hasar ( ) bahawasanya susunan surah-surah
dan letaknya ayat-ayat al-Quran adalah dengan wahyu Allah S.W.T.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

Letakkanlah olehmu ayat ini di tempat ini


Dan terhasillah keyakinan secara mutawatir perpindahan susunan
surah ini dengan bacaan yang dibuat oleh baginda Rasulullah s.a.w. sendiri.
Dengan dua hujah inilah para sahabat mengumpul dan menulis semula alQuran sehingga menjadi apa yang kita tatapi sekarang ini. Suatu contoh lain
ialah kisah Jibril a.s. telah memerintahkan Nabi s.a.w. supaya memindahkan
ayat 281 dalam surah al-Baqarah di antara dua ayat iaitu ayat mengenai riba
dengan ayat mengenai hutang.
2. Pendapat kedua mengatakan bahawa susunan ayat dan surah al-Quran
adalah tauqifi yang sampai kepada Rasulullah s.a.w. melainkan dua
surah iaitu surah al-Anfal dan surah al-Baraah. Ini adalah kerana yang
meletakkan kedua-dua surahtersebut di tempatnya sekarang ini
berdasarkan ijtihad Saidina Uthman yang kemudian dipersetujui oleh
para sahabat semuanya.
3. Pendapat yang kedua yang mengatakan bahawa susunan surah-surah
di dalam al-Quran adalah berdasarkan kepada ijtihad para sahabat. Ini
terbukti kerana wujudnya ketidaksamaan mashaf-mashaf persendirian
yang dimiliki oleh para sahabat dan penulis-penulis wahyu.
10

4. Sebagai contohnya mashaf Ali r.a. dimulai dengan surah al-Alaq dan
kemudian diikuti dengan surah al-Muddathir, diikuti pula oleh surah
Nun, kemudian surah Qalam dan diikuti oleh surah Muzzammil dan
seterusnya. Mashaf Ibnu Masud pula dimulai dengan surah al-Baqarah,
kemudian surah an-Nisa kemudian dengan surah Ali-Imran. Sementara
itu Mashaf Ubai bin Kaab pula dimulai dengan surah al-Fatihah diikuti
dengan surah al-Baqarah kemudian surah an-Nisa dan kemudian surah
Ali Imran serta seterusnya.

Faktor Berbezanya Tertib Surah Pada Mashaf Sahabat :


Sebagaimana yang disebutkan di atas terdapat perbezaan tertib surah pada
mashaf-mashaf yang dimiliki oleh para sahabat. Ini berkemungkinan
disebabkan pertamanya tertib surah yang dimiliki oleh para sahabat tersebut
adalah penulisan sendiri selepas mereka menghafalnya dan tidak dibetulkan
sehingga pembentangan terakhir. Selepas sahaja pembentangan terakhir
sepatutnya semua mashaf adalah mengikut tertib yang diperintahkan oleh
Nabi. Kemungkinan ada yang terlupa atau tidak berkesempatan untuk
berbuat demikian dan sebagainya.

Dari dalil-dalil yang terdahulu bahawa penulisan wahyu adalah


berdasarkan perintah semasa Nabi s.a.w. maka sahabat menulis ayat-ayat
tersebut mengikut perintah Nabi s.a.w. Ketidaksamaan perintah tersebut
tidak dinafikan mempunyai hikmat-hikmat yang tertentu untuk memudahkan
umat Islam yang mungkin tidak difahami maksud sebenarnya. Di samping itu
ketegasan sahabat dalam mempertahankan pendapat mereka
berkemungkinan menjadi faktor berbezanya mashaf di kalangan mereka.
Selain itu kita perlulah yakin bahawa para sahabat adalah orang yang
dipercayai sifat kejujurannya oleh itu adalah tidak diragui setiap tertib ayat
11

yang mereka miliki adalah mengikut persetujuan Nabi s.a.w.


Sepatutnyatidak ada syak wasangka di dalam hati tentang kejujuran mereka
dalam menunaikan perintah Nabi sedang baginda s.a.w. sendiri
mengisytiharkan bahawa para sahabatnya adalah ibarat bintang-bintang
yang bersinar dan menyinari.
Hikmat Diadakan Surah-Surah Di Dalam Al-Quran :
Sesesuai dengan kenyataan bahawa al-Quran merupakan kitab mukjizat
maka penetapan surah-surah juga sudah pasti mempunyai hikmat dan
tujuannya yang tertentu. Berikut adalah di antara beberapa hikmat diadakan
surah-surah di dalam al-Quran.
1. Ia merupakan suatu mukjizat yang terdapat surah-surah yang
mengandungi ayat-ayat yang panjang dan juga ada surah yang
mengandungi ayat-ayat yang pendek. Musuh-musuh Islam tidak boleh
mendakwa bahawa surah yang panjang ayatnya sebagai mengandungi
mukjizat dan surah yang pendek itu tidak atau sebaliknya. Bahkan,
semua ayat dan dan surah al-Quran adalah mukjizat.
2. Adanya surah-surah di dalam al-Quran adalah antara cara untuk
memudahkan membaca dan menghafal ayat-ayat al-Quran. Setiap
penghafaz akan menjadikan setiap surah sebagai sebagai sasaran atau
had menghafaz dalam sesuatu ketika. Begitu juga bagi seseorang
kanak-kanak misalnya akan merasa gembira apabila habis membaca
dan menghafaz sesuatu surah al-Quran.
3. Memudahkan para musafir ketika bermusafir dalam menentukan
marhalah-marhalah musafir mereka. Misalnya mereka menetapakan
jauh sesuatu sesuatu tempat dengan habisnya membaca sesuatu
surah tertentu. Para musafir tidak akan merasa bosan di dalam
perjalanan kerana di sepanjang perjalanan mereka akan membaca
surah tersebut.

12

4. Kewujudan surah-surah untuk membezakan kandungan ayat, peristiwa,


cerita dan seumpamanya dalam sesuatu ayat yang diturunkan. Surah
Yusuf misalnya menceritakan tentang kisah Nabi Yusuf untuk dijadikan
pengajaran. Surah Munafiqun misalnya menceritakan hal ehwal niat
dan perbuatan orang munafiq dan seterusnya.
5. Menambah keseronokan dan keasyikan membaca al-Quran. Ini adalah
kerana surah-surah yang baru mula dibaca akan memberi kesan
seolah-olah mereka baru membaca dan mereka akan terus membaca.
Sekiranya tidak ada surah maka akan dirasakan terlalu panjang dan
boleh menjemukan pembacanya. Itulah kemukjizatan al-Quran.

Nama-Nama Surah Di Dalam Al-Quran Adalah Tauqifi :


Persoalan juga timbul dengan wujudnya surah-surah tersebut iaitu adakah
nama-nama surah di dalam Al-Quran itu tauqifi atau tidak. Bagi
menjelaskannya maka ditegaskan di sini bahawa semua nama surah di
dalam al-Quran adalah tauqifi. Ini berdasarkan hadis-hadis baginda s.a.w.
yang menyebutkan nama-nama surah tersebut. Antaranya :


Barabgsiapa yang menghafaz 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi maka ia
akan terpelihara dari fitnah dajjal.


Barangsiapa membaca surah ad-Dukhan pada malam Jumaat nescaya akan
diampunkan dosa-dosanya.

13

Nama Surah-Surah Al-Quran :


Walaupun kita dapati bahawa surah-surah di dalam al-Quran masyhur
dengan apa yang kita tatapi setakat ini, namun sebenarnya surah-surah
tersebut terbahagi kepada dua dari segi namanya, iaitu surah-surah yang
mempunyai satu nama sahaja dan surah- surah yang mempunyai lebih dari
satu nama.
Surah-Surah Yang Mempunyai Hanya Satu Nama :
Ada sebanyak 73 buah surah dan semua nama tersebut adalah tauqifi. Iaitu
surah an-Nisa , al-Anam, al-Araf, Yunus, Hud, Yusuf, ar-Rad, Ibrahim, AlHijr, Mariam, al-Anbia ,al-Hajj , al-Mukminun, an-Nur, al-Furqan, al-Qayasy,
al-Ankabut, ar-Ruum, Lukman, al-Ahqaff, al-Fath, al-Hujurat, az-Zariyat, atTur, an-Najm,al-Waqiah, al-Hadid, al-Jumuah, al-Munafiqun, al-Qalam, alHaaqqah, Nuh, al-Jin, al-Muzammil, al-Muddathir, al-Qiamah, al-Mursalat, anNaziat ,Abasa, at-Takwir, al-Infitar, al-Mutaffifin, al-Insyiqaq, al-Buruj, at-Tariq,
al-Ala, al-Ghasyiah, al-Fajr, al-Balad, as-Syams, al-Lail, ad-Dhuha, al-Insyirah,
at-Tiin, al-Alaq, al-Qadr, al-Baiyinah, al-Zilzalah,al-Adiyat,al-Qariah, atTakathur,al-Asr, al-Humazah, al-Fiil, al-Quraisy, al-Kauthar dan al-Falaq.
Surah-Surah Yang Mempunyai Lebih Dari Satu Nama :
Ada sebanyak 40 buah surah daripada nama-nama tersebut adalah tauqifi
dan sebahagiannya tidak tauqifi dan sebahagiannya tidak tauqifi iaitu
dinamakan sama ada oleh sahabat atau tabien. Surah-surah tersebut ialah
surah al-Fatihah (Ummul Quran, Fatihatul Kitab dan as-Sabul Mathani ), alBaqarah (Sanamul Quran, Fastotul Quran ), Ali Imran (Az-Zahra ), al-Maidah
(al-Uqud, al-Munqodzah ), al-Anfal (Badar ), al-Baraah (at-Taubah, alFadzihah, al-Muthirah ) ,an-Nahl (an-Niam ), al-Isra (Bani Israel), al-Kahfi
(ashabul Kahfi ), Taha (al-Kalim ), as-Syuara (al-Jamiah ), an-Naml
(Sulaiman), as-Sajadah (al-Madhoji ), Fatir (Malaikat), Yassin (Qalbul Quran,
ad-Dafiah, al-Qaldhiyah ), az-Zuma (al-Ghuraf), Ghofir (at-Tuul, al14

Mukmin),Fusilat (as-Sajadah), al-Jathiyah (as-Syariah), Muhammad (al-Qital),


Qaff (al-Basiqat), Iqtarobat (al-Qamar), ar-Rahman (Urusul Quran), alMujadalah (az-Zihar), al-Hasyr (Bani Nadhir), al-Mumtahanah (al-Mawaddah),
as-Saff (al-Hawariyyin), at-Talaq (an-Nisaul Qasri), at-Tahrim (Lima Tuharrim),
Tabaroq (al-Mulk, al-Mananiah, al-Munjiyah, al-Maniah), Saala (al-Maarij), alInsan (ad-Dahr),Amma (an-Naba, at-Tasaul), Lam Yakun (al-Baiyinah), Aroaita
(Ad-Diin), al-Kafiruun (al-Ibadah), an-Nasr (at-Taudi), Tabbat (al-Masad), alIkhlas (al-Asas), an-Nas (al-Muawwidzatani).

Tulisan Al-Quran Dengan Rasam Uthmani


Terjadi juga perselisihan pendapat adakah rasam Uthmani atau tulisan
Uthmani yang dijadikan asas penulisan ayat-ayat al-Quran itu merupakan
suatu yang tauqifi atau tidak. Dalam soal initerdapat tiga pendapat yang
membincangkannya :
1. Mereka yang berpendapat bahawa tulisan tersebut merupakan suatu
yang tauqifi yang wajib diambil dengannya dalam penulisan al-Quran
dan memuliakannya dengan sepenuhnya.
Telah dinukilkan dari Ibnu Mubaraq dari Syeikhnya Abd Aziz adDzubagh bahawa ia telah berkata :Tidaklah bagi seseorang sahabat
dan tidaklah yang selain dari mereka dalam menulis tulisan ayat alquran dan tidak juga sehelai rambut pun melainkan semuanya adalah
tauqifi dari Nabi s.a.w. Bagindalah yang memerintahkan mereka
supaya menulis di atas kaedah yang dikenali di atas dengan
menambah atau mengurangkan huruf alif dengan rahsia-rahsianya
yang tersendiri. Sesungguhnya susunan al-Quran merupakan mukjizat
maka pastinya tulisannya juga adalah mukjizat.
2. Mereka yang berpendapat bahawa tulisan al-Quran tersebut bukanlah
sesuatu yang tauqifi tetapi hanya kerelaan dari Saidina Uthman yang
15

kemudiannya diterima dan dipersetujui oleh para sahabat yang lain.


Oleh itu, wajiblah diambil dan diikuti dan berdosalah sekiranya
menyalahi tulisan tersebut.
3. Mereka yang berpendapat bahawa tulisan Uthmani tersebut hanya
sebagai suatu istilah/bentuk sahaja yang tidak wajib untuk diikuti dan
tidak berdosa jika menyalahinya. Ini berdasarkan bahawa Allah tidak
menfardukan ke atas umat-Nya mengenai hal tersebut.

2.0 NASAKH DAN MANSUKH3


3 Mohd Syahar Barkat Ali, SPM Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 &
5.Selangor : Pustaka Ilmi,. Pada halaman 180-186.
16

Pengertian Nasakh
Dari segi bahasa naskh membawa erti penghapusan.
Dari segi istilah nasakh ialah menghapuskan hukum syarak yang sedia ada
terpakai dengan hukum syarak lain dengan sebab ada dalil syarak yang
baru. Sekiranya tidak ada penghapusan itu maka hukum yang lama itu tetap
terpakai.
Hukum lama yang dihapuskan itu disebut mansukh.
Naskah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. sahaja . Nasakh tidak berlaku
pada zaman sahabat kerana :
a) Ayat al-Quran hanya diturunkan ketika Rasulullah s.a.w. masih hidup.
b) Hanya Rasulullah s.a.w. yang dapat menentukan antara hadis dan ayat
al-Quran.

Para Ulamak Telah Bersepakat Tentang Harus Adanya Nasakh. Di


Antara Dalilnya Ialah :
1. Firman Allah S.W.T.

66. sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (Apa Yang telah
Diwajibkan dahulu)

2. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :


Daripada Buraidah, Rasulullah s.a.w. bersabda : Dahulu aku
melarang kamu pergi menziarahi kubur, tetapi sekarang Muhammad
telah dibenarkan menziarahi kubur ibunya maka lawatilah kamu
kerana sesungguhnya pergi melawat kubur itu boleh mengingatkan
mati. (Riwayat Muslim, Abi Daud dan At-Tirmizi )

17

3. Daripada sudut akal : Hukum-hukum Allah S.W.T. itu adalah untuk


kesenangan hambaNya. Sedangkan kepentingan manusia itu berubahrubah mengikut masa dan keadaan .Oleh itu nasakh adalah satu
perkara yang sangat perlu.

Hikmat Nasakh Dan Perkara Yang Boleh Dinasakh :


Di antara hikmat nasakh ialah ;
a) Untuk memberi hukum yang lebih banyak bagi kehidupan manusia.
b) Sebagai suatu kemurahan Allah S.W.T. kepada orang mukmin.
c) Sebagai suatu peningkatan dalam perundangan Islam.
Bukan Semua Perkara Boleh Dinasakh. Hanya Perkara-Perkara
Berikut Boleh Dilakukan Nasakh :

Perkara yang tidak menyentuh masalah tauhid. Sebaliknya perkara


yang menyentuh masalah tauhid tidak boleh dinasakh seperti ilmu

Allah, sifat-sifat Allah dan sebagainya.


Bukan berita-berita purbakala yang disampaikan oleh Allah S.W.T.
Bukan berita-berita akan datang yang disampaikan oleh Allah S.W.T.
Bukan Ijma Ulama. Ijma ulama tidak boleh dinasakh kerana ia hanya
berlaku selepas Rasulullah s.a.w. wafat. Maka tidak ada nasakh lagi

selepasnya.
Bukan perkara Qias. Qias tidak boleh dinasakh kerana ia mengikut
kaedah yang tetap.

Bahagian-Bahagian Nasakh :
Secara umumnya nasakh terbahagi kepada dua iaitu :

Penghapusan yang ada ganti.


Penghapusan yang tidak ada ganti.
18

Secara Khususnya Nasakh Itu Terbahagi Kepada Empat Jenis Iaitu :


1.
2.
3.
4.

Nasakh
Nasakh
Nasakh
Nasakh

hukum kepada hukum yang lebih ringan.


hukum kepada hukum yang lebih berat.
hukum kepada hukum yang sama dengannya.
tanpa ganti.

1)Nasakh Hukum Kepada Yang Lebih Ringan.


Firman Allah S.W.T. yang berbunyi :





65. Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang Yang beriman itu untuk
berperang. jika ada di antara kamu dua puluh Yang sabar, nescaya mereka
dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh Yang kafir itu); dan
jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan
seribu orang dari golongan Yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu)
orang-orang Yang tidak mengerti.(al-Anfal 65)

Ayat di atas dimansukhkan dan digantikan dengan ayat :


Firman Allah S.W.T. yang berbunyi :

19





66. sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (Apa Yang telah
Diwajibkan

dahulu)

kerana

ia

mengetahui

Bahawa

pada

kamu

ada

kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang Yang sabar,
nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di
antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu
orang Dengan izin Allah. dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang Yang
sabar. (surah al-Anfal 66)
2. Nasakh Hukum Kepada Hukum Yang Lebih berat.
Firman Allah S.W.T. yang berbunyi :


6. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
Ayat ini telah memberi kebenaran beragama kepada orang kafir. Ia dinasakh
dengan ayat yang menyuruh memerangi seluruh orang kafir musyrik.



dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka
memerangi kamu seluruhnya (surah at-Taubah 36 )

3.Nasakh Hukum Kepada Hukum Yang Sama Dengannya.

20

Ayat al-Quran yang memerintahkan supaya menggantikan wajib menghadap


muka ke Baitul Maqdis apabila mengerjakan sembahyang dengan wajib
menghadap ke Masjidil Haram di Mekah.

4.Nasakh Tanpa Ganti.


Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
Wahai

orang yang beriman apabila kamu hendak berbincang dengan

Rasulullah s.a.w. maka hendaklah kamu dahulukan sedekah sebelum


sebelum kamu berbisik-bisik.
Hukum ini telah dihapuskan dengan firman Allah S.W.T. yang berbunyi :



13. Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana Kerap kali kamu memberi
sedekah sebelum kamu mengadap? kalau kamu tidak melakukan (perintah)
itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka
dirikanlah

sembahyang

dan

berikanlah

zakat

(sebagaimana

Yang

sewajibnya), serta Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. dan (ingatlah),
Allah Maha mendalam pengetahuannya akan Segala amalan Yang kamu
lakukan. (surah al-Mujadilah 13)

21

Cara-Cara Nasakh
1) Nasakh al-Quran dengan al-Quran.
Firman Allah S.W.T. yang berbunyi :

43. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang


(mengerjakannya) sedang kamu Dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar
dan mengetahui akan apa Yang kamu katakan.(surah an-Nisa 43 )
Ayat ini menjelaskan bahawa minum arak itu jika tidak sampai
mengganggu peminumnya daripada menunaikan sembahyang
diperbolehkan. Ayat ini telah dinasakhkan dengan ayat berikut.

90. Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi,
dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak
panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu
hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah al-Maidah 90).
Ayat ini menjelaskan bahawa meminum arak itu adalah haram secara
mutlak sama ada mengganggu sembahyang atau tidak.

22

2. Nasakh Hadis Dengan Hadis:


Seperti hadis yang diriwayatkan oleh bukhari maksudnya ;
Tanaman yang dihasilkan dengan cara siraman air hujan dikenakan
zakat sebanyak sepuluh peratus.
Hadis ini mengandungi hukum am iaitu meliputi tanaman yang banyak
atau sedikit. Manakala hadis yang lain menyebut maksudnya :
Tidak dikenakan zakat pada tanaman yang kurang lima ausak.
Hadis ini mengandungi hukum khas yang membataskan sebahagian
hukum pada hadis yang pertama. Dengan demikian petani yang
mendapat hasil kurang lima ausak tidak dikenakan zakat.
3)Nasakh al-Quran Dengan Hadis
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

180. kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika
ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu
bapa dan kaum kerabat Dengan cara Yang baik (menurut peraturan
ugama), (al-Baqarah 180)
Ayat ini dinasakhkan oleh hadis riwayat at-Tirmizi maksudnya :
Tidak boleh berwasiat kepada keluarga.

23

4.Nasakh Hadis Dengan al-Quran.


Seperti menghadap kiblat ke Baitul Maqdis ketika sembahyang . Ia telah
sabit dengan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. tetapi amalan itu
telah dinasakhkan dengan firman Allah S.W.T. yang berbunyi :


144. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (tempat
letaknya Kaabah); (Al-Baqarah 144)
Pembahagian Nasakh Menurut Hukum Dan Bacaan Terbahagi
Kepada Tiga Bahagian:
1) Nasakh hukum dan bacaan sekali, seperti hadis yang diriwayatkan
oleh saidina Aisyah :

Pada mulanya ayat al-Quran diturunkan ialah sepuluh kali menyusu


yang tertentu tetapi ia telah dihapuskan dengan lima kali tertentu..

Ayat dan hukumnya telah dihapuskan di dalam al-Quran.

2) Nasakh Bacaan Sahaja Sedangkan Hukumnya Tidak.

Orang tu lelaki dan orang tua perempuan jika mereka berzina hendaklah
direjam kedua-duanya sekali. Kami telah membacanya dahulu.

Ayat ini telah dihapuskan bacaannya tetapi hukumya tetap ada.

3) Nasakh Hukum Sahaja Sedangkan Bacaan Tidak. Firman Allah


S.W.T :




24

180. kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika
ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu
bapa dan kaum kerabat Dengan cara Yang baik (menurut peraturan
ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang Yang bertaqwa. (alBaqarah 180 ).

Hukum tersebut telah dinasakhkan dengan hadis riwayat atTirmizi :


Maksudnya : Tidak boleh berwasiat kepada keluarga.

3.0 HADIS MAWDU ()

Pendahuluan
25

Pada zaman Nabi s.a.w. tidak timbul masalah Hadis Palsu atau Hadis Maudu.
Hal tersebut Nabi s.a.w. bertindak tegas untuk membendung gejala buruk
tersebut. Waktu itu juga umat Islam belum menghadapi banyak masalah dan
berpecah belah.
Antara lain juga, waktu itu wahyu masih diturunkan oleh itu jika ada
pemalsuan , al-Quran dan Hadis segera diturunkan untuk
mendedahkannya.Justeru itu, pada masa Nabi s.a.w., Hadis Palsu dapat
disekat dengan segera.
Selepas kewafatan baginda s.a.w. para sahabat terpaksa bekerja keras
menghadapi mereka yang mencipta Hadis Palsu dan menimbulkan huru-hara
dalam masyarakat Islam. Ia mula ditimbulkan oleh puak-puak munafik serta
golongan Yahudi dan Nasrani.
Pemalsuan yang berkaitan dengan hadis memang berlaku. Kegiatan
serta pemalsuan tersebut juga atas dasar dan dengan persetujuan yang
berlainan antara pereka Hadis Palsu. Setengah mereka adalah kalangan
orang kafir, tukang cerita, ahli politik dan mereka yang ingin mencari
kemewahan atau juga golongan yang fanatic kepada sesuatu fahaman dan
pegangan tertentu.

26

Sejarah Lahir Hadis Maudhu


Menurut pendpat ahli sejarah, bermulanya kelahiran hadis palsu ialah
setelah tercetusnya fitnah ataupun pertelingkahan di antara Ali dengan
Muawiyah.
Mereka yang mula-mula melibatkan dirisecara langsung dengan
mereka-reka hadis ialah golongan syiah.Hal tersebut dibuktikan melalui
pengakuan oleh Ibn Abu al-Hadid yang merupakan seorang syiah yang
terkenal dengan katanya : Bermulanya pendustaan terhadap hadis-hadis
Nabi ialah oleh golongan syiah.
Antara lain golongan lain yang terlibat secara langsung dengan
pemalsuan hadis Nabi ialah puak al-Rafidah. Sebagaimana yang dinyatakan
oleh Ibn Hajar, mengenai hadis dalam bab Faail :Hadis tentang kelebihan
Ahli AL-Bait. Mereka juga mencipta hadis tentang kejahilan Ahl al-Sunnah.
Disebabkan faktor politik tersebut, mereka yang terlibat mencipta
hadis palsu bertujuan memihak kepada golongan-golongan yang
disokongnya dan fahaman aliran pemikiran yang mereka pegang. Justeru itu,
menyebabkan telah bercampur aduk hadis-hadis palsu dengan hadis-hadis
sahih.

Pengertian Hadis Maudu


Dari sudut bahasa hadis maudhu memberi pengertian iaitu jatuh atau
rendah. Manakala dari sudut istilah hadis mawdu dapat diberikan dengan
pengertian berikut4 :
1) Hadis diriwayat oleh perawi dusta.

4 Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis, Kuala Lumpur :Pustaka Salam
Sdn Bhd, Edisi 11 2005. Pada halaman 248 -259.
27

2) Khabar direka-reka dan disandarkan kepada Nabi s.a.w. atau sahabat


atau tabiin secara dusta, kerana ada muslihat tertentu.
3) Hadis dicipta dengan menisbahkannya kepada Nabi s.a.w. sama ada
pendustaan itu dilakukan secara sengaja atau tidak.
Hadis maudhu adalah hadis yang dinyatakan berasal dari nabi tetapi
kenyataannya adalah bohong semata, yang kemudian dicampurkannya
dengan hadis-hadis yang sahih dengan tujuan untuk kepentingan politik,
untuk merosak agama Islam dari dalam atau memperkuat golongannya
sendiri. Meriwayatkan hadis palsu ini hukumnya haram setelah diketahui
bertentangan dengan al-Quran, tidak logik atau berlawanan dengan hadis
yang mutawatir. Hadis ini adakalanya dibuat oleh ahli-ahli bidaah, maka
memperkembangkan hadis ini adalah menyalahi ajaran-ajaran Islam dan
bertentangan dengan pendapat-pendapat para ulama Islam yang terkenal. 5
Hadis maudhu ialah hadis yang direkacipta oleh seseorang dengan
disandarkan kepada Rasulullah s.a.w., sahabat atau tabiin dengan tujuan
tertentu.6

Contoh Hadis Mawdu


Maksudnya : Berkahwinlah dan jangan menjatuhkan talak, kerana talak itu
menggegarkan Arasy
Salah seorang perawi dalam rangkaian sanad ini yang bernama Amru bin
Jumai seorang pendusta.
5Hussein Bahreisj, 450 Masalah Agama Islam.Kuala Lumpur:Pustaka Antara, cetakan
pertama 1987. Pada halaman 62.
6 Qurrotul Aien Bt Fatah Yasin,Ilmu Mustolah Hadith. Kuala Lumpur :ISP Shabab
Trading, cetakan pertama 2006. Pada halaman 248.
28

Faktor Lahir hadis Mawdu


Antara faktor utama yang menyebabkan munculnya Hadis Mawdu ialah :
1. Pertelingkahan Politik
Contohnya : kemunculan golongan al-Rafidah. Iaitu golongan yang
menentang para sahabat yang memberi baiah kepada Abu Bakar dan Umar
sebagai khalifah. Golongan ini kemudiannya berpecah pula menjadi 300
kumpulan.
Golongan al-Rafidah ini telah banyak mereka-rekakan hadis palsu demi
kepentingan kumpulan mereka. Golongan inilah yang paling banyak
melakukan pendustaan terhadap Rasulullah dan mencipta hadis palsu.
Imam Malik apabila beliau ditanya mengenai golongan al-Rafidah,
jawabnya: Jangan kamu bercakap dengan mereka dan jangan kamu
meminta pendapat daripada mereka, kerana mereka adalah golongan
pendusta.
Pendapat Imam ShafiI tentang al-Rafidah dengan katanya : Aku tidak
dapati satu golonganpun yang mengikut hawa nafsu dengan member saksi
bohong, kecuali golongan al-Rafidah.
Antara hadis yang direka oleh golongan al-Rafidah ialah dengan
mencela dan mencaci muawiyah.


Maksudnya : Apabila kamu melihat Muawiyah berada di atas mimbarku,
bunuhlah ia.
Dalam kontek lain pula, faktor polotik ini juga menyebabkan golongan
yang fanatic kepada puak mereka mencipta hadis palsu. Sebagaimana
golongan yang fanatik kepada muawiyah mencipta hadis. Contohnya :

29

:
Maksudnya : Orang-orang yang amanah itu ada tiga ,iaitu, Aku, Jibril dan
Muawiyah.

2. Golongan Zindiq
Golongan ini bermaksud golongan yang membenci kepada ajaran ajaran
Islam dan orang Islam. Terutamanya apabila jajahan Islam dan agama
Islam itu tersebar ke Negara luar dan golongan bukan Arab menerima
Islam beramai-ramai.

Mereka mencipata hadis palsu untuk memburuk-burukkan agama


Islam dan kesuciannya. Kegiatan ini dilakukan oleh musuh Islam dan
mereka yang membenci Islam , baik dalam kalangan individu atau
pemimpin yang kehilangan kuasa dalam pemerintahan Islam.
Oleh sebab itu, mereka telah berusaha mengembalikan kuasa dan
kedudukan mereka dengan memburuk-burukkan Islam. Antara lain juga,
mereka cuba memesongkan akidah umat Islam dan menimbulkan huruhara dalam masyarakat Islam dengan cara mencipta hadis palsu
kemudian disandarkan kepada Nabi s.a.w..
Contohnya :


Maksudnya : Allah menjadikan malaikat dari bulu lengan dan bulu dadaNya.

30

3. Fanatik Kepada Kabilah, Puak, Bangsa, Imam Dan Jemaah


Tertentu.
Oleh itu, mereka sengaja mencipta hadis palsu untuk memenuhi nafsu dan
kehendak mereka.
Contohnya, sebagaimana hadis yang dicipta oleh golongan yang yang
fanatik kepada bahasa Arab :


Maksudnya : Sesungguhnya Allah apabila Ia marah, ia akan menurunkan
wahyu dengan bahasa Parsi dan apabila Ia reda, Ia menurunkan wahyu
dalam bahasa Arab.
Begitu juga golongan yang fanatik terhadap imam tertentu, lalu
golongan ini mencipata hadis seperti :


Maksudnya : Sesunggunya lahir seorang lelaki dari kalangan umatku yang
dikenali sebagai Abu Hanifah al-Numan, ia adalah penyuluh umatku.
4.Penciptaan Kisah Dan Riwayat Yang Dibuat Oleh Tukang
Cerita.
Yang mana mereka tidak rasa segan silu menyandarkan kepada Nabi s.a.w.
untuk menarik orang ramai mendengar cerita dan riwayat yang mereka
bawa.
Contoh , sebagaimana yang berlaku pada suatu ketika Imam Ahmad
bin Hanbal dan Yahya bin Main menunaikan sembahyang di Masjid alRasafah. Tiba-tiba bangun seorang dari kalangan jemaah masjid itu dengan
mereka hadis, katanya : Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Main telah
menceritakan , kata kedua-duanya : Abd al-Razak meriwayatkan hadis dari
Qatadah dari Anas katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda :
31

Maksunya : Sesiapa yang mengucapkan La Ilaha Illa Allah , Allah akan


menjadikan daripada setiap kalimah tersebut seekor burung, paruhnya
daripada emas dan bulunya daripada marjan.
5.Pertelingkahan Mazhab Dan Fahaman.
Iaitu pertelingkahan pendapat dalam sesuatu masalah feqah juga ilmu
kalam. Justeru itu, pengikut-pengikut mazhab tersebut mencipta hadis untuk
menyokong mazhab mereka.Contohnya :


Maksudnya: Sesiapa yang mengangkat kedua tangannya ketika
sembahyang, batal sembahyang.
6. Kejahilan
Iaitu tidak mendalam ilmu pengetahuan tentang Islam, namun niat dan
tujuan mereka adalah benar dan baik untuk agama. Contohnya :Ahli sufi
atau Tasawuf.
Disebabkan kejahilan itu menyebabkan mereka mencipta hadis palsu
mengenai kelebihan sesuatu amalan, sesebuah surah al-Quran dan lainnya.
7.Mengampu.Iaitu untuk mencari nama dan pangkat di sisi raja dan
daripada sesetengah golongan tertentu.

Cara Mengenali Hadis Mawdu7 :

7 Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis, Kuala Lumpur :Pustaka Salam
Sdn Bhd, Edisi 11 2005. Pada halaman 254 -259
32

Hadis mawdu atau hadis palsu boleh dikesan walaupun tanpa mempelajari
dan mendalami tentang sanad atau isnadnya dengan terperinci.
Antara cara untuk mengenali hadis palsu dapat dibahagikan kepada dua
jenis : Tanda kepalsuan pada sanad dan tanda kepalsuan pada matan.

Tanda-Tanda Kepalsuan Pada Sanad

Antara tanda kepalsuan pada sanad ialah:


a) Perawi berkaitan mengakui pemalsuan yang telah dilakukannya pada
hadis. Contohnya Abd al-Karim bin Abu al-Awja yang terbunuh tahun
160 Hijrah telah mengakui beliau banyak mencipta hadis palsu
sebagaimana yang dapat dipetik dari kata-katanya: Demi Allah, aku
telah mencipta sebanyak 4000 buah hadis, yang mana ianya berkaitan
mengharamkan perkara yang syarak telah halalkan dan menghalalkan
perkara yang syarak telah haramkan.
Begitu juga Ibn Abu Maryam mengakui telah mencipta hadis
mawdu mengenai kelebihan surah-surah di dalam al-Quran.
b) Pereka hadis Mawdu dan orang yang didakwanya mengambil hadis
tersebut tidak pernah hidup sezaman atau tidak pernah bertemu atau
tidak pernah pergi ke tempat hadis itu diambil.
Contohnya,: Mamun bin Ahmad al-Harawiy mendakwa beliau
mendengar sendiri hadis daripada Hisyam bin Ammar. Apabila Ibn
Hibban bertanya beliau : Bilakah awak pergi ke Syam? Jawabnya
:Tahun 250 Hijrah. Ibn Hibban mengatakan Hisyam meninggal dunia
tahun 254 H.
Ini menunjukkan mereka tidak pernah bersua, apatah lagi untuk
meriwayatkan hadis.

33

c) Sikap atau keadaan perawi juga merupakan tanda kepalsuan pada


sanad. Sebagai contohnya,: Kisah yang berlaku pada Saad bin Tarif.
Anaknya telah menemuinya dalam keadaan menangis. Lantas beliau
bertanya sebabnya. Anaknya memberitahu beliau bahawa gurunya
telah memukulnya. Lalu Saad berkata: Aku akan memalukannya suatu
hari nanti. Beliau membuat hadis sendiri, ia berkata: Ikrimah telah
meriwayatkan kepadaku daripada Ibn Abbas daripada Nabi s.a.w. :
Guru-guru anak kamu adalah orang yang memalukan kamu di hadapan
khalayak ramai, orang yang amat tidak mengasihi anak yatim dan
bersikap kasar terhadap fakir miskin.
Dalam keadaan ini Saad telah membawa Hadis Palsu ini dengan
mencipta sendiri sanad dari kalangan perawi thiqah, seperti :Ikrimah
dan Ibn Abbas serta Nabi s.a.w. sendiri untuk tujuan menghina dan
memalukan guru anaknya itu.
d) Perawi dikenali sering melakukan pendustaan adalah bersalahan dan
janggal riwayatnya daripada perawi thiqah yang lain.

Tanda-Tanda Kepalsuan Pada Matan

Antara landasan untuk mengenali Hadis Palsu dari sudut matan


sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Ibn al-Qayyim di dalam kitabnya:
al-Manar. Kitab tersebut diringkaskan olen al-Allamah Mulla Ali al-Qari
sebagaimana berikut :
1) Gaya bahasa yang lemah.
Ia tidak sesuai dengan taraf Nabi s.a.w. ia juga menunjukkan kelemahan
dari sudut bahasa dan keseniannya. Kerana Nabi terkenal dengan seorang
yang fasih dan bercakap dengan menggunakan uslub dan gaya bahasa
yang tinggi dan cantik.

34

Contohnya:



Maksudnya : Sesiapa yang mengucapkan la Ilaha Illa Allah, Allah akan
menjadikan setiap perkataan atau kalimah tersebut burung yang
mempunyai 70000 lidah dan setiap lidah pula dijadikan 70000 bahasa
yang memohon ampun untuknya.
2) Menunjukkan erti yang tidak betul dan menyalahi akal yang
waras, bahkan ia tidak dapat ditakwilkan.
Contohnya :


Sesungguhnya kapal Nabi Nuh telah bertawaf di Baitulla tujuh kali,
kemudian bersembahyang di sisi maqam Nabi Ibrahim dua rakaat.
3) Menyalahi pancaindera dan hakikat.


Maksudnya :Buah terung ubat segala penyakit
4) Menunjukkan maksud matan yang lucu.


Maksudnya : musim bunga umatku ialah anggur dan tembikai.

35

5) Menunjukkan percanggahan dengan syariat dan kaedahkaedahnya.


Contohnya :


Sebaik-baik kamu ialah yang selepas 200 tahun yang mana ia tidak
mempunyai isteri dan tidak mempunyai anak.
6) Bercanggah dengan bidang perubatan dan kedoktoran.
Contohnya :


Maksudnya :Memakan ikan boleh melemahkan badan
7) Hadis yang menyatakan tarikh tertentu.
Contohnya :



Maksudnya : Apabila berlaku gerhana bulan pada bulan Muharam: akan
berlaku ppemberontakan, peperangan dan pemerintah akan sibuk, dan
apabila berlaku gerhana bulan pada bulan Safar, adalah demikiandemikian pula.
8) Bercanggah dengan al-Quran dan Hadis Mutawatir.
Contohnya:

36

Maksudnya ; Anak zina tidak dapat masuk syurga hingga tujuh keturunan
Hadis ini jelas bertentangan denga ayat al-Quran yang menyatakan,
bahawa seseorng tidakdibebani dengan dosa orang lain. Sebagaimana
firman Allah S.W.T. :


164. Dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa
perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) (Surah al-anam
ayat 164 )

Kitab Berkaitan Hadis Mawdu :


Untuk membendung kegiatan pemalsuan hadis, bangkitlah ulama yang
jujur dan ahli dalam bidang berkaitan dengan menyusun kitab khusus
yang berkaitan dengan Hadis Mawdu.
Ulama pertama yang dapat dikesan menumpukan seluruh kajian dan
penulisan kitab tentang hadis palsu ialah al-Hasan bin Ibrahim alJawzaqani. Selepas beliau lahir ramai ulama dan terhasil banyak kitab lain
yang disusun berkaitan dengan Hadis Palsu.
Antara kitab utama sebagai rujukan berkaitan Hadis Palsu anataranya
ialah :
1. Kitab al-Fawaid al-Majmuah fi al-Hadith al-Mawduah. Kitab ini
dikarang oleh al-Syawkani.
2. Kitab al-Mawduat al-Kubra. Karangan Ibn al-Jawzi (m. 597 H).
3. Kitab Tazkirah al-Mawduat. Karangan al-Maqsidi (m. 507 H).
4. Kitab al-Abatil. Karangan al-Hassan bin Ibrahim al-Jawzaqani (m. 543
H).
5. Kitab

al-Lali

al-Masnuah

fi

al-Ahadith

al-Daifah

Mawduah.Karangan al-Imam al-Suyuti (m. 911 H ).


6. Ahadith al-Qussas, karangan Ibn Taimiyyah.
37

wa

al-

7. Al- Asrar al-Mawduah fi al-Ahadith al-Mawduah, karya Ali al-Qari.


8. Kitab Silsilah al-Ahadith al-Daifah wa al-Mawduah. Karangan
Muhammad Nasr al-Din al-Albani (m. 1412 H/ 1999 M ).
9. Tahzir al-Khawas min Akadhib al-Qussas, karya al-Suyuti.

Hukum Beramal Dengan Hadis Mawdu


Hukum yang berkaitan dengan Hadis Mawdu adalah sebagaimana berikut :
Haram

meriwayatkan

Hadis

Mawdu

jika

mengetahui

tentang

kepalsuannya.
Haram dijadikan ia sebagai hujah atau dalil syarak. Hal tersebut
berdasarkan dalil sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim.


Maksudnya : Sesiapa yang meriwayatkan daripadaku dengan sesuatu
hadis dan didapati ianya palsu maka ia adalah salah seorang daripada
orang yang berbohong.
Hukum Mencipta Hadis Palsu
Sesebuah hadis itu sememangnya haram dijadikan hujah, sama ada
dalam persoalan akidah mahupun perundangan.
Sesiapa yang membuat hadis palsu adalah berdosa besar. Hal tersebut
adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w. melalui
sabdanya :


Maksunya : Sesiapa yang melakukan pendustaan terhadapku dengan
sengaja, tempatnya di dalam neraka.

38

4.0 ISTILAH ISTILAH PENTING BERKAITAN ULUM AL-HADITH


Bahasa:Sesuatu yang baru lawannya qadim.Ini adalah kerana
perkataan qadim adalah dinisbahkan kepada al-Quran manakala
Hadisdinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w.
Al-Hadith
Istilah:Merangkumi segala ucapan dan perbuatan baginda s.a.w.
yang merangkumi segala keadaan yang diriwayatkan dalam
kitab sejarah,sama ada yang berkaitan dengan
tempat,kelahiran,masa,serta segala yang berkaitan dengannya.

Bahasa:Perjalanan, haluan, peraturan, gaya,dan tingkah laku


dalam kehidupan.Sebagaimana firman Allah S.W.T :


38. kerana Sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orangorang (yang kufur ingkar) dahulu kala.(Surah Al-Anfal 38)

Al-Sunnah
Istilah:Menurut sebahagian Ahli Hadis lain pula, al-Sunnah
bukan hanya terhad untuk ucapan, perbuatan, pengakuan,
akhlak dan sifat-sifat peribadi Rasulullah s.a.w. sahaja. Namun
lebih daripada itu mereka berpendapat sunnah meliputi
amalan yang dilakukan oleh sahabat atau tabiin, sama ada
asalnya terdapat dalam al-Quran atau diambil daripada
Rasulullah s.a.w. atau tidak terdapat asalnya.Sebagai
contohnya, ialah hukuman hudud peminum arak,
mengumpulkan al-Quran dalam satu mushaf, membukukan
hadis dan sebagainya.

Bahasa: Sesuatu berita yang disampaikan daripada


seorang kepada seseorang yang lain.
Al-Khabar
Istilah:Menurut pendapat Ibn Hajar al-Asqalani, membawa
pengertian yang
sama ertinya dengan hadis.Pendapat ini
39
berdasarkan hujah, di mana Hadis Marfu dan Hadis
Mauquf dinamakan dengan Hadis atau dikenali juga
dengan Khabar.

Bahasa: Kesan atau bekas.


Al-Athar
Istilah: Menurut Imam al-Nawawi, al-Athar ialah Hadis
Mawquf.Iaitu kata-kata sahabat dan sesuatu yang
diriwayatkan daripada sahabat.

Bahasa: Sandaran

Al-Sanad

Istilah: Jalan periwayatan yang menyampaikan kepada


matan iaitu silsilah perawi-perawi hadith. Daripada Abu
Hurairah ke Abu Zurah ke Ammarah ke Muhammad Bin
Fudhail.Contohnya :



Maksudnya:Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat
timbangan, serta disukai oleh Yang Maha Pengasih.

Pengertian 1: Suatu perbuatan menyandarkan sesuatu


hadith kepada perawi-perawinya.
Al-Isnad
Pengertian 2: Ia digunakan dengan makna yang sama
dengan sanad. Contohnya :


Maksudnya: Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah
kebaikan, maka difaqihkan dia di dalam perkara agama.

Bahasa : Suatu benda keras yang timbul di atas


permukaan bumi.
40

Al-Matan

Kitab yang terkumpul di dalamnya segala yang


Istilah : Lafaz-lafaz
yang
makna atau
diriwayatkan
oleh parahadith
sahabat
r.a.membawa
daripada hadith-hadith
kalam yang berada
di
akhir sanad
Rasulullah
s.a.w.

Pengertian
Al-Musnad
Contohnya, Musnad Imam Ahmad.

Al-Musnid

Orang yang meriwayatkan hadith dengan disanadnya


semata-mata sama ada dalam keadaan mengetahui ilmu
hadith atau tidak.
Contohnya,Imam at-Tirmizi, Kitab az-Zuhd dan Kitab atTarikh

Al-Muhaddith

Golongan yang berkecimpung dalam bidang hadith,


menghafaz sejumlah besar daripada matan dengan
mengambil kira daripada kitab-kitab yang sahih, faham
dan mengetahui perkara-perkara yang luar biasa sehingga
tahu membezakan perkara-perkara tersebut. Kedudukan di
sini lebih tinggi daripada al-Musnid.
Contoh: Umar bin Ubaidillah al-Dzihli dan Yazid bin Abdul
Samad Abu al-Qasim al-Dimasyqi

Kedudukannya lebih tinggi daripada al-Muhaddith kerana


apa yang diketahuinya pada setiap tabaqah lebih banyak
daripada apa yang tidak diketahuinya.
Al-Hafiz
Contohnya : al-Khatib al-Baghdadi dan Imam adz-Dzihbiy.

41

Orang yang mengetahui kebanyakan daripada hadis dan


apa sahaja daripada hadith dan apa sahaja yang berkaitan
dengannya sama ada dari sudut matan dan sanad, jarah
wa tadil, perawi dan sebagainya.
Al-Hakim
Contohnya : Abu Daud,Tirmizi, dan Nasaie (pemilik sunan)
dan Imam at-Tobari.

Orang yang menghafaz 300000 hadith merangkumi matan


dan sanadnya sekalipun dari jalan berbeza serta
mendalami setiap perkara yang diperlukan untuk
memahami sesuatu hadith.
Al-Hujjah

Amirul
Mukminin fi alHadith :

Contoh : Salim bin Abdullah bin Umar bin al-Khattab dan


Ad-Daraniy

Golongan yang mempunyai martabat yang paling tinggi


dari segi hafazan, keyakinan dan ilmunya yang mendalam
dalam bidang hadith serta kecatatannya. Keilmuan mereka
menjadikan mereka tempat rujukan para huffaz, hukkam
dan sebagainya.
Contohnya; Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad
dan Imam Hambal.

42

5.0 REFLEKSI

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan taufiq-Nya


akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan bagi kursus Ulum al-Quran dan
Ulum Hadith (PQE 3102A) yang bermula 01 Ogos 2012 dan berakhir pada 04
September 2012.
Tugasan pada kali ini berkenaan penyusunan surah dan ayat-ayat alQuran, nasikh dan mansukh serta pembahagian, contohnya dan hikmatnya.
Selain itu, kerja kursus ini memberi penekanan berkenaan hadis-hadis palsu
dengan mendatangkan beberapa contoh serta menyatakan implikasinya
kepada umat Islam. Bagi menambahkan lagi kerja kursus pada kali ini lebih
menarik, beberapa istilah penting berkaitan ulum hadis ditulis dalam bentuk
grafik yang bebas dilakukan oleh setiap pelajar.
Selepas mendapat tugasan yang diberikan saya terlebih dahulu
merangka beberapa langkah dalam mendraf tugasan yang diberikan supaya
mengikut kandungan tugasan. Pada peringkat awal dalam mendapatkan
maklumat saya terlebih dahulu melayari internet , saya mendapati terlalu
banyak bahan yang boleh dimuat turun bagi menyiapkan tugasan yang
diberikan. Setelah memikirkan beberapa kali saya teringat kata-kata seorang
pensyarah bahawa bahan yang di dapati dalam internet masih tidak kukuh
kerana masih tidak establish walaupun diletakkan sekali sumber rujukannya.
Bagi mengelakkan berlaku kekurangan dalam mendapat markah
tugasan pada kali ini saya telah berhasrat mencari maklumat yang lebih
kukuh dengan mencari buku sebagai bahan tugasan saya. Setelah diteliti
beberapa isi tugasan dengan beberapa kali, saya dapati buku yang boleh
saya gunakan dalam menyiapkan tugasan ini saya boleh dapati dalam almari
buku saya. Saya sangat gembira kerana tidak perlu pergi ke perpustakaan
dalam mencari buku berkenaan tugasan yang diberikan.
Kelemahan pada diri saya ialah lambat dalam menaip maklumat yang
terdapat dalam buku rujukan. Dalam mengatasinya saya perlu menaip
seawal mungkin tanpa menangguh supaya tugasan bagi subjek yang lain
tidak menjadi beban kepada saya.
Sebelum menjalankan tugasan ini, pensyarah telah memberi taklimat
dan beberapa panduan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Perkara
43

penting dalam menyiapkan tugasan ini ialah tidak boleh memuat turun
daripada internet kerana bahan internet merupakan maklumat yang tidak
boleh dijadikan sumber rujukan .Lebih-lebih lagi saya bakal guru pendidikan
Islam hendaklah berintegriti dalam menjalankan tugasan yang diberikan
supaya sifat jujur dapat diamalkan dan dihayati bukan sekadar dalam
menyiapkan tugasan ini bahkan, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Malahan, setelah menyiapkan tugasan ini saya berasa seronok kerana
dapat menimba pengetahuan yang baru. Sebagai contohnya saya dapat
mengetahui pengertian ayat al-Quran, perbezaan pendapat ulamak dalam
menetapkan bilangan ayat al-Quran, cara-cara mengenal ayat-ayat al-Quran
dan jumlah kalimah-kalimah al-Quran. Selain daripada mengetahui
berkenaan penyusunan ayat dan surah al-Quran saya juga dapat menerokai
ilmu berkenaan hadis. Tajuk bagi bidang hadisa menekankan kepada hadis
Mawdu yang mana memberi implikasi terhadap umat Islam dapat saya
gunakan supaya pada masa akan datang, dalam menyampaikan kuliah saya
tidak menggunakan hadis palsu.
Kesimpulannya, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi sekali
lagi kerana dapat menyiapkan tugasan pada kali ini. Saya memohon
kemaafan jika dalam tugasan yang disiapkan oleh saya ini terdapat ralat dari
tugasan yang diberikan saya berharap ustaz dapat membantu saya supaya
pada masa akan datang tidak berlaku kesilapan yang berulang.

44

6.0 RUJUKAN

Asmawi Haji Ehsan, Ulum Al-Quran.Kuala Lumpur :Pustaka Haji Abdul


Majid,cetakan
kedua, 2004.
Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Ulum Hadis, Kuala Lumpur :Pustaka
Salam
Sdn Bhd, Edisi 11 2005.
Mohd Syahar Barkat Ali, SPM Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 &
5.Selangor :
Pustaka Ilmi.
Qurrotul Aien Bt Fatah Yasin,Ilmu Mustolah Hadith. Kuala Lumpur :ISP Shabab
Trading, cetakan pertama 2006.

45

7.0 LAPORAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Pada 12 Ogos Sehingga 15 Ogos 2012 yang lalu saya telah menjalani
Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) buat kali keempat dan merupakan
kali terakhir sebelum melakukan praktikum pada semester hadapan. Tugasan
PBS kali ini berdasarkan pelajaran minor setiap guru pelatih. Bagi saya bakal
guru pendidikan Islam minor saya adalah subjek Tilawah al-Quran.
Terlebih dahulu saya akan perkenalkan sekolah yang saya
melaksanakan aktiviti PBS pada tiga minggu yang lalu. Saya telah
melaksanakan di Sekolah Kebangsaan Sultan Omar bersama rakan saya dari
unit matematik. Sekolah tersebut terletak berdekatan dengan rumah saya
yang mana terletak lebih kurang tiga kilometer.Saya memilih sekolah yang
berdekatan rumah kerana dapat berbuka puasa bersama-sama ahli keluarga
di kampong, sebelum ini saya sering buat di luar kampung halaman.
Pada hari pertama saya berada di sekolah tersebut , saya dan rakan
pergi ke perhimpunan pagi yang mana dijalankan tiap-tiap hari Ahad, sekali
dalam seminggu.Pada perhimpunan tersebut saya tidak terlepas peluang
mendengar kuliah pagi yang disampaikan oleh Ustaz Shafiin yang mana
merupakan guru saya di sekolah menengah dahulu.Pada kuliah tersebut
beliau menerangkan tentang tanda-tanda lailatul qadar yang mana beliau
mengambil pendapat seorang ulamak berdasarkan pengalaman ulamak
46

tersebut dan dijadikan sifir dalam mendapatkan malam lailatul qadar , iaitu
jika permulaan puasa jatuh pada hari sekian , malam lailatul qadar akan
jatuh pada hari sekian.
Setelah habis perhimpunan saya dan rakan-rakan pergi ke pejabat
sekolah bagi bertemu dengan guru besar di sekolah tersebut. Di situ saya
dan rakan yang lain datang dari IPG yang lain serta dalam bidang yang
berlainan seramai 11 orang guru pelatih.

Pada permulaannya guru besar mengalukan kedatangan kami kerana


sudi membuat PBS di sekolah beliau. Beliau berasa bangga kerana
kedatangan kami dapat mengganti banyak kelas kerana ramai guru yang
ada musyaqqah terpaksa meninggalkan kelas. Setelah menjalankan sesi
berkenalan ,guru besar mengajukan persoalan yang dalam benak fikiran
kami semua. Saya terlebih dahulu mengambil peluang menanyakan guru
panatia Pendidikan Islam sekolah tersebut bagi memudahkan saya
berhubung berkenaan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
Setelah saya mendapatkan maklumat daripada guru besar, saya
segera pergi ke guru panatia Pendidikan Islam bagi membincangkan tugasan
pada kali ini. Saya bertemu dengan guru tersebut setelah waktu rehat di bilik
guru berseorangan. Ustazah tersebut mengalu-alukan kedatangan saya
kerana beliau sudah tahu yang saya akan bertemu dengannya.
Tanpa membuang masa saya segera meminta maklumat berkenaan
sukatan dan huraian Pelajaran pendidikan Islam bermula tahun satu
sehingga tahun enam.Selain itu bahan kurikulum pendiddikan al-Quran
seperti Rancangan Tahunan, dan semester turut diberikan.Ustazah tersebut
memberi kepada saya semua bahan yang diperlukan dan saya
memfotostatkan semua bahan yang diberikan. Saya bersyukur kerana
mempreroleh seorang ustazah yang mudah bicara.
47

Selain itu, saya turut membincangkan tentang rakaman yang akan di


ambil pada pedagogi Tilawah al-Quran di tahap satu dan tahap dua. Ustazah
mencadangkan nama-nama berkenaan kepada saya supaya dirancang waktu
pengajaran dan pembelajarannya. Pada tahap satu saya merakam
pengajaran yang dikelolakan oleh Ustazah Fatimah yang mengajar tahun dua
di kelas yang pelajarnya bijak , manakala bagi tahap dua saya membuat
rakaman seorang ustaz yang bernama Ustaz Shafiin bagi mengelolakan
murid tahun enam di kelas belakang sekali.
Pada hari selasa saya membuat rakaman Ustazah Fatimah yang
mengajar murid tahun Dua Bestari, yang mana pelajarnya bijak tetapi suka
bermain-main. Apabila ustazah Fatimah menjalankan sesi pengajaran ,muridmuridnya dapat mengikutinya.

48

Вам также может понравиться