Вы находитесь на странице: 1из 19

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

SMP (SEPT2013)

OUM-

1.0 PENGENALAN
Sejarah diorama bermula pada abad ke-19 dimana catan besar yang digantung pada
dinding disertai dengan figura-figura kecil berkaitan catan tersebut membangkitkan
suasana yang ingin digambarkan. Menurut glosari daripada Jabatan Muzium Malaysia
kata diorama berasal daripada bahasa Inggeris. Diorama merupakan model skala atau
binaan kecil sesebuah set yang direka untuk menunjukkan situasi atau gambaran sebenar.

Menurut Mohd Zairi Hussain (2007) Diorama merupakan gabungan catan besar yang
mewujudkan persekitaran dan arca-arca figura di hadapannya bagi menghidupkan
suasana catan besar tersebut. Catan ini digantung di dinding-dinding bangunan untuk
bahan tontonan orang ramai. Secara mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan
arca figura tiga dimensi. Objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya
dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat. Tujuannya
jelas, diorama dapat memperihalkan semula unsur-unsur naratif melalui penampilan imej
2 D dan 3 D dalam konteks diorama.

Kesimpulannya, diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi
pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut
hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga
permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun
boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak atau bekas tersebut.
Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang
diperlukan berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan
untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.
diorama

anneyza@SKTM

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


SMP (SEPT2013)

OUM-

2.0 Aspek-aspek perkembangan kanak-kanak melalui pemilihan aktiviti diorama.


2.1 Aspek Kognitif
Kognitif bermaksud segala perkara berkaitan kognisi seperti proses pembelajaran,
pemahaman dan pemerolehan pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Melalui
aktiviti diorama beberapa kemahiran berikut akan diperolehi;

Kemahiran menyelesaikan masalah dikuasai apabila murid melalui pengalaman


pembelajaran yang luas dalam seni dan kraf.
Kemahiran membuat keputusan sentiasa berlaku dan diperlukan semasa
menjalankan aktiviti seni.
Kemahiran pemikiran visual dan bahan pembelajaran tiga dimensi sentiasa
digunakan untuk menjayakan proses penghasilan karya.

2.2 Aspek Psikomotor


Integrasi fizikal dengan peralatan dan bahan dalam aktiviti diorama membuka ruang
kepada kanak-kanak melatih koordinasi tangan dan mata. Penerokaan alam benda dan
alam semula jadi meningkatkan kepekaan kanak-kanak pada unsur-unsur seni dan prinsip
rekaan. Otot-otot tangan dan mata memainkan peranan penting apabila kanak-kanak
melakukan aktiviti seni.

Kemahiran motor yang cekap dikembangkan melalui penggunaan peralatan seni

dan alatan dalam bilik seni.


Koordinasi mata dan tangan yang terlatih semasa aktiviti menyediakan minda

kanak-kanak untuk menghadapi tugasan di sekolah dan di rumah.


Keyakinan diri berkait rapat dengan kesedaran kanak-kanak

tentang

keupayaannya menguasai kemahiran motor.

2.3 Aspek Emosi dan Afektif


Perkembangan individu merangkumi emosi, sikap, nilai, pembentukan sahsiah dan
apresiasi. Pendidikan seni visual menjadi pemangkin kepada luahan emosi yang sihat.
Luahan emosi secara ekstrem mungkin berlaku dalam bentuk yang pelbagai tetapi

anneyza@SKTM

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


SMP (SEPT2013)

OUM-

melalui pendidikan dan aktiviti seperti diorama kebebasan mengekspresi perasaan dapat
diluahkan melalui lukisan atau kepuasan menghasilkan karya.

Ekspresi diri adalah dasar kepada penghasilan karya.


Intervensi krisis dalam pendidikan seni boleh dijadikan medium menguruskan

stres dan trauma dalam kehidupan.


Memahami nilai dan mengaplikasikannya dan membuat pertimbangan apabila

berhadapan dengan pelbagai situasi.


Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.

2.4 Aspek Sosial


Sosial menurut Dettmer (2006) ditakrifkan sebagai satu bentuk kebiasaan dan
pengulangan di mana individu berinteraksi dan belajar daripadanya dan menyokong satu
sama lain. Kecerdasan sosial terdiri daripada kognitif, afektif dan mahir dalam bertingkah
laku.
Semasa beraktiviti murid berbincang dan mempelajari nilai seperti adab sopan apabila
berbincang, kerja sama, empati, sensitif dan hormat. Sinambungan daripada situasi dalam
setiap peringkat tersebut secara tidak langsung mengembangkan semua aspek lain dalam
diri kanak-kanak.Komunikasi membangunkan aspek interpersonal dan intrapersonal serta
menggerakkan cara mereka berfikir dan bertingkah laku dalam masyarakat.Perkongsian
material seni memerlukan interaksi sosial dan kerja sama. Kerjasama dalam aktiviti seni
menggalakkan perhubungan dan kemahiran bersosial. Kanak-kanak yang

kurang

bercakap dapat menyertai aktiviti seni tanpa perlu bersaing dan menjadi aktif.
3.0 Perkembangan kreativiti kanak-kanak melalui aktiviti diorama.
Kreativiti didefinisikan sebagai kemampuan untuk mencipta sesuatu yang unik, asli,
berguna, bernilai dan ia berkait rapat dengan kemahiran membuat dan imaginasi. Untuk
menghasilkan sesuatu yang kreatif, maka ianya harus mempunyai kecerdasan kreatif.
Kecergasan kreatif mengandungi empat gaya iaitu inovatif, imaginatif, intuitif, dan ilham
bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berbeza terutama bagi penghasilan sesebuah
karya seni.
anneyza@SKTM

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


SMP (SEPT2013)

OUM-

Lowenfeld (1975) berpendapat kanak-kanak memiliki sifat semula jadi yang gemar
kepada penerokaan dan sentiasa penuh dengan perasaan ingin tahu. Setiap kanak-kanak
dilahirkan kreatif.
Ellis Paul Torrance (1974) menjelaskan kreativiti adalah proses yang terjadi bila
seseorang peka terhadap kekurangan,

unsur-unsur yang tiada, jurang pengetahuan,

sesuatu yang tidak harmoni, mengenal pasti sesuatu yang sukar seterusnya mencari
penyelesaian dengan meneka, membentuk hipotesis berdasarkan kekurangan-kekurangan
itu, menguji dan mengkaji semula hipotesis-hipotesis lalu melakukan pengubahsuaian ,
diuji semula hingga akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain.
Manakala June King McFee, menyatakan kreativiti seseorang berlaku apabila individu
menyumbangkan idea dan berupaya menghasilkan idea yang baru yang lebih bermakna
daripada idea tersebut. Di sini McFee menjelaskan bahawa idea boleh diolah dan
dimanipulasi menjadi sesuatu yang baru.
Menerusi aktiviti diorama, kanak-kanak dapat menghubungkaitkan pengetahuan sedia
ada dan mengukuhkan pengetahuan menggunakan deria sentuh, lihat dan dengar.
Gambaran sebenar yang ingin disampaikan oleh guru dapat ditunjukkan melalui sebuah
diorama. Diorama mengandungi objek 2D dan 3D, seperti mana yang diketahui bahan 3D
memiliki kelebihan dalam p&p (pengajaran dan pembelajaran). Oleh itu, bahan bantu
mengajar seperti diorama jelas dapat memupuk kreativiti murid.
Peranan Diorama Dalam Meningkatkan Kreativiti
i.

Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat objek dan persekitaran.
Menerusi diorama yang digunakan untuk sesi p&p, murid dapat membina konsep
tentang maksud perkataan yang diungkap oleh guru. Dalam pembelajaran Bahasa
Melayu contohnya, makna perkataan memang boleh dicari dan dilihat dalam
kamus tetapi dengan melihat dan menyentuh objek konsep yang terbina dalam
minda murid menjadi lebih kukuh. Pemerhatian aktif murid mengembangkan
kreativiti.

anneyza@SKTM

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


SMP (SEPT2013)

ii.

OUM-

Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar
daripada penggunaan bahan-bahan yang menyerupai objek sebenar.
Menerusi diorama juga pembelajaran berlaku melalui objek yang menyerupai
benda sebenar, memandangkan ia boleh disentuh dan mempunyai latar belakang
yang menyokong konsep berkaitan tema dan tajuk maka pembelajaran menjadi
lebih bermakna. Di sesetengah sekolah pedalaman contohnya sumber
pembelajaran adalah terhad maka melalui diorama murid dan guru boleh
memanipulasi diorama dan mengaitkan dengan situasi yang diingini. Ciri-ciri
kreativiti di sini ialah mengolah subjek yang ada menjadi idea yang baru.

iii.

Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu
dengan lebih baik.
Objek yang berbentuk 3D dalam diorama mempunyai kelebihan sebagai bahan
pembelajaran. Bentuk ini dapat mengungkap makna binaan sesebuah objek
dengan terperinci dan memupuk perasaan ingin tahu murid secara berterusan
contohnya gabungjalin warna akan menerbitkan kefahaman murid tentang fungsi
warna dalam binaan 3D. Gambaran yang diberikan dalam sebuah diorama dapat
membantu membina konsep sesuatu kejadian, hidupan atau benda. Kreativiti
murid akan dipupuk melalui pemerhatian dan contoh yang dilihat. Malah murid
boleh digalakkan membina sendiri objek 3D dengan bimbingan guru untuk
meningkatkan kreativiti.

iv.

Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu.
Pengalaman adalah asset pembelajaran terbaik, melalui pengalaman iaitu merasai
sendiri persekitaran diorama dapat membantu pemahaman murid tentang sebab
akibat dan menghubung kait pembelajaran lain dalam satu subjek. Pengalaman
yang dirasai itu akan mencetus idea dan perkaitan seperti mana selalunya berlaku
dalam minda kita apabila belajar. Penyoalan, penerokaan dan penemuan murid
adalah antara proses kreativiti.

anneyza@SKTM

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


SMP (SEPT2013)

v.

OUM-

Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau


hasilan.
Objek dalam diorama bersifat statik, maka apabila melihat dan meneliti diorama
murid akan tertanya-tanya dengan pelbagai persoalan. Situasi ini dapat
dikembangkan dengan membimbing murid merujuk sumber maklumat lain yang
akan memenuhi rasa ingin tahu mereka. Secara tidak langsung mereka telah
mempunyai kemahiran mencari maklumat dan pengetahuan baru melalui sebuah
diorama. Secara tidak langsung kreativiti murid juga berkembang selari dengan
kajian dan penyelidikan mereka.

vi.

Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain.
Interaksi adalah indikator pembelajaran yang aktif. Interaksi murid adalah penting
semasa sesi p&p kerana interaksi mengembangkan kreativiti dan mencetuskan
idea. Aspek afektif dan emosi murid dapat dipupuk jika berlaku interaksi
contohnya, bagaimana menghormati guru dan rakan apabila memberi pendapat

vii.

atau bagaimana bertolak-ansur serta bersabar bila berkomunikasi.


Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep
pembelajaran melalui penyelidikan.
Diorama itu sendiri mencetus perasaan ingin tahu murid. Meskipun konteks yang
diajar bukanlah mengenai bahan yang digunakan untuk menghasilkan diorama
tetapi binaan diorama yang dibina dengan proses artistik akan mengundang rasa
ingin tahu sesiapa saja yang melihatnya. Penyelidikan berkaitan pembelajaran
boleh saja mencapah ke beberapa bahagian contohnya mengenai diorama itu
sendiri atau mengenai tema dan tajuk yang dipelajari pada masa berkenaan. Maka
melalui diorama kemahiran dan metakognisi akan dikembangkan melalui
penyelidikan, inkuiri penemuan,simulasi dan teori pembelajaran lain yang
kesemuanya merangkumi perkembangan kreativiti..

anneyza@SKTM

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


SMP (SEPT2013)

OUM-

Cabaran yang perlu diatasi oleh guru dalam pembelajaran menggunakan diorama
ialah guru perlu sedaya upaya menghasilkan atau menggunakan diorama yang bermutu
dan mengetahui selok-belok penghasilannya kerana murid akan sentiasa bertanya
bagaimana guru membinanya serta soalan-soalan kreatif lain yang mungkin tidak terfikir
oleh guru.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pula, guru perlu memperuntukkan masa
lain jika murid ingin bertanya mengenai diorama tersebut. Ini kerana kesilapan terlebih
masa menjawab soalan-soalan yang tidak berkaitan dengan tajuk akan menyebabkan
objektif pembelajaran tidak tercapai. Dengan kata lain, guru perlu fokus dan memberitahu
kepada murid aspek yang menjadi tumpuan dan jika murid ingin bertanya maka guru
akan memberinya jawapannya pada masa lain.
Guru juga perlu mempunyai persediaan berkaitan sumber-sumber maklumat yang
boleh diakses jika murid mempunyai rasa ingin tahu yang tidak dapat dijelaskan dengan
kata-kata sahaja. Guru perlu peka bila menggunakan diorama berkaitan tema tertentu
maka jangkakan ke mana arah tuju pertanyaan murid dan apa kemahiran yang boleh
dipelajari oleh murid berkaitan diorama berkenaan serta sumber-sumber yang boleh
dirujuk.
4.0 Pendekatan bertema (komunikasi, masyarakat dan persekitaran) melalui aktiviti diorama.
Pusat perkembangan kurikulum (2008) mendifinisikan pendekatan bertema sebagai
pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui topic atau tema yang dipilih oleh guru
dan bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid.
Zulkifli Yaakob dan Mohd Jamel Ismail (2008) berpendapat pendekatan bertema
merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep atau tema. Ia
berfungsi sebagai alat pengelolaan kepada guru untuk menghubungkan antara mata
pelajaran. Pendekatan ini membolehkan pelajar menghubungkan di antara sikap,
pemahaman dan kemahiran serta bidang-bidang kurikulum.
Tema yang dipilih untuk diorama ialah persekitaran alam semula jadi. Tiga elemen
dalam persekitaran yang mempengaruhi organisma hidup ialah alam semula jadi, buatan

anneyza@SKTM

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


SMP (SEPT2013)

OUM-

manusia dan teknologi. Tema persekitaran dengan tajuk Zoo Mini ini dapat digunakan
untuk sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain seperti sains, muzik,
pendidikan seni, bahasa, pendidikan moral, sivik dan kajian tempatan.
Tema persekitaran alam semula jadi dengan tajuk Kisah di Zoo Mini ini dapat
diintegrasikan seperti berikut;
i.

Mengembangkan perbendaharaan kata murid serta mengukuhkan konsep makna


perkataan dalam bidang bahasa yang dipelajari contohnya kata nama am hidup

ii.

bukan manusia.
Murid dapat mengamati, melabel, menyentuh dan mengajukan soalan berkaitan

iii.

aspek bahasa yang difokuskan.


Contoh benda maujud dapat ditunjukkan dan memberi ruang kepada murid untuk

iv.

membanding beza dan mengkategori.


Mengenalpasti perbezaan dan membandingkan penjodoh bilangan bagi benda

v.
vi.

yang banyak atau sedikit.


Mengaitkan objek dalam diorama dengan kehidupan seharian.
Menyentuh objek dalam diorama dan menyebut perkataan beserta ejaan yang

vii.

betul.
Mengenali habitat haiwan dan menunjukkan contoh haiwan lain yang dapat hidup

viii.
ix.
x.

di habitat yang sama.


Mengukuhkan konsep perkataan melalui aktiviti mewarna.
Mengajuk bunyi binatang atau haiwan yang terdapat dalam diorama.
Mengkategori jenis flora dan fauna contohnya tumbuhan berdahan atau binatang
yang hidup di darat.

anneyza@SKTM

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


SMP (SEPT2013)

OUM-

Berikut adalah contoh pengintegrasian mata pelajaran lain dalam rancangan pelajaran
bahasa malaysia.
Tema

Persekitaran
AlamSemulajadi - peranan dan kefahaman tentang persekitaran
alam semula jadi yang meliputi segala aspek yang berada
dipersekitarannya, tempat dan habitat semua hidupan tinggal dan

Tajuk
Penentuan

:
:

Tema
Objektif

berinteraksi antara satu sama lain dalam ekosistem yang seimbang.


Zoo Mini
Berasaskan kemahiran dan kandungan
i.

Mengenalpasti dan menyenaraikan kata nama am hidup

ii.

bukan manusia dengan betul.


Mengenalpasti dan memadan penjodoh bilangan yang
betul bagi kata nama am hidup bukan manusia.

Pendidikan

Integrasi
Menyanyi lagu Pergi ke Zoo.

Muzik
Pergerakan

Bergerak dan menari mengikut irama lagu Mari Pergi ke Zoo.

asas (PJ)
ICT

Menebalkan (bold) perkataan kata nama am hidup bukan manusia

Pendidikan

pada slaid menggunakan toolbar MSWord.


Mewarna gambar yang menunjukkan kata nama am hidup bukan

seni visual
anneyza@SKTM

manusia.

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


SMP (SEPT2013)

Sains
Matematik

:
:

Mengenalpasti habitat haiwan. (aktiviti diorama)


Membanding bilangan banyak atau sedikit untuk menentukan
penjodoh bilangan yang sesuai.

anneyza@SKTM

OUM-

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

OUM-SMP (SEPT2013)

Contoh Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 3


Tarikh

15 Oktober 2013

Masa

7.00 8.00

Tahun

Tahun 3 Bestari (Kelas Perdana)

Bilangan Murid

20 orang

Tema

Persekitaran

Tajuk

Zoo Mini

Pengetahuan Sedia Ada

Murid-murid pernah belajar tentang zoo.


Murid-murid pernah menyanyikan lagu Pergi ke Zoo.
Murid pernah belajar kata nama am dan penjodoh bilangan.

Objektif

Pengajaran

Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat:


iii.
iv.

Mengenalpasti dan menyenaraikan kata nama am hidup bukan manusia.


Mengenalpasti dan memadan penjodoh bilangan yang betul bagi kata nama am hidup
bukan manusia.

Isi
Pelajaran
Pengisian

5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am hidup yang merujuk bukan manusia dan
:

penjodoh bilangan dengan betul mengikut konteks.


:

Ilmu : Sains ,Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni, Pergerakan Asas (PJ), Matematik dan ICT.

Kemahiran Berfikir: Menghubung kait, menyusun atur, mengenalpasti dan memadan

Kurikulum
Kemahiran
Bernilai

Belajar cara belajar : kemahiran membaca

Tambah

Teori Kecerdasan Pelbagai: verbal linguistik, muzik, interpersonal dan kinestetik.

anneyza@SKTM

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

OUM-SMP (SEPT2013)

Nilai Murni

Rajin, kerja sama, hormat dan bertolak ansur

Media /

Diorama, komputer riba, LCD, layar putih, lembaran kerja, kad perkataan, slaid teks bacaan dan latihan

Bahan

serta audio lagu Mari Pergi ke Zoo.

Pengajaran

Langkah Penyampaian:
Bacaan doa sebelum belajar.
Langkah

anneyza@SKTM

Isi Pelajaran

Kaedah Penyampaian

Catatan

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Set Induksi

Orientasi
(5 minit)

Mengenali zoo
a) Ini gambar apa?
b) Apa yang ada di
zoo?
c) Sebutkan
binatang
ada di zoo?

OUM-SMP (SEPT2013)

Guru memaparkan gambar zoo.

BBM
Slaid gambar zoo

Guru bertanya soalan tentang gambar.

Slaid senikata lagu


Mari Pergi ke Zoo

yang

Murid mendengar lagu Pergi ke Zoo dan menyanyi


bersama-sama mengikut senikata lagu pada slaid.

TKP
Muzik dan kinestatik

Nyanyian lagu

Murid meniru aksi dan pergerakan guru sambil

Pergi ke Zoo

menyanyi.
Guru mengaitkan zoo dengan tajuk dan isi pelajaran
yang akan dipelajari.

Langkah

anneyza@SKTM

Isi Pelajaran

Kaedah Penyampaian

Verbal linguistic
KEMAHIRAN
BERFIKIR
Menghubung kait
Menyenarai

Catatan

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Langkah 1

OUM-SMP (SEPT2013)

Membaca petikan

Murid membaca petikan bertajuk Kisah di Zoo

BBM

Mini daripada slaid.

Slaid

cerita.
Kata nama am hidup

bukan manusia
Diorama Zoo Mini
Mewarna subjek

Murid diminta mengenalpasti kata nama am hidup

Komputer riba

bukan manusia daripada petikan dan menyebut.

Diorama

20 minit

diorama
Contoh;
Burung
Pokok bunga

LCD

Keratan objek diorama


Murid dibimbing menggaris perkataan pada slaid

Pensel warna

dan menyebut perkataan yang mengandungi diftong

Gam

dan vocal berganding.

KBKK
Mengenalpasti

Guru mengeluarkan diorama dan

Menyenarai

memperkenalkannya kepada murid.

TKP
Verbal-linguistik

Murid dipelawa melihat secara berkumpulan.

Naturalis
ILMU
Sains
Kemahiran Hidup
ICT

Langkah

anneyza@SKTM

Isi Pelajaran

Kaedah Penyampaian

Catatan

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Langkah 2
20 minit

Diorama Zoo Mini


Memadankan kad

Guru memberi contoh dengan memadankan kad

BBM

perkataan kata nama am hidup bukan manusia

Diorama

perkataan kata nama

dengan binatang dalam diorama.

Kad perkataan

am hidup bukan
manusia pada flora

OUM-SMP (SEPT2013)

dan fauna
Melabelkan penjodoh
bilangan yang sesuai
pada jumlah flora dan
fauna

Murid diminta melabel kad perkataan pada binatang


dan tumbuhan di dalam diorama Zoo Mini.

KBKK
Menghubungkait

Murid diminta menyebut penjodoh bilangan yang

menyusun atur

sesuai pada bilangan fauna atau flora.

melabel

Guru menunjukkan contoh menggunakan objek


dalam diorama.

membanding beza
TKP
Verbal linguistic

Contoh;

Langkah

anneyza@SKTM

Isi Pelajaran

i.

seekor burung murai atau sepasang burung

ii.

murai
sekuntum bunga atau sejambak bunga

Kaedah Penyampaian

ILMU
Matematik
Sains

Catatan

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Langkah 3

Latihan bertulis.

10 minit

Mengesan dan menggaris


kata nama am hidup bukan
manusia daripada petikan.
Memadankan penjodoh
bilangan pada gambar
yang betul.

OUM-SMP (SEPT2013)

Murid mendapat edaran lembaran kerja sebagai

BBM

latihan.

Slaid bergambar

Penerangan cara menjawab soalan. (slaid)


Seorang murid daripada setiap kumpulan akan

LCD/komputer
Layar putih
Lembaran kerja

memperdengarkan jawapan.
Murid-murid membuat pembetulan jika terdapat
kesalahan.

Mewarna objek yang


menunjukkan kata nama

NILAI MURNI
Usaha
Rajin
KEMAHIRAN

am hidup bukan manusia.

BERFIKIR

Pembetulan.

Mengenalpasti
Memadan
ILMU
Pendidikan Seni
Visual

Langkah

anneyza@SKTM

Isi Pelajaran

Kaedah Penyampaian

Catatan

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Penutup

Refleksi

5 minit

OUM-SMP (SEPT2013)

Murid diminta memberi pendapat tentang aktiviti

NILAI MURNI

belajar bersama diorama.

Hormat

Penerapan nilai

Menghargai alam
Murid dibimbing menyebut nilai yang mereka

sekitar

Peneguhan Positif

pelajari daripada pelajaran hari ini.

Kasih saying

Nyanyian lagu Mari Pergi

Guru memberi peneguhan positif kepada semua

KEMAHIRAN

ke Zoo

murid kerana sesi pembelajaran yang aktif.

BERFIKIR:
Menghubung

Murid menyanyi sambil membuat pergerakan yang

kait

telah dipelajari.

Menganalisis
ILMU
Pendidikan Islam
Pendidikan
Moral

anneyza@SKTM

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


SMP (SEPT2013)

5.0 Lakaran idea

anneyza@SKTM

OUM-

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


SMP (SEPT2013)

OUM-

6.0 Kesimpulan
Diorama boleh menjadi media pengajaran yang menarik dan paling penting diorama
memupuk kemahiran berfikir kerana murid sentiasa ingin tahu apabila melihat benda yang
boleh direka dan dibina oleh guru atau mereka sendiri. Kreativiti dapat dipupuk apabila
murid juga akan cuba meneroka, memerhati dan membina sendiri sebuah diorama. Selain itu,
pengamatan murid dapat dikembangkan melalui aktiviti diorama dengan teknik penyoalan
yang sesuai. Imaginasi murid juga dapat disimulasikan melalui diorama sebagai aktiviti meta
kognisi dan penyelidikan.
Tugasan ini sangat bermakna kerana mengembangkan pengetahuan guru tentang media seni
yang boleh berfungsi sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran yang versatil.
Kepelbagaian penggunaan diorama dibuktikan melalui pengintegrasian kemahiran,
kandungan, isu, projek, dan konsep bagi mata pelajaran tertentu. Selain itu, seperti yang
diketahui sebuah diorama dapat digunakan untuk mengajar pelbagai mata pelajaran dan ini
akan menjimatkan kos. Ketekunan dan proses artistic dalam menyiapkan sebuah diorama
juga menyumbang kepada pemikiran kreatif dan kesedaran menghargai nilai estetika
sesebuah karya. Sebuah diorama yang menarik dan unik bukan sahaja memberi kepuasan
kepada pembinanya tetapi juga kepada yang melihatnya.

anneyza@SKTM

Вам также может понравиться