Вы находитесь на странице: 1из 23

1.

Pendahuluan

Morfologi merupakan bidang bahasa yang dapat dibuktikan secara empirikal. Menurut Abdullah
Hassan (2009:117) menyatakan bahawa morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji
bagaimana perkataan dibina. Menurut beliau, kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang
membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang
dihasilkan. Kamus Linguistik (1997:162) turut memberikan takrifan kepada morfologi, iaitu sebagai
satu cabang tatabahasa yang mengkaji struktur, bentuk, dan golongan kata.
Manakala, Nik Safiah Karim (2009:43) menyatakan bahawa morfologi ialah satu bidang
ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Yang dimaksudkan
dengan struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit
tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal
atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Istilah ini dipinjam
daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan tetapi konsep
bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia ( Abdullah Hassan, 2006: 12).
Manakala penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan
bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama (Nik Safiah Karim et.al, 1996:
2006).
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam

turut memberikan definisi tentang bidang ini.

Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985:152), morfologi ialah satu bidang dalam
kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Unit-unit
tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam
bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu sementara perkataan ialah
bentuk bahasa yang terkecil juga tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri
sendiri. Sesuatu perkataan itu pula dibentuk daripada satu morfem atau lebih.
Secara literalnya, morfologi ialah satu bidang linguistik dan cabang tatabahasa yang
memperincikan bagaimana kata itu dibentuk tidak kira daripada segi struktur, pembentukan kata
mahupun penggolongan kata. Penguasaan dalam bidang ini dapat membantu kita untuk
menggunakan bahasa Melayu dengan lebih berkesan terutamanya dalam penulisan dan
berinteraksi. Hal ini demikian kerana penulisan dan komunikasi yang berkesan ialah satu proses
apabila penutur dapat menyalurkan maklumat dengan menggunakan bahasa yang betul dan tepat.
Sehubungan dengan itu, sebagai pengguna bahasa kita mestilah dapat menguasai bidang
morfologi dengan baik.

KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

2.0 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu


Dalam istilah linguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang mana perkataan baharu
dibentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008: 133) menyatakan bahawa proses pembentukan
kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan
ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu
melibatkan pembentukan kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata baharu.
Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata
majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga
bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah pengimbuhan,
pemajmukan, penggandaan dan akronim.
Dalam tugasan ini, penjelasan tentang proses pembentukan kata bahasa Melayu yang
melibatkan proses pengimbuhan dan proses penggandaan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif
akan dibincangkan berserta contoh yang relevan.
2. 1 Proses pembentukan kata yang melibatkan proses pengimbuhan kata nama, kata kerja
dan kata adjektif
Menurut Asraf (2007: 57), mengatakan bahawa proses pengimbuhan ialah proses yang
menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Menurut beliau,
sesuatu kata dalam bahasa Melayu dapat diubah bentuknya dan maknanya dengan menggunakan
imbuhan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhanimbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai
golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.

Awalan
Imbuhan yang diletakkan pada awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam penggunaannya.

Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-,se-, ke-, dan lain-lain. Berikut
ialah contoh penggunaan imbuhan awalan bagi kelas kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.
Imbuhan awalan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif
Imbuhan awalan
bermedidipermenmemmempermengmenyse
ter

kata dasar
roda
masak
kejar
alat
cari
bawa
kuat
bom
sapu
besar
angkat

KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Kata terbitan
beroda
memasak
dikejar
diperalat
mencari
membawa
memperkuat
mengebom
menyapu
sebesar
terangkat
2

peperpem

kerja
buru
buat

pekerja
perburu
pembuat

Akhiran
Imbuhan yang letaknya di akhir kata. Contohnya: -an, -man, -wan, -wati, -kan, -i, -kah, -lah,

-ku, -mu, dan, -nya.


Imbuhan akhiran kata nama, kata kerja, dan kata adjektif
Imbuhan akhiran

kata dasar

Kata terbitan

-an

baca

bacaan

-man

budi

budiman

-wan

derma

dermawan

-wati

seni

seniwati

-kan

jalan

jalankan

-i

dekat

dekati

-kah

siapa

siapakah

-lah

dia

dialah

-ku

milik

milikku

-mu

diri

dirimu

-nya
ubat
ubatnya
Apitan
Imbuhan yang terjadi daripada awalan yang digabungkan dengan akhiran. Contohnya:
ber..an, ber..kan, me..kan, me..i, di..kan, di..i, ter..kan, ter..i, memper..kan, memper..i, diper..kan,
diper..i, ke..an, per..an, pe..an, dan, se..nya.
Imbuhan apitan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif
Imbuhan apitan
ber..an
ber..kan
me..kan
me..i
di..kan
di..i
ter..kan
ter..i
memper..kan
memper..i
diper..kan
diper..i
ke..an
per..an
pe..an
se..nya

kata dasar
lari
senjata
buku
duduk
temu
lalu
gambar
atas
rumah
isteri
main
senjata
ramai
buat
kerja
belum

Kata terbitan
berlarian
bersenjatakan
membukukan
menduduki
ditemukan
dilalui
tergambarkan
teratasi
memperumahkan
memperisteri
dipermainkan
dipersenjatai
keramaian
perbuatan
pekerjaan
sebelumnya

Sisipan

KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat, iaitu er-, el, emdan in-.
Imbuhan sisipan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif
Imbuhan sisipan

kata dasar

Kata terbitan

er-

sabut

serabut

elem-

gigi
serak
gilang

gerigi
selerak
gemilang

in-

gersik
sambung

gemersik
kesinambungan

2.2 Proses pembentukan kata yang melibatkan proses penggandaan kata nama, kata kerja
dan kata adjektif
Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar, sama ada secara penuh, separa
atau berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Menurut Asraf (2007: 282), terdapat empat
jenis penggandaan, iaitu;
1.
2.
3.
4.

Penggandaan penuh atau seluruh


Penggandaan separa
Penggandaan berentak
Penggandaan berimbuhan
Penggandaan penuh atau seluruh
Proses penggandaan penuh atau seluruh terbentuk daripada kata dasar yang diulang atau

digandakan seluruhnya serta diberi tanda sempang (-). Kata dasar yang digandakan seluruhnya itu
boleh terdiri daripada pelbagai kelas kata termasuklah kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
Contohnya:
Kata dasar dan kelasnya
ayam (kata nama)
pelajar (kata nama)
duduk (kata kerja)
besar (kata adjektif)
hidup (kata kerja)
cantik (kata adjektif)

Kata ganda seluruh


ayam-ayam
pelajar-pelajar
duduk-duduk
besar-besar
hidup-hidup
cantik-cantik

Penggandaan separa

Proses

penggandaan

separa

ialah

proses

yang

mengulangi

sebahagian

kata

dasar

sahajaPenggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar, iaitu:

Pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya serta
letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini

KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

mengalami proses pelemahan, menjadikannya vokal e pepet. Proses ini dapat digambarkan
seperti yang berikut :
Kata dasar dan kelasnya
daun (kata nama)
bola (kata nama)
jari (kata nama)
-

Kata ganda separa


dedaun
bebola
jejari

pada kata dasar yang berimbuhan. Penggandaan separa yang berlaku hanya mengulangi
kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan. Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata
adjektif, dan boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata
dasar.

Kata dasar berimbuhan


tersenyum
membantu
berkata
sebesar

Kata ganda separa


tersenyum-senyum
bantu-membantu
berkata-kata
sebesar-besar

Penggandaan berentak atau bersajak

Proses penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi
tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan
bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi
demikian, penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :
1. Penggandaan berentak yang mengalami persamaan bunyi di hujung
Contoh: hingar-bingar
kuih-muih
tunggang-langgang
2. Penggandaan berentak yang mengalami persamaan bunyi di pangkal
Contoh: suku-sakat
porak-peranda
3. Penggandaan berentak yang mengalami persesuaian bunyi di tengah
Contoh: tanah-tanih
Semua penggandaan berentak diberi tanda sempang (-) oleh sebab salah satu atau kedua-dua
kata yang membentuk kata ganda bersajak itu tidak mempunyai makna dan tidak dapat berdiri
sendiri. Penggandaan bersajak berlaku pada kelas kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata
keterangan. Contohnya:
Kata Nama
tanah-tanih
lauk-pauk
desas-desus

Kata Adjektif
kusut-masai
segar-bugar
gilang-gemilang

Kata Kerja
mundar-mandir
ulang-alik
lalu-lalang

Penggandaan berimbuhan

Proses penggandaan imbuhan ialah kata ganda yang memperoleh imbuhan, baik yang berupa
awalan, akhiran, apitan, atau sisipan. Contohnya:
KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

awalan
teragak-agak
akhiran
bau-bauan
apitan
sebaik-baiknya
sisipan
tali-temali
Penggandaan berimbuhan boleh terdiri daripada pelbagai kelas kata termasuklah kata nama, kata
kerja, dan kata adjektif. Penggandaan berimbuhan juga mesti disertai tanda sempang (-).
kata nama
kata adjektif
kata kerja

buah-buahan, tumbuh-tumbuhan
keanak-anakan, besar-besaran
berjalan-jalan, terkebil-kebil

3.0 Penganalisisan Penggunaan Kata


Tugasan berikutnya ini ialah berkaitan penganalisisan penggunaan kata berdasarkan sebuah
artikel yang dipilih daripada majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Penelitian penggunaan
kata terbitan dalam artikel yang dipilih dan penjelasan golongan kata bagi kata dasar dalam
perkataan tersebut berserta proses pengimbuhan yang berlaku merupakan fokus penting dalam
pelaksanaan tugasan berikutnya ini.
Oleh itu, saya telah memilih sebuah artikel yang bertajuk, Melestarikan Terbitan Bahasa
Melayu yang ditulis oleh Diarani Mat Adam. Artikel penuh ini terdapat dalam lampiran yang
disertakan dengan tugasan ini.
Bil.

Kata terbitan

Golongan kata bagi kata

Proses pengimbuhan yang berlaku

1.

Berlangsung

dasar
Kata dasarnya ialah

Kata terbitan berlangsung terdiri

langsung. Langsung ialah

daripada kata dasar langsung. Apabila

golongan kata tugas sebelum

kata dasar langsung menerima

berubah menjadi kata

imbuhan awalan ber-, akan berubah

terbitan berlangsung, iaitu

menjadi kata terbitan berlangsung.

golongan kata kerja.


Kata dasarnya ialah tulisan.

Kata terbitan penulisan terdiri daripada

Tulisan ialah golongan kata

kata dasar tulisan. Apabila kata dasar

nama sebelum berubah

tulisan, iaitu huruf t sebagai huruf

menjadi kata terbitan

pertama pada kata dasar menerima

penulisan.

imbuhan apitan pe..an, huruf t akan

2.

Penulisan

berubah menjadi huruf n. Seterusnya,


3.

Penerbitan

Kata dasarnya ialah terbitan.

kata terbitan penulisan terhasil.


Kata terbitan penerbitan terdiri daripada

Terbitan ialah golongan kata

kata dasar terbitan. Apabila kata dasar

nama sebelum berubah

terbitan, iaitu huruf t sebagai huruf

menjadi kata terbitan

pertama pada kata dasar menerima

penerbitan.

imbuhan apitan pe..an, huruf t akan

KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

berubah menjadi n. Seterusnya, kata


4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Ucapan

Perasmian

Ketua

Pengarah

Berkata

Memastikan

Sebagai

Kata dasarnya ialah ucap.

penerbitan terhasil.
Kata terbitan ucapan terdiri daripada

Ucap ialah golongan kata

kata dasar ucap. Apabila kata dasar

nama sebelum berubah

ucap menerima imbuhan akhiran -an,

menjadi kata terbitan ucapan.

kata dasar ucap akan berubah menjadi

Kata dasarnya ialah rasmi.

kata terbitan ucapan.


Kata terbitan perasmian terdiri daripada

Rasmi ialah golongan kata

kata dasar rasmi. Apabila kata dasar

adjektif sebelum berubah

rasmi menerima imbuhan apitan pe..an,

menjadi kata terbitan

akan berubah menjadi kata terbitan

perasmian yang tergolong

perasmian.

dalam kata nama.


Kata dasarnya ialah tua. Tua

Kata terbitan ketua terdiri daripada kata

ialah golongan kata kerja

dasar tua. Apabila kata dasar tua

adjektif sebelum berubah

menerima imbuhan awalan ke-, akan

menjadi kata terbitan ketua,

berubah menjadi kata terbitan ketua.

iaitu golongan kata nama.


Kata dasarnya ialah arah.

Kata terbitan pengarah terdiri daripada

Arah ialah golongan kata

kata dasar arah. Apabila kata dasar

kerja sebelum berubah

arah, iaitu huruf vokal a sebagai huruf

menjadi kata terbitan

pertama pada kata dasar menerima

pengarah, iaitu golongan

imbuhan awalan pe-, imbuhan pe- akan

kata nama.

berubah menjadi peng-. Seterusnya,

Kata dasarnya ialah kata.

kata pengarah terbit.


Kata terbitan berkata terdiri daripada

Kata ialah golongan kata

kata dasar kata. Apabila kata dasar

nama sebelum berubah

kata menerima imbuhan awalan ber-,

menjadi kata terbitan

akan berubah menjadi kata terbitan

berkata, iaitu golongan kata

berkata.

kerja.
Kata dasarnya ialah pasti.

Kata terbitan memastikan terdiri

Pasti ialah golongan kata

daripada kata dasar pasti. Apabila kata

adjektif sebelum berubah

dasar pasti menerima imbuhan apitan

menjadi kata terbitan

me..kan, akan berubah menjadi kata

memastikan, iaitu kata kerja

terbitan memastikan.

transitif aktif.
Kata dasarnya ialah bagai.

Kata terbitan sebagai terdiri daripada

Bagai ialah kelompok kata

kata dasar bagai. Apabila kata dasar

kata sendi daripada golongan

bagai menerima imbuhan awalan se-,

kata tugas sebelum berubah

kata dasar bagai akan berubah menjadi

KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

menjadi kata tugas (kata

kata terbitan sebagai.

hubung) dalam kata terbitan


11.

12.

Memainkan

Menyebarluaskan

sebagai.
Kata dasarnya ialah main.

Kata terbitan memainkan terdiri

Main ialah golongan kata

daripada kata dasar main. Apabila kata

kerja asal sebelum berubah

dasar main menerima imbuhan apitan

menjadi kata terbitan

me..kan, akan berubah menjadi kata

memainkan, iaitu kata kerja

terbitan memainkan.

transitif aktif.
Kata dasarnya ialah sebar

Kata terbitan menyebarluaskan terdiri

luas. Sebar luas ialah kata

daripada kata dasar sebar luas. Apabila

majmuk sebelum berubah

kata dasar sebar, iaitu huruf s sebagai

menjadi kata terbitan

huruf pertama pada kata dasar

menyebarluaskan, iaitu kata

menerima imbuhan awalan me..kan,

kerja transitif aktif.

huruf s akan bertukar menjadi ny.


Seterusnya, kata menyebarluaskan

13.

Penggunaan

Kata dasarnya ialah guna.

terbit.
Kata terbitan penggunaan terdiri

Guna ialah golongan kata

daripada kata dasar guna. Apabila kata

kerja sebelum berubah

dasar guna, iaitu huruf g sebagai huruf

menjadi kata terbitan

pertama pada kata dasar menerima

penggunaan, iaitu golongan

imbuhan apitan pe..an, imbuhan pe-

kata nama.

akan berubah menjadi peng- dan


kemudian ditambah akhiran an. Maka,

14.

Fungsinya

Kata dasarnya ialah fungsi.

kata terbitan penggunaan terhasil.


Kata terbitan fungsinya terdiri daripada

Fungsi ialah golongan kata

kata dasar fungsi. Apabila kata dasar

tugas dalam kelas kata

fungsi menerima imbuhan akhiran -nya,

sandang sebelum berubah

akan berubah menjadi kata terbitan

menjadi kata terbitan

fungsinya.

fungsinya, iaitu golongan


15.

16.

Termaktub

Bekerjasama

kata nama.
Kata dasarnya ialah maktub.

Kata terbitan termaktub terdiri daripada

Maktub ialah golongan kata

kata dasar maktub. Apabila kata dasar

nama sebelum berubah

maktub menerima imbuhan awalan ter-,

menjadi kata terbitan

akan berubah menjadi kata terbitan

termaktub, iaitu kata kerja tak

termaktub.

transitif.
Kata dasarnya ialah

Kata terbitan bekerjasama terdiri

kerjasama. Kerjasama ialah

daripada kata dasar kerjasama.

golongan kata nama sebelum

Asalnya apabila awalan ber- bertemu

KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

berubah menjadi kata

dengan kata yang suku pertamanya

terbitan bekerjasama, iaitu

diakhiri er seperti kerja, maka awalan

kata kerja tak transitif.

ber berubah menjadi be-. Dan apabila


kata dasar kerjasama menerima
awalan be, maka akan berubah

17.

18.

19.

20.

21.

22.

Berkaitan

Menggalakkan

Meningkatkan

Perkembangan

Merupakan

Pembudayaan

Kata dasarnya ialah kait. Kait

menjadi kata terbitan bekerjasama.


Kata terbitan berkaitan terdiri daripada

ialah golongan kata kerja

kata dasar kait. Apabila kata dasar kait

asal sebelum berubah

menerima imbuhan apitan ber..an,

menjadi kata terbitan

maka akan berubah menjadi kata

berkaitan, iaitu kata kerja tak

terbitan berkaitan.

transitif.
Kata dasarnya ialah galak.

Apabila kata dasar galak, iaitu huruf g

Kata dasar galak ialah

sebagai huruf pertama pada kata dasar

golongan kata adjektif

menerima imbuhan apitan me..kan,

sebelum berubah menjadi

apitan me..kan akan bertukar menjadi

kata terbitan menggalakkan,

meng..kan dan seterusnya berubah

iaitu kata kerja transitif aktif.


Kata dasarnya ialah tingkat.

menjadi kata terbitan menggalakkan.


Kata terbitan meningkatkan terdiri

Tingkat ialah golongan kata

daripada kata dasar tingkat. Apabila

nama sebelum berubah

kata dasar tingkat menerima imbuhan

menjadi kata terbitan

apitan me..kan, akan berubah menjadi

meningkatkan, iaitu kata

kata terbitan meningkatkan.

kerja transitif aktif.


Kata dasarnya ialah

Kata terbitan perkembangan terdiri

berkembang. Berkembang

daripada kata dasar berkembang.

ialah golongan kata kerja

Apabila kata dasar kembang

sebelum berubah menjadi

menerima imbuhan apitan per..an,

kata terbitan perkembangan,

maka terhasillah kata terbitan

iaitu golongan kata nama.


Kata dasarnya ialah rupa.

perkembangan.
Kata terbitan merupakan terdiri

Rupa ialah golongan kata

daripada kata dasar rupa. Apabila kata

nama sebelum berubah

dasar rupa menerima imbuhan apitan

menjadi kata terbitan

me..kan, akan berubah menjadi kata

merupakan, iaitu kata kerja

terbitan merupakan.

transitif aktif.
Kata dasarnya ialah budaya.

Kata terbitan pembudayaan terdiri

Budaya ialah golongan kata

daripada kata dasar budaya. Apabila

nama sebelum berubah

kata dasar budaya, iaitu huruf b

menjadi kata terbitan

sebagai huruf pertama pada kata dasar

pembudayaan.

menerima imbuhan apitan pe..an,

KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

awalan pe- akan berubah menjadi


pem- dan kemudian ditambah akhiran
an maka, terhasillah kata terbitan
23.

24.

Dirancang

Mengadakan

Kata dasarnya ialah rancang.

pembudayaan.
Kata terbitan dirancang terdiri daripada

Rancang ialah golongan kata

kata dasar rancang. Apabila kata dasar

kerja asal sebelum berubah

rancang menerima imbuhan awalan di,

menjadi kata terbitan

akan berubah menjadi kata terbitan

dirancang, iaitu kata kerja

dirancang.

pasif.
Kata dasarnya ialah ada. Ada

Kata terbitan mengadakan terdiri

ialah golongan kata kerja

daripada kata dasar ada. Apabila kata

asal sebelum berubah

dasar ada, iaitu huruf vokal a sebagai

menjadi kata terbitan

huruf pertama pada kata dasar

mengadakan, iaitu kata kerja

menerima imbuhan awalan me..kan,

transitif aktif.

imbuhan me- akan berubah menjadi


meng-. Seterusnya, kata mengadakan

25.

26.

Memberikan

Pendedahan

Kata dasarnya ialah beri.

terbit.
Kata terbitan memberikan terdiri

Kata dasar beri ialah

daripada kata dasar beri. Apabila kata

golongan kata kerja sebelum

dasar beri menerima imbuhan apitan

berubah menjadi kata

mem..kan, akan berubah menjadi kata

terbitan memberikan, iaitu

terbitan menjadikan.

kata kerja transitif aktif.


Kata dasarnya ialah

Kata terbitan pendedahan terdiri

dedahan. Dedahan ialah

daripada kata dasar dedahan. Apabila

golongan kata nama sebelum

kata dasar dedahan, iaitu huruf d

berubah menjadi kata

sebagai huruf pertama pada kata dasar

terbitan pendedahan.

menerima imbuhan apitan pe..an,


awalan pe- akan berubah menjadi pendan kemudian ditambah akhiran an
maka, terhasillah kata terbitan

27.

28.

Bacaan

Sehingga

Kata dasarnya ialah baca.

pendedahan.
Kata terbitan bacaan terdiri daripada

Baca ialah golongan kata

kata dasar baca. Apabila kata dasar

kerja asal sebelum berubah

baca menerima imbuhan akhiran -an,

menjadi kata terbitan bacaan,

akan berubah menjadi kata terbitan

iaitu golongan kata nama.


Kata dasarnya ialah hingga.

bacaan.
Kata terbitan sehingga terdiri daripada

Hingga ialah kelompok kata

kata dasar hingga. Apabila kata dasar

kata sendi daripada golongan

hingga menerima imbuhan awalan se-,

KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

10

kata tugas sebelum berubah

kata dasar hingga akan berubah

menjadi kata tugas (kata

menjadi kata terbitan sehingga.

hubung) dalam kata terbitan


29.

30.

31.

menerima

Diserahkan

Penerbit

sehingga.
Kata dasarnya ialah terima.

Kata terbitan menerima terdiri daripada

Kata dasar terima ialah

kata dasar terima. Apabila kata dasar

golongan kata kerja asal

terima, iaitu huruf t sebagai huruf

sebelum berubah menjadi

pertama pada kata dasar menerima

kata terbitan menerima, iaitu

imbuhan awalan me-, huruf t akan

kata kerja transitif aktif.

berubah menjadi n. Seterusnya, kata

Kata dasarnya ialah

menerima terbit.
Kata terbitan diserahkan terdiri

serahkan. Serahkan ialah

daripada kata dasar serahkan. Apabila

golongan kata kerja asal

kata dasar serahkan menerima

sebelum berubah menjadi

imbuhan apitan di..kan, akan berubah

kata terbitan diserahkan, iaitu

menjadi kata terbitan diserahkan.

golongan kata kerja pasif.


Kata dasarnya ialah terbit.

Kata terbitan penerbit terdiri daripada

Terbit ialah golongan kata

kata dasar terbit. Apabila kata dasar

kerja sebelum berubah

terbit, iaitu huruf t sebagai huruf

menjadi golongan kata nama

pertama pada kata dasar menerima

dalam kata terbitan penerbit.

imbuhan awalan pe, huruf t akan


berubah menjadi huruf n. Seterusnya,

32.

33.

34.

Dijalankan

Menambah

Mengejar

Kata dasarnya ialah jalan.

kata terbitan penerbit terhasil.


Kata terbitan dijalankan terdiri daripada

Jalan ialah golongan kata

kata dasar jalan. Apabila kata dasar

nama sebelum berubah

jalan menerima imbuhan apitan

menjadi kata terbitan

di..kan, akan berubah menjadi kata

dijalankan, iaitu golongan

terbitan dijalankan.

kata kerja pasif.


Kata dasarnya ialah tambah.

Kata terbitan menambah terdiri

Tambah ialah golongan kata

daripada kata dasar tambah. Apabila

adjektif sebelum berubah

kata dasar tambah menerima imbuhan

menjadi kata terbitan

awalan me-, akan berubah menjadi

menambah, iaitu kata kerja

kata terbitan menambah.

transitif aktif.
Kata dasarnya ialah kejar.

Kata terbitan mengejar terdiri daripada

Kejar ialah golongan kata

kata dasar kejar. Apabila kata dasar

kerja asal sebelum berubah

kejar, iaitu huruf k sebagai huruf

menjadi kata terbitan

pertama pada kata dasar menerima

mengejar, iaitu kata kerja

imbuhan awalan me-, huruf k akan

KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

11

35.

36.

37.

38.

39.

40.

41.

Sasaran

Khususnya

Kandungannya

merakamkan

Membawa

Berguna

Diteladani

transitif aktif.

bertukar menjadi ng. Seterusnya, kata

Kata dasarnya ialah sasar.

mengejar terbit.
Kata terbitan sasaran terdiri daripada

Sasar ialah golongan kata

kata dasar sasar. Apabila kata dasar

adjektif sebelum berubah

sasar menerima imbuhan akhiran -an,

menjadi kata terbitan

akan berubah menjadi kata terbitan

sasaran, iaitu golongan kata

sasaran.

nama.
Kata dasarnya ialah khusus.

Kata terbitan khususnya terdiri daripada

Khusus ialah golongan kata

kata dasar khusus. Apabila kata dasar

adjektif sebelum berubah

khusus menerima imbuhan akhiran

menjadi golongan kata nama

-nya, maka terhasillah kata terbitan

dalam kata terbitan

khususnya.

khususnya.
Kata dasarnya ialah

Kata terbitan kandungannya terdiri

kandungan. Kandungan ialah

daripada kata dasar kandungan.

golongan kata nama sebelum

Apabila kata dasar kandungan

berubah menjadi kata

menerima imbuhan akhiran -nya, maka

terbitan kandungannya.
Kata dasarnya ialah

terhasillah kata terbitan kandungannya.


Kata terbitan merakamkan terdiri

rakamkan. Rakamkan ialah

daripada kata dasar rakamkan. Apabila

golongan kata kerja pasif

kata dasar rakamkan menerima

sebelum berubah menjadi

imbuhan apitan me..kan, akan berubah

kata terbitan merakamkan,

menjadi kata terbitan merakamkan.

iaitu kata kerja transitif aktif.


Kata dasarnya ialah bawa.

Kata terbitan membawa terdiri daripada

Bawa ialah golongan kata

kata dasar bawa. Apabila kata dasar

kerja asal sebelum berubah

bawa, iaitu huruf b sebagai huruf

menjadi kata terbitan

pertama pada kata dasar menerima

membawa, iaitu kata kerja

imbuhan awalan me-, awalan me- akan

transitif aktif.

berubah menjadi mem-. Seterusnya,

Kata dasarnya ialah guna.

kata membawa terbit.


Kata terbitan berguna terdiri daripada

Guna ialah golongan kata

kata dasar guna. Apabila kata dasar

kerja asal sebelum berubah

guna menerima imbuhan awalan ber-,

menjadi kata terbitan

maka akan berubah menjadi kata

berguna, iaitu kata kerja tak

terbitan berguna.

transitif.
Kata dasarnya ialah teladan.

Kata terbitan diteladani terdiri daripada

Teladan ialah golongan kata

kata dasar teladan. Apabila kata dasar

nama sebelum berubah

teladan menerima imbuhan apitan di..i,

KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

12

42.

43.

Diambil

Pengajaran

menjadi kata terbitan

akan berubah menjadi kata terbitan

diteladani, iaitu golongan

diteladani.

kata kerja pasif.


Kata dasarnya ialah ambil.

Kata terbitan diambil terdiri daripada

Ambil ialah golongan kata

kata dasar ambil. Apabila kata dasar

kerja asal sebelum berubah

ambil menerima imbuhan awalan di-,

menjadi kata terbitan diambil,

akan berubah menjadi kata terbitan

iaitu golongan kata kerja

diambil.

pasif.
Kata dasarnya ialah ajaran.

Kata terbitan pengajaran terdiri

Ajaran ialah golongan kata

daripada kata dasar ajaran. Apabila

nama sebelum berubah

kata dasar ajaran, iaitu huruf vokal a

menjadi kata terbitan

sebagai huruf pertama pada kata dasar

pengajaran.

menerima imbuhan apitan pe..an,


awalan pe- akan berubah menjadi
peng-. Seterusnya, kata pengajaran

44.

45.

46.

47.

Membaca

Karyanya

Menampilkan

Kebangsaan

Kata dasarnya ialah baca.

terbit.
Kata terbitan membaca terdiri daripada

Baca ialah golongan kata

kata dasar baca. Apabila kata dasar

kerja asal sebelum berubah

baca, iaitu huruf b sebagai huruf

menjadi kata terbitan

pertama pada kata dasar menerima

membaca, iaitu kata kerja

imbuhan awalan me-, awalan me- akan

transitif aktif.

berubah menjadi mem-. Seterusnya,

Kata dasarnya ialah karya.

kata membaca terbit.


Kata terbitan karyanya terdiri daripada

Karya ialah golongan kata

kata dasar karya. Apabila kata dasar

nama sebelum berubah

karya menerima imbuhan akhiran -nya

menjadi kata terbitan

maka terhasillah kata terbitan karyanya.

karyanya.
Kata dasarnya ialah tampil.

Kata terbitan menampilkan terdiri

Tampil ialah golongan kata

daripada kata dasar tampil. Apabila

kerja asal sebelum berubah

kata dasar tampilkan, iaitu huruf t

menjadi kata terbitan

sebagai huruf pertama pada kata dasar

menampilkan, iaitu kata kerja

menerima imbuhan apitan me..kan,

transitif aktif.

huruf t akan berubah menjadi huruf n.

Kata dasarnya ialah bangsa.

Seterusnya, kata menampilkan terbit.


Kata terbitan kebangsaan terdiri

Bangsa ialah golongan kata

daripada kata dasar bangsa. Apabila

nama sebelum berubah

kata dasar bangsa menerima imbuhan

menjadi kata terbitan

apitan ke..an, maka terhasillah kata

kebangsaan.

terbitan kebangsaan.

KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

13

48.

Terlibat

Kata dasarnya ialah libat.

Kata terbitan terlibat terdiri daripada

Libat ialah golongan kata

kata dasar libat. Apabila kata dasar

kerja asal sebelum berubah

libat menerima imbuhan awalan ter,

menjadi kata kerja tak

maka terhasillah kata terbitan terlibat.

transitif dalam kata terbitan


49.

Membicarakan

terlibat.
Kata dasarnya ialah bicara.

Kata terbitan membicarakan terdiri

Bicara ialah golongan kata

daripada kata dasar bicara. Apabila

kerja asal sebelum berubah

kata dasar bicara, iaitu huruf b sebagai

menjadi kata terbitan

huruf pertama pada kata dasar

membicarakan, iaitu kata

menerima imbuhan apitan me..kan,

kerja transitif aktif.

awalan me- akan berubah menjadi


mem-. Seterusnya, kata membicarakan

50.

51.

Dijayakan

Penulis

Kata dasarnya ialah jaya.

terbit.
Kata terbitan dijayakan terdiri daripada

Jaya ialah golongan kata

kata dasar jaya. Apabila kata dasar

adjektif sebelum berubah

jaya menerima imbuhan apitan di..kan,

menjadi kata terbitan

akan berubah menjadi kata terbitan

dijayakan, iaitu golongan

dijayakan.

kata kerja pasif.


Kata dasarnya ialah tulis.

Kata terbitan penulis terdiri daripada

Tulis ialah golongan kata

kata dasar tulis. Apabila kata dasar

kerja sebelum berubah

tulis, iaitu huruf t sebagai huruf pertama

menjadi golongan kata nama

pada kata dasar menerima imbuhan

dalam kata terbitan penulis.

awalan pe, huruf t akan berubah


menjadi huruf n. Seterusnya, kata

52.

53.

Berkongsi

Pengalaman

Kata dasarnya ialah kongsi.

terbitan penulis terhasil.


Kata terbitan berkongsi terdiri daripada

Kongsi ialah golongan kata

kata dasar kongsi. Apabila kata dasar

nama sebelum berubah

kongsi menerima imbuhan awalan ber,

menjadi kata terbitan

maka akan berubah menjadi kata

berkongsi, iaitu golongan

terbitan berkongsi.

kata kerja tak transitif.


Kata dasarnya ialah

Kata terbitan pengalaman terdiri

mengalami. Mengalami ialah

daripada kata dasar mengalami.

golongan kata kerja transitif

Apabila kata dasar mengalami

sebelum berubah menjadi

menerima imbuhan apitan pe..an,

golongan kata nama dalam

awalan me- akan ditukar kepada

kata terbitan pengalaman.

awalan pe- dan ditambah akhiran an,


maka terhasillah kata terbitan
pengalaman.

KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

14

54.

55.

Keistimewaan

panduan

Kata dasarnya ialah

Kata terbitan keistimewaan terdiri

istimewa. Istimewa ialah

daripada kata dasar istimewa. Apabila

golongan kata adjektif

kata dasar istimewa menerima imbuhan

sebelum berubah menjadi

apitan ke..an, maka akan berubah

kata terbitan keistimewaan,

menjadi kata terbitan keistimewaan.

iaitu golongan kata nama.


Kata dasarnya ialah pandu.

Kata terbitan panduan terdiri daripada

Pandu ialah golongan kata

kata dasar pandu. Apabila kata dasar

kerja asal sebelum berubah

pandu menerima imbuhan akhiran -an,

menjadi kata terbitan

akan berubah menjadi kata terbitan

panduan, iaitu golongan kata

panduan.

nama.

4.0 Penulisan Refleksi


Pada 10 Februari 2014 yang lalu, soalan tugasan kerja kursus bagi kursus BMM 3109, iaitu kursus
Morfologi Bahasa Melayu telah diberikan oleh pensyarah pembimbing kami, iaitu Encik Mohd
Yusoff Shamsuddin. Tugasan ini merupakan salah satu tugasan yang wajib dilaksanakan untuk
melengkapkan keperluan dalam semester ini. Sewaktu mula mendapat soalan tugasan yang
diberikan di dalam bilik kuliah pada tarikh tersebut, saya bersama rakan-rakan sekuliah yang
dibimbing oleh pensyarah telah bersama-sama berbincang tentang kehendak tugasan ini. Dalam
perbincangan

tersebut,

pensyarah

memberikan

huraian

dan

penjelasan

satu

persatu.

Walaubagamanapun, terdapat sebahagian daripada tugasan ini yang agak mengelirukan saya.
Mungkin disebabkan saya sendiri masih belum dapat menguasai sepenuhnya bidang ilmu ini oleh
sebab masih pada peringkat untuk memahami pelajaran bidang ilmu ini.
Namun demikian, kekeliruan ini bukanlah satu masalah besar oleh sebab saya sendiri
dibimbing dengan banyak oleh pensyarah pembimbing yang cukup berpengetahuan tentang
bidang ini. Setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah, saya akan berusaha
mengambil peluang dan ruang untuk bertanyakan beliau sendiri atau menerusi rakan-rakan.
KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

15

Malahan, saya berasa teruja untuk menyiapkan tugasan ini. Berasa terujalah saya oleh sebab
kursus ini adalah antara kursus yang agak mencabar dan memerlukan penelitian yang rapi.
Tambahan lagi, walaupun saya agak cepat dalam memahami sesuatu perkara yang diajarkan
berkaitan bidang ini tetapi cepat pula saya tidak mengingati kembali. Namun demikian, saya
mengambilnya sebagai satu cabaran yang pastinya dapat memberikan saya pengalaman dan
pengetahuan baharu yang banyak sewaktu melaksanakan tugasan ini nanti.
Oleh itu, selepas mendapat penjelasan lanjut daripada pensyarah, saya terus memulakan
langkah awal dalam pelaksanaan tugasan ini. Salah satunya, setelah saya memahami
sepenuhnya skop tugasan yang perlu dilaksanakan, saya mula mengunjungi pusat sumber Institut
untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan seperti buku-buku yang berkaitan. Selain itu, saya mula
membuat carian internet berdasarkan skop dalam kehendak soalan tugasan. Saya

berusaha

terlebih dahulu membaca dan memahami buku-buku yang berkaitan untuk memudahkan
pelaksanaan tugasan berikutnya. Namun demikian, sedikit kerancuan terjadi oleh sebab bukubuku bahasa yang ada mempunyai huraian dan pegangan yang berbeza. Contohnya, huraian dan
pegangan yang terdapat dalam buku Tatabahasa Dewan ialah berbeza daripada buku- buku yang
lain yang ditulis oleh pakar-pakar bahasa seperti Zaba, Asmah Omar, Asraf dan lain-lain.
Kerancuan ini menyebabkan kekeliruan berlaku oleh sebab ketidakseragaman huraian dari segi
ejaan, golongan kata dan tatabahasa. Walaupun kekeliruan berlaku tetapi saya tidak
menjadikannya sebagai halangan sebaliknya saya banyak bertanyakan pensyarah pembimbing.
Melihat kepada perkara ini, dapatlah saya membuat sedikit banyak punca mengapa kerancuan ini
sendiri berlaku di sekolah dalam pengajaran bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana berpunca
daripada huraian dan pegangan daripada buku-buku bahasa yang tidak menunjukkan
keseragaman. Perkara ini pernah dibincangkan oleh Awang Sariyan (1994) yang mengatakan
antara faktor yang menyebabkan kerancuan bahasa ialah fahaman terhadap buku yang berbeza
huraian atau pegangan.
Namun demikian, kesemua ini memberikan saya pengalaman dan pengetahuan
baharu yang cukup banyak membantu saya untuk lebih memahami sedikit banyak mengenai
bidang morfologi sekali gus membantu saya meningkatkan kefahaman dalam kursus ini. Di sinilah,
saya dapat melihat kewajaran pelaksanaan tugasan kerja kursus oleh para pelajar dalam
meningkatkan kefahaman kami sendiri selain memenuhi keperluan kursus ini. Apa yang pasti,
pada awal pelaksanaan tugasan ini sendiri, saya berpeluang meneroka bidang ini dengan lebih
baik menerusi kefahaman yang lebih baik daripada sebelumnya.

Oleh itu, setelah saya

memahami sedikit banyak mengenai kandungan dalam kursus ini, maka berbantukan bahanbahan rujukan berserta penerangan pensyarah dalam bilik kuliah juga, saya mula melaksanakan
tugasan ini secara berperingkat- peringkat. Saya cuba menyiapkan satu bahagian demi bahagian,
iaitu bermula dari bahagian 1.0, 2.0 hinggalah bahagian 4.0. Dan setelah melalui pelbagai proses
untuk menghasilkan tugasan ini, ternyata saya mendapat pengalaman dan pengetahuan baharu

KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

16

yang banyak terutamanya semasa melaksanakan tugasan bahagian 3.0, iaitu berkaitan
penganalisisan penggunaan kata.
Pengalaman dan pengetahuan baharu yang saya peroleh semasa melaksanakan
tugasan kerja kursus projek ini ingin saya bahagikan kepada dua ulasan berdasarkan dua
bahagian utama dalam tugasan ini, iaitu bahagian

2.0 yang berkehendakkan saya membuat

huraian tentang proses pembentukan kata bahasa Melayu yang melibatkan proses pengimbuhan
dan proses penggandaan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif berserta dengan contoh yang
relevan bagi setiap proses berkenaan. Menerusi pelaksanaan tugasan pada bahagian ini, saya
berkesempatan untuk memanfaatkan ruang dan peluang ini bagi meningkatkan kefahaman saya
dalam bidang linguistik morfologi ini. Semasa melaksanakan tugasan pada bahagian ini, terdapat
pengetahuan baharu yang peroleh. Sebagai contohnya, hampir kesemua bahan daripada sumber
yang saya peroleh hanya mengatakan bahawa proses pengimbuhan dalam bahasa Melayu
melibatkan empat proses sahaja, iaitu imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Namun
demikian, dalam sebuah buku rujukan yang bertajuk Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu
menyentuh mengenai lima imbuhan yang terlibat dalam proses pengimbuhan, iaitu penambahan
satu imbuhan, iaitu awalan rangkap seperti memper-, diper-, dan teper- (Asraf, 2007: 57). Perkara
ini memberikan saya satu contoh pengetahuan baharu tentang ilmu morfologi dalam proses
imbuhan.
Seterusnya, pengalaman dan pengetahuan baharu yang saya peroleh semasa
melaksanakan tugasan kerja kursus projek ini, adalah semasa saya melaksanakan tugasan pada
bahagian 3.0 yang berkehendakkan saya membuat penganalisisan penggunaan kata. Untuk
memenuhi keperluan tugasan pada bahagian ini, sebuah artikel daripada majalah terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka telah saya pilih. Penelitian penggunaan kata terbitan dalam artikel yang
dipilih dan penjelasan golongan kata bagi kata dasar dalam perkataan tersebut berserta proses
pengimbuhan yang berlaku merupakan fokus penting dalam pelaksanaan tugasan berikutnya ini.
Saya akui semasa awal mendapat tugasan ini, saya melihat bahawa tugasan ini tidaklah
sesukar mana. Dengan berbekalkan bahan-bahan rujukan yang ada, saya memulakan
pelaksanaannya. Dan ternyata gambaran awal saya agak melencong. Hal ini adalah kerana saya
mengalami masalah di mana saya tidak dapat mengenal pasti kata dasar dalam kata terbitan yang
ada. Kekeliruan juga semakin bertambah apabila saya merujuk kepada banyak buku yang
memberikan huraian yang berbeza. Jadi, saya mengambil inisiatif untuk bertanyakan pensyarah
pembimbing dan pensyarah bahasa yang lain jika berkesempatan. Dengan huraian dan
penjelasan daripada pensyarah, dapatlah juga saya melaksanakan tugasan ini.
Begitu juga semasa menganalisis kata dalam proses pengimbuhan yang berlaku, iaitu
apakah yang berlaku semasa proses penghasilan kata terbitan daripada kata dasar. Sebagai
contohnya, kata terbitan penulis. Hasil daripada pemahaman, saya menjelaskan bahawa kata
terbitan penulis terdiri daripada kata dasar tulis. Apabila kata dasar tulis, iaitu huruf t sebagai huruf
pertama pada kata dasar menerima imbuhan awalan pe, huruf t akan berubah menjadi huruf n.
KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

17

Seterusnya, kata terbitan penulis terhasil. Pengetahuan baharunya di sinilah, saya bukan sekadar
mengetahui jenis imbuhan yang diterima oleh kata dasar tersebut, tetapi juga mengetahui
mengenai sebarang perubahan huruf- huruf tertentu apabila menerima apa-apa jenis imbuhan.
Ditambah lagi saya seorang yang mudah keliru dengan imbuhan yang berawalan me- yang dapat
berubah bentuknya menjadi mem-, atau men-, atau meng-, atau menge- menurut apa huruf
pertama pada kata dasar yang dimbuhinya. Dan tindakan saya untuk mengatasi masalah ini
adalah dengan sentiasa membuat latihan kata dengan merujuk buku yang dicadangkan agar
fahaman saya tidak mudah rancu. Dan seandainya masih wujud kekeliruan, saya akan
memanjangkan kerancuan ini kepada pensyarah yang lebih pakar.
Ternyata kesemua pengalaman yang saya lalui sepanjang proses melaksanakan tugasan
ini memberikan pengetahuan baharu yang banyak kepada saya. Malahan, saya berasa teruja oleh
sebab berpeluang untuk melihat sejauh manakah pemahaman dan penguasaan saya terhadap
segala ilmu yang dipelajari sama ada secara langsung di bilik kuliah atau diperoleh daripada
sumber- sumber lain seperti buku dan carian internet semasa melaksanakan tugasan ini. Di sini
juga, saya menyedari bahawa untuk menjelmakan keseluruhan bidang morfologi ini semasa
menyiapkan tugasan bukanlah perkara yang mudah. Tetapi tidaklah sesukar mana apabila
penggunaannya difahami dengan telitinya. Dan paling penting saya mendapat pengalaman yang
cukup berharga. Pengalaman dan pengetahuan inilah yang akan saya bawa apabila mengalas
peranan sebagai bakal guru bahasa Melayu di sekolah rendah demi merealisasikan Dasar
Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) dan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu
dalam kalangan murid.
Memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud meletakkan Bahasa Melayu pada tempat yang
sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub
dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Tujuan utamanya ialah kerana Bahasa Melayu
merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan
bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Dan dalam
usaha mempertingkatkan dan memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu hingga ke peringkat
global sekali pun, pihak sekolah terlebih dahulu memainkan peranan penting dalam menyahut
cabaran ini (Awang Sariyan, 2012: 15). Oleh itu, guru merupakan pemangkin utama dalam
melonjakkan Bahasa Melayu. Aspek tatabahasa itu merupakan tonggak ke arah pembinaan dan
penggunaan bahasa yang standard. Nik Safiah Karim (1980: 45) menyatakan kesalahan bahasa
sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada
di peringkat sebutan, pilihan kata, susunan frasa atau ayat. Kesalahan tatabahasa harus dikesan
dan dibetulkan secara murni.Maka, guru wajarlah memperkasakan diri dengan ilmu ini bagi
menjayakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekali gus untuk merealisasikan hasrat
ini demi meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Persoalannya,
bagaimanakah pengalaman dan pengetahuan yang saya peroleh ini dapat dihubungkaitkan
dengan peranan saya sebagai bakal guru bahasa Melayu di sekolah rendah kelak?
KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

18

Secara amnya, banyak kepentingan untuk kita memahami disiplin morfologi dan prosesprosesnya yang mencakupi empat disiplin, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan
pengakroniman (Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood,
2008). Selain dapat memastikan penggunaan bahasa yang lebih berkesan dan cekap, disiplin
morfologi ini merupakan tunjang utama dalam Linguistik Tulen yang terdiri daripada fonologi,
morfologi, sintaksis, dan semantik (Abdullah Hassan, 24 Mac 2009). Tanpa pengetahuan tentang
morfologi, adalah sukar untuk menghuraikan bahasa dengan mendalam dan terperinci, malah
kebanyakan permasalahan bahasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat, terutamanya warga
pendidik dan pelajar adalah berkaitan dengan hal morfologi dan sintaksis. Di sini kita dapat lihat
bahawa pentingya seorang guru bahasa Melayu dalam menguasai bidang ilmu ini yang tidak
sahaja berfokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu bahkan juga meliputi
kepentingan yang lebih meluas, iaitu untuk mewariskan bahasa itu sendiri menerusi pengetahuan
dan penggunaan yang tepat.
Sebelum itu, saya ingin memetik kata-kata daripada dapatan jurnal Loeb, S., Miller, L., dan
Strunk, K. (2009: 19) yang bertajuk, The State Role in Teacher Professional Development and
Education throughout Teacher, yang mengatakan bahawa seorang guru yang profesional ialah
guru yang mengetahui segala perkara yang diajarnya. Tambahan lagi, keupayaan guru
mempengaruhi keupayaan murid. Ini bermaksud bahawa seorang guru perlulah melengkapkan
dirinya terlebih dahulu dengan kefahaman ilmu morfologi yang diajarkannya. Hal ini kerana guru
bahasa Melayu ialah model pengguna bahasa itu sendiri. Jika guru dapat menunjukkan
penggunaan bahasa Melayu yang tepat, maka murid akan beroleh hasil yang sama (Abdullah
Hassan, 2009: 45).
Robert Lado (1980: 12), ada menegaskan, "kalau hendak menjadi guru bahasa, maka
kebolehan bercakap dalam bahasa itu sahaja tidak mencukupi. Penutur bahasa itu sekalipun tidak
dapat memandu pelajar melainkan dia dapat mengasing-asingkan dan menunjukkan pelbagaibagai unsur dalam bahasa tersebut.

Dia mestilah mengetahui deskripsi bahasa tersebut dan

mengetahui fakta-fakta linguistik mengenai bahasa itu supaya pelajar mengetahui masalah mereka
dalam mempelajari bahasa matlamat mereka." Apa yang ditekankan di sini adalah kebolehan
bercakap dalam bahasa Melayu sahaja tidak mencukupi tanpa menguasai ilmu yang membentuk
bahasa itu sendiri. Sebagai contohnya, bagaimana jika terdapat guru yang diri sendiri kurang ilmu
tentang morfologi untuk mengajarkan bidang ilmu ini. Pastinya guru tersebut tidak akan dapat
memberikan penerangan tepat mengenai sesuatu perkara apabila terdapatnya sebarang
kekeliruan. Kesannya, pelbagai jangkaan masalah lanjutan akan berlaku.
Antaranya, murid akan sering melakukan kesilapan yang sama berulangkali kerana
mereka kurang memahami apa yang diterangkan oleh guru mereka. Apabila guru gagal
menyampaikan pengajarannya, maka itu bukanlah suatu pengajaran yang berkesan. Perkara ini
semua adalah penting dititikberatkan kerana ia mendorong ke arah penggunaan bahasa Melayu
yang betul. Bukankah kita ingin melahirkan pengguna bahasa Melayu yang menggunakan bahasa
KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

19

ilmu untuk menaikkan martabat bahasa ini di bumi gemilang ini? Jadi, inilah saluran tepatnya, iaitu
saya menggunakan semua pengalaman dan pengetahuan yang ada untuk membantu peranan
profesion saya pada masa akan datang dengan sebaiknya. Saya yakin bahawa jika segalanya
diaplikasikan dengan baik, pastinya hasrat untuk memartabakan bahasa Melayu akan dapat akan
tercapai dengan murid turut mendapat manfaatnya.
Dan menjadi tugas sayalah dalam meneruskan pencapaian ini, iaitu sebagai bakal guru
bahasa Melayu yang dapat menggunakan kesemua pengalaman dan pengetahuan dalam bidang
morfologi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu yang berkesan. Hal ini demikian
kerana saya merupakan pengajar, pelatih, dan pendidik bahasa yang harus mempunyai
pengetahuan dan kefahaman yang mantap terhadap bahasa yang akan diajarkan. Yang
menjadikan sesuatu bahasa itu bermakna apabila bidang tatabahasa digunakan secara tepat.
Apatah lagi morfologi adalah salah satu bidang tatabahasa yang berkaitan pembentukan kata
bahasa Melayu yang menjadi asas utama bagi pemahaman terhadap sistem bahasa Melayu baku
pada keseluruhannya.
Oleh itu, pengetahuan dan kefahaman mengenai bidang ilmu ini kepada bakal guru bahasa
Melayu seperti saya sangat penting kerana secara jelasnya bidang ini adalah berhubung dengan
bagaimana hendak membentuk kata dengan rumus tatabahasa yang betul. Tanpa pengetahuan
yang mantap tentang morfologi, bagaimanakah guru-guru bahasa dapat mengajarkan sesuatu
bahasa dengan cemerlang? Berdasarkan persoalan ini, jelas menunjukkan betapa pentingnya
pengetahuan bidang ilmu ini kepada guru-guru bahasa Melayu kerana pengetahuan dan
kefahaman tersebut sendiri diaplikasikan dalam pengajaran bahasa Melayu. Menurut Nor
Hashimah Jalaluddin & Julaina Nopiah (2003) dalam Jurnal Bahasa yang bertajuk, Penguasaan
Tatabahasa Remaja Malaysia: Analisis Pragmatik yang mengatakan bahawa keupayaan
seseorang guru mempengaruhi keupayaan muridnya. Ia samalah dengan konsep bahawa jika
guru bahasa Melayu sendiri gagal atau kurang memahami bidang yang diajarkannya, bagaimana
pula kesannya terhadap penguasaan bahasa Melayu anak muridnya? Sedangkan guru bahasa itu
adalah mewakili pengguna bahasa Melayu sekali gus pembawa bahasa Melayu kepada generasi
berikutnya? Jika guru sendiri pincang ilmunya, bagaimanakah hasrat untuk merealisasikan dasar
memartabatkan bahasa Melayu akan tercapai?
Sememangnya, pengalaman dan pengetahuan dalam bidang bahasa ini memberikan
manfaat manfaat yang banyak dalam pengajaran bahasa Melayu. Oleh itu, perlunya penguasaan
ilmu ini bagi bakal guru bahasa Melayu seperti saya supaya kelak saya dapat mengajarkan murid
yang mampu menguasai sesuatu pembelajaran, bukan sekadar belajar untuk peperiksaan tetapi
kefahaman terhadap bagaimana sesuatu bahasa terbentuk dan digunakan dalam kehidupan
seharian. Ini penting bagi membentuk pengguna bahasa Melayu yang cekap berbahasa kerana
bahasa ini digunakan sebagai bahasa ilmu. Dalam pengajaran dan pembelajaran sendiri, apabila
guru cukup terlatih dengan ilmu yang diajarnya, maka proses pembelajaran dan pembelajaran
akan menjadi lancar. Selain itu, masalah kerancuan bahasa juga akan dapat dielakkan (Awang
Sariyan, 2012). Malahan, dengan penguasaan ilmu ini, guru juga dapat mengenal pasti kesalahan
KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

20

dan penggunaan bentuk kata dalam bahasa serta membetulkan kesalahan yang dilakukan murid
tanpa ragu-ragu. Ini sekali gus dapat membentuk guru bahasa Melayu yang mampu
merealisasikan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan seterusnya membantu untuk
meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid.
Dan sebagai penutup refleksi sekali gus menjadi rumusan keseluruhan tugasan kerja
kursus ini, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kerana
banyak membantu saya dan rakan-rakan yang lain dalam melaksanakan tugasan ini. Tanpa
penerangan dan tunjuk ajar daripada pensyarah, rasanya tentu banyak kesulitan yang akan saya
hadapi. Dan saya sendiri setelah sehabis daya berusaha menyiapkan tugasan ini, akhirnya saya
berjaya juga menyiapkan tugasan ini mengikut peruntukan masa yang ditetapkan. Paling penting,
saya bukan sekadar gembira kerana berjaya menyiapkan tugasan ini, bahkan saya memperoleh
kejayaan yang lebih besar dan bermakna daripada itu, iaitu pengalaman dan pengetahuan baharu.
Bagi saya, sepanjang proses dalam menyiapkan tugasan ini cukup membantu memberikan saya
satu pengalaman yang cukup bermakna. Mengakhiri refleksi ini, semoga semua ilmu yang
diperoleh ini akan saya manfaatkan sebaik mungkin apabila diaplikasikannya di sekolah apabila
bergelar pendidik kelak.

Bibliografi
Abdullah Hassan. (2006). Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Petaling
Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur:PTS
Professional Publishing Sdn.Bhd.
Abdullah Hassan. (2009). Mengapa Kami Bantah Edisi Kedua. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn.Bhd.
Abdullah Hassan. (24 Mac 2009). Linguistik untuk Guru Bahasa. Diperoleh pada 15 Ogos 2013.
Daripada:http://koleksikertaskerja1.blogspot.com/2009/03/6-linguistik-untuk-gurubahasa_24.html
Asraf. ( 2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
Awang Sariyan. (1994). Ceritera Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

21

Awang Sariyan. (2012). Bahasa Melayu: Bahasa Antarabangsa dan Upaya


Pengantarabangsaannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. (2012). Penterjemahan Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu.
Diperoleh pada: 25 Februari 2014. Daripada: http://dwnbahasa.dbp.my/?p=1251
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2008 - 2014). Laman Carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu dan
Dewan Bahasa dan Pustaka. Daripada: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=morfologi
Diarani Mat Adam. ( Jun 2012). Melestarikan Terbitan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat . (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Pelajar Edisi Kedua. (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lado, Robert. (1980). Mengajar Bahasa Suatu Pendekatan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Loeb, S., Miller, L., & Strunk, K. (2009). The State Role in Teacher Professional Development and
Education throughout Teachers. Education Finance and Policy, 4(2), 212-228.
Meor Mohd. Aiyub Meor Zakaria. ( 2002). Ilmu Linguistik dan Pengajaran Bahasa. Dimuat turun
pada 20 Ogos 2013, daripada http://www.oocities.org/athens/atlantis/4917/ling1.html
Nik Safiah Karim. (1980). Bahasa Melayu, Teori dan Aplikasinya. Kuala Lumpur: Sarjana
Enterprise dan Persatuan Linguistik Malaysia.
Nik Safiah Karim et.al (1996). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim. (1996). Pendahuluan dalam Unsur Bahasa Asing dalam Bahasa Melayu: Siri
Monografi Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood. (2008).
Tatabahasa Dewan ed. Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norhairie Nordin. Mari Berbahasa Sebaiknya. Diperoleh pada: 25 Februari 2014. Daripada:
http://hairiebmtutor.wordpress.com/sudut-pmr/memartabatkan-bahasa/
Nor Hashimah Jalaluddin & Julaina Nopiah. (2003). Penguasaan Tatabahasa Remaja Malaysia:
Analisis Pragmatik. Jurnal Bahasa, 5(3), 65-72.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1.Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur. Oxford Fajar
Sdn. Bhd

KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

22

Lampiran

KERJA KURSUS BMM3109 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

23

Вам также может понравиться