Вы находитесь на странице: 1из 7

1.

PENGENALAN
Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan

kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada
erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang
indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak. Kesusasteraan wujud dalam masyarakat manusia
melalui bentuk tulisan dan juga bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk
kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar
muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan
menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga
merupakan kesusasteraan.
Menurut Baharum (1995) kepentingan bahan sastera dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Ini kerana dalam
peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah rendah (PMR), Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) bahan sastera ialah
pilihan utama apabila menyediakan soalan-soalan peperiksaan. Dengan menggunakan petikanpetikan daripada bahan sastera sama ada berbentuk prosa atau puisi dan diajukan soalansoalan terutamanya soalan pemahaman. Pelajar-pelajar diminta memberikan maksud rangkai
kata, memberikan maksud perkataan, membuat ayat-ayat daripada perkataan yang dipilih,
memberikan pendapat, menjawab soalan berdasarkan petikan dengan cetusan idea yang
bernas dan bahasa yang baik. Kajian Subadrah Nair (2000) menunjukkan pengajaran skema
sastera secara terancang dengan menggunakan model skema sastera dapat meningkatkan
pencapaian kefahaman bacaan subjek secara signifikan bagi setiap petikan.
Kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaaya manusia. Ia
adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang
dipertuturkan oleh mereka sendiri. Kesusasteraan Melayu adalah peninggalan nenek moyang
kita yang amat berharga dan merupakan lambang sejarah budaya serta kesenian bahasa dan
bangsa Melayu. Pengajaran Kesusasteraan Melayu sebagai satu komponen dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu mula diajar di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah.
Matlamat Kesusasteraan Melayu diajar di sekolah untuk melengkapkan murid-murid dengan
ilmu sastera agar dapat menghayati, menghargai, mencintai dan membanggakan bahasa dan
sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya, ke arah pemantapan cita rasa santera
dalam kalangan masyarakat.
2.0
KAEDAH PENGAJARAN DALAM GENRE KESUSASTERAAN MELAYU
2.1

Kaedah Struktural
1

Kaedah Struktural merupakan kaedah paling klasik yang sering digunakan dalam
pengajaran kesusasteraan Melayu.
2.1.1 Pengenalan Kaedah Struktural
Kaedah ini berdasarkan pendapat analisis teori structural kritikan sastera yang
merupakan kaedah paling awal. Ia merupakan pendekatan yang paling tertua digunakan
dalam mengkaji sastera. Menurut Kamrudin (1988), pendekatan ini mempunyai sejarah
yang paling lama sekali sejak Plato dan Aristotle meletakkan garis-garis ukuran terhadap
berbagai-bagai genre sastera. Teori Struktural berkembang luas pada dekad 60-an
sebagai suatu usaha menerapkan kaedah dan wawasan Ferdinand de Saussure
pengasas linguistik moden kepada kesusasteraan (Terry Eagleton,1983:106). Saussure
ialah seorang ahli falsafah Swiss (1857-1913) percaya bahawa bahasa mempunyai
struktur dalaman tersendiri dan peraturan-peraturannya yang sistematik (Charles E
Bressler, 1999:89). Peraturan- peraturan ini menguasai dan menggerakkan semua
aspek bagi bahasa termasuk bunyi- bunyi yang dikenalpasti sangat bermakna, berbagai
kombinasi bunyi yang membentuk perkataan dan bagaimana perkataan dikendalikan
untuk menghasilkan hubungan yang bermakna dalam bahasa yang disediakan (Charles
E Bressler, 1999:89).
Pengajaran dan Pembelajaran yang bertujuan memahami aspek-aspek kesusasteraan,
struktur dan binaannya. Perkataan structural lahir daripada perkataan struktur. Merujuk
kepada Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), struktur adalah cara sesuatu terbina atau
terbentuk daripada pelbagai bahan, unsur atau aspek hinggalah terjadi satu pola, sistem
atau ayat tertentu. Kaedah structural memberikan tumpuan kepada hasil sastera
berdasarkan plot, perwatakan, latar belakang, tema, suasana, klimaks aksi memuncak,
nada, focus dan mood. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa untuk mengaplikasikan
kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran, guru hasruslah menguasai terlebih
dahulu akan bahan atau karya yang hendak diajar. Segala unsur-unsur yang
membentuk struktur bahan atau karya itu perlu dikenal pasti dan diketahui oleh guru itu
terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting bagi memastikan perjalanan proses
pengajaran guru menuju kepada objektif yang ingin dicapai pada sesi itu.
2.1.2 Ciri-Ciri Kaedah Struktural
Menurut Kamarudin (1988), beliau telah menggariskan beberapa cirri penting yang
terkandung dalam kaedah structural, antaranya ialah:
i.
Terdapat perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan
2

Ianya perlukan perhubungan yang diketengahkan iaitu hubungan antara tema,


plot, watak, latar, teknik, gaya sudut pandangan dan sebagainya yang
ii.

membentuk keseluruhan karya.


Pendekatan bersifat induktif
Iaitu guru perlu membimbing pelajar agar memperolehi objektif tertentu.
Pendekatan induktif adalah pendekatan yang menumpukan kepada cirri-ciri

iii.

terlebih dahulu sebelum membuat suatu konsep.


Mengutamakan unsur-unsur tertentu
Kaedah ini hanya mengutamakan elemen struktur tertentu sahaja. Aspek-aspek

iv.

yang lain dalam sastera tidak di ambil kira.


Pembacaan yang rapi
Struktur perlu diperkenalkan terlebih dahulu

v.

sebelum

memulakan

sesi

pengajaran dan pembelajaran.


Pembelajaran lebih berpandukan guru
Kaedah ini adalah berpusatkan guru. Pelajar masih boleh berbincang tentang isu
pada sesuatu struktur, namun ianya perlu bimbingan daripada guru agar konsep

vi.

vii.

serta isi perbincangan tidak lari daripada konsep sebenar.


Tidak mengutamakan bahan bantu mengajar
Kaedah ini tidak mengutamakan bahan bantu mengajar untuk pelajar
mendapatkan jawapan bagi setiap unsur atau struktur tersebut.
Memerlukan pengetahuan tentang eleman struktur bagi memudahkan sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Pengetahuan tentang elemen struktur dalam sesebuah karya memudahkan
pembelajaran. Oleh yang demikian, kaedah ini sangat sesuai digunakan kepada
pelajar di peringkat yang lebih tinggi.

2.1.3 Kelebihan Kaedah Struktural


Antara kebaikan menggunakan kaedah struktural ini adalah;
i.
Memahami Konsep: Menggunakan kaedah ini, pelajar akan lebih dapat
memahami tentang makna serta pengertian konsep-konsep dalam kajian teks
sastera, kerana mereka akan dapat mengesan unsur-unsur yang mereka kaji itu
ii.

daripada karya yang diajarkan.


Pengajaran yang mudah: Ini dapat memudahkan guru kerana mengajar
analisissetiap struktur dibuat satu persatu dan pada waktu-waktu pengajaran
yang tertentu. Iaitu, guru dapat menumpukan kepada sesuatu analisis terlebih

iii.

dahulu sebelum beralih kepada penganalisisan struktur yang lain.


Pembacaan teliti: Pembacaan terhadap karya terpilih haruslah dilakukan dengan
teliti dan terperinci kerana dengan demikian barulah analisis struktur dapat
dilakukan. Ini dapat memastikan pemahaman pelajar lebih mendalam.
3

iv.

Tidak bergantung kepada ABM: Pendekatan ini lebih mudah dilakukan kerana
tidak memerlukan alat bantu mengajar (ABM).

2.1.4 Kelemahan Kaedah Struktural


Biarpun kaedah ini lebih mudah diaplikasi, namun terdapat juga kelemahan kaedah ini:
i.
Terpisah: Menganalisis menggunakan kaedah struktur seolah-olah karya
tersebut dapat dipisah-pisahkan dan unsur-unsur dapat wujud secara berasing.
Sedangkan, pada hakikatnya karya sastera terbentuk hasil daripada gabungan
unsur-unsur tersebut. Pengajaran berdasarkan kaedah ini sukar untuk
memperlihatkan hubungan antara unsur-unsur yang membentuk sesebuah karya
ii.

sastera itu.
Membosankan: Kaedah ini boleh menyebabkan kebosanan kepada pelajar
kerana mereka tidak berpeluang untuk memahami serta menghayati karya yang

iii.

dipelajari.
Menghafal: Kaedah ini menggalakkan pelajar menghafal, bukan mengamalkan
nilai-nilai murni dalam karya yang dikaji.

2.1.5

Aplikasi Kaedah Struktural


Pengajaran sastera melalui kaeadah ini bermaksud mengajar elemen-eleman

yang membangun karya sastera. Karya sastera seperti novel, drama, hikayat, cerita
rakyat dan cerpen diajarkan melalui pembicaraan tentang elemen-elemen seperti watak
dan perwatakan yang sering dibahagikan kepada watak protagonist, antagnis, neutral,
watak pipih, watak bulat dan sebagainya,latar cerita seperti latar tempat, latar peralatan,
latar budaya, dan latar waktu. Jenis sudut pandangan pencerita yang terbahagi , sudut
pandangan watak dan sudut pandangan pandangan bawah sedar.. Jenis perbualan
seperti diolog, monolog dan multilog. Teknik penceritaan seperti imbas muka dan imbas
kembali. Jenis plot seperti kronologi, antikrologi, plot mudah, plot kompleks dan tanpa
plot. Isi karya sastera iaitu persoalan, tema , pengajaran dan nilai. Kaedah ini melihat
semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak begitu mendalam dari
segi jankauan penjelesanya. Jika ingin melihat sesuatu unsur dengan lebih mendalam
maka kaedah berfokus digunakan.
2.1.6

Kesimpulan

Kesimpulannya Kaedah struktural memberi tumpuan kepada sesuatu hasil sastera


berdasarkan plot, perwatakan, latar belakang, tema, suasana, klimaks, aksi memuncak,
4

nada, fokus dan mood. Kaedah ini menegaskan pencerakinan karya sastera dari sudut
pembinaan atau struktur karya. Pengajaran sastera melalui

kaeadah ini bermaksud

mengajar elemen-eleman yang membangun karya sastera. Karya sastera seperti novel,
drama, hikayat, cerita rakyat dan cerpen diajarkan melalui pembicaraan tentang elemenelemen seperti watak dan perwatakan. Dari segi

,latar cerita seperti latar tempat, latar

peralatan, latar budaya, dan latar waktu. Jenis sudut pandangan pencerita yang
terbahagi , sudut pandangan watak dan sudut pandangan pandangan bawah sedar.
Jenis perbualan seperti diolog, monolog dan multilog. Kaedah ini melihat semua unsur
yang terdapat dalam karya sastera namun tidak begitu mendalam dari segi jankauan
penjelesanya.

2.2

Kaedah Global

Kaedah global ditakrifkan sebagai kaedah mudah seperti simulasi khasnya berdrama.
Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan situasi murid
kerana meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanakkanak. Kebiasaannya kaedah ini dilakukan secara bebas.
2.2.1

Ciri-ciri Global

Dengan menggunakan kaedah Global ini, terdapat 3 bentuk aktiviti yang boleh
dilakukan. Iaitu:
i.

Aktiviti mimic yang tidak memerlukan kata-kata dalam menyampaikan


perasaan.

2.2.2

ii.

Aktiviti spontan dengan apa yang ada dan dengan suara

iii.

Aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk lakonan

Pelaksanaan Kaedah Global

Perlaksanaan kaedah ini sangat mudah kerana ianya berbentuk bebas. Karya yang
dipilih juga adalah setaraf dengan keupayaan murid. Aktiviti yang sesuai dan menarik
5

akan dirancang dalam bentuk perlakuan dan kemahiran yang diperolehi akan dicapai
oleh murid.
i.

Murid membaca dan menghayati karya yang diberikan oleh guru

ii.

Murid diminta mencari sendiri persoalan yang menarik yang terkandung


dalam karya tersebut.

iii.

Guru meminta murid melakonkan watak dan melakukan gaya aktiviti


dalam karya yang diberikan. Antara aktiviti yang boleh guru anjurkan
ialah; lakonan berasaskan gambar, lakonan berasaskan skrip, lakonan
menggunakan topeng dan lakonan guna cerita berlagu.

2.2.3

Kebaikan Kaedah Global

Antara kebaikan kaedah ini adalah:


i.

Kaedah ini meneliti sesuatu karya secara menyeluruh bukan secara terpisahpisah.

ii.

Melihat hubungan elemen atau komponen yang membina karya

iii.

Menganalisis elemen atau komponen karya secara impression, am dan spontan.

iv.

Penilaian menggunakan kaedah ini adalah secara subjektif.

v.

Kajian atau penilaian boleh dilakukan secara separuh global sebelum menjurus
kepada aspek khusus yang hendak dikaji.

2.3

Kaedah Fokus

Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera secara terperinci. Untuk memenuhi
keperluan ini, kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk dijadikan fokus
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, aspek penggunaan bahasa dalam
dialog boleh dijadikan sebagai fokus utama manakala aspek watak dan perwatakan pula
boleh dijadikan fokus sampingan. Melalui kaedah ini, pengajaran boleh terdiri daripada
6

satu fokus utama; satu fokus utama dan satu fokus sampingan; atau satu fokus utama
dan pelbagai fokus sampingan.
2.3.1

Ciri-ciri Kaedah Fokus

Pembelajaran berfokus hanya berfokus pada aspek isi di samping mengajar aspek
bahasa iaitu bentuk dan unsur serta nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan
kebudayaan terutama unsur-unsur pengajaran.
i.

Fokus pengajaran berdasarkan isi utama. Isi sampingan menjadi perkara kedua
penting.

ii.

Langkah-langkah penyampaian sistematik hendaklah dirancang terlebih dahulu


oleh guru untuk menjamin keberkesanan kaedah ini.

iii.

Kaedah ini mengandungi focus utama dan focus sampingan. Biasanya focus
utama itulah yang menjadi objektif khas.

iv.

Kaedah ini menggunakan perkara-perkara yang paling menonjol dalam


sesebuah karya untuk dijadikan focus utama.

Вам также может понравиться