Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri dan Ustaz T.M. Fouzy Jumat)
Page 1 of 7
DOA DAN WIRIK UNTUK PELAJAR
“Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hambamu dan
pesuruhmu yang ummi dan di atas keluarga dan sahabat baginda semuanya.”
Page 2 of 7
DOA DAN WIRIK UNTUK PELAJAR
Radiitu billahi rabba, wabii islaami diina, wabi muhammadin sallallaahu ‘alaihi
wasallaam nabiyan wa rasulla.
Telah bersabda Rasul: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang
tersebut) Allah tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi)
“Ya Allah! Kurniakanlah kami fahaman para nabidan hafalan para rasul serta
mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu juga kurniakanlah kami
kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani.”
Page 3 of 7
DOA DAN WIRIK UNTUK PELAJAR
“Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti terangnya hati-hati orang yang arif.
Fahamkan aku perkara agama ku.”
“Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari
kejahatan nafsuku.”
Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatan min lisani yafqahu qauli.
Page 4 of 7
DOA DAN WIRIK UNTUK PELAJAR
Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk, ilmu, kepakaran yang nyata.
“Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, Wahai Tuhan Yang Maha
Mengetahui, Wahai Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang Nyata”
Wirid ini adalah sebahagian dari wirid susunan Ahmad Asrory Al Ishaqy.
Page 5 of 7
DOA DAN WIRIK UNTUK PELAJAR
Ya Haadi, ihdinii.
Imam Ahmad bin Ali Albunni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir
malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca doa
tersebut, insya-Allah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk. Boleh juga
dibaca seketika sesat jalan.
Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan
menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah
bermohon kepada Allah dengan berulangkali berzikir kalimah di atas sebanyak
mungkin, semoga akan berjaya.
Page 6 of 7
DOA DAN WIRIK UNTUK PELAJAR
“Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan, sedangkan Dia Maha Halus
lagi Maha Mengetahui”.
Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan beristiqamah dengannya, insya-Allah ia
akan bermimpi dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya.
Jika diamalkan selalu insya-Allah akan didorongkan untuk belajar perkara yang
akan disoalkan dalam sesuatu peperiksaan. Boleh juga dibaca ketika mengalami
suatu masalah dalam pelajaran atau projek.
Selamat Beramal
Page 7 of 7