Вы находитесь на странице: 1из 2

FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR

1. Mata Pelajaran dan Kelas

: Pendidikan Moral, Tahun 3 Cempaka

2. Nilai / Tajuk

: Kerajinan / Usaha Tangga Kejayaan

3. Masa

: 10.40 -11.40 pagi (60 minit)

4. Standard Pembelajaran

: 11.1.1, 11.1.2, 11.1.3, 11.1.4

5. Objektif Pembelajaran

: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

Penaakulan

: i. menyatakan sekurang-kurangnya 3 cara bersikap rajin di sekolah.


ii. menyatakan sekurang-kurangnya 3 kepentingan bersikap rajin di sekolah

Perasaan

: menceritakan sekurang-kurangnya 1 perasaan apabila bersikap rajin di sekolah

Perlakuan

: menunjukkan sikap rajin dengan berusaha mencari sekurang-kurangnya 2


gambar kerajinan dari internet.

6. Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran:


Set induksi:

i. Murid-murid melihat gambar-gambar sebuah cerita, Kura-kura dengan arnab.


ii. Murid menjawab soalan guru.
Langkah 1:

i. Murid bercerita berdasarkan gambar-gambar tersebut.


ii. Murid memberi pendapat tentang nilai-nilai dalam cerita tersebut dengan menggunakan
thinking tool (Bubble Map).

iii. Murid mendengar penerangan guru tentang nilai kerajinan.


Langkah 2:

i.

Murid membaca teks cerita yang dipaparkan oleh guru.

ii. Murid menulis maklumat daripada cerita dengan menggunakan thinking tool (Human
Flow Map)

iii. Perbincangan kelas dijalankan dengan mengaitkan aktiviti-aktiviti di sekolah dan


kepentingan bersikap rajin di sekolah.
Langkah 3:

i. Dalam kumpulan, murid menggunakan internet untuk mencari 2 gambar berkaitan


kerajinan di sekolah/ Murid menggunakan gambar-gambar yang dibawa oleh mereka

ii.

Sumbangsaran perasaan murid berdasarkan gambar-gambar tersebut.

iii.

Murid menjelaskan kepentingan bersikap rajin secara lisan.

Penutup:
Murid-murid memberikan pandangan mereka tentang nilai yang dipelajari.
7. EMK:
i.

Kreativiti & inovasi menjana idea, sumbangsaran

ii.

TMK - Menggunakan internet

8. Bahan Bantu Belajar:


Gambar-gambar cerita, gambar-gambar kerajinan, lembaran kerja, peta buih
9. Penilaian PnP:

i. lembaran kerja (Nyatakan aktiviti-aktiviti kerajinan di sekolah)


ii. gambar-gambar yang diakses oleh murid daripada internet
iii. murid dapat menceritakan perasaan apabila bersikap rajin
10. Refleksi
i. 30 orang murid telah mencapai objektif yang ditetapkan.
ii. 3 orang murid akan diberi latihan pemulihan sebelum waktu pelajaran akan datang.

Вам также может понравиться