You are on page 1of 13

GELANGGANG

Onn Malini
Pohon Tradisi, 2012
Gapenaniaga Sdn. Bhd.

SAJAK DAN MAKSUD


Rangkap 1

Ini gelanggang kita


Yang diwariskan oleh
pendekar-pendekar datuk
moyang lebih lima dekad
yang lalu
Satu persepakatan kaum
untuk diturunkan kepada
anak cucu di kemudian
hari.

Maksud

Penyajak menyatakan
bahawa Malaysia
merupakan sebuah
negara yang
ditubuhkan oleh
generasi terdahulu
iaitu kira-kira 50
tahun yang lalu.
Malaysia terbentuk
hasil perpaduan
setiap kaum demi
masa depan generasi
seterusnya.

SAJAK DAN MAKSUD


Rangkap 2
Hari ini kitalah pewaris
gelanggang yang terbina
dari keringat dan air mata
Dengan gelanggang inilah
negara aman makmur
rakyat berpadu
Kita pelihara gelanggang
ini dengan kejap sepenuh
hati
Kita mempertahankan
kedaulatan watan dari
anasir jahat
Kerana telah terbukti dapat
menyatupadukan pelbagai
keturunan.

Maksud
Kita ialah generasi yang
mewarisi Malaysia yang
diperjuangkan oleh
generasi terdahulu.
Mereka bekerja keras dan
bersusah payah untuk
mendapatkan
kemerdekaan negara.
Kemakmuran negara
dapat dinikmati apabila
rakyat bersatu padu.
Penyajak menyeru semua
rakyat supaya
memelihara kedaulatan
negara dengan penuh
tanggungjawab daripada
pihak luar yang cuba
memusnahkan negara.

SAJAK DAN MAKSUD


Rangkap 3
Para pendekar kita harus
berani berjuang
menangkis tohmahan
Demi mempertahankan
maruah gelanggang
keramat suci ini
Suara-suara momokan
sumbang memperlekehkan
menyentuh hati nurani
Kita sanggah nyah tanpa
kompromi dari menggugah
gelanggang
Jangan sekali bermain api
kelak membinasakan
sendiri.

Maksud
Penyajak berpendapat
bahawa pemimpin kini harus
berani melawan tuduhan
melulu yang dilemparkan
demi mempertahankan
kedaulatan negara. Pendapat
yang dikemukakan oleh
sesetengah pihak yang cuba
menjatuhkan Malaysia harus
kita tentang tanpa tolak
ansur supaya tidak
menggugat kedaulatan
negara. Pihak tersebut tidak
harus melakukan tindakan
untuk mencabar Malaysia
kerana perbuatan mereka
akan menyusahkan diri

SAJAK DAN MAKSUD


Rangkap 4

Marilah para
pahlawan setia kita
kukuhkan ukhwah
Elakkan
pertelingkahan
sesama sendiri.

Maksud

Penyajak menyeru
rakyat yang benar-benar
cinta akan negara
supaya mengukuhkan
tali persaudaraan agar
pertelingkahan sesama
rakyat dapat dihindari.

SAJAK DAN MAKSUD


Rangkap 5

Maksud

Kitalah pewaris abadi


yang menjunjung
amanah ini
Agar kecemerlangan
tercerna di persada
arena
Terus memacu kejayaan
demi maruah harga jati
diri
Membina sebuah
negara bangsa yang
harmoni dan dihormati
Kita junjung dan taat
hingga ke akhir hayat.

Penyajak menyatakan bahawa


kita sebagai rakyat Malaysia
bertanggungjawab memikul
amanah yang diberi untuk
memastikan kecemerlangan
negara di peringkat dunia
dengan mencapai kejayaan
demi kejayaan. Hal ini
demikian kerana kejayaan
yang diperoleh rakyat Malaysia
melambangkan maruah
Malaysia dan jati diri mereka.
Kita bertanggungjawab dalam
meneruskan kesinambungan
Malaysia sebagai negara yang
harmoni dan dihormati oleh
semua pihak. Malaysia wajib
kita hargai, hormati dan

TEMA DAN PERSOALAN


TEMA
Pentingny
a
mempert
ahankan
kedaulata
n tanah
air
tercinta

PERSOALA
N

Menghargai usaha yang


dilakukan oleh nenek
moyang terdahulu
Perpaduan dalam
kalangan rakyat
Pertelingkahan dan
permusuhan akan
menghancurkan negara
Usaha membangunkan
negara memerlukan
kerjasama semua pihak

BENTUK SYAIR
Terdiri daripada lima
rangkap
Bilangan barisnya tidak
sama iaitu lima hinga
lapan baris
Bilangan perkataan
antara satu hingga
lapan patah kata
Rima akhir bebas/tidak
sama
Sajak berbentuk bebas
atau tidak terikat

GAYA
BAHASA
Pemilihan Kata yang
Indah
Anafora
Metafora
Perlambangan
Repetisi

UNSUR BUNYI
Asonansi :
Aliterasi

Nada

NILAI
Patriotik
Bersatu
padu
Ketaatan
Menghargai
Pengorbanan
Tanggungjaw
ab

PENGAJARAN
Kita hendaklah memiliki perasaan
cinta akan negara tanpa berbelah
bagi.
Kita mestilah menghargai jasa
yang dicurahkan oleh nenek
moyang kita yang berusaha
memerdekakan negara.
Kita haruslah bersedia untuk
berkorban demi negara.
Kita hendaklah bertanggungjawab
menjaga kedaulatan negara
daripada ancaman anasir luar.

SOALAN LATIHAN

Nyatakan dua cara untuk mengekalkan


perpaduan seperti yang dinyatakan
dalam sajak ini?
(2 markah)

Pada pendapat anda, apakah faktor


yang menyebabkan sesebuah negara
dijajah?
(3 markah)

Huraikan dua gaya bahasa yang


terdapat dalam sajak di atas.
(4 markah)