Вы находитесь на странице: 1из 6

HBEF2703 1

760528086124002

TUGASAN 1 (AKTIVITI 3)
(T1A3)
JURNAL REFLEKTIF
HBEF2703
KO-KURIKULUM

Nama : Surina Binti Yub.


Nombor Matriks: 760528086124002
Nombor Telefon: 0199756684
Alamat e-mail : srnb180@gmail.com
Nama Tutor : En. Rosnam b Ali
Pusat Pembelajaran : OUM Kuala Terengganu,Terengganu.
Semester September 2014

HBEF2703 2
760528086124002

Isi Kandungan

Mukasurat

1. Refleksi

2. Kekuatan

3. Kelemahan Dan Cadangan

5-6

4. Kesimpulan

HBEF2703 3
760528086124002

JURNAL REFLEKSI PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN


KAWASAN PERKUBURAN ISLAM KAMPUNG KUALA JENGAL 23000 DUNGUN
TERENGGANU.
Program Gotong Royong membersihkan Kawasan Perkuburan IslamKampung Kuala
Jengal telah selamat dilaksanakan pada hari Jumaat,25 Julai 2014 bersamaan 27 Ramadhan
1435 Hijrah. Program gotong-royong ini bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada
jam 8.00 malam.Program gotong royong ini merupakan program biasa yang sering
dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Kuala Jengal apabila tibanya bulan Ramadhan dan
menjelmanya Aidilfitri.Istimewanya kali ini saya diberi peluang untuk mengatur program agar
aktiviti ini berjalan dengan lebih lancar sebagaimana yang dirancang.
Sepanjang penglibatan saya dalam menyusun dan menjayakan program gotong-royong
ini, saya dapati ada beberapa kelebihan yang memberi impak yang baik serta kesan positif
sama ada kepada warga sekolah amnya serta masyarakat sekeliling khususnya. Antara
kelebihannya adalah kerjasama dan komitmen yang sangat baik yang ditunjukkan oleh para
guru, kakitangan sekolah rendah dan menengah, ibubapa, PIBG, JKKK serta keseluruhan
komuniti kampung sendiri. Persediaan awal yang telah diatur dan dirancang seperti
perancangan aktiviti, sumber kewangan, perlantikan jawatankuasa, bidang tugas,kawasan
bertugas, peralatan, buku program dan sebagainya membantu melancarkan program gotongroyong membersih kawasan perkuburan Peringkat Kampung Kuala Jengal ini.
Dalam

merangka

perancangan

aktiviti

sempena

Program

gotong-royong

membersihkan Kawasan Perkuburan Islam Kampung Kuala Jengal ini pelbagai perkara harus
diambil kira. Idea-idea yang diberikan oleh rakan -rakan guru yang mana mengambil kira dari
pelbagai sudut semasa program berlangsung adalah satu perkara penting bagi memastikan
perjalanan program ini lancar tanpa sebarang kekurangan.

HBEF2703 4
760528086124002

KEKUATAN
Kerjasama

kakitangan

sekolah

dalam

bermesyuarat

membantu

guru

yang

dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Pihak


kakitangan bersedia memberi kerjasama dalam menyediakan buku aturcara dan menguruskan
urusan surat menyurat bagi memastikan perjalanan Program gotong-royong ini ini berjalan
lancar.
Keprihatinan yang ditunjukkan oleh guru-guru, kakitangan, ibu bapa, PIBG serta
pihak Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan(JKKK) Kampung Kuala Jengal sendiri
menjadikan program ini berjalan dengan lancar serta dalam suasana yang muhibbah dan
menyeronokkan. Kesediaan pihak JKKK memberi sumbangan berjumlah RM 1000 dan dan
kesudian komuniti kampung untuk memasak jamuan berbuka puasa secara bergotong-royong
telah mengeratkan lagi semangat persaudaraan dikalangan komuniti kampung ini. Dengan
itu, hubungan antara guru-guru, murid-murid ibu bapa dan masyarakat setempat menjadi lebih
rapat dan mesra.
Kesungguhan guru-guru, ibubapa, murid-murid serta komuniti kampung semasa
program ini berlangsung amat memuaskan. Pembahagian tugas dan kawasan dipatuhi .
kesediaan serta kerelaan murid murid dan ibubapa membawa sendiri peralatan membersih
menjadikan program gotong-royong ini berjalan lebih lancar. Semangat gotong-royong yang
ditunjukkan oleh ibubapa semasa membersihkan kawasan perkuburan dan menyediakan
jamuan berbuka puasa ini telah menaikkan semangat murid-murid untuk bergotong-royong
meskipun program ini dijalankan pada bulan puasa. Perasaan lapar dan dahaga tidak dirasai
kerana mereka bersemangat untuk melakukan aktiviti yang sangat bermakna ini.
Kesimpulannya objektif program gotong royong ini iaitu, memberi sumbangan dalam
bentuk tenaga serta kemahiran kepada masyarakat dan negara telah dapat dilaksanakan
dengan jayanya pada program ini.Selain itu, program gotong royong ini juga juga membantu
guru menerapkan nilai murni serta kesedaran kepada masyarakat bahawa kawasan perkuburan
adalah kawasan yang perlu dijaga bukan dibiarkan sepi.

KELEMAHAN DAN CADANGAN


4

HBEF2703 5
760528086124002

Walau bagaimanapun, setiap porgram yang berlangsung pasti mempunyai kelemahankelemahanya yang tersendiri. Kekangan masa, kekurangan peralatan mesin, faktor cuaca dan
kelemahan teknikal serta keadaan bulan Ramadhan dimana semua umat Islam berpuasa
adalah antara kelemahan yang dapat dikesan semasa program gotong-royong ini dilaksanakan.
Kekangan masa merupakan kelemahan utama yang dapat dilihat semasa program ini
berlangsung. Program gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan yang bermula
diawal pukul 3.00 petang dan berakhir pukul 5,00 petang dilihat sebagai satu tempoh yang
amat singkat. Murid murid dan ibubapa terpaksa menyiapkan kerja dengan lebih cepat untuk
memastikan kawasan perkuburan dapat dibersihkan dalam masa yang singkat.Keadaan ini
membuatkan mereka cepat letih dan ditambah pula program ini berlangsung dalam bulan
puasa.Mereka terpaksa menahan lapar dan dahaga semasa program ini berlangsung. Pada
pendapat saya juga untuk mengelakkan keadaan ini berlaku pada masa akan datang saya
mencadangkan agar program gotong royong ini di buat sebelum menjelang bulan puasa.
Kekurangan peralatan mesin seperti mesin rumput juga merupakan salah satu
kelemahan program ini. Kekurangan alatan mesin rumput dikalangan ibu-bapa dan
masyarakat setempat menjadikan kerja kerja menebas,memotong kayu dan membersihkan
kawasan perkuburan ini lebih lambat. Kerja kerja membersih terpaksa dilaksanakan dengan
menggunakan peralatan tradisional seperti parang, pisau ,tajak, pongkes serta cangkul .Untuk
mengelakkan kekurangan peralatan membersih ini pada masa akan datang saya
mencadangkan agar pihak sekolah dapat meminjamkan peralatan seperti mesin rumput dari
JKKK kampung dan kontraktor membersih kawasan sekolah.
Memandangkan program ini berjalan dalam bulan Ramadhan dan ditambah pula
dengan cuaca yang agak panas, ia menyebabkab peserta yang terlibat dengan program gotongroyong ini cepat keletihan dan dahaga.Namun semangat yang ditunjukkan oleh mereka sangat
baik dan perlu di contohi.Semua peserta bergotong royong menebas dan mengumpul daun dan
ranting kayu untuk dibakar dan dibuang.Disamping itu sebahagian orang dewasa membaiki
pondok dan batu batu nisan yang telah tumbang.
Selain dari kawasan perkuburan , tempat penyediaan jamuan berbuka puasa juga
merupakan kelemahan dalam penganjuran program kali ini. Memandangkan masjid di
Kampung Kuala Jengal ini masih dalam pembinaan, surau lama telah dijadikan masjid
sementara untuk penduduk kampung melakukan aktiviti keagamaan. Kawasan surau yang
sempit telah membataskan aktiviti memasak dan menyediakan makanan.Kekurangan
peralatan memasak juga merupakan kelemahan dalam program ini. Namun begitu masalah ini
5

HBEF2703 6
760528086124002

dapat diatasi apabila ada peserta program dan penduduk kampung yang bersedia menawarkan
peralatan mereka.Untuk program gotong-royong pada masa akan datang saya juga
mencadangkan agar pihak urus setia atau penganjur dapat merancang dengan lebih awal lagi
bagi mengelakkan kekurangan kekurangan yang berlaku.
KESIMPULAN
Kesimpulannya pada pandangan saya sebagai seorang guru , ibu bapa dan ahli
masyarakat, program gotong royong ini amat baik dan perlu sentiasa dilaksanakan bagi
mengeratkan lagi hubungan diantara anak dan ibu bapa, warga guru dan murid, ibubapa dan
warga guru, warga guru dan masyarakat amnya. Disamping itu program gotong royong ini
dapat menyedarkan masyarakat akan pentingnya keprihatinan dan sikap ambil tahu mereka
terhadap masyarakat dan persekitaran mereka sendiri. Anak anak sangat perlu di didik
dengan sikap rendah diri dan sedia membantu kerana merekalah aset negara yang bakal
membentuk modal insan berperibadi mulia pada masa akan datang.

Вам также может понравиться