Вы находитесь на странице: 1из 2

Destinasi Pelancongan di Malaysia

Kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan. Itulah yang telah saya
alami sewaktu saya dan keluarga saya pergi bercuti ke Pulau Langkawi
pada cuti sekolah tempoh hari. Suasana yang berlainan daripada tradisi
masyarakat setempat yang tentu sahaja berbeza daripada tradisi
masyarakat di tempat saya menambahkan keterujaan saya untuk terus
meneroka pulau yang penuh bersejarah ini.

Kami bertolak ke Pulau Langkawi dengan menaiki pesawat Air Asia


dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas.
Penerbangan ini hanya memakan masa selama 25 minit. Sekitar pukul
11.00 pagi, kami akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Pulau
Langkawi. Perasaan gembira bercampur teruja jelas sekali menguasai diri
saya dan tanpa melengahkan lagi masa saya dan kakak saya segera
bergambar bersama-sama.Setelah selesai bergambar, kami telah
dijemput oleh pemandu pelancong tempat yang akan kami menginap.
Kalau diikutkan sahaja gerak hati ini, ingin sahaja saya terus menjelajahi
Pulau Mahsuri ini namun, atas menghormati permintaan ibu yang
meminta agar kami berehat sahaja dahulu di hotel terpaksa saya turuti.
Destinasi pertama yang menjadi pilihan kami sekeluarga setelah
merehatkan diri sebentar di hotel sudah tentu Pantai Chenang yang
merupakan destinasi yang paling popular di Pulau Langkawi ini.
Keindahan Pantai Chenang ini ternyata susah untuk diungkapkan
melalui kata-kata. Saya,ibu dan kakak tidak melepaskan peluang untuk
bergambar di sini. Orang yang paling gembira akan kunjungan kami ke
pantai ini tentu sahaja adik lelaki tunggal saya, Adnan. Dia berasa sangat
seronok mandi-manda di sini bersama dengan ayah saya.Selepas penat
mandi-manda di pantai, kami memutuskan untuk terus pulang ke hotel

bagi menikmati makan malam.


Keesokan paginya, kami telah dibawa oleh pemandu pelancong kami
iaitu Pak Cik Rashid mengelilingi pulau ini. Kami sekeluarga juga telah
dibawa untuk mengunjungi tempat-tempat menarik dan bersejarah di
pulau ini.Antara tempat yang telah kami lawati ialah Underwater World,
Beras Terbakar, Telaga Tujuh, Gunung Mat Cincang, kilang minyak
gamat,Tasik Dayang Buting dan akhir sekali destinasi wajib dilawati
apabila berada di pulau ini iaitu Makam Mahsuri. Selepas penat
mengunjungi tempat-tempat ini, kami telah dibawa oleh beliau untuk
menjamu selera.
Pada hari terakhir di sini, kami sekeluarga telah berkunjung ke salah
satu pusat beli-belah terletak di Pekan Kuah yang dikenali di seluruh
negara. Kami telah menghabiskan masa dengan membeli pelbagai jenis
cenderahati seperti coklat, minyak gamat dan pelbagai jenis pinggan
untuk ahli keluarga yang tidak dapat menyertai lawatan ini.
Sesungguhnya, semua kenangan dan pengalaman indah yang telah
saya alami sewaktu berkunjung ke sini akan menjadi suatu memorabilia
yang akan selalu terpahat di kotak minda saya ini.

Вам также может понравиться