Вы находитесь на странице: 1из 2

Sastra Melayu adalah sastra yang hidup pada era melayu tradisional, yaitu

masyarakat yang masih sederhana dan terikat oleh adat istiadat. Pada umunya,
Sastra Melayu bersifat verbalisme, yakni ujaran dari mulut ke mulut. Hal ini
berdampak pada pemaknaan penerima ujaran tersebut. Banyak versi yang lahir
karena fenomena ini. Sastra Melayu terbagi atas dua jenis, yaitu sastra melayu
klasik dan sastra melayu modern. Pembeda keduanya berasal dari segi bahasa
yang dipergunakan. Sastra Melayu klasik masih menggunakan bahasa melayu
pasar.
Nama bahasa Melayu itu terbit dari bangsa yang bernama Melayu. Orang
yang berbahasa Melayu itu menggunakan bahasanya yaitu bahasa yang
termasuk dalam rumpun bahasa Austronesia. Sejarah perkembangan bahasa
Melayu serta sastranya dapat dibagi mengikuti zaman politiknya, seperti zaman
Sriwijaya, Majapahit, Malaka, dan sebagainya, mengikuti zaman perkembangan
kebudayaannya seperti pengaruh Hindu, Islam, dan Barat.

2.A. Dua contoh karya sastera Melayu yang menerima pengaruh daripada epik
Ramayana dan Mahabharata [4].
Hikayat Seri Rama dan hikayat Pendawa Lima.
2.B. Tiga faktor mengapa epik Ramayana dan Mahabharata mempengaruhi penulisan
sastera Melayu zaman itu [9].
Teks Ramayana dan mahabharata adalah kitab suci bagi agama Hindu. Teks ini
disebarkan sebagai kitab agama yang dianuti oleh orang Melayu ketika itu.
Bagaimanapun teks ini hanya tersebar di kalangan elit, bangsawan istana. Orang
melayu biasa tidak berminat menganut agama Hindu.
Penyebaran teks Pendawa Lima dan Hikayat Seri Rama disokong oleh golongan
istana kerana isi teks yang mengagongkan golongan raja-raja. Golongan raja
dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewi dalam agama Hindu. Raja-raja mesti
ditaati, tidak boleh diderhakai.
Teks Pendawa Lima dan Seri Rama memaparkan banyak peristiwa luarbiasa dan
unsur-unsur seperti percintaan, pengembaraan, penyamaran dan peperangan. Tematema ini sememangnya mampu menarik hati ahli masyarakat yang mudah terpegun
dengan kecantikan wirawati atau puteri-puteri raja dan kepahlawanan para wiranya.
Penyebaran teks Seri Rama dan Pendawa Lima juga disebarkan menerusi genre
sastera Panji dan Lipurlara. Cerita hikayat dan cerita Panji juga disebarkan menerusi
permainan wayang kulit dan juga menora di kalangan masyarakat Melayu Jawa dan

Kelantan. Dalam versi wayang kulit, penggunaan bahasa berirama dan kepandaian
tukang cerita disamping penggunaan alat muzik telah mendorong menyebarluaskan
cerita tersebut.
2.C. Empat ciri karya sastera Melayu zaman pra-Islam berunsur Hindu [12].
Tema dan persoalan dalam karya hikayat berunsur Hindu adalah mengenai kisah
raja-raja yang terlibat dalam percintaan, pengembaraan, penyamaran dan
peperangan. Banyak unsur-unsur luarbiasa dalam teks. Dalam teks Hikayat Pendawa
Lima, watak wira iaitu Sang Bimanyu sangat bersedih kerana kekasihnya telah
dilarikan orang. Dia mengembara untuk mencari kekasihnya itu. Dengan
pertolongan Maharaja Gatotkaca dia berperangan dengan pasukan Mahajara
Baladewa. Semasa peperangan masing-masing watak menggunakan kuasa kesaktian
mereka. Mereka boleh bertukar menjadi api. Maharaja Gatotkaca dan Sang Bimanyu
boleh merubah wajah menjadi Dewi Satya Sundari dan pengasuhnya.
Latar tempat dalam cerita adalah berlaku di alam nyata dalam kerajaan yang
mengamalkan agama Hindu. Terdapat juga latar di alam dewa-dewi di kayangan,
alam kehidupan jin dan hantu.
Watak-watak terdiri dari para raja-raja dan dewa-dewi, watak manusia dan juga
bukan manusia. Watak raja adalah dari penjelmaan dewa-dewi. Mereka mempunyai
sifat-sifat yang luarbiasa. Mereka boleh terbang di udara, boleh berubah menjadi api
dan gergasi yang sangat besar serta mempunyai kegagahan dan kuasa kesaktian.
Gaya bahasa dalam teks adalah dipengaruhi oleh bahasa sanskrit dan agama Hindu.
Ini kerana teks hikayat adalah dipengaruhi oleh kitab suci agama Hindu iaiatu teks
Ramayana dan Mahabharata. Contohnya terdapat nama-nama watak seperti Dewa
Visynu, Siva, Brahman dan Krisyna.
Plot cerita biasanya bersifat kronologi dengan bahagian pengenalan, perkembangan
dan peleraian. Plot juga boleh dibahagikan kepada bahagian sebelum pengembaraan,
semasa pengembaraan dan selepas pengembaraan. Dalam teks Hikayat Pendawa
Lima, terdapat watak Sang Bimanyu yang keluar mengembara mencari kekasihnya
iaitu Dewi Satya Sundari. Di akhir teks, Sang Bimanyu dengan bantuan Maharaja
Gatotkaca telah berperang dengan Maharaja Baladewa dan berjaya merampas
kekasihnya daripada dikahwinkan dengan Laksamana Kumara.

Вам также может понравиться