Вы находитесь на странице: 1из 41

JABATAN HAL EHWAL KHAS

( JASA )
NEGERI JOHOR

KERTAS CADANGAN

KURSUS KEPIMPINAN
SIASAH
( SIMULASI PILIHANRAYA )
BELIA / BELIAWANIS
PERINGKAT PARLIMEN
SELURUH NEGERI JOHOR

TAHUN 2007
DISEDIAKAN OLEH;
1

Penolong Pegawai Penerangan (Penyelia)


Jabatan Hal Ehwal Khas,
Negeri Johor
PROGRAM PERKHEMAHAN TAHUNAN
PERGERAKAN PUTERI UMNO NEGERI JOHOR
DAN
PERTANDINGAN PIDATO PUTERI BESTARI
PIALA IBU ZAIN
1.

PENDAHULUAN :

Aktiviti Perkhemahan Puteri UMNO pernah diadakan sebanyak dua siri pada 27 Februari, 2003
dan 14 Mac, 2003 di Pusat Membina Semangat, Sekakap, Mersing, ilham dari YAB. Menteri
Besar Johor. Didalam acara perkhemehan tersebut seramai 450 orang ahli Puteri UMNO telah
diberi pendedahan terhadap isu-isu kenegaraan dan pembinaan semangat berpasukan daripada
Jurulatih JASA Johor.
Kini sekali lagi JASA Johor akan mengendalikan semula program perkhemahan tersebut dengan
beberapa pindaan khusus menjurus kepada pembinaan cara berkomunikasi yang baik dan
pembinaan jatidiri Bangsa Melayu sebagai tunggak pemerintahan Negara Malaysia.

2.

OBJEKTIF :

Menyediakan segolongan generasi muda wanita yang peka dan memahami isu-isu bangsa dan
dapat mengupas persoalannya dalam satu bentuk komunikasi bersemuka kepada rakyat jelata.
Membentuk semangat kerja sepasukan dalam melahirkan idea-idea bernas terhadap usaha
membaiki kehidupan dan masa depan bangsa.
Membentuk segolongan wanita muda yang Versetile dan dapat bekerja dalam apa jua keadaan
dan suasana khususnya didalam menghadapi pilihanraya ke 12.

3.

PESERTA :

Peserta adalah dari kalangan ahli-ahli Puteri khususnya kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Puteri
Bahagian / Ketua Puteri Cawangan.
2

Ahli-ahli yang meminati bidang perucapan awam dan berhasrat menjadi tenaga penceramah
UMNO.
Ahli-ahli biasa Puteri UMNO.

4.

CADANGAN TARIKH :

Untuk merealisasikan hasrat dan objektif yang diharapkan adalah dicadangkan program ini
diadakan sebagaimana berikut
Tarikh :

16, 17 & 18 September, 2005

Masa

Lapodiri jam 2.30 ptg 16/09/2005.

Tempat

Telok Gorek Campsite,


Tanjung Resang, Mersing.

Penginapan peserta-peserta program adalah secara berkhemah.


5.

KONSEP :

Program ini menggabungkan acara perkhemahan dengan Pertandingan Pidato Umum bagi
merebut Piala Pusingan sumbangan YAB. Menteri Besar Johor yang dinamakan PIALA INI
ZAIN .
Seramai enam ( 6 ) orang akan menampilkan bakat pidato masing-masing secara spontan dan
akan disaksikan oleh YAB. Menteri Besar Johor pada malam acara perasmian.
Seorang Pemudahcara Profesor Dato Dr. Syed Omar bin Syed Abu Bakar akan bertindak selaku
pembimbing undangan manakala pegawai-pegawai JASA selaku Jurulatih.
Pertandingan peringkat saringan akan diadakan dibeberapa zon seperti berikut :
5.4.1.

Zon Utara

04 / 09 / 2005

5.4.2.

Zon Selatan

28 / 08 / 2005

5.4.3.

Zon Tengah

04 / 09 / 2005

5.4.4.

Zon Timur

04 / 09 / 2005

6.

ATURCARA PROGRAM :
Untuk melancarkan perjalanan program ini semua peserta dikehendaki lapodiri pada
16 September, 2005 pada jam

2.30

petang dan majlis akan berakhir pada 18

September, 2005 pada jam 4.30 petang. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara
program perkhemahan Puteri UMNO Negeri Johor.

ATURCARA PERKHEMAHAN PUTERI UMNO NEGERI JOHOR


16 September, 2005 hingga 18 September, 2005
Hari Pertama - ( 16. 09. 2005 )
Jam
Jam
Jam
Jam
Jam
Jam
Jam
Jam

02.00
06.00
07.00
08.00
09.00
10.00
10.30
12.00

06.00
07.00
08.00
09.00
10.00
10.30
12.00

petang
petang
malam
malam
malam
malam
malam
malam

:
:
:
:
:
:
:
:

Pendaftaran Peserta Perkhemahan.


Riadah.
Kuliah / Sembahyang Maghrib Jemaah.
Makan Malam.
Taklimat Perkhemahan.
Minum Malam.
Suai Kenal / Bengkel 1.
Rehat.

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Kuliah / Sembahyang Subuh Berjemaah.


Latihan Jasmani / Riadah.
Sarapan Pagi.
Ceramah.
Minum Pagi
Bengkel 2.
Makan Tengahari / Solat Zohor.
Pertandingan Separuh Akhir Pidato
Minum petang / Solat Asar.
Latihan Jasmani / Riadah.
Makan Malam / Solat & Kuliah Maghrib.
Upacara Perasmian Pembukaan.
Pertandingan Akhir Pidato.

:
:
:
:
:
:
:
:

Kuliah / Sembahyang Subuh Berjemaah.


Latihan Jasmani / Riadah.
Sarapan Pagi.
Pementasan Imbauan Kemerdekaan.
Makan Tengahari / Solat Zohor.
Upacara Perasmian Penutup.
Penyerahan Resolusi.
Penyampaian Sijil.

Hari Kedua - ( 17. 09. 2005 )


Jam
Jam
Jam
Jam
Jam
Jam
Jam
Jam
Jam
Jam
Jam
Jam

05.30
07.00
08.00
09.00
10.30
11.00
12.45
02.00
04.30
05.30
06.30
08.00

07.00
08.00
09.00
10.30
11.00
12.45
02.00
04.30
05.30
06.30
08.00
12.00

pagi
pagi
pagi
pagi
pagi
tengahari
petang
petang
petang
petang
malam
malam

Hari Ketiga - ( 18. 09. 2005 )


Jam
Jam
Jam
Jam
Jam
Jam

05.30
07.00
08.00
09.00
12.45
02.00

07.00
08.00
09.00
12.45
02.00
04.30

pagi
pagi
pagi
tengahari
petang
petang

Bersurai.

MANUAL KERJA
PERKHEMAHAN PUTERI UMNO NEGERI JOHOR
PERTANDINGAN PIDATO PIALA IBU ZAIN
16 SEPTEMBER, 2006 HINGGA 18 SEPTEMBER, 2006
TELOK GOREK CHALET & CAMPSITE, TANGJUNG RESANG,
MERSING, JOHOR

1.

Tapak Perkhemahan dibahagi kepada 4 section iaitu :

Zon Utara:
1.1.1. Segamat

10

Peserta - 4 unit khemah

1.1.2. Labis

10

Peserta - 4 unit khemah

1.1.3. Sekijang

10

Peserta - 4 unit khemah

1.1.4. Ledang

10

Peserta - 4 unit khemah

1.1.5. Muar

10

Peserta - 4 unit khemah

1.1.6. Pagoh

10

Peserta - 4 unit khemah

1.1.7. Bakri

10

Peserta - 4 unit khemah

1.2.1. Parit Sulong

10

Peserta - 4 unit khemah

1.2.2. Batu Pahat

10

Peserta - 4 unit khemah

1.2.3. Sri Gading

10

Peserta - 4 unit khemah

1.2.4. Ayer Hitam

10

Peserta - 4 unit khemah

1.2.5. Pontian

10

Peserta - 4 unit khemah

1.2.6. Tanjung Piai

10

Peserta - 4 unit khemah

1.3.1. Mersing

10

Peserta - 4 unit khemah

1.3.2. Sembrong

10

Peserta - 4 unit khemah

1.3.3. Kluang

10

Peserta - 4 unit khameh

1.3.4. Tenggara

10

Peserta - 4 unit khemah

1.3.5. Pengerang

10

Peserta - 4 unit khemah

1.3.6. Kota Tinggi

10

Peserta - 4 unit khemah

1.3.7. Simpang Renggam

10

Peserta - 4 unit khemah

Zon Tengah

Zon Timur

Zon Selatan

2.

1.4.1. Senai

10

Peserta - 4 unit khemah

1.4.2. Gelang Patah

10

Peserta - 4 unit khemah

1.4.3. Pulai

10

Peserta - 4 unit khemah

1.4.4. Johor Bahru

10

Peserta - 4 unit khemah

1.4.5. Tebrau

10

Peserta - 4 unit khemah

1.4.6. Pasir Gudang

10

Peserta - 4 unit khemah

Pengendalian Program :

Pengendalian Perkhemah Puteri UMNO Negeri Johor bagi Pertandingan Pidato Piala Ibu Zain
akan dikendalikan sepenuhnya oleh :

3.

2.1.1. Pengarah

Tuan Dr. Gunawan bin Mahmood.

2.1.2. Kem Komandan

Encik Md. Nor bin Bachok

2.1.3. Imam / Kuliah

Ust. Norlizan bin Misran

2.1.4. Bilal

Encik Mardi bin Ngadino

2.1.5. Bilal 2

Encik Maskam bin Kodri.

Pemudahcara Pelatih

Pemudahcara Pelatih terdiri dari semua 26 ketua Puteri Bahagian yang akan dipecahkan
kepada 4 Zon iaitu mewakili Bahagian-Bahagian mengikut Zon.
Setiap Ketua Puteri Bahagian secara automatik menjadi Pemudahcara Kumpulan bagi sesi
perbincangan dan latihan dalam kumpulan di selaraskan oleh Pemudahcara / Jurulatih dari
JASA Johor.

4.

Pemudahcara / Jurulatih JASA Johor

Pemudahcara / Jurulatih JASA Johor akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dimana setiap
kumpulan atau Zon akan diselaraskan oleh 2 orang Pemudahcara / Jurulatih JASA iaitu :-

Zon Utara :
a.

Encik Mardi bin Ngadino

b.

Ust. Hj. Norlizan bin Misran

a.

Encik Abas bin Mohd. Vasi

b.

Encik Khairol Anuar bin Basrah

a.

Encik Suhaimi bin Ahmad

b.

Encik Maskam bin Kodri

a.

Encik Md. Hodari bin Abu Rahim

b.

Encik Md. Said bin Mashor

Zon Tengah :

Zon Timur :

Zon Selatan :

Pemudahcara / Jurulatih JASA Johor adalah dikehendaki menyelaras dan membantu


perjalanan perbincangan atau latihan dalam kumpulan yang mana Pemudahcara dari Puteri
UMNO akan menggerakkan aktiviti yang dilaksanakan.
Teknikal bagi acara Latihan Jasmani / Riadah / Sukan akan dikendalikan oleh Jurulatih JASA
Johor yang terdiri daripada :
a.

Encik Mohd. Niazi bin Ismail

b.

Encik Shahreen bin Abd. Rahim.

5.

Jenis Aktiviti :

Aktiviti akan dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu :

Pertandingan Separuh Akhir Pidato Piala Ibu Zain.


Pertandingan Akhir Pidato Piala Ibu Zain.
Bengkel Aktiviti Tahunan Puteri UMNO Negeri.
Bengkel Aktiviti Gerak Kerja Pilihanraya 2007/2008
Sidang Pleno.
Aktiviti Sukan / Riadah.
Kuliah
Ceramah.
Pementasan Imbauan Kemerdekaan.

6.

Perlaksanaan Aktiviti :

Pertandingan Separuh Akhir Pidato Piala Ibu Zain.


Seramai 12 orang yang mewakili 4 zon yang dipilih terdiri dari Johon,
Naib Johan dan Tempat Ketiga setiap zon akan mempersembahkan pidato
masing-masing.
Pertandingan Akhir Pidato Piala Ibu Zain
Seramai 6 orang yang dipilih dari peringkat separuh akhir akan
mempersembahkan pidato masing-masing untuk merebut piala pusingan
Piala Ibu Zain terdiri dari Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga.
Bengkel Aktiviti Tahunan Puteri UMNO Negeri.
Setiap

Kumpulan

Puteri

UMNO

Bahagian

akan

mengadakan

perbincangan untuk merangka plan tindakan kerja bagi aktiviti tahunan


Puteri dan akan dibengkelkan dalam kumpulan untuk dibawa ke sidang
pleno.

Bengkel Aktiviti Gerak Kerja Pilihanraya 2007 / 2008


Setiap

Kumpulan

Puteri

UMNO

Bahagian

akan

mengadakan

perbincangan untuk merangka plan tindakan gerak kerja pilihanraya


Puteri UMNO Negeri dan akan dibengkelkan dalam kumpulan untuk
dibawa ke sidang pleno.
Sidang Pleno
Setiap Kumpulan yang terdiri dari seramai 30 hingga 40 orang peserta
akan menyertai Sidang Pleno untuk mencapai satu keputusan mengenai
gerak kerja yang dibuat dalam perbincangan atau latihan dalam
kumpulan.

7.

Aktiviti Sukan Dan Riadah :

Aktiviti Sukan dan Riadah ini dibahagi kepada beberapa acara iaitu :
Latihan Jasmani.
Pertandingan Bola Baling Pantai.
Pertandingan Bola Tampar Pantai.
Aktiviti ini akan dikendalikan oleh Jurulatih JASA Johor.
8.

Kuliah.

Semua peserta dikehendaki mengikuti sesi sembahyang berjemaah dan mendengar


kuliah maghrib dan subuh. Aktiviti ini akan dikendalikan oleh JASA Johor.
9.

Ceramah.

Sesi ceramah akan disampaikan oleh penceramah jemputan dan hanya satu ceramah
sahaja sepanjang kursus ini berjalan.

10.

Pementasan Imbauan Kemerdekaan.


Aktiviti ini dibahag kepada 8 bahagian iaitu :

Suasana di zaman penjajahan.


Era menjejaki kemerdekaan.
Zaman Darurat ( Pemerintahan Komunis )
Era membina kemerdekaan.
Era mengisi kemerdekaan.
Mengukuhkan Parti.
Kempen Pilihanraya.
UMNO dan Globalisasi.
11.

Acara Perasmian Pembukaan / Penutup.

Acara Perasmian Pembukaan :


Upacara Perasmian Pembukaan akan dilakukan oleh YAB. Menteri Besar
Johor dimana sebelum perasmian akan diadakan pertandingan akhir Pidato
merebut Piala Ibu Zain. Dan dalam acara ini semua pemenang iaitu Johan,
Naib Johan dan Tempat Ketiga Pertandingan Pidato akan menerima hadiah
dari YAB. Menteri Besar Johor.
Acara Perasmian Penutup :
Upacara Perasmian Penutup akan dilakukan oleh YB. EXCO Penerangan
atau Ahli Majlis Tertinggi UMNO iaitu majlis ucapan dan penyampaian
sijil-sijil penyertaan serta penyerahan Resolusi Gerak Kerja Tahunan
Puteri dan Gerak Kerja Pilihanraya ke 12.
Majlis akan diakhiri dengan bacaan doa dan lagu-lagu patriotic.

10

Disediakan oleh ;
MD. NOR BIN BACHOK
Pembantu Luar Kanan (Operasi)
Jabatan Hal Ehwal Khas,
Negeri Johor

Tarikh : 05 September, 2005..

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN


PERKHEMAHAN PUTERI UMNO NEGERI JOHOR TAHUN 2005
Jam

08.00 Malam

Peserta Perkhemahan Mengambil Tempat

Jam

08.30 Malam

Ketibaan YAB. Menteri Besar Johor.

Jam

08.45 Malam

Pertandingan Akhir Pidato Piala Ibu Zain

Ucapan Perasmian.

Ucapan alu-aluan Ketua Puteri Negeri Johor.

Ucapan Pengarah JASA Negeri Johor.

Ucapan Ketua Puteri UMNO Malaysia.

Ucapan YAB. Menteri Besar Johor.

Penyampaian Hadiah Piala Ibu Zain.

Penyampaian Cendermata.

Bacaan Doa Selamat.

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP


PERKHEMAHAN PUTERI UMNO NEGERI JOHOR TAHUN 2005
Jam

02.00 Petang

Peserta Perkhemahan Mengambil Tempat.

Jam

02.15 Petang

Ketibaan Tetamu Kehormat.

Jam

02.30 Petang

Ucapan Ketua Puteri Negeri Johor.

Ucapan Pengarah JASA Johor.

Ucapan Tetamu Kehormat.

Penyerahan Resolusi.

Penyampaian Sijil-Sijil Penyertaan.

Penyampaian Cendermata.

Bacaan Doa Selamat.

11

ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKHEMAHAN & PERTANDINGAN PIDATO PUTERI BESTARI
PIALA IBU ZAIN

1.

Perbelanjaan Makan Minum


260 Peserta X RM 30.00 x 3 Hari

RM

23,400.00

Sewa Khemah Peserta


85 unit khemah X RM 20.00

RM

1,700.00

3.

Alat Siaraya

RM

500.00

4.

Piala Pusingan

RM

1,000.00

5.

Piala Iringan Johan, Naib Johan, Ketiga

RM

350.00

6.

Piala Iringan 9 buah X RM 50.00

RM

450.00

7.

Fail Peserta 260 X RM 2.00

RM

520.00

8.

Saguhati Penceramah

RM

1,000.00

9.

Saguhati Pemudahcara / Jurulatih


15 Orang X RM 200.00

RM

3,000.00

Perbelanjaan Runcit

RM

1,000.00

RM

32,920.00

2.

10.

JUMLAH

( Ringgit Malaysia Tiga Puluh Dua Ribu Sembilan Ratus Dua Puluh )

12

URUSETIA PROGRAM
JABATAN HAL EHWAL KHAS ( JASA ) NEGERI JOHOR
Suite 202 & 203, Bangunan ANG,
No. 1, Jalan Jeram, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07 2377139 / 07 2377140 / Fax: 07 2377141

MENU DAN JADUAL MAKAN


16 SEPTEMBER, 2005 HINGGA 18 SEPTEMBER, 2005
16 September, 2005 ( Jumaat )
Jam

02.00

petang

Welcome Drink (light)

Jam

04.30

petang

Minum petang
Kueh 2 Jenis / Air Teh / Kopi.

Jam

08.00

Malam

Makan Malam
Nasi Putih / Lauk Berkuah / Ikan Goreng atau Ayam Goreng /
Sambal /Air Sirap / Oren / Suam

Jam

10.30

Malam

Minum Malam
Kueh 2 Jenis /Air Teh / kopi

17 September, 2005 ( Sabtu )


Jam

07.00

Pagi

Sarapan Pagi
Nasi Lemak / Nasi Goreng / Telor Goreng /Sambal Tumis / Air
Teh / Kopi

Jam

10.00

Pagi

Minum Pagi
Kueh 2 Jenis / Air Kopi / Teh

Jam

12.45

Tengahari

Makan Tengahari
Nasi Putih / Lauk Berkuah / Ikan Goreng atau Ayam Goreng /
Sambal / Air Sirap / Oren / Suam

Jam

04.30

petang

Minum Petang
Kueh 2 Jenis / Air Kopi / Teh

Jam

08.00

Malam

Makan Malam
Nasi Putih / Lauk Berkuah / Ikan Goreng atau Ayam Goreng /
Sambal / Air Sirap / Oren / Suam

Jam

10.00

Malam

Minum Malam
Kueh 2 Jenis / Air Kopi / Teh

13

18 September, 2005 ( Ahad )


Jam

07.00

Pagi

Sarapan Pagi
Nasi Lemak / Nasi Goreng / Telor Goreng /Sambal Tumis / Air
Teh / Kopi

Jam

10.00

Pagi

Minum Pagi
Kueh 2 Jenis / Air Kopi / Teh

Jam

12.45

Tengahari

Makan Tengahari
Nasi Putih / Lauk Berkuah / Ikan Goreng atau Ayam Goreng /
Sambal / Air Sirap / Oren / Suam

Jam

04.30

petang

Minum Petang
Kueh 2 Jenis / Air Kopi / Teh

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------1.
Sarapan Pagi
2 Kali
2.
Minum Pagi
2 Kali
3.
Minum Petang 3 Kali
4.
Makan Malam
2 Kali
5.
Minum Malam 3 Kali

TAJUK-TAJUK CERAMAH
KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWA
BIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHOR
24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA
PAGOH, MUAR, JOHOR

1.

Moral, Kredibiliti Sesebuah Negara


Nota:
i.

Menjalankan tugas dan amanah pemimpin kepada rakyat dengan cara yang terbaik
mungkin.

ii.

Kod Etika Kerja baik diperingkat negeri atau persekutuan dalam usaha memantau
prestasi dan pencapaian kerja yang cemerlang.

iii.

Tidak lupa dengan ajaran Islam yang mengatakan bahawa amalan yang dilakukan
akan dihitung dan akan diberi balasan dan ganjaran yang setimpal.

iv.

Sanggup menerima teguran dan nasihat.

v.

Melahirkan pekerja berilmu mendorong sesebuah negara memperuntukkan


pelaburan yanag tinggi di dalam bidang pendidikan bagi menjana kredibiliti
sebuah negara.

2.

Hikmat Kemerdekaan Sesebuah Negara


Nota:

14

i.

Membasmi kemiskinan hingga ke akar umbi.

ii.

Pembangunan moral sumber manusia.

iii.

Kemajuan Sains dan Teknologi.

iv.

Kemajuan pendidikan untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

v.

Dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran.

3.

Bersatu Hati Dan Bersefahaman Menjana


Perpaduan.
Nota:
i.

Bersatu hati untuk memperjuang satu bangsa Malaysia yang adil, bersatu, makmur
dan maju.

ii.

Menolak sebarang percubaan untuk menggunakan kaum atau agama dalam


agenda masa depan.

iii.

Harus mengatasi setiap halangan dengan bersatu padu dan mempunyai satu
wawasan.

iv.

Menggunakan teknologi maklumat sebagai faktor perpaduan.

v.

Berdisplin dan berharmoni.

4.

Fanatik Agama Mengancam Keselamatan


Negara.
Nota:
i.

Bersikap tanpa toleransi di dalam kehidupan beragama.

ii.

Tidak menjadikan sifat rohaninya seiring dengan kehidupan.

iii.

Beranggapan bahawa amalannya sahaja menjadi tonggak utama.

iv.

Sanggup melakukan apa sahaja bagi kepentingan peribadi atau kelompok.

v.

Tidak memikirkan kepentingan bersama dan angkuh.

5.

Belia Aset Negara.


Nota:
i.

Belia yang berdisplin, cergas, sihat dan berdikari dapat membina sebuah
masyarakat yang cemerlang.

ii.

Teknik untuk membina belia yang bersatu dan berdikari.

15

iii.

Golongan Belia adalah pelapis yang akan mewarisi kepimpinan negara di masa
akan datang. Sehubungan dengan itu mereka perlu mempunyai akhlak yang baik
dan berilmu pengetahuan.

iv.

Belia hendaklah menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin dan membiasakan


diri mereka dengan akhlak yang mulia.

v.

Menggelakkan diri daripada terjerumus kepada budaya negatif.

6.

Matlamat Wawasan 2020 Dari Perspektif


Islam.
Nota:
i.

Mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu dan satu bangsa Malaysia yang
mempunyai matlamat yang dikongsi bersama.

ii.

Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang berjiwa bebas, tenteram dan maju
dengan keyakinan terhadap diri sendiri.

iii.

Mewujudkan masyarakat yang liberal dan toleran, yang mana pelbagai kaum bebas
mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masingp-masing.

iv.

Mewujudkan masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang, yang mana


kebajikan insan tidak berkisar kepada orang perseorangan tetapi disekeliling
sistem keluarga yang kukuh.

v.

Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh bersaing,


dinamik, teguh dan berdaya tahan.

7.

UMNO Satu Keperluan Untuk Rakyat Dan


Tanahair.
Nota:
i.

Mempunyai sasaran (matlamat) yang diusahakan dan hendak dicapai oleh sebuah
masyarakat.

ii.

Mempunyai bentuk pemikiran yang ditentukan dalam aktiviti perjuangannya.

iii.

Mempunyai arah dan kecenderungan tertentu pada orang-orang yang bergabung


didalam parti tersebut.

iv.

Kecemerlangan ilmu pengetahuan bagi membina tamadun yang utuh, unggul serta
menyakinkan masyarakat dunia.

v.

UMNO telah banyak berjasa kepada rakyat.

vi.

UMNO adalah harapan dan wadah rakyat dalam menyatupadukan Melayu,


membebaskan rakyat dari dibelenggu kemiskinan dan kemelaratan.

vii.

Membawa kesedaran untuk terus berjuang didalam memartabatkan hidup kearah


yang diredhai Allah.

16

8.

Agama Dan Politik Dalam Perspektif Islam.


Nota:
i.

Tamadun Islam masa lalu dipelopori oleh umat Islam sendiri dan telah berjaya
membuktikan kehebatannya dalam melahirkan ramai tokoh ilmuan pelbagai bidang
hingga terkenal dengan kemampuan mereka mencipta dan menjana kebolehan
yang mengkagumkan.

ii.

Negara Islam adalah apa yang dinamakan pada satu kawasan yang dikuasai oleh
umat Islam dan berada dalam keamanan.

iii.

Metod Politik dan Kepimpinan.

iv.

Mtod Kemasyarakatan / Kemakmuran / Keamanan.

9.

Semangat Patriotisme Dan Nasionalisme


Penjana Masyarakat.
Nota:
i.

Kebangkitan ini membawa kita sehingga mendorong mencari sebab-sebab


kejatuhan dan kehinaan yang menimpa.

ii.

Patriotisme dan Nasionalisme mengambil bentuk kira aktivis sosial yang mendidik
generasi muda memakmurkan masjid dan membesihkan sifat-sifat tercela.

iii.

Nasionalisme telah menguatkan posisi negara yang mengambil kira bentuk politik,
ekonomi dan pertahanan juag pendidikan sebagai pelengkap perjuangan.

iv.

Generasi tunas perlu memastikan kemenangan sebenar dengan semangat


patriotisme dan nasionalisme.

v.

Mempelajari kehidupan dimasa lalu sehingga membawa kejayaan kepada agama,


bangsa dan negara.

10.

Perubahan Sikap & Anjakan Paradigma


Menghadapi Globalisasi.
Nota:
i.

Dengan pengaruh globalisasi yang kita tidak dapay elak, penggunaan teknologi
maklumat secara meluas, masyarakat yang berada di luar bandar dkan terus
dipinggirkan jika usaha-usaha dilakukan untuk membetulkan keadaan ini tidak
direbut oleh ibu-bapa atau generasi yang akan datang.

17

ii.

Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi


bersama, iaitu Malaysia mesti menjadi negara yang aman, berintergerasi pada
peringkat wilayah dan kaum hidup dalam aman dan harmoni.

iii.

Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik,


giat dan kental.

iv.

Anjakan paradigma selalunya melibatkan perubahan kepada yang baru dan yang
lebih baik.

v.

Anjakan paradigma biasanya diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah


atau pun untuk maju kehadapan dengan cara berfikir secara matang.

11.

Gejala Sosial Menggugat Kestabilan dan


Keselamatan Negara.
Nota:
i.

Menjalankan Usaha pencegahan masalah daripada berlaku atau menjadi lebih


serius lagi.

ii.

Membangunkan kesedaran masyarakat ke arah penglibatan dan penyertaan dalam


kerja kebajikan.

iii.

Melaksanakan sistem pengurusan, perancangan dan latihan yang berkesan.

iv.

Menjalankan aktiviti pemulihan mangsa-mangsa gejala sosial supaya mereka


boleh berdikari.

v.

Menggerakkan perubahan setiap sikap dan meningkatkan keupayaan berdikari


dikalangan anggota masyarakat yang berkeperluan dan bermasalah.

12.

Pemimpin Berwibawa, Berjiwa Rakyat.


Nota:
i.

Berkemampuan berdepan dengan segala bentuk perubahan dan tentangan yang


bakal menguji kewibawaan.

ii.

Berkeupayaan dalam menangani sebarang isu dan kes serta mampu mengatasinya
sebaik mungkin.

iii.

Mampu mempersembahkan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti dengan


program yang terancang dan misi yang tersusun.

iv.

Berusaha untuk meletakkan nasib diri, rakyat, agama dan bangsa ditempat yang
paling tinggi dan dihormati.

v.

Mendapatkan maklum balas dari rakyat agar amanah yang dipikul dapat
memberikan manafaat kepada rakyat.

18

BERJALAN DI BUMI MERDEKA


( Ahmad Razali Yusof )

Mari kita ungkap kembali

Makna dan tafsir kemerdekaan


Negara bangsa yang sering menyelinap
Di saujana luas kehidupan kita
Bumi merdeka bumi tercinta
Mari kita ungkap kembali
Sejarah bangsa yang berlari
Di landas kekuatan dan tembok halangan.
Yang mencengkam harapan dalam
Menusuk nusuk jantung kemerekaan
Tersula dendam membara cengkam
Berjalan di bumi merdeka ini
Tidak seperti laluan di lebuh raya
Yang mudah kita menemui destinasi
Untuk mengangkat kejayaan mimpi
Berpaut di pohon kejituan waktu

Terbalar tubuh di bakar sumpah


Tercalar maruah bangsa di rasuk sejarah
Melimpah kekuatan ke puncak harapan
Mari kita tautkan kembali
Pulau pulau fikir yang berselerak
Di laut dan di bumi merdeka
Jadikan sebuah pulau gagah
Yang dapat mengatur sejalur fikir dan tafsir
Tanpa sempadan waktu yang berang
Mari kita dirikan kembali
Makna dan tafsir kemerdekaan
Di halaman alaf baru ini
Mari kita sama-sama isikan kemerdekaan
Dari kekuatan yang kita bina sendiri
Untuk mengangkat dendam cita-cita
Jagat bangsa yang bermaruah dan berwibawa
Kita rempuh dunia tanpa sempadan
Dengan cengkaman tajam kita
Mengatur langkah peribadi.

19

MANTERA ANAK WAWASAN


( Borhan Md. Zain )
Kalian, jika keris pusaka ini diasam limaukan
Kalau tanjak pahlawan ini dimahkotakan
Pasti alun hidup akan terjurus
Pada satu arah dan matlamat
Berkata dengan santun dan berbudi
Menyanggah secara halus dan bererti
Tepak sirih dihulurkan, salam bersahut
Maka pekerti akan datang sendiri
Berdiri sebagai bangsa bermartabat
Dalam persada iman dan taqwa
Pada tujuh petala langit
Pada tujuh petala bumi
Turunkanlah semangat pahlawan bangsa
Pada anak-anak wawasan
Yang berkeliaran di kaki lima
Asapkan mereka dengan semangat perwira
Agar mereka menjadi panglima setia bangsa
Hei ! anak-anak wawasan
Kini bukan lagi masa untuk bersandar lena
Atau bersembang di kaki lima
Kita mesti mengejar masa
Kita mesti mengukuh kuasa
Agar kita setara dengan segala bangsa
Hei ! anak-anak wawasan
Ruang yang lurus mesti dirampas
Sekali tercicir bererti gelincir
Sekali terlepas bangsa melepas
Kita jangan papa jadi perempat
Dan peminta di tanahair sendiri
Kita jangan celaka jadi penyengat
Dan petualang jalang mengotor hitam persada suci
Usah lalai dengan kemerdekaan
Jangan leka dengan kebebasan
Perjuangan kita baru bermula
Esok lusa siapa yang punya.

20

DI TANAH BERTUAH INI


( Chu E Liang )
Susur galur tanah bertuah ini
Dihasilkan wap tujuh banjaran gunung
Dikeraskan bayu tujuh rabung tanjung
Ditegakkan embun tujuh petala langit
Diterangkan kilau tujuh warna mentari
Diwarnakan indah tujuh jalur pelangi
Dikawal sempadan lapan pendekar sakti
Dari segumpal tanah setitik air
Sedetik api sekilas angin
Terbentuk jasad diadun penuh kesempurnaan
Dengan darah dititis mengikut kesabaran menutur
keimanan
Urat dilentur mengikut landasan kitab
Tulang ditempa mengikut pendekar terbilang khalifah
Kitalah pendukung di tanah bertuah ini
Sempadan kita adalah maruah kita
Pagar kita adalah adat kita
Kampung kita adalah suara kita
Suara leluhur merentas penuh keikhlasan
Tumbuh subur di perdu semangat berpadu di jiwa
Mengukuh tembuk batiniah
Membenteng kukuh empangan ruhaniah
Kita menakung teguh tasik ketenangan naluri
Kita melingkar tegap telaga sukma
Kini kita bisa melaungkan
Di jambangan tanah bertuah ini
Tentang mekar teratai damai dialun bahagia
Kemboja keharmonian mengenal asalnya
Disinilah bangsaku menuturkan mata fikir
Berpaut menyulam kasih mesra tanpa ragu
Teguh janji adalah tunas-tunas membiak
Di pohon sebuah negara bergelar merdeka
Telah kita sambut berkali-kali kemeriahan
Berulang kejayaan yang sarat dengan semangat padu dan jitu
Belayar generasiku di samudera kebebasan
Itulah kegemilangan, kemasyhuran, kecemerlangan bangsaku.

21

SALAM PERJUANGAN SRIKANDI BANGSA


( Lim Swee Tin )
Tunduk hormatku untukmu wanita
Penyubur jiwa pemekar cinta
Walau kadang-kadang kabut mengepong hari
Senyum mengendurkan resah belai menenangkan lena
Suami dan anak kecil dipaut lembut renung matamu
Wanita,
Telah kami hafal alur sejarah panjangmu
Taktala bangkit engkau dari liang parut penjajahan
Sederap bergandingan di genderang perjuangan
Sedar bangsa sekian abad terantai kaki kebebasannya
Lalu, di dinding sejarah ini namamu kami ukirkan emas
Untuk mu wanita tunduk hormatku
Dewasa kami dalam dodoi dan bening rindumu
Kau bekal cekal pada hidup berduri keliru
Bahawa pengisian kemerdekaan rupanya dibeliti rintang
Kau kejapkan pagar yakin teguh benteng keperibadian
Siaga sungguh anak generasi mengharung gelombang
Wanita,
Bertuah pertiwi sepanjang zaman tersulam namamu
gemilang
Dari Ibu Zain, Fatimah Hashim dan Aishah Ghani
Semuanya permata bangsa tak terkira harga
Kau tinggalkan pesan suci negara kita bela nusa kita
jaga
Air mata bukan galang ganti,
Keringat dan darah bukan tukarannya
Kau korbankan jiwa demi sejahtera di tanah pusaka
Wanita,
Dalam melestarikan hadirmu tak pernah kau sempitkan dunia
Kau isi agenda mewarna era merintis kemajuan
Kau tabur kuntuman makmur dalam kerangka kesejahteraan
Manakala, di arena antarabangsa lantang suarakan kebenaran
Sehingga kita walau kecil tak lagi dipersendakan,
Diperkotak-katikkan.
Wanita,
Belum sempurna rupanya cantuman perca impian kita
Tugas dibahumu masih menuntut bijaksana berganda
Lihatlah, dimana-mana bertaburan serpihan kaca
percaturan
Imperialisme dengan taring dan rahangnya ternganga
Maka, jitukanlah jati dirinya, paksakanlah setianya
Dari anjung sesusuk persada canang gemakan cintamu
mulia
Salam perjuangan srikandi bangsa

22

Pancangkanlah lagi di tiang hati kasihmu abadi


Kerana di sini,
Angin liar mungkin meretak cermin sentosa ini
Dan, sekali pun hingga ke puncak cakerawala
Jejak mu jaya, jangan sesekali dibiar tergetus ia
Di bumi ini percayalah, akan kami maknakan erti kemerdekaan.
PEWARIS KECEMERLANGAN
( Rahimi NS )
Tersedar dari calar duka perba
Wajah tercuka menanggung derita
Terbangun dari himpitan jiwa hamba
Terasa ngilu dicengkam nestapa
Tanpa peduli mencantas jantung penjajah
Lalu merempuh penjara yang resah
Kini, lingkaran pahit terurai sudah
Rela berdepan mengharung padah
Hati pun tersentak dan tersentuh
Dek sengsara panjang dihina diri
Pemberontakan tak pernah dikubur
Semangat berani diukir berkobar
Kita telah terlalu lama tersisir
Sejarah masa silamnya yang pedih
Di raut muka tergambar sedih
Jiwa raga gelegak mendidih
Kita pun bangkit dari hirisan pilu
Memupuk kekuatan kesedaran yang jitu
Tangkas membuka silat perwira
Meneruskan perjuangan dengan setia
Helai demi helai disingkap kekeliruan
Fakta masa silam yang penuh keaiban
Dengan perperinci kita nukilkan
Mencapai matlamat yang dihasratkan
Tugu penjajah telah kita robohkan
Telah pun ditanam segala kepahitan
Diatasnya kita bangunkan semangat juang
Untuk kita wariskan wawasan cemerlang
Kita utarakan dasar kecemerlangan
Pembangunan negara mengikut acuan
Kemajuan bangsa ke taraf kesejahteraan
Semuanya berlandaskan keimanan
Kita merdeka dengan penuh mandat
Menggariskan perjuangan dengan beradat
Sikap rela perlu teguh dan kuat
Ke mercu jaya dengan gaya yang sihat
Memberi erti makna kemerdekaan
Impian sejagat untuk kemanusiaan

23

Menghormati erti jalur kebebasan


Maruah bangsa tetap dipertahankan.

DI PERSADA TANAH TERCINTA


( Rejab F.I. )
Berabad dulu telah bangkit perwira negara
Menghunus keris pusaka di persada tanah tercinta
Matanya bagaikan harimau ganas
Merimbas rimba raya
Menghujam puncak menara
Mengharungi dada samudera
Di sini berdirinya sang perwira negara
Meratah petualang-petualang dan boneka
Terdamparlah konco-konco sang penakluk
Mencium rumput di bumi
Terapung di dada sungai
Sesekali bangkitnya perwira negara
Tekadnya begitu kukuh
Membina peribadi bangsa
Takkan bertakhta lagi parisait
Di bumi tercinta
Kini perwira negara bangkit kembali
Tekad dan matanya seperti dahulu
Memperjuangkan hak milik nusa bangsa
Bahawa tanah pusaka ini
Adalah milik bersama, senada seirama
Meneroka hidup, bersama meneroka belantara
Sebuah negara bernama pembangunan dan
kesejahteraan
Hari ini mari bersama kita semaikan
Akar peribadi bangsa
Sebuah negara bangsa yang berdaulat
Bersama merangkul satu budaya
Bahawa tanah sebidang ini
Kecintaan tertumpah bersama
Di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung
Siapa saja perlu sedar bahawa
Jatidiri bangsa adalah akar
Pada sebatang pohon negara
Di situlah tertunjang sebuah kemerdekaan
Milik bersama
Jika suatu hari nanti
Tanpa tertanamnya jatidiri bangsa
Pada sebuah watan, percayalah
Kemelut dan pertarungan bermaharajalela
Meruntuhkan kemerdekaan, menghancurkan kedaulatan bangsa.
Mari bersama kita semaikan jatidiri bangsa
Pada awan gemawan, pada puncak puncak gunung
Pada permukaan samudera, membina sebuah tekad

24

Membendung nurani bangsa


Demi ketemadunan negara tercinta.
MENYELUSURI SUNGAI MERDEKA
( Shahrunizam Abdul Talib )
Berperahu menyusuri sungai merdeka berliku
Bermula di muara Empayer Kesultanan Melaka
Tiba-tiba ranap sebuah kota ketamadunan gemilang
Bukan dek kerana bedil Portugis secupak itu
Tetapi kerana bergantang kuasa nafsu serta
Khianat berpuaka membarah menjadi petaka
Bumi makmur menjadi lebur
Melaka rebah, mata sejarah menangis pilu
Bertalu musuh menggeledah kekayaan dipunggah
Agama disanggah dan politik bangsa mengelabah
Tiba-tiba di Kuala Semantan bangkit Bahaman pahlawan
Abdul Rahman Limbang ulamak tersohor juga bingkas
Si Putum cekal membunuh petualang, Pasir Salak
berdarah
Bumi Kenyalang menyaksikan rentap tangkas pedang
Mengusir musuh yang tersesat jalan pulang
Kini, kita mesti berani mendepani cermin sejarah
Lantas belajar menjadi dewasa yang sejati
Matang corak fikiran, cemerlang gerak tindakan
Meski pun cermin sering memantulkan pahit kebenaran
Yang sering menyilaukan mereka yang leka
Sudahlah, usah lagi ditangisi semalam yang mendung
Bersegeralah melakar gagasan, mengukir wawasan
Bumi yang kita pijak ini dahagakan pengorbanan
Langit yang kita junjung ini hauskan keikhlasan
Demi sebuah masa depan yang lebih menjanjikan
Rawatilah luka pendekar semalam
Dengan mujarab penawar cekal hari ini
Sapulah air mata pejuang semalam
Dengan sapu tangan ikhlas hari ini
Kesatlah keringat pahlawan semalam
Dengan semangat hari ini.
Merdeka ini usah lagi dilepaskan dari genggaman
Merdeka ini perlukan pengisian, bukannya permintaan
Merdeka ini menagih pelaksanaan, bukan lagi laungan
Kerana merdeka ini milik kita semua
Yang cintakan keamanan dan kedamaian

25

BUAT GENERASI KU
( Sabar Bohari )
Generasiku, kemerdekaan ini amat mahal harganya
Himpunan tangisan, keringat dan pengorbanan
Kemerdekaan yang kita miliki ini
Hasil perjuangan lahir batin rakyat
Bersatu padu menentang penjajah
Menyuburkan jiwa kebangsaan yang hakiki
Membentuk keimanan dalam kehidupan
Yang telah mencerna peradaban
Bangsa dan agama yang tercinta
Melayu, teras yang pasti dipelihara
Diperjuangkan selagi kita masih bernyawa
Siapa yang boleh menafikan
Melayu teras kebangsaan
Mengikut susunan dan keturunan
Yang didaulatkan dan dikeramatkan
Generasiku, peliharalah negara ini
Cintailah dengan sepenuh jiwa raga
Suburkan dengan rasa kasih sayang
Setiap musuh pasti ditentang
Kita tiada bumi yang lain
Yang hendak kita pelihara
Andainya hilang dari kuasa kita
Terlonta lonta dan meminta-minta
Menjadi bangsa yang dilanda malapetaka
Generasiku, kemerdekaan ini perlu diisi
Sinarnya biar menerangi angkasa
Selagi hayat dikandung badan
Setiap inci bumi ini milik suci kita
Setiap detik waktu menagih kasih
Dari budi bicara kita
Jangan lupa tentang kejatuhan kerajaan dahulu kala
Agar menjadi iktibar petunjuk jalan
Bangsa kita tidak kesesatan
Generasiku, jangan lupa asal keturunan
Kita bina maruah dan kedaulatan
Seiring sejalan dengan kemajuan
Yang dibina di atas landasan kemurnian
Penuh dengan bunga bunga kemuliaan
Yang terakam dalam sebuah percintaan.

26

PEMENTASAN IMBAUAN KEMERDEKAAN


BENGKEL ( 3 )

Tajuk Pementasan

8.

PUTERI UMNO MEMBINA BANGSA

Setiap kumpulan dikehendaki merancang untuk membuat satu


pementasan berbentuk lakonan mengenai Puteri UMNO membina
bangsa yang melibatkan semua ahli-ahli dalam kumpulan.
( Masa yang diberikan untuk sesi ini adalah selama 45 minit
)
Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang peserta yang akan
bertindak sebagai PENGARAH untuk merealisasikan pementasan
ini.
Diakhir pementasan / lakonan ini seorang peserta hendaklah
mengdeklamasikan sebuah sajak sebagaimana yang dilampirkan
manakala peserta lain akan bersama dengannya menyanyikan lagu
patriotik sebagai lagu latar sajak.

Nama Pengarah Pementasan


:
.....................................................................................
Nama Pengdeklamasi Sajak
:
.....................................................................................
Jumlah Ahli Kumpulan
:
.....................................................................................
Nama Pemudahcara JASA
:
.....................................................................................
Nama Pemudahcara Puteri
1.
.....................................................................................
2.
.....................................................................................

27

3.
.....................................................................................
4.

............................................................
.........................

TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWA


BIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHOR
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR
24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 1 )
ISLAM HADHARI MENJANA PEMBANGUNAN
UMMAH
NOTA :
1.
cara

Islam bukan agama ritual semata-mata, sebaliknya satu


kehidupan yang menyeluruh.

2.
Sejarah telah membuktikan bahawa satu ketika, Islam
pernah
menguasai Sains dan Teknologi, Ilmu Perubatan,
Pelayaran
dan Falsafah.
3.
Islam

YAB. Perdana Menteri telah menggariskan 10 prinsip

Hadhari sebagai cara mengembalikan umat Islam


kepada
kekuatan masa kini.

28

TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWA


BIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHOR
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR
24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 2 )
FANATISME AGAMA DAN KAUM
MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA
NOTA :
i.

Sikap melampau terhadap agama dan kaum membawa


tindakan-tindakan buruk yang merosakkan kestabilan
negara.

ii.

Perlu sikap toleransi antara kaum dan saling memahami


sensetiviti agama masing-masing.

iii.
dunia

Banyak contoh fanatisme agama dan kaum di seluruh


yang mengugat keamanan dan kemanusiaan.
29

TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWA


BIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHOR
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR
24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 3 )
MATLAMAT WAWASAN 2020
DARI PERSPEKTIF ISLAM
NOTA :
i.

Menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dari


pelbagai
segi kehidupan mengikut acuan sendiri.

ii.

Memajukan negara bermakna memajukan umat Islam


sama
ada ia berbentuk rohani atau jasmani.

iii.
dan

Umat yang maju dan kuat sudah pasti menguasai sains


teknologi dan seterusnya dapat memimpin dunia.
30

TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWA


BIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHOR
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR
24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 4 )
U.M.N.O.
SATU WADAH PERJUANGAN RAKYAT
NOTA :
i.
UMNO melakarkan sejarah perjuangan kemerdekaan
negara.
ii.
UMNO menjadi organisasi siasah yang memerintah
negara
dengan pelbagai program membangunkan rakyat
jelata.
iii.

Melalui dasar-dasar perjuangan UMNO, kehidupan


bangsa
Melayu dan kaum-kaum lain disusun dengan baik.
31

TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWA


BIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHOR
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR
24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 5 )
GEJALA SOSIAL MENGGUGAT
KESTABILAN DAN KESELAMATAN NEGARA
NOTA :
i.

Penyalahgunaan dadah / penularan HIV / keruntuhan


moral
membawa padah buruk kepada generasi muda yang
bakal
memimpin negara.

ii.

Lebih buruk lagi apabila bangsa Melayu yang menjadi


teras
politik negara ini ikut terjebak dengan gejala sosial.

iii.

Gejala sosial akan melahirkan generasi yang lemah dan


hilang
32

keyakinan diri serta tidak mampu membela negara.

TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWA


BIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHOR
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR
24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 6 )
PEMIMPIN BERWIBAWA, BANGSA BERJAYA
NOTA :
i.

ii.

iii.

Pemimpin adalah khalifah yang membawa ummah


menuju
kebahagiaan dan kejayaan.
Kebolehan pemimpin berteraskan ilmu pengetahuan,
pengalaman dan iman yang kukuh serta mempunyai
wawasan
yang menyakinkan rakyat.
Pemimpin yang baik berjaya menghadapi cabaran dan
sentiasa
33

berusaha meletakkan nasib diri, rakyat, agama dan


bangsa di
tempat yang dihormati.

TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWA


BIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHOR
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR
24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 7 )
KETUANAN MELAYU
TERAS KESTABILAN POLITIK MELAYU
NOTA :
i.

ii.

Melayu adalah penduduk asal negara ini dan telah


memerintah
negara ini melalui sistem beraja sebelum penjajah
menjajah
negara ini.
Sebarang dasar atau tindakan yang dibuat mesti
mengambil
kira kepentingan bangsa Melayu.
34

iii.

Tragedi 13 Mei, 1969 adalah contoh ketidakadilan


ekonomi
Terhadap bangsa Melayu telah mengakibatkan huru
hara.

TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWA


BIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHOR
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR
24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 8 )
MERUBAH SIKAP BANGSA MELAYU
KEARAH CEMERLANG, GEMILANG
DAN TERBILANG
NOTA :
i.

Revolusi mental pernah dilancarkan lebih 30 tahun dulu


bagi
merubah pemikiran orang-orang Melayu supaya lebih
berjaya.

35

ii.

Orang Melayu perlu menguasai sains, teknologi dan


ekonomi
bagi mengukuhkan kedudukan mereka.

iii.

Persaingan mencipta kegemilangan bukan sahaja di


peringkat
negara malah di peringkat global.

TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWA


BIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHOR
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR
24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 9 )
ISLAM BENTENG KEKUATAN BANGSA
NOTA :
i.

Orang Melayu secara umumnya beragama Islam, malah


Islam
telah diletakkan sebagai agama rasmi negara.

ii.

Melalui iman dan taqwa, Islam sewajarnya


mengukuhkan
36

umat Melayu dalam menghadapi cabaran cabaran


kehidupan
dan bukan sebaliknya.
iii.

Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh YAB. Perdana


Menteri
jika dihayati dapat memperkasakan umat Melayu Islam.

TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWA


BIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHOR
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR
24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 10 )
BELIA ASET NEGARA
NOTA :
i.

Belia adalah pewaris kepimpinan negara.

ii.
Pendidikan yang baik / moral yang unggul akan
menjadikan
37

mereka generasi yang bakal meneruskan


pembangunan dan
kemajuan negara.
iv.

Kerosakan moral di kalangan belia akan


menjerumuskan
negara ke lembah kesusahan.

TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWA


BIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHOR
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR
24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 11 )
U.M.N.O.
PENGGERAK KEARAH PERJUANGAN
KEMERDEKAAN
NOTA :

38

i.

Sejarah perjuangan kemerdekaan perlu difahami oleh


rakyat
agar tidak dikelirukan oleh pihak-pihak tidak
bertanggungjawab.

ii.

Dato Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman melalui


UMNO
telah merintis jalan kemerdekaan.

iii.

UMNO telah menyusun gerak kerja seluruh persatuanpersatuan Melayu agar menolak Malayan Union.

TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWA


BIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHOR
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR
24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 12 )
SAINS DAN TEKNOLOGI
WADAH KETAMADUNAN BANGSA
NOTA :

39

i.

Ketamadunan bangsa tidak dapat dibangunkan hanya


dengan
kata-kata, tetapi melalui pendidikan terutama yang
berteraskan
sains dan teknologi.

ii.

Sesiapa yang menguasai sains dan teknologi akan


menguasai
dunia.

iii.

Persaingan kuasa-kuasa dunia menghendaki kita


menguasai
sains dan teknologi.

TAJUK CERAMAH

KURSUS PENCERAMAH BERWIBAWA


BIRO PENERANGAN, PERG. WANITA UMNO NEGERI JOHOR
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, PAGOH, MUAR, JOHOR
24 MAC, 2006 HINGGA 26 MAC, 2006

( 13 )
HIKMAT KEMERDEKAAN
SESEBUAH NEGARA
NOTA :
40

i.

Pentadbiran Kerajaan membasmi kemiskinan negara


hingga ke akar umbi.

ii.

Pembangunan moral sumber manusia.

iii.

Kemajuan Sains dan Teknologi.

iv.

Kemajuan pendidikan untuk kesejahteraan rakyat dan


negara.

v.

Dasar penerapan Nilai-Nilai Islam dalam pentadbiran.

41

Вам также может понравиться