Вы находитесь на странице: 1из 9

Model ASSURE Reka Bentuk Pengajaran

Tema

Kemasyarakatn

Tajuk

Hidup Berjiran

Guru

Puan Zashila binti Aziz

Tahun

5 Arif

Mata Pelajaran

Bahasa Melayu

Tempoh Masa

60 minit

Analisis Pelajar
a.Ciri-ciri umum:
28 orang murid (11 orang murid lelaki dan 17 orang murid perempuan).
Berumur 11 tahun.
Murid kelas pertama dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang cemerlang.
Murid-murid luar bandar yang terdiri daripada keluarga berpendapatan tinggi dan
sederhana.
b. Kompetensi khusus:
Muridmurid mempunyai jiran dan mengenali sifat-sifat fizikal serta personaliti jiran
mereka .
c. Gaya pembelajaran
Murid-murid

mempunyai

gaya

pembelajaran

interpersonal.

Mereka

dapat

berkomunikasi dan bekerjasama dengan baik dalam melaksanakan tugasan.


Hampir 95% murid dalam kelas tersebut mudah belajar menggunakan bahan audio
visual .
Murid-murid juga belajar menggunakan gaya pembelajaran verbal linguistik iaitu
bersajal.
Murid-murid akan menjadi lebih aktif apabila ada aktiviti hands on.

Page 1 of 9

January 2008: VTDI

Nyatakan Objektif
Pada akhir pembelajaran, murid-murid dijangka dapat :
i. Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii. Memberi pendapat tentang hidup berjiran.
iii. Menyenaraikan enam perkataan berimbuhan dan kata dasar yang terdapat dalam
teks.
Pemilihan Media, Kaedah dan Bahan
a. Set induksi
Media

: Audio dan visual

Kaedah : Soal jawab


Bahan

: Klip video iklan Hidup Berjiran

Rasional pemilihan :

Penggunaan klip video dapat menarik perhatian murid

tentang tajuk yang akan dipelajari. Penggunaan klip video yang dilengkapi dengan
visual yang berwarna-warni dan audio yang jelas mampu membangkitkan suasana
seronok serta menjana idea murid-murid untuk mengikuti pengajaran selanjutnya.
Klip video seperti ini juga mudah didapati melalui carian internet atau you tube.
b. Langkah 1
Media

: Audio dan Visual (teks)

Kaedah : Bacaan mekanis dan soal jawab


Bahan

: Slaid teks petikan power point

Rasional pemilihan : Murid lebih berminat membaca secara mekanis melalui


bacaan teks pada slaid. Penggunaan slaid juga membolehkan murid akan lebih
berminat untuk belajar, mendengar setiap sebutan perkataan, frasa atau ayat dengan

Page 2 of 9

January 2008: VTDI

betul serta memberi tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di


dalam kelas. Slaid seperti ini mudah untuk disediakan oleh guru.

c. Langkah 2
Media

: Visual

Kaedah : Perbincangan
Bahan : Borang grafik
Rasional Pemilihan : Kaedah perbincangan akan menyediakan ruang dan peluang
bagi murid-murid menjana idea untuk menyatakan pendapat masing-masing. Selain
itu, murid juga boleh bertukar-tukar idea dan pendapat dengan rakan-rakan di dalam
kumpulan agar idea yang lebih bernas diperoleh. Penggunaan borang grafik lebih
memudahkan murid membuat catatan dan pembelajaran lebih berkesan.
d. Langkah 3
Media

: Audio dan visual

Kaedah : Penerangan dan komunikasi


Bahan : Slaid power point Perkataan Berimbuhan Apitan
Rasional pemilihan : Murid dapat memahami dengan lebih jelas tentang perkataan
berimbuhan apitan yang dipaparkan pada slaid. Slaid yang turut dilengkapi dengan
visual yang menarik serta audio yang jelas bagi menarik minat murid terhadap
pembelajaran.
e. Langkah 4
Media

: Audio dan Visual

Kaedah : Bertulis
Bahan : Slaid lembaran kerja Menyusun dan Menulis Ayat
Rasional pemilihan : Penggunaan slaid power point latihan murid dapat menarik
minat mereka menyusun dan menulis ayat-ayat dalam satu perenggan. Lembaran
kerja yang dibina dengan menggunakan perisian microsoft word juga lebih menarik,

Page 3 of 9

January 2008: VTDI

jelas serta mudah difahami oleh murid.

f. Penutup
Media

: Audio dan video

Kaedah : Menyanyi
Bahan : Video lagu Budi Bahasa Budaya Kita
Rasional pemilihan : Membolehkan murid mengingat kembali tajuk yang dipelajari
dan berhibur sambil menerapkan nilai-nilai murni melalui lirik lagu.
Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah
a. Set induksi
Media audio dan visual yang dipertontonkan mampu merangsang minat murid dan
memberi gambaran awal tentang isi pelajaran Hidup Berjiran.
Bagaimana disemak/dipratonton : Guru perlu memastikan klip video yang
ditayangkan jelas sama ada dari segi visual atau audio. Klip video yang digunakan
juga perlulah bersesuaian dengan peringkat umur dan tahap kefahaman murid.
Persediaan persekitaran: Pastikan murid berada dalam keadaan yang selesa di
tempat duduk masing-masing agar bersedia mengikuti pelajaran dan mengambil kira
aspek pencahayaan di dalam bilik sesuai untuk tayangan klip video.
Persediaan pengalaman pembelajaran: Pembelajaran ini lebih berpusatkan murid
dan bahan. Murid menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru berkaitan
dengan bahan dan dapat mengaitkan bahan dengan isi pelajaran.
b. Langkah 1
Guru menayangkan slaid teks petikan. Murid-murid mendengar bacaan teks terlebih
dahulu, kemudian membaca teks dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang

Page 4 of 9

January 2008: VTDI

betul. Seterusnya, guru bersoal jawab dengan murid tentang isi-isi yang terdapat
dalam teks untuk menguji tahap kefahaman murid.
Bagaimana disemak/dipratontonkan : Guru perlu memastikan slaid yang
digunakan jelas dari segi visual dan audio agar murid dapat membaca dan
memahami teks dengan baik.
Persediaan persekitaran: Guru perlu memastikan murid dapat melihat slaid yang
dipaparkan di skrin dalam keadaan selesa tanpa sebarang gangguan pencahayaan
dan jarak atau kedudukan di antara murid juga perlu diambilkira bagi memastikan
keselesaan semasa proses pembelajaran.
Persediaan pengalaman pembelajaran: Pembelajaran adalah berpusatkan murid
dan bahan. Guru perlu memastikan murid fokus kepada bahan yang ditayangkan
bagi memudahkan mereka memahami isi-isi penting yang terdapat dalam teks.
Langkah 2
Dalam kumpulan berlima, murid diagihkan lima amalan hidup berjiran. Murid diminta
berbincang dan mencatat satu sebab atau pendapat mengapa amalan hidup berjiran
tersebut diamalkan di dalam borang grafik. Setelah itu, murid akan membentangkan
hasil dapatan kumpulan masing-masing.
Bagaimana disemak/dipratonton : Murid ditayangkan slaid borang grafik amalan
hidup berjiran. Setiap kumpulan diminta memilih satu kenyataan tentang amalan
hidup berjiran untuk perbincangan pendapat. Wakil setiap kumpulan akan
membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
Persediaan persekitaran : Murid perlu duduk di dalam kumpulan. Setiap murid
perlu terlibat secara aktif dalam perbincangan untuk mendapatkan melengkapkan
borang grafik.
Persediaan pengalaman pelajaran: Murid perlu menjalankan aktiviti koperatif
secara kumpulan.
Langkah 3
Murid melihat slaid audio visual yang menayangkan tentang perkataan berimbuhan

Page 5 of 9

January 2008: VTDI

apitan berserta contoh. Kemudian, murid diminta memberikan beberapa contoh lain
perkataan berimbuhan apitan yang terdapat di dalam teks. Murid perlu
melengkapkan jadual dengan menyenaraikan enam perkataan berimbuhan apitan
dan kata dasar dengan betul. Murid dipilih secara rawak untuk membacakan hasil
kerja.
Bagaimana disemak/dipratonton: Guru perlu memastikan slaid yang disediakan
dalam keadaan baik dari segi visual dan audio. Murid dipilih secara rawak untuk
memberikan contoh perkataan berimbuhan apitan.
Persediaan persekitaran: Murid duduk dalam keadaan yang selesa ketika
menonton tayangan slaid. Persekitaran juga harus berada dalam keadaan yang
sesuai untuk tayangan slaid.
Persediaan pengalaman pembelajaran: Pembelajaran berpusatkan bahan dan
murid. Murid perlu fokus ketika tayangan untuk memastikan mereka memahami
tugasan individu ini.
Langkah 4
Murid mendengar ayat-ayat yang dipaparkan melalui slaid. Murid-murid diminta
menyusun ayat-ayat tersebut dengan betul. Kemudian, murid-murid perlu menulis
ayat-ayat tersebut di dalam satu perenggan.
Bagaimana disemak/dipratonton: Guru memaparkan ayat-ayat tentang hidup
berjiran. Murid dipilih secara rawak untuk membaca ayat yang telah disusun.
Persediaan persekitaran: Lembaran kerja disediakan untuk memudahkan murid
menyusun ayat-ayat.
Persediaan pengalaman pembelajaran: Murid melakukan aktiviti secara individu
mengikut masa yang diberi.
Penutup
Guru memainkan video Budi Bahasa Budaya Kita nyanyian Dato Siti Nurhaliza
untuk dinyanyikan bersama-sama di samping penerapan nilai-nilai murni sebagai

Page 6 of 9

January 2008: VTDI

penamat sesi pembelajaran.


Bagaimana

disemak/dipratonton: Guru perlu memastikan persembahan video

tersebut mempunyai kualiti yang baik dalam keadaan baik, tidak tersekat-sekat dan
mengetahui tempoh masa video perlu dimainkan.
Persediaan persekitaran: Murid mempunyai ruang yang selesa untuk berdiri
menyanyikan lagu dengan selesa.
Persediaan pengalaman pembelajaran: Guru menyediakan video berserta lirik
agar memudahkan murid-murid mengikuti aktiviti ini.
Penglibatan Pelajar
a. Set induksi (5 minit)
Murid menonton klip video iklan tentang Hidup Berjiran.
Murid menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru tentan video tersebut.
Guru mengaitkan klip video dengan isi pelajaran.
b. Langkah 1 (10 minit)
Murid melihat slaid teks petikan Hidup Berjiran.
Murid mendengar bacaan teks, kemudian murid membaca teks petikan dengan
menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
Murid menjawab soalan tentang isi-isi penting yang terdapat dalam teks petikan.
c. Langkah 2 (15 minit)
Murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan pelbagai kebolehan.
Murid-murid berbincang tentang mengapa amalan hidup berjiran perlu diamalkan.
Murid-murid mencatat hasil perbincangan dalam borang grafik.
Seorang wakil dari setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
d. Langkah 3 (15 minit)
Murid menonton slaid audio visual tentang perkataan berimbuhan apitan dan contoh.

Page 7 of 9

January 2008: VTDI

Murid menyenaraikan enam perkataan berimbuhan apitan dan kata dasar .


Murid dipilih secara rawak untuk membentangkan hasil tugasan.
e. Langkah 4 ( 10 minit)
Murid dipamerkan slaid teks ayat-ayat tentang hidup berjiran.
Murid dikehendaki menyusun ayat-ayat dengan betul dan menulis ayat-ayat tersebut
dalam satu perenggan.
f. Penutup (5 minit)
Murid menonton video lagu sebagai rumusan isi pelajaran.
Murid menyanyikan lagu bersama-sama.
Murid diterapkan dengan nilai-nilai murni.
Menilai dan Menyemak Semula
Penilaian :
Murid dapat mengikuti setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
dengan berkesan.
Murid dapat mengikuti aktiviti, hasil perbincangan kumpulan dan dapat menyiapkan
tugasan individu dengan baik.
Impak/Keberkesanan :
Murid dapat membaca teks berita dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Murid dapat memberi pendapat tentang amalan hidup berjiran.
Murid dapat menyenaraikan enam perkataan berimbuhan apitan dan kata dasar
dengan betul.

Disediakan oleh :
ZASHILA BINTI AZIZ
PPG JUN 2011
SEMESTER 4 ( JAN-MEI 2013 )
Page 8 of 9

January 2008: VTDI

Untuk Perhatian,
PUAN ZURAIDAH BINTI BAHARIN

Page 9 of 9

January 2008: VTDI

Вам также может понравиться