Вы находитесь на странице: 1из 2

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang berpegang teguh pada paksi keadilan,

penjagadetik yang patuh pada waktu, para dif jemputan,guru-guru, hadirin dan hadirat seterusnya
rakan-rakanyang dihormati sekalian. Assalamualaikum warahmahtullahhi wabarokatuh dan
salam sejahtera.
Asalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada yang berusaha En.Joo Kee dan rakan
rakan sekalian
Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan pidato saya yang
berbunyi MALAYSIA DIHATIKU
Rujukan yang saya rujuk bagi tajuk pengucapan awam saya ialah
https://www.scribd.com/doc/245854843/MALAYSIA-NEGARAKU
Hadirin dan hadirat sekalian,
Detik 31 Ogos 1957 mencatatkan sejarah yang tidak dapat kita padam dari kamus sejarahNegara
apabila pada tarikh keramat itulah Negara kita telah mencapai kemerdekaan apabila
benderaUnion Jack telah diturunkan dan buat pertama kalinya bendera Malaysia berkibar serta
laguNegaraku berkumandang. Kibaran Jalur gemilang yang diiringi lagu Negaraku telah
membakar semangat patriotik dalam jiwa rakyat Malaysia kerana itulah tanda kemegahan
Negara kita. Bertitik tolak dari itulah Negara Malaysia kian membangun.Pembaharuan
demi pembaharuan, kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh Malaysia dibawah naungan Yang
dipertuan Agong dan tampuk pimpinan pemimpin-pepimpin yang berkarisma.Sebagai buktinya
sepanjang tempoh 57 tahun negara mencapai kemerdekaan,Malaysia Berjaya menempa nama di
pesada dunia setanding dengan negara-negara maju yang lain. Jalur gemilang telah berjaya menawan
puncak Everest dan Kutub Utara malahan juga ke ruang angkasa apabila Dr.Sheikh Muzzafar
berjaya menjadi rakyat Malaysia yang pertama ke angkasa lepas. Tidak mustahil menjelang tahun
2020, Malaysia mampu menjadi sebuah Negara maju.
Hadirin sekalian,
Malaysia Negaraku yang tercinta, penduduknya yang berbilang bangsa hidup bersatu padu
menjadikan Malaysia sebuah Negara yang aman dan damai. Sebagai rakyat Malaysia, kita
mestilah sentiasa bersyukur akan kesejahteraan Negara kita. Rakyat Malaysia sering
mengamalkan sikap
tolong menolong ibarat aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit. Sebagai contohnya
semasa bencana Tsunami, rakyat Malaysia telah memberikan sumbangan kepada mangsamangsayang terlibat sama ada di Malaysia atau pun di Indonesia.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pepatah Melayu pernah berkata tak kenal maka tak cinta justeru, pada tahun 2007 Malaysia
telah menganjurkan Tahun Melawat Malaysia. Malaysia menjadi tumpuan pelancong dari
seluruh dunia. Ketika inilah negara mempamerkan keunikkan yang terdapat di Malaysia iaitu
dari segi kebudayaan dan juga adat resam masyarakat majmuknya. Pelbagai perayaan disambut
antaranyaHari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Pesta Kaamatan dan Thaipusam yang
turut disertai oleh pelancong-pelancong asing. Selain itu, terdapat juga pelbagai makanan yang

lazat seperti sate,laksa,nasi dagang dan sebagainya.Disamping itu, banyak destinasi pelancongan
yang menarik diperkenalkan antaranya Pulau Langkawi yang terkenal dengan Lagenda Mahsuri,
Melaka dengan Kota Afamosa, Sabah dengan Gunung Kinabalu yang merupakan gunung yang
tertinggi di Asia Tenggara, Tanah Tinggi Cameron,Menara KLCC, Eye On Malaysia dan lainlain lagi. Setiap tempat pelancongan itu mempunyaikeistimewaan masing-masing. Inilah
kelebihan Malaysia Negaraku yang tercinta.
Hadirin sekalian,

Sempena Tahun Melawat Malaysia juga, pelbagai permainan dan tarian tradisional
diperkenalkan antaranya gasing, wau bulan, sepak raga, congkak, wayang kulit, kuda kepang,
boria,dikir barat dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, nama Malaysia terus meniti di bibir
pelancongasing kerana rakyat Malaysia yang berbudi bahasa, bersopan santun serta peramah.
Rakyat Malaysia juga tidak loket dengan senyuman. Sesuai dengan adat ketimuran yang menjadi
amalan rakyat di Negara ini. Faktor inilah menyebabkan Malaysia disanjung oleh Negaranegara luar.
Kita juga harus berbangga dengan terciptanya kereta buatan Malaysia seperti kereta waja, satria,
danwira yang mendapat tempat di luar Negara. Saya bangga menjadi anak Malaysia. Malaysia
Boleh!Malaysia Boleh!
Hadirin dan hadirat sekalian,
Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun:
Pulau Tioman Pulau Pangkor
Tak lupa juga Tasik Pedu
Indah permai aman dan makmur
Itulah Malaysia Negaraku.
Sekian, wabilahhitaufiq walhidayah wasalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh

Вам также может понравиться