Вы находитесь на странице: 1из 10

Tugasan B

1.0 Justifikasi pengaplikasian teori kaunseling, kemahiran asas kaunseling dan


intervensi kaunseling kanak-kanak
1.1 Teori Kaunseling
Berdasarkan maklumat yang dinyatakan pada bahagian A, teori kaunseling yang dipilih untuk
menjalankan sesi bimbingan kepada murid adalah Teori Pemusatan Perorangan oleh Tokoh
Humanistik Carl Rogers. Beliau berpendapat bahawa ciri-ciri perhubungan antara kaunselor
dan klien adalah penentu utama hasil proses teraputik dan meletakkannya pada kedudukan
pertama sebelum kemahiran asas kaunseling (Akhiar & Shamsina, 2015).
Setelah berbincang dengan guru pembimbing di SK Dato Ahmad Manaf, beliau
mengesyorkan untuk menggunakan Teori Pemusatan Perorangan untuk kanak-kanak sekolah
rendah. Hal ini kerana menurut beliau, kes kanak-kanak yang tidak berat dan melibatkan
masalah keluarga lebih sesuai menggunakan Teori Pemusatan Perorangan. Kanak-kanak
walaupun masih kecil dan perlukan dorongan tetapi mereka masih mampu menjadi agen
kepada perubahan diri sendiri seandainya mereka diberikan bimbingan dan alternatif kepada
masalah yang mereka hadapi. Oleh yang demikian, tidak mustahil bagi mereka untuk
menyedari masalah diri sendiri seterusnya melakukan perubahan berdasarkan intervensi yang
dilakukan bersama guru pembimbing.
Di samping itu, saya memilih Teori Pemusatan Perorangan kerana ia meletakkan
hubungan baik pembimbing-klien sebagai faktor utama berbanding penggunaan kemahiran
asas kaunseling. Hal ini walaupun bertentangan dengan kebanyakan pendekatan kaunseling
lain yang melihat pengetahuan dan teknik kaunseling sebagai perkara yang lebih utama.
Kanak-kanak kebiasaannya rapat dengan gurunya dan mereka mudah untuk menceritakan
pengalaman dan kisah hidup mereka kepada guru tanpa berselindung berbanding dengan
remaja yang mungkin akan cenderung untuk memutar belitkan cerita (Ragbir Kaur, 2013).
Ibrahim, iaitu murid yang dipilih adalah agak rapat dengan saya. Seperti mana maklumat yang
dipaparkan pada bahagian A, maka adalah lebih mudah untuk saya membina hubungan
dengan saya oleh sebab hubungan yang rapat ini. Oleh yang demikian, dengan menggunakan
Teori Pemusatan Perorangan adalah lebih sesuai kerana murid yang dibimbing adalah murid
yang baik hubungannya dengan guru, maka membina hubungan yang baik adalah lebih mudah
dan sesuai untuk mengenalpasti masalah dan mencari alternatif masalah yang dihadapi murid.

Selain itu, teori ini dipilih kerana mengikut masalah yang dipaparkan pada Bahagian A,
Ibrahim cuma menghadapi masalah dari aspek sosial iaitu membina hubungan dengan rakan
sebaya. Tiada masalah emosi yang teruk yang mana lebih sesuai menggunakan Teori Rasional
Emotif atau masalah tingkah laku yang disruptif yang lebih sesuai menggunakan Teori
Behavioris. Oleh itu, Teori Pemusatan Perorangan lebih sesuai digunakan untuk masalah yang
dihadapi oleh murid ini. Teori ini adalah lebih umum dan tidak spesifik kepada satu-satu
masalah. Ianya hanya bergantung kepada bagaimana hubungan pembimbing-klien dalam
membina alternatif bersama kepada masalah yang diberikan. Jika teori ini terus diaplikasikan
kepada murid ini untuk satu jangka masa yang panjang, maka mungkin perubahan positif dapat
dilihat.
Choong, 2010 menyatakan bahawa apabila guru pembimbing (kaunselor) berupaya
untuk mengalami dan berkomunikasi dengan keadaan sebenar klien, mengambil berat dan
memahami klien tanpa menghukum, besar kemungkinan perubahan yang signifikan akan
berlaku kepada klien. Jika dilihat dari rakaman sesi bimbingan yang dijalankan, untuk sesi
pertama perbualan adalah lebih santai di mana guru tidak ada melakukan satu dorongan pun
kepada murid dan tidak menghukum murid mengenai perangainya yang tidak melibatkan diri di
dalam aktiviti yang dijalankan di kelas. Sebaliknya, guru menyoal untuk meminta penjelasan
murid bagi mencari apakah punca kepada masalah yang dinyatakan supaya guru dapat
menyediakan alternatif (sesi intervensi) yang sesuai dengan masalah murid. Oleh sebab itulah
saya memilih teori ini kerana saya sendiri tidak suka dinilai dan dihukum dan oleh itu saya
inginkan murid berada dalam situasi yang sama.
Tambahan pula, Rogers turut menyatakan bahawa tiga kualiti yang perlu ada pada guru
pembimbing untuk menggalakkan pertumbuhan klien adalah kongruen, penerimaan tanpa
syarat dan pemahaman empati yang tepat. Untuk memperoleh pemahaman empati yang tepat,
guru pembimbing seharusnya mempunyai kebolehan untuk memahami dan masuk ke dunia
klien secara mendalam. Melihat dan mendengar masalah Ibrahim, saya membuat refleksi
kepada diri saya sendiri yang sebenarnya saya memang berada di situasi yang sama
dengannya. Hal ini kerana saya sukar untuk memulakan perhubungan dengan orang yang tidak
dikenali dan sanggup menyendiri daripada mencari seseorang untuk membantu menyelesaikan
masalah bersama. Oleh yang demikian, teori ini dipilih kerana dengan mempunyai pengalaman
yang hampir sama dengan murid, maka saya mampu melahirkan empati yang seterusnya
mampu bersama murid mencari alternatif dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
murid dan diri saya sendiri.

1.2 Kemahiran Asas kaunseling


Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kemahiran asas kaunseling adalah nombor kedua selepas
membina hubungan yang baik anta guru pembimbing-klien. Oleh yang demikian, saya tidak
begitu menitikberatkan penggunaan kemahiran asas yang spesifik seperti mana yang
digariskan untuk diikuti oleh seorang kaunselor. Berdasarkan rakaman video, sesi yang
dijalankan adalah santai di mana tiada bahagian spesifik pada sesi yang dijalankan untuk
membina hubungan, mengenalpasti masalah dan mencari alternatif. Jika dilihat daripada
rakaman video, di pertengahan dan di hujung sesi pun, membina hubungan masih dijalankan di
mana guru bertanya mengenai latar belakang keluarga murid. Walaubagaimanapun, kemahiran
asas kaunseling masih diaplikasikan sepert mana yang dinyatakan pada 3.2 Bahagian A
tugasan ini.
Dalam kemahiran membina hubungan, saya mungkin tidak berjaya menyediakan
tempat teraputik yang selesa untuk murid kerana berdasarkan rakaman video, murid hanya
duduk di lantai, terdapat suasana bising murid yang lalu lalang di luar tempat bimbingan dan
terdapat gangguan dari murid yang keluar masuk ke bilik. Hal ini kerana sekolah ini baru tahun
pertama menerima guru pembimbing di sekolah. Oleh yang demikian, bilik bimbingan masih lagi
dalam proses pembinaan dan bilik kaunseling persendirian masih tidak beroperasi dengan baik.
Oleh yang demikian, saya hanya menggunakan kemudahan sedia ada iaitu Bilik Self Access
Learning Centre (SALC). Walaubagaimanapun, keselesaan perhubungan itu masih lagi terbina
di mana murid selesa untuk menyatakan dan mengikuti sesi bimbingan dengan baik dan
memberikan kerjasama seperti yang diharapan. Kedudukan dan jarak juga berada pada tahap
yang sesuai di mana murid selesa untuk bergerak dan melakukan pergerakan badan sekiranya
lenguh. Relaksasi juga diberikan di sepanjang sesi bagi memberikan murid ruang agar tidak
terlalu fokus atau terlalu tertekan dengan soalan daripada guru.
Selain itu, saya juga turut menjalankan kemahiran mengintrepretasi tingkah laku.
Meskipun manusia memiliki kosa kata luas untuk berkomunikasi secara lisan, namun masih
banyak makna atau mesej yang disampaikan secara bukan lisan menggunakan anggota badan
(Akhiar & Shamsina, 2015). Di dalam rakaman video dan transkrip yang disediakan seperti
mana dalam lampiran 3, saya ada mengetengahkan respon bukan lisan murid seperti
tersenyum, ekspresi muka sedih, muka bingung dan kesenyapan murid. Dalam menilai ekspresi
muka, Ibrahim jika dia tersenyum saya dapat menilai bahawa dia bersetuju dengan apa yang

saya katakan dan masih selesa dengan apa yang dibincangkan bersama. Hal ini dapat dilihat
seperti contoh dialog 59 dan 60 minit keempat di bawah:
G

Jadi, Sains nie suka sekali pasal apa?

59

(Tersenyum). Semua.

60

Seterusnya,

saya turut mengintrepretasi isyarat kepala yang dilakukan oleh murid.

Secara amnya, melalui rakaman video dan trankrip, sekiranya murid menganggukkan kepala
bermakna dia bersetuju manakala sekiranya dia menggelengkan kepala bermakna dia tidak
bersetuju. Sekiranya dia menggelengkan kepala dan berubah air muka maka saya mungkin
akan mengubah topik bagi memastikan murid terus selesa dalam sesi bimbingan yang
dijalankan. Contoh isyarat kepala boleh dilihat dari contoh dialog 31-34 di bawah:
G

Kakak dengan abang, Jadi Ibrahim anak last lah


nie?

31

Hmmmm...(Menganggukkan kepala).

32

Adik takdalah?

33

Takda (Menggelengkan kepala).

34

Parafrasa,
soalan tertutup

Parafrasa

Manakala, postur dan isyarat badan murid turut diperhatikan semasa menjalankan
kemahiran mengintrepretasi tingkah laku. Hal ini bertujuan untuk mengetahui pelbagai mesej
yang dibawa. Dalam situasi Ibrahim ini, saya memerhatikan isyarat badannya untuk mengetahui
sama ada dia masih bersedia dan fokus terhadap sesi bimbingan yang dijalankan. Jika dilihat
dalam transkrip video, saya menghentikan video pada minit ke 23 dan menjalankan sesi
relaksasi kerana Ibrahim sudah kelihatan tidak keruan dan terganggu dengan situasi bising dan
gangguan murid lalu lalang dari sesi bimbingan yang dijalankan. Dengan melihat isyarat badan
murid, guru mengetahui bahawa murid sudah bosan dan mengalihkan perhatiannya kepada
perkara lain sebentar.
Kemahiran mendengar memerlukan guru pembimbing untuk mendengar dengan aktif
dan memberikan perhatian terhadap perkara yang diluahkan oleh klien. Hal ini bertujuan untuk
menyemai kebolehan untuk merasa dengan murid dan melihat masalah melalui persperkif

murid (Ragbir, 2013). Secara amnya, kemahiran mendengar memerlukan guru pembimbing
untuk menunjukkan mereka berminat dan menggunakan bahasa badan yang sesuai. Semasa
sesi bimbingan dijalankan, saya memberi respon dengan tersenyum, menganggukkan kepala
dan dan memberikan maklum balas terhadap apa yang diperkatakan murid. Hal ini akan
menyebabkan murid akan merasakan komunikasi yang dijalankan adalah dua hala dan mereka
merasakan bahawa diri mereka diterima. Contoh respon boleh dilihat pada lampiran 3 trankrip
dan rakaman sesi bimbingan. Seterusnya, guru menganalisis kemahiran mendengar kepada
mendengar isi, mendengar perasaan dan mendengar pengalaman. Mendengar isi adalah
mendengar berkaitan dengan masalah yang dinyatakan murid iaitu dalam situasi ini adalah
berkenaan masalahnya yang sukar berkawan. Mendengar perasaan pula adalah mengenai
perasaan murid terhadap sesuatu situasi yang dibincangkan. Manakala mendengar
pengalaman adalah mengenai bagaimana murid melalui pengalaman berdasarkan masalah
yang dihadapinya. Dengan mengelaskan kemahiran mendengar ini, saya dapat menilai dan
mengenalpasti masalah murid dengan lebih mendalam bagi mengetahui sama ada masalah itu
timbul dari sumber dalaman atau luaran. Dalam kes Ibrahim ini dapatlah dikenalpasti masalah
adalah daripada luaran kerana dia sudah terbiasa bersendirian dan tidak mempunyai adik
beradik rapat. Di dalam trankrip ada dinyatakan bahagian bagi setiap kemahiran mendengar.
Seterusnya, kemahiran membalas penting kerana ia mencerminkan pesanan klien
kepada penerima (guru pembimbing) menurut Ragbir, 2013. Di dalam situasi ini, saya telah
menggunakan empat kemahiran membalas iaitu parafrasa, refleksi isi, refleksi perasaan dan
refleksi pengalaman. Berdasarkan trankrip temu bual, keempat-empat kemahiran ini telah saya
laksanakan semasa menjalankan sesi bimbingan. Parafrasa dijalankan supaya murid dapat
menyedari bahawa saya mendengar setiap perkataan yang diucapkan kerana saya mampu
untuk mengulangnya semua dalam bentuk perkataan yang lain. Manakala, refleksi isi diadakan
untuk membuat rumusan kecil berkenaan semua masalah yang murid nyatakan supaya mereka
sedar apa yang telah mereka katakan dengan guru dalam tempoh sesi bimbingan. Refleksi
perasaan dilakukan pula kerana untuk menyedarkan murid mengenai perasaan murid terhadap
sesuatu situasi yang dinyatakan oleh murid. Hal ini juga bagi mendapatkan kepastian murid
berkenaan dengan apa yang mereka luahkan adalah sama dengan emosi yang mereka
pamerkan pada waktu tersebut. Seterusnya, refleksi pengalaman dilakukan untuk mendapatkan
kepastian sama ada peristiwa yang diceritakan murid itu benar-benar berlaku atau ianya
sesuatu yang dilakukan sebagai helah bela diri terhadap situasi yang dinyatakan.

Kemahiran menyoal juga menjadi tonggak utama ke atas sesi bimbingan yang telah
dijalankan oleh saya. Sesi bimbingan saya lebih berbentuk kepada soal dan jawab. Hal ini
kerana murid tahun 4 masih lagi menghadapi masalah untuk menceritakan sesuatu perkara
dengan lebih mendalam dan memerlukan soalan susulan daripada guru bimbingan agar
mereka dapat menyatakan kandungan yang dapat mencapai objektif bimbingan tersebut.
Tambahan pula, kanak-kanak mudah lari daripada tajuk dan fokus perbincangan dan
memerlukan interupsi guru semasa sesi bimbingan dalam bentuk soalan supaya apa yang
dinyatakan dapat membantu guru semasa sesi bimbingan dijalankan. Dua bentuk soalan iaitu
soalan terbuka dan soalan tertutup digunakan dalam sesi ini dengan memberatkan kepada
soalan tertutup. Hal ini bertujuan untuk memastikan cerita murid adalah mengikut apa yang
ingin dibincangkan dalam tempoh masa sesi bimbingan yang dirancang.
Akhir sekali, kemahiran membuat rumusan dilaksanakan sebagai salah satu
kemahiran asas kaunseling yang digunakan. Rumusan kecil dijalankan apabila guru ingin
merumuskan maklumat yang disampaikan murid dalam satu-satu bahagian sesi. Hal ini
menyebabkan murid tidak akan lupa berkenaan maklumat yang mereka telah sampaikan
sebentar tadi. Rumusan besar dijalankan di penghujung setiap sesi bimbingan yang dijalankan.
Hal ini bertujuan untuk memastikan murid ingat dan mengesahkan semula maklumat yang telah
mereka sampaikan kepada guru pembimbing. Selain itu, guru pembimbing turut menjalankan
membuat penjelasan. Hal ini dilakukan apabila murid bingung dan tidak dapat menjawab soalan
yang diberikan. Oleh itu, guru menerangkan dengan lebih mendalam berserta contoh agar
murid arif berkenaan dengan soalan yang diajukan oleh guru. Manakala, meminta penjelasan
saya laksanakan untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan dengan apa yang telah
diperkatakan oleh murid supaya saya lebih jelas dan tahu dengan lebih mendalam maklumat
yang ingin disampaikan oleh murid. Saya juga turut menjalankan konfrantasi dengan murid
dalam sesi bimbingan apabila tingkah laku yang mereka pamerkan adalah tidak secocok
dengan apa yang mereka katakan. Sebagai contoh, Ibrahim dikonfrantasi pada minit ke 28
kerana dia menyatakan seronok walaupun sudah lama tidak berjumpa dengan ayah dan
abangnya.

1.3 Intervensi Kaunseling


Saya telah memilih untuk menjalankan sesi intervensi kaunseling bercerita untuk masalah murid
sukar membina hubungan dengan rakan sebaya ini. Hal ini kerana guru pembimbing akan
menggunakan cerita yang disampaikan untuk membolehkan murid menyedari sumber-sumber
di bawah sedarnya. Faedah teraputik diperoleh setelah klien mengenal pasti elemen-elemen
utama dalam cerita yang disampaikan dan berpegang kepada matlamat atau hasil yang
diinginkan (Akhiar & Shamsina, 2015). Bercerita juga lebih dekat dengan kanak-kanak kerana
kebiasaannya mereka akan terbuai dan leka dalam cerita yang disampaikan dan dapat
mengenalpasti jalan cerita dengan baik seterusnya mengambil iktibar dan pengajaran. Oleh
yang demikian, terapi bercerita dipilih sebagai intervensi kaunseling untuk Ibrahim.
Selain itu, terapi bercerita ini dapat melegakan murid daripada perasaan takut dan
ketidakyakinan. Watak dalam cerita yang disampaikan adalah watak yang pada asalnya
mempunyai kelemahan seperti takut dan kurang yakin tetapi akhirnya berjaya menangani
perasaan takutnya bagi melakukan perubahan pada dirinya. Oleh yang demikian, murid akan
dapat mengetahui bahawa semua perkara boleh berubah mengikut kehendak diri sendiri.
Dalam situasi ini, watak Bobo yang kurang yakin dan tidak bersosial tetapi menentang perasaan
takutnya oleh sebab tidak ingin bersendirian selamanya dapat diserap oleh Ibrahim yang
sebenarnya mudah untuk bersosial dan hanya perlu mengambil inisiatif untuk memulakan
perubahan yang pertama.
Selain itu, dengan bercerita murid akan terhibur dengan cerita yang disampaikan
dengan menggunakan teknik, intonasi suara dan pergerakan badan yang sesuai. Tambahan
pula dengan menggunakan bahan seperti boneka, murid terhibur dengan cerita yang
disampaikan dan dapat mengikut jalan cerita yang disampaikan sehingga ke penghujungnya. Ia
juga menimbulkan elemen suspense iaitu apakah perkara yang bakal berlaku kepada watak
utama dalam cerita yang disampaikan. Berdasarkan rakaman video, Ibrahim begitu teruja
mendengar cerita dan sangat terhibur mendengar cerita tersebut. Dia tersenyum dan tertawa
mendengar cerita dan dapat meberikan respon semasa cerita tersebut disampaikan.
Selain itu, melalui teknik intervensi kaunseling bercerita, ia dapat menyampaikan
pengajaran moral dan akhlak. Lebih baik sekali, murid sendiri dapat menyatakan apakah moral
dan perkara yang sepatutnya dilakukan berdasarkan cerita yang disampaikan. Melalui cerita,
apabila pengajaran disampaikan secara tidak langsung, murid dapat mereflek kaitan cerita yang

disampaikan dengan kehidupan mereka sendiri. Oleh yang demikian mereka tidak akan
merasakan bahawa mereka difokuskan dan perlu berubah berbanding memberikan nasihat dan
teguran secara terus kepada murid.
Tambahan pula, di penghujung sesi intervensi bercerita, saya mengajak murid untuk
mereka-reka cerita bagi merangsang imaginasi mereka terhadap cerita yang telah disampaikan.
Dengan menggunakan boneka, murid menjalani terapi bermain mini iaitu main peranan. Hal ini
memberikan peluang untuk berada sendiri pada situasi watak utama dan bagaimana dia keluar
dari kepompong selesanya untuk mula berinteraksi dangan orang lain. Dengan menggunakan
main peranan ini, murid akan merasakan tiada masalah untuk berubah dan mengambil
pengajaran daripada cerita yang telah disampaikan.

2.0 Refleksi introspektif


Saya sudah selesai menjalankan satu sesi bimbingan kepada kanak-kanak sekolah rendah
dengan mengaplikasikan teori kaunseling, kemahiran asas kaunseling dan intervensi
kaunseling yang sesuai berdasarkan masalah yang telah diterokai pada murid tersebut. Sesi
bimbingan yang dijalankan adalah autentik di mana tiada pengeditan pada sesi yang dijalankan
dan murid yang dipilih tidak dilakukan sesi grooming untuk memastikan dia bercakap dan
bertindak sepatutnya seperti yang diharapkan oleh guru. Sesi yang dijalankan adalah pertama
kali dan tiada retake untuk sesi seterusnya. Terdapat sebahagian kekuatan dan kelemahan
yang telah saya peroleh dan perhatikan semasa menjalankan sesi bimbingan ini.
Dari segi kekuatan saya merasakan bahawa saya sudah berjaya memilih dan
mengaplikasikan teori kaunseling yang sesuai dalam meneroka dan menjalankan sesi
bimbingan dengan murid. Teori Pemusatan Perorangan di mana meletakkan hubungan guru
pembimbing-klien sebagai kunci utama melebihi daripada penggunaan kemahiran kaunseling
sememangnya berjaya menjadikan murid selesa dan mampu menjawab dan menyatakan
tentang diri mereka tanpa berselindung atau menggunakan helah bela diri. Merujuk kepada
rakaman video, murid telah menjawab soalan yang diajukan dengan baik dan menceritakan
masalah mereka walaupun tidak secara terus. Hal ini kerana guru tidak mahu murid difokuskan
kepada masalah yang dihadapinya, sebaliknya hanya cerita mengenai perbuatan sehariannya
tanpa menyedari guru mencungkil masalah dan punca kepada masalah yang diperhatikan.

Selain itu, dengan menggunakan terapai bercerita untuk menjalankan intervensi


kaunseling, murid ternyata dapat mencapai matlamat dan memperoleh pengajaran yang ingin
diterapkan dalam suasana yang menghiburkan untuk murid. Di penghujung sesi intervensi,
saya menggalakkan murid untuk mencapai matlamat bimbingan yang diharapkan di mana
murid mampu untuk merumuskan pengalaman mereka semasa menjalankan sesi bimbingan.
Murid berjaya merumuskan dengan baik dan dia telah dapat mengaplikasikan cerita yang
didengar dengan kehidupan seharian semasa menjalankan sesi main peranan dengan
menggunakan boneka. Walaupun masih perlukan bimbingan semasa main peranan dilakukan
tetapi terdapat perubahan positif di mana murid dapat mula mencetuskan hubungan sosial yang
baharu.
Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan yang ketara semasa menjalankan sesi
bimbingan ini. Sebagai seorang guru pelatih yang menerima kursus bimbingan dan kaunseling
kanak-kanak dalam tempoh tiga minggu sahaja, terdapat kelemahan yang ketara semasa
mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari. Apa yang jelas dari segi ilmu dan pengalaman yang
diperoleh semasa tempoh tiga minggu ini adalah tidak cukup dan tidak memberikan kesediaan
sepenuhnya kepada saya untuk terus menjalankan satu sesi bimbingan dan intervensi. Jika
diperhatikan daripada rakaman video pada waktu permulaan, saya agak gugup dan tergagapgagap kerana tidak tahu soalan apa yang hendak diajukan kepada murid untuk membina
hubungan. Saya juga menghentikan sesi bimbingan seketika pada minit kedua kerana cuba
mencari idea untuk meneruskan sesi bimbingan.
Seterusnya, soalan yang diajukan adalah tidak berstruktur di mana tiada satu rumusan
spesifik untuk satu soalan yang diajukan. Merujuk kepada transkrip temu bual soalan yang
ditanya daripada maklumat diri kepada keluarga dan hubungan sosial di sekolah kemudian
kembali semula kepada maklumat diri. Saya seharusnya memfokuskan kepada satu perkara
satu persatu kemudian membuat rumusan kecil terhadap perkara tersebut dan akhirnya barulah
beralih ke topik seterusnya supaya murid dapat memfokuskan kepada topik yang ingin
diperkatakan dan tidaklah bercampur aduk. Hal ini mungkin disebabkan saya tidak merangka
satu organisasi khas sesi yang ingin dijalankan dari permulaan sehinggalah ke penghujung.
Kesannya masa yang diambil untuk menjalankan sesi bimbingan adalah panjang dan tidak

teratur. Masa yang diperuntukkan 30-40 minit menjadi kepada 55 minit kesan daripada
pengurusan sesi yang tidak teratur.

Tetapi, segala kelemahan yang telah dikenalpasti ini akan saya jadikan pedoman untuk
memajukan diri saya sebagai seorang guru pada masa yang akan datang. Sesungguhnya
kelemahan adalah berpunca dari diri saya sendiri dan menjadi cermin kepada saya untuk terus
membina dan mencapai profesionalisme keguruan yang sepatutnya kelak.

Вам также может понравиться

  • Contoh Perancangan PDP KMR
    Contoh Perancangan PDP KMR
    Документ3 страницы
    Contoh Perancangan PDP KMR
    Zulfadhli Kamarudin
    50% (2)
  • Label Fail
    Label Fail
    Документ3 страницы
    Label Fail
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Label Nama Kelas
    Label Nama Kelas
    Документ12 страниц
    Label Nama Kelas
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Balari Lari Bukannyo Kijang
    Balari Lari Bukannyo Kijang
    Документ3 страницы
    Balari Lari Bukannyo Kijang
    Fadzir Atan
    Оценок пока нет
  • 37 Ujian Pra PKSR 1
    37 Ujian Pra PKSR 1
    Документ2 страницы
    37 Ujian Pra PKSR 1
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Edu3083 TM1
    Edu3083 TM1
    Документ8 страниц
    Edu3083 TM1
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Label Fail 2
    Label Fail 2
    Документ6 страниц
    Label Fail 2
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Eksperimen Ais Air
    Eksperimen Ais Air
    Документ3 страницы
    Eksperimen Ais Air
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Label Portfolio PPGB
    Label Portfolio PPGB
    Документ7 страниц
    Label Portfolio PPGB
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Aktiviti Inkuiri Sains
    Aktiviti Inkuiri Sains
    Документ11 страниц
    Aktiviti Inkuiri Sains
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Cerita Sang Kancil Dan Sang Rusa
    Cerita Sang Kancil Dan Sang Rusa
    Документ1 страница
    Cerita Sang Kancil Dan Sang Rusa
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Konvensional Vs Tindakan
    Konvensional Vs Tindakan
    Документ2 страницы
    Konvensional Vs Tindakan
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Tugasan 3 - Adat Perkahwinan Masyarakat Banjar
    Tugasan 3 - Adat Perkahwinan Masyarakat Banjar
    Документ11 страниц
    Tugasan 3 - Adat Perkahwinan Masyarakat Banjar
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Tugasan 2 - Upacara Pengkebumian Bugis
    Tugasan 2 - Upacara Pengkebumian Bugis
    Документ3 страницы
    Tugasan 2 - Upacara Pengkebumian Bugis
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Bulan Sains Cirikan Saya
    Bulan Sains Cirikan Saya
    Документ1 страница
    Bulan Sains Cirikan Saya
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Penghijrahan Kaum Majoriti Ke Tanah Melayu
    Penghijrahan Kaum Majoriti Ke Tanah Melayu
    Документ4 страницы
    Penghijrahan Kaum Majoriti Ke Tanah Melayu
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Aktiviti Sains
    Aktiviti Sains
    Документ1 страница
    Aktiviti Sains
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Latar Belakang
    Latar Belakang
    Документ1 страница
    Latar Belakang
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Tutorial Minggu 5
    Tutorial Minggu 5
    Документ1 страница
    Tutorial Minggu 5
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Refleksi Tajuk Minggu 1
    Refleksi Tajuk Minggu 1
    Документ3 страницы
    Refleksi Tajuk Minggu 1
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Tutorial Minggu 1
    Tutorial Minggu 1
    Документ2 страницы
    Tutorial Minggu 1
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Lembaran Kerja 1
    Lembaran Kerja 1
    Документ2 страницы
    Lembaran Kerja 1
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Teknik
    Teknik
    Документ4 страницы
    Teknik
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • JABATAN
    JABATAN
    Документ1 страница
    JABATAN
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Sads
    Sads
    Документ1 страница
    Sads
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Tugasan Kerja Kursus
    Tugasan Kerja Kursus
    Документ11 страниц
    Tugasan Kerja Kursus
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Rich Text Editor File
    Rich Text Editor File
    Документ1 страница
    Rich Text Editor File
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Pemuliharaan
    Pemuliharaan
    Документ1 страница
    Pemuliharaan
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет
  • Rasa Sayang Hey
    Rasa Sayang Hey
    Документ3 страницы
    Rasa Sayang Hey
    Zulfadhli Kamarudin
    Оценок пока нет