Вы находитесь на странице: 1из 4

Huraikan dua contoh peristiwa berdasarkan dua teknik penceritaan dalm

novel Melunas Rindu.


Berdasarkan novel yang bertajuk Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
yang telah saya kaji, terdapat beberapa teknik penceritaan yang telah
digunakan oleh pengarang.
Antara teknik penceritaan yang digunakan ialah teknik imbas
kembali. Teknik ini dapat dibuktikan melalui peristiwa ketika di persisiran
Pantai Batu Buruk, Fuad terkenang masa lampaunya. Dia terkilan kerana
semasa hayatnya, Sofia tidak tahu bahawa mereka adik-beradik. Dia juga
teringat kata-kata nista orang kampung dan dibenci oleh Mak Salmah
apabila dia pulang ke Danau Seberang tanpa membawa Sofia. Contoh
peristiwa lain yang menggunakan teknik imbas kembali ialah apabila ibu
Farhana teringat kembali akan arwah suaminya, Fakhrudin yang meninggal
dunia akibat pembengkakan pada ususnya.
Teknik seterusnya ialah teknik pemerian. Antara contoh
penggunaan
teknik
pemerian
termasuklah
ketika
pengarang
memerihalkan suasana di ruang legar balai berlepas Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pengarang memerihalkan keriuhan
suara orang ramai yang menghantar saudara mara dan rakan-rakan
menunaikan umrah di Mekkah. Selain itu, pengarang menggambarkan
kesibukan Bandar Kuala Terengganu dengan kenderaan yang bertali arus
sehingga berlaku kesesakan di jalan utama.
Teknik penceritaan yang terakhir ialah teknik monolog dalaman.
Teknik monolog dalaman ini digunakan melalui watak Fuad iaitu ketika
Fuad hendak tidur. Dia teringat akan wang yang dimasukkan oleh bapanya
ke dalam akaun simpanannya. Fuad mengucapkan terima kasih kepada
bapanya di dalam hatinya. Contoh lain ialah ketika Fuad berada di Pantai
Batu Buruk. Fuad berkata di dalam hatinya bahawa dia kakan datang ke
pantai itu lagi.

Maksud Istilah Jenis-jenis Teknik Plot


1) Teknik Pemerian : kaedah penceritaan langsung daripada pengarang sendiri. Biasanya
untuk menggambarkan perihal watak, latar dan sebagainya.
2) Teknik Dialog : Teknik yang memerlukan sekurang-kurangnya dua watak. Tema sesuatu
karya biasanya dapat dikesan melalui teknik ini.
3) Teknik Imbas Kembali : watak mengenang kembali peristiwa yang berlaku dan boleh
dilakukan menerusi khayalan, monolog, atau monolog dalaman.
4) Teknik Imbas Muka : Teknik yang digunakan untuk memberikan ramalan atau bayangan
awal tentang sesuatu peristiwa ekoran aksi-aksi daripada watak.
5) Teknik Saspen : Teknik yang menimbulkan persoalan atau tanda tanya kepada
pembaca@penonton berkenaan peristiwa yang akan berlaku kepada watak.
6) Teknik Kejutan : Perubahan mendadak yang berlaku secara tiba-tiba dalam binaan plot.
Secara kebiasaannya, kesan yang timbul daripada teknik ini berlainan dengan jangkaan
pembaca/penonton.

Teknik Plot Melunas Rindu


a) Dialog Contoh, serta-merta Fuad bingkas. "Kita ke kliniklah. Aku cari kereta dulu.
Sementara tu kau bolehlah bersiap, Masnah sekali." Begitu arahnya tiba-tiba, menjadikan
Borhan dan Masnah sedikit terping-pinga. [hal.7]
b) Pemerian Contoh, Fuad memandu kira-kira seratus meter sebelum berhenti di hadapan
sebuah masjid. Mereka keluar bersama-sama, kemudian berpisah arah. Fuad di bahagian
lelaki, Farhana pula sebaliknya. [hal 77]
c) Monolog Dalaman Contoh, "Ya Allah ya Tuhanku, tabahkanlah hati hamba-Mu ini,"
doanya tiba-tiba. [hal.181]
d) Imbas Kembali Contoh, tergamam Swee Lan. Pantas ingatannya berlabuh kepada
peristiwa lebih setahun yang lalu apabila dalam suasana gelab beginilah Joshua pulang.
Malam ini peristiwa itu ibarat sebuah siaran ulangan tetapi benar-benarkah hal itu berulang?
[hal.85]
e) Imbas Muka Contoh, moga bertahanlah dia dengan sikapnya itu, doa Cikgu Abas. Besar
harapannya untuk melihat Fuad bahagia. Bukan sedikit kegirangannya apabila melihat betapa
akrabnya Fuad dan Farhana selama ini. Mereka memang sepadan - sama cantik sama
berpelajaran, boleh berbincang dan ada kesesuaian. Kalaulah mereka ada jodoh, alangkah
bagusnya. Tentulah mereka juga akan menjadi sepasang sahabat yang baik. Jauh pula
khayalanCikgu Abas.[hal.120]
f) Saspens Contoh, dia memasukkan kad ATM-nya ke dalam mesin wang itu lalu menekan
butang penyata baki. Sebentar kemudian, angka-angka yang beberapa hari lalu telah
dilihatnya, sekali lagi tertera dengan jelas di hadapannya. Lebih dua ratus ribu ringgit! Cepatcepat kad ATM-nya dikeluarkan, tanpa membuat sebarang pengeluaran. [hal.7-8]
g) Kejutan Contoh, setelah berasa bosan duduk-duduk begitu, Fuad bangun lalu mundarmandir di hujung katil. Waktu itulah dia tertoleh kepada kad rawatan ibu Farhana yang
terletak di atas meja. Kad itu diambil oleh Fuad. Mariana? Mariana Binti Osman?
Bukankah...? [hal.180]

A) TEKNIK PLOT
Secara umumnya boleh disimpulkan bahawa perkembangan plot utama novel
Kabus di Perbukitan ini mengikut kronologi iaitu mengikut perkembangan
masa secara teratur. Faridah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan hilang
selama dua minggu. Adik kembarnya Rahayu pula menghidap kanser. Mereka
berjumpa di hospital tanpa bertentang mata. Faridah kehilangan Rahayu
kemudian ibu dan suaminya. Dia tertekan dan berhijrah ke New Zealand dan
berkahwin dengan Soleh Johnsons. 25 tahun kemudian, dia kembali ke kampung
halamannya yang dirindui selama dia berada ni New Zealand. Anaknya Melina
berkahwin dengan Benny dan berhijrah ke Malaysia. Begitu juga dengan Anne.
Dia telah berkahwin dengan Zain yang berasal dari kampung yang sama dengan
Faridah. Faridah kemudiannya menetap di Cameron Highland. Cuma terdapat
beberapa bahagian kecil imbas kembali yang membolehkan pembaca
mengetahui sejarah hidup Faridah.
Dalam novel Kabus di Perbukitan ini, terdapat beberapa teknik plot yang
digunakan oleh pengarang menjadikan novel ini lebih menarik walaupun plotnya
mengikut kronologi. Terdapat tiga teknik plot utama dalam novel ini. Teknik plot
pertama yang dapat dikesan dalam novel ini adalah teknik imbas kembali.
Pengarang meneritakan beberapa peristiwa kecil di beberapa tempat sepanjang
plot novel ini. Antara teknik imbas kembali yang terdapat dalam novel ini ialah
imbas kembali kisah pertemuan Mejar (B) Kamarudin dengan Salmah di Calet
Seri Buana di Pengkalan Balak. Pertemuanini membawa mereka ke jinjang
pelamin. Tidak lama kemudian Mejar (B) Kamarudin berkenalan dan berkahwin
pula dengan Hamidah ketika bertugas di Pengkalan Hulu dan seterusnya
mengambil Rahayu tinggal bersamanya. Selain daripada itu pengarang
menggunakan teknik imbas kembali untuk menceritakan peristiwa pertemuan
Salmah dengan Rahayu ketika Rahayu dihantar oleh Mejar (B) Kamarudin ke
rumahnya. Rahayu ingin pulang dan merasai kehidupan dengan ibu yang selama
ini dirinduinya. Tubuh Rahayu yang begitu kurus menambahkan lagi rasa sayu
Salmah terhadap anaknya itu. Dia sedih dengan penderitaan yang dialami oleh
Rahayu. Salmah juga menyediakan kuih ibu ketuk kegemaran Rahayu.
Pengarang juga menyelitkan sedikit teknik imbas muka dalam novel ini.
Antaranya imbas muka yang dibayangkan oleh Faridah saat van yang
dipandunya tidak dapat dikawal lagi dan akan terjunam ke dalam gaung. Dia
membayangkan keadaan dan perasaan ibunya menerima jenazahnya nanti. Dia
membayangkan perasaan ibunya penuh sayu. Demikian juga imbas muka yang
dibayangkan oleh Rahayu semasa dia berada di hospital apabila dia mengetahui
pesakit bersebelahan katilnya telah meninggal dunia. Apabila dia melihat katil di
sebelahnya dikemaskan oleh jururawat, dia juga membayangkan katilnya akan
dikemaskan demikian rupa suatu hari nanti. Semasa katilnya dikemaskan, orang
di sebelah katilnya pula akan akan merasa seperti apa yang dia rasakan ketika
itu. Imbas muka juga terdapat pada halaman 53 apabila Rahayu membayangkan
hubungannya dengan Azrul. Rahayu membayangkan kepada Azrul bahawa cinta
mereka akan menjadi kenangan yang indah bagi Azrul. Dia tidak akan mempu
melalui semua sesi rawatan yang disediakan. Dia akan pergi juga pada satu hari
nanti.

Selain daripada teknik di atas, pengarang juga menggunakan sedikit teknik


suspens dalam novel ini. Pembaca berasa suspens dengan peristiwa
kemalangan jalan raya yang dialami oleh Faridah kerana Faridah didapati hilang
dan tidak dapat dijejaki oleh pesukan pencari dan penyelamat. Perasaan suspens
juga dirasai oleh watak dalam novel seperti Ghazali, Sarjan Yusoff dan lain-lain.
Pelbagai andaian telah dibuat tentang kehilangan Faridah dan Iqbal termasuklah
kemungkinan angkara binatang buas dan komunis. Perasaan suspens terus
dirasakan sehinggalah Faridah dan Iqbal ditemui oleh Mejar (B) Kamarudin di
perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Selain daripada itu pembaca juga
berasa suspens terhadap pertemuan Rahayu dengan Faridah. Rahayu sedang
menderita kerana kanser dan Faridah pula hilang di dalam hutan. Dalam keadaan
itu, apakah mereka sempat bertemu sebelum Rahayu menghembuskan nafas
terakhirnya. Persoalan itu terjawab apabila Rahayu dapat menatap wajah Faridah
di hospital sebelum Rahayu meninggal dunia.
Teknik kejutan juga digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Pengarang
menggunakan teknik ini dalam persitiwa yang melibatkan Melina dan Benny. Satu
kejutan apabila Benny meninggalkan rumahnya secara tiba-tiba setelah
menerima satu email yang mengejutkan. Peristiwa itu membentuk satu anak plot
dalam novel ini. Pembaca juga terkejut apabila mendapati Benny terlibat dengan
kegiatan haram dan pengganas yang diwakili oleh Mohamed Attar. Dia melarikan
diri dan akhirnya mendapat perlindungan kerajaan Dubai. Pembaca juga
mengalami kejutan apabila Rahayu meninggal dunia di sisi Faridah. Pembaca
berasa demikian kerana mereka tidak sempat bertemu dan melepaskan rindu
yang sekian lama terpendam. Mereka hanya bertemu di alam psikik yang
memberikan isyarat mereka akan berpisah. Pembaca tidak menyangka mereka
akan berpisah begitu cepat seperti itu.
Satu lagi teknik menarik yang digunakan oleh pangarang dalam novel ini ialah
teknik mimpi atau teknik bawah sedar. Teknik ini digarapkan oleh pengarang
melalui watak Faridah. Melalui teknik ini pembaca didedahkan dengan kisah atau
peristiwa semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Semasa Faridah dan
Oqbal sesat di dalam hutan, mereka telah sampai ke Bukit Kutu dan bermalam di
rumah Tuan Cecil Renking. Dia menikmati pemandangan dan suasana rumah
percutian pegawai Inggeris di sana dengan keadaan dingin dan berkabus.
Sebenarnya kawasan rumah rehat itu sudah ditinggalkan dan hanya terdapat
tapak bangunan sahaja. Semasa Faridah berhalusinasi atau mengembara di
bawah sedar juga, dia telah pergi ke pekan Sungai Kubu. Di situ Faridah telah
menyaksikan aktiviti melombong dan mengangkut bijih timah serta aktiviti
perniagaan yang dipelopori oleh kaum Cina dan Melayu. Dia juga dalam
menyaksikan kegiatan penagihan candu dalam kalangan pelombong Cina.

Вам также может понравиться