Вы находитесь на странице: 1из 15

CABARAN DAKWAH DI MALAYSIA

Cabaran Dakwah Di Malaysia


1.0

PENDAHULUAN
Agama Islam adalah agama anutan kedua yang terbesar di dunia
selepas agama Kristian. Pada masa kini bilangan umat Islam telah mencecah seramai 2 billion di
seluruh dunia sama ada di 78 buah Negara Islam dan Negara-negara lain. Agama Islam agak
berbeza dengan agama-agama lain di dunia kerana ia adalah satu sistem hidup yang merangkumi
segala aspek kehidupan. Ajarannya meliputi aspek Aqidah (kepercayaan), Syariah(peraturan)
dan Akhlak (Etika). Ajaran Islam juga menghendaki penganutnya melakukan segala aspek
kehidupan dunia mengikut cara-cara yang diredhai oleh Allah SWT. Perbezaan agama Islam
dengan agama-agama lain ialah agama-agama lain di dunia hanya mempunyai unsur kepercayan
dan akhlak. Terdapat juga agama yang mempunyai akhlak dan prisip-prinsip hidup yang luhur
tetapi tidak mempunyai syariat atau peraturan hidup yang menyeluruh.
Aspek-aspek syariat yang menyeluruh inilah yang menyebabkan agama Islam agak
berbeza dengan agama-agama lain. Selain dari itu aspek kandungan dalam aqidah Islam juga
agak berbeza kerana konsep ketuhanannya dan perkara-perkara ghaib seperti konsep pahala dan
dosa, hari pembalasan, syurga dan neraka, alam kubur dan lain-lain lagi. Agama Islam
diturunkan kepada manusia adalah untuk dijadikan panduan hidup bagi kebaikan dunia dan
akhirat. Bagi tujuan tersebut Allah SWT telah menurunkan Al Quran sebagai sumber rujukan
dan hadis sebagai mengukuhkan apa yang dijelaskan dalam
al Quran sebagai mana firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 1-2 yang bermaksud:
Alif, Lam, Mim, demikianlah kitab Al Quran itu yang tiada ragu-ragu lagi (isinya), menjadi
petunjuk kepada orang-orang yang beriman.

2.0

Islam Di Malaysia
Menurut Dr. Mahathir Mohammad dalam ucapannya bertajuk islam dan Umat Islam ,
(Hashim Makarudin.(2003) Islam sebagai ad-din menawarkan satu pakej kehidupan yang

lengkap untuk kesejahteraan dan kebahagiaan manusia.

Penelitian terhadap sejarah

perkembangan Islam memperlihatkan bahawa Islam telah membawa satu tamadun baru kepada
manusia, iaitu dari kehidupanjahilli kepadakehidupan Islami yang sarat dengan nilai-nilai moral
kehidupan. Islam sudah tersebar di Malaysia sejak 900 tahun dahulu, dan asal keturunan orang
melayu adalah tidak beragama Islam dan mereka mengamalkan kepercayaan animism,
hinduisme dan Buddiesme. Di Semenanjung Arab juga orang jahilliah yang menyembah berhala
memeluk Islam lebih dari 1,400 tahun yang lalu. Bermula dari situ umat Islam di seluruh dunia
menerima Islam melalui cara yang berbeza, sesetengahnya melalui penakhlukan, tetapi ramai
yang memeluk Islam kerana melalui contoh tingkah laku dan kejayaan orang Islam yang datang
ke tempat mereka. Namun kita orang melayu di Malaysia tidak dijajah atau dipaksa dalam apa
cara sekalipun. Orang-orang melayu memeluk Islam melalui pedagang-pedagang yang datang
dari Hadramaut. Pedagang-pedagang ini merupakan orang yang berilmu bukan sahaja dalam hal
ehwal agama malah dalam bidang perubatan, geografi dan matematik. Sebagai orang Islam
mereka bukan sahaja warak menjalankan ibadah wajib tetapi mereka juga baik hati dan pemurah,
tidak sombong dan tidak suka menindas seperti orang Barat yang datang terdahulu ke Tanah
Melayu. Mereka benar-benar orang baik yang mengambarkan ajaran sebenar Islam yang
akhirnya mereka berjaya mempengaruhi Sultan Melaka agar menerima Islam dan seterusnya
rakyat jelata juga memeluk Islam.
Seandainya orang Islam pertama yang tiba di Tanah Melayu ialah orang jahil atau
tergolong dalam Mazhab Islam yang lain, selalu bergaduh, berbunuhan sesama sendiri, walaupun
bersembahyang dan berpuasa, nenek moyang kita mungkin telah menolak Islam dan
bayangkanlah apakah agama yang mungkin kita orang melayu di Malaysia akan anuti. Kita
bersyukur kerana kita masih lagi berpegang teguh dan komited kepada Islam hingga ke hari ini.
Kemajuan orang melayu selepas memeluk Islam adalah kerana disebabkan oleh Islam
sebagai cara hidup. Pada umumnya tamadun melayu dan kemajuan dalam seni dan sains, dalam
sistem kerajaan, konsep keadilan dan peraturan undang-undang, merupakan hasil daripada usaha
mematuhi ajaran Islam. Dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) meletakkan Agama
Islam sebagai Agama rasmi Negara

3.0

Dakwah
Dakwah adalah usaha membawa manusia kepada agama Allah. Ia
meliputi proses menyampai, mengajak atau menyeru manusia mengenali, menerima dan
menghayati Islam yang dilaksanakan melalui kaedah, teknik dan pendekatan tertentu. Kegiatan
dakwah boleh dilakukan dlam pelbagai bentuk, Islam tidak menghadkan para pendakwah
mengunakan medium tertentu dalam proses dakwah malah mereka digalakan mengunakan
medium terbaik mengikut kesesuaian zaman dan keberkesanan dakeah kepada sasarannya.
Galakkan berdakwah terbuka kepada seluruh umat Islam seperti sabda Rasullah SAW;
Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat dan ceritakanlah riwayat daripada Bani
Israel dan sesiapa mendustai aku dengan sengaja, disediakan tempat baginya daripada api
neraka. (Riwayat al-Bukhari)
Menurut Dr. Mahathir Mohammad juga (Hashim Makarudin, 2006) Dalam sejarah
Islam sudah jelas menceritakan bahawa dakwah Islam adalah khusus untuk menyebarkan ajaran
Islam di kalangan orang bukan Islam dan bertujuan untuk menambah lebih ramai lagi pengikut
agama ini. Kita berbincang dalam kontek Malaysia hari ini yang mempunyai masyarakat
berbilang kaum ataupun masyarakat majmuk. Walau bagaimanapun, apabila kita bercakap
tentang dakwah hari ini, kita nampaknya membataskannya kepada menyebarkan ajaran agama
ini kepada golongan orang Islam sahaja, yakni orang yang telah beragama Islam. Nampaknya
sekarang dakwah hanya semata-mata untuk mengajar umat Islam tentang agamanya tanpa ada
niat langsung untuk menyebarkannya di kalangan orang bukan Islam. Ada masanya kita seperti
tidak mengambil kisah jika semasa berdakwah kepada umat Islam, kita secara tidak sengaja
mengwujudkan imej Islam yang menyebabkan orang bukan Islam meluat kerana kita
melakukannya dengan sifat bermusuhan yang keterlaluan dengan mereka yang bukan Islam dan
kita terlalu memuliakan diri kita.
Mungkin kita tidak perlu ambil peduli apa pendapat orang bukan Islam tentang kita
selagi kita percaya bahawa kita melahirkan orang Islam yang baik. Jika kita tidak ambil berat
tentang perkara ini, sudah pasti kita menolak perintah agama untuk menyebarkan agama Islam,
iaitu menyebarkan agama kepada yang bukan Islam. Bayangkanlah berapa ramai umat Islam
yang mungkin ada pada zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman ini jika Nabi Muhammad

SAW tidak mempedulikan mereka yang belum memeluk Islam. Orang melayu telah memeluk
Islam sejak 900 tahun dahulu. Mereka memeluk Islam kerana pedagang-pedagang Arab dan
India yang beragama Islam datang ke persisir pantai Negara kita dan telah bersusah payah
menerangkan tentang Islam kepada nenek moyang kita dan akhirnya ramai orang melayu
memeluk Islam secara sukarela. Sekiranya pedagang-pedagang Arab dan India ini hanya
melaksanakan kewajipan fardhu ain dan hanya mementingkan ibadat mereka sahaja dan tidak
mempedulikan kesannya terhadap orang melayu tidak yang beragama Islam, orang melayu pada
hari ini tidak akan menjadi orang Islam.
Oleh yang demikian, begitulah halnya dengan kedudukan orang bukan Islam sekarang,
kita tidak sepatutnya mengabaikan kesannya terhadap mereka apabila kita berdakwah di
kalangan kita. Kita mungkin tidak dapat menarik mereka memeluk Islam tetapi pastinya adalah
lebih baik jika mereka memahami agama kita daripada menyimpan rasa syak dan takut kerana
tidak mengetahui dan memahami keindahan dan kebenaran agama Islam. Tentu kita masih ingat
kisah Bilal seorang hamba kulit hitam yang mula-mula memeluk Islam disebabkan kebaikan
Nabi Muhammad SAW dan orang Islam terhadap golongan hamba abdi dan ia telah
menyakinkan Bilal untuk menerima Islam.
Bentuk dakwah terbaik adalah dengan menunjukkan melalui amalan tentang kebaikan
Islam, tolak ansur dan simpati kepada mereka yang kurang bernasib baik sesama Islam dan juga
kepada yang bukan Islam. Bagi orang yang beriman ganjaran dan balasan hidup sesudah mati
lebih bermakna.

Inilah yang benar-benar dimaksudkan dengan Dakwah Bil Hal iaitu

berdakwah melalui perbuatan yang nyata. Ia bukan setakat berbuat baik kepada orang lain
seperti menolong orang miskin dan sebagainya tetapi ia juga mesti menunjukkan yang Islam
sebenarnya bukan penghalang kemajuan dunia. Islam adalah agama kemajuan iaitu maju dalam
segala bidang sepertimana di zaman kegemilangan dan keagungannya dahulu.
Kualiti dan kesempurnaan ilmu agama Islam penting kepada ummah dan kualiti dan
tingkah laku ummah juga sama penting dalam dakwah. Oleh itu kita tidak boleh mementingkan
diri sendiri kerana kita mempunyai tanggungjawab yang besar kepada ummah dan orang bukan
Islam. Jika kita selalu melakukan apa yang benar dan menjauhi apa yang salah sudah pasti orang
bukan Islam pun akan menghormati agama kita dan diri kita. Mungkin kita terlupa bahawa Al
Quran ada menyatakan bahawa kita tidak boleh mengutuk orang lain sebagai tidak cukup Islam

kerana mungkin kita yang tidak cukup Islam berbanding mereka. Kita terlupa yang Allah SWT
telah memerintahkan dalam Surah An Nahl, ayat 125, yang bermaksud;
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) sengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan
cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang
yang sesat dari jalan Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat
hidayah dan petunjuk.
3.1

Asas Utama Dakwah


Islam adalah ad-din yang berintikan iman dan amal, tiga elemen asas yang dirangkumi
dalam Islam adalah Aqidah, Syariah dan Akhlak.

3.1.1

Aqidah
a)

Ialah inti dan hakikat sebenar kepada dakwah. Aqidah ialah pegangan, keimanan dan
kepercayaan. Ajaran Islam mempunyai unsur kepercayaan yang kuat. Unsur kepercayaan utama
adalah rukun iman. Dalam rukun iman tersebut semua penganut Islam dimestikan percaya dan
yakin dengan adanya Allah sebagai Tuhan yang satu dan mempunyai 20 sifat wajib bagi Tuhan
serta 99 nama yang mengandungi sifat-sifat kesempurnaannya. Allah sebagai Tuhan yang
mengawal seluruh alam.

Rukun iman juga menghendaki penganutnya penganutnya

mempercayai adanya malaikat yang mempunyai tugas-tugas tertentu dalam mematuhi arahan
Allah, juga mempecayai rasul-rasul dan nabi-nabi sebagai utusan Allah. Percaya kepada kitabkitab ketuhanan seperti Taurat, Injil, Zabur dan Quran. Kepercayan kepada hari akhirat serta
qadak dan qadar.
3.1.2

Syariah
Syariat adalah cara-cara beribadat, asas-asas kehidupan bermasyarakat, undang-undang, hukumhukum jenayah dan sempadan-sempadan antara yang halal dan haram.
Syariah boleh dibahagikan kepada ibadat dan muamalat. Ibadat membawa maksud pengabdian.
Manusia adalah hamba abdi dan Allah adalah tempat pengabdiaannya. Ibadat khusus menitik
beratkan aspek-aspek praktikal tentang penyembahan kepada Allah iaitu hubungan manusia
dengan Allah sedangkan muamalat menitikberatkan tentang kehidupan manusia dan juga
hubungan manusia dengan manusia.

3.1.3 Akhlak
Akhlak pula menekankan tentang perangai, sikap dan etika kerja. Dengan akhlak yang mulia,
seorang muslim melakukan tindakan secara praktikal. Akhlak Islam ialah akhlak antara manusia
dengan Tuhan, manusia sesama manusia dan manusia dengan makhluk lain. Untuk melahirkan
contoh keperibadian yang terbaik melalui perbuatan yang terpuji.
3.2

Rukun dakwah
3.2.1

Pendakwah ( Dai)

a)

Mempunyai Ilmu sebelum berdakwah

b)

Mempunyai niat yang ikhlas

c)

Baik tingkah laku

d)

Berhikmah ketika berdakwah

e)

Bersabar selepas berdakwah

f)

Bersemangat juang dan berkorban

3.2.2
a)

Sasaran atau penerima dakwah (Madu)


Golongan atasan atau elitDengan golongan ini kita perlu menyediakan bukti-bukti dan contoh-contoh yang logik
berdasarkan penglaman, sejarah dan bukan rekaan.

b)

Golongan kebanyakkan
Dengan golongan ini perlu didekati dengan penuh dengan hikmah aitu dengan merendah diri,
bersopan dan jauhkan sifat sombong atau bongkak.

c)

Golongan penentangGolongan ini munkin terdiri dari orang yang bukan Islam atau mereka yang memusuhi Islam
maka berdebatlah dan berhujah dengan cara yang baik bersandarkan ilmu-ilmu yang telah
dipelajari.

3.2.3

Objek dan topik dakwah


Apa yang disampaikan kepada kepada sasaran adalah melalui asas akidah, syariah dan akhlak

3.2.4

Cara dan teknik dakwah

a)

Penuh hikmah

b)

Berperingkat-pringkat
c) Baik serta pelbagai cara
Contoh terbaik adalah cara yang tunjukan oleh Rasullah.
3.2.5

Cara penyampaian (wasilah)

Dakwah boleh disebarkan dalam pelbagai cara dan bukan terikat dengan berceramah di Masjid
atsu surau-surau sahaja tetapi juga melalui media cetak, media elektronik , internet dan
sebagainya.
(Yayasan Dakwah Islamiah, 2011)
4.0

Cabaran dakwah
Menurut Abdul Ghafar Don dan Zaleha

Mohd Ali.(2008)

dalam buku

mereka Dakwah Dan Cabaran menjelaskan globalisasi merupakan sebahagian daripada bentuk
neokolonialsme dengan membawa bersama-sama nilai-nilai dan budaya baru, telah meresapi dan
mula bersebati dengan kehidupan masyarakat muslim kini. Nilai-nilai dan budaya baru ini
kelihatan dalam bentuk makanan, pakaian, cara berfikir serta gaya hidup orang Islam di
Malaysia. Nilai dan budaya baru ini secara disedari telah menjadi racun kepada usaha-usaha
membina khaira ummah (umat terbaik). Selain dari itu bersama-sama globalisasi juga muncul
cabaran-cabaran yang lebih besar seperti:
4.1

Islamophobia
Dewasa ini kita dapat menyaksikan bagaimana pihak Barat mengunakan media bagi

mengecam orang Islam dan Negara-negara Islam dengan pelbagai istilah.

Mereka

mengambarkan Islam sebagai penghalang kepada kemajuan dan kerana itulah masyarakat Islam
dilihat sebagai fundamental dan konsevertif. Istilah-istilah ini kemudian menjadi lebih keras
dan kasar sehingga menampakkan setiap tindakan yang diambil oleh orang Islam sebagai
menakutkan. Atas rasa takut itulah mereka mencipta perspektif Islamophobia yang dikaitkan
dengan keganasan, pembunuhan, rampasan kuasa dan lain-lain jenayah.
Bila membicarakan tentang Islamophobia, definisi yang mudah untuk difahami ialah
rasa bimbang, takut atau gerun dan benci terhadap Islam samada pada penganutnya, ajarannya,

budayanya dan segala yang berkaitan tentang Islam. Ia merupakan agenda Barat yang
diperkenalkan 10 tahun yang lalu selepas peristiwa 11 September 2011. Kekuatan politik dan
media Barat berjaya menyerapkan Islamophobia kepada masyarakat Barat malahan ke seluruh
masyarakat dunia sehingga umat Islam sendiri mula dimomokkan dengan keburukan yang direka
reka tentang Islam yang dilabel oleh Barat sebagai terrorist atau pengganas. Masyarakat yang
sudah termakan dengan momokan ini sudah membentuk persepsi sendiri sehingga melihat
pakaian yang digunakan oleh sebahagian masyarakat Islam sebagai menakutkan atau ditafsirkan
mempunyai kaitan dengan penjenayah. Begitu juga dengan menara masjid yang melaungkan
azan dilihat sebagai faktor yang mendorong kepada keganasan

Perspektif salah ini semakin

berkembang dalam masyarakat Barat sehingga ada Negara berusaha mengubal undang-undang
bagi melarang apa sahaja unsur yang boleh dihubungkan dengan Islam.
Islamophobia yang menyerang umat Islam di Malaysia pula boleh diperincikan seperti
penyebaran berita negatif tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam menyebabkan mereka
mula bersifat pesimis pada Islam dan penganutnya. Masyarakat bukan Islam dimomokkan
dengan Islam sebagai penganas (terrorism), hukum hudud digambarkan sebagai hukuman yang
kejam dan bercanggah dengan hak asasi manusia, laungan azan dan bacaan Al Quran dari
masjid-masjid menjadi sesuatu yang menggangu ketenteraman awam dan pelbagai lagi isu-isu
yang dapat kita ikuti dari media massa. Secara tidak langsung organisasi yang menjalankan
dakwah juga terkena tempias impak negatif hasil dari isu keganasan yang semakin meruncing.
Ini kerana mereka akan mengalami kesulitan dan kesukaran untuk menyebarkan ajaran Islam
kerana mentaliti masyarakat sudah berubah sedikit demi sedikit tentang ajaran Islam yang
sebenar.
4.2

Hedonisme
Kemajuan negara dan kecanggihan teknologi di negara ini telah menimbulkan banyak

kontroversi yang melibatkan golongan muda antaranya budaya dan gaya hidup yang lebih
bertuhankan kepada hiburan dan bernafsukan kebendaan. Hedonisme merupakan satu doktrin
bagi golongan Ateis yang meletakan keseronokan, kegembiraan dan kelazatan sebagai matlamat
hidup. Budaya ini juga merupakan salah satu budaya negatif yang berjaya meresap masuk ke
dalam kehidupan umat Islam. Konsep hedonisme ini lebih menekankan kepada kebebasan,
keseronokan manusia yang lebih bertuhankan hiburan. Fenomena ini dapat dibuktikan melalui

pengaruh penampilan fizikal, tutur kata, tindakan dan amalan majoriti remaja pada masa ini.
Tiada lagi jatidiri seorang bangsa melayu apatah lagi tingkahlaku seorang muslim. Terlalu
banyak contoh pemikiran hedonism ini menular dalam pemikiran masyarakat terutamanya
generasi muda. Salah satu buktinya ialah keghairahan dan kegilaan generasi muda terhadap
bidang nyanyian. Hal ini terjadi apabila berlaku lambakan program realiti televisyen untuk
mencari bakat-bakat baru yang mana program-program reality ini dicedok bulat-bulat dari negara
Barat tanpa diberi pertimbangan oleh pihak yang berkenaan. Lebih malang lagi programprogram berkenaan mendapat tajaan daripada syarikat-syarikat korporat manakala programprogram yang bersifat ilmiah dan bersandarkan ilmu tidak mendapat sambutan dan penajaan
sedemikian rupa.

Sebagai contohnya rancangan-rancangan realiti TV seperti Akademi Fantasia,

Malaysian Idol, Mentor dan pelbagai lagi program telah berjaya menarik jutaan penonton dan
ribuan peserta menonton dan menyertai program realiti tersebut.
Gejala social
Apaila berdepan dengan kemajuan yang berteraskan zaman alaf siber, teknologi
moden dan canggih, pastinya telah mengheret generasi muda untuk sama-sama berada didalam
zon berkenaan dan terus terjebak dengan kemelut sosial dan terjerumus dalam lembah kerosakan
akhlak dan akidah. Fenomena mengenai pergaulan bebas budaya lepak, gangsterism, rempit,
bohsia, seks bebas di kalangan generasi muda bukanlan sesuatu yang baru dalam masyarakat alaf
baru ini. Malah ia di anggap sebagai satu adat atau budaya bagi mereka yang hidup di Bandarbandar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh mereka bermula dengan membuang masa dengan
melepak, berpasang-pasangan , berhibur, minum arak, dadah dan mengamalkan seks bebas,
suka mencetuskan pergaduhan, mengganggu ketenteraman awam sehingga meninggalkan impak
seperti vandaisme, pemuangan bayi, disingkirkan dari sekolah dan institusi pengajian tinggi ,
masuk penjara dan lain-lain lagi.
Senario ini kini dapat dilihat dan betapa semakin seriusnya masalah ini melanda
golongan muda masa kini. Ia member impak yang besar terhadap akidah dan akhlak golongan
muda di Malaysia ini. Yang pastinya ini juga merupakan strategi Barat untuk mempengaruhi dan
merosakkan generasi umat Islam. Dalam kontek dunia alaf baru ini, masalah budaya hedonism
ini kian meruncing melibatkan penularan pengedaran dadah, penyalahgunaan pil-pil khayal dan
pelacuran dalam klangan generasi muda. Tanpa pengawasan dan kawalan yang ketat, gejala ini

menjadi gejala yang dianggap sebagai budaya yang biasa bagi manusia yang hidup dalam dunia
cosmopolitan tanpa mengambil kira sensitivity ugama.
4.3

Ajaran sesat
Kesan dan akibat daripada ketaksuban kepada agama boleh menimbulkan bibit-bibit

penyelewangan dari pelbagai sudut. Ajaran sesat boleh didefinasikan sebagai sebarang ajaran
atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau orang bukan Islam yang mendakwa ajaran atau
amalan mereka adalah ajaran Islam yang sebenar sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang
dibawa itu bertentangan daripada Islam yang berdasarkan Al Quran dan Al Sunnah. Dalam erti
kata lain ajaran sesat bermaksud ajaran yang bertentangan dengan dasar Islam khususnya dalam
soal akidah sehingga kepada perkara haram.
4.3.1
a)

Ajaran sesat boleh dilihat dengan:

Mempercayai sesuatu selain daripada Allah dengan mempercayai manusia sebagai tuhan atau
anak tuhan

b)

Mempercayai benda-benda yang mempunyai semangat, kekuatan dan kuasa ghaib seperti kubur
keramat, pohon kayu, keris-keris, pedang dan tangkal azimat.

c)

Mengubah dua kalimah syahadah dengan nama guru sesat.

d)

Mempercayai wujudnya Nabi selepas Nabi Muhammad SAW

e)

Memutar belitkan Al Quran dan hadis

f)

Mempercayai kuasa lain seperti makhluk halus.


4.3.2

a)

Antara ajaran yang muncul di Malaysia ialah

Ajaran Ahmadiyyah @Qadani


Di pelopori oleh Mirza Ghulam Ahmad yang mendakwa dirinya Imam Mahdi
b) Ajaran Ayah Pin
Pengasas di kenali sebagai Ayah Pin atau Muhammad Ariffin ajarannya dari kesinambungan
ajaran Hasan Rimau atau ratib kuat. Menganggap dirinya tuhan
c) Al Arqam
Diasaskan oleh Ashaari Muhammad yang dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah
mendakwa dirinya dari keturunan Bani Thamim yakni satu rumpun dengan Rasullah SAW.

Terdapat bepuluh-puluh lagi ajaran sesat yang telah muncul di Malaysia samada yang telah di
ambil tindakan atau masih dalam perhatian Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.
Keadaan ini amat membimbangkan golongan alim ulama kerana ia melibatkan aqidah
dan kepercayaan individu terhadap pegangan yang dianutinya. Tanpa pengawalan dandan
pemantauan yang sewajarnya menyebabkan masyarakat semakin leka dan lalai dengan
kemunculan ajaran sesat yang kini ibarat Bagai cendawan tumbuh selepas hujan.. atas
kepentingan hawa nafsu dan kebendaan, terdapat golongan yang mengambil kesempatan
menggunakan nama Islam. Berdasarkan rekod terkini oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), lebih 155 kumpulan ajaran sesat telah difatwa dan
diwartakan. (Kosmo,2006:6.)
4.4

Murtad
Semua kita tahu bahawa usia Kristianisasi di Malaysia sudah lama bermula sejak

awal era penjajahan pada tahun 1511M di mana askar-askar Portugis datang dengan membawa
paderi-paderi yang ingin menyebarkan Kristian di tanah air kita. Isu pengistiharan gadis melayu
Nor Aishah Bokhari yang mengaku memeluk kristian katolik dan mengikrarkan surat akaun di
hadapan seorang pesuruhjaya sumpah pada 22 Oktober 1997 merupakan salah satu peristiwa
murtad yang berlaku pada umat Islam di Malaysia. Menyingkap sejarah moden kita menemui
nama-nama seperti Natrah,, Jamaluddin Othman dan Lina Joy yang telah menggegarkan sensiviti
umat Islam.
Murtad boleh didefinisikan dari sudut bahasa sebagai menolak, dan berpaling. Menurut
istilah juga murtad boleh diertikan dengan masuknya seorang muslim ke agama kafir ataupun
apabila seorang muslim meninggalkan agama Islam dan kemudiannya mengganut agama lain.
Menurut satu kajian dan perangkaan yang dibentangkan oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharum,
Menteri di Jabatan Perdana di Parlimen, Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan
untuk menukar status ugama Islam dari tahun 2000 hingga 2010. Perangkaan juga menunjukkan
sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan
4.4.1

Sumber : Menteri Di Jabatan Perdana Menteri


KES MURTAD

NEGERI
SABAH
NEGERI SEMBILAN
SELANGOR
W. PERSEKUTUAN
PERAK
PULAU PINANG
MELAKA
PAHANG
JOHOR
KEDAH
PERLIS
SARAWAK
TERENGGANU
KELANTAN

PERMOHONAN
238
172
99
56
47
36
12
8
8
5
3
1
1
-

LULUS
67
33
10
12
1
3
7
1
1
-

Senario murtad yang terjadi dalam kalangan umat Islam sebenarnya sudah menjadi
barah yang serius, namun di sebabkan kurang penonjolan menyebabkan ia berlaku secara senyap
tetapi makin bertambah dari hari ke hari. Ia menjadi serius kerana ia melibatkan aqidah manusia
yang pada asasnya dilahirkan dan dibesarkan sebagai orang Islam. Tidak dinafikan yang murtad
juga terjadi pada zaman Rasulallah SAW. Murtad berbahaya dan Kristianisasi juga berbahaya
kerana ia merupakan kesinambungan daripada serangan peperangan salib ke atas umat Islam
secara halus. Kita percaya bahawa ini adalah hasil dan natijah dan di belakangnya tentu ada
perancangan yang tersusun rapi untuk mengkristiankan dan mengeksploitasi kebebasan
beragama di dalam perlembagaan dan di atas nama hak asasi manusia. Tanpa kita sedari
sebenarnya mereka menggunakan peruntukan perlembagaan dan hak asasi manusia untuk
mencucuk jarum permusuhan dan merosakkan akidah umat Islam.
4.4.2

Terdapat dua tujuan utama gerakan Kristianisasi.

a)

Pertama, memasukkan orang Islam ke dalam agama Kristian.

b)

Kedua, menjauhkan orang Islam daripada agama Islam.

Pelbagai wasilah digunakan antaranya pendidikan, penyiaran, aktiviti kemasyarakatan dan


kesihatan. Beratus buah sekolah didirikan, pelbagai akhbar diterbitkan dan banyak aktiviti
kemasyarakatan dijalankan dalam menjayakan matlamat mereka.

Pada hari ini, gerakan Kristianisasi berselindung di sebalik alasan kebebasan beragama.
Sebenarnya tindakan mereka terang-terangan telah melanggar peruntukan perlembagaan di
dalam Perkara 11 (4) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti mengajak orang Islam keluar
daripada agama itu. Di dalam perlembagaan tercatat bahawa setiap orang mempunyai hak untuk
menganut dan mengamalkan ajaran agama masing-masing tetapi undang-undang Persekutuan
boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara
penganut Islam. Ini bermakna wujud larangan penyebaran agama selain Islam terhadap
penganut agama Islam. Jadi pihak kepimpinan Islam perlu menangani perkara ini daripada
perspektif yang betul. Ia bukan soal kebebasan beragama tetapi merupakan agenda antarabangsa
yang bersifat penjajahan.
5.0.

Penutup
ADVERTISEMENT
Banyak lagi cabaran-cabaran dakwah yang boleh kita bangkit seperti isu globalisasi dan

ledakan teknologi maklumat begitu juga dengan perpecahan parti-parti politik Islam melayu
kepada beberapa kumpulan yang mana ia amat menyukarkan penyebaran dakwah kerana orang
melayu amat taksub kepada pemimpin-pemimpin mereka dan secara langsung berlaku
perpecahan antara umat Islam di Malaysia yang menunjukan kelemahan dan kebodohan kita
kepada bangsa asing. Bagaimana kita hendak berdakwah dan menarik bangsa asing ini kedalam
agama Islam sedang kita sendiri tidak menunjukkan semangat persaudaraan Islam yang sebenar.
Kita hanyut dan leka dan megah dengan kuasa politik yang kononnya masih di tangan kita tetapi
fikiran telah diserang sedikit-demi sedikit lalu memesongkan aqidah kita dari jalan yang sebenar
iaitu jalan Islam.
Daripada cabaran-cabaran di atas dapatlah kita simpulkan yang kekuatan akidah
masyarakat Islam di Malaysia terutama golongan muda masih rapuh begitu juga golongan tua
yang kurang ilmu pengetahuan, kurang matang dan tidak pandai menilai yang mana benar dan
yang mana salah yang membawa kepada terlalu mudah untuk di pengaruhi oleh budaya dan
dakyah asing. Masalah keruntuhan akhlak dan buta aqidah ini perlu ditangani secara bersepadu
dan berhemah oleh semua pihak. Pihak berkuasa, keluarga, institusi ugama, pertubuhan bukan
kerajaan(NGO) dan masyarakat sekeliling perlu memainkan perana penting bagi menangani
masalah ini.

Disinilah peranan para pendakwah akan bermula sekali lagi bagi merungkaikan,
menjelaskan dan memperbaiki masalah akhlak dan aqidah masyarakat Malaysia. Pendekatan
yang berhemah dan bererusan juga penting bagi keberkesanan dakwah. Pengukuhan aqidah,
ibadah dan akhlak boleh diterap kepada umat Islam melalui undang-undang dan pendidikan.
Tidak kiralah sesiapa saja yang bergelar pendakwah kerana dakwah ke jalan Allah merupakan
satu-satunya jawatan yang perlu diisi tanpa ada tarikh tutup dan jumlah pengambilan. Bukan
masanya lagi umat Islam bertelagah mencari cara terbaik untuk mengekang gejala ini. Jangan
biarkan dunia dan Negara kita terbiar begitu sahaja yakni kosong dari sebarang dakwah yang
mengajak kepada kebenaran, sedangkan dakyah jahat yang sentiasa bergerak dan berkembang
membawa kita kepada kesesatan dan kebatilan .ung. Ia datang dalam pelbagai bentuk dan cara
sehingga kita terleka dan tidak mampu menilai kebenaran dan kebatilan.
Maka kalau umat Islam bersedia untuk bangkit dan melibatkan diri dalam dunia
dakwah ini dan menentang kekufuran yang semakin bermaharaja lela nescaya kita dapat
mengembalikan nilai-nilai kemanusiaan dan akhirnya umat Islam mampu mengendalikan
kehidupan dan menyelamatkan mereka dari malapetaka kebinasaan di dunia dan seksa yang
maha dahsyat di akhirat kelak.
Sekian.
BIBLIOGRAFI
Abdul Ghafar Don.Zaleha Mohd Ali. (2008). Dakwah dan Cabaran De-Islamisasi
Di Malaysia. Shah Alam:Karisma Publication Sdn Bhd.
Sheikh Abul Hasan Ali Nadiy.(1996). Kembali Kepada Islam Sebenar
(Mohd Sofwan Amrullah, Terj.). Selangor: Pustaka Ilmi, (1996).
Hashim Makarudin.(2003). Islam dan Umat Islam, Ucapan Pilihan Dr.Mahathir
Mohammad Perdana Menteri Malaysia.(Norlida Jantan.Terj.).
Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Abu Bakar Hamed, Muhd Nasri Md Hussain, Nasri Nalimi.(2007). Teori dan
Amalan Perniagaan Islam.Sintok: PACE
Najahudin Bin Lateh.(2012, 12 Januari).Giatkan Dakwah Secara Maya.
Utusan Malaysia(Utara),h.23.
Zainul Rijal Abu Bakar.(2012, 12 Januari), Murtad Bukanlah Satu Hak
Utusan Malaysia(Utara).h.25.
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.(2011,Januari). Cabaran dakwah masa kini.
Tarikh capaian 12 Januari 2012, from ummatanwasatan.net/2011/01.

Вам также может понравиться