Вы находитесь на странице: 1из 8

Pencemaran Sungai Semang

Wartawan Sinar Harian


March 30, 2012

PARIT BUNTAR Air sisa buangan tidak diproses daripada sebuah kilang di Sungai Rawa,
Simpang Lima, didakwa menyebabkan pencemaran kepada Sungai Semang dan menjejaskan
pendapatan kebanyakan nelayan kecil, di sini.
Penduduk, Rosli Hamid, 50 mendakwa, air sisa buangan daripada kilang itu dilepaskan
secara terus ke dalam Sungai Semang tanpa menjalani proses pembersihan terlebih dahulu.
Menurutnya, kebanyakan nelayan kecil risau sungai berkenaan tidak lagi boleh dijadikan
sumber pendapatan mereka ekoran pencemaran yang berlaku.
Sepanjang tiga kilometer Sungai Semang mengalami pencemaran sejak pengurusan kilang
berkenaan dipercayai bertukar tangan daripada pihak Sime Darby kepada pihak lain.
Kami percaya pengurusan baru kilang terbabit tidak menjalankan aktiviti pembuangan sisa
kumbahan kilang mengikut prosedur ditetapkan sepertimana dilaksanakan oleh pihak Sime
Darby dahulu, katanya ketika ditemui, di sini.
Rosli menjelaskan, akibat daripada pencemaran yang berlaku, ikan yang mempunyai nilai
tinggi dalam Sungai Rawa dipercayai telah berpindah ke habitat lain dan tidak lagi kelihatan
dalam sungai itu.
Kita harap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini kerana kami risau seluruh hidupan
sungai di sini akan pupus dan Sungai Semang akan menjadi sungai mati, katanya.
Perlu pemantauan
Penduduk, Mat Hashim Kariah, 51 berkata, masalah pencemaran Sungai Semang tidak boleh
dibiarkan berterusan dan memerlukan pemantauan, penyelenggaraan dan tindakan tegas
daripada pihak berwajib.
Kilang berkenaan hanya mementingkan keuntungan sahaja dan tidak pernah memikirkan
kesan daripada aktiviti tidak bertanggungjawab mereka kepada nelayan kecil serta Sungai
Semang sendiri, katanya.

Sementara itu, Ibrahim Sulaiman, 58 berkata, perkara yang lebih membimbangkan adalah
kemungkinan pencemaran sungai berkenaan akan merebak ke Sungai Kerian.
Katanya, terdapat pintu air automatik yang baru dibina pada awal tahun ini di kuala Sungai
Semang, yang mengawal kemasukan air dari sungai itu ke Sungai Kerian.
Pintu air berkenaan dibina sebagai satu langkah mengawal kejadian banjir dan akan terbuka
secara automatik jika air dari Sungai Semang mengalir dalam amaun yang banyak serta deras
ke Sungai Kerian.
Keadaan itu boleh menyebabkan air sungai yang tercemar mengalir masuk ke dalam Sungai
Kerian dan akan menjejaskan hidupan di sungai itu pula. Kita risau hidupan air akan pupus
jika keadaan ini berlaku, katanya.
Ibrahim berharap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Daerah Kerian (MDK) dan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dapat mengambil perhatian serius berhubung masalah ini.
Kita minta jabatan berkenaan turun padang dan melihat sendiri keadaan di Sungai Semang
dan lebih penting membantu dalam usaha memulihara khazanah hidupan sungai daripada
ancaman kepupusan, katanya.
JPS ambil perhatian
Jurutera JPS Daerah Kerian, Hidzrami Shamsul Anwar berkata, JPS akan mengambil
perhatian ke atas dakwaan penduduk itu dan akan menyiasat keadaan Sungai Semang terlebih
dahulu sebelum membuat tindakan lanjut.
Katanya, jika pihak pengurusan kilang didapati benar-benar melanggar garis pandu yang
ditetapkan, masalah berkenaan akan dipanjangkan kepada semua agensi berkaitan termasuk
MDK dan JAS untuk tindakan tegas.
Adalah menjadi satu kesalahan jika kilang berkenaan beroperasi tanpa permit atau
menyalurkan sisa buangan yang boleh mengakibatkan pencemaran sungai.
JPS akan melihat sendiri aktiviti yang dijalankan oleh kilang terbabit. Jika benar mereka
melakukan kesalahan seperti didakwa, pihak berkuasa tidak akan teragak-agak mengambil
tindakan tegas, katanya ketika dihubungi, semalam.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/perak/pencemaran-sungai-semang1.36185

Nyatakan konsep dan takrifan tentang


pencemaran air di sungai kerian
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai
apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba,
biologi atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan,
mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya
dan menyebabkan suatu keadaan berbahaya dan memudaratkan kesihatan
kepada orang awam. Pencemaran air juga memberi kesan kepada hidupan lain
termasuk hidupan akuatik.

3PENCEMARAN ALAM

SEKITAR

Konsep Pencemaran Alam Sekitar


Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah
suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan
mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap . Takrifan Pencemaran yang
lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa
pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada
sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling
dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaankegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya
kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan
dan haiwan.

Punca berlakunya pencemaran air


Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik
yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke
dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah
menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang
terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat
kehidupan akuatik.
Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang
dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam
sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam
sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai.
Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan
sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.
Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil pertanian
menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungaisungai. Hampashampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain
itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan
sumber air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan
kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.
Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan
pencemaran air. Can gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti
nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada
gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan
air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuhtumbuhan dan haiwan
akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.

Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga
menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dani
makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air
serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan
buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga
menyumbang kepada pencemaran air laut.
Kesan-Kesan Pencemaran Air

Kepada calon-calon PT3 yang menjalankan kajian kes tentang pencemaran air
bolehlah melihat sama ada kesan pencemaran air ini berlaku atau pun tidak di
kawasan kajian kes tersebut.
Kesan Terhadap Kesihatan Manusia

Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan


oksigen dalam air.

Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang


teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar.

Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan


bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di
dalam air mahupun kepada manusia sendiri.

Kesan Kepada Kualiti Air

Bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran


makanan dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di sungai
dan tasik seperti rumpair, burung, ikan dan hidupan lain.

Bahan-bahan toksid yangbercampur dengan air sungai atau tasik,secara


langsung akan mempengaruhi kualiti air minuman.

Hal ini memberi kesan negatif terhadap kesihatan, seperti kehadiran nitrat
yang berlebihan dalam air minuman yang akan mengakibatkan keracunan
darah kepada bayi kecil dan barah kepada orang dewasa.

Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut

Proses yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri pemprosesan


makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik contohnya nitrogen,
fosforusdan kalium disamping sebatian-sebatian organik terlarut.

Oleh itu, nutrien ini menyebabkan risiko pencemaran dilupuskan secara


tidak langsung di dalam sungai atau tasik dan menghasilkan keadaan
eutrofikasi. Sebatian organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan
oksigen terlarut(BOD).

Sistem Air Bawah Tanah Tercemar

Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan


sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisasisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah
jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam
sistem saliran terutamanya parit dan sungai.

Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sisem
bawah tanah yang akan menyebabkan sistem ai rbawah tanah tercemar.
Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan
dan keadaan air itu sendiri.

Menjejaskan Keindahan Alam

Seterusnya, pencemaran air juga menyebabkan keindahan dunia


padamasa kini terjejas. Pantai-pantai yang dipenuh dengan sampah sarap
menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang. Sampah sarap yang
dibuang dilaut menjadi punca hal tersebut berlaku.

Keadaan air laut ataupun sungai yangberbau busuk akibat daripada


bakteria-bakteria daripada bahan-bahan cemaryang dibuang ke dalam air
laut atau sungai mewujudkan keadaan yang tidakselesa kepada manusia
dan juga hidupan lain di dunia ini.

Banjir

Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku
di dunia pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh
tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun
sungai.

Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah


berlaku dan menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut
berlaku. Kesan langsung daripadanya adalah kemusnahan tapak
pembiakan rantai makanan,dan juga mempengaruhi pembuatan
makanan, produktiviti makanan, dan kos meningkat.

Kemusnahan Hidupan Akuatik

Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan


menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak,
pencemran organik serta peningkatan keledak dalam air. Ia merupakan
pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan akuatik.

Laluan utama pencemaran dari darat kelautan adalah melalui sungai.


Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai Juru,Sungai Pinang, Sungai
Sepang, Sungai Jejawi, Sungai Kelang, Sungai Perai,Sungai Buloh dan
beberapa sungai mengalirkan berbagai jenis racun, keledak bahan
kumbahan dan najis haiwan ke dalam lautan.

Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, samada disebabkan


oleh kematian individu atau kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang
tahan lasak, pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh
menyebabkan risiko yang tinggi kepada haiwan-haiwan yang terletak di
penghujung rantaian makanan, termasuk manusia.

Langkah-langkah Mengatasi Masalah Pencemaran Sungai


a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.
Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak
dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan
tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras
dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan
air (Utusan Malaysia, 2006). Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan
sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan
terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu
dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam
takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.

b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.


Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan
sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang
menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat.
Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil
kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat
pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.

c) Pemasangan perangkap sampah.

Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu
supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang
parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan
penyelenggaraan.

d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.


Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan
tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1
atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan
menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran
utama di sungai.

e) Kempen kesedaran melalui iklan TV.


Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa'
perlu ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap
individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya. Oleh itu, adalah
perlu setiap individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri.
Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung
hasil tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar individu
mula mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita kembali siapa kita sebenar
yang memerlukan 'soul reawakening'.

Вам также может понравиться