Вы находитесь на странице: 1из 5

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN


2020
LATIHAN PRAKTIKUM:
PUSAT SERI MENGASIH LAGI MENYAYANGI

PROPOSAL KAJIAN KES:


KAJIAN MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR SINDROM DOWN
DI PUSAT SERI MENGASIH LAGI MENYAYANGI

PENYELIA AKADEMIK: PUAN NOORMA RAZALI

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

FULAN BIN FULAN

BP123456789

Comment [d1]: Tajuk kena tukar..mungkin boleh


guna camni keberkesanan penggunaan flash card
ke atas kanak2 sindrom down di dalam proses
pembelajaran

1.0

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanak-kanak yang


mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan
yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan
khas. Kedua-dua kumpulan ini memerukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah
mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka (Herward, 2003).
Pelbagai istilah telah digunakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas ini seperti
kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak cacat,
kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah, dan kanak-kanak terbantut pertumbuhan dan
perkembangan.
Menurut Kail (2001) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar
biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh
mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan
untuk melihat objek atau cahaya termasuk muka ibu bapa mereka sendiri. Selain itu, terdapat
juga kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau mengalami kerencatan
mental sejak lahir. Secara umumnya, kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanakkanak normal dari segi mental (pencapaian akademik), keupayaan deria (melihat dan
mendengar), keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri)
dan emosi (bercampur gaul) dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri)
Seterusnya, ramai orang yang beranggapan bahawa orang kurang upaya (OKU) adalah
terdiri daripada mereka yang mempunyai kecacatan fizikal seperti terencat akal, cacat anggota,
pekak, bisu dan buta. Tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa kanak-kanak yang
mengalami masalah pembelajaran adalah sebahagian daripada mereka yang dikategorikan
sebagai OKU di bawah masalah pembelajaran.
Secara amnya, terdapat enam kategori keperluan khas di Malaysia yang layak
didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan kad OKU.
Kategori tersebut adalah kurang upaya pendengaran, penglihatan dan fizikal, cerebral palsi,
masalah pembelajaran dan sebagainya.

Dalam kajian ini, masalah pembelajaran akan difokuskan kepada pelajar sindrom down.
Sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) yang bermakna itu akan dapat diketahui
sekiranya elemen penilaian dilakukan dengan betul dan teliti bagi memperoleh dan
membezakan tahap kemampuan murid seterusnya diambil tindakan selanjutnya. Ini dapat
menentukan

status semasa murid

seterusnya guru

dapat merancang

satu

langkah

penambahbaikan khususnya bagi murid yang mengalami masalah yang menghalang


pembelajaran mereka kerena sesuatu objektif dan strategi pengajaran itu kadangkala tidak
bersesuaian dengan tahap kebolehan dan kesediaan murid.
Secara umumnya, sindrom down bermaksud kecacatan genetik yang disebabkan oleh
kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya juga dinamakan sempena John
Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866.
Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sindrom
Down sering kali dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran
kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Ia biasanya dapat dikesan sejak lahir lagi.
Di Malaysia, kanak-kanak warganegara Malaysia yang telah disahkan Sindrom Down
layak mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) dan pelajar memperoleh bantuan kewangan
daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikut kelas pemulihan di bawah
seliaannya.

1.2

Permasalahan Kajian

Comment [d2]: Sila rujuk cara membuat


penulisan bahagian permasalahan kajian

Adakah masalah tidak mengenali nombor dan tidak boleh membaca ini menganggu kanakkanak dalam sesi pembelajaran di sekolah.
1.3

Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengurangkan masalah klien yang tidak dapat mengikuti sesi
pembelajaran di sekolah normal serta memberikan klien intervensi supaya dapat membantu
dalam permasalahan yang dihadapinya dan menjalani sesi pembelajaran secara normal seperti
kanak-kanak yang sebaya dengannya.

Comment [d3]: Ini tidak tepat kerana bila


kanak2 special tidak boleh jadi normal.tukar ayat

Kepentingan seterusnya adalah kajian ini mungkin boleh dijadikan rujukan kepada
pengkaji-pengkaji lain yang mahu membantu kanak-kanak bagi meningkatkan tahap
pembelajaran mereka di dalam kelas.
1.4

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sama ada pelajar sindrom down yang tidak mengenali
nombor dan tidak boleh membaca dapat menjalani sesi pembelajaran dengan baik semasa sesi
pembelajaran disamping memberikan intervensi yang telah dirancang.
1.5

Kajian Lepas yang berkaitan

Comment [d4]: Sekurangnya 1-2 page berkaitan


dengan kajian lepas

Menurut Amirul Hakim (2010), terdapat beberapa perbezaan yang jelas diantara kanak-kanak
normal dan juga kanak-kanak sindrom down. Perbezaan yang paling ketara adalah kanak-kanak
sindrom down mempunyai muka yang sama dalam kalangan mereka. kenyataan ini
berdasarkan paras muka kanak-kanak sindrom down adalah seakan-akan seperti orang mongol,
maka kanak-kanak sindrom down digelar mongoloid. Pangkal hidung kanak-kanak sindrom
down juga mempunyai perbezaan dengan kanak-kanak normal iaitu kemek atau leper.
Dari segi pertumbuhan, pertumbuhan kanak-kanak Sindrom Down adalah tidak begitu
ketara jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Saiz fizikal mereka selalunya lebih besar
dan gempal dari kanak-kanak biasa namun otot-otot mereka kelihatan lembik. Hal ini
menyebabkan mereka kurang aktif yang disebabkan oleh otot-otot mereka yang tidak kuat
seperti kanak-kanak normal yang lain (Tan, 2011).
1.6

Teori dan Kerangka Kajian

Comment [d5]: Pilih satu teori sahaja yang


paling bertepatan dengan kajian anda

Teori yang digunakan adalah teori pembelajaran seperti teori pembelajaran sosial, teori
pelaziman klasik dan teori pelaziman.

2.0

METODOLIGI / KAEDAH KAJIAN

2.1

Reka bentuk kajian

Kajian yang dijalankan berbentuk kuanlitatif dan dijalankan selama lapan minggu.

Comment [d6]: Mohon betulkan perkataan dan


juga untuk bahagian ini sila huraikan dengan lebih
detail

2.2

Subjek dan Lokasi Kajian

Klien adalah seorang kanak-kanak lelaki Sindrom Down yang berumur sembilan tahun yang
mengalami masalah pembelajaran di kelas Bunga Raya, Pusat Seri mengasih.
2.3

Alat Kajian

Alat kajian yang digunakan adalah borang maklumat diri pelajar, maklumat berkenaan masalah

Comment [d7]: Sekiranya ada alat kajian yg u


beradaptasi menggunakannya u boleh bg nama alat
tersebut

pembelajaran, buku yang berkenaan, flash card, dan kertas A4 untuk menulis.
2.4

Tatacara Kajian

Kajian dimulakan dengan melakukan pemerhatiaan dan screening terhadap kanak-kanak di


kelas pendidikan khas tersebut dan mengenalpasti kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran
itu selama seminggu. Selepas kanak-kanak dipilih, surat persetujuan dikeluarkan dan meminta
persetujuan daripada ibu bapa klien untuk menjadikan kanak-kanak sebagai subjek kajian kes
ini. Seterunya, sesi temubual diadakan dengan ibu klien dan akhir sekali intervensi akan
dijalankan mengikut jadual atau masa yang telah ditetapkan oleh penyelia akademik dan
penyelia lapangan.

Comment [d8]: Sila rujuk wasup telah saya


upload contoh2 table yg perlu ada bagi kajian
kes..memandangkan u ambil kajian kes maka u kena
buat table berkaitan dengan pemerhatian bagi
kajian yg u jalankan..sebelum dan selepas
intervensi..good luck!

Вам также может понравиться