Вы находитесь на странице: 1из 1

Kekuasaan dan keagungan Daulah Umaiyyah berakhir pada tahun 132H/750M setelah go

longan Abbasiyyah berjaya menggulingkan kerajaan tersebut melalui satu pergolakk


an hebat di medan peperangan. Puak Syiah berperanan utama menjatuhkan Bani Umaiy
yah. Meskipun begitu, peranan dan jasa mereka diabaikan oleh Bani Abbasiyyah set
elah berjaya membentuk sebuah kerajaan monarki. Ketua negara kerajaan ini yang p
ertama ialahAbu Abbas al-Saffah. Para khulafa Abbasiyyah berketurunan Sayyidina
Abbas bin Abdul Muttalib (566-652), salah seorang bapa saudara Nabi Muhammad s.a
.w. Lantaran itu mereka merasakan diri mereka layak untuk menjadi khalifah meman
dangkan salasilah tersebut. Dua orang daripada kalangan para khulafa ini, iaitu
Abu Jaafar al-Mansur dan juga al-Mu`tasim tersohor sebagai pemimpin empayar besa
r yang berpegang teguh dengan mazhab Muktazilah. Kerajaan ini meneruskan sistem
yang biasa dijalankan oleh kerajaan Farsi dan dasar-dasarnya pula sudah dilaksan
akan pada zaman Kerajaan Bani Umaiyyah. Sistem itu diguna pakai lantaran situasi
politik dan sosiologi antara mereka dan golongan non Arab adalah tidak sama. Ti
tik persamaan yang ada antara mereka (bangsa Arab dan Non Arab) hanya terbatas d
alam beberapa hal yang ditetapkan oleh al-Quran dan hadith. Kerajaan Bani Umaiyy
ah mengutamakan solidarity perpaduan bangsa Arab. Namun bagi kerajaan Bani Abbas
iyyah integriti kaum antarabangsa terutama sekali bangsa Farsi dan Rom lebih ter
lalu amat dititikberatkan.

Вам также может понравиться