Вы находитесь на странице: 1из 3

Cikgu Chong :

Permainan Yo-Yo Cina terdiri daripada dua cakera yang sama saiz disambungkan
dengan gandar yang panjang. Satu gerakan seli mengangkat dan menjatuhkan
dengan menggunakan dua batang, setiap satu yang dipegang dalam satu tangan,
membolehkan yo-yo berputar pada tali yang diikat di antara batang kayu.
Permainan ini boleh dimainkan dengan pelbagai gaya yang boleh menjadi semudah
melontar yo-yo ke udara atau melambung di sekitar belakang pengguna.
Cikgu Tan :
Ahli Psikologi Klinikal, Datuk Dr Mat Saat Baki menjelaskan bahawa bermain yo-yo
akan menggunakan fungsi kiri dan kanan otak. Terdapat empat proses utama otak
semasa bermain yo-yo iaitu tumpuan, koordinasi mata-tangan, kreativiti dan
ketangkasan manual, Sama seperti permainan catur, tumpuan adalah satu proses
yang banyak digunakan ketika bermain yoyo cina. Apabila seseorang memberi
tumpuan kepada yoyo cina, bahagian kiri otak yang juga dikaitkan dengan
pemikiran rasional menjadi dominan.
Murid 1 :
Saya mula bermain yoyo cina pada umur lapan tahun dan ia benar-benar telah
meningkatkan kemahiran teknik, kreativiti dan keseimbangan mental saya.
Murid 2 :
Saya gemar bermain yoyo cina kerana ia memerlukan kemahiran. Saya telah
bermain sejak empat bulan lepas dan ia melatih agar tangan saya bergerak pantas
dan saya dapat mempelajari banyak teknik untuk ditunjukkan kepada rakan.
Murid 3 :
Saya gemar bermain yoyo cina tetapi saya takut dengan kecederaan. Mujurlah
kecederaan yang saya alami tidak teruk kecuali luka kecil. Ssaya tidak mengalami
banyak kemalangan apabila berlatih yoyo cina.
Guru Besar :
Dalam era globalisasi ini, permainan tradisional mula dilupakan. Kita memerlukan
lebih banyak usaha untuk menggalakkan kanak-kanak dan remaja aktif dalam
sukan itu, agar ia dihidupkan dan menjadi sukan aliran utama. Masyarakat tidak
seharusnya membiarkan permainan tradisional ini terus dipinggirkan. Masyarakat
seharusnya mempunyai kesedaran untuk mempertahankan harta warisan mereka.

Hal ini disebabkan kepantasan teknologi yang menjadikan remaja sekarang semakin
lupa akan permainan tradisional kita malang permainan tradisional ini memberikan
keseronokan malah ia juga dapat mengeratkan hubungan sesama saudara dan
sahabat juga.
Namun, remaja pada zaman kini, lebih suka menghabiskan masa dengan melayari
internet, malas untuk bergaul dengan orang lain dan sebagainya. Remaja kini
sekiranya tidak dapat melayari internet mereka akan berasa bosan. Mereka terlalu
asyik dan leka dengan dunia mereka iaitu melayari internet sehingga lupa
masyarakat sekeliling.
Di samping itu, permainan tradisional kurang diberikan perhatian kerana kurang
dorongan daripada pihak sekolah dan ibu bapa. Malahan mereka yang mempunyai
pengalaman yang lebih dalam mengetahui permainan tradisional. Mereka yang
kurang berminat untuk berkongsi keseronokan pengalaman yang mereka permainan
ini menimbulkan perasaan remaja berfikirkan negatif atau kurang berpengalaman
terhadap permainan tradisional.

Langkah-langkah yang perlu diambil supaya permainan tradisional ini tidak dilupus.
Ibu bapa perlulah mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka
sejak kecil. Ia lebih bersesuaian dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari
rebungnya bagi untuk memupuk minat bermain permainan tradisional.
Pada cuti persekolahan, ibu bapa perlu mengadakan aktiviti sesuatu yang berkaitan
dengan permainan tradisional. Sebagai contohnya, mereka dapat mengadakan
pertandingan permainan tradisional yang dilakukan dalam keluarga . Dengan ini,
melalui aktiviti ini ia dapat memberikan peluang kepada setiap orang terlibat dalam
pertandingan itu untuk bercuba bermain permainan tradisional.
Di samping itu, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional
merupakan satu kaedah yang dapat permainan tradisional di negara kita kekal
berterusan. Kebiasaanya, kempen seperti ini perlu dijalankan Jabatan Kebudayaan
Dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan dengan berkerjasama pihak
media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen.
Peranan media massa yang perlu menyiarkan rencana dan dokumentari bagi
memperkenalkan permainan tradisional di negara kita..
Secara kesimpulannya, masyarakat tidak seharusnya membiarkan permainan
tradisional ini terus dipinggirkan. Masyarakat seharusnya mempunyai kesedaran
untuk mempertahankan harta warisan mereka.
Pendedahan mengenai permainan tradisional ini semakin berkurang dalam
kalangan remaja. Maka pihak-pihak yang tertentu seharusnya mendorong mereka
untuk maju ke hadapan dan bergerak seiring dengan teknologi tetapi lupa asal usul
budaya masyarakat kita yang semakin pupus.

Вам также может понравиться