Вы находитесь на странице: 1из 14

Kolonialisasi Di Tanah Melayu

Takrif Kolonialisasi
Definisi

Dasar sesebuah negara yang mengeksploitasi sesuatu kawasan serta

masyarakat yang dianggap lemah.


Mengeksploitasi dari sudut ekonomi, sosial, budaya, corak pentadbiran

serta politik.
Kolonialisasi sebagai sesuatu penindasan, penghinaan oleh penjajah di
tanah jajahan (Nadel dan Curtis).

Faktor-faktor Pengalak

Gold (Tanah) : kurang tanah, sumber ekonomi, urus niaga secara


langsung .

Glory (Permusuhan) : kejatuhan kerajaan Islam Granada Andalusia, iri


hati terhadap jiran.

God (Agama) : mewujudkan kerajaan Kristian di Timur yang diketuai oleh


Messiah nama Prester John. Kristian di Timur akan
bergabung dengan Kristian di Eropah mengalahkan
kerajaan Islam.

Perjanjian Inggeris-Belanda, 1824


Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, juga dikenali sebagai Persetiaan London,
ialah suatu perjanjian antara United Kingdom dan Kemaharajaan Bersatu
Belanda di London pada 17 Mac 1824. Perjanjian ini dibuat bagi menyelesaikan
pertikaian yang muncul selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1814.
Syarat- syarat Perjanjian

Belanda mengiktiraf kedudukan Inggeris di Singapura.

Belanda akan menyerahkan Melaka kepada pihak British dan sebagai


balasannya pihak British pula akan memberikan Bangkahulu kepada
pihak Belanda.

Penghapusan lanun di kawasan Kepulauan Melayu adalah


tanggungjawab kedua-dua belah pihak (British & Belanda).

Belanda tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal
ehwal negeri-negeri Melayu.

Pihak British pula tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat
dalam hal ehwal mana-mana kerajaan di selatan Singapura, yang berada
di bawah pengaruh pihak Belanda dan juga di Sumatera.

Kesan Perjanjian

Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu


pengaruh British dan Pengaruh Belanda.

Perpecahan Empayar Johor-Riau. Empayar Johor berakhir apabila


Singapura dan Tanah Besar Johor jatuh ke tangan British dan Kepulauan
Riau di bawah pengaruh Belanda.

Persaingan kuasa di antara Belanda dengan British semakin sengit.

Penubuhan Negeri-negeri Selat, 1826


Pengenalan
Negeri-negeri Selat atau juga dikenali sebagai Kawasan Penempatan
Selat merupakan gabungan dari kawasan - kawasan yang dimiliki oleh Syarikat
Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Asia Tenggara, yang mana telah diberi
Pemerintahan Kolektif pada tahun 1826 sebagai Koloni Mahkota yang juga diberi
kepada protectorates iaitu merujuk kepada "native princely states" yang meliputi

Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Awalnya, Negeri-negeri Selat ini merangkumi


Pulau Pinang (juga dikenali sebagai Pulau Prince of Wales), Singapura,
Kepulauan dan Jajahan Dindings (Wilayah ini dikenali sebagai Daerah Manjung
dan menjadi sebahagian Negeri Perak), Seberang Perai (juga dikenali sebagai
Province Wellesley), Melaka, Labuan (menjadi sebahagian negeri Sabah pada
tahun 1963 dan kemudiannya menjadi Wilayah Persekutuan pada tahun 1984)
dan Pulau Krismas serta Kepulauan Cocos-Keelings(kini ditadbir oleh Australia).
Penubuhan Negeri-negeri Selat adalah melalui Perjanjian Inggeris Belanda pada tahun 1824 di antara United Kingdom dan Belanda, yang
menyebabkan Kepulauan Melayu terbahagi kepada Kawasan Jajahan British di
bahagian utara dan Kawasan Jajahan Belanda di bahagian Selatan. Sebagai
balasan, kawasan penempatan British di Bencoolen (Bangkahulu di Sumatera)
diserahkan kepada Belanda dan Koloni Belanda di Melaka diserahkan kepada
British serta Belanda tidak akan menuntut haknya ke atas Singapura. Pusat
Pentadbiran Negeri - Negeri Selat telah dipindahkan dari Pulau Pinang ke
Singapura pada tahun 1832.
Pada tahun 1867, Negeri-Negeri Selat telah dijadikan sebagai Koloni
Mahkota British yang mana pusat pentadbirannya telah dipindahkan dari
Calcutta ke Pejabat Tanah Jajahan di London pada 1 April. Pada 4 Februari
"Letters Patent" telah diberikan kepada penempatan sebagai Perlembagaan
Koloni. Bagi memberi kuasa yang lebih kepada Gabenor Negeri - Negeri Selat
yang mentadbir Koloni Negeri - Negeri Selat, sebuah badan telah ditubuhkan
bagi membantu Gabenor iaitu Majlis Eksekutif Negeri - Negeri Selat yang
mengandungi keseluruhan ahli - ahli majlis rasmi (i.e. ex officio), dan sebuah
Badan Perundangan yang mengandungi ahli - ahli rasmi dan ahli - ahli yang
dipilih.
Tujuan penubuhan

Berikutan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824,SHTI telah memiliki tiga


petempatan di laluan perdagangan Selat Melaka, iaitu Pulau Pinang,
Melaka dan Singapura.

Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor,manakala Singapura dan


Melaka ditadbir oleh Residen.

Pada tahun 1826,Pulau Pinang,Melaka dan Singapura digabungkan


dalam satu unit pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat.

Tujuan penggabungan ini adalah untuk menyeragamkan pentadbiran dan


menjimatkan kos pentadbiran.

Pentadbiran Negeri-Negeri Selat diketuai oleh seorang Gabenor yang


menerima arahannya daripada Gabenor Jeneral di India.

Gabenor Negeri-Negeri Selat dibantu oleh Residen Konsuler.

Ibu Negeri-Negeri Selat yang pertama ialah Pulau Pinang.

Pada tahun 1832,Singapura menggantikan Pulau Pinang sebagai ibu


negeri kerana kedudukannya yang lebih strategic.

Dasar dan undang-undang Negeri-Negeri Selat ditentukan oleh Gabenor


Jeneral British di India.

Dasar-dasar pentadbiran ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan


penduduk Negeri-Negeri Selat,kerana mereka merasakan Negeri-Negeri
Selat seolah-olah tanah jajahan India.

Mereka membuat rayuan kepada kerajaan British supaya memindahkan


pentadbiran Negeri-Negeri Selat ke London.

Pada 1 April 1867,Neger-Negeri Selat diisytiharkan sebagai tanah jajahan

British.
Sebuah Majlis Perundangan ditubuhkan untuk membolehkan NegeriNegeri Selat meluluskan undang-undang sendiri.

Kesan penubuhan
Penduduk dan pedagang tempatan tidak puas hati kerana NNS ditadbir
seperti Tanah Jajahan India.

Saudagar-saudagar British di NNS merayu dan mendesak supaya


dipindahkan pentadbiran ke London.

Pada 1 April 1867 NNS diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan British dan
diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan di London.

Majlis Perundangan ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan


undang-undang sendiri.

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu


Pengenalan
Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun
1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil
Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan
penubuhan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan
dan Pahang. Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan
akan menguntungkan British dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan
sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan
Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
terhadap penubuhan persekutuan. Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut
menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri
Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor
Negeri-negeri Selat.
Tujuan penubuhan
1. Untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan pentadbiran

Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan Residen dilantik di


Perak pada November 1874, di Selangor pada Disember 1874, Pahang pada
tahun 1888 dan Negeri Sembilan pada tahun 1895. Residen dihantar sebagai
penasihat untuk menasihati Sultan dalam semua hal kecuali hal-hal yang
berkaitan dengan agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu. Walau
bagaimanapun, Residen tidak diberi garis panduan di dalam melaksanakan
tugas di Negeri-negeri Melayu. Perlaksanaan sistem Residen bergantung
kepada sepenuhnya di atas kebijaksanaan Residen yang dilantik. Kejayaan dan
kegagalan menjadi tanggungjawab Residen. Akibatnya, berlaku
ketidakseragaman dalam pentadbiran di negeri Perak, Selangor, Pahang dan
Negeri Sembilan. Kemajuan di antara negeri ini juga tidak seimbang kerana
kebolehan dan cara pentadbiran Residen berbeza-beza.
Terdapat juga perbezaan-perbezaan dalam pentadbiran Undang-uhndang
Tanah, keadilan dan sistem cukai di antara negeri-negeri tersebut. Kemajuan
juga tidak seimbang di mana negeri yang kaya iaitu Perak dn Selangor lebih
maju dari negeri yang miskin seperti Pahang. Kerjasama antara negeri sukar
dijalankan sebab negeri ini mempunyai unit politik yang berasingan. Frank
Swettenham berpendapat penubuhan persekutuan akan mewujudkan keamanan
dan kecekapan pentadbiran kerana pentadbiran akan dijalankan mengikut
arahan pusat. Perkara yang berkaitan seperti sistem pentadbiran, cukai, undangundang tanah dan keadilan akan disatukan dan diselaraskan. Hal ini akan
menjimatkan kos pentadbiran. Usaha memajukan sistem perhubungan juga
dapat dilaksanakan dengan menghubungkan jalan raya dan keretapi di negeri
tersebut. Pada dasarnya, penubuhan persekutuan akan mewujudkan kerjasama
ekonomi, politik dan sosial.
2. Menghadkan kuasa Residen
Perlaksanaan sistem Residen telah menyebabkan perlantikan Residen di
Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Walaupun Residen dilantik
sebagai penasihat, mereka muncul sebagai kuasa paling berkesan kerana

segala urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Residen. Sultan dan Majlis
Negeri tidak dapat menyekat kuasa Residen. Malah Sultan dan pembesar
Melayu terpaksa merujuk kepada Residen dalam menjalankan pentadbiran
negeri. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran
kerana Residen mempunyai kuasa mutlak.
Semua undang-undang yang diluluskan seperti Undang-undang Tanah
mesti ditandantangani oleh Residen sebelum berkuatkuasa. Gabenor Negerinegeri Selat juga tidak dapat mengawal kuasa Residen kerana beliau berada di
Singapura dan sibuk dengan urusan-urusan Negeri-negeri Selat. Penubuhan
persekutuan akan mengurangkan kuasa Residen kerana mereka terpaksa
tertakluk kepada arahan kerajaan pusat dan pentadbiran negeri.
3. Masalah kewangan Pahang
Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim dan K.G. Tregonning
berpendapat bahawa masalah kewangan Pahang menyebabkan British
menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British menduduki Pahang pada
tahun 1886 di mana J.P. Rodgers menjadi Residen pertama. British mengambil
Pahang dengan harapan Pahang mempunyai prospek ekonomi cemerlang. Apa
yang sebenarnya ialah Pahang merupakan negeri miskin dengan jumlah
penduduk dan hasil bumi yang kurang.
Pada tahun 1890-an, Pahang menghadapi masalah kewangan. Dalam
menjalankan pentadbiran, British mendapat bantuan kewangan dari Negerinegeri Selat. Pada akhir tahun 1891, hutang Pahang pada Negeri-negeri Selat
ialah $600 ribu. Pada akhir tahun 1892, hutang meningkat kepada $800 ribu.
Masalah kewangan Pahang semakin runcing apabila berlaku kebangkitan
Pahang 1891-1895. Jadi beberapa cadangan dikemukakan oleh British untuk
mengatasi masalah ini.
Cadangan pertama ialah British berundur dari Pahang dan menyerahkan
pentadbiran kepada Sultan. Langkah ini tidak dapat dilaksanakan kerana ia

menjatuhkan maruah British. Tindakan ini juga membuka peluang kepada kuasa
lain untuk bertapak di Pahang yang sudah tentu akan menjejaskan kepentingan
British.
Cadangan kedua ialah British mendapatkan pinjaman dari Negeri-negeri
Selat. Ia tidak dapat dilaksanakan kerana pada tahun 1890-an, Negeri-negeri
Selat juga menghadapi masalah kewangan. Hutang yang berjumlah $800 ribu
pada tahun 1892 masih belum diselesaikan.
Cadangan ketiga ialah British mendapat bantuan kewangan dari negeri
yang kaya seperti Perak dan Selangor. Cadangan ini tidak dapat dilaksanakan
kerana Perak dan Selangor enggan membantu sebab ianya satu unit politik
berasingan.
Diharapkan dengan penubuhan persekutuan, hasil negeri kaya seperti
Perak dan Selangor dapat digunakan untuk membantu negeri-negeri miskin
seperti Pahang jika negeri-negeri ini digabungkan sebagai satu unit politik. Frank
Swettenham dan C.D. Cowan (Pegawai Tanah Jajahan) menegaskan British
tidak sepatutnya berundur dari Pahang sebaliknya memajukan Pahang daripada
hasil Perak dan Selangor apabila ia bergabung.
4. Keselamatan
A.C. Miller menegaskan faktor keselamatan menyebabkan penubuhan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. British bimbang kekacauan
seperti Perang Perak pada 1875-an dan Kebangkitan Pahang 1891-1895 akan
berlaku lagi. Penubuhan persekutuan akan membolehkan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu mempunyai kemampuan dan keupayaan dari segi ketenteraan,
khususnya dalam menjaga keamanan persekutuan tanpa mengharapkan
bantuan luar. C.P. Lucan dalam laporannya menegaskan penubuhan
persekutuan perlu dilihat dari segi aspek keselamatan negeri Melayu dan Negerinegeri Selat.

5. Dasar British
Memang menjadi dasar British pada akhir abad ke-19 untuk
menggabungkan negeri kecil di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai
persekutuan. Penubuhan persekutuan akan memberi kebaikan politik, ekonomi
dan sosial kepada British dan Negeri Melayu. Negeri-negeri Melayu Bersekutu
ditubuhkan selepas kejayaan British dalam penubuhan persekutuan di Amerika
Utara, India, Afrika, Australia dan New Zealand. Pendapat ini disokong oleh ahli
sejarah seperti A.C. Miller dalam bukunya Federation Decision of 1895 dan
Jagjit Singh dalam bukunya Administration of the Federation Malay States 18961920.
Syarat-syarat perjanjian persekutuan
1. Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan digabungkan sebagai
persekutuan yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Persekutuan menjadi negeri lindungan British di mana hal ehwalnya dikuasai
oleh British.
2. Perjanjian ini mengesahkan semua perjanjian yang ditandatangani di antara
keempat-empat negeri itu.
3. Kuasa Sultan hanya terhad ke atas negeri tersebut. Sultan tidak boleh
mengadakan hubungan dengan kuasa lain tanpa kebenaran British.
4. Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral.
5. Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi
Persekutuan.
6. Residen akan menjalankan pentadbiran mengikut arahan kerajaan pusat.
7. Beberapa jabatan persekutuan akan ditubuhkan.

8. Kuala Lumpur menjadi ibu negeri.


9. Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menubuhkan pasukan tentera untuk
menjaga keamanan persekutuan dan Negeri-negeri Selat jika diperlukan.
10. Kerjasama antara negeri akan dijalankan dalam politik, ekonomi dan sosial.
11. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi
digubal oleh pegawai persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undangundang.
12. Majlis Mesyuarat Raja-raja akan ditubuhkan.
13. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang menjadi badan pentadbiran Negerinegeri Melayu Bersekutu akan ditubuhkan.
14. Tiada syarat dalam perjanjian ini yang bertujuan mengurangkan kekuasaan
dan kewibawaan Sultan.
Kesan Penubuhan
1. Politik
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan
keseragaman dan kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan. Keamanan
dan peraturan yang stabil dan menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh
persekutuan. Perkara yang berkaitan dengan persekutuan seperti sistem
pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-undang Tanah dapat disatu dan
diselaraskan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan
pusat, khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai persekutan. Bagi
memudahkan pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, polism kastam,
perhutanan, hal-ehwal orang Cina, kerja raya, keretapi ditubuhkan. Frank
Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral pertama pada 1 Julai 1896.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu bukan merupakan sebuah persekutuan


dalam erti kata sebenarnya lebih merupakan kesatuan politik. Semua urusan
pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat khususnya Residen Jeneral
yang berkuasa penuh dalam semua hal-ehwal termasuk kewangan. Punca
utama hasil (duti eksport) juga dibawah kawalan kerajaan pusat. Tiada
pembahagian antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kerajaan negeri hanya
mengikut arahan pusat dalam menjalankan pentadbiran. Penubuhan Jabatan
Persekutuan menyebabkan tumpuan besar ke atas kerajaan pusat. Jabatan
negeri mengikut arahan jabatan pusat.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Residen
Jeneral muncul sebagai orang paling berkuasa dalam persekutuan kerana
semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahannya. Sultan, Residen dan
Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasanya. Mereka tertakluk di
bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran negeri.
Gabenor Negeri-negeri Selat yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi
Persekutuan juga tidak dapat mengawal kuasa Residen Jeneral kerana beliau
berada di Singapura untuk mentadbir Negeri-negeri Selat. Selain itu, sudah
menjadi kecenderungan Residen Jeneral menjalankan pentadbiran tanpa
merujuk kepada Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang diharap
mengawal kuasa Residen Jeneral tidak ditubuhkan sehingga tahun 1909.
Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis
Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen
Jeneral dalam menjalankan pentadbiran. Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal
agama Islam dan adat resam Melayu. Residen tidak lagi bebas menjalankan
pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral.
Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran.
Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi
undang-undang digubal oleh Pegawai Persekutuan yang dikenali sebagai

Penasihat Undang-undang. Majlis Mesyuarat Negeri tiada kuasa pembatal dan


terpaksa meluluskan undang-undang yang dipersetujui. Penubuhan Jabatan
Persekutuan telah menyebabkan lebih ramai Pegawai British yang diambil tugas.
Keadaan ini menunjukkan seolah-olah Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditadbir
secara langsung oleh British.

Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan,


contohnya, dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja Kedua di Kuala Lumpur pada
tahun 1903, Sultan Idris (Perak) telah mengecam hebat pemusatan kuasa dan
mendesak diambil langkah melaksanakan desentralisasi (pengagihan kuasa)
bagi mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan
Idris juga mendesak lebih ramai orang Melayu dilantik dalam jabatan
persekutuan. Penubuhan persekutuan membolehkan Sultan Perak, Selangor,
Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bertemu dan berbincang
bersama-sama kepentingan bersama dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja sejak
tahun 1897 dan Majlis Mesyuarat Persekutuan sejak 1909.
2. Ekonomi
Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu
dan kestabilan politik telah membawa kepada kestabilan ekonomi. Keseragaman
dan kecekapan, keamanan dan keaturan serta pentadbiran yang berkesan telah
menyebabkan lebihan hasil dan hasil persekutuan dapat digunakan oleh semua
negeri dalam semua gabungannya. Keadaan politik dan peluang-peluang
ekonomi telah menggalakkan pelabur-pelabur dari Negeri-negeri Melayu atau
Seberang Laut untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi, khususnya bijih
timah dan getah.
Kedatangan mereka telah menyebabkan berlakunya pertambahan hasil di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu, contohnya hasil Negeri-negeri Melayu
Bersekutu pada 1896 berjumlah $8.5 juta telah meningkat kepada $24 juta pada

tahun 1909. Pembinaan sistem jalan raya dan jalan keretapi terutamanya yang
menghubungkan negeri telah memajukan lagi kegiatan ekonomi Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Pada tahun 1904, sudah terdapat jalan raya sepanjang 2400
km dan jalan keratapi sepanjang 340 batu. Pada tahun 1903, terdapat jalan
keretapi dari Perai ke Seremban dan disambungkan ke Johor Bahru pada tahun
1909.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan
perusahaan bijih timah dan getah. Buktinya pada tahun 1889 eksport bijih timah
Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan berjumlah 20000 tan. Pada tahun
1904, eksport bijih timah persekutuan ialah 70000 tan. Selepas penubuhan
persekutuan, orang-orang Eropah mula mengambil alih penguasaan ke atas
perlombongan-perlombongan bijih timah yang dikuasai oleh orang-orang Cina.
Begitu juga dengan perusahaan getah yang semakin berkembang selepas
penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1897, hanya terdapat
345 ekar, 1905 50 ribu ekar dan 1909 meningkat kepada 200 ribu ekar yang
ditanami getah.
3. Sosial
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan
keamanan dan peraturan. Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi
undang-undang telah menggalakkan imigran Cina dan India, lebih-lebih lagi
terdapat peluang dalam perkhidmatan persekutuan dan perkembangan bijih
timah. Kedatangan imigran telah menyebabkan pertambahan penduduk di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Selain itu, kedatangan imigran juga mewujudkan masyarakat majmuk.
Orang-orang Cina dan India adalah masyarakat yang berasingan dan tidak dapat
mengasimilasikan diri dalam masyarakat Melayu. Penubuhan pesekutuan
menyebabkan perutmbuhan dan perkembangan bandar-bandar seperti Taiping,
Kuala Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi.

Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan,


kesihatan, pelajaran dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kemudahan sosial itu
mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia disediakan di kawasan yang
mempunyai kegiatan ekonomi. Pada tahun 1909, terdapat 52 buah klinik di
persekutuan dan 1904 kemudahan perhubungan diadakan (2400 km jalan raya
dan 340 batu jalan keretapi).
Dalam bidang pelajaran, banyak sekolah-sekolah didirikan di Negerinegeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1907, terdapat 266 buah sekolah Melayu,
1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911, 50 buah sekolah Cina. Selain itu,
terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh kerajaan dan mubaligh. Pada tahun
1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar dibina khas untuk anak-anak golongan
bangsawan. Pada tahun itu, kerajaan membina maktab teknik di Kuala Lumpur
untuk menyediakan tenaga mahir bagi Jabatan Kerja Raya dan keretapi.

Вам также может понравиться