Вы находитесь на странице: 1из 2

PERNYATAAN PROFESIONAL

Pada 1 Februari 2015 hingga 30 April 2015 saya akan menjalani praktikam fasa tiga di
SK Bukit Selambau, Sungai Petani. Praktikam fasa tiga ini merupakan kesinambungan program
praktikum yang telah saya lalui pada semester lepas dan praktikum fasa tiga ini dan yang
terakhir sebagai guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) diharapkan dapat mengukuhkan
lagi kompetensi saya dalam bidang ini. Praktikum fasa satu dan dua yang lepas telah
memberikan pengalaman yang berharga kepada saya terutama dalam pengurusan bilik darjah
sama ada di dalam atau di luar bilik darjah terutama sekali dalam konteks Pendidikan Jasmani
(PJ). Diharapkan pada praktikam fasa tiga ini dapat mengukuhkan lagi kemahiran pedagogi
saya.
Sebagai bakal guru, melalui latihan praktikum ini adalah untuk membina jati diri seorang
guru. Selain itu, saya perlu memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan
di sekolah khususnya. Misalnya kursus profesional seperti Murid dan Alam Belajar, Pengurusan
Bilik Darjah dan Tingkah Laku, Perkembangan Kanak-kanak dan Budaya & Pembelajaran,
Kurikulum dan Pedagogi PJ dan PK. Praktikum ini juga, saya dapat memahami dan mengenali
sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai
pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti.
Pendedahan awal sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat
dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Semoga saya akan dapat mengambil dan menimba ilmu sebanyak mungkin dan
pengalaman supaya dapat digunakan dan diaplikasikan semasa mengajar kelak Saya juga
akan berusaha mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari misalnya teori Mosston dan Ashworth
dalam pengajaran major saya yakni PJ.
Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran sekolah. Selain itu, Kehadiran saya ke sekolah itu diterima oleh guru-guru, muridmurid dan kakitangan sekolah. Hal ini kerana, perhubungan yang positif dalam sesebuah
organisasi amat penting dalam usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti sesebuah
organisasi. Justeru, melalui praktikum ini saya akan membawa diri saya dengan menonjolkan
perwatakan yang positif, menampilkan citra guru yang baik tanpa berpura-pura di hadapan
mereka. Sikap kepura-puraan di hadapan orang hanya menyeksa diri dan tidak menampakkan
keikhlasan. Oleh itu, apa yang baik dalam diri saya akan saya tonjolkan dan berikan dalam
organisasi sekolah ini dan apa yang buruk saya atasi.
Melalui praktikum ini juga saya harapkan saya mampu untuk mengenali anak-anak didik
saya secepat yang mungkin misalnya mengetahui nama-nama mereka. Selain itu, saya
berharap agar saya dapat belajar pengurusan dan pentadbiran di sekolah ini. Misalnya,
pengurusan aktiviti kokurikulum terutama dalam mengendalikan aktiviti, kehadiran murid,
pengurusan alatan sukan dan lain-lain. Saya juga berharap agar dapat membuat seberapa
banyak bimbingan daripada guru pembimbing pengajaran major dan elektif saya berhubung
pengurusan bilik darjah dan pengendaliannya. Hal ini kerana dalam pengajaran Pendidikan
Jasmani kawalan dan pengelolaan pengajaran ini sukar untuk diuruskan sekiranya guru tidak
peka dan mahir. Tidak seperti mata pelajaran Bahasa Melayu yang dilaksanakan di dalam bilik
darjah adalah mudah untuk mengawal murid kerana faktor keluasan bilik darjah yang kecil dan
terhad jika dibandingkan dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang luas ruang

lingkupnya. Oleh sebab itulah, saya harap saya dapat membuat pemerhatian bagaimana guru
mengajar dan menemubual bersamanya, misalnya bertanya berkaitan tingkah laku dan
maklumat umum murid-murid agar saya dapat mengenali murid-murid yang saya akan ajar
nanti.
Kesimpulannya, saya berharap melalui praktikum ini dapat memberikan saya nilai
tambah dalam diri saya untuk menjadi seorang guru yang berjiwa guru sebenar guru dan
memberikan sumbangan kepada pihak sekolah dalam apa bentuk sekalipun.

Вам также может понравиться