Вы находитесь на странице: 1из 4

PT3-Bahagian C (15 markah):

1. Lihat gambar di bawah dengan teliti kemudian huraikan pendapat


anda tentang Kepentingan Mengamalkan Perpaduan Kaum di
Malaysia. Berdasarkan maklumat di bawah, tulis ulasan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Mewujudkan
masyarakat harmoni

Meningkatkan
keamanan negara

Kepentingan Mengamalkan
Perpaduan Kaum di
Malaysia
Menarik kedatangan
pelancong

Memajukan ekonomi
negara

Belakangan ini, isu berkaitan dengan perpaduan kaum sering


diperkatakan. Persoalannya, apakah kepentingan mengamalkan perpaduan
kaum di Malaysia?
Pada pandangan saya, kepentingannya ialah mewujudkan masyarakat
harmoni. Hal ini demikian kerana masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum dapat hidup bersama walaupun berlainan bangsa dan agama.
Selain itu, meningkatkan keamanan negara seperti semua kaum saling
menghormati dan bersatu padu dapat mengelakkan berlakunya
pertelingkahan antara kaum.
Seterusnya, meningkatkan kedatangan pelancong dan memajukan
ekonomi negara. Kedatangan pelancong dan pelabur asing dapat
ditingkatkan apabila mereka berasa selamat dan selesa semasa berkunjung
ke negara kita.
Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk meningkatkan
perpaduan kaum demi kesejahteraan masyarakat. (99)
Marcapada, isu berkaitan dengan semangat kejiranan sering
diperkatakan. Persoalannya, apakah usaha-usaha untuk memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat Malaysia?
Pada pendapat saya, usahanya ialah bergotong-royong. Hal ini
demikian kerana bergotong-royong seperti membersihkan kawasan
kejiranan dapat memupuk semangat kerjasama.
Selain itu, amalan ziarah-menziarahi seperti menziarahi jiran
yang uzur dan sebagainya dapat mengeratkan hubungan
silaturahim sesama jiran tetangga.
Langkah yang berikutnya ialah menganjurkan majlis rumah
terbuka dan program rukun tetangga. Amalan ini dapat membentuk
ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam
kalangan jiran setempat.
Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk
meningkatkan semangat kejiranan supaya kehidupan masyarakat
lebih harmonis. (96)

2. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang


Usaha-Usaha untuk Memupuk Semangat Kejiranan dalam
Kalangan Masyarakat Malaysia. Panjangnya ulasan anda hendaklah
antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Bergotongroyong
Usaha-Usaha
untuk Memupuk
Semangat
Kejiranan dalam
Kalangan
Masyarakat
Malaysia.

Amalan ziarahmenziarahi
Menganjurkan
majlis rumah
terbuka
Program rukun
tetangga

Вам также может понравиться