Вы находитесь на странице: 1из 29

Autobiografi: Aku Sehelai Baju

Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan,


aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam almari cermin.
Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.00.
Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadis
bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja
kawan-kawan Linda melihat diriku, mereka semua memuji kecantikan yang aku
miliki.
Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat
badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.
Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan
aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas.
Aku cuba menahan keperitan tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis
kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.
Apabila terhidu bau badanku terbakar, Linda tergesa -gesa
mendapatkanku. Namun sudah terlambat kerana sebahagian badanku telahpun
hangus. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.

Autobiografi: Aku Sebuah Basikal


Aku berasal dari "Negara Matahari Terbit". Aku dibuat di sebuah kilang
di negara maju itu. Badanku terdiri daripada besi, getah, kaca dan plastik.
Setelah siap dipasang, aku digelar basikal. Aku dan kawan-kawanku yang
lain ditempatkan di sebuah bilik di kilang itu sementara menunggu untuk
dipasarkan. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai kawan-kawan memuji
kecantikanku.
Tidak lama kemudian, aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah
pelabuhan untuk menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok
apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan
beberapa orang kelasi kapal itu, aku dengar ramai kanak-kanak di Malaysia
ingin memiliki kami. Aku semakin bangga.
Nasib kami sungguh malang. Tanpa disangka kapal yang kami naiki karam
setelah dipukul ombak besar. Aku dan kawan-kawanku tenggelam ke dasar
laut. Setahun kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu
badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku naik
ke daratan. Akhirnya kami dihantar ke kilang kitar semula.
Aku berasa sungguh kesal kerana telah menjadi bahan terbuang sebelum
sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia. Bagaimanapun, itu tidak
penting kerana aku yakin semuanya adalah ketentuan Tuhan.

Berita: Anugerah Pelajar Cemerlang


Andaikan anda pemberita akhbar tempatan. Anda perlu membuat liputan
tentang Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri 2011. Tuliskan berita
tersebut.
** ** *** ** **
PAHANG, 16 NOVEMBER-Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, 12 tahun, telah
terpilih sebagai Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur
bagi Tahun 2011. Penghargaan ini telah disampaikan oleh Menteri Besar
Pahang, Dato` Adnan bin Yaacob.
Penyampaian anugerah ini berlangsung di Dewan Besar Muazham Shah,
Kuantan, Pahang bersempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia. Hasif
Zakwan bin Mohd Hamidi ialah murid Tahun 6, Sekolah Kebangsaan
Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh, 2011. Beliau telah memperolehi 5A dalam
peperiksaan UPSR yang lalu dan merupakan seorang yang rajin belajar serta
sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelbagai bidang yang
diceburinya.
Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi merupakan seorang murid yang cergas
dalam bidang sukan. Beliau telah mewakili negari Pahang dalam Pasukan Bola
Sepak Sekolah Rendah, 2011. Beliau juga telah menjadi johan dalam acara
lompat jauh dan lompat tinggi di peringkat negeri Pahang.
Di sekolah, Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi ialah Ketua Pengawas dan
Ketua Pasukan Pengakap. Beliau juga memegang jawatan penting dalam
beberapa persatuan di sekolahnya seperti Pengerusi Persatuan Bahasa
Melayu, Setiausaha Persatuan Bahasa Inggeris dan Bendahari Persatuan
Metametik.
Beliau menyatakan perasaan gembira dan bersyukur atas anugerah ini. Beliau
menasihatkan kepada rakan-rakan yang ingin berjaya agar membuat sesuatu
itu dengan penuh komitmen, tidak mudah putus asa dan tekun. Beliau
mengucapkan terima kasih kepada ibu-bapa, guru-guru dan rakan-rakan atas
dorongan dan semangat yang diberikan.

Berita: Banjir

PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir.


Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah dikebanyakan
kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga
kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di
kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi
keadaan tersebut.
Setelah air naik ke paras yang berbahaya, pihak penyelamat mengarahkan
penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk
berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air
banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakan rumah penduduk kampung.
Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami
beberapa tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan
oleh pasukan penyelamat dengan motobot dan ditempatkan di Dewan
Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut.
Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak
tanaman dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung
bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan.
Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak
kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi
meringankan beban penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, penduduk
kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi
menghadapi situasi banjir.

Biografi: Kehidupan Seorang Nelayan Kecil-kecilan

Pak cik Karim seorang nelayan kecil-kecilan. Dia menjadi nelayan semenjak
berumur 13 tahun lagi. Kebiasaannya, Pak cik Karim akan turun ke laut kirakira pukul 12.00 malam dengan menaiki sebuah bot gentian kaca yang
berenjin. Dia memandu botnya dengan berhati-hati menuju ke tempat
bubunya dipasang.
Setibanya di tempat tersebut, Pak cik Karim segera menarik tali-tali yang
mengikat bubu-bubunya dengan sepenuh tenaga. Bubu-bubunya itu sangat
berat, apatah lagi jika penuh berisi setelah sehari dibiarkan terendam di
dalam laut. Semasa itu juga, matanya sentiasa memerhati kandungan bubunya
kerana bimbang jika terdapat ular atau haiwan yang berbisa di dalamnya.
Setelah bubu berjaya dinaikkan, Pak cik Karim akan membuka pintu kecil
di bubu itu untuk melepaskan semua hasil tangkapannya di perut bot sebelum
bubu tu di campak semula ke dalam laut.
Selepas itu, proses memilih hasil tangkapan pula dimulakan. Dia
melakukannya dengan berhati-hati untuk mengelakkan terkena sengatan ikan
sembilang dan sebagainya. Ini pernah dialaminya dahulu menyebabkan hampir
seminggu dia tidak dapat turun ke laut .
Selepas semuanya selesai, pak cik Karim melabuhkan pula pukat yang
panjangnya dalam 200 meter. Kemudian, dia mengikat botnya pada kayu
pancang pukat untuk berehat sambil menjamah bekalan atau tidur sehinggalah
sampai masa pukatnya ditarik semula.
Kira-kira pukul 5.00 pagi, Pak cik Karim bangun untuk menarik pukat dan
memungut ikan-ikan yang terjerat di pukatnya . Hampir setengah jam
kemudian, kerja-kerja memungut itu pun selesai. Pak cik Karim segera pulang
ke jeti untuk sembahyang Subuh dan menjual hasil tangkapannya kepada
peraih.

Begitulah kehidupan Pak cik Karim seharian sebagai seorang nelayan kecilkecilan. Kerjanya ini sangat mulia kerana telah menyumbangkan hasil laut
kepada kita semua. Tidak semua orang mampu melakukan kerja seperti ini.
Oleh itu, hargailah serta bersyukurlah dengan hasil laut yang kita nikmati.

Pada cuti sekolah yang lalu kamu telah pulang ke kampung. Tidak lama
kemudian kampung kamu dilanda banjir. Ceritakan pengalaman kamu itu.
_________________________________________________________
Cerita: Kampungku Dilanda Banjir

Pada cuti sekolah yang lalu, saya pulang ke kampung kelahiran saya di
Kampung Merapoh Kuala Lipis, Pahang. Sejak tiba di kampung, hujan lebat
turun tidak berhenti-henti menyebabkan kami sekeluarga berasa bimbang.
Oleh sebab itu, keluarga saya mula mengemaskan barang-barang yang penting
dan berharga sebagai persediaan jika terpaksa berpindah.
Akhirnya, kami terpaksa dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan
menggunakan sampan dan bot. Kami bersyukur kerana semua penduduk
kampung berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan dengan selamat. Walau
bagaimanapun saya berasa agak sedih setelah melihat seluruh kampung kami
telah hampir ditenggelami air. Kami hanya mampu berdoa agar air bah akan
surut dengan segera dan keadaan kembali pulih seperti biasa.
Semasa berada di pusat pemindahan, kami dibekalkan dengan pelbagai
barang keperluan oleh pihak kerajaan seperti makanan, air, ubat-ubatan dan
pakaian. Kaum wanita pula bergotong-royong untuk menyediakan makanan.
Saya berasa kurang selesa dan bosan berada di situ kerana terpaksa tidur di
tempat yang terbuka, berkongsi bilik air dan sebagainya. Mujurlah saya dapat
bermain dengan beberapa orang kawan sebaya.
Seminggu kemudian, banjir di kampung kami kembali pulih. Sekembali ke
kampung, kami berasa sungguh sedih apabila melihat keadaan rumah yang
begitu kotor dengan sampah dan lumpur. Banyak harta benda seperti kereta,
binatang ternakan dan tanam-tanaman yang musnah.

Banjir yang dahsyat ini meninggalkan kenangan pahit buat semua


penduduk kampung. Kami berdoa agar kejadian sebegini tidak akan berlaku
lagi.
Berkelah di Pantai Balok
Baru-baru ini, keluarga kamu berkelah di satu tempat menarik. Tulis satu
catatan tentang perkelahan itu.
................................................................................................................................................
.
Sabtu, 22 Februari 2014
7.00 pagi
Semua ahli keluarga bergotong-royong mengangkat barang-barang dan
bekalan ke dalam kereta.
8.30 pagi
-Kami seramai 6 orang bertolak ke Pantai Balok, Kuantan dengan
menaiki kereta Exora ayah. Ayah memandu kereta dengan tenang menuju ke
Lebuh Raya Pantai Timur. Sepanjang perjalanan, kami dapat menikmati
pemandangan yang indah sambil berbual-bual dengan ahli keluarga.
10.30 pagi
Kami selamat tiba di Pantai Balok. Tanpa berlengah, kami mengangkat barangbarang dan bekalan dari dalam kereta untuk dibawa ke tempat yang strategik.
Kemudian, kami bergotong-royong mengemas tempat perkelahan tersebut
dengan memasang khemah, membentang tikar dan menyiapkan hidangan
sarapan pagi. Selepas itu, kami menikmati sarapan pagi daripada bekalan yang
dibawa sambil menikmati suasana tepi pantai yang menyegarkan.
11.30 tengah hari
Kami menukar pakaian dengan pakaian mandi. Syukur kerana cuaca pada hari
ini cerah dan selamat untuk kami bermandi-manda di pantai itu. Saya sungguh
seronok mandi di situ kerana dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama
keluarga seperti berenang dan sebagainya. Walau bagaimanpun saya tidak
lupa pesanan daripada ayah dan ibu agar kami sentiasa berwaspada semasa
mandi di pantai tersebut.

01.00 petang
Kami pergi ke bilik persalinan untuk membersihkan diri dan menyalin pakaian.
Kami dikenakan bayaran 30sen seorang untuk menggunakan kemudahan di
bilik tersebut. Selepas itu kami menuju ke tempat perkelahan kami untuk
menikmati makan tengah hari. Saya sangat seronok makan tengah hari di sini
kerana suasananya berbeza dari kebiasaan. Kami makan di bawah sebatang
pokok yang rendang dengan pemandangan yang menarik serta tiupan angin
yang lembut dan menyegarkan.
2.30 petang
Selepas mengemas barang-barang, kami menuju ke surau di situ untuk
menunaikan solat Zohor. Ayah saya mengajar kami bagaimana melakukan solat
jamak dan qasar iaitu solat Zohor digabungkan dengan solat Asar. Saya
sangat seronok mendapat ilmu dan pengalaman baru sambil solat berjemaah
bersama keluarga.
3.30 petang
-Setelah barang-barang disimpan di dalam kereta, kami berangkat pulang ke
Temerloh semula. Semasa dalam perjalanan, ayah singgah sebentar di sebuah
gerai di Gambang. Ayah membeli beberapa jenis keropok dan makanan ringan
untuk dibawa pulang.
4.30 petang
Kami berhenti di RNR Temerloh untuk minum petang.
5.30 petang
-Kami tiba di rumah. Kami mengangkat barang-barang
perkelahan ke rumah untuk dibersihkan dan disimpan semula. Penat rasanya
tetapi kami amat gembira kerana dapat berkelah dengan ahli keluarga pada
cuti sekolah kali ini.

Fakta: Cara-Cara Membasmi Pembiakan Nyamuk Aedes


Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang sangat
berbahaya. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui
gigitannya. Peyakit ini sudah menjadi masalah utama di negara kita kerana
kematian akibat nyamuk Aedes di negara ini terus meningkat dari tahun ke
tahun.
Kita perlulah bekerjasama untuk membasmi pembiakan nyamuk Aedes.
Antara cara untuk membasmi nyamuk Aedes ialah memastikan tiada takungan
air yang dibiarkan yang boleh membiakkan nyamuk. Tempat-tempat tersebut
seperti di dalam tempayan, pasu-pasu bunga, dan kolam mandi. Pastikan
nyamuk tidak membiak di dalam tempat-tempat ini dengan menyalinkan airnya
pada setiap minggu dan dibasuh sehingga bersih untuk memusnahkan telur
nyamuk.
Selain itu, tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk
mencegah nyamuk daripada bertelur. Bekas yang tidak digunakan pula
hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam.
Saluran bumbung juga boleh menakungkan air yang akan menjadi tempat
pembiakan nyamuk. Oleh itu, periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali
untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir.
Di samping itu, jika menggunakan takungan air untuk memerangkap semut
daripada naik ke meja atau almari, air takungan itu perlulah dimasukkan
garam sebanyak 2 sudu teh untuk mencegah pembiakan nyamuk.
Ikan peliharan juga boleh membantu membasmi nyamuk Aedes kerana
ikan seperti ikan gapi dan puyu akan memakan jentik-jentik. Oleh itu,
peliharalah ikan-ikan ini dalam tangki-tangki besar bagi membasmi pembiakan
nyamuk Aedes ini. Jika tidak, masukkan ubat pembunuh jentik-jentik dengan
mengikut sukatan yang betul ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan
sekali.

Kesimpulannya, kita mestilah bekerjasama bagi membasmi pembiakan


nyamuk Aedes. Justeru, setiap orang mestilah prihatin akan tempat-tempat
yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk. Ambillah tindakan yang
sewajarnya jika mendapati tempat tersebut boleh menjadi tempat pembiakan
nyamuk Aedes.
Laporan Bulan Merdeka 2010 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang
Pada 1 hingga 30 Ogos 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah
mengadakan Bulan Merdeka. Tujuan bulan ini diadakan adalah untuk
menanamkan rasa kecintaan murid-murid kepada negara.
Pada minggu pertama, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan
aktiviti mewarnakan bendera Jalur Gemilang. Murid-murid Tahap Satu dan
Tahap Dua telah menyertai aktiviti ini. Bendera yang siap diwarnakan
dipasang atau digantung di beberapa tempat seperti di pagar sekolah.
Sekolah Kebangsaan Seri Tualang kelihatan lebih ceria dengan dihiasi
bendera-bendera Jalur Gemilang ini.
Pada minggu kedua, pementasan drama telah diadakan. Drama ini bertajuk
Warga Merdeka. Drama ini dicipta dan diarahkan oleh Cikgu Hamidi Wahid.
Drama ini telah melahirkan perasaan cinta pelajar kepada negara.
Pada minggu ketiga, satu pameran tentang tokoh-tokoh telah diadakan di
perpustakaan sekolah. Antara wajah perjuang negara yang dipamerkan ialah
Tunku Abdul Rahman, Dato Hussien Onn, Dr. Burhanudin bin Helmi dan lainlain lagi.
Pada minggu keempat, Larian Merdeka telah diadakan. Larian ini sejauh 3
kilometer. Murid-murid berlari sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan
melaungkan kalimat keramat 'Merdeka!'.
Murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Tualang berasa sangat gembira
kerana dapat menjayakan Bulan Merdeka. Sesungguhnya Bulan Merdeka yang
diadakan telah dapat melahirkan atau menambahkan rasa cinta murid-murid
kepada negara.

Laporan disediakan oleh,

2 September 2010

......................................................................
(NUR ANIS NATASYA BINTI ALWI)
Melengkapkan cerita.
Mulakan karangan anda dengan Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk
tingkap bilikku. Aku ....
...............................................................................................................................................
Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku segera
membuka tingkap tersebut. Rupa-rupanya jiranku, Mak Cik Jamilah. Mak Cik
Jamilah memberitahuku bahawa anaknya diserang demam panas. Manakala,
suaminya pula tiada di rumah kerana sedang berkursus.
Aku segera ke ruang tamu. Aku memberitahu ayah dan ibuku bahawa anak
mak cik Jamilah diserang demam panas. Ayah dan ibuku segera ke rumah
jiranku itu untuk menbantu mereka.
Ibu dan Mak Cik Jamilah memapah Serina masuk ke dalam kereta ayahku
untuk dibawa ke klinik yang berhampiran. Ibu menyuruh aku menjaga rumah
dan mengunci pintu. Aku patuh nasihat ibuku.
Aku berasa bimbang akan Serina yang diserang demam panas. Aku hanya
mampu berdoa kepada Allah supaya Serina selamat.
Tidak lama kemudian, aku terdengar enjin kereta ayahku. Aku segera
membuka pintu. Ibu memberitahu aku bahawa Serina ditahan di wad.
Keesokan harinya, Aku dan keluargaku menziarahi Serina di hospital. Aku
bersyukur kerana Serina kini sudah hampir sembuh. Mak cik Jamilah
mengucapkan terima kasih kepada aku dan keluargaku.

Perbahasan: "Belajar Secara Berkumpulan Lebih Baik Berbanding Belajar


secara Sendiri".
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi
bijaksana, barisan pencadang serta hadirin sekalian. Selamat sejahtera saya
ucapkan. Tajuk perbahasan kita pada pagi ini ialah ''Belajar Secara Kendiri
Lebih Baik Berbanding Belajar Secara Berkumpulan''. Namun sebagai
pembangkang, saya tetap menyatakan bahawa belajar secara kumpulanlah
yang lebih baik berbanding belajar secara kendiri.
Hadirin yang dikasihi,
Belajar secara kumpulan membolehkan kita berkongsi idea melalui sesi
perbincangan atau sumbang saran. Oleh itu, pembelajaran berkumpulan pasti
dapat memantapkan ilmu dan meningkatkan kemahiran berfikir.
Di samping itu, belajar secara kumpulan juga membolehkan pelajar
berkongsi nota dan bertukar-tukar maklumat dalam masa yang singkat.
Mampukah pelajar yang belajar secara kendiri memperoleh faedah
sedemikian? Saya yakin, tidak!
Hadirin yang budiman,
Belajar secara berkumpulan juga dapat memupuk kerjasama. Pemupukan
ini penting untuk melahirkan pelajar yang prihatin dan bertanggungjawab.
Bukankah ini antara cara yang terbaik membentuk masyarakat yang
cemerlang.
Selain itu, pelajar dapat memupuk pelbagai sikap positif terutama
semangat berpasukan dan semangat berjuang untuk sama-sama memperoleh
kejayaan. Sikap sebegini sukar diperoleh sekiranya anda belajar secara
kendiri.

Berasaskan hujah-hujah tadi, jelaslah bahawa belajar secara kumpulan


memang lebih baik berbanding belajar secara kendiri. Justeru, amalkanlah
belajar secara berkumpulan demi kecemerlangan bersama.
Sekian hujah saya.Terima kasih.

Perbincangan: Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar .


Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar. Di kampung
banyak keaslian dan
kecantikan alam semula jadi yang tidak terdapat di bandar.
Saya suka tinggal di kampung kerana di sini terdapat pokok-pokok yang
menghijau, burung-burung
berkicauan dan sungai-sungai yang jernih airnya. Di kampung suasananya aman
dan damai. Udaranya bersih dan nyaman, jauh daripada pencemaran udara.
Oleh itu ti nggal di kampung lebih sihat daripada tinggal di bandar.
Tinggal di kampung boleh menjimatkan wang. Kita boleh menggunakan air
yang tidak berbayar seperti air perigi yang sejuk dan jernih untuk di minum,
membasuh, dan mandi. Kita juga boleh menanam dan makan sayur-sayuran
yang segar.
Orang-orang di kampung hidup tolong-menolong, bergotong-royong dan
bertegur-sapa di antara
satu sama lain. Dengan ini, hidup lebih bermakna dan dapat menghindarkan
diri daripada pengaruh-pengaruh yang boleh merosakkan dan menjatuhkan
moral.
Suasana yang tenteram dan damai, udara yang segar dan penduduknya
yang berbudi bahasa
menyebabkan tinggal di kampung lebik baik daripada di bandar.

Perbincangan: Kebaikan dan Keburukan Menonton Televisyen

Televisyen merupakan alat ciptaan manusia hasil daripada perkembangan


sains dan teknologi. Alat perhubungan ini amat popular pada masa kini.
Menonton televisyen mempunyai banyak kelebihan kerana televisyen
menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Melaluinya, kita
dapat mengetahui cara dan gaya hidup masyarakat lain.
Selain itu, terdapat juga rancangan-rancangan bercorak pendidikan yang
disiarkan misalnya rencana. Kita akan memperolehi ilmu yang berfaedah
daripada siri tersebut.
Namun begitu, menonton televisyen juga boleh melalaikan dan membuang
masa jika kita menonton tanpa kawalan. Sebagai pelajar, ini sudah tentu
merugikan kita dalam pelajaran.
Kesimpulannya, kita boleh menonton televisyen tetapi mesti mengetahui
batas-batasnya kerana televisyen mempunyai kebaikan dan keburukan.

Peribahasa: Bagai Aur Dengan Tebing

Peribahasa "Bagai Aur Dengan Tebing" bermaksud tolong-menolong di


antara satu sama lain. Seumpama serumpun aur di tebing. Aur menumpang
pada tebing untuk mendapatkan air, manakala tebing pula memerlukan aur
supaya tebing tidak mudah terhakis.
Setiap orang memerlukan orang lain dalam kehidupannya. Oleh itu,
manusia harus hidup bekerjasama dan saling bantu-membantu seperti aur
dengan tebing. Hidup begini dikatakan sepakat dan menjadikan sesuatu kerja
itu lebih mudah dan cepat disiapkan.
Semangat kerjasama dan gotong-royong sudah lama diamalkan oleh
masyarakat luar bandar dalam segala lapangan kehidupan. Sebagai contoh,
mereka bercucuk tanam dan menuai hasil tanaman mereka secara bergotongroyong. Begitu juga jika ada majlis perkahwinan, lazimnya orang kampung akan
bergotong-royong untuk menjayakan majlis tersebut. Bahkan sesetengah
tempat, orang kampung membina masjid secara bergotong-royong.
Peribahasa ini juga ada persamaan maksud dengan peribahasa berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing, dan hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
digigit.
Kesimpulannya, peribahasa ini amat baik untuk diteladani bersama
terutama oleh masyarakat di bandar serta generasi muda kerana semangat
bekerjasama ini semakin kurang diamalkan oleh mereka.

Peribahasa: Kalau Tak Dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya


Amiera merupakan pelajar tingkatan lima. Dia merupakan anak tunggal dan
tinggal bersama ibunya setelah kematian ayahnya sejak dia berumur enam
tahun lagi.
Sejak kematian ayahnya, kehidupan Amiera sangat daif. Ibunya terpaksa
menjaja kuih untuk menyara hidup mereka berdua. Sejak darjah lima lagi,
Amiera mula menolong ibunya menjual kuih-kuih pada setiap pagi sebelum
pergi ke sekolah. Dia sedar, dia perlu membantu ibunya yang semakin tua
untuk mencari nafkah bagi mereka berdua.
Pada waktu malam, Amiera menolong ibunya membuat kuih. Dalam masa
yang sama juga, Amiera berusaha mengulang kaji pelajaran. Rakan-rakan
Amiera yang mampu akan pergi ke kelas bimbingan di pekan tetapi Amiera
hanya belajar di rumah tanpa bimbingan daripada sesiapa. Dia percaya,
"Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Oleh sebab itu,
Amiera bertekad untuk berlajar bersungguh-sungguh.
Pada hari Isnin, guru besar memberitahu bahawa peperiksaan SPM akan
bermula pada minggu hadapan. Guru besar berharap agar semua calon SPM di
sekolahnya mengulang kaji pelajaran dengan lebih tekun lagi. Amiera berusaha
bersungguh-sungguh untuk mengulang kaji pelajaranya. Ibunya pula sentiasa
berdoa dan memberi dorongan kepadanya agar Amiera berjaya mendapat
keputusan yang cemerlang nanti.
Berkat doanya dan ibunya serta usaha Amiera yang gigih, dia telah
berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM itu. Dia ditawarkan untuk

melanjutkan pelajarannya ke menara gading. Amiera amat bersyukur dan


berasa sungguh gembira.
Guru-guru dan rakan-rakannya sangat bangga atas kejayaan Amiera.
Apatah lagi ibunya yang amat mengharapkan kejayaan anaknya itu. Amiera
berjanji akan terus berusaha supaya dapat membantu ibunya kelak. Akhirnya,
Amiera telah mendapat segulung ijazah dan pekerjaan yang terjamin. Kini
ibunya hidup lebih senang bersamanya.

Tulis sebuah karangan tentang Banjir. Panjang jawapan kamu tidak kurang
daripada80 patah perkataan.
Banjir
Banjir adalah bencana alam yang sering melanda negara kita terutamanya
di negeri -negeri Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Kebiasaannya negerinegeri ini akan mengalami musim tengkujuh pada setiap akhir tahun. Hujan
lebat yang kerap berlaku pada musim itu menyebabkan banjir di kawasan
tersebut.
Banjir kerap melanda kawasan-kawasan yang rendah seperti kawasan
berhampiran sungai. Banyak harta benda yang musnah serta binatang
ternakan dan tanaman mati. Mereka yang terlibat seperti para petani akan
mengalami kerugian besar.
Banjir juga boleh mengancam nyawa. Ramai yang lemas kerana bermain
dengan air banjir yang alirannya deras dan dalam. Apatah lagi jika mereka
tidak tahu berenang.
Air banjir yang keruh menghanyutkan pelbagai benda yang berbahaya
seperti kayu tajam, tali dan sebagainya. Ada yang nahas kerana terlanggar
atau terperangkap dengan benda-benda yang dihanyutkan air deras ini. Air
banjir juga tercemar dengan pelbagai kotoran daripada air kumbahan, bangkai
binatang dan sebagainya. Keadaan ini boleh menyebarkan penyakit. Justeru,
janganlah mengambil air banjir untuk diminum, apatah lagi jika tidak dimasak.
Oleh itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati -hati. Adalah
lebih baik jika kita berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum air naik.

Rencana: Kebaikan-kebaikan Perpustakaan

Perpustakaan ialah suatu tempat terkumpulnya bahan-bahan bacaan.


Ramai orang mengunjungi perpustakaan kerana di situ mereka boleh membaca
bahan-bahan bacaan seperti buku rujukan, majalah, surat khabar dan lain-lain
lagi secara percuma. Oleh itu, sudah tentulah perpustakaan memberi banyak
kebaikannya kepada kita semua.
Di perpustakaan, kita akan dapat menambah ilmu pegatahuan. Melalui
pembacaan di situ, sudah tentu pengetahuan kita akan bertambah seperti
mengetahui peristiwa semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara.
Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih
berfaedah dengan mengunjungi perpustakaan. Ini mengelakkan kita daripada
membuang masa secara sia-sia serta menghindarkan diri daripada terjebak
dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti melepak dan sebagainya.
Perpustakaan juga dapat membentuk disiplin para pelajar. Ini kerana di
perpustakaan terdapat pelbagai peraturan antaranya mesti senyap,
memulangkan buku dalam tempohnya dan menjaga kebersihan perpustakaan.
Peraturan ini akan mendisiplinkan diri kita kerana jika ingkar, mungkin kita
akan didenda.
Di samping itu, pembacaan bahan-bahan bacaan di perpustakaan akan
dapat menambah pembedaharaan kata kita. Ini pasti akan membantu kita
bertutur dan menulis karangan dengan lebih baik.

Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak kebaikannya. Oleh itu,


tanamkan sikap suka mengunjungi perpustakaan agar kebaikan-kebaikannya
itu dapat kita perolehi.

Contoh Surat Kiriman Rasmi: Pencemaran Di Kampung Muhibbah


Kelab Alam Sekitar,
Sekolah Kebangsaan Kuala Baram 2,
98000 Miri,
Sarawak.
_________________________________________________________
Pegawai Daerah,
Majlis Bandar Raya Miri,
98000 Miri,
Sarawak.
2 Oktober 2012 .
Tuan,
PERCEMARAN DI KAMPUNG MUHIBBAH
Berhubung perkara di atas, saya selaku pengerusi Kelab Alam Sekitar SK Kuala Baram 2, ingin
memaklumkan kepada pihak tuan tentang masalah pencemaran di Kampung Muhibbah, Miri
Sarawak.
2. Percemaran ini berlaku sebaik sahaja pembukaan operasi kuari di Bukit Ara. Pembukaan ini
telah menyebabkan debu-debu berterbangan dan berlakunya pencemaran udara. Banyak
penduduk menghidapi asma dan batuk sejak akhir-akhir ini.
3. Pembukaan kuari ini juga, telah menyebabkan berlakunya pencemaran air. Sungai yang
dahulunya, merupakan sumber ikan yang banyak kini telah tercemar. Airnya pula telah
menjadi keruh dan berlumpur.
4. Kerja-kerja pembukaan ini juga telah menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi. Keadaan
ini telah menganggu ketenteraman penduduk kampung.
5. Saya bagi pihak Kelab Alam Sekitar SK Kuala Baram 2 memohon jasa baik tuan untuk
mengatasi masalah ini secepat mungkin. Kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,
Nadrah
(NUR NADIRAH BT. AHMAD)
Pengerusi
Kelab Persatuan Alam sekitar,
SK Kuala Baram 2,
98000 Miri,
Sarawak.
Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi: Memenuhi masa lapang
Andaikan bahawa anda baharu sahaja selesai menduduki peperiksaan UPSR. Abang anda yang
belajar di luar negara mengirimkan surat kepada anda dan bertanya perkara yang anda
sedang lakukan kini. Balas surat abang anda.
No. 123, Kampung Muhibbah
Kuala Baram, 98000 Miri,
Sarawak.
11 Ogos 2014
Assalamualaikum. Menemui kakandaku yang kini berada di Universiti Azhar semoga dalam
keadaan sihat sejahtera.
Kakanda yang dikasihi,
Apa khabar kakanda sekarang? Adinda berharap agar kakanda sihat hendaknya. Adinda
serta keluarga di sini sihat-sihat sahaja.
Surat kakanda telahpun adinda terima pada 31 Januari 2011 yang lalu. Adinda bersyukur
kerana peperiksaan UPSR telah selesai. Alhamdulillah semua soalan yang dikemukan dapat
adinda jawab dengan mudah. Sekarang ini adinda sedang menanti keputusannya dengan penuh
debaran. Adinda berharap dan berdoa akan mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan
tersebut. Diharap kakanda juga demikian, selalu mendoakan adinda agar berjaya dengan
cemerlang dalam peperiksaan itu nanti.
Sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan, adinda menghabiskan masa
dengan membaca pelbagai buku terutamanya novel yang dipinjam dari perpustakaan sekolah
atau daripada rakan-rakan yang ingin bertukar-tukar buku bacaan. Adinda ingin menggunakan
masa yang banyak terluang ini dengan menambahkan ilmu pengetahuan.
Pada hujung minggu nanti, adinda akan mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur. Adinda
akan melawat Zoo Negara, Petrosains, Planetarium dan Masjid Negara. Dengan melawat ke
tempat-tempat tersebut, adinda berharap akan dapat memberi pengalaman yang berguna, di
samping menikmati pemandangan yang indah di sepanjang lawatan tersebut.

Bilakah kakanda akan pulang ke kampung? Adinda dan keluarga di sini amat rindu akan
kakanda. Adinda berharap kakanda dapat pulang dengan segera.
Setakat inilah sahaja yang dapat adinda coretkan buat tatapan kakanda. Sambutlah
salam sayang daripada adinda dan keluarga.

Yang benar,
Adam Malik

Contoh Syarahan: Faedah Menabung


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.
Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah Faedah Menabung.
Hadirin sekalian,
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk keperluan pada
masa hadapan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul lebihan wang perbelanjaan seharian
untuk disimpan di bank sebagai tabungan kita. Wang tabungan yang kita simpan itu bolehlah
kita gunakan untuk pelbagai perkara yang penting pada masa hadapan.
Hadirin sekalian,
Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa diperlukan. Contohnya
menggunakan wang tabungan tersebut untuk membeli barang keperluan sekolah. Ini tentu
dapat mengembirakan ibu bapa kita terutamanya jika waktu itu mereka kekurangan wang dan
sebagainya.
Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita akan merancang
perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Ini akan menjadikan kita
berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak dibelanjakan sesuka hati.
Di samping itu, menabung boleh mengelakkan kita daripada terlepas sesuatu peluang baik
yang muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat membeli buku idaman yang jarang-jarang
ditemui dengan menggunakan wang simpanan. Ini tentu mengembirakan kita kerana
memperoleh apa yang sudah lama diidamkan sedangkan pada masa itu ibu bapa kita mungkin
kurang mampu untuk membelinya.
Hadiri yang dihormati sekalian,
Amalan menabung juga dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang menabung akan lebih
berhati-hati ketika berbelanja kerana mereka telah membuat perancangan awal menguruskan
wang perbelanjaan. Ini sudah pasti mengelakkan pembaziran kerana mereka hanya berbelanja
untuk perkara-perkara yang betul-betul perlu sahaja.

Seterusnya, menabung juga membolehkan kita membantu orang lain. Contohnya, kita
boleh meminjamkan sebahagian wang simpanan kita untuk bayaran yuran sekolah adik jika
pada masa itu ibu bapa kita memerlukannya. Ini akan mengeratkan tali persaudaraan kerana
membantu mereka ketika dalam kesusahan.
Setakat ini sahajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada
rakan-rakan supaya menjadikan amalan menabung sebagai amalan hidup kerana banyak faedah
yang boleh kita diperolehi daripada amalan ini.

Contoh Syarahan: Faedah Makan Buah-buahan Tempatan


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru
Besar, guru-guru, serta rakan- rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam
sejahtera saya ucapkan.
Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang
bertajuk Faedah makan buah-buahan tempatan. Definisi buah-buahan
tempatan ialah buah-buahan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara.
Sebagai contoh, buah-buahan tempatan negara kita ialah manggis, durian,
tembikai dan sebagainya.
Buah-buahan tempatan banyak mengandungi khasiat yang setanding
dengan buah-buahan yang diimport. Contohnya, buah jambu batu mengandungi
vitamin C dan buah limau mengandungi asid yang boleh menghadamkan
makanan yang kita makan.
Buah-buahan tempatan juga mudah didapati kerana hasil dari dalam
negara kita. Oleh sebab itulah, buah-buahan tempatan didapati lebih segar
dan tidak mengandungi bahan pengawet. Buah-buahan ini banyak dijual di
gerai buah-buahan di seluruh negara.
Selain daripada itu, harga buah-buahan tempatan juga lebih murah jika
dibandingkan dengan buah-buahan import. Ini kerana buah-buahan tempatan
tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dipasarkan seperti kos pengangkutan
berbanding buah-buahan yang diimport.
Buah-buahan tempatan juga telah pun berjaya dieksport keluar negara.
Contohnya buah nanas yang ditinkan telah dieksport keluar negara seperti

Arab Saudi, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan buah-buahan
tempatan juga digemari dan dipercayai daripada segi mutunya.
Kesimpulannya, mengambil buah-buahan tempatan sangat banyak
faedahnya. Selain segar, murah, berkhasiat dan bermutu, mengambil buahbuahan tempatan juga dapat meningkatkan pendapatan para petani. Oleh itu,
makanlah buah-buahan tempatan sebagai buah-buahan pilihan kita.
Sekian, terima kasih.
Syarahan: Menghormati Guru Amalan Mulia
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakanrakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah Menghormati guru
amalan mulia.
Hadirin sekalian,
Menghormati guru merupakan amalan mulia kerana mereka orang yang
berjasa kepada kita semua. Gurulah yang mendidik kita sehingga kita pandai
membaca, menulis dan mengira. Mereka telah mendidik kita tanpa mengenal
erti penat dan lelah agar kita menjadi insan yang berguna. Mereka juga
banyak memberi dorongan kepada kita agar terus berusaha mencapai
kejayaan dalam pelajaran dan sebagainya.
Guru merupakan orang yang kedua perlu kita hormati selepas ibu bapa. Ini
kerana hampir separuh masa seharian kita bersama mereka. Merekalah yang
menjaga, memberi nasihat, tempat kita mengadu dan sebagainya sepanjang
kita berada di sekolah.
Guru juga banyak berkorban demi kejayaan kita. Antaranya mereka
sanggup mengajar lebih masa atau hadir ke kelas tambahan untuk mengajar
secara suka rela demi memastikan kita berjaya dalam pelajaran.
Hadirin sekalian,
Kita wajar menghomati guru bukan sekadar dengan ucapan sahaja malah
haruslah dibuktikan antaranya dengan belajar bersungguh-sungguh. Apabila
kita berjaya, guru pasti akan gembira. Doakanlah moga guru-guru kita
dilimpahi segala kebaikan seperti dimurahkan rezeki dan sebagainya.

Sesungguhnya jasa mereka amat besar dan tidak terbalas. Oleh itu, kita
harus mengingati jasa-jasa mereka dengan menghormati mereka seumur
hidup agar kita terus mendapat keberkatan daripada Allah.
Setakat ini sajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru
kepada rakan-rakan supaya menghormati guru-guru dengan seikhlas hati
kerana kejayaan seseorang itu pastinya hasil daripada didikan para guru.
Sekian ,terima kasih.
Syarahan: Faedah-faedah Kitar Semula.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan
saya pada pagi ini ialah "Faedah-faedah Kitar Semula".
Hadirin sekalian,
Pelbagai bahan terbuang seperti tin minuman, surat khabar dan sebagainya boleh
dikitar semula menjadi bahan atau alat yang berguna. Oleh yang demikian, kita
seharusnya tidak membuang bahan-bahan yang telah digunakan tersebut begitu
sahaja untuk mengelakkan pembaziran. Bekas yang diperbuat daripada plastik, kaca
atau alaminium yang telah digunakan boleh dikumpul dan dijual semula untuk diproses
menjadi bahan baharu.
Apabila bahan-bahan terbuang dapat dikitar semula, secara tidak langsung akan
juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Ini akan dapat
mengurangkan sampah sarap yang berbau busuk berlonggokan di sana-sini yang
menyakitkan mata. Kesannya alam sekitar kita menjadi lebih bersih, berudara segar
dan dapat mengurangkan masalah kesihatan kita semua.
Hadirin sekalian,
Kitar semula juga dapat menambah pendapatan kita. Dengan menjual kertas,
surat khabar lama, tin minuman, botol kaca dan botol plastik, sedikit sebanyak akan
membantu menampung perbelanjaan kita seharian.
Selain itu, kitar semula juga dapat mengatasi masalah penggunaan kawasan yang
luas bagi tujuan perlupusan sampah-sarap. Dengan kitar semula, kita dapat
menjimatkan ruang kawasan perlupusan sampah. Kawasan itu sebaliknya boleh
dibangunkan untuk perkara lain seperti dijadikan kawasan perumahan dan
sebagainya.
Oleh sebab itu, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak membuang barang-

barang yang terpakai masing-masing begitu sahaja. Kita mestilah bekerjasama


mengitar semula bahan-bahan yang kita telah digunakan dengan mengumpul barangbarang tersebut supaya dapat dikitar semula menjadi bahan yang lebih berfaedah
serta dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Sekian, terima kasih.

Temu Ramah/Dailog: Faedah-faedah Membaca.


Amar : Assalamualaikum!
Aini : Waalaikummussalam! Eh, Amir! Ingatkan siapa tadi. Duduklah
Amar : Terima kasih. Awak baca buku apa tu
Aini : Saya baca buku agama bertajuk Bukti-bukti Kebesaran Allah. Banyak
kebaikannya membaca buku ini. Antaranya, saya dapat merasai
keimanan saya semakin meningkat.
Amar : Baguslah! Dengan membaca, pengetahuan kita tentu akan bertambah.
Sebab itulah kebanyakan orang yang rajin membaca akan berjaya
dalam bidang yang diceburi mereka.
Aini : Kenapa pula awak datang ke sini, Amar?
Amar : Sebenarnya saya memang sengaja datang ke sini kerana ingin
berbual-bual sahaja sebagai mengisi masa lapang saya sekarang.
Aini : Oh, begitu! Kenapa awak tidak isikan masa lapang tersebut dengan
membaca buku-buku. Dapatlah masa lapang itu diisi dengan
perkara-perkara yang lebih berfaedah.
Amar : Betul Aini. Tapi saya rasa berbual-bual dengan awak pun perkara yang
berfaedah juga. Kita boleh berbual tentang pelajaran dan sebagainya.
Aini : Eem betullah tu, tetapi jika hanya berbual kosong, lebih eloklah kita
membaca buku. Melalui membaca juga, pembendaharaan kata kita akan
semakin bertambah.Maaf, boleh saya bertanya, markah kertas ujian
karangan kamu baru-baru ini berapa?
Amar : Eh, malulah nak cakap! Saya cuma mendapat 65 peratus sahaja. Saya
rasa susahlah nak buat karangan tu. Awak pula bagaimana?
Aini : 95 peratus! Dahulupun saya macam awak juga tetapi setelah saya selalu
membaca, saya berasa lebih mudah untuk membina ayat dalam karangan.
Awak selalulah membaca mungkin awak akan mendapat markah yang
lebih tinggi nanti.
Amar : Betul juga cakap awak. Selepas ini saya akan cuba isikan masa lapang
saya dengan membaca buku.
Aini : Baguslah macam itu. Saya harap awak akan berjaya. Lagipun membaca
juga dapat menghiburkan kita tau. Banyak buku cerita yang boleh

menghiburkan kita di pasaran sekarang seperti majalah Kuntum dan


sebagainya.
Amar : Saya selalu terlihat majalah yang memaparkan model seksi di muka
depannya dijual di gerai-gerai buku. Saya berasa janggallah untuk
membelinya.
Aini : Amar! Amar! Bukan semua majalah sesuai untuk kita membacanya. Pilihlah
majalah yang baik yang boleh meningkat ilmu pengetahuan kita. Bukannya
majalah yang menyebabkan kita berbuat dosa.
Amar : Terima kasih Aini atas nasihat awak. Eloklah saya pulang dahulu. Hari
pun sudah semakin senja.
Aini : Baiklah.

Ucapan: Ucapan Hari Guru


Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Dihormati Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Cahaya Pintas, Encik Nor Razif bin Mohd. Adib. Guru-guru dan rakanrakan sekalian.
Hadirin sekalian,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi
kesempatan kepada saya untuk berucap dalam majlis yang berbahagia ini. Hari guru
disambut seluruh negara pada 16 Mei setiap tahun untuk menghargai jasa guru kita
yang membimbing, mengajar dan mendidik kita menjadi seorang insan dan sanggup
menjadi pelita untuk menerangi hidup kita gelap-gelita.
Jasa guru tidak dapat kita gambarkan. Seperti saya katakan tadi, membimbing,
mengajar dan mendidik adalah antara jasa-jasa seorang insan yang bergelar guru.
Guru juga perlu memikul tanggungjawab yang tinggi contohnya menjadi ibubapa kita
di sekolah.
Dalam kesempatan ini juga, saya ingin berpesan kepada rakan-rakan sekalian,
hormati, sayang dan anggaplah guru itu umpama ibu bapa kita. Kita juga mempunyai
tanggungjawab untuk menjadi seorang anak dan murid yang sempurna.
Guru-guru sekalian,
Saya mewakili rakan-rakan saya, berjanji agar menghormati dan menyayangi
guru-guru sekalian dan kami juga ingin menyusun sepuluh jari supaya guru-guru dapat
memaafi kesemua kesalahan kami dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Saya berharap dan berdoa agar guru-guru sekalian sihat dan terus membimbing
dan mendidik lebih lagi anak muda bagi membentuk insan yang berguna untuk negara
dan bangsa serta agama.

Akhir kata, saya mewakili rakan-rakan memohon maaf sekali lagi andai kata kami
terkasar kata atau tidak beradap kepada guru sekalian. Sesungguhnya, yang baik itu
datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada kami. Sebelum saya
mengakhiri ucapan saya, terimalah serangkap pantun yang berbunyi
Hati masih terburu-buru,
Setiap adrenalin seperti matu,
Terima kasih guru-guru,
Menjadi lilin penerang hati.
Sekian, terima kasih.
Ucapan: Majlis Perpisahan Tahun Enam.

Anda selaku ketua darjah diminta menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan untuk
murid-murid Tahun Enam.
____________________________________________________________________
_
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru serta
rakan-rakan sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana memberi peluang
kepada saya untuk berucap dalam majlis perpisahan ini.
Hadirin sekalian,
Sudah hampir 6 tahun kami berada di sekolah ini. Jika menghitung hari persekolahan,
bermakna tinggal 6 hari lagi kami menjadi warga sekolah ini. Justeru, kami terpaksa
mengucapkan selamat tinggal kepada guru-guru dan adik-adik yang dikasihi walaupun kami
masih terlalu sayang untuk meninggalkan sekolah ini.
Kami amat menghargai akan jasa guru-guru di sekolah ini yang mendidik kami dengan penuh
dedikasi, sabar, dan penuh kasih sayang. Dengan didikan dan bimbingan gurulah kami telah
tahu membaca, menulis, dan megira. Kami akan sentiasa mengingati pesanan guru-guru yang
ingin melihat kami menjadi insan yang berakhlak dan berguna kepada masyarakat dan negara.
Hadirin sekalian .
Budi yang guru-guru taburkan tidak mampu kami membalasnya. Hanya doa untuk
kesejahteraan sahaja yang mampu kami lakukan sebagai membalas segala jasa guru-guru itu.
Kami berjanji akan terus belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan
yang cemerlang di sekolah menengah nanti.

Akhir kata saya mewakili rakan-rakan memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan
sepanjang kami berada di sekolah ini. Halalkan segala ilmu yang guru-guru curahkan kepada
kami. Kami berasa sangat sedih kerana terpaksa meniggalkan sekolah ini. Jasa dan bakti
guru-guru akan kami kenang sehingga akhir hayat kami.
Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap pantun daripada saya;
Ramai orang menanam padi,
Padi ditanam hingga ke seberang,
Banyak budi perkara budi,
Budimu guru dikenang orang.
Sekian, terima kasih.

Ucapan: Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri


Sekolah kamu telah mengadakan kempen menjaga kebersihan diri. Kamu sebagai
ketua murid diminta menyampaikan ucapan tentang cara-cara menjaga kebersihan
diri.
.............................................................................................................................................................
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan
seperjuangan sekalian. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah "Cara-cara Menjaga
Kebersihan Diri".
Hadirin sekalian,
Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagiaan hidup kita. Kita mesti
memastikan telinga sentiasa bersih kerana telinga juga boleh mengalami pelbagai
penyakit jika tidak dibersihkan dengan sebaiknya. Kita perlu membersihkan telinga
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan putik kapas yang lembut.
Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari supaya badan kita bersih serta
mengelakkan daripada terkena penyakit kulit dan berbau. Badan yang bersih akan
menjadi kita sihat dan selesa.
Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Kebersihan gigi amat
penting untuk mengelakkan daripada kerosakan gigi serta menjadikan kita lebih
berkeyakinan semasa bergaul dengan orang ramai.
Kita hendaklah memotong kuku kerana kuku yang panjang boleh menyimpan
kekotoran. Kotoran yang melekat pada kuku yang panjang itu mengandungi kuman
yang boleh tersebar ke dalam badan kita semasa kita makan. Ini akan menyebabkan
kita terkena penyakit seperti cirit-birit dan sebagainya.

Hadirin sekalian,
Kita perlu menjaga kebersihan rambut dengan menggunakan syampu untuk
membersihkan rambut kita. Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi kelemumur,
kutu dan penyakit kulit kepala.
Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh itu,
kita mestilah mengambil berat tentang kebersihan diri untuk keselesaan dan
kebahagiaan hidup kita.
Sekian, terima kasih.

Вам также может понравиться