You are on page 1of 8

1

*Keldai dadah merujuk kepada seseorang yang secara rela atau diperdaya untuk menjadi kurier, membawa
dadah atau barang seludup ke negara lain.
SINDIKET DADAH ANTARABANGSA GUNA EJEN TEMPATAN CARI KELDAI DADAH
Taktik yang menggunakan rakyat tempatan untuk merekrut "keldai dadah" itu masih menggunakan cara
yang sama iaitu menabur janji manis, kemewahan dan percutian menarik kepada mangsa sebelum
ditugaskan membawa dadah ke negara ketiga.
"Di dalam Facebook mereka berkenalan, menjalin hubungan rapat dan apabila mendapat kepercayaan,
mereka akan digunakan untuk dijadikan keldai dadah," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim.
Beliau berkata, taktik itu dibongkar berikutan penahanan seorang pemuda berusia 23 tahun di Lapangan
Terbang Ezeiza, Buenos Aires, Argentina, akhir bulan lalu ketika cuba menyeludup keluar dadah jenis
kokain dari negara itu ke Qatar.
"Hasil soal siasat polis negara itu, lelaki terbabit mendedahkan tiga rakyat Malaysia memperdayanya untuk
ke Argentina bagi membawa balik batu permata hitam ke negara ini," katanya kepada pemberita di sini hari
ini.
Noor Rashid berkata, sebelum ini tugas merekrut mangsa untuk dijadikan "keldai dadah" dilakukan rakyat
Iran dan Nigeria, tetapi selepas mendapati taktik itu kurang mendapat sambutan, mereka mengubahnya
menggunakan rakyat Malaysia.
Beliau mengulas taktik terkini sindiket dadah antarabangsa yang berpangkalan di negara ini yang kini
menggunakan rakyat tempatan sebagai ejen mencari keldai dadah.
"Kita akan terus membuat pemantauan dan mengingatkan orang ramai melalui program-program
kemasyarakatan agar orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan taktik yang digunakan sindiket
antarabangsa ini," katanya.
Beliau berkata sepanjang 2010 seramai 35 rakyat tempatan termasuk 12 wanita ditahan di luar negara
kerana menjadi keldai dadah, jumlah itu berkurangan berbanding tiga tahun sebelumnya, iaitu 54 orang
pada 2009, 66 orang (2008) dan 84 orang (2007).
Kebanyakan mereka berumur 40 tahun ke bawah dan ditahan di beberapa negara antaranya Taiwan, Peru,
Brazil dan Thailand.
Sementara itu, seramai 14,652 orang ditahan kerana pelbagai kesalahan jenayah narkotik dan polis berjaya
merampas dadah yang bernilai RM38.77 juta sepanjang Januari lalu.
Noor Rashid berkata, dalam tempoh itu juga, empat makmal memproses dadah -- dua di Kuala Lumpur
dan masing-masing satu di Perak dan Pulau Pinang -- dibongkar dan lapan orang ditahan.
"Dalam tempoh sebulan itu, kita juga berjaya menahan 24 orang termasuk 17 rakyat Iran dalam
penguatkuasaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan
Tambang Murah (LCCT)," katanya.
Beliau berkata, 19 orang ditahan di KLIA dan lima lagi di LCCT dengan rampasan dadah jenis syabu
sebanyak 49.8 kg yang kesemuanya bernilai RM3.29 juta.
"Seramai 103 orang diambil tindakan pencegahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah
Pencegahan Khas) 1985 sepanjang Januari lepas dan sebanyak RM3 juta harta di sita termasuk kes yang
meyumbang nilai sitaan tertinggi dalam Ops Ramelia yang membabitkan sindiket pengedaran dadah rakyat
Iran," katanya.-Bernama

2
http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sindiketdadahantarabangsagunaejentempatancarikeldaidad
ah/Article/article_print
KELDAI DADAH ANTARABANGSA: KENAPA WANITA MALAYSIA?
Info: Kes Mangsa Keldai Dadah Antarabangsa.
16 Mac 2010
Dua wanita, G.Rasundri, 50 Tahun dan Darina Ibrahim, 43 Tahun yang bekerja sebagai tukang jahit di
Kuala Lumpur ditahan di penjara Itali kerana membawa dadah jenis candu ke negara itu.
29 April 2010
Pelajar berketurunan Iban, Cristina anak Luke Miju, 22 Tahun ditangkap disebuah lapangan terbang di
China selepas pihak berkuasa negara itu menemui sejumlah dadah di dalam beg tangannya.
16 Ogos 2010
Nur Dhiya Ain, 19 Tahun yang mengikut kenalannya seorang warga Afrika kerana mendapat tawaran
pekerjaan ditahan polis Afrika Selatan di Lapangan Terbang Cape Town kerana membawa 1.2 kg dadah
jenis syabu.
1 September 2010
7 gadis Malaysia nyaris ditahan pihak berkuasa si Karachi, Pakistan kerana disyaki menyeludup dadah ke
negara itu selepas terpedaya dengan janji manis warga Afrika di Kuala Lumpur.
Kes penyeludupan dadah melibatkan wanita telah menjadi satu masalah rentas sempadan yang mendapat
perhatian antarabangsa. Hal ini kerana, sebahagian besar mangsa mudah terpedaya dengan janji dan
tawaran wang yang lumayan dengan bekerja di luar negara oleh agen yang tidak dikenali tanpa mengetahui
mereka telah menjadi keldai dadah.
Sifat mudah percaya dan kelabu mata dengan kemewahan dan cinta yang ditawarkan oleh lelaki asing
menjadikan wanita pendek akal dan mengambil keputusan terburu-buru hingga memakan diri sendiri.
Selain itu, kehidupan yang mendesak seperti ketiadaan pekerjaan menjadikan mereka memilih pekerjaan
ini sebagai langkah keluar dari masalah hidup.
Menurul laporan, pada awal Oktober lalu, dua wanita Malaysia ditahan atas kesalahan membawa dadah di
Hulu Bernam, Selangor manakala dua lagi wanita ditahan di Pulau Pinang juga atas kesalahan yang sama.
Berdasarkan statistik yang dibentangkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman,
Datuk Noor Rashid Ibrahim telah menunjukkan penahanan terhadap pendatang dari benua Afrika
meningkat kepada 173 orang berbanding hanya 65 orang pada tahun lepas. Daripada jumlah itu, 139
adalah rakyat Nigeria dan ini menunjukkan peningkatan berbanding hanya 50 orang rakyat Nigeria yang
ditahan pada tahun lepas kerana kesalahan dadah.
Wanita-wanita yang terdesak terutamanya golongan belia merupakan mangsa yang dicari-cari oleh sindiket
dadah dengan tawaran pekerjaan dan gaji yang lumayan. Oleh itu, golongan wanita terutamanya mahasiswi
seharusnya berhati-hati dan curiga apabila bertemu dengan individu atau agen yang tidak dikenali yang
menawarkan pekerjaan yang lumayan sebelum menyelidiki perkara tersebut dengan teliti. Tambahan pula
teknologi komunikasi sekarang seperti Facebook merupakan medium perhubungan yang paling berisiko
yang digunakan oleh sindiket dadah untuk memperdaya golongan wanita. Ibarat kata pepatah, menyesal
dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada guna.

3
SINDIKET GUNA FACEBOOK REKRUT WANITA JADI KELDAI DADAH
KUALA LUMPUR 16 Feb. Populariti laman sosial Facebook di Malaysia, dikesan telah disalah
gunakan oleh sindiket dadah antarabangsa untuk mencari gadis-gadis tempatan bagi direkrut sebagai keldai
dadah ke luar negara.
Melalui laman sosial ini, sindiket menggunakan ahli-ahli di kalangan lelaki tempatan akan mencari kenalan
wanita dan memikat mereka sehingga jatuh cinta.
Wanita tempatan terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pelajar, golongan profesional dan ada
juga di kalangan janda akan dilayan dengan baik sekali sepanjang tempoh bercinta apabila diberikan
hadiah barang-barang mewah serta dibawa melancong ke luar negara.
Setelah yakin wanita terbabit mempercayai mereka, anggota sindiket akan mengambil kesempatan itu
memperdayakan mangsa untuk membawa dadah ke luar negara sehingga akhirnya tertangkap dan
meringkuk dalam penjara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata,
Facebook adalah taktik terbaru dikenal pasti digunakan oleh sindiket dadah antarabangsa untuk merekrut
rakyat Malaysia bagi dijadikan keldai dadah.
Sebelum ini, sindiket dadah antarabangsa dari Nigeria dan Iran ini menggunakan rakyat mereka untuk
memikat wanita tempatan untuk dijadikan kurier dadah.
Apabila rakyat Malaysia tidak lagi terpedaya dengan taktik itu, sindiket beralih menggunakan
pendekatan baru iaitu melantik ahli-ahli sindiket di kalangan pemuda tempatan untuk mencari mangsa
wanita sebagai keldai dadah melalui Facebook, katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit
Aman di sini hari ini.
Menurut Noor Rashid, taktik sindiket menggunakan lelaki tempatan untuk memperdayakan wanita melalui
Facebook dikesan setelah polis menerima banyak laporan mengenai tangkapan rakyat Malaysia di luar
negara pada setiap tahun.
Beliau berkata, sejak 2007 hingga tahun lalu sahaja, seramai 239 rakyat Malaysia ditangkap kerana
kesalahan membawa dadah ke luar negara.
Daripada jumlah itu, katanya, 120 orang merupakan lelaki, manakala 119 orang adalah wanita yang berusia
di bawah 40 tahun.
Jumlah tangkapan rakyat Malaysia menyeludup dadah ke luar negara bagaimanapun didapati menurun
pada setiap tahun iaitu 35 orang pada tahun lalu berbanding 54 orang (2009), 66 orang (2008) dan 84 orang
(2007).
Kebanyakan rakyat kita ditahan semasa menyeludup dadah ke Taiwan, Peru, Brazil, Thailand dan
Argentina, katanya sambil memberitahu tiada tangkapan rakyat Malaysia di luar negara dilaporkan
setakat tahun ini. - Utusan
Artikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm#ixzz3f46kU77g
Utusan Melayu (M) Bhd

Nasib Si Keldai Dadah

Siapa Keldai Dadah


Keldai dadah merujuk kepada seseorang yang secara rela atau diperdaya untuk menjadi
kurier, membawa dadah atau barang seludup ke negara lain. Taktik ini mengurangkan risiko
pengedar atau penyeludup dadah tersebut ditangkap. Sindiket penjenayah antarabangsa akan
menggunakan laman sosial di internet untuk memperdaya wanita muda menjadi orang
suruhan mereka sebagai keldai dadah di Asia. Siasatan Lembaga Kawalan Narkotik
Antarabangsa (INCB) mendapati sasaran utama ialah wanita dari Malaysia, Singapura dan
negara-negara Asia Tenggara dan Asia Timur yang lain. Wanita berusia 20-30an yang tidak
mempunyai rekod jenayah, menganggur atau bekerja dalam bidang perkeranian, jualan dan
perkhidmatan amat sesuai dijadikan keldai dadah. Mereka rela diperalatkan untuk mengejar
kemewahan dan ingin cepat jadi kaya. Pada tahun 2006, rekod Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik (JSJN) Bukit Aman mendapati 31 rakyat Malaysia termasuk 4 wanita ditahan polis
negara asing kerana kesalahan mengedar dadah.
Antara Januari - Mac 2008, seramai 9 rakyat Malaysia ditahan kerana mengedar dadah di luar
negara. Mereka didapati mudah terjerat dengan cinta Jejaka Lombok, Pak Arab dan
terkini penangan cinta Pak hitam. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu
Seman Yusop menyatakan bilangan keldai dadah pada 2009 berkurang kepada 20 orang
sahaja berbanding dengan tahun 2008 (45 orang) dan tahun 2007 (54 orang). Ini adalah hasil
kempen penerangan oleh Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dan JSJN Bukit Aman.
Agensi ini menerangkan perihal modus operandi sindiket ini di institusi pengajian tinggi dan
tempat awam khusus kepada golongan wanita (Utusan Malaysia 2009).
Teknik Penyeludupan
Penyeludupan adalah perbuatan mengangkut barang atau orang secara haram dan diam-diam,
seperti keluar daripada sebuah bangunan, ke dalam penjara, atau melalui sempadan
antarabangsa, di mana ia adalah bertentangan dengan undang-undang atau peraturan. Kaedah
penyeludupan temasuklah menyembunyikan barang dalam kenderaan, bagasi atau pakaian,
mengikat pada badan, ataupun dengan menelannya. Dalam kes mengangkut dadah haram, ini
sering dilakukan menggunakan saluran gastrousus keldai atau rongga badan yang lain sebagai
bekasnya. Salah satu kaedah melibatkan menelan belon getah (sering kondom atau jari sarung
tangan getah) atau pelet khas yang dipenuhi dengan barang-barang dan kemudiannya di ambil
semula apabila keluar daripada najis.

Kaedah-kaedah lain daripada membawa dadah dalam badan merangkumi penempatan pakej
terus ke dalam dubur atau faraj. Kaedah lain dipanggil pembungkusan pada badan iaitu
bermaksud dadah yang melekat pada bahagian luar badan dengan menggunakan pita atau
gam, dibalut antara pipi punggung atau lapisan lemak. Tempat tersembunyi lain yabg telah
digunakan lebih kerap sebelum awal 90-an adalah seperti bahagian bawah kasut yag dipotong
keluar, di dalam tali pinggang atau rim topi,. Oleh kerana peningkatan keselamatan lapangan

terbang, kaedah "pembungkusan pada badan" sudah jarang digunakan lagi. Salah satu contoh
kes termasuklah seorang wanita India berusia 24 tahun berasal dari Klang, Selangor yang
telah ditahan di Penjara Soto Del Real, Madrid sejak 21 Mac 2008 kerana sindiket dadah
antarabangsa memaksanya menelan 100 kapsul kokain dan menyeludup dari Brazil ke
Sepanyol (Utusan Malaysia 2009). Teknik menelan yang semakin popular adalah melibatkan
dadah disimpan dalam bentuk yang belon berisi cecair, kondom, kapsul atau pakej.
Perhatikan bahawa campuran air dan dadah adalah berkemungkinan besar tidak dapat dikesan
sekiranya menggunakan mesin X-Ray standard. Ini adalah mustahil untuk mengesan
melainkan lapangan terbang mempunyai peralatan X-Ray bersensitiviti tinggi yang mana
hanya terdapat di kebanyakan lapangan terbang utama di negara Eropah, Kanada dan
Amerika Syarikat.
Negara Asal Dadah
Penanaman tanaman semula jadi untuk dadah haram seperti pokok popi untuk opium di Asia
Selatan (Pakistan, Turki, Lubnan, Myanmar, Laos, Thailand) terutamanya Afghanistan telah
semakin meningkat sehingga 36% pada tahun 2013. Pengeluaran MDMA (3,4
Metilenedioximetampetamin) yang juga dikenali sebagai pil Ecstasy serta penyeludupan
ketamin pula telah semakin meningkat di negara jiran kita di Asia Tenggara (Utusan Malaysia
2010). Bekalan dadah penyalahgunaan utama adalah sebenarnya diambil dari Argentina dan
Sepanyol dan diseludupkan ke negara-negara dunia ketiga. Di negara lain, kos pengedaran
dadah dari Argentina ke Peru adalah lebih murah, lebih-lebih lagi hukuman di Peru yang
dikenakan ke atas penyeludup dadah haram hanya 8 tahun penjara, berbanding di Malaysia,
di mana bagi kesalahan ini boleh digantung mandatori jika didapati bersalah.
Terdapat kes-kes yang lebih canggih telah berlaku di sempadan Kanada-Mexico-Amerika
Syarikat (AS) di mana pengedar dadah menggunakan meriam spontan, kapal separuh
tenggelam buatan sendiri, bot, pesawat ultra-ringan, rentas terowong haram bawah tanah,
rumpai tarbil, merpati, orang kurang upaya palsu dan juga dadah diimplan dalam payudara
(Attila 2013). Penyeludup dadah turut menggunakan dokumen dan pasport yang sah dengan
alasan melancong, bekerja atau melanjutkan pengajian atau diperdaya dengan tawaran
percutian percuma di luar negara.
Sindiket juga akan memberi tiket sehala serta menggunakan penerbangan terus ke negara
transit seperti negara Malaysia (AADK 2010). Contohnya pada 26 Ogos 2009, seorang
wanita Filipina, bekerja di China telah ditahan di Hentian Puduraya kerana bagasinya
mempunyai dadah 5kg, yang telah dicairkan dan dikeringkan pada baju-baju. Sebulan selepas
itu, wanita Thailand pula ditahan di Hentian Puduraya kerana membawa 2kg kokain di dalam
dua bingkai gambar (Utusan Malaysia 2009).
Jenis-jenis Dadah
Beribu-ribu dadah dan bahan kimia yang berbahaya atau yang boleh membawa maut telah
merunsingkan ahli toksikologi. Apabila hendak menguji kehadiran sesuatu dadah, ahli
toksikologi biasanya mangambil pendekatan secara dua peringkat iaitu ujian saringan dan
ujian pengesahan. Ujian saringan adalah sensitif digunakan untuk pemeriksaan awal diikuti
dengan ujian pengesahan untuk menentu dadah secara spesifik (Lyle 2004). Di Malaysia,
dadah perangsang jenis amfetamin (ATS), kanabis dan heroin masih kekal di antara dadah
yang disalahguna paling popular. Bagaimanapun kemunculan dadah-dadah sintetik terus
membimbangkan pihak penguatkuasaan undang-undang. Manakala, fenomena parti liar telah
menyebabkan peningkatan pengedaran dan penggunaan mefamfetamin dan MDMA, yang

seterusnya menyebabkan kewujudan kelab dadah yang lain serta peningkatan mendadak
bagi kes ketamin (JKM 2006).
Opiat atau candu adalah kumpulan bahan semula jadi yang diperolehi daripada jus pokok
popi Papaver somniferum yang popular di Asia Selatan. Morfin adalah terbitan opiat klasik
yang diguna secara meluas dalam bidang perubatan; heroin (diacetylmorphine) adalah
narkotik terkenal di tepi jalan dan sangat berketagihan tinggi. Opioid pulak merujuk kepada
candu dan terbitan candu semulajadi yang lain (contohnya morfin, heroin, kodein dan
hidrokodon) serta analog candu sintetik contohnya metadon. Opioid secara umumnya akan
merangsang beberapa reseptor opiat tertentu dalam sistem saraf sentral dan menyebabkan
sedasi dan depresi pernafasan (Olson 2004).
Halusinogen dapat mengubah persepsi dan perasaan, yang seterusnya menyebabkan
pemikiran delusi serta halusinasi. Setakat ini halusinogen yang paling biasa adalah marijuana
atau ganja. Ia adalah salah satu kanabinoid berasal dari tumbuhan Cannabis sativa yang
popular di Kanada, Mexico, Colombia, Jamaica, Kazakhstan, Negara Thai, Afrika Selatan
and Nigeria. Kebanyakan undang-undang negara melarang sama sekali pemilikan resin ganja.
Bahan aktif, tetrahidrokanabino (THC) terdapat dalam ganja pada kepekatan 2 6%. Badan
kita menukarkan THC ke satu siri sebatian lain termasuklah 9-carboxy-THC yang merupakan
metabolit utama dalam kencing. Bagi penagih yang disyaki, ujian kimia saringan iaitu ujian
Duquenois-Levine akan bakal menunjukkan perubahan warna ungu atas kehadiran mana jua
jenis kanabinoid termasuklah THC dalam kencingnya.
Ujian saringan lain termasuk TLC atau GC dan ujian pengesahan melalui MS (Lyle 2004).
Neal L. Benowitz, profesor di Universiti California menyatakan bahawa ganja selalunya
disalai dalam rokok ("Joints" atau "Reefers") atau resinnya dikering dan dimampatkan iaitu
dipanggil Hashish. Kedua-duanya menyebabkan pembebasan katekolamin yang mana
denyutan jantung akan meningkat serta mengelakkan refleks simpatetic yang mana
menyebabkan ortostatik hipotensi. Penggunaannya secara intravena boleh menyebabkan
kesulitan nafas, demam, kejutan, kegagalan buah pinggang secara kritikal dan akhirnya
kematian (Olson 2004).
Dadah date-rape atau rave bukan sesuatu yang asing sekarang kerana telah menjadi subjek
beberapa tindakan jenayah dan litigasi sivil. Dadah date-rape yang utama adalah ketamin
(ketamin hidroklorida) dan Ecstasy atau MDMA. Kedua-dua dadah ini menyebabkan sedasi,
kadar pertimbangan yang lemah dan amnesia terhadap peristiwa yang telah berlaku semasa di
bawah pengaruhnya. Penjenayah mudah memasukkan sedikit dadah ini ke dalam minuman
atau sebotol air yang seolah-olah tidak berbahaya kepada mangsa.
Mangsa tersebut kemudian boleh pergi dengan bakal penyerang kemana saja kerana dadah itu
melemahkan pertimbangan dan meningkatkan keghairahannya. Kemudiannya, mangsa itu
hanya akan menyedari bahawa sesuatu telah berlaku, tetapi kenangan terhadap peristiwa itu
adalah kabur atau tidak diingati sama sekali. Dadah ini sering dipotong dan digabungkan
dengan bahan-bahan lain seperti talkum atau dicampur dengan dadah lain apabila sampai ke
pengguna di tepi jalan (Lyle 2004). Timothy E. Albertson, seorang profesor di Universiti
California menyatakan bahawa mefamfetamin atau syabu (crank, speed), MDMA, Ecstasy
dan beberapa terbitan amfetamin lain sering diguna sebagai dadah perangsang haram secara.
"Ice adalah suatu bentuk mefamfetamin yang boleh dihisap. Dadah ini mempunyai indeks
terapeutik yang rendah dan tahap keracunannya adalah sedikit lebih daripada dos biasa di
mana ini boleh mengancam nyawa seseorang. Walau bagaimanapun, tahap toleransinya boleh
menjadi tinggi selepas berulang kali diguna (Olson 2004).

Gregory Cham, tokoh toksikologi bagi Sistem Kawalan Racun California menyatakan
bahawa nama ketamin di jalanan adalah termasuk "Jet", "Kit-kat", "Special K", Special LA
Coke", "Super C" dan "Vitamin K". Ketamin adalah suatu pemisah anestetik yang
menghasilkan persepsi kehilangan sakit bersama sedikit depresi atau tiada refleks saluran
udara dan sistem pengudaraan. Perkumuhan di buah pinggang merupakan laluan penting
untuk perkumuhan norketamine iaitu metabolit aktif bagi ketamin. Dos rekreasi yang lebih
tinggi diperlukan untuk mencapai keadaan psikik yang dipanggil "the K-hole".
Penyalahgunaan kronik ketamin menyebabkan kemerosotan ingatan (Olson 2004).
Ujian toksikologi air kencing adalah perlu untuk menentukan apa dadah yang dibawa dan apa
penawar yang diperlukan. Semua dadah tersebut di atas mudah dikesan dengan mengguna
gabungan ujian GC/MS. Tempoh pengesanan dalam air kencing bagi mangsa serangan dadah
itu adalah antara 1 - 3 hari bagi kesemua dadah disalahguna tersebut kecuali ganja yang
memerlukan 2 - 5 hari selepas sekali penggunaannya (Olson 2004).
Dorongan Untuk Menyeludup
Penyeludupan didorong oleh pelbagai sebab. Ini termasuklah perdagangan dadah haram,
kemasukan dan penghijrahan haram, mengelakkan cukai, penyeludupan barangan haram
kepada tahanan penjara, atau penyeludupan barang yang dicuri. Contoh lain bagi sebab bukan
bermotifkan kewangan termasuk membawa barang larangan melepasi pemeriksaan
keselamatan seperti di lapangan terbang atau penghapusan dokumen rahsia daripada pejabat
kerajaan atau syarikat.
Penyeludupan dadah adalah disebabkan oleh kewujudan peralatan memproses yang terdapat
di sesebuah makmal pengeluaran dadah haram yang besar di mana jua negara. Contohnya
pada 2004, 33 makmal dadah ketamin haram telah dirobohkan di China namun banyak lagi
yang tidak dapat dikesan jejaknya. Lebih-lebih lagi, kelab malam, disko, bar dan festival
muzik telah menjadi lokasi utama bagi kegiatan penyalahgunaan dadah dan penyebaran
mesej dadah kepada keldai dadah (Utusan Malaysia 2010). Malah, keldai dadah akan cuba
untuk menyeberangi sempadan antarabangsa, mengeluarkan kapsul atau belon, dan kemudian
menjual dadah haram untuk keuntungan yang tinggi. Ia adalah jauh lebih biasa bagi kaldai
dadah yang akan membuat lawatan bagi mengganti pihak pengedar dadah.
Keldai dadah adalah selalunya golongan miskin dan bersetuju untuk mengangkut dadah
haram dengan pertukaran untuk wang atau ganjaran lain. Sesetengah kes pula, pengedar
dadah pernah cuba memeras ugut seseorang dengan mengancam kecederaan fizikal ke atas
rakan-rakan atau ahli keluarga mereka. Tetapi amalan yang lebih biasa adalah keldai dadah
rela menerima kerja atas sebab pertukaran untuk ganjaran yang besar. Seperti yang
dilaporkan dalam Lost Rights "Ketua dadah haram Nigeria telah mengupah sekumpulan
keldai dadah, yang mana mereka akan menelan sebanyak 150 belon dan menyeludup dadah
ke AS. Memandangkan pendapatan tahunan per kapita Nigeria adalah $2,100, maka orang
Nigeria boleh mengumpul sebanyak $15,000 per satu lawatan" (Bovard 1995).
Nasib

Di Malaysia, Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1998) merupakan suatu akta berhubung
dengan bidang kuasa mahkamah untuk mengawal pengimportan, pengeksportan,
pengilangan, penjualan dan penggunaan candu (1kg) dan beberapa dadah berbahaya tertentu

iaitu heroin (15g), morfin (15g), ganja (200g), kokain (40g), daun koka (2kg), ATS iaitu
syabu / pil Ecstasy (50g). Milikan berat dalam kurungan setiap dadah itu telah membawa
hukuman mati mandatori terhadap pesalah. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah
pencegahan khas) 1985 pula membuat peruntukan mengenai tahanan pencegahan orangorang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung dengan pengedaran dadah
berbahaya (JKM 2009).
Pengedar dadah tidak sentiasa rela membuka rahsia mengenai kandungan pakej dadah sama
ada kerana takut kepada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang atau kadang-kala
keldai dadah benar-benar tidak tahu. Tambahan pula, pengesanan rutin terhadap pakej
diseludup adalah amat sukar. Pakej yang tidak pecah kadang-kadang boleh dikesan melalui
pemeriksaan rektum atau faraj, tetapi satu-satunya kaedah yang berkesan adalah melalui Xray abdomen. Hashish muncul lebih padat daripada najis; kokain mempunyai kepadatan yang
lebih kurang sama dengan najis, manakala heroin kelihatan seperti udara (Hergan et al. 2004).
Dalam kebanyakan kes, pakej akan melalui usus seperti biasa, tetapi jika pakej pecah atau
jika terdapat halangan usus, maka adalah perlu untuk mengeluarkan pakej melalui
pembedahan. Julap berasaskan minyak tidak boleh digunakan, kerana mereka boleh
melemahkan lateks kondom dan menyebabkan pakej pecah (Traub t al. 2003). Semua teknik
emetik seperti sirap ipecac, enema, dan endoskopik membawa risiko pakej pecah dan tidak
boleh digunakan juag (Pidoto et al. 2002). Pakej pecah sering memerlukan rawatan seperti
dos dadah yang berlebihan dan mungkin memerlukan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU)
di mana kadang-kala mungkin menyebabkan kematian si keldai dadah (Dueas-Laita et al.
2004).