Вы находитесь на странице: 1из 7

1.

0 PENDAHULUAN
Menjelang tahun 2020 : Malaysia harus menjadi negara yang bersatu padu,
mempunyai masyarakat yang berkeyakinan, nilai moral dan etika yang kukuh, hidup secara
demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil serta mempunyai penguasaan
sepenuhnya terhadap ekonomi yang berdaya saing (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying,
Syarifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A.Majid, 2010).
Akta Pendidikan 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001 di dalam buku Siri
Pendidikan Guru iaitu Guru dan Cabaran Semasa menyatakan misi pendidikan untuk
membentuk sistem pendidikan bermutu dan bertaraf dunia demi merealisasikan potensi
individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara. Hal ini bersesuaian dengan visi Malaysia
iaitu untuk memperoleh status sebagai sebuah negara yang membangun dari segi
pembangunan ekonomi, sosial dan kerohanian, moral dan etika ke arah membentuk satu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik.

2.0

KELEBIHAN

2.1

Penyelidikan dalam Pendidikan


Penyelidikan dalam pendidikan di sekolah adalah kajian yang dijalankan oleh guru-

guru di sekolah hasil daripada aktiviti-aktiviti menambah baik pengajaran. Penyelidikan


dalam pendidikan dapat meningkatkan amalan mengajar serta membantu mengubah amalan
mengajar. Sebagai contoh, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pasti terdapat situasisituasi di mana pembelajaran didapati bermasalah. Antaranya ialah, pencapaian pelajar yang
berbeza-beza walaupun mereka diberi pengalaman pembelajaran yang sama. Dalam hal ini,
guru sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap para pelajarnya perlu mencari jalan
penyelesaian supaya amalan pengajarannya sentiasa bertambah baik.
Oleh yang demikian, sebagai guru, saya perlu sentiasa berusaha dan bersedia untuk
membuat pemerhatian sepanjang tempoh sesi pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan
sekiranya terdapat masalah yang perlu diperbaiki. Sekiranya saya mendapati terdapat perkara
yang perlu diperbaiki, saya perlu membuat penyelidikan bagi membantu meningkatkan
amalan untuk menyelesaikan atau menambah baik masalah yang timbul dengan membuat

refleksi tentang amalan pengajaran dan juga membuat intervensi terhadap kaedah pengajaran
dalam kelas.
Sebagai guru, saya yakin saya akan dapat menjayakan misi negara untuk menjadi
negara maju mengikut acuan sendiri iaitu mencapai kemajuan yang seimbang dari segi
ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan dan yang paling penting adalah
memartabatkan pendidikan di Malaysia melalui penyelidikan dan inovasi dalam pendidikan.
Malahan, melalui penyelidikan juga, saya dapat menyebarkan dan berkongsi maklumat yang
diperoleh serta intervensi yang dilaksanakan kepada para pendidik di negara kita.

2.2

Penggunaan Teknologi dalam Pendidikan.


Dalam memartabatkan pendidikan di Malaysia, penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi (TMK) telah menjadi semakin lumrah yang sering digunakan oleh guru dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Menurut bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran,
Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim berkata dalam pendidikan@utusan, Guru tidak boleh lagi
mempraktikkan pengajaran yang sama seperti 10 atau 20 tahun dahulu kerana pelajar pada
hari ini semakin bijak seiring dan pengetahuan semakin mencabar dan sebab itu guru harus
bersedia membuat perubahan ini.. Berdasarkan kenyataan tersebut, TMK kini boleh
dijadikan sebagai satu alternatif kepada kaedah pengajaran. Antaranya sebagai alat untuk
menyebarkan maklumat melalui audio, video dan dokumen daripada Internet, bahan rujukan
dan sebagainya.
Menurut Bhattacharya & Sharma (2007) dalam buku Guru dan Cabaran Semasa
menyatakan antara faedah yang dapat diperoleh melalui TMK adalah membolehkan
pembentukan resos digital seperti perpustakaan digital di mana pelajar, guru dan pendidik
boleh mengakses bahan penyelidikan dan bahan pengajaran tanpa mengira masa dan tempat.
Antaranya ialah Program Teacher On Line yang bertujuan menyelesaikan masalah semasa
yang dihadapi oleh murid. Oleh itu, sebagai guru, saya perlu menggunakan TMK sebagai
bahan bantu mengajar supaya murid lebih berminat dan berkembang seiring dengan dunia
tanpa sempadan.

2.3

Budaya Kolaborasi dan Koperatif


Menurut buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional, kolaborasi

melibatkan kerjasama antara kumpulan manakala koperatif melibatkan kerjasama dalam


kumpulan. Kolaborasi merupakan satu kaedah di mana murid-murid atau guru-guru
bekerjasama sebagai suatu kumpulan bagi menyelesaikan masalah. Justeru setiap warga
pendidik perlu menyediakan diri dan minda mereka untuk bekerja dalam pasukan dan
bukannya bergerak secara individu. Dalam hal ini pentadbir dan pendidikan perlu
menggunakan sumber yang ada di sekeliling untuk memartabatkan pendidikan. Sebagai
seorang guru yang berusaha membentuk anak didiknya menjadi modal insan yang diingini,
guru perlu sentiasa berkomunikasi dan berkolaborasi sama ada dengan guru-guru atau ibu
bapa untuk mengetahui apa pendekatan yang sesuai bagi membantu meningkatkan mutu
pendidikan di Malaysia.
Kesimpulannya, dalam sesebuah organisasi seperti sekolah, guru tidak boleh mengelak
dari mengamalkan budaya kerja berpasukan. Sebagai guru, saya perlu mengamalkan budaya
kolaborasi dan koperatif antara sesama pihak pentadbir, guru atau murid bagi meningkatkan
perkongsian pengalaman, idea atau pendapat dalam meningkatkan P&P sekali gus
memartabatkan pendidikan di Malaysia.

2.4

Pembelajaran Sepanjang Hayat


Guru memainkan peranan yang amat besar dalam menjayakan misi Wawasan 2020.

Pelbagai perubahan pendidikan seperti melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi
serta menyertai kursus mahupun latihan perguruan amat membantu dalam pembentukan
modal insan guru yang cemerlang. Hal ini perlu didahulukan bagi memastikan para guru
mampu melaksanakan peranan mereka dengan sebaik mungkin. Perubahan pendidikan ini
akan dapat meningkatkan kompetensi guru sebagai guru professional.
Kementerian Pelajaran menggalakkan guru bukan siswazah menyambung pelajaran ke
peringkat lebih tinggi demi menyahut seruan kementerian yang berhasrat mencapai sasaran
semua guru siswazah di sekolah menengah dan sekurang kurangnya 50% guru bersiswazah
di sekolah rendah pada tahun 2010 (Berita Harian, 16 Julai 2007).

Hal ini bertepatan dengan perubahan dunia pendidikan masa kini memerlukan guru
yang sentiasa belajar bagi meningkatkan kebolehan, keupayaan dan sikap. Disebabkan
kemahiran memerlukan pengetahuan, maka pembelajaran berterusan adalah penting untuk
memastikan guru menjadi lebih profesional dan sentiasa releven mengikut perubahan semasa.
Oleh itu sebagai guru adalah amat penting untuk saya menyahut seruan Kementerian
Pendidikan supaya meningkatkan pengetahuan saya dengan melanjutkan pendidikan serta
menyertai kursus serta latihan perguruan untuk memartabatkan sistem pendidikan di
Malaysia.

3.0

KELEMAHAN

3.1

Ketaksamaan Prasarana Pendidikan di Malaysia


Dalam usaha memartabatkan pendidikan di Malaysia, ketaksamaan prasarana

pendidikan di Malaysia merupakan satu isu dalam pendidikan. Menurut petikan akhbar, pihak
Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa sistem pendidikan di Malaysia adalah lebih
baik berbanding sistem pendidikan di negara-negara maju. Namun begitu, masih terdapat
ketaksamaan dalam prasarana di setiap sekolah di Malaysia terutamya sekolah-sekolah di luar
bandar.
Masalah kekurangan prasarana dapat dilihat di sekolah-sekolah luar bandar dan juga
sekolah yang mempunyai bilangan murid yang sedikit. Prasarana yang kurang diperoleh di
bahagian luar bandar seperti makmal komputer, kelengkapan meja kerusi, surau serta bilik
darjah yang sempit untuk bilangan murid yang ramai. Aspek prasarana ini walaupun kelihatan
ringkas namun penting untuk mempunyai prasarana yang lengkap di sekolah. Hal ini
demikian kerana prasarana yang lengkap dapat digunakan oleh murid dalam menimba ilmu
dalam keadaan yang lebih selesa serta dapat membantu meningkatkan taraf pendidikan. Oleh
itu, peningkatan penguasaan dalam pendidikan bagi sekolah luar bandar adalah merosot
berbanding sekolah bandar. Hal ini berlaku kerana terdapat pihak yang kurang prihatin
terhadap sekolah luar bandar.

3.2

Percanggahan Pendapat dalam Organisasi Pendidikan


Secara umumnya mengetahui bahawa sekolah ditadbir oleh satu sistem pentadbiran

yang amat efisien. Pentadbiran sekolah boleh ditakrifkan sebagai satu proses untuk
menyelaras usaha dalam kalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi matlamat yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran (Campbell, Bridges & Nystrand, 1977).
Walaubagaimanapun, terdapat segelintir guru yang mengalami masalah dalam menunjukkan
prestasi terbaik sewaktu berada di sekolah apabila wujud percanggahan pendapat dalam
organisasi pentadbiran. Antaranya ialah disebabkan kurang kerjasama daripada pihak
pentadbir dalam memberi peluang kepada guru untuk meningkatkan profesionalisme guru.
Menurut Edmond (1977), Sweeney(1982), Hussein Mahmood (1993) dan Letiwood &
Jantzi (1997) menekankan bahawa guru besar perlu mempunyai sensitiviti terhadap bakat dan
kemahiran guru-guru, berkongsi maklumat dan membuat keputusan memberi latihan
pembangunan profesionalisme kepada guru-guru dan interaksi yang tinggi terhadap guruguru. Hal ini kerana terdapat guru yang ingin melaksanakan inovasi di sekolah mereka
mendapat sekatan dengan kurangnya kerjasama pihak sekolah melalui sokongan kewangan
dan moral. Keadaan ini menyebabkan guru yang ingin menyahut seruan Kementerian
Pendidikan dalam memartabatkan sistem pendidikan di Malaysia patah semangat dan lebih
selesa untuk berada di takuk yang sama dan tidak membuat sebarang penambahbaikan dalam
pengajaran dan pembelajaran mereka.

4.0

CADANGAN

4.1

Meningkatkan Tahap Prasarana


Dalam memartabatkan taraf pendidikan di Malaysia, terdapat beberapa perkara yang

boleh dilaksanakan bagi membantu meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia. Antaranya


ialah dengan melengkapkan prasarana di sekolah-sekolah secara sama rata tidak mengira
kawasan bandar atau luar bandar dan juga bilangan murid. Contoh prasarana yang diperlukan
ialah kelengkapan di dalam bilik darjah seperti meja dan kerusi yang sesuai dan kukuh, papan
putih, LCD, komputer,rak buku dan almari. Kemudahan-kemudahan yang telah disebutkan
merupakan kemudahan yang tidak lagi asing di sekolah-sekolah di bandar.

Namun, kemudahan-kemudahan yang sama

tidak turut dilengkapkan di sekolah-

sekolah di luar bandar. Tambahan pula, bilik guru juga perlu dilengkapkan dengan pelbagai
kemudahan seperti komputer, mesin cetak, meja guru mengikut kiosk masing-masing.
Kemudahan-kemudahan tersebut sukar ditemui di sekolah-sekolah luar bandar. Dalam hal ini,
ketaksamaan prasarana di sekolah-sekolah luar bandar menyebabkan murid-murid sekolah
tidak menunjukkan hasil yang sama seperti murid-murid di bandar di mana sekolah mereka
tidak mempunyai kemudahan yang lengkap.

4.2

Kerjasama Pelbagai Pihak dalam Memajukan Pendidikan di Malaysia


Peluang guru dalam mengembangkan pengetahuan, pedagogi mahupun peluang

menambahbaik pengajaran yang terhad akan menyebabkan guru tidak mampu untuk samasama berganding bahu memainkan peranan yang penting dalam menajayakan misi
memartabatkan pendidikan di Malaysia. Oleh itu adalah amat penting untuk semua pihak
terutamanya pihak tertinggi dalam sistem pendidikan di Malaysia seperti kementerian, Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN), Jabatan Pendidikan Daerah (PPD), sekolah dan masyarakat
berkerjasama dengan guru yang mempunyai potensi seperti guru yang ingin menjalankan
kajian dan penyelidikan, melanjutkan pelajaran ke luar negara mahupun guru yang ingin
menggunakan teknologi terkini dalam pengajarannya mendapat sokongan kewangan serta
moral daripada segenap lapisan individu yang terlibat.
Penyediaan satu tabung kewangan daripada Kementerian Pendidikan di mana guru
yang ingin menjalankan kajian dan penyelidikan boleh memohon bantuan kewangan amatlah
sesuai dilaksanakan. Sekali gus guru tidak lagi berharap kepada bantuan daripada pihak
sekolah sahaja yang tentunya amat terhad. Pegawai di JPN, PPD serta pentadbir sekolah juga
perlu diberi pendedahan agar mereka sedar bahawa usaha penambahbaikan yang ingin
dilaksanakan adalah amat penting dalam pemantapan pendidikan di Malaysia.

5.0 PENUTUP
Menurut Danielson (2006) dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional menyatakan kepimpinan guru sebagai himpunan kemahiran pada seseorang guru
yang selain daripada mengajar ada mempunyai pengaruh yang diperluaskan ke luar bilik

darjahnya, sama ada di dalam atau di luar sekolahnya. Justeru guru yang bersedia menjayakan
misi dan memartabatkan pendidikan di Malaysia dapat membangunkan potensi individu
dengan seimbang terutamanya dalam bidang pendidikan. Kesimpulannya, guru memainkan
peranan penting dalam merealisasikan misi negara. Sekali gus dapat mempersiapkan Malaysia
untuk menghadapi cabaran dan tekanan besar dalam menghadapi persaingan abad ke-21
seiring dengan perkembangan negara yang semakin pesat.
(1670 patah perkataan)

Вам также может понравиться