Вы находитесь на странице: 1из 36

isl 1 Kod Etika Profesion Perguruan

1) Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan
sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai
terhadap profesion perguruan.
2) Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya
maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3) Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
4) Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi
semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
5) Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.
6) Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa
dan agama atau kepercayaan.
7) Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku
murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.
8) Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak
kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal,
keturunan, daya intelek dan lain-lain.
9) Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan
membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek,
daya cipta dan lain-lain.
10) Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid
tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.
11) Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa
jatuhnya darjat profesion perguruan.
12) Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid,
masyarakat atau negara.
13) Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka
dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.
14) Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.
15) Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model'
kepada muridnya.

16) Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau
pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan
bayaran yang disahkan.
17) Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.
18) Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap
muridnya.
19) Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli
masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.
20) Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
21) Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan
kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.
22) Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya
untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

Kod Etika Guru-guru Malaysia


KOD ETIKA GURU-GURU MALAYSIA
Date: Sunday, April 06 @ 13:10:43 MYT
Topic: Berita Pendidikan
Perkara 1 : Komitmen Kepada Profesion
Kami Guru-guru Malaysia akan:
-Menumpukan komitmen yang tidak berbelah bagi terhadap profesion kami
-Menyokong segala usaha untuk memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar
tanpa mengira agama dan keturunan.
Perkara 2 : Komitmen Kepada Pelajar
Kami Guru-guru Malaysia akan:
-Mengekalkan hubungan profesional dengan pelajarsepanjang masa.
-Melindungi dan meningkatkan minat serta peranan semua pelajar.
Perkara 3 : Komitmen Kepada Rakan Sejawatan
Kami Guru-guru Malaysia akan:
-Melindungi serta mempertahankan maruah rakan sejawatan.

Perkara 4 : Komitmen Kepada Pihak Pengurusan


Kami Guru-guru malaysia akan:
-Menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh pihak pengurusan secara
berpatutan demi kepentingan Profesion Perguruan.
Perkara 5 : Komitmen Kepada Ibubapa atau penjaga
Kami Guru-guru Malaysia akan:
-Mengiktiraf peranan ibu bapa dan sentiasa mempertahankan maruah profesion
apadila berurusan dengan mereka.
Perkara 6 : Komitmen Masyarakat Kepada Guru
Masyarakat Malaysia akan :
-Mengiktiraf perlunya guru diberi penghormatan yang sewajarnya dan dilayan
secara adil pada setiap masa.

kings.
rujukan : Guru Malaysia, KPPK Februari 2008.

ISL 2
Seterusnya kita ingin melihat bagaimana keganasan yang dilakukan guru terhadap pelajar.
Pada 15 Disember 2005, seorang guru tuisyen, Patricia Barbara Shanta, 54 tahun telah
ditahan kerana mendera pelajar dan menyebabkan kecederaan fizikal ke atas pelajar tahun
tiga. Sementara itu, seorang guru didakwa kerana telah menendang pinggang seorang pelajar
tahun enam sebanyak dua kali. Kejadian ini berlaku pada 2 April 2007 di salah sebuah
sekolah di Sik, Kedah. Antara beberapa lagi kejadian yang menunjukkan keganasan
dilakukan oleh guru adalah apabila muka seorang pelajar berusia dua belas tahun senget
akibat ditampar seorang guru pada 11 Jun lalu. Pelajar itu ditampar gara-gara ingin
mengambil buku di dalam beg sebelum lewat menghadiri penghimpunan.
Di Sarawak, 18 Julai lalu, seorang guru wanita dikatakan ingin mendisiplinkan para
pelajarnya yang membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas dengan merendam
mereka beramai-ramai di dalam kolam. Guru tersebut yang juga merupakan seorang warden
asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan telah mengambil keputusan untuk

mendenda pelajar sedemikian akibat tidak tahan lagi dengan sikap pelajar-pelajarnya yang
tidak menjaga kebersihan tandas asrama mereka.
Sementara di Alor Setar pula, seorang guru perempuan didakwa memukul seorang
murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah dengan menggunakan pembersih habuk plastik
bertangkai besi kerana murid tersebut tidak membersihkan kelas pada waktu rehat seperti
yang ditetapkan dalam jadual tugasan harian.
Seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Gayang, Tuaran, Sabah pula digantung
kerja selama dua bulan kerana telah didakwa menampar 22 pelajar tahun empat dari sekolah
berkenaan yang tidak menyiapkan kerja sekolah mereka pada 19 Julai lalu.
Belum pun reda kes 200 pelajar perempuan direndam dalam kolam ikan di Sibu, tujuh
pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama di Baram, Miri pula
mendakwa dirotan guru sebanyak 10 hingga 20 kali kerana mengotorkan kawasan asrama. Di
Alor Gajah, Melaka, gara-gara didakwa ponteng kelas, empat pelajar perempuan sebuah
sekolah menengah dirotan belakang betis sehingga lebam dan bengkak, selain seorang
daripada mereka dituduh mengandungkan anak luar nikah.
Sementara itu di Johor pula, beberapa nota ditulis seorang murid tahun dua untuk
mencurahkan perasaannya selepas dipukul guru Bahasa Melayu sebagai bukti penderaan
terhadapnya di sebuah sekolah rendah di Batu Pahat. Bukti itu semakin jelas apabila mata kiri
murid itu, mengalami pendarahan beku akibat dipukul guru terbabit.
Kesalahan tingkah laku guru ini bukan sahaja berlaku di negara kita, malah turut
berlaku di negara lain juga. Misalnya seperti yang berlaku di Shanghai, menurut laporan dari
akhbar Xinming Evening News, seorang penolong guru besar sekolah tinggi wilayah Hubei
didapati bersalah kerana memasukkan racun tikus ke dalam makanan sekolah. Beliau berbuat
demikian untuk mendatangkan masalah kepada guru besar sekolah berkenaan supaya dia
berpeluang naik pangkat.
Berdasarkan kes-kes tersebut, kita dapat melihat betapa banyaknya kes-kes yang
melibatkan guru. Bukan sahaja salah laku terhadap pelajar, guru juga telah dilaporkan
bertindak ganas terhadap polis dengan menggunakan gergaji. Apakah yang menyebabkan

ramai guru-guru bertindak ganas? Wajarkah seorang guru yang dianggap sebagai satu jawatan
yang profesional bersikap sedemikian terhadap pelajar dan masyarakat?

Monday, April 4, 2011


Guru pukul murid sampai mati
Sedih bila baca tajuk di atas. Lagi sedih apabila membaca kisahnya. Disebabkan
beliau dituduh mencuri wang sebanyak RM 7 nyawa beliau terpaksa dikorbankan
bukan di tangan orang lain tapi di tangan gurunya sendiri. Guru itu pula hanya
tersedar daripada kesilapannya setelah pelajar yang masih belum baligh itu
tenat di wad ICU. Walaupun saya juga seorang guru, namun saya tidak berani
untuk menyentuh pelajar kerana isu ini begitu sensitif pada masa ini dan
seseorang guru itu ada batasannya untuk memukul pelajar. Apatah lagi pelajar
itu baru berusia 7 tahun, masih ada cara lain untuk mendisiplinnya.

Sebaik-baik sahaja saya balik dari sekolah pula, anak saya beritahu kopiahnya
telah dirampas kawan dan di baling ke luar pagar. Kopiah itu tidak dijumpai.
Sebelah petang driver van sekolahnya jumpa dan hantar ke rumah. Kakak nya yg

berumur 8 tahun pula balik melaporkan buku BI hilang kerana kawannya telah
membawa lari dan tak tahu dibuang kemana. Anak saya kena buli ker? Saya
memang geram dengan budaya ini. Masih budak-budak pun dah tahu membuli.
Mak bapak tak ajar ker, atau salah pemakanan ker atau faktor persekitaran?

Siapakah yang sering jd mangsa buli? Adakah macam anak-anak saya yang tidak
tahu melawan? Zaman sekarang sikap sabar memang patut ada tetapi jika kerap
sangat masalah timbul misalnya kasut yang elok ditukar kasut buruk, pencil
selalu hilang dan sebagainya hilang jugak tahap kesabaran sehingga memaksa
aku mengajar anak-anak menjadi tegas dan berani dan menyuruh mereka
bertindak balik apabila dibuli kerana orang suka membuli ni dia rasa kaut apabila
tidak dilawan padahal mereka tu penakut..

Guru sunyi noda pelajar


KUANTAN: Mungkin kerana kesunyian akibat berjauhan dengan isteri, seorang guru gagal
mengawal nafsunya lalu merogol pelajarnya sendiri berusia 15 tahun selepas mempelawa
mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mengulang kaji pelajaran.
Kejadian berlaku di rumah guru berusia 33 tahun itu iaitu di kuarters sebuah sekolah
menengah di Jerantut pada kira-kira jam 3.30 petang, Khamis lalu.
Menurut sumber, sebelum kejadian guru terbabit dikatakan menghubungi ibu mangsa dan
mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mahu membantunya belajar dan
tawaran itu diterima baik ibu mangsa tanpa sebarang prasangka.

Katanya, mangsa pergi ke rumah gurunya itu yang terletak tidak jauh dari rumahnya dengan
ditemani rakan, namun rakannya terus pulang selepas menghantarnya.
Pada mulanya guru itu mengajar mangsa tugasan sekolah, namun dipercayai gagal
mengawal nafsunya dan terus memeluk mangsa dari belakang sebelum merogolnya.
KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu menjadi doktor, seorang guru disiplin
sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas
didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu.
Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan
pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih
dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan
sekolah.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua pelajar terbabit
dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu
menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas.
Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat
kumpulan 12 pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam
kelas sebelum memarahi mereka.
Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar
berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan.
Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit
tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan
pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil
tindakan, katanya.
Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur
dengan tindakan guru terbabit.
Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji
apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali
pertama sebelum melakukannya sekali lagi.
Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar
perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan
tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan, katanya.
Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan
mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris.

Waris yang mendapatkan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)


kawasan berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah,
katanya.
Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis menahan guru disiplin
itu berhampiran sekolah menengah berkenaan, kira-kira jam 11 pagi
Sabtu lalu .
Difahamkan, dia direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes
disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan
kekerasan dengan niat mencabul kehormatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner
Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan
menerima laporan selain penahanan guru terbabit.

ISL 3

Institut Integriti Malaysia (IIM)


Institut Integriti Malaysia (IIM) merupakan sebuah tempat yang selesa dengan mempunyai
pelbagai kemudahan yang sesuai untuk keperluan semasa. IIM mempunyai sebuah
auditorium yang mampu menampung 500 orang peserta pada satu masa, dewan murni
untuk 300 orang dan bilik-bilik seminar dan bengkel yang boleh memuatkan peserta
seramai 35 hingga 100 orang pada satu masa.

Selain itu IIM juga menyediakan bilik penginapan sebanyak 40 bilik dengan kelengkapan
seperti katil, berhawa dingin, telefon, TV, peti sejuk mini dan bilik air berkembar
dengan kadar sewaan yang berpatutan.
Sebagai sebuah institusi yang aktif menjalankan perlbagai program berbentuk ceramah,
seminar dan bengkel, Institut Integriti Malaysia (IIM) menyediakan segala kemudahan
untuk kegunaan semasa. Pusat Sumber IIM adalah dibuka untuk kunjungan umum pada
setiap hari bekerja dari jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Pembacaan, penyelidikan dan
pinjaman buku-buku boleh dibuat oleh orang awam dengan percuma. Terdapat banyak bukubuku yang berkaitan dengan pentadbiran, ekonomi, politik dan isu-isu semasa disamping
bahan bacaan lain yang dapat membantu usaha meningkatkan integriti masyarakat Malaysia.
IIM juga mempunyai kemudahan tempat meletak kenderaan di perkarangan bangunan yang
akan memudahkan urusan dan apabila menghadiri program yang dianjurkan di Institut
Integriti Malaysia. Terdapat kira-kira 100 petak tempat meletak kereta dan 20 petak tempat
untuk motosikal.
Badan sihat minda cerdas, menyedari hakikat ini IIM menyediakan gelanggang tennis
untuk kegunaan kakitangan dan peserta-peserta program yang menginap di hostel IIM. Bagi
yang suka berjoging pula bolehlah menjadikan kawasan sekitar IIM yang aman dan segar
sebagai lokasi aktiviti tersebut. Terdapat juga kemudahan Gymnasium yang sesuai untuk
melakukan senaman.

Perutusan Y.A.B Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi


Perdana Menteri Malaysia
Malaysia telah mencapai kejayaan cemerlang sebagai sebuah negara membangun dan sedang
berusaha menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri. Untuk melangkah ke masa
hadapan yang lebih cemerlang, negara kita harus bijak mengurus kejayaan, serta dengan tegas
dan berkesan mengatasi pelbagai kelemahan dan kekurangannya. Cabaran besar yang perlu
ditanganinya dalam usaha tersebut ialah pemantapan etika dan integriti.
Dalam perkhidmatan awam, Kerajaan telah melaksanakan Gerakan Pemantapan Keutuhan
Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia melalui Arahan Y.A.B. Perdana
Menteri No.1 Tahun 1998, khususnya melalui penubuhan Jawatankuasa Keutuhan
Pengurusan (JKP) di semua kementeriaan, jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri. Namun, belum ada satu mekanisme menyeluruh untuk melibatkan semua
sektor lain seperti sektor swasta, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agama,
media, wanita, belia dan pelajar dalam gerakan pemantapan integriti secara bersepadu. Dalam
hubungan inilah Kerajaan telah menggubal dan melaksanakan Pelan Integriti Nasional (PIN)
yang berperanan sebagai pelan induk bertujuan memberikan bimbingan kepada keseluruhan
sektor tersebut.

Semangat dan prinsip Perlembangaan Persekutuan, falsafah dan prinsip Rukun Negara serta
aspirasi dan cabaran Wawasan 2020 menjadi pedoman bagi penggubalan dan pelaksanaan
PIN. Bahkan, objektif umum PIN ialah memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu
"membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para
warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh
budi pekerti yang luhur."
PIN ialah sebuah pelan integriti yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia,
dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang
kaum dan agama. PIN digubal dengan mengambil kira keseluruhan pandangan dan cadangan
yang disampaikan melalui satu siri seminar kebangsaan yang berlangsung selama kira-kira
dua bulan, yang melibatkan para peserta daripada hampir kesemua sektor masyarakat dan
negara Malaysia. Justeru itu, PIN mencerminkan hasrat bersama para pemimpin dan rakyat
negara kita.
Bagi memastikan gerakan pemantapan integriti berjalan lancar dan mencapai matlamatnya,
PIN menyusun keutamaan dan menetapkan sasarannya. Bagi tempoh lima tahun pertama
(2004-2008), PIN menetapkan lima sasaran keutamaan yang hendak dicapai. Sasaran yang
dikenali sebagai TEKAD 2008 ini ialah:

Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan;


Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan
mengatasi karenah birokrasi;

Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;

Memantapkan institusi keluarga; dan

Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Untuk mencapai TEKAD 2008, pendekatan dan strategi umum yang digunakan oleh PIN
ialah menggerakkan semua sektor di seluruh negara dan masyarakat supaya mendukung dan
menghayati semangat PIN. Mereka juga harus bekerjasama dan berkoordinasi di antara satu
sama lain untuk melaksanakan pelbagai programnya.
Gerakan pemantapan integriti memberi tumpuan kepada peningkatan integriti daripada
peringkat akar umbi hingga ke peringkat atas. Kesemua komponen dan sektor berikut
dilibatkan, iaitu keluarga, komuniti, dan masyarakat sivil (yang di dalamnya terdapat pelbagai
badan bukan kerajaan), membawa kepada sektor agama, sosiobudaya (pendidikan, kesihatan,
sukan dan rekreasi, media massa, seni, sastera dan warisan), ekonomi, politik dan
pentadbiran. Dengan demikian, gerakan ini benarbenar bersifat menyeluruh dengan meliputi
semua lapisan dan sektor negara dan masyarakat. Oleh sebab pendekatan ini melibatkan
penjalinan kekuatan pelbagai 'institusi dari bawah' serta penggemblengan keseluruhannya
dengan 'pihak atas' untuk tujuan meningkatkan integriti, maka ia mempunyai dinamisme dan
keampuhannya yang tersendiri.
Serentak dengan pelancaran PIN, Kerajaan juga menubuhkan Institut Integriti Malaysia
(IIM). Kerajaan yakin sebagai mekanisme pelaksana dan pengkoordinasi pelaksanaan PIN,
Institut ini akan dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan berkesan.

Gerakan pemantapan integriti yang dipacu oleh PIN dan dikoordinasikan oleh IIM ialah suatu
gagasan yang semakin menawan imaginasi pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. la sedang
menjadi suatu kekuatan masyarakat bagi mengurus kejayaan dan mengatasi kelemahan
dengan berkesan. Pelancaran PIN dan penubuhan Institut ini akan menjadi pendorong
terbesar ke arah pencapaian matlamat gerakan pemantapan integriti. Kesemua ini akan
membolehkan Malaysia secara teratur melangkah ke hadapan untuk mencapai cita-cita
menjadi sebuah masyarakat maju menurut acuan sendiri, serta membinanya menjadi lebih
cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Mengurus Kejayaan
1. Malaysia ialah sebuah negara sedang membangun yang telah mencapai kejayaan
besar dalam pelbagai bidang, dan kini sedang berusaha menjadi sebuah negara maju
menu rut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Untuk menjadi sebuah negara dan
masyarakat yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang, Malaysia perlu bijak
mengurus kejayaannya agar ia dapat diperkulruh dan dipertingkatkan.

2. Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada


kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam pembangunan sosial,
budaya, intelek dan rohani. Fokus terpenting bagi pembangunan sedemikian ialah
peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya
masyarakat. Hanya dengan demikian, barulah kejayaan yang dicapa,i dapat
dilestarikan, kesejahteraan rakyat dapat dipelihara dan ditingkatkan. Dengan cara itu
juga prasarana Dunia Pertama yang sudah pun terdapat di Malaysia tidak disia-siakan
atau disalahgunakan, manakala sikap dan mentaliti Dunia Ketiga dapat dikikis.

3. Perangkaan atau data penting Malaysia memperlihatkan kadar pertumbuhan Keluaran


Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2003 telah meningkat sebanyak 4.5 peratus
kepada RM229.3 billion. Pertumbuhan ini dijangka meningkat pada kadar 5.5 hingga
6 peratus dalam tahun 2004. Kemudahan prasarana negara semakin menyeluruh
dengan liputan bekalan elektrik dan bekalan air masing-masing mencapai tahap 94
dan 92 peratus sehingga tahun 2002. Pendidikan peringkat rendah telah mencapai
97.8 peratus kemasukan, manakala kadar celik huruf pada tahun 2002 adalah pada
tahap 94 peratus. Jangka hayat lelaki dan wanita juga telah meningkat masing-masing
kepada 70.4 tahun dan 75.3 tahun manakala kadar kematian bayi semasa lahir juga
telah menurun dari 6.6 bagi setiap satu ribu pada tahun 2001 kepada 6.2 pada tahun
2002. Pembangunan, pertumbuhan dan daya saing negara seperti ditunjukkan
daripada perangkaan ini banyak didasari oleh pengukuhan elemen-elemen nilai murni,
integriti dan akauntabiliti. Di samping itu, ia juga berasaskan pertanggungjawaban
semua pihak bagi memastikan kejayaan negara dan kesejahteraan rakyat dikecapi
secara berterusan.
4. Pada masa yang sama, kesedaran rakyat semakin meningkat supaya gejala yang
bertentangan dengan prinsip etika dan integriti seperti rasuah, penyelewengan,
salahguna kuasa dan ketidakcekapan dihapuskan. Rakyat menuntut integriti

dipertahan dan dipertingkatkan dalam semua urusan kerajaan, swasta, parti politik,
media, kesatuan sekerja, NGO, belia, pelajar, dan masyarakat umum.
Komitmen Kerajaan Malaysia
5. Kerajaan Malaysia sangat komited kepada usaha pembangunan negara secara total.
Dasar-dasar negara yang mencakupi bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan sosial
telah diperkenal dan dilaksanakan secara menyeluruh dan teratur. Kemajuan Malaysia
masa kini adalah hasil daripada perancangan yang teliti oleh pihak Kerajaan dan
agensi-agensinya, pihak swasta, serta pelbagai sektor masyarakat secara bersepadu
dan berterusan.
6. Semenjak tahun 1951 sehingga kini, Mataysia telah pun melaksanakan sebelas
rancangan lima tahunnya. Sejak tahun 1971 pula, negara ini telah dibimbing oleh tiga
Pelan Jangka' Panjang, iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990), Dasar
Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000), dan Dasar Pembangunan Wawasan
(DPW) (2001-2010).
7. Hala tuju dan prinsip dalam ketiga-tiga pelan jangka panjang ini dipandu oleh
semangat dan prinsip negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan
Wawasan 2020. Perlembagaan Persekutuan menggariskan kontrak sosial yang
menjadi pedoman kerukunan hidup serta kemajuan negara dan masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum dan agama. Rukun Negara ialah falsafah dan ideologi negara
yang diisytiharkan pad a 1970 untuk membentuk konsensus baru, menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum serta membangunkan sebuah masyarakat yang adil,
demokratik, liberal dan progresif. Wawasan 2020 yang diumumkan pad a tahun 1991
mengandungi aspirasi negara ini untuk menjadi sebuah negara maju menurut acuan
sendiri serta cabarancabaran yang perlu ditanganinya dalam usaha merealisasikan
aspirasi itu. Prinsip dan semangat Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan
Wawasan 2020 menjadi asas pelbagai dasar dan strategi yang dilaksanakan di
Malaysia sehingga ke hari ini.
Langkah Berterusan Mempertingkatkan Etika dan Integriti dalam Sektor Awam
8. Kerajaan menyedari bahawa sektor awam merupakan instrumen terpenting dalam
pengurusan dan pentadbiran, penyampaian perkhidmatan dan pembangunan negara.
Justeru, pembudayaan etika dan integriti mestilah pada setiap masa diterjemahkan
dalam semua aspek pelaksanaan tugas dan tanggungjawab sektor ini. Penerapan,
penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni serta bersih daripada gejala rasuah,
penyelewengan dan salahguna kuasa perlu sentiasa diperkukuhkan dan menjadi am
alan berterusan. Ke arah ini, Kerajaan telah memperkenal dan melancarkan pelbagai
program bagi memantap dan mempertingkatkan nilai-nilai murni dan integriti
perkhidmatan awam sejak kemerdekaan lagi. Walau bagaimanapun, usaha yang lebih
terfokus dilaksanakan sejak tahuntahun 1980an. Tumpuan diberikan kepada
penghayatan konsep 'Sersih, Cekap danAmanah', 'Penerapan Nilai-Nilai Islam',
'Sudaya Kerja Serkualiti', 'Kod Etika Kerja', 'Piaggam Pelanggan' dan 'ISO 9000'.

9. Di samping itu, bagi memastikan penguatkuasaan usaha pencegahan rasuah,


penyelewengan dan salahguna kuasa, Kerajaan melalui Parlimen telah meluluskan
Akta Pencegah Rasuah, 1961, bagi menggantikan The Prevention of Corruption
Ordinance 1950. Dalam tahun 1967, Sadan Pencegah Rasuah (SPR) telah ditubuhkan
bertujuan menghapuskan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. Dengan
mengambil kira perkembangan dalam negeri dan antarabangsa, Akta ini kemudian
disemak pada tahun 1971 dan seterusnya dimansuhkan serta digantikan dengan Akta
Pencegahan Rasuah 1997. Sejak penubuhannya sehingga kini, BPR telah memainkan
peranan penting dalam memerangi rasuah, memelihara integriti pentadbiran Kerajaan
dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya rasuah, penyelewengan
dan salahguna kuasa.
10. Kerajaan juga telah menubuhkan Biro Pengaduan Awam (SPA) sebagai salah satu
mekanisme dan saluran bagi orang ramai mengemukakan aduan mengenai salah
tadbir, salahguna kuasa dan penyelewengan dalam perkhidmatan awam. Jabatan Audit
Negara dibentuk untuk mengaudit Penyata Akaun Awam bagi memastikan pengurusan
perbelanjaan, hasil dan aset Kerajaan dilaksanakan secara berhemah mengikut
undangundang dan peraturan. Manakala Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU) ditubuhkan, antara lain, sebagai peneraju
pembaharuan pentadbiran dalam mewujudkan perkhidmatan awam yang moden,
cekap dan berkesan.
11. Bagi memantapkan keutuhan pengurusan dan pentadbiran, Kerajaan telah
membentuk Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan
Kerajaan (JKKMKPK), dengan meletakkan isu keutuhan atau integriti pengurusan
Kerajaan sebagai fokus utamanya. Pad a masa ini Jawatankuasa ini dipengerusikan
oleh Y.A.S. Perdana Menteri.
12. Langkah di peringkat Kerajaan Pusat ini telah disusuli dengan pembentukan
Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) di peringkat persekutuan, negeri dan
daerah. Dengan demikian keutuhan pengurusan bukan sahaja menangani isu integriti
peringkat teratas, tetapi juga jentera pentadbiran pelbagai peringkat sehingga ke
peringkat akar umbi.
13. Objektif Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan di semua peringkat ialah untuk
memastikan bahawa jentera pentadbiran Kerajaan terus-menerus cekap, berdisiplin
dan berpegang teguh kepada syarat keutuhan yang paling tinggi dengan berpandukan
nilai-nilai murni. Pad a masa yang sama, ia juga bertujuan mengatasi masalah dan
kelemahan khususnya dalam pengurusan kewangan, pelanggaran disiplin, gejala
rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.
14. Sebagai suatu garis panduan penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni. Kerajaan
telah mengenalpasti satu himpunan nilai teras sebagai panduan untuk dihayati dan
dilaksanakan oleh penjawat sektor awam. Himpunan nilai teras itu ialah amanah,
benar, bijaksana, adil, telus dan bersyukur. Ini adalah nilai induk bagi sesebuah

organisasi yang beradab dan patut dihayati oleh setiap warga perkhidmatan awam.
Selain itu. Kerajaan juga mengenalpasti nilai kembangan, yakni nilai yang dibentuk
dari bawah, terdiri daripada nilai yang sesuai dan relevan dengan kepakaran dan
operasi organisasi berkenaan, yang akan mendukung pencapaian yang dituntut oleh
nilai teras. Mekanisme JKP yang ditubuhkan di peringkat Persekutuan, negeri dan
daerah bertanggungjawab menerapkan nilainilai tersebut.
15. Terdapat lapan terma rujukan yang menjadi panduan JKP, iaitu Perundangan. Sistem
dan Prosedur Kerja, Nilai-nilai Murni dan Etika, Kod Etika, Pengiktirafan. Kawalan
Dalaman, Tindakan Pengesanan dan Punitif, serta Tindakan Pemulihan. JKP
merupakan suatu mekanisme yang berstruktur dengan pelaporan berkala bertujuan
memantapkan lagi keutuhan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan Malaysia secara
dalaman, menyeluruh, sistematik dan berterusan.
16. Selain daripada penekanan elemen etika dan integriti yang dinyatakan di atas, Kod
Etika Hakim (1994) dan Kod Etika Bagi Anggota-Anggota Pentadbiran (1997) juga
telah digubal dan diguna pakai.
Langkah-langkah Peningkatan Etika dan Integriti dalam Sektor Swasta
17. Sektor swasta adalah pemacu pembangunan dan penjana pertumbuhan ekonomi
Malaysia. Isu utama mengenai integriti sektor swasta yang dititikberatkan dewasa ini
ialah tadbir urus korporat. Sifat ekonomi Malaysia yang terbuka dan kemakmuran
ekonomi selama beberapa dekad ini memberi peluang bukan sahaja kepada sektor
swasta luar negara untuk beroperasi di negara ini. tetapi juga untuk sektor swasta
dalam negeri beroperasi di pasaran global. Walau bagaimanapun. beberapa peristiwa
yang berlaku di peringkat dunia dan di dalam negeri dalam tahun-tahun kebelakangan
ini menunjukkan betapa pentingnya tadbir urus terbaik dijadikan prinsip yang
menjiwai syarikat serta membimbing perlakuan para pegawainya. Prinsip ini
menggariskan bagaimana para pegawai tersebut harus bertingkah laku dan
bertanggungjawab terhadap para pelabur dan pihak berkepentingan yang lain.
Pelbagai skandal dan penyelewengan yang melibatkan syarikat-syarikat antarabangsa
dan tempatan menunjukkan betapa pentingnya isu tadbir urus terbaik dilaksanakan.
18. Salah satu masalah yang menjejaskan integriti sektor swasta ialah penglibatannya
dengan gejala rasuah. Sektor swasta kerap dilihat sebagai pemberi rasuah manakala
penjawat awam dilihat sebagai penerima rasuah. Walau bagaimanapun, gejala rasuah
sama ada dalam bentuk memberi dan menerima juga berlaku dalam sektor swasta.
Memandangkan betapa seriusnya masalah ini, satu konvensyen antarabangsa, iaitu
Organization for Economic Cooperation Development (OECD) Anti-Bribery
Convention telah ditandatangani oleh 35 buah negara pada 1999 untuk menangani dan
mencegah amalan pemberian rasuah oleh syarikat multinasional dan meningkatkan
integriti mereka. Konvensyen ini mengharamkan tindakan menyogok oleh syarikatsyarikat tersebut.

19. Namun begitu, usaha mence~ah gejala rasuah dalam sektor swasta masih tidak
mencukupi. Setakat ini masih belum terdapat tindakan undangundang yang cukup
berkesan diambil oleh negara-negara penandatangan Konvensyen berkenaan terhadap
pelbagai syarikat dan pegawai mereka yang memberi dan menerima rasuah. Pad a
masa yang sama, gejala jenayah korporat yang lain seperti penipuan telah
menjejaskan kredibiliti dan integriti sektor tersebut di kalangan pelabur dan juga
anggota masyarakat. Justeru, usaha meningkatkan integriti sektor korporat menjadi
amat penting.
20. Gejala-gejala di atas menegaskan satu hakikat pokok, iaitu betapa pentingnya prinsip
tadbir urus terbaik menjadi nadi dan jiwa sektor korporat. la juga menunjukkan betapa
pentingnya pengawasan dan penguatkuasaan oleh institusi yang berkuasa seperti
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas sektor
tersebut agar gejala semacam ini dapat dibendung, integriti ditingkatkan dan
kemakmuran ekonomi dapat dikekalkan.
21. Sementara Jawatankuasa Keutuhan pengurusan (JKP) merupakan mekanisme sektor
awam untuk menangani isu etika dan integriti dalam perkhidmatan awam dan
Kerajaan, sektor swasta tidak mempunyai mekanisme yang sama. Namun, satu
langkah positif telah diambil oleh Kementerian Kewangan dengan menubuhkan
Jawatankuasa Kewangan Tingkat Tinggi (High Level Finance Committee) pad a 1998
sejurus selepas krisis kewangan 1997.
22. Hasil inisiatif tersebut, satu kod mengenai tadbir urus korporat yang dikenali sebagai
Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) telah diterbitkan pad a Mac
tahun 2000. Walaupun pad a mulanya MCCG tidak diberikan perhatian sewajarnya
oleh pihak swasta, keadaan berubah sejak Januari 2001 apabila Malaysia Securities
Exchange Berhad (MSEB) menguatkuasakan Revamped Listing Requirements dan
menerimapakai kod ini. Oalam syarat penyenaraian bagi syarikat, MSEB tidak
menjadikan kepatuhan pada prinsip dan amalan terbaik dalam MCCG sebagai syarat
mandatori. Walau bagaimanapun, semua syarikat di Bursa Saham Kuala Lumpur
(BSKL) dituntut supaya bersifat telus dengan melakukan disclosures seperti yang
dituntut dalam syarat penyenaraian atau Listing Requirements. Mereka diwajibkan
membuat laporan mengenai pelbagai perkara seperti yang dituntut oleh syarat
penyenaraian.
23. Setiap syarikat dalam Laporan Tahunan masing-masing dikehendaki memasukkan
Kenyataan Mengenai Tadbir Urus Korporat yang melaporkan bagaimana prinsipprinsip dalam kod MCCG diterapkan serta seta kat mana amalan terbaik dalam kod
ini dipatuhi. Sekiranya amalan terbaik ini tidak dipatuhi, maka syarikat diperlukan
membuat penjelasan dan menerangkan amalan alternatif yang mereka laksanakan.
Dengan
cara
ini,
syarikat
terpaksa
meningkatkan
ketelusan
dan
pertanggungjawabannya.

24. Dalam sektor kewangan pult Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan Pelan Induk
Ke Arah Masa pepan Yang Lebih Terjamin pada bulan Mac 2001. Pelan induk ini
memberikan hala tuju sistem kewangan bagi tempoh sepuluh tahun sehingga 2010.
Objektif pelan ini adalah untuk mewujudkan sistem kewangan yang berdaya saing,
berdaya tahan dan dinamik dengan amalan-amalan terbaik yang mampu memenuhi
permintaan pengguna dan perniagaan yang semakin canggih. Sistem ini juga harus
dapat menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi, serta cabaran globalisasi dan
liberalisasi.
25. Selain itu, satu himpunan etika dalam bidang perniagaan yang dikenali sebagai
Rukuniaga Malaysia juga telah digubal dan diterimapakai oleh Kementerian
Perdagangan Oalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sejak tahun 2002. Rukuniaga
Malaysia menggariskan enam prinsip dalam urusan perniagaan iaitu: Berlaku benar
dalam amalan perniagaan; Bertanggungjawab kepada pelanggan, masyarakat
dan persekitaran; Berperikemanusiaan kepada semua insan; Kesederhanaan
tingkah laku dalam perniagaan; Saksama terhadap pelanggan; dan
Kesungguhan menjayakan perniagaan. Sebilangan syarikat telah menerima
Rukuniaga Malaysia sebagai pedoman dalam urusan perniagaan mereka.

Langkah-langkah Peningkatan Etika dan Integriti dalam Sektor Lain


26. Sejumlah badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) juga telah menggubal
kod etika masing-masing untuk memastikan peningkatan etika dan integriti dalam
organisasi mereka. Badan-badan profesional di Malaysia, misalnya, Majlis Peguam
Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia, Persatuan
Akauntan Bertauliah, Lembaga Arkitek Malaysia dan lain-lain mempunyai kod etika
masingmasing yang perlu dipatuhi oleh pengamal profesion berkenaan. Bahkan, para
pelajar institusi pengajian tinggi dalam profesion berdaftar seperti perubatan,
kejuruteraan dan undang-undang juga perlu mengikuti kursus etika sebagai syarat
bagi mereka mendapat kelulusan dalam bidang itu dan menjadi pengamalnya.
27. Selain itu, persatuan pengguna, pertubuhan perguruan, pertubuhan pemberi khidmat
penjagaan dan pertubuhan alam sekitar juga telah menggubal kod etika mereka. Juga,
terdapat badan-badan lain di kalangan masyarakat sivil yang memantau pelaksanaan
etika dalam beberapa bidang seperti hak asasi manusia, tadbir urus terbaik dan
ketelusan, serta amalan pilihan raya dan demokrasi di Malaysia. Kesemua ini
menunjukkan bahawa kesedaran dan komitmen terhadap etika dan integriti di
kalangan pelbagai sektor masyarakat Malaysia semakin meningkat.
Perlunya Satu Mekanisme Menyeluruh
28. Apa yang nyata daripada huraian di atas ialah usaha peningkatan etika dan integriti
masih merupakan usaha yang tidak bersepadu, tidak menyeluruh, dan bergerak secara
bersendirian tanpa sinergi semua sektor untuk melaksanakannya. Oleh yang demikian,

suatu mekanisme menyeluruh yang merangkumi semua sektor perlu dibentuk dan
agenda integritinya dilaksanakan secara berkoordinasi.
29. Untuk tujuan itu, suatu peranc,ngan menyeluruh yang dikenali sebagai Pelan Integriti
Nasional (PIN dibentuk dengan memberi fokus kepada matlamat pemantapan etika
dan integriti serta membudayakan integriti di kalangan semua anggota masyarakat.
Semua pihak iaitu Kerajaan, swasta, parti politik, institusi agama, kesatuan sekerja,
NGO, wanita, media, belia, pelajar dan golong an lain dalam masyarakat dari setiap
pelusuk negara, secara keseluruhannya perlu meningkatkan kefahaman dan komitmen
mereka terhadap integriti .

30. Seiring dengan penggubalan PIN, Institut Integriti Malaysia (IIM) ditubuhkan. IIM
adalah mekanisme yang mengkoordinasikan pelaksanaan PIN.
Kesimpulan
31. Gerakan pemantapan integriti semua lapisan masyarakat dibimbing oleh PIN dan
dikoordinasikan pelaksanaannya oleh IIM. Gerakan ini terus menjadi inspirasi dan
kekuatan bagi membina Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kemungkinan-kemungkinan yang berlaku kepada seorang guru yang gagal mematuhi etika,
akauntabiliti dan integriti.
Perguruan

bermaksud

pekerjaan

sebagai

guru.

Jadi

ia

adalah

salah

satu

kerjaya

(profesion)sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti


guaman,akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan, perniagaan dan sebagainya. Sebagai
sebuahkerjaya keguruan, ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod etika
dansebagainya yang bertujuan melahirkan modal insan guru yang berkualiti, berketerampilan,
terpujidan dapat menjadi model yang unggul kepada pelajar-pelajarnya (Hasan, 2002)Guru perlu
mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugassebagai pendidik yang baik.
Sepanjang tahun 1995 hingga tahun 2008, sebanyak 41 keskeruntuhan moral membabitkan guru
dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008)termasuklah perbuatan sumbang mahram dan
bersekedudukan. Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid, guru besar
menyembunyikan kes-kes disiplin, gurumenyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah
menarik perhatian umum sertamenguji kredibiliti profesion perguruan. Pendedahan-pendedahan salah
laku guru-guru bolehmengakibatkan kewibawaan profesion perguruan tergugat pada mata umum. Hal
ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila dan kod etika perguruan di Malaysia yangmenyatakan

guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya gurukepada pelajar,
ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan Negara.Dewasa ini, banyak perkembangan dan
pembangunan dari pelbagai aspek yang berlakudi sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak,
perkembangan dan pembangunan yang kitalihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat
terutamanya golongan profesional. Antara bidang profesional yang terlibat adalah keguruan,
perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain-lain. Apa yang dimaksudkan dengan profesional?
Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep profesional merujuk kepada ciri ciri yang terdapat
dalam kalangan ahli suatu profesion. Antaraciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan
mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang
mengawal tingkah laku ahli.Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah
seorang yangmendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang
diceburi sertaada kod etika yang tersendiri. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion
keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod
etikakeguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai
salahlaku guru tersiar di internet dan dada-dada akhbar. Ini sudah tentu akan menganggu
gugatmartabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia. Oleh itu, esei ini
akanmembincangkan mengenai dua isu salah laku guru yang melanggar kod etika keguruan
iaitu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang.Isu pertama adalah berkenaan penyalahgunaan
masa. Di Malaysia, waktu bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30 pagi hingga
1.15, iaitu lebih kurang enam jamtidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang
tempoh ini, murid muriddan guru terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di
kalangan guru disekolah. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana
ianya lebihmenjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk
membendungisu ini daripada terus menular. Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah
guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan
bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan
olehkementerian, guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan masa disekolah
dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayarifacebook,
berchatting, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan kerja sambilan di malamhari (misalnya
mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam) hingga menjejaskan produktivitinyadalam menyampaikan
P&P di siang hari dan banyak lagi.Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua
punca utama kenapamasalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, indivdu dalam
konteks ini iaituguru mempunyai sikap yang tidak seperti mempunyai sikap malas dan tidak ambil
peduli, kurangkomitmen dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah.
Apabila sikapini wujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan
sehinggakantiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh -sungguh dalam mendidik anak bangsa

dan apayang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan.Punca
seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang lemah dankurangnya pemantauan
yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan ini.Apabila tiada pemantauan dan
penguatkuasaan juga lemah, maka guru-guru menjadi lebih beraniuntuk masa kerana mereka tidak
perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka. Masalah ini jika tidak dibendung akan
mendatangkan kesan yang amat buruk kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli
profesional dan murid-murid. Antara kesan yang bolehdilihat daripada permasalahan ini adalah
merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga akan memandang
sinis akan profesiaon keguruan dan tidak yakin
Sahsiah sering dikaitkan dengan peribadi yang ditonjolkan oleh seseorang individumelalui tindakan
atau perlakuannya.Pembangunan sahsiah yang bersepadu dan seimbang seseorang guru dari segi
jasmani,emosi, rohani danintelek (JERI) harus dititikberatkan seperti mana yang tersurat dalam
FalsafahPendidikan Kebangsaan yang menjadi teras dan tunjang kepada kesepaduan sistem
pendidikan.Sebagaimana proses pendidikan, proses pembangunan sahsiah guru juga melihatkan tiga
domainutama iaitu, kognitif, afektif, dan psikomotor. Domain kognitif merujuk kepada perihal
ilmu.Domain afektif pula merujuk kepada aspek nilai-nilai moral dan domain psikomotor
merujuk kepada aspek kemahiran
Guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin murid-murid dalam meningkatkan pengetahuan,
kemahiran, sikap dan nilai yang dihasratkan oleh masyarakat dan negara. Dalammenjalankan tugas
tersebut, guru menjadi teladan atau contoh kepada murid dari segi pertuturan, perlakuan mahupun
pemikiran.
Maka tindakan atau perlakuan yang dipilih oleh seseorang guru dapat dilihat sebagaaitindakan positif
yang boleh diterima oleh masyarakat atau tindakan negatif yang tidak diterimaoleh masyarakat.
Melalui sahsiah diri yang baik akan menggambarkan seseorang guru itu berkaliber, berjaya dan
berwibawa. Sebaliknya, guru dengan penampilan peribadi yang tidak baik adalah guru yang gagal
dan tidak berkarisma.Penyalahgunaan masa di kalangan guru di sekolah boleh membawa kesan yang
negatif dalam bidang pendidikan.
Apabila seseorang guru itu selalu menyalahgunaan masa lama-kelamaan guru tersebut tidak akan
mempunyai sikap bertanggungjawab dan tiada komitmenuntuk menjalankan tugas dengan
bersungguh-sungguh. Akan menjadi satu kebiasaan, gurutersebut akan bersikap sambil lewa dan
mengambil ringan terhadap tugas diamanahkan. Inikerana mereka akan berpendapat sekiranya tidak
menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguhpun tiada tindakan tatatertib yang serius akan diambil,
malah guru lain akan mengambilalih dan membuat semula tugas itu. Bagi mereka apa yang penting
hanya gaji yang bakal mereka terima pada setiap bulan.

Terdapat juga guru yang bekerja sambilan seperti menjual barang atau menjual makanansehingga
lewat malam. Maka keesokan pagi, guru tersebut akan berasa mengantuk dan
tidak bertenaga untuk menyampaikan pengajaran dan pembel ajaran. Malahan guru
tersebut mungkintertidur di bilik guru, murid-murid mungkin akan terserempak dan ini
menjadi contoh yangkurang baik.
Sekiranya masalah ini terus menular dan tiada jalan penyelesaian maka ini akan menjaditeladan buruk
di kalangan guru-guru lain. Semua guru akan mula berpendapat
mengapakah saya sahaja perlu berbuat lebih sedangkan guru lain tidak perlu berbuat apa-apa tetapi
boleh daapt gaji setiap bulan.
Rasa tidak puas hati dan iri hati akan muncul di kalangan guru dan iniakan menyebabkan merosotnya
prestasi kerja guru kerana masing-masing tidak ingin salingmembantu dalam menjalankan tugas
malah perasaan dengki akan terbuku dalam hati.Pembahagian puak antara guru akan berlaku kerana
rasa tidak puas hati dan iri hati terhadapketidakadilan dalam pembahagian tugas. Malahan perbalahan
turut berlaku apabila terdapat perselisihan fahaman di kalangan guru yang berlainan puak.
Selain itu, masalah ini juga akan mendatangkan kesan yang amat buruk
kepada

murid

murid.

Antara

kesan

yang

boleh

dilihat

daripada

permasalahan ini adalah merosotnya prestasi pencapaian murid di sekolah.


Bukan sahaja guru-guru tiada lagi semangat untuk mengajar murid,murid-murid
juga tiada kemahuan untuk mempelajari benda-benda baru. Ini akan
menjadikan masyarakat memandang sinis akan profesion keguruan dan
rasa tidak yakin dan bimbang akankebolehan guru dalam mendidik anakanak mereka.

AKTIVITI belajar membuat aiskrim merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan murid
pendidikan khas di SK Bandar Jerantut.
RAMAI yang beranggapan bahawa mengajar murid pendidikan khas merupakan tugas yang
sangat mudah.
Tanggapan itu timbul memandangkan murid di dalam kelas itu hanya sekitar lima hingga 10
orang berbanding kelas perdana yang menempatkan lebih 20 orang murid.
Namun, tinjauan di beberapa buah sekolah di Jerantut, Pahang mendapati tanggapan tersebut
ternyata meleset.
Sebenarnya, tugas untuk mengajar dan mendidik murid pendidikan khas tidak semudah yang
disangka kerana mereka merupakan golongan istimewa berbanding murid-murid di kelas
perdana.
Murid pendidik khas terbahagi kepada tiga kategori iaitu masalah pembelajaran, masalah
pendengaran dan masalah penglihatan.
Bagi guru-guru wanita, tugas mereka tidak ubah seperti seorang ibu kerana murid-murid
pendidikan khas memerlukan layanan yang baik sebagaimana melayan anak-anak di rumah.
Bagi Fatimah Jantan, 38, yang kini memegang jawatan Guru Penolong Kanan Pendidikan
Khas di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Jerantut, guru-guru yang mengajar pendidikan
khas harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, berdisiplin, bertolak ansur dan sentiasa
berfikiran positif.

Memang kami mengajar murid dalam jumlah yang sedikit iaitu di antara lima hingga 10
orang tetapi setiap murid mempunyai kerenah yang berbeza dan memerlukan perhatian yang
sewajarnya.
Keupayaan pemikiran mereka sangat lemah, tidak memiliki kecemerlangan akal dan
kadangkala tidak dapat mengawal emosi selain gagal mematuhi arahan yang diberikan,
katanya yang telah menabur bakti selama sembilan tahun dalam dunia pendidikan khas.
Fatimah yang ditemui sempena sambutan Hari Guru ke-40 yang bertemakan Guru Penjana
Transformasi Pendidikan Negara baru-baru ini memberitahu, guru pendidikan khas harus
mengenali murid dengan lebih rapat dan cuba menyelami perasaan mereka kerana golongan
istimewa itu tidak dapat memberi perhatian yang sepenuhnya ketika pelajar.
Guru mestilah berfikiran kreatif terutamanya dalam menyediakan alat bantu mengajar agar
murid melahirkan rasa minat untuk belajar.
Kita tidak hanya bercakap di depan ketika mengajar sebaliknya turut menggunakan kaedah
nyanyian dan permainan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam
kelas, ujarnya.
Menurutnya, biarpun sepenuh masa bersama murid-murid pendidikan khas, namun mereka
turut melakukan tugasan lain yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
Pengurusan diri
PARA pelajar pendidikan khas juga mempunyai upaya berdikari yang baik jika dibimbing
dan dilatih dengan penuh dedikasi.
Selain tumpuan terhadap akademik, murid-murid pendidikan khas turut diterapkan dengan
kemahiran menguruskan diri dan pengurusan tingkah laku.
Inilah yang paling penting bagi murid-murid pendidikan khas kerana mereka tidak harus
bergantung sepenuhnya kepada orang lain apabila masuk ke alam remaja dan seterusnya,
kata Wan Mahizan Wan Mohamad pula yang kini bertugas sebagai guru pendidikan khas di
SK Tebing Tinggi, Jerantut.
Beliau berkata, guru-guru akan mengajar mereka cara menguruskan diri termasuk memakai
dan membuka pakaian, mencuci pakaian, membersihkan diri, pengurusan bilik tidur dan
mencuci pinggan serta cawan.
Kita ingin lihat mereka berdikari dengan sendiri. Sampai bila mereka hendak mengharapkan
bantuan orang lain, soalnya.
Bagi pengurusan tingkah laku pula, Wan Mahizan memberitahu, guru-guru akan mendidik
murid agar mengelak daripada melakukan perkara yang tidak disukai oleh orang lain.
Setiap kesalahan yang dilakukan pula akan ditegur dan diubah serta-merta dan guru-guru
akan menilai sejauh mana teguran tersebut dapat mengubah corak kehidupan anak didik
mereka.

Kemahiran hidup
Sementara itu, murid-murid pendidikan khas turut mengikuti mata pelajaran Kemahiran
Manipulatif dan Kemahiran Hidup yang memberi penekanan kepada penggunaan peralatan
yang ada di sekitar mereka.
Mereka turut diajar cara berkebun dan penggunaan setiap alatan dengan betul agar tidak
mendatangkan kecederaan kepada mereka.
Seorang guru pendidikan khas di SK Kuala Tembeling, Syahrima Abdul Hamid berkata,
beliau telah membuat projek Bumi Hijau dengan menggalakkan anak didiknya bercucuk
tanam.
Kami tanam pelbagai jenis pokok seperti bayam, terung, lada, bayam, kangkung, kailan,
kacang tanah, betik, serai dan daun kesum.
Sebelum proses penanaman bermula, murid-murid akan diberi penerangan mengenai cara
untuk gemburkan tanah dan menanam bijih benih serta teknik menggunakan setiap peralatan
dengan betul, katanya yang telah berkhidmat selama lima tahun dalam dunia pendidikan
khas.
Seterusnya, murid-murid itu diajar cara menyiram, membaja dan menjaga pokok daripada
serangan serangga perosak. Akhir sekali, mereka dibimbing untuk memungut hasil tanaman
itu.
Syahrima memberitahu, hasil tanaman yang telah dituai akan dijual kepada kakitangan
sekolah, ibu bapa dan kedai runcit berhampiran.
Selain itu, terdapat sesetengah sekolah yang melaksanakan projek keusahawanan bagi
mendidik murid-murid berdikari mencari kewangan sendiri.
Projek keusahawanan
SEBAHAGIAN daripada pelajar pendidikan khas menunjukkan kemahiran mereka
menggoreng cekodok di SK Bandar Jerantut.
SK Pulau Tawar merupakan salah satu sekolah yang menjadi contoh di daerah Jerantut
dengan menggerakkan projek keusahawanan pada tahun 2009.
Projek yang diketuai oleh Anisah Jaafar yang bertindak sebagai guru penyelaras Program
Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di sekolah berkenaan telah berjaya
menghasilkan beberapa kraftangan seperti tudung saji, gubahan bakul, kotak serba guna
diperbuat daripada kotak terpakai, tali makarami serta hiasan kulit kayu manis.
Kami ada lima orang guru dan 13 orang murid yang bergandingan untuk menghasilkan
sesuatu produk dan kebiasaannya setiap produk disiapkan dalam tempoh seminggu.
Ada juga sesetengah kraftangan yang kami serapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran seperti dalam subjek kemahiran manipulatif, kemahiran hidup dan pendidikan
seni, ujarnya.

Anisah berkata, selain kraftangan, murid-murid turut diajar membuat kuih dan memasak
makanan yang ringkas.
Masakan yang pernah diajar kepada murid termasuk membuat donat, piza, nasi goreng,
sandwic, kuih puteri ayu dan mi kari. Roti sosej bersalut telur merupakan salah satu menu
yang menjadi pilihan dan pernah ditempah oleh sekolah berhampiran, kata beliau.
Beliau memberitahu, produk-produk yang dihasilkan akan dijual di sekolah dan kedai
berhampiran selain menerima tempahan dari pihak luar.
Ternyata tugas guru pendidikan khas tidak semudah yang disangka biarpun mereka tidak
mengejar kecemerlangan akademik seperti guru-guru di kelas perdana.
Bagi mereka, kebolehan murid untuk menguruskan diri dan tidak bergantung harap kepada
orang lain sudah memadai untuk mengukir senyuman di bibir masing-masing.

ISL 4
Audit dan pengauditan adalah perkara penting dalam pengurusan sesebuah organisasi. Setiap
organisasi tidak akan terlepas daripada pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan
melibatkan akauntabiliti yang amat diperlukan. Justeru itu audit dan pengauditan amat
penting dalam mengekalkan akauntabiliti.Laporan audit yang berkualiti dapat meningkatkan
akauntabiliti awam bagi mencapai kecemerlangan pengurusan kewangan.
Di peringkat sekolah , pengauditan menjurus kepada kewangan yang melibatkan sumber
kewangan kerajaan. Sumber Wang Kerajaan lebih dititikberatkan berbanding dengan sumber
kewangan yang lain.
Kewangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru diaudit oleh juruaudit dalaman yang dilantik oleh
PIBG. Sementara kewangan Koperasi Sekolah diaudit oleh pegawai daripada Jabatan
Koperasi.
Pengauditan kewangan di sekolah terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu :

Audit Dalaman
Audit Luaran

Audit Dalaman

Pengauditan Dalaman biasanya dilakukan oleh guru-guru yang dilantik oleh pengetua.
Biasanya guru-guru ini mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pelajaran Prinsip
Akaun atau pelajaran Perdagangan.

Audit Luaran

Pengauditan Luaran dilakukan oleh pegawai yang dating dari Jabatan Pendidikan Negeri.
Pegawai-pegawai ini akan memastikan pengurusan kewangan berjalan dengan lancar.
Pada peringkat Kementerian Pendidikan, Unit Audit Dalam ditubuhkan pada tahun 1982
setelah keluar arahan melalui pekeling :

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1979


Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 1982.

Unit Audit Dalaman ini akan membantu Ketua Setiausaha Kementerian dalam membuat
pemeriksaan audit.
1995, dibentuk Bahagian Audit Sekolah. Bahagian Audit Sekolah ini merupakan cantuman
Unit Audit Dalaman dan Cawangan Audit Sekolah.
Kerja-kerja pengauditan ini tertakluk kepada banyak pekeliling yang dikeluarkan oleh
kerajaan . Antaranya ialah :

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2/ 1979 mengenai Audit Dalaman di


agensi-agensi Kerajaan Pusat
Semua arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan
Pengauditan mestilah mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh
International Organisation of Supreme Audit Instition.

Definasi
Official examination of accounts to see that they are in order (Oxford 2001)
Audit adalah suatu proses sistematik untuk memperoleh dan menilai bukti secara objektif
mengenai pernyataan tentang kegiatan kewangan, dengan tujuan untuk menentukan
kesesuaian antara pernyataan-pernyataan tersebut dengan kriteria yang telah ditetapkan, serta
penyampaian hasil-hasilnya kepada pemakai yang berkepentingan.
Internal auditing is an independent, objective assurance ang consulting activity designed to
add value and improve an organizations operations. It helps an organization accomplish its
objectives by bringing a systematic, disciplined approach to evaluate and improve the
effectiveness of risk management, control, and governance process (Jlamber 1999)

Fungsi
Fungsi utama pengauditan dalam pengurusan kewangan sekolah ialah :

Mengkaji dan menilai operasi pengurusan kewangan sekolah diuruskan dengan teratur
bagi memastikan dasar, peraturan dan undang-undang yanh digubal oleh Kementerian
Pendidikan dipatuhi oleh pihak pengetua atau guru besar.

Mengkaji dan menilai operasi-operasi pengurusan dari segi kesempurnaan, kemampuan,


kecekapan, keberkesanan dan ekonominya..

Menentukan kekukuhan, kesempurnaan dan kemampuan rekod-rekod dan sistem


perakaunan, sistem maklumat pengurusan serta sistem kawalan dalaman.

Membuat laporan hasil pengauditan dan mengesyorkan langkah-langkah yang sistematik


kepada Pusat Tanggungjawab.

Menyiasat secarsa khusus sekiranya berlaku sebarang penyelewengan menurut arahan


Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan.

Membantu Perbendaharaan Negara bagi memantapkan lagi dasar , prosedur, sistem dan
skop Audit Dalam.

Salah urus kewangan sekolah


Ada pelbagai kelemahan dan kesilapan yang ditemui oleh Juruaudit Sekolah . Hasil
penemuan ketika pengauditan ini diedarkan kepada semua pengetua dan guru besar .
Kesalahan ketika Penyediaan dan Penyerahan Penyata Kewangan
Juruaudit mendapati penyediaan Penyata Kewangan setiap tahun bagi sekolah-sekolah tidak
memuaskan. Punca utama kesalahan dalam Penyata Kewangan ialah :

Jumlah pendapatan terkurang atau terlebih dinyatakan kerana kesilapan


dalam memperakaunkan terimaan tahun lalu dan terimaan tahun semasa
yang tidak di ambil kira dalam pendapatan semasa.
Jumlah perbelanjaan kurang tepat kerana terdapat bil-bil tahun lalu
diambilkira sebagai perbelanjaan semasa.
Kesilapan dalam penyediaan penyata untung rugi bagi akaun Kedai Buku.

Pada umumnya, Pengurusan Penyata Kewangan Sekolah masih mempunyai kelemahan dari
segi penyelenggaraan dokumen dan rekod serta penyediaan penyata tersebut. Penyata
kewangan kerapkali perlu dibetulkan kerana kesilapan atau ketinggalan yang material dan
fundamental yang menjejaskan ketepatan angka-angka yang ditujukan dalam Penyata
Kewangan Sekolah. Kesalahan ini adalah mengenai isu yang sama dan telah beberapa kali
dilaporkan. Oleh itu pihak sekolah hendaklah memandang serius perkara ini, supaya
kesalahan dan ketinggalan yang sama tidak akan berulang lagi
Dokumen terpenting ialah Buku Tunai. Jika Buku Tunai gagal dikemaskini, pengetua tidak
akan dapat mengetahui kedudukan kewangan semasa, kedudukan kewangan sekolah, kutipan
yang diterima , penerimaan dan pembayaran dan sistem kawalan.Penyalahgunaan wang
mudah berlaku jika Buku Tunai tidak dikemaskini setiap masa. Pengetua mestilah
memastikan wang di dalam bank sama dengan baki wang di buku tunai. Sebaik-baiknya
pengetua menyemak dan menandatangani akaun di Buku Tunai dengan baki di bank adalah
seimbang.
Langkah-langkah berikut dicadangkan bagi mengatasi kesalahan dalam Penyata Kewangan :

Pengetua dan Guru Besar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit
agar dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah.
Pengetua / Guru Besar perlu membuat penyelidikan yang rapi terhadap
pegawai-pegawai di bawah jagaan bagi memastikan mereka memahami
undang-undang, peraturan kewangan,pekeliling-pekeliling dan arahan-arahan
yang diedarkan dari masa ke semasa supaya dapat melaksanakan tugas
dengan lebih cekap.
Sistem pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada perlu
dipertingkatkan supaya lebih berkesan dan cekap. Pengetua / Guru Besar
perlu memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada
berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah. Seterusnya
Pengetua / Guru Besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap
segala kelemahan yang dibangkitkan.

Wang Belum diBank

Mengikut peraturan kewangan, Pengetua / Guru Besar hendaklah memastikan semua


pungutan wang tunai diakaunkan ke dalam buku tunai dan dimasukkan ke bank. Peraturan ini
penting dari segi kawalan dalaman untuk memastikan semua pungutan telah diakaunkan
dengan betul dan sempurna. Berdasarkan pengauditan yang dibuat, wang belum bank ini
terbahagi kepada dua kategori .

Kategori pertama merupakan kutipan yang sudah diterima dan dikeluarkan


resit murid tetapi tidak diserahkan ke pejabat untuk direkodkan dalam Buku
Tunai dan dimasukkan ke bank.
Kategori kedua pula adalah kutipan yang telah diserahkan ke pejabat dan
dikeluarkan resit pejabat serta direkodkan dalam Buku Tunai tetapi belum
dimasukkan ke bank.

Perkara ini berlaku kerana kurang penyeliaan oleh Pengetua / Guru Besar yang
bertanggungjawab. Keadaan ini boleh memberi ruang kepada penyalahgunaan wang
pungutan sekolah. Oleh itu, Pengetua / Guru Besar hendaklah membuat penyeliaan yang rapi
bagi memastikan segala pungutan diakaunkan dan dibankkan tepat pada masanya.
Akaun Belum Bayar

Akaun Belum Bayar merupakan tanggungan sekolah yang belum dijelaskan sehingga akhir
tahun kewangan 1996 walaupun bekalan atau perkhidmatan telah diterima dalam tahun
kewangan tersebut.
Punca utama masalah ini ialah daripada penyelenggaraan Daftar Bil yang tidak lengkap dan
kemaskini. Tindakan lewat atau tidak menjelaskan bil-bil bukan sahaja menyalahi peraturan
A.P 103 malah memberi gambaran yang pengurusan kewangan adalah tidak cekap. Akaun
belum bayar ini biasanya melibatkan :

Bil-bil daripada pembekal


Bayaran balik gaji

Bayaran kepada KWSP

Lain-lain kepada pihak ketiga.

Contohnya sebuah sekolah di Melaka gagal membayar kepada syarikat pembekal dari tahun
1991 hingga 1998. Kes ini tentu menjejaskan reputasi baik Kementerian Pendidikan . Selain
itu ia menganiayai syarikat pembekal tersebut. Sedangkan syarikat itu perlukan pusingan
modal.
Pungutan Tanpa Mengeluarkan Resit

Arahan Perbendaharaan 60 menyatakan semua terimaan hendaklah dikeluarkan resit rasmi


bagi mengakuterima wang yang dibayar kepada pihak sekolah. Pemeriksaan audit
menunjukkan peraturan ini tidak dipatuhi sepenuhnya terutama sekolah tidak mengeluarkan
resit semasa pungutan dibuat. Perkara ini berulang setiap tahun dan pegawai yang
bertanggungjawab hendaklah memastikan bahawa peraturan kewangan dipatuhi setiap masa.
Kes-kes yang dimaksudkan ini antaranya adalah terimaan seperti bantuan per kapita dan
wang kedai buku.
Baucer Bayaran Tanpa Dokumen Sokongan

Mengikut Arahan Perbendaharaan 99a dan Arahan Perbendaharaan 107 setiap bayaran
mestilah disokong dengan :

baucer bayaran
Bil

Invois

Resit

Borang pesanan bagi mengelakkan bayaran palsu.

Semua perkara di atas amat penting bagi menjaga akauntabiti. Dokumen tersebut menjadi
bukti sahih pembayaran telah dilakukan secara sah dan dalam pengetahuan pengetua sendiri .
Selain itu dokumen ini penting untuk urusan stok dan semakan pengurusan kewangan.
Tanpa dokumen yang lengkap, pengetua akan dianggap membuat pembayaran tanpa
prosedur, tidak menjaga reputasi Kementerian Pendidikan , membuat keuntungan sendiri dan
menyeleweng daripada tugas seorang pengetua.
Perbelanjaan Tanpa Kebenaran

Pemberian bantuan pelajaran ke sekolah-sekolah dan pungutan yang dibuat oleh sekolah
adalah untuk tujuan tertentu bagi kepentingan murid-murid sahaja. Peruntukan yang telah
disediakan untuk sesuatu tujuan hendaklah digunakan untuk maksud yang telah ditetapkan.
Perbelanjaan selain daripada yang diluluskan adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat
kebenaran bertulis daripada Pusat Tanggungjawab atau pihak berwajib.
Seringkali juga pengetua membuat perbelanjaan tanpa mengikut peruntukan yang ditetapkan.
Pengetua dan guru besar dianggap gagal merancang dalam kewangan.
Sekiranya peruntukan tidak mencukupi, maka permohonan pindah peruntukan mestilah
dikemukakan.

Pembelian Melebihi Had

Barangan yang dibeli hendaklah tidak membazir dan mestilah mendapat kebenaran daripada
Pusat Tanggungjawab. Selalunya barangan ini mahal seperti pembelian komputer dan mesin
cetak. Sekiranya sekolah masih ada peruntukan, kelulusan pembelian akan diberi.
Peruntukan Tidak dibelanjakan

Kesan daripada peuntukan yang tidak dibelanjakan akan menyebabkan sekolah mempunyai
lebihan wang yang banyak. Jimat cermat tidak timbul jika kelulusan untuk pembelian telah
diberikan oleh Pusat Tanggungjawab Pelajar yang terlibat mungkin kekurangan bahan jika
peruntukan tidak dibelanjakan. Selalunya melibatkan peruntukan bagi mata pelajaran :

Sains
Kemahiran Hidup

Pendidikan Seni.

Pengetua atau Ketua bidang merasakan semua bahan telah mencukupi dan tidak perlu
sebarang pembelian lagi. Ketua Panitia tidak peka dengan keperluan guru-guru dan para
pelajar. Perubahan mendadak dalam pengajaran dan pembelajaran tidak diterima.
Buku Daftar Kedatangan Murid Tidak Kemaskini

Bilangan pelajar mestilah yang dilaporkan mestilah sama dengan di dalam Buku Daftar
Pelajar. Buku Daftar Murid dapat membantu pengetua membuat tuntutan perkapita.
Lebihan Bayaran Gaji dan Elaun

Melalui pekeliling dari Kementerian Pendidikan ( Rujukan KP(S) 1583/29 / Jld.9(71)


bertarikh 1 Julai 1999 ) mendapati sekolah kerap terlebih bayar gaji dan elaun kepada
pegawai perkhidmatan pendidikan . Pada tahun 1999, diadapati 441 kes lebihan bayaran gaji
dan elaun yang melibatkan RM1.02 juta. Kes ini melibatkan 308 sekolah yang telah disiasat.
Ketua Audit Negara dalam Laporan Audit 1997 amat memandang berat kes-kes sedemikian
dan tentunya menjejaskan nama baik keseluruhan Kementerian Pendidikan. Punca utama
lebihan bayaran gaji dan elain ini ialah :

cuti tanpa gaji


cuti separuh gaji

meletak jawatan

tindakan tatatertib ( buang kerja )

elaun memangku / tanggungkerja

imbuhan tetap perumahan

cuti bersalin ( anak keenam dan seterusnya )

bertukar

lain-lain

Strategi bagi mengatasi masalah lebihan bayaran gaji dan elaun ini pada masa depan ialah :

Kenalpasti Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang terlibat dalam lebihan


bayaran gaji
Kutip semula amaun yang terlebih bayar

Adakan Daftar Khas Maklumat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang diberi


kelulusan cuti tanpa / separuh gaji dan lain-lain.

Mengeluarkan nama pegawai / kakitangan daripada Lembaran Gaji dengan


serta merta dan sediakan Borang SG20 dan Kew 8.

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang memohon cuti separuh gaji atau cuti
tanpa gaji hendalah menandatangani Surat Akujanji.

Hukuman dikenakan kepada pengetua, guru besar atau pembantu tadbir


kewangan . Antaranya ialah tindakan tatatertib dan surcaj kerana kecuaian
dan kegagalan mematuhi semua Arahan Perbendaharaan.

Kelemahan Juruaudit
Melalui Akta Pendidikan 1996, Menteri Pendidikan atau pegawai-pegawai yang diberi
kuasa , hanya membuat pemeriksaan terhadap penyata kira-kira sekolah kerajaan sahaja.
Juruaudit hanya memeriksa sekolah yang menerima bantuan kerajaan sahaja.
Sekolah swasta tidak termasuk dalam senarai juruaudit. Seringkali kerajaan dipersalahkan
jika berlaku kelemahan di :

Sekolah di bawah agensi MARA Dan lain-lain agensi.


Sekolah agama di bawah Jabatan Pendidikan Negeri

Sekolah swasta

Kuasa Juruaudit

Juruaudit Sekolah berhak melihat :

Segala rekod
Buku

Baucer

Dokumen

Wang Tunai

Setem

Cagaran

Barang-barang

Harta benda lain yang tertakluk kepada pengauditan.

Apa yang berlaku , semua perkara di atas tidak terletak di satu tempat. Ada kalanya sistem
pengurusan tidak teratur dan ada pihak pentadbiran di sekolah tidak ambil peduli. Hal ini
berlaku kepada pengetua atau guru besar yang telah berumur dan hendak pencen.
Bilangan Kakitangan tidak mencukupi

Tidak ramai yang berminat dengan kerja-kerja pengauditan ini. Tidak semua mampu meneliti
dan menyemak perkara-perkara yang kecil-kecil. Tidak semua orang mampu melihat angkaangka di dalam penyata kewangan, resit dan sebagainya. Akhirnya perkara-perkara besar dan
penting sahaja yang diselia .
Ada juga yang mengatakan hanya kaum perempuan yang mampu menyemak perkara yang
remeh-temeh . Orang perempuan dikatakan lebih tekun dan teliti. Mereka lebih cekap
menjalankan proses pengauditan di sekolah-sekolah. Lagipun mereka lebih mematuhi
peraturan dan tidak menggunakan budi bicara lansung.
Masa Tidak Mencukupi

Biasanya pegawai audit yang datang ke sekolah datang dari Jabatan Pendidikan Negeri.
Pegawai ini akan berulang-alik ke sekolah mengikut waktu pejabat. Bilangan pegawai yang
datang biasanya 2 orang. Sekolah yang besar, masa yang lama akan diambil untuk membuat
pengauditan. Jarak yang jauh seperti dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di Shah Alam
ke Sabak Bernam memakan masa yang lama untuk berulang-alik. Ia juga melibatkan kos
penginapan , pengangkutan dan sebagainya.
Contohnya mereka terpaksa memeriksa buku resit yuran pelajar. Kalau ada 3000 pelajar di
sekolah itu, maka 3000 helai salinan yuran diperiksa. Jadi tidak mungkin juruaudit dapat
memeriksa perkara-perkara sebegini.
Masih Teknik Tradisional

Belum ada proses pengauditan secara :

berkomputer dan seragam di seluruh negara


pengauditan secara on line

penggunaan kamera digital atau kamera video.

Rakaman suara.

Hanya melihat dokumen atau rekod yang disediakan

Penyata Kewangan yang disemak oleh Juruaudit sebenarnya masih mempunyai kelemahan
yang ketara. Sekiranya semua resit ada dan mencukupi, maka pengurusan kewangan dikira
bersih. Malangnya masih ada segelintir pentadbir memanipulasikan penyata kewangan ini.

Pemeriksaan tidak menyeluruh

Pemeriksaan hanya melihat dari beberapa contoh yang tertentu sahaja. Juruaudit tidak mampu
memeriksa semua perkara. Perkara-perkara yang kecil mungkin dilepaskan begitu sahaja.
Tiada Kepakaran

Proses pengauditan memerlukan kemahiran dan kepakaran yang tertentu . Kekurangan


kepakaran ini berlaku pada :

Pengetua atau guru besar


Kerani dan kakitangan sekolah yang lain

Guru Juruaudit dalaman yang dilantik

Pegawai audit yang datang.

Biasanya kerani di sekolah lebih mengetahui tentang pengurusan kewangan jika dibanding
dengan pengetua atau guru besar. Dalam hal ini, pengetua atau guru besar akan mendengar
sahaja apa yang diputuskan oleh kerani kewangan.
Kewangan Setahun diaudit dalam tempoh singkat

Pengetua / Guru besar wajib menjawab sebarang pertanyaan daripada Juruaudit dalam
tempoh 30 hari dari tarikh pertanyaan. Ini mengikut Pekeliling Perbendaharaan 14/ 80. Di
sini berlaku kelemahan manusia seperti :

Tidak berekod
Sistem fail tidak kemaskini

Pemeriksaan Mengejut

Pengetua / Guru Besar dikehendaki menjalankan pemeriksaan mengejut wang tunai dan
barang-barang berharga dari semasa ke semasa.
Tetapi kemampuan manusia terhad, tidak semua pengetua dan guru besar mampu
melakukannya. Selalunya Pengetua / Guru Besar percaya bulat-bulat ( 100 % ) kakitangan
bawahan. Ketika membuat pemeriksaan mengejut, perkara berikut mestilah dilalukan , iaitu :

tarikh dan masa pemeriksaan


nama pegawai yang diperiksa kerana wang tunai dan bnarang-barang lain
yang berada di bawah jagaaannya

amaun wang dan setem yang diamanahkan kepadanya.

Hasil pemeriksaan

Tandatangan dan jawatan pegawai pemeriksa.

Tidak Peka Dengan Aduan

Seringkali aduan daripada pihak -pihak tertentu terhadap pengurusan kewangan sekolah tidak
dihiraukan oleh Jabatan Audit. Di peringkat sekolah , kedengaran berita-berita liar tentang
pengurusan kewangan yang lemah. Contohnya pembelian penyapu sehingga RM 18.00
sebatang .
Aduan ini tidak sampai ke Jabatan Audit . Tidak ada saluran yang kemas berhubung dengan
aduan penyelewengan . Jika sampai sekalipun tindakan tidak tegas , senyap , pengap dan
lepas begitu sahaja. Antara alasan yang sering diberikan ialah ada resit pembayaran.
Pada akhirnya guru atau ibu bapa yang mengadu akan berasa bosan dan kecewa. Mereka
tidak ambil peduli lagi. Perasaan marah kepada pengurusan kewangan sekolah yang lemah
ditujukan kepada kerajaan . Kerajaan akan menjadi mangsa ketika pilihanraya.
Sepatutnya segala aduan direkodkan , tidak dicampakkan ke dalam tong sampah. Mungkin
aduan tidak lengkap dengan maklumat yang sepatutnya.
Jabatan audit sepatutnya tidak menunggu aduan dari sesiapa. Jika ada surat layang , gossip
atau berita yang tersiar di dalam surat khabar , Jabatan Audit atau BPR boleh terus membuat
penyiasatan.
Meminta Bantuan Biro Pencegahan Rasuah

Ada beberapa kes pengurusan sekolah yang melibatkan BPR . Ada pengetua / guru besar
yang didakwa dan disiarkan dalam suratkhabar. Masyarakat guru akan melenting apabila
surat khabar menyiarkan keburukan yang berlaku di sekolah.
Alasan yang diberikan ialah penyelewengan kewangan di sekolah amat kecil. Kesalahan ini
dianggap kesalahan ikan-ikan bilis sahaja. Mengapa pihak BPR enggan menyiasat jerungjerung di jabatan lain terutama sekali yang membabitkan ahli-ahli politik. Inilah andaian atau
gossip yang biasa kita dengar.
Keupayaan BPR juga amat terhad. Banyak perkara yang perlu disiasat. BPR menghadapi
masalah :

Aduan yang tidak lengkap.


Aduan lebih berbentuk gossip
mendengar dari pihak ketiga.

Pembuat aduan enggan menjadi saksi. Enggan menjadi saksi telah


menjadi budaya di dalam masyarakat Malaysia. Pihak polis sukar
mendakwa seseorang kerana ramai yang enggan menjadi saksi.

dan menganiaya

. Pengadu hanya

Elak Daripada disiar dalam Akhbar

Di Malaysia menjadi satu kecenderungan untuk menutup sesuatu kes bagi mengelakkan
Kementerian mendapat malu.

Wartawan yang menyiasat penyelewengan di sekolah atau di jabatan-jabatan pendidikan


sukar sukar mendapatkan maklumat daripada pengetua atau guru besar.
Malaysia ada Akta Mesin Cetak, Akta Keselamatan Dalam Negeri , Akta Hasutan yang
melarang penyiaran berita sewenang-wenangnya. Akta-akta ini memang ada kebaikan.
Tetapi penyiaran berita penyelewengan juga ada kebaikan , iaitu supaya orang lain akan
tampil memberi maklumat tambahan dan pihak yang hendak membuat salah akan berasa
takut. Bagaimanapun perkara ini ada pro dan kontranya.
Ramai pihak takut kena saman. Saman-menyaman telah menjadi menjadi budaya di kalangan
kita. Saman malu ini melibatkan tuntutan wang berjuta-juta ringgit.
Biasanya orang luar tidak akan dapat maklumat yang lengkap tentang pengurusan kewangan
sekolah. Orang luar tidak dibenarkan mencapai segala maklumat kewangan sekolah. Hanya
pihak-pihak yang bertanggungjawab sahaja boleh mencapai maklumat ini. Jadi dalam hal ini
mungkin ada perkara-perkara yang tidak telus. Orang luar mungkin melihat sekolah /
Jabatan / Kementerian cuba menyembunyikan sesuatu. Contoh terkini ialah :

Pembinaan kelas komputer.


Pemasangan Astro di sekolah-sekolah.

Pembinaan tembok sekolah

Projek mengecat sekolah

Cara Mengatasi
Ada beberapa strategi yang telah diambil bagi meningkatkan lagi mutu pengurusan kewangan
di sekolah . Antaranya ialah :

Memperkemaskan sistem pengauditan di Pejabat Audit Sekolah


Mengadakan program latihan bagi meningkatkan prestasi kerja

Meningkatkan pengunaan komputer dan sistem perisian yang lebih mantap


dan canggih

Kemaskini peraturan dan prosedur dan memastikan ia dipatuhi.I

Berdasarkan kepada penemuan-penemuan audit, dapat dibuat kesimpulan bahawa:

Pengetua / Guru Besar kurang melibatkan diri dalam pengurusan kewangan


sekolah dan menyerahkan tugas-tugas urusan kewangan kepada pegawaipegawai bawahan tanpa sebarang panduan dan pengawasan.
Pengetua / Guru Besar kurang arif tentang prosedur perbelanjaan / bayaran
dan ini menyebabkan perbelanjaan tanpa dokumen sokongan dibuat.
Penyeliaan terhadap pungutan sekolah tidak dilaksanakan sepenuhnya dan
ini menyebabkan berlakunya akaun belum terima setiap tahun.

Penyemakan dan pemeriksaan terhadap rekod-rekod sekolah seperti buku


tunai, daftar bil dan daftar stok buku resit tidak dijalankan secara regular oleh
Pengetua / Guru Besar.

Pematuhan kepada prosedur dan arahan kewangan juga tidak diberi


penekanan oleh Pengetua / Guru Besar.

Kakitangan kewangan kurang mendapat latihan dan ini menyebabkan banyak


peraturan dan arahan kewangan tidak difahami sepenuhnya.

Tindakan Pengetua / Guru Besar

Bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan yang disebutkan, adalah dicadangkan Pengetua /


Guru Besar mengambil langkah-langkah seperti berikut :

Pengetua / Guru besar perlu memupuk kesedaran tentang pentingnya


penglibatan mereka dalam pengurusan kewangan supaya tahap akauntabiliti
dapat dipertingkatkan.

Pengetua / Guru Besar hendaklah merancang dan melakukan perbelanjaan


dengan teratur selaras dengan peruntukan yang telah disediakan.

Pengetua / Guru Besar yang bertanggungjawab hendaklah menyelia tugastugas pungutan sekolah dengan lebih cekap bagi mengelakkan
penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah.

Rekod-rekod sekolah hendaklah diperiksa secara regular oleh Pegawaipegawai yang diberi kuasa.

Pusat Tanggungjawab perlu menekankan tentang pentingnya pegawaipegawai memahami dan mematuhi prosedur dan peraturan yang dikeluarkan
oleh Kerajaan, Kementerian Pendidikan dan Pusat Tanggungjawab dari
semasa ke semasa. Selain itu latihan dan kursus yang berkaitan dengan
kewangan perlu diberikan kepada pegawai-pegawai untuk meningkatkan
kefahaman dan kemahiran.

Pusat Tanggungjawab hendaklah mengambil tindakan tegas


pegawai-pegawai yang gagal mematuhi peraturan kewangan.

terhadap

Kelewatan Penyerahan Penyata Tahunan.

Menurut arahan Perbendaharaan Malaysia Kementerian/Jabatan yang mengendalikan


Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah hendaklah mengemukakan penyata tahunan untuk
diaudit tidak lewat dari 31 Mac tahun berikutnya.
Baki Akaun Tidak Bergerak

Bagi akaun Amanah yang tidak lagi aktif dan mempunyai baki di dalam akaun. Jadi akaunakaun ini hendaklah ditentukan sama ada masih diperlukan atau sebaliknya dan pengawai
yang bertanggungjawab hendaklah menutup akaun-akaun itu sekiranya tujuannya telah
dicapai ataupun tidak dikehendaki lagi.

Kelemahan Kawalan Terimaan

Terdapat kelemahan di dalam mengakaunkan kutipan royalti daripada penerbit-penerbit buku


telah tidak diselenggarakan ataupun direkodkan dengan lengkap dan kemas kini. Ada juga
akaun yang tidak dikawal dengan sempurna di samping kelemahan memungut balik daripada
peminjam-peminjam seperti Tabung Pinjaman Pelajar dalam tempoh yang telah ditetapkan
akan menyebabkan wang tidak dapat dipusingkan semula untuk membantu orang lain untuk
mendapat bantuan kewangan seperti Tabung Pinjaman Pelajar.
Bagi mengelakkan kelemahan di dalam pengurusan kewangan di semua peringkat khasnya di
peringkat sekolah maka peraturan ataupun akta perlu dipatuhi dan diikuti agar dapat
mengatasi beberapa kelemahan yang terdapat di dalam pengurusan kewangan.
Oleh sebab itu pihak sekolah hendaklah mengemukakan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah
kepada Audit Sekolah selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun berikutnya, tetapi pihak sekolah
dikehendaki menyerahkan Penyata Tahunan Kewangan Sekolah pada atau sebelum 28/29
Februari kepada Pusat Tanggung Jawab/Audit Sekolah supaya sekolah mempunyai tempoh
untuk membetulkan penyata-penyata yang bermasalah.
Pengetua hendaklah memastikan segala dokumen lengkap yang mempunyai rekod
perakaunan yang berkaitan dengan pengurusan kewangan sekolah diserahkan kepada
juruaudit yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan.
Terdapat dua bahagian dokuman disediakan di dalam laporan audit berkenaan iaitu:

Dokumen Pertama

Laporan Audit, Surat Pemerhatian Audit dan Surat Pengakuan Pengetua

Dokumen Kedua

Вам также может понравиться