Вы находитесь на странице: 1из 1

Keajaiban

Bahagian depan kepala (naasiyah) yang menipu dan membuat


dosa.
[Surah Al-Alaq, (96): Ayat 16]
Mengapa Al-Quran menerangkan bahagian depan kepala sebagai
penipu dan berdosa? Mengapa tidak Al-Quran katakan terus orang
yang menipu dan berdosa? Apakah kaitannya di antara bahagian depan
kepala dengan perbuatan menipu dan menjadi berdosa?
1. Mengikut buku Essentials of Anatomy & Physiology mengenai
Kaji-Tubuh manusia, bahagian depan tengkorak manusia dikenali
sebagai bahagian depan serebrum.
2. Tugas bahagian depan serebrum:
Menimbulkan keinginan dan
memulakan suatu tindakan baik atau
jahat, dan bertanggungjawab
dalam hal bercakap bohong atau
berkata benar.
Mengikut buku tersebut,
bahagian depan serebrum juga
dikatakan sebagai pusat
bermulanya tindakan ganas.
3. Oleh itu, amat tepat untuk menerangkan bahawa bahagian depan
kepala sebagai penipu dan berdosa apabila seseorang itu menipu atau
membuat dosa.
4. Menurut Profesor Keith Moore (Profesor Emeritus di bidang kajian
tubuh manusia dan biologi sel di Univeristy of Toronto), ahli-ahli sains
hanya mengetahui fungsi-fungsi bahagian depan serebrum sejak enam
puluh (60) tahun dahulu sahaja. Sedangkan al-Quran telah diturunkan
pada 1400 tahun yang lalu.
Abdullah M. Al-Rehaili. (1995). This Is The Truth. Riyadh.

Вам также может понравиться