Вы находитесь на странице: 1из 1
Sebenarnya, Hakim banyak menghadapi masalah ketika berurusan dengan syarikat besar ini. Masalah pertama ialah jalan masuk ke kawasan penternakan itu tidak diturap. Semasa hujan, lori-ori telah tersangkut dalam selut lumpur. Orang- orang kampung pula merungut dan membuat bantahan kerana jalan mereka rosak. Seperkara lagi, Hakim banyak berhutang dengan syarikat RAJA. Hal ini demikian kerana Syarikat RAJA membekalkan anak ayam, dedak, ubatubatan serta keperluan lain. Syarikat RAJA menentukan harga barangan tersebut dan membuat potongan hasil jualan ayam kepadanya. Baki keuntungan jualan itu tidak dapat menampung kos keseluruhan penternakannya. Hakim berasa kesal kerana perkiraannya sebelum ini jauh tersasar. Syarikat besar yang diharapkan_ dapat membantunya gagal berbuat demikian. Akibatnya, hutang Hakim semakin meningkat, sebaliknya Syarikat RAJA terus mengaut keuntungan. Azam menasihati Hakim agar berurusan terus dengan Jabatan Haiwan. Hal ini untuk mengelakkan penternak kecil terus terperangkap dengan permainan syarikat besar. Azam bersimpati dengan nasib yang menimpa sahabatnya Hakim. Hakim kini dihimpit oleh masalah hutang yang tidak pernah habis. Masalah akan bertambah rumit sekiranya hasil pengeluaran ayamnya berkurang. Hakim tiada pilihan selain meneruskan usaha menternak ayam. Kegagalannya melunaskan hutang bank akan menyebabkan tanah pusakanya itu dirampas. Tindakan bank merampas tanah pusaka itu disamakan dengan tindakan raja merampas tanah datuknya dahulu. Banyak persamaan antara dia dengan datuknya, iaitu sama-sama membela ayam dan sama-sama menggadaikan tanah. Yang membezakan mereka adalah dari segi nama dan juga jarak masa. Pada zaman ini raja ialah orang yang memegang kuasa ekonomi. Orang-orang bawahan terpaksa mengikut telunjuk mereka Tema 1. Tema cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja” adalah tentang kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang pertanian dan keusahawanan. 2. Pada dasarnya, projek penternakan itu tampak menguntungkan dan selari dengan hasrat kerajaan yang mahukan rakyat di negara ini menceburi bidang pertanian. 3. Namun, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh Hakim yang, berpunca daripada sikap orang tengah yang banyak menindas dan, mengaut keimtungan. Persoalan 1. Kegigihan seorang anak muda untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden. Contohnya, Hakim menjadikan tanah datuknya yang seluas empat ekar itu sebagai tanah pertanian. 2. Halangan yang perlu ditempuhi dalam dunia perniagaan. Contohnya, Hakim terpaksa berhadapan dengan syarikat besar yang membekal

Вам также может понравиться