Вы находитесь на странице: 1из 12

Dapatkan kod etika perguruan Malaysia dan buat interpretasi mengenainya.

Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan ihsan manusia
yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Guru juga berperanan menyediakan
seorang individu itu tentang peranan dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapai
kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya membantu negara
mencapai kemajuan.
Dari pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan dengan pemimpin dan
ketua masyarakat kerana guru berperanan mendidik dan membimbing ahli masyarakat lain ke arah
jalan yang benar dan tidak terpesong dari landasan kehidupan yang baik. Pekerjaan ini juga
dianggap satu ibadah.
Guru

seharusnya

menjalankan

tanggungjawabnya

dengan

penuh

dedikasi,

tidak

mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru berkait rapat
dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas dan
bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguhsungguh.
Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan ikutan
pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati. Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis panduan atau kod etika perguruan di Malaysia agar para
guru tidak lari dari landasan serta tidak melakukan tindakan yang tidak wajar. Etika perguruan
adalah satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar,
rakan sejawat dan ibu bapa.
Antara kod etika yang telah ditetapkan adalah :1)
Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat
profesionalnyadan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap
profesion perguruan.
Pernyataan diatas telah membawa maksud bahawa setiap tindak tanduk dan sikap guru
lakukan mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutama pelajar dan ibu bapa. Adalah amat
penting bagi seorang guru agar menjaga perlakuan agar tidak menccemarkan kredibiliti
keguruannya sehingga boleh menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni
seorang guru yang membawa tanggungjawab mendidik anak bangsa supaya bertingkah laku baik
dan berakhlak mulia. Jika guru gagal, seluruh masyarakat tidak akan mempercayai guru dalam
membantu ibu bapa mendidik anak-anak mereka.
2)
Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada
jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan : Etika ini adalah
melibatkan sikap dan prinsip hidup seorang guru apabila memegang sesuatu amanah terutamanya
yang melibatkan kewangan. Seorang guru selain daripada mengajar dan mendidik, ada kalanya

guru juga akan melakukan tugas mengutip yuran sekolah dan sebagainya. Dalam memegang
amanah melibatkan wang, guru mestilah bersikap jujur, berhati-hati dan tidak lalai. Ini adalah kerana
kesilapan yang kecil akibat kecuaian juga boleh membuang kepercayaan pelajar dan ibu bapa
berhubung kewangan terhadap guru tersebut. Sukar bagi mereka untuk mengamanahkan anak
mereka kepada seorang guru yang tidak jujur dan lalai.
3)
Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur : Ini
bermakna ketika guru sedang melakukan tugas dan bergaul dengan pelajar, guru hendaklah berlaku
jujur tanpa melakukan sesuatu itu dengan niat untuk mendapat ganjaran, nama mahupun populariti
dikalangan pelajar. Jujur dalam memberi perlindungan kepada pelajar dan tidak pernah sekali cuba
untuk mempergunakan hubungan baiknya untuk kesenangan peribadinya.
4)
Tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya. Kepentingan murid
mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau
persendirian.
Apabila berlakunya konflik atau kekeliruan yang memerlukan guru membuat keputusan
antara pelajar, persatuan yang diikuti oleh guru ataupun kehendak persendirian, keputusan yang
perlu guru ambil pelajar menjadi perkara utama perlu guru dahulukan. Ini adalah kerana sudah
menjadi tanggungjawab seorag guru itu untuk melindungi dan menjaga kepentingan pelajarnya
terutama ketika disekolah. Sewaktu guru sedang menjalankan tugas, perkara lain harus di ketepikan
buat sementara waktu agar guru dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajar.
5)
Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap
muridnya tak mengira bangsa, agama dan kepercayaannya.
Guru mestilah tidak mengamalkan sikap pilih kasih sesama kaum dan agama mengikut
keselesaannya. Seperti contoh Cikgu Azman seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam,
maka Cikgu Azman mengajar dan memberi tumpuan kepada pelajar Melayu sahaja kerana
berpendapat beliau mahu membela nasib bangsa sendiri tanpa mengambil peduli kaum lain yang
dirasakan lebih pandai berbanding pelajar Melayu. Sikap yang ditonjolkan ini boleh menimbulkan
konflik dan perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar-pelajar bangsa Cina dan India.
6)
Guru haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk
tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat : sebaik sahaja pelajar
melangkah kaki ke sekolah, guru adalah merupakan orang paling tua dan orang yang paling
diharapkan untuk menjaga, mengasuh dan mendidik pelajar kerana pada waktu persekolahan, ibu
bapa sebenar keluar bekerja dan tidak dapat menumpukan perhatian pada anak mereka. Seorang
guru yang baik adalah seorang yang melayan pelajarnya seperti anak sendiri agar pelajar tidak
merasa tersisih dan dapat menikmati kasih sayang yang mungkin tidak diperolehi ketika di rumah.
7)
Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid
tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal,
keturunan, daya intelek dan lain-lain :guru mesti melayan dan menyempurnakan tugasnya sama
rata. Dalam mengajar juga, ilmu pengetahuan dicurahkan sama rata tanpa mengira status pelajar
dihadapannya. Semua pelajar memerlukan ilmu pengetahuan yang sama sama ada dari mana dan
siapa pelajar tersebut kerana mereka datang ke sekolah dengan tujuan yang sama iaitu menuntut
ilmu.

8)

Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan

membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya
cipta dan lain-lain : semasa mengajar guru harus peka bahawa pelajar adalah individu yang
berbeza antara satu sama lain dari segi pembelajaran dan pemahamannya. Guru harus peka dan
sentiasa prihatin dengan setiap pelajar agar tiada yang tertinggal dalam membantu mereka
menonjolkan potensinya.
9)
Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri
murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan : guru sebagai seorang
pemegang amanah dan seorang yang boleh dipercayai selepas ibu bapa bagi pelajar itu. Maka apa
sahaja maklumat mengenai pelajar tidak boleh didedahkan sama sekali terutama jika maklumat itu
boleh memalukan dan mengaibkan pelajarnya.
10)
Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid,
masyarakat atau negara : guru tidak boleh bersikap tidak mempedulikan pelajarnya dan seterusnya
tidak mementingkan kehendak masyarakat dan mencapai matlamat negara.
11)
Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya
mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna : melengkapkan
pelajar dengan membimbing mereka ke arah dan tujuan yang baik sekaligus dapat melahirkan
warganegara yang baik dan sedia memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
12)
Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya : guru harus menjaga dan menyusun katanya
dengan baik agar apa sahaja perkataan yang keluar dari guru tidak disalah erti dan menimbulkan
rasa curiga kepada pelajar-pelajar mahupun ibu bapa. Ini boleh menjatuhkan maruah dan
merendahkan martabat guru itu sendiri.
13)
Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role
model' kepada muridnya : guru sentiasa harus menunjukkan tingkah laku yang baik dan bernilai
murni agar dapat memberi contoh atau model yang baik kepada pelajarnya. Ia juga adalah untuk
menjaga nama baik guru dan professionnya.
14)
Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau
pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan
bayaran yang disahkan :tuisyen atau kelas tambahan persendirian yang mahu guru lakukan
adalah mesti bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi dan mengatasi
kelemahannya bukan untuk guru menambah pendapatan luar waktu sekolah. Apa sahaja
pendapatan yang diperolehi daripada pengajaran adalah dilarang. Ini adalah bagi menjaga kredibiliti
seorang guru yang berpekerti mulia.
15)
Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian :menerima bayaran untuk kelas tambahan adalah dilarang, apatah lagi mengiklankan
dirinya untuk apa-apa kelas tuisyen anjurannya. Dengan erti kata lain guru dilarang meletakkan
namanya dalam apa-apa iklan berkaitan agar guru tidak menimbulkan syak wasangka masyarakat
sekeliling.
16)
Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian
terhadap muridnya :sudah tertakluk dalam perlembagaan negara bahawa rakyatnya adalah bebas

menganut mana-mana agama. Oleh sebab itu guru tidak harus memaksa mahupun mempengaruhi
pelajarnya agar mempercayai apa yang guru percaya. Guru harus berada di pihak yang neutral agar
beri peluang pelajar agar mereka menilai dan memilih kepercayaan sendiri apakah yang terbaik
untuk diri mereka sendiri. Guru hanya boleh memberi panduan selebihnya murid perlu membuat
keputusan sendiri.
17)
Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli
masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya : setiap tugas dan tanggungjawab yang
dijalankan hendaklah ikhlas tanpa mengharapkan atau meminta balasan daripada ibu bapa
mahupun masyarakat.
18)
Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain : ini bermaksud bahawa dalam
pergaulan juga guru harus menjaga nama baik sesama rakan setugas agar nama baik dan maruah
guru tidak tercalar di kalangan pelajar.
19)
Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk
tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan : guru sentiasa mengemaskini
kecekapan dan cara bekerja agar dapat peluang yang sama unutk meningkatkan diri dan taraf
pekerjaannya. Menggunakan kemahiran untuk naik pangkat bukan dengan cara mengampu
pentadbir sekolah.
20)
Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya
untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan : tugas guru yang utama
adalah mengajar dan mendidik pelajar. Guru harus mengutamakan pelajar berbanding dirinya.
Adalah dilarang sama sekali guru melampaui pelajarnya dengan berlumba-lumba menempa nama.
Seharusnya guru membantu menaikkan nama pelajar bukan untuk kebaikan dirinya.

Isu Etika Guru Perlukah Sepak?


1.0 Pengenalan
Perkembangan arus globalisasi telah menjadikan profession keguruan turut mengalami
perubahan. Semakin hari bidang keguruan menjadi semakin mencabar. Pada era ini
tugasan sebagai seorang guru bukan sahaja terhad kepada mengajar dan mendidik
sahaja namun bidang tugas sebagai seorang guru semakin meluas selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Profesion keguruan merupakan salah satu bentuk perkhidmatan sosial yang mencabar dan
sering kali menjadi tumpuan media massa dan juga masyarakat yang memberi tanggapan dan dakwaan
yang kurang menyenangkan mengenai profesion ini. Daripada kaca mata sesetengah pihak, sekolah
diibaratkan sebagai sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas yang ada kalanya
bentuk tugasan ini sebagai bukan satu tugasan yang terancang tetapi sesuatu yang tidak terduga. Hal ini
akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang selama ini sentiasa dipandang tinggi dan mulia
akan terjejas.

Selain itu, bidang keguruan tidak pernah sunyi daripada isu-isu yang melibatkan
warga guru itu sendiri. Malahan bidang ini juga dilihat sebagai pilihan terakhir bagi
sesetengah orang. Sehingga terdapat graduan yang ditanya tentang pemilihan kerjaya
mereka, ramai yang memberikan jawapan yang hampir sama iaitu bidang keguruan
adalah pilihan terakhir yang akan dipilih oleh mereka bagi mengelakkan diri daripada
menganggur. Bidang keguruan sering dilihat oleh masyarakat sebagai profesion kelas
pertengahan yang telah jauh ditinggalkan oleh profesion-profesion yang lain seperti
kedoktoran, perundangan, kejuruteraan mahupun bidang perakaunan.
Masyarakat menganggap tugasan sebagai seorang guru bukanlah suatu tugasan
yang sukar, dan mereka percaya bahawa sesiapa sahaja boleh menggantikan tugasa
seorang guru. Mereka berpendapat tugas sebagai guru hanyalah masuk ke kelas, dan
menyampaikan ilmu kepada murid. Namun realitinya tugasan bukalah seperti yang
mereka anggapkan. Guru perlu mengawal tingkah laku murid yang mempunyai ragam
yang berbeza, selain mereka perlu menyampaikan isi pengajaran yang bersesuaian
dengan tahap pencapaian dan pemahaman murid.
Di samping itu terdapat juga pendapat yang beranggapan bahawa bidang tugas
guru tertumpu kepada bidang perkeranian seperti menaip dan mengisi borang yang
berkaitan dengan maklumat murid. Bebanan kerja ini sekiranya tidak diuruskan dengan
baik oleh guru akan mengakibatkan guru-guru menghadapi tekanan kerja yang akhirnya
memberi kesan yang buruk kepada guru, murid-murid dan juga pihak sekolah. Oleh itu,

semua pihak harus membuka mata bagi melihat profesion perguruan bukanlah satu
pilihan terakhir yang terpaksa dipilih bagi mengelakkan diri daripada menganggur.
Guru merupakan individu yang menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridmurid di sekolah. Bagi memastikan murid-murid mendapatkan ilmu yang perlu mereka
kuasai, guru-guru perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran,
kaedah serta teknik-teknik pengajaran yang bersesuaian dengan tahap murid-murid
mereka agar murid-murid mampu mengembangkan kebolehan yang terpendam di
dalam diri mereka. Oleh itu, dari semasa ke semasa guru perlu meningkatkan
profesionalisme diri masing-masing.
Guru perlu mengamalkan sikap profesional dalam profesion mereka. Sebagai
seorang yang profesional, mereka harus mempunyai sahsiah yang baik dan dapat
dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tigkah lakiu dan sikap
yang elok, bersabar, baik hati dan sentiasa bersifat tenang walau dalam apa keadaan
sekalipun. Oleh itu, guru perlulah mengaplikasikan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru
yang telah dipelajari semasa berada di Institut pendidikan guru agar mereka mampu
menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Hal ini turut mengandungi kefahaman
terhadap sifat kejasmanian dan sidat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian
pelajaran.
Sebagai ibu bapa kedua kepada murid di sekolah, segala nilai dan tingkah laku
guru menjadi contoh teladan kepada anak didiknya kerana segala tingkah laku guru
sentiasa diperhatikan oleh murid-murid dan secara tidak langsung tingkah laku positif ini
akan diterapkan ke dalam diri murid-murid. Sekiranya guru gagal mempamerkan nilainilai serta sahsiah yang positif sudah pasti murid-murid akan mengikut perlakuan yang
dipamerkan oleh guru.
Guru berperanan sebagai insan yang menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
murid-murid di sekolah, bertanggungjawab mengurus kelas serta tingkah laku muridmurid. Tambahan pula, guru telah diamanahkan dengan peranan dan akauntabiliti yang
sememangnya memberi impak yang besar yang mendalam kepada diri guru dan juga
murid. Sekolah merupakan sebuah institusi yang membentuk manusia menjadi insan
yang berguna sama ada dari segi akademik, jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh guru semakin hari semakin sukar dan
mencabar seiring dengan kehendak kerajaan dan masyarakat yang sentiasa berubahubah sesuai dengan peredaran semasa. Hal ini turut menyebabkan profesion keguruan
turut mengalami perubahan yang sama.

2.0 Isu Etika Guru

Isu-isu etika guru terdapat beberapa bahagian yang sering kali menjadi tumpuan di
media massa. Isu-isu ini merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh
seluruh warga guru bagi menjaga profesionalisme keguruan dan menjaga profesion ini
agar tidak dipandang rendah oleh masyarakat. Antara isu-isu etika guru ialah
kesantunan guru, kepedulian guru, penampilan guru, berniaga di sekolah, pengurus
masa dan pengurus kewangan. Sebagai guru, terdapat garis panduan yang perlu diikuti
dan setiap perkara yang terkandung pada garis panduan tersebut perlu difahami dan
diikuti.
Guru-guru pada era ini berhadapan dengan pelbagai isu seperti yang perlu
ditangani dengan sikap profesional dan terbuka. Persoalan seperti sikap guru,
kesantunan guru, kerja sambilan yang dilaksanakan oleh guru dan berniaga di sekolah
kini menjadi isu yang perlu dipandang serta ditangani dengan berhemah supaya kerjaya
sebagai guru tidak terus terpesong daripada landasan yang sepatutnya. Tidak dapat
dinafikan kos kehidupan semakin hari semakin meningkat akibat daripada arus
pembangunan yang menyebabkan masyarakat berlumba-lumba untuk memiliki hidup
yang selesa. Guru juga tidak terlepas dalam lingkaran ini, oleh itu bagi menampung kos
hidup yang tinggi ini terdapat guru-guru yang telah melanggar etika keguruan tanpa
mereka sedari.
Isu yang akan dibincangkan menyentuh tentang kesantunan guru. Kesantunan
atau etiket adalah tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.
Menurut Syed Ismali dan Ahmad Subki (2010) Kesantunan merupakan perilaku yang
ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu kelompok masyarakat tertentu sehingga
kesantunan tersebut sekaligus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial.
Oleh itu, usaha membentuk kesantunan dalam kalangan murid bermula dengan
kesantunan yang dipamerkan oleh guru itu terlebih dahulu.

3.0 Isu Kesantunan Guru (Murid di Tendang Oleh Guru Besar)


Berdasarkan berita yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian, seorang murid tahun
empat yang mengalami kecederaan di bahagian belakang badannya, telah hantar ke
hospital Tengku Anis (HTA). Daripada sumber yang diperolehi, murid ini telah disepak
oleh seorang guru besar di sekoloah sekitar Pasir Puteh.
Murid tersebut bernama Muhammad Irfan Mohd Zakee Zakaria telah mendakwa
dia telah ditendang oleh guru besar selepas menulis jawapan mata pelajaran sains
pada kertas jawapan, dan bukannya pada kertas soalan seperti yang diarahkan oleh
guru terbabit. Bapa kepada Muhammad Ifran, Mohd Zakee Zakaria, 39, berkata belaiu
mengetahui kejaidian yang berlaku apabila beliau pulang dari kerja pada petang
berkenaan. Daripada laporan yang dikemukan oleh bapanya, muhammad irfan
mengalami bengkak dan lembam di bahagian belakang badannya. Beliau pada awalnya

tidak menyangka keadaan tidak begitu serius dan tidak membawanya mendapatkan
rawatan.
Pada sebelah malamnya, Muhammad Irfan mengadu mengalami kesakitan dan
sesak nafa sehingga mukanya pucat dan kebiruan. Lantas, beliau bergegas ke HTA
untuk mendapatkan rawatan dan beliau diberi ubat penahan sakit. Pegawau perubatan
HTA yang merawat murid terbabit telah menasihati bapanya untuk membuat laporan
polis kerana bimbang kecederaan yang dialami oleh Muhammad Irfan mempunyai
kesan jangka panjang.
Selepas kejadian ini berlaku, terdapat individu yang mewakili guru besar ke
rumahnya bagi memohon maaf dan tidak memanjangkan kejadian ini kepada pihak
media. Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Puteh, Ismail Ghazaki yang dihubungi,
berkata beliau sudah mengarahkan guru besar sekolah terbabit bagi menyediakan
laporan bertulis berhubung kejadian ini.

4.0

Implikasi Hujah Isu Kesantunan Guru

Berdasarkan berita yang disiarkan oleh Berita Harian, guru besar sekolah tersebut telah
menendang belakang murid tahun empat yang bernama Muhammad Irfan. Kesalahan
yang dilakukan oleh murid tersebut ialah murid tersebut menulis jawapan pada kertas
jawapan yang disediakan dan bukan pada kertas soalan seperti yang diarahkan oleh
guru besar bagi mata pelajaran sains.
Isu ini perlu dilihat dari aspek kesantunan guru. Sebagai seorang guru sudah
menjadi amanah bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid. Dalam isu
kesantunan, guru perlu memperlihatkan sikap yang mengandungi nilai sopan santun
atau etiket dalam pergaulan sehari-hari. Sebagai seorang guru besar, beliau perlulah
menjadi contoh kepada guru-guru yang lain kerana beliau merupakan ketua bagi
sesebuah sekolah. Sekiranya guru besar bertindak diluar kesantunan yang telah
digariskan, sudah pasti guru-guru lain akan mempertikaikan sikap guru besar dan guruguru yang lain tidak akan mengamalkan kesantunan. Oleh itu, guru besar perlulah
menunjukkan segala tindakan yang mempunyai nilai sopan-santun atau nilai etiket
secara beradab bukan sahaja di sekolah tetapi juga di luar sekolah.
Murid-murid mempunyai tahap pencapaian dan kefahaman yang berbeza
dengan rakan-rakan lain. Terdapat dalam kalangan murid yang cepat memahami
arahan, isi pelajaran yang disampaikan guru dan nasihat yang diberikan. Terdapat juga
murid yang lambat dalam memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru serta
memahami dan mendengar arahan yang disampaikan. Sebagai guru kita perlulah
mengenal pasti murid-murid yang lemah agar mereka tidak ketinggalan dalam
pelajaran. Murid-murid yang lemah ini memerlukan bantuan serta perhatian yang lebih

daripada guru agar mereka juga mampu bersaing dengan rakan-rakan mereka yang
lain.
Kesantunan guru terbahagi kepada tiga ciri iaitu kesantunan berpakaian,
kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa. Dalam isi guru besar menendang
belakang murid, ia melibatkan isu kesantuan tingkah laku dan kesantunan bahasa.
Dalam hal ini, guru besar telah melanggar kesantunan tingkah laku. Kesantunan
tingkah laku adalah tatacara bertindak atau gerak-geri guru ketika menghadapi sesuatu
atau dalam situasi tertentu. Sepatutnya di dalam kes ini, guru besar perlulah menasihati
dan memberi peringatan secara tegas kepada murid-murid tentang arahan soalan yang
diberikan. Berkemungkinan murid yang melakukan kesalahan ini tidak peka atau
berkhayal semasa guru sedang memberi arahan tentang ujian atau peperiksaan yang
diduduki. Apabila guru mengulang semula arahan yang sepatutnya dilakukan oleh
murid, hal ini mempamerkan kesantunan tingkah laku guru yang mengambil berat
terhadap murid-murid. Namun, guru juga manusia biasa yang serba kekurangan dan
mempunyai kelemahan yang tersendiri. Guru juga tidak dapat lari daripada mengalami
tekanan hidup daripada sikap murid-murid dan juga bebanan kerja yang semakin
mencabar. Oleh itu, guru perlulah mempunyai kesedaran untuk berfikir secara rasional
sebelum bertindak.
Dalam aspek kesantunan tingkah laku, guru perlulah bijak dalam mengawal
perasaan dan bersikap profesional dalam menjalankan tugas. Dalam hal ini,
berkemungkinan guru besar di sekolah sekitar Pasir Puteh ini mengalami tekanan
akibat bebanan kerja dan sikap yang dipamerkan oleh murid. Namun guru besar
perlulah mempunyai tingkah laku yang baik yang menjadi contoh kepada seluruh warga
sekolah. Dalam hal ini, guru besar tersebut perlulah bijak dalam mengawal
perasaannya dan tidak terbawa-bawa masalah atau bebanan kerja yang dihadapai ke
atas murid-murid yang masih lagi belum mengerti. Sekiranya guru besar mengawal
perasaannya dengan bijak, sudah pasti murid tahun empat itu tidak akan ditendang dan
murid tersebut sudah pasti tidak mengalami kecederaan di bahagian belakang
badannya.
Selain itu, dalam kesantunan tingkah laku, guru perlulah menerapkan nilai
mengambil berat terhadap murid-murid. Dalam isu ini sekiranya, guru yang
dipertanggungjawabkan untuk menjaga kelas tahun empat tersebut memeriksa muridmurid yang sedang menjawab soalan tersebut sudah pasti isu ini tidak akan berlaku
kerana guru menyedari terdapat murid yang melakukan kesalahan semasa menulis
jawapan dan tidak mengikut arahan soalan yang dikemukakan. Oleh itu, guru haruslah
sentiasa mengawasi tingkah laku murid-murid kerana sering kali terdapat murid-murid
yang tidak memberi perhatian semasa guru memberi arahan di hadapan kelas.
Sebagai guru apek kesantuan yang perlu dipamerkan ialah sifat sabar yang
tinggi. Profesion guru sememangnya memerlukan kawalan emosi serta kesabaran yang

tinggi. Sikap murid serta masalah mereka yang berbeza-beza menjadikan guru tertekan
sekranya tidak dapat bersabar dengan sikap murid. Sekiranya guru mendapati muridmurid tidak mengikut arahan yang diberikan atau murid tidak memberi tumpuan semasa
guru sedang mengajar di hadapan kelas, guru perlulah bersabar dalam menangani
masalah yang dilakukan oleh murid. Hal ini turut terkandung dalam kesantunan guru.
Guru perlulah berfikir secara rasional terhadapa segala tindakan yang bakal dilakukan
serta berfikir panjang tentang akibat yang bakal berlaku sekiranya guru bertindak tanpa
berfikir secara rasional. Oleh itu, guru perlu mengawal tingkah lakunya dengan memberi
nasihat terlebih dahulu kepada murid-murid yang menimbulkan masalah di dalam kelas.
Guru besar perlulah mempamerkan kesantunan tingkah laku yang baik serta
menjadi teladan bagi rakan sejawat yang lain. di dalam isu ini guru besar telah
menendang murid dibelakang kerana murid tersebut tidak menjawab soalan seperti
yang diarahkan. Sebagai guru besar, beliau perlulah menjaga imej sebagai ketua bagi
guru-guru di sekolah. Sikap yang dipamerkan ini merupakan sikap yang tidak dapat
dijadikan teladan yang baik kepada rakan-rakan yang lain. Kerana kesilapan murid
yang kecil, guru besar telah mencederakan murid tersebut sehingga murid tersebut
mengalami sakit di bahagian belakang dan sukar bernafas. Guru perlulah
mempamerkan kesantuan dalam pengajaran dengan memberikan kasih sayang kepada
murid-murid dan bukan bertindak menghukum murid dengan hukuman ynag tidak
setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
Dalam aspek kesantunan juga, guru besar perlulah memohon maaf kepada ahli
keluarga murid berkenaan dan bukan menghantar wakil bagi memohon maaf kepada
murid dan keluarganya. Beliau perlulah mengakui kesalahan yang beliau telah lakukan
dengan memohon maaf atas kesalahan yang telah beliau lakukan.
Selain daripada kesantunan tingkah laku, guru juga perlu menitik beratkan
kesantunan berbahasa. Kesantunan berbahasa merupakan aspek yang penting kerana
ianya mencerminkan cara guru berkomunikasi sama ada dari segi verbal dan dari segi
bahasa badan (non-verbal). Ketika berkomunikasi, guru harus menyesuaikan diri
dengan budaya persekitaran masyarakat setempat dan perkataan atau bahasa yang
digunakan perlulah sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi.
Dalam hal ini, guru besar perlulah berkomunikasi dengan baik serta memberi
arahan yang jelas dan memastikan semua murid mengikut arahan yang diberikan. Oleh
itu, sekiranya guru besar berkomunikasi secara dua hala dengan baik sudah pasti murid
akan memberi respon yang baik dan mesej yang disampaikan dapat diterima dengan
jelas dan berkemungkinan murid tidak akan melakukan kesilapan semasa menjawab
soalan yang diberikan.

5.0 Rumusan dan Cadangan

Dalam kesantunan guru, terdapat beberapa model yang mampu dijadikan sebagai
panduan bagi membentuk kesantunan dalam diri guru. Bagi isu ini guru dapat
mengaplikasikan Model Prinsip Kerjasama (PK) Grice 1975, grice telah mencetuskan
PK berasakan implikasi perbualan dalam meneroka sesuatu kewajaran. Ini bermaksud
guru perlu memberikan pendapat atau berucap sebagaimana yang dikehendaki sahaja.
Guru perlu mengambil kira ketepatan apa yang dituturkan.
Grice telah mengemukakan beberapa prinsip yang dapat diaplikasikan oleh guru
di sekolah agar guru dapat menyampaikan maklumat dengan jelas dan dapat diterima
oleh murid-murid serta dapat mencegah daripada berlakunya hukuman yang tidak
sepatutnya berlaku ke atas murid-murid.
Prinsip yang dikemukan oleh Grice ialah kuantiti. Iaitu memberi maklumat yang
cukup berguna dan memastikan maklumat tidak melebihi daripada sepatutnya. Dalam
hal ini, guru perlulah menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan arahan soalan
bagi menjawab soalan dengan betul. Guru perlu mengelakkan daripada menyentuh
perkara-perkara yang tidak berkaitan kerana perbuatan ini akan mengelirukan murid
dan maklumat utama yang ingin disampaikan tidak dapat diterima dengan jelas.
Selain itu, Prinsip Kesantunan Leech (1983) juga dapat diaplikasikan semasa di
sekolah. Antara yang ditekankan dalam model ini ialah guru perlulah bertanggungjawab
atas beban yang dihadapinya. Guru perlu sedar bahawa guru mempunyai akauntabiliti
yang tidak hanya mengajar tetapi meliputi skop yang lebih luas. Oleh itu, guru perlu
memberi contoh dan teladan yang baik kepada murid-murid. Dalam isu ini, guru besar
perlulah menyedari akauntabiliti yang dipikulnya, kerana guru besar menjadi sumber
rujukan utama kepada seluruh warga sekolah.
Selain itu, guru perlulah menanamkan sifat sabar yang tinggi di dalam diri.
Sememangnya manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesilapan
yang pernah dilakukan itu perlulah dikesali serta berazam untuk tidak mengulang
semula kesalahan yang dilakukan itu di masa hadapan. Begitu juga dalam hal ini. guru
besar dan guru-guru lain perlulah menanam sifat sabar yang tinggi di dalam diri agar
dapat mengawal kemarahan apabila murid-murid melakukan kesalahan sama ada
secara sengaja atau tidak sengaja kerana gurulah yang mencorakkan murid-murid
mengikut acuan yang betul. Sekiranya guru tidak mempunyai kesabaran yang tinggi
sudah pasti isu memukul murid akan kembali berulang.
Sebagai guru juga, kita perlulah bersikap arif dan bijaksana dalam melakukan
sesuatu tindakan. Sekiranya kita gagal befikir dengan bijaksana, sudah pasti kita akan
melakukan sesuatu di luar jangkaan kita. Dalam kes ini guru besar tidak dapat berfikir
secara bijaksana, beliau lebih terikut kepada kemarahan beliau yang akhirnya
menyebabkan beliau menendang murid di bahagian belakang yang akhirnya
mendatangkan kesan buruk kepada diri murid itu sendiri. Oleh itu, guru perlulah berfikir

adakah tindakan, hukuman yang dikenakan ke atas murid setimpal dengan kesalahan
yang mereka lakukan atau kita hanya terikut dengan sifat amarah yang ada di dalam
diri secara membuta tuli.

Вам также может понравиться