Вы находитесь на странице: 1из 60

TAJUK 1

Budaya dan Kepelbagaian


Kelompok Manusia
Objektif:
1. Menjelaskan konsep budaya dan
kepelbagaian kelompok di Malaysia
2. Mengenal pasti kelompok dan
penempatan kelompok
3. Mengenal pasti jenis demografi
kelompok

PENGENALAN
Malaysia merupakan negara

berbilang
bangsa dan keturunan
Integrasi nasional bertujuan
menyatukan semua lapisan
masyarakat supaya berkongsi
persefahaman dan pemikiran
antara
kaum serta merapatkan

Pengertian dan Konsep


Budaya
Budaya berasal daripada perkataan

Sanskrit buddhayah yang terbentuk


daripada perkataan buddhi (Budi atau
akal)
Perkataan Inggerisnya Culture (Bahasa
Latin Colere) bermaksud mengolah
atau mengerjakan
Kamus Dewan (2007) Budaya sebagai
tamadun, peradaban, kemajuan fikiran
dan akal budi

Pengertian dan Konsep


Budaya
Budaya merupakan keseluruhan pemikiran

dan hasil karya manusia berasaskan


pembelajaran dalam semua aspek
kehidupan (koentjaraningrat, 2002)
Sebagai konsep menyeluruh yang
mengandungi ilmu pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, tatasusila, undangundang, adat resam dan lain-lain
kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi
oleh manusia sebagai anggota masyarakat
(Edward B. Taylor)

Definisi Budaya
Budaya adalah tenaga fikiran, usaha
rohani atau kuasa penggerak jiwa.
Manusia mempunyai kemampuan
menggunakan segala tenaga sama ada
fizikal atrau rohani ke arah menggerakkan
jiwa bagi mencapai hasrat dan nilai yang
diingini. Hasrat dan nilai perlulah diterima
oleh masyarakat. Ini membentuk norma
dalam masyarakat. (Nik Safiah Karim)

Definisi Budaya
Dictionary of Philosophy (1996) Budaya
sebagai way of life of people, including
their attitudes, values, beliefs, arts,
sciences, modes of perceptions, and
habits of thoughts and activities.
Mohd Taib Osman (1988) budaya sebagai
suatu himpunan kelengkapan intelektual
dan kebendaan yang mampu memenuhi
kehendak biologi dan masyarakat serta
menyesuaikannya dengan alam sekeliling

Definisi Budaya
E.B. Taylor Budaya merupakan
keseluruhan kompleks yang mengandungi
ilmu pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, moral, undang-undang, adat
dan sebarang bentuk kebiasaan
L.A.White menjelaskan budaya ialah satu
organisasi fenomena tindakan (pola
tingkah laku), objek, idea, sentimen (nilai)
yang bergantung kepada simbol-simbol.
Tingkah laku dan nilai itu diterima oleh
masyaraakat secara kolektif.

7 Unsur Utama Budaya


(Koentjaraningrat, 2002)
Agama dan upacara keagamaan
Sistem dan organisasi

kemasyarakatan
Sistem pengetahuan
Bahasa
Kesenian
Sistem ekonomi
Sistem teknologi dan peralatan

Pengertian Kebudayaan
Keseluruhan cara hidup manusia
yang merangkumi cara bertindak,
berkelakuan dan berfikir.
Kebudayaan juga merupakan
segala hasil kegiatan dan
penciptaan yang berupa
kebendaan atau kerohanian
sesuatu masyarakat

Pengertian Kebudayaan
Kebudayaan mempunyai
hubungan yang erat dengan
masyarakat. Kebudayaan sebagai
sesuatu yang diwarisi secara turun
temurun dari satu generasi ke satu
generasi yang lain

Ciri-ciri Budaya
Budaya boleh dipelajari
Dikongsi
Bersifat sejagat
Boleh diwarisi
Berubah-ubah
Mempunyai unsur simbolik
Adanya pandangan semesta (World

view)

Kesimpulan Definisi
Budaya
Budaya merupakan satu cara hidup yang

diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.


Budaya juga merujuk kepada satu cara hidup
yang diamalkan oleh kebanyakan orang
termasuk pemikiran, nilai kepercayaan,
pandangan dan tabiat berfikir dalam
menghadapi sesuatu perkara atau situasi
Perkembangan budaya mengikut perkembangan
masyarakatnya
Ciri-ciri budaya adalah sama antara satu
masyarakat dengan masyarakat yang lain
Budaya berubah mengikut masa maupun
tempat

Kesimpulan
Kebudayaan berkembang dan terus
dicipta mengikut kesanggupan
masyarakatnya
Kebudayaan tidak diperturunkan
melalui baka
Manusia membentuk budaya.
Perkembngan kebudayaan mengikut
perkembangan masyarakat itu
sendiri

Refleksi
1. Tidak ada masyarakat maka tidak
ada
budaya. Bincangkan pernyataan ini.
2. Bagaimanakah dikatakan
perkembangan kebudayaan
mengikut perkembangan
masyarakatnya?

KOMPONEN BUDAYA
Budaya boleh digolongkan kepada
dua komponen utama iaitu
material dan bukan material.
Komponen material merujuk
kepada ciptaan ke generasi
berikutnya masyarakat yang nyata
dan konkrit. Contoh: peralatan dan
kelengkapan hidup seperti rumah,
barang-barang, pakaian, dsbnya.

KOMPONEN BUDAYA
Komponen bukan material ialah
ciptaan-ciptaan abstrak seperti
ilmu pengetahuan, kepercayaan,
adat istiadat, nilai-nilai serta
peraturan-peraturan (hukum) yang
berkaitan dengan tingkah laku,
cerita-cerita rakyat, lagu atau
tarian tradisional

Lima Unsur Utama Budaya


Simbol atau lambang
Bahasa
Nilai dan Kepercayaan
Norma
Teknologi

Simbol atau Lambang


Simbol merupakan perwakilan
kepercayaan budaya yang
membawa makna dan identiti
masyarakat tersebut
Keris bagi masyarakat melayu
melambangkan lambang
kepahlawanan

Bahasa
Bahasa membolehkan ahli
masyarakat berhubung sama ada
secara lisan atau bukan lisan
Bahasa merupakan alat komunikasi
Dialek atau loghat hanya difahami
oleh kelompok itu sendiri
Transmisi budaya dapat dilakukan
melalui bahasa

Nilai dan Kepercayaan


Nilai dan kepercayaan merupakan standard yang

digunakan untuk menilai keadaan masyarakat


seperti kebaikan atau kecantikan
Kepercayaan merupakan rumusan atau tafsiran
tentang masa lalu, penjelasan tentang masa kini
atau ramalan untuk masa hadapan
Nilai ialah prinsip-prinsip umum yang berasaskan
kepercayaan iaitu yang dianggap benar, betul
atau sebaliknya
Nilai menjelaskan apa yang sepatutnya dilakukan
manakala kepercayaan menerangkan apa yang
sebenar

Norma
Norma merupakan peraturan atau ketentuan

yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka


akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat
Norma dikaitkan dengan peraturan dan jangkaan
yang membimbing perlakuan ahli masyarakat
Norma merupakan standard yang dipersetujui
bersama dalam masyarakat
Norma proskriptif ialah panduan apa yang tidak
boleh dilakukan
Norma preskriptif ialah apa yang boleh dilakukan

Teknologi
Teknologi merupakan alat atau
kaedah yang digunakan dalam
kehidupan seharian sesuatu
masyarakat
Pengetahuan praktis dan peralatan
untuk meningkatkan penggunaan
tenaga serta mengubah persekitaran
untuk kegunaan manusia

Aspek-aspek lain dalam


budaya
Resam: merupakan adat atau
peraturan yang berkaitan dengan
hukum adat seperti upacara
peminangan dilakukan oleh lelaki.
Mores ialah norma yang lebih kuat
dan tidak ada tolerensi jika tidak
dipatuhi seperti kewajipan anak
menghormati orang tua

Budaya dalam konteks


pendidikan
Sekolah merupakan sebahagian daripada
budaya masyarakat
Murid-murid dididik untuk berbudaya
sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat
Budaya dalam masyarakat mempengaruhi
budaya di sekolah
Tanggungjawab guru untuk menerapkan nilai
kebendaan dan bukan kebendaan mengikut
acuan masyarakat Malaysia
Murid yang keluar dari sistem persekolahan
mempunyai budaya Malaysia yang diterima oleh
pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai kaum

Pengertian dan Konsep


Kepelbagaian Kelompok
Etnik:
Perkataan Greek yang bermaksud manusia
atau negara
Etnik merujuk kepada sekumpulan manusia
yang berlandaskan keturunan dan warisan
budaya yang sama
Mempunyai rasa kepunyaan terhadap negara
asal, makanan, bahasa, muzik, agama,
pakaian, nama keluarga atau adat

Sambungan konsep Etnik


Etnik mempunyai organisasi yang
formal
Etnik mempunyai sikap yang
menunjukkan perbezaan,
tentangan dan prasangka.
Penggunaan perkataan kita dan
mereka iaitu golongan di dalam
dan di luar kelompok

Konsep lain berkaitan


Etnik
Etniksiti: merujuk kepada rasa
kekitaan sesuatu kumpulan etnik
Etnosentrisme: kepercayaan atau
sikap bahawa budaya etnik mereka
adalah lebih baik dan tinggi daripada
budaya kelompok etnik yang lain
Diskriminasi merupakan pandangan,
pemikiran dan kepercayaan negatif
sekelompok etnik terhadap
kelompok etnik yang lain

Ras
Ras ialah kelompok manusia yang mempunyai

persmaan dari segi fizikal


Ras dikatakan sebagai kelompok sosial yang
mempunyai pengenalan kolektif berasaskan ciriciri fizikal-biologikal
Ciri-ciri fizikal ditentukan oleh baka yang diwarisi
Contoh ras ialah Mongoloid, Negroid dan
Austroloid
Konsep Rasisme dikaitkan dengan ras. Rasisme
merupakan kepercayaan ada ras yang lebih
unggul dan ada ras yang berstatus lebih rendah

Minoriti
Merujuk kepada bilangan penduduk.
Kriteria yang digunakan untuk
mengkategorikannya ialah etnik dan
ras

Masyarakat
Masyarakat merupakan satu kumpulan manusia

yang berhubung secara tetap dan tersusun


serta menjalankan aktiviti secara kolektif
Masyarakat sebagai kelompok manusia yang
hidup saling berorganisasi, berbincang,
bekerjasama dalam mengatur kerja secara
kolektif, mampu menyetukan buah fikiran dan
tindakan sehingga menjalin hubungan serta
membentuk kebudayaan
Ciri-ciri utama masyarakat ialah berkelompok,
berbudaya, mengalami perubahan dan saling
berinteraksi

Kelompok
Didefinisikan sebagai dua atau lebih
individu yang berinteraksi, saling
bergantung dan saling bergabung untuk
mencapai sasaraan tertentu
Kelompok boleh bersifat formal dan bukan
formal
Kelompok formal merujuk kepada kelompok
yang ditetapkan oleh struktur organisasi
untruk menjalankan tugas-tugas dan
diarahkan untuk tujuan organisasi

Dua jenis kelompok


Kelompok Asas
Ciri-ciri kelompok asas ialah:
Interaksi bersemuka yang berterusan
Identifikasi peribadi yang kuat dengan
kelompok
Hubungan kemesraan yang erat dalam
kalangan ahli
Hubungan yang pelbagai bentuk
Hubungan yang lebih berkekalan
Hubungan melibatkan emosi contoh: rindu jika
berjauhan

Kelompok Sekunder
Ciri-ciri kelompok asas ialah:
Interaksi bersemuka yang terhad
Identifikasi peribadi dengan kelompok lemah
Pertalian antara ahli kelompok lemah
Hubungan antara ahli renggang dan terhad
Hubungan biasanya tidak berkekalan
Hubungan formal dan tidak melibatkan
perasaan
Contoh: kehidupan dibandar besar

Refleksi
Bezakan pengertian etnik dan ras

dalam konteks negara kita


Dalam kumpulan kecil bincangkan

adakah wujud etniksiti dan


etnosentrisme dalam masyarakat
majmuk di Malaysia

Jenis dan Demografi


Kelompok di Malaysia
Malaysia sebuah negara berbilang bangsa dan

agama, majoriti penduduknya orang Melayu


Perlembagaan Malaysia Perkara 160(2)
mentakrifkan orang Melayu ialah mereka yang
bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan
adat resam Melayu dan beragama Islam
Istilah bumiputera sering digunakan.
Bumiputera dianggap kaum asal Malaysia
termasuk orang Asli, Iban, Kadazan, Dusun
dan lain-lain

Demografi Kelompok di
Malaysia
Perangkaan penduduk 2009 menunjukkan
penduduk Malaysia 28.46 juta iaitu 26.39 juta
warganegara dan 2.07 juta bukan warganegara
Warganegara terdiri daripada:
Orang Melayu 14.49 juta (54%)
Orang Cina 6.46 juta (25%)
Orang India 1.95 juta (7.5%)
Bumiputera lain 3.14 juta (11.8%)
Kaum-kaum lain 342.3 ribu (1.7%)

Demografi Kelompok di
Malaysia
50% penduduk di Sarawak dan 66% penduduk di

Sabah terdiri daripada bumiputera bukan Melayu


Terdapat kira-kira 30 etnik di Sarawak. Etnik
paling besar ialah Iban
Di Sabah, terdapat lebih 30 etnik lebih 80 dialek.
Etnik terbesar ialah Kadazan-Dusun, Bajau dan
Murut
Di Semenanjung Malaysia orang Asli terdiri
daripada tiga kumpulan besar iaitu Negrito,
Melayu Proto, dan Senoi

Tujuan mengkaji Demografi


kelompok
Pembangunan ekonomi kelompok
sesebuah lokasi untuk
kesejahteraan rakyat
Aspek pendidikan yang boleh
membangunkan ekonomi penduduk
Keterbatasan sumber, pilihan dan
mengambil keputusan ekonomi

Ciri ciri Pengelompokan


Masyarakat Melayu
SUB-ETNIK
BUGIS

JAWA
LAIN-LAIN

MINANG

BANJAR

KELOMPOK RAS DALAM


MASYARAKAT
HOMO-SAPIENS

JENIS-JENIS RAS
CAUCASOID
MONGOLOID

NEGROID
AMERICAN INDIAN

AUSTROLOID

CAUCOSOID- Orang Eropah


Putih
Bibir nipis
Kulit putih
Mata besar
Rambut lurus
Tinggi
Hidung mancung

NEGROID- Orang Negro


Hitam
Bibir tebal
Kulit hitam
Mata besar
Rambut kerinting
Tinggi
Kaki kurus

MONGOLOID- Orang Asia


Kuning
Hidung kurang mancung
Kulit berwarna
Rambut lurus atau kerinting
Mata agak kecil
Badan kecil

AMERICAN INDIAN- Orang


Asli Amerika Red Indian
Kulit merah
Rambut lurus
Hidung sederhana
Bentuk muka bersegi
Mata besar

AUSTROLOID- Orang Asli


Australia kelabu
Kulit kelabu
Rambut kerinting
Hidung besar
Mata besar

Definisi Demografi
Dari bahasa Yunani Demos yang
bermaksud rakyat atau penduduk
sesuatu kawasan
Grafein bermaksud menggambar
atau menulis tentang sesuatu
perkara
Demografi sebagai tulisan atau
karangan tentang rakyat atau
penduduk sesuatu lokasi

Demografi Kelompok di
Malaysia
Penduduk Malaysia tahun 2006 berjumlah 26.64 juta.
Melayu (54%), Cina (25%), India (7%), Lain-lain iaitu
Orang Asli, Sikh dan etnik di Sabah dan Sarawak (14%)
Umumnya Melayu dirujuk sebagai penduduk asal rantau
alam Melayu ini
Kelompok-kelompok kecil Melayu seperti Jawa, Minang,
Krinci, Bugis dll berusaha membina kelompok masingmasing dan menjadi sub-budaya bagi budaya Melayu
Menurut Perlembagaan Malasia, Melayu iailah
berbahasa Melayu, berbudaya Melayu dan beragama
Islam

Orang Melayu
Orang Melayu berasal daripada keturunan
mereka yang mendiami kepulauan Nusantara
Orang Melayu telah membina asas peradaban
yang mantab sebelum bertembung dengan
dengan peradaban India dan Islam. Tamadun
Islam memperkukuhkan peradaban Melayu.
Namun perdaban yang datang tidak
menghilangkan identiti budaya Melayu.
Kemunduran orang Melayu dalam ekonomi
berpunca dari dasar penjajah British
Orang Melayu kuat dari segi pegangan politik

Orang Cina
Kehadiran orang Cina sejak Kesultanan Melaka
Kedatangan secara besar-besaran berikutan
penemuan bijih timah sekitar 1884
Penghijrahan orang Cina akibat kesukaran
hidup di negara China, keadaan politik tidak
stabil, kemudahan berhijrah dll.
Orang Cina mrenguasai ekonomi melalui
perniagaan
Mula bergiat dalam politik selepas perang
dunia ke-2

Orang India
Mula datang melalui perdagangan
Penghijrahan sebagai buruh di ladang tebu
dan sebagai pembantu demostik
Penghijrahan besar-besaran untuk bekerja
di estet-estet.
Ramai terlibat dalam bidang guaman,
perubatan dan perniagaan
Majoriti datang dari India selatan dan
beragama Hindu. Ada juga yang beragama
Islam

Peribumi Sabah dan


Sarawak
Di Sabah terdapat 23 suku kaum seperti
Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan Orang
Brunei.
Di Sarawak suku kaum terbesar ialah
Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan
dan Kelabit
Suku kaum di Sabah dan Sarawak
dibezakan oleh kawasan tempat tinggal,
ekonomi, sosial dan budaya

Orang Asli
Boleh dibahagikan kepada tiga rumpun
iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli.
Terdapat 18 suku kaum dari 3 rumpun
tersebut
Ekonomi majoriti Orang Asli berasaskan
pertanian sara diri
Sebahagian besar Orang Asli beragama
animisme
Tahap pendidikan Orang Asli amat rendah
berbanding kelompok etnik yang lain

Faktor-faktor halangan
integrasi antara budaya
Kejahilan tentang kumpulan etnik
yang lain
Proses pemasyarakatan yang terbatas
Politik perkauman
Perbezaan sosio-ekonomi
Perbezaan kebudayaan
Segregasi atau pemisahan fizikal

Usaha pengintegrasian
masyarakat majmuk
1. Usaha politik
Perlembagaan yang menggariskan
kesamarataan kaum. Seperti peruntukan
memberi perlindung kepada kumpulan
kaum tertentu Contoh hak
keistimewaan orang melayu
Akta-akta yang menjaga persefahaman
anta kaum
Akta mencegah isu-isu sensitif seperti
Akta Hasutan

Usaha pengintegrasian
masyarakat majmuk
2. Usaha ekonomi
Memperbaiki ekonomi tanpa mengira
kaum
Mewujudkan keseimbangan ekonomi
antara kaum
Mengurangkan pengenalan kaum
berdasarkan aktiviti ekonomi
Penubuhan agensi kerajaan untuk
membantu orang melayu

Usaha pengintegrasian
masyarakat majmuk
3. Usaha Sosial dan Kebudayaan
Memperkenalkan konsep kebudayaan
nasional
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai
bahasa Rasmi dalam sistem pendidikan
Mengurangkan pengenalan kaum
berdasarkan aktiviti ekonomi
Penubuhan agensi kerajaan untuk
membantu orang melayu

Usaha pengintegrasian
masyarakat majmuk
4. Pendidikan
Murid perlu diberi kesedaran tentang
memahami hubungan etnik
Murid diberi peluang untuk memupuk
hubungan antara etnik
Guru memain peranan penting untuk
memupuk semangat muhibah antara kaum
Mengadakan aktiviti dalam program RIMUP

Usaha pengintegrasian
masyarakat majmuk
5. Perana Agensi Kerajaan
Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional
Rukun Negara sebagai Ideologi Kebangsaan
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Integrasi antara wilayah
Usahasama badan-badan swasta, sektor
komuniti dan ahli politik

Kesimpulan
Terdapat perbezaan budaya antara satu

masyarakat dengan masyarakat yang lain


Oleh sebab terdapat kepelbagaian kelompok di
Malaysia, guru perlu memberi pendidikan kepada
semua murid tanpa pilih kasih
Setiap murid diterapkan dengan nilai murni kaum
yang lain supaya dapat menerima aspek
perbezaan ang terdapat dalam masyarakat
Murid perlu diberi kesedaran terhadap perbezaan
etnik
Perasaan kekitaan dapat diserap melalui perbagai
aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran

Refleksi
1. Senaraikan empat ciri-ciri budaya?
2. Senaraikan faktor-faktor penghijrahan

orang Cina ke Malaysia?


3. Apakah usaha kerajaan untuk
mewujudkan integrasi etnik?

Вам также может понравиться