Вы находитесь на странице: 1из 5

0

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN


Nama dan Alamat Sekolah
Sekolah Kebangsaan Serendah,
48200 Hulu Selangor,
Selangor Darul Ehsan.
Nama Pengkaji
Kumpulan 3
Sherwood Marina Cove Lumut.
Tajuk kajian
Memperbetul Tulisan Tahun 4 Fleksibal
dengan Mengikut Disiplin Menulis yang
Betul.

1
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Setiap kali saya menanda latihan murid-murid ,sama ada murid cemerlang atau galus,
saya akan merungut kerana terlalu banyak membetulkan tulisan mereka yang agak sukar
untuk dibaca.
Terdapat murid-murid yang tidak dapat menulis bentuk-bentuk huruf dengan betul, tidak
dapat membezakan huruf besar dan huruf kecil, seperti huruf O dan S yang sama
bentuknya. Ada juga mereka yang menulis terlalu rapat antara satu perkataan dengan satu
perkataan yang lain.
Saya telah mengemukakan masalah ini ketika mesyuarat kurikulum di sekolah. Masalah
saya ini rupa-rupanya juga dialami oleh guru-guru yang lain. Setelah berbincang kami
telah sepakat untuk mengadakan satu bengkel bagi membantu membetulkan masalah
tulisan murid-murid tersebut.
Pada hemat saya masalah ini perlu diatasi dengan segera memandangkan murid-murid ini
akan menulis karangan untuk latihan dan ujian dan semua ini akan mempengaruhi
markah mereka.
Fokus kajian
Ketika membaca dan menyemak buku latihan murid, saya mendapati sebilangan murid
tidak dapat menulis dengan bentuk tulisan yang betul. Saya menjadi keliru dan terpaksa
mengambil masa untuk mengenal pasti huruf-huruf tertentu. Antara kelemahan ketara
yang saya dapati ialah

bentuk huruf yang tidak tepat.


tulisan sangat rapat antara satu perkataan dengan perkataan yang lain.
tulisan tidak selari dengan garisan.
kekeliruan bentuk huruf.

Usaha membantu murid memperbetul cara menulis diharap akan dapat membantu mereka
membuat latihan secara kemas. Hal ini juga akan dapat mengelakkan pembaca lain
(khususnya pemeriksa) mengurangkan markah jawapan mereka.
Objektif Kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan,murid-murid diharap akan mencapai objektif yang
berikut:
i. Objektif umum
Murid-murid dapat membentuk tulisan berdasarkan disiplin menulis yang betul.

2
ii. Objektif khusus

Membentuk huruf yang tepat.


Menjarakkan perkataan mengikut jeda yang betul.
Menulis atas garisan yang betul.
Membezakan bentuk huruf yang betul.

Kumpulan sasaran
Kajian ini melibatkan 10 orang murid Tahun 4 Fleksibal.
Tindakan yang dicadangkan
i. Tinjauan masalah
Tinjauan diambil daripada beberapa data:
(a) Latihan-latihan semasa.
(b) Ujian bulanan.
(c) Peperiksaan.
ii. Program Mendandan Aksara
Cara pelaksanaan:
Disiplin menulis
(a) Guru membetulkan kedudukan murid sebelum aktiviti menulis dijalankan.
(b) Guru menyesuaikan kedudukan buku murid dengan betul.
(c) Cara-cara memegang pensel dengan betul.
(d) Ukuran pensel yang sesuai.
(e) Pergerakan psikomotor (jari jemari).
(f) Latih tubi menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil.
(g) Menyurih huruf dan menyambung titik-titik untuk membentuk huruf.
(h) Menulis perkataan.
(i) Menulis ayat.
iii. Program Imlak
(a) Guru menyebutkan perkataan yang sering silap ditulis oleh murid dan murid
menulis perkataan tersebut dalam buku latihan.
(b) Guru mengimlak ayat-ayat dan murid menulis ayat-ayat tersebut dalam buku
latihan.
(c) Guru memastikan bahawa murid dapat mengaplikasikan Program Mendandan
Aksara.
(d) Murid menyemak buku latihan rakan dan membetulkan aksara (huruf) yang
ditulis salah oleh rakan.

3
iv. Program Pertandingan Menggubah Citra
(a) Guru menyediakan satu petikan rencana (yang dapat merangsang murid menulis
dengan baik).
(b) Guru mengedarkan kertas bergaris dan alat tulis.
(c) Murid menyalin petikan dengan tulisan yang cantik dalam tempoh tertentu.
(d) Guru menilai hasil kerja murid dan mengumumkan pemenangnya.
(e) Guru memberikan ganjaran dan mempamerkan hasil kerja yang berjaya.
Jadual Pelaksanaan Kajian
Bil
Aktiviti
1
Mengenal pasti masalah dan
mengumpulkan data awal
2
Menulis proposal kajian
3
Merancang tindakan
4
Melaksanakan tindakan 1
-Program Mendandan Aksara
5
Membincangkan masalah yang timbul
dalam tindakan.
6
Melaksanakan tindakan 2.
-Program Imlak
7
Membincangkan masalah yang timbul
dalam tindakan 2
8
Melaksanakan tindakan 3.
-Program Menggubah Citra
9
Membincangkan masalah yang timbul
dalam tindakan 3.
10 Refleksi kajian
11 Menulis laporan kajian
12 Membentangkan dapatan kajian.

Tarikh Pelaksanaan
7 Februari 2005

Catatan

14 Februari 2005
21 Februari 2005
24 Februari 2005
28 Februari 2005
4 April 2005
7 April 2005
11 April 2005
13 April 2005
18 April 2005
20 April 2005
26 April 2005

Kos Kajian
Bil Jenis Bahan
1
2
3

Kertas kajang
Fotostat bahan dan laporan kajian
Set alat tulis
Jumlah

Hasilan

Kuantiti x harga
seunit
1 rim x RM12.00
15 unit x RM5.00

Jumlah Kos
RM12.00
RM20.00
RM75.00
RM107.00

4
EN RIDUAN ATAN
SBPI SABAK BERNAM
PN NORAINI ABDUL GHANI
SEKOLAH SERI PUTERI CYBERJAYA
PN ZAITON OTHMAN
SMK TELOK DATOK, KUALA LANGAT
PN SITI SARAH ABDUL MALEK
SK SERENDAH, HULU SELANGOR
PN HAZURAKUSMAN
SK BANDAR BARU ,K. SELANGOR
EN ABD RANI BAHARUM
SK KHIR JOHARI SABAK BERNAM
EN MOHD RAHIM MOHD SHARIFF SK SRI LANGAT,KUALA LANGAT
EN MUHAMMAD SABAR DIKON
SK KG MEDAN,KUALA LANGAT
PN LIZA MAT YATIM
SK TELOK PANGLIMA GARANG,K.LGT

Вам также может понравиться