Вы находитесь на странице: 1из 2

REFLEKSI

Bersyukur kepada tuhan kerana dengan izin dan kurnia saya telah berjaya
melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah saya di SJK (T) Ladang Tebrau,
Taman Adda Heights, Johor Baharu, Johor dengan penuh berkesan. Ini merupakan
pengalaman kali pertama bagi saya di sekolah ini. Saya mendapat banyak
pengetahuan tentang pentadbiran sekolah dan tugas serta amanah seseorang guru di
sekolah.
Saya berjumpa dengan En. Nadarajan selaku guru besar untuk memaklum dan
meminta kebenaran untuk melaksanakan tugasan PBS. Beliau mengalu-alukan
kehadiran kami dan beliau sangat membantu saya untuk menunaikan tanggunjawab
saya terhadap tugasan PBS. Iaitu bertemubual guru cemerlang adalah satu bahagian
daripada soalan tugasan mata pelajaran bahasa tamil.
Oleh itu, saya bertemubual dengan Guru Cemerlang iaitu En Pannir Selvam A/L
Thangavelu. Dalam berbualan kami, saya didapati bahawa beliau adalah seorang guru
cemerlang bagi mata pelajaran sains. Beliau juga berpengalaman selama 22 tahun dan
mengatasi pelbagai cabaran untuk menjadi seorang guru cemerlang. Melalui temubual
ini saya memperolehi pelbagai ilmu yang sangat berguna dan ianya akan membantu
saya pada masa saya menjadi seorang guru.
Seterusnya, bagi soalan tugasan PBS pula, saya harus mencari dan
mencatatkan cogan kata dalam tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa tamil dan
bahasa inggeris yang terdapat di kawasan sekolah. Oleh demikian, saya telah
memerhatikan kata-kata hikmah dan cogan kata serta peraturan sekolah di sekeliling
kawasan sekolah. Saya mencatatkan sepuluh jenis cogan kata yang dipaparkan pada
koridor bilik darjah dan menuliskannya dalam borang yang disediakan.
Selain itu, saya telah mendapat peluang untuk berbual sambil makan dengan
guru-guru sekolah ini pada waktu rehat. Melalui berbualan ini saya telah memperolehi
pelbagai ilmu pengetahuan yang baru tentang sistem pentadbiran, proses pengajaran
dan pembelajaran, pengurusan masa, pengurusan bilik darjah dan sebagainya.

Selepas lima hari mengikuti PBS, saya mengemaskini maklumat dan membuat
catatan tentang perkembangan semasa portfolio PBS. Saya telah berbincang tentang
rakan seunit saya tentang cara penyampaian maklumat. Seterusnya, saya memulakan
kerja-kerja menghasilkan portfolio. Bagi segala keraguan tentang penyediaan portfolio
telah saya mendapatkan penjelasan daripada pensyarah yang berkenaan.
Akhir sekali, saya berjaya menghasilkan sebuah portfolio yang tidak kurang
kualitinya dalam masa yang ditetapkan. Saya sangat bangga untuk memilih profesion
keguruan sebagai kerjaya saya. Saya juga berterima kasih kepada pihak Sekolah Jenis
Kebangsaan (Tamil) Ladang Tebrau, Taman Adda Heights, Johor Baharu, Johor kerana
banyak membantu saya dalam perlaksanaan PBS serta persediaan portfolio.

Sekian, terima kasih.

--------------------------------------(Kalai Selvan A/L Periasamy)

Вам также может понравиться