Вы находитесь на странице: 1из 14

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 CIRI CIRI TEKS YANG JELAS, TEPAT DAN
MUDAH DIFAHAMI KHALAYAK.
3.0 RISALAH PANDUAN PERTANDINGAN PIDATO
PERINGKAT SEKOLAH
4.0 IMPLIKASI AKTIVITI PIDATO BAHASA MELAYU DALAM ASPEK
MENGEMBANGKAN DAYA PEMIKIRAN DAN SAHSIAH
PENUTUP
REFLEKSI

MUKA
SURAT
1
2
6
8
9
13
14

1.0 PENGENALAN
Bahasa merupakan aspek penting

dalam komunikasi bertulis. Penulis perlu menggunakan

bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut jenis teks dan konteks yang sesuai serta tidak
melakukan sebarang kesalahan yang akan mencacatkan teks atau majlis yang berkaitan. Penulis
juga harus menjaga diri supaya sentiasa sentiasa mematuhi sistem bahasa, laras dan format yang
ditetapkan. Pengolahan teks yang sempurna perlu mempunyai kesepaduan, kesinambungan,
ketertiban dan pertalian; baik dari segi bahasa mahupun pemerengganan. Justeru, hal ini dapat
membantu penulis memberikan gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta
kefahaman pembaca atau khalayak dengan lebih baik.
Apabila berbicara tentang komunikasi bertulis, kita tidak akan lari dari perkataan
komunikasi yang merupakan salah satu perkara yang amat penting dalam diri kita dalam
memindahkah maklumat kepada seseorang. Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa Latin
communiatus yang bereri berkongsi sesuatu. Daripada pengertian ini jelas menunjukkan bahawa
ada perkongsian untuk mewujudkan satu presefahaman dalam komunikasi. Komunikasi
merupakan proses pengiriman maklumat, pemikiran, sikap, atau emosi

daripada seseorang

dengan menggunakan simbol-simbol seperti yang dikemukakan oleh Theodorson & Theodorson
(1969).
Menurut Sulaiman Masri (1997:3), Komunikasi membabitkan perlakuan kita setiap hari.
Perlakuan itu boleh berbentuk pertuturan, penulisan atau penyelidikan. Pertuturan merupakan
gaya atau cara menuturkan perkara tertentu; Penulisan merupakan kegiatan menulis atau
mengarang topik tertentu, manakala penyelidikan merupakan perbuatan mencari dan
mengumpul maklumat tertentu. Dengan demikian, kebijaksanaan kita berkomunikasi bergantung
banyak pada kemahiran-kemahiran pertuturan, penulisan dan penyelidikan. Lebih baik
kemahiran-kemahiran ini dikuasai, maka lebih berkesanlah kita berkomunikasi.
Tambahan lagi, Sulaiman Masri juga mengertikan komunikasi secara ringkas iaitu proses
yang bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur, penulis dan
sebagainya), kemudianya dipindahkan menerusi alat atau saluran khas kepada penerima
(pembaca, pendengar dan sebagainya) yang kemudianya memberi maklum balas (menekod dan

mentafsir) terhadap mesej tersebut dengan mengembalikan isyarat dalam bentuk sama ada mesej
tersebut sudah atau belum difahami.
Jadi, demi mencapai proses komunikasi yang berkesan, penghantar perlu menyampaikan
mesej dengan jelas dan tepat supaya ia senang difahami oleh penerima dan mencapai objektif
kominikasi itu. Penghantar mesej juga perlu memilih saluran komunikasi yang bersesuaian untuk
menyampai mesej, misalnya melalui media elektronik (televisyen, radio, Internet, telefon bimbit)
dan percetakan (buku, majalah, suratkhabar, risalah, kain bentang dan sebagainya).
Daripada definisi yang diberikan, jelas menunjukkan bahawa komunikasi ialah satu
pemindahan maklumat, idea, dan emosi oleh penyampai kepada penerima melalui pelbagai
saluran dengan tujuan mencapai persamaan makna. Komunikasi yang tidak berkesan membawa
banyak masalah dalam masyarakat. Gejala keruntuhan institusi rumah tangga, kadar kegagalan
penguasaan 3M yang tinggi dalam kalangan murid dan pelbagai masalah lagi sedikit sebanyak
dapat ditangani sekiranya komunikasi berkesan sentiasa tercapai.

Beralih pula kepada konsep komunikasi bertulis. Komunikasi bertulis merupakan proses
mengekspresikan idea, pendapat atau maklumat dalam bentuk tulisan (catatan) atau grafik, dan
disampaikan kepada audien untuk tujuan menyalurkan mesej, berhubung atau perkongsian
maklumat. Komunikasi penulisan mempunyai kelebihan tersendiri. Ia kekal dan merupakan
bahan yang mudah diasimilasi, serta sesuai untuk komunikasi dengan audien yang ramai. Ia
dapat mengampung idea sukar, menyediakan ringkasan analisis dan penilaian, dapat
diperbanyak, dapat disahkan, diinterpretasi dan diperjelas; dan audien boleh mengambil masa
untuk memahami kandungan mesej serta dapat mengekses kembali kepada bahan penulisan yang
diingini pada bila-bila masa. Komunikasi ini juga membolehkan penghantar meramal kesan
mesej dan menyalurkan mesej bersesuaian dengan kosa kata penerima, keadaan emosi,
kepentingan dan nilai.
Dr Abdull Shukor Shaari dalam bukunya Bahasa Melayu Komunikasi mengatakan,
Menerusi evolusi bahasa, muncullah tulisan yang digunakan sebagai sistem dan alat interaksi dan
komunikasi manusia. Tulisan juga melengkapi kita dengan suatu ingatan yang luas, kekal dan
umum. Dengan kekekalan tulisan, kita tidak hanya dapat menyimpan suatu rakaman berterusan
daripada transaksi manusia, aktiviti dan gagasan, tetapi juga memungkinkan kita meramalkan
perkara-perkara tersebut dengan cara baru, lebih tepat dan meluas.
Namun, demi mencapai keberkesanan komunikasi bertulis, penghantar mesej
memerlukan pengetahuan tatabahasa dan keupayaan menggunakan perkataan dengan mahir
untuk menghasilkan penulisan yang lengkap. Oleh itu, aspek-aspek bahasa yang digunakan
mestilah mudah difahami oleh pembaca dan bahasa pengantar yang digunakan perlu mampu
mengemukakan setiap pengertian tentang ilmu itu tanpa menimbulkan kekaburan tafsiran kepada
audien.
Selain itu, penghantar mesej juga perlu mengetahui audien sasaran; menyusun idea atau
mesej secara logik, menggunakan laras bahasa dan format penulisan yang betul; sentiasa
menyemak mesej sama ada ia memberi makna atau impresi yang lain kepada audien; dan
menyampaikan mesej dengan media yang bersesuaian. Selepas mesej disampaikan, penghantar
perlu menelitikan maklum balas dan kefahaman audien serta membuat pembaikian atau
4

perubahan jika kenyataan-kenyataan yang dibuat telah menimbulkan reaksi yang kurang
menyenangkan di kalangan penerima.
Apa yang jelas, komunikasi bertulis yang berkesan ditentukan oleh kesensitifan
penghantar mesej terhadap tujuan penghantaran mesej, maklumat yang ingin disampaikan,
penyusunan mesej yang sistematik dan jelas, serta penggunaan bahasa dan format penulisan yang
sesuai,

2.0 CIRI CIRI TEKS YANG JELAS, TEPAT DAN MUDAH DIFAHAMI KHALAYAK.

Penggunaan bahasa yang gramatis di dalam komunikasi penulisan kadang-kadang menyebabkan


mesej yang hendak disampaikan sukar difahami, Bagi memastikan ianya akan lebih berkesan,
sesuatu penulisan atau teks itu perlu menepati ciri-ciri berikut;

i.

Penghantar hendaklah memastikan mesej yang hendak disampaikan jelas,


Mesej yang disampaikan oleh penulis haruslah jelas dan tidak mengelirukan pembaca.
Ayat yang digunakan haruslah sesuai dengan jenis teks yang hendak digunakan. Ini
kerana ayat yang berbelit-belit ataupun berbunga-bunga tidak sesuai digunakan didalam
beberapa teks terutamanya teks yang melibatkan urusan rasmi.

ii.

Teliti dengan baik mesej yang hendak disampaikan menyatakan apa yang hendak dinyatakan
dengan jelas dan yakin, pasti dengan kepentingan mesej itu,
Mesej yang ditulis dalam teks haruslah diyakini kesahihannya agar tidak diragui oleh
pembaca ataupun penerima. Teks yang dihasilkan haruslah mempunyai sumber rujukan
yang betul agar lebih berilmiah dan juga mampu meyakinkan pembaca tentang info yang
disalurkan.

iii.

Mendapatkan perhatian penerima,


Teks yang dihasilkan haruslah mempunyai penerima sama ada pembaca ataupun
pendengar. Ini adalah sebagai satu tujuan untuk menghasilkan teks tersebut. Tanpa
penerima yang betul, teks tersebut tidak berguna dan boleh disalah tafsir.
6

iv.

Menghantar pada waktu yang tepat dan sesuai,


Teks yang dihasilkan haruslah dihantar pada waktu yang tepat. Ini kerana teks yang
dihantar bukan waktu yang tepat boleh menimbulkan kecelaruan dan juga boleh disalah
tafsir.

v.

Sensitif kepada maklumbalas pihak lain,


Teks yang dihasilkan juga haruslah sensitif dengan maklumbalas dari pihak lain. Ini
adalah sebagai satu jawapan dari apa yang ditulis.

vi.
vii.

Kenalpasti gangguan,
Kurangkan gangguan.

Komunikasi yang berkesan juga berlaku apabila mesej yang disampaikan difahami dengan tepat
dan jelas oleh penerima, Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan
penerima.

Selain itu, prinsip-prinsip komunikasi bertulis adalah seperti dibawah :

Menggunakan perkataan yang mudah difahami dan mempunyai satu makna

Menggunakan ayat yang pendek dan ringkas

Menggunakan rajah seperti carta pai, jadual dan lain-lain untuk memberi gambaran yang
jelas

Menggunakan ayat aktif

Menggunakan alat tulis yang sesuai dan tidak mudah sensitif terhadap perubahan udara

3.0 RISALAH PANDUAN PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT SEKOLAH

4.0

IMPLIKASI

AKTIVITI

PIDATO

BAHASA

MELAYU

DALAM

ASPEK

MENGEMBANGKAN DAYA PEMIKIRAN DAN SAHSIAH.

Pidato merupakan satu bentuk komunikasi kepada umum, atas tajuk tertentu yang
disampaikan oleh seorang penyampai yang dipanggil pemidato, mengandungi pendahuluan,
isi, dan penutup. Pidato bertujuan menyampaikan idea berkenaan sesuatu isu kepada hadirin,
dalam masa yang sama meyakinkan hadirin tersebut melalui cara pembawaan pidato. Pemidato
mestilah memahami tujuan pidato ini terlebih dahulu. Sememangnya tidak dapat disangkal lagi
bahawa pidato merupakan salah satu aktiviti yang mempunyai implikasi yang baik terhadap
sesiapun yang berpidato. Dalam hal ini, implikasi pidato Bahasa Melayu dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu aspek perkembangan daya pemikiran dan yang kedua, sahsiah yang akan
dihuraikan pada perenggan seterusnya.
Pertama sekali ialah implikasi aktiviti pidato Bahasa Melayu dalam aspek
mengembangkan daya pemikiran. Sebelum melangkah jauh, lebih elok kita berkenalan terlebih
dahulu apa yang dimaksudkan dengan pemikiran. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
pemikiran didefinisikan sebagai keunikan manusia yang terletak pada keinginan untuk
mengetahui sesuatu. Pemikiran juga menurut beberapa tokoh ialah keupayaan intelek perlu
dipupuk untuk mengingatkan kualiti berfikir seseorang. Kesimpulannya disini, pemikiran
merupakan proses berfikir seperti operasi yang menggunakan fakta-fakta lain supaya fakta yang
baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada.
Antara implikasi yang pertama dari aspek perkembangan daya pemikiran ialah pemidato
pasti akan dapat berfikir secara kritis dalam sesuatu hal. Setiap ahli sarjana sains pemikiran
meletakkan pengertian terhadap frasa pemikiran kritis kepada pelbagai maksud berasaskan
kepada pengalaman dan hasil kajian mereka. Antara definisi yang telah diletakkan adalah seperti
...berfikir

secara

serius

(mendalam)

dan

seterusnya

membuat

pertimbangan

daripadanya,merupakan definisi yang diletakkan oleh Dewey pada tahun 1993. Selain itu, Som
dan Mohd Dahalan pada tahun 1999 telah mentakrifkan pemikiran kritis sebagai kecekapan dan
keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea,

meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang
wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
Aspek yang diutamakan dalam bidang pemikiran kritis ialah penghujahan, iaitu cara
memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat. Apabila seseorang individu
ingin berpidato, mereka pasti akan menganalisis topik ataupun tema yang diberikan dalam
mengumpul fakta yang betul dan sesuai untuk dilontarkan semasa berpidato. Selain itu, bidang
pemikiran kritis juga bertujuan mengajarkan kaedah-kaedah pemikiran yang digunakan untuk
berhujah secara lebih berkesan. Hal ini bermaksud bahawa yang penting bukan pada aspek
psikologi pemikiran. Psikologi mengkaji cara pemikiran yang sebetulnya digunakan oleh
manusia. Jadi sudah semestinya kaedah dalam pemikiran kritis secara tidak langsung akan
digunakan oleh pemidato untuk berhujah dalam menarik minat pendengar dan seterusnya
menarik minat juri untuk memberikan markah.
Implikasi yang kedua ialah individu yang mengikuti aktiviti berpidato ini turut dapat
meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif. Menurut Mok Soon Sang (2011), kreatif
membawa maksud penghasilan idea, aktiviti dan benda yang baru. Apabila seseorang individu
berpidato, pasti pemikiran individu tersebut tidak berhenti untuk memikirkan hujah-hujah yang
mantap dan sesuaikan dengan isi yang diberikan. Segala isu-isu yang dibangkitkan pastikan akan
disertakan dengan penyelesaian yang difikirkan sesuai oleh pemidato. Konteks pemikiran kreatif
dalam aktiviti pidato adalah pemikiran yang berupaya memikir apa yang belum difikir oleh
orang lain untuk menyelesaikan masalah. Ia juga adalah kebolehan mengeluarkan pelbagai
penyelesaian yang luas terhadap sesuatu masalah. Hasil pemikiran mempunyai sifat yang
tersendiri dan prosedur pemikiran tidak tetap serta tidak dapat diramalkan. Pemikiran kreatif juga
sebagai operasi berfikir yang dapat mengembangkan idea, hasil, metafora, analogi dan definisi
atau merekacipa sesuatu yang baru dimana amat dipentingkan dalam aktiviti pidato terutamanya
bahasa Melayu. Melalui pemikiran kreatif, pelbagai kemungkinan penyelesaian dapat dihasilkan
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

10

Implikasi yang seterusnya ialah dapat meningkat pemikiran celik akal bagi individu yang
menyertai aktiviti pidato ini. Menurut Ee Ah Meng (1994), pemikiran ialah satu proses kognitif
yang mana pengetahuan difahami, disusun dan diubah bentuk. Dalam aktiviti pidato, seseorang
pemidato akan diberikan tajuk ataupun topik yang akan diulas secara mendalam. Oleh itu,
kemahiran pemikiran celik akal diperlukan dalam hal ini. Ini kerana

pemikiran celik akal

merupakan kebolehan seseorang untuk mengamati atau memahami sesuatu masalah secara tibatiba setelah dapat mengaitkan unsur-unsur yang logik di dalamnya. Pemikiran celik akal
melibatkan gerak hati dan kebijaksanaan. Pemikiran celik akal membolehkan mental
individu yang abstrak untuk menyelesaikan masalah. Celik akal merupakan kebolehan melihat
perhubungan di antara unsur-unsur di dalam satu situasi yang bermasalah. Kebolehan ini timbul
secara tiba-tiba. Biasanya, celik akal dikenal sebagai pengalaman Aha. (Ragbir Kaur, 2012).
Beralih pula kepada implikasi pidato dalam aspek sahsiah, menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat, Sahsiah bermakna peribadi atau personaliti. Ia merujuk kepada traits yang mencirikan
peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang
membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkum gaya hidup, kepercayaan,
harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak
seseorang.
Berdasarkan konsep sahsiah yang diberikan, implikasi pertama aktiviti pidato kepada
individu yang menyertai pidato ini ialah dapat melatih diri untuk menjaga pertuturan dengan
masyarakat lain. Ini kerana, dalam berpidato, tutur kata dan bahasa yang digunakan adalah
sangat dititikberatkan. Bahasa yang kasar ataupun taboo dilarang sama sekali untuk digunakan.
Ini termasuk dengan penggunaan bahasa yang mampu menimbukan isu sensiviti kaum lain. Oleh
itu, individu tersebut akan terlatih secara tidak langsung untuk menggunakan bahasa yang sopan
ataupun dengan erti kata lain, bahasa yang halus kepada masyarakat sekeliling. Bahasa halus
ialah bahasa yang lebih sopan dan lebih manis serta tidak menyinggung perasaan orang yang
mendengar atau membaca. Selain itu, bahasa halus juga merupakan penggunaan bahasa yang
beradat dan bersopan serta menggunakan segala strategi untuk kemanisan berbicara. Oleh itu
kebolehan menggunakan bahasa halus hasil dari aktiviti pidato dianggap sebagai sesuatu
kemahiran penting kerana dapat menunjukkan tahap ketajaman minda. Bahasa halus ialah satu

11

elemen yang turut membantu pembentukan sahsiah yang baik dalam masyarakat Melayu serta
satu kemahiran lisan yang unik

Implikasi yang seterusnya ialah individu tersebut akan menjadi seorang yang rajin
membaca ataupun mencari maklumat. Dalam berpidato, ilmu adalah senjata utama dalam
menjadikan pengucapan kita lebih berkesan. Tanpa penguasaan ilmu, pidato tersebut boleh
dipertikaikan dan boleh disalahtafsirkan. Oleh itu, salah satu caranya ialah dengan banyak
membaca. Pemidato haruslah banyak mengkaji, meneliti serta mencari maklumat untuk
menguatkan serta mengukuhkan isi yang akan dilontarkan semasa berpidato nanti. Melalui
pembacaan dari sumber yang berkualiti, pemidato dapat mengenali dan memahami sesuatu
perkara dengan lebih mendalam dan dapat mengajar kita pelbagai nilai murni yang harus
diamalkan dalam kehidupan seharian. Hasil dari pembacaan tersebut juga dapat memberi
panduan dan memperbaiki diri daripada melakukan perkara-perkara negative yang boleh
membawa kesan buruk terhadap diri sendiri dan orang lain.
Implikasi yang ketiga ialah individu dapat meningkatkan keyakinan diri apabila
menyertai aktiviti berpidato ini. Menurut Lauster (2012:4) kepercayaan diri merupakan suatu
sikap atau keyakinan atas kemampuan diri sendiri, sehingga dalam tindakan-tindakannya tidak
terlalu cemas, merasa bebas untuk melakukan hal-hal yang sesuai keinginan dan tanggung jawab
atas perbuatannya, sopan dalam berinteraksi dengan orang lain, memiliki dorongan prestasi serta
dapat mengenal kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Apabila seseorang individu menyertai
aktiviti berpidato, individu akan memastikan keyakininan dirinya ditahap yang baik. Ini kerana,
untuk berdiri dihadap juri serta pendengar yang ramai, bukan mudah tanpa keyakinan diri yang
tinggi. Keyakinan diri perlu ditunjukkan semasa melontarkan hujah bagi menarik minat
pendengar dan juri. Antara ciri-ciri keyakinan diri semasa berhujah ialah kontek mata yang betul,
nada suara yang jelas dan kuat, ekspresi muka yang sesuai dan juga gerak tubuh yang sesuai.
Akhir sekali ialah aktiviti pidato ini menjadikan seseorang lebih berfikiran terbuka dan
positif. Rahsia berfikiran terbuka adalah mempunyai pemahaman yang sihat konsep
kebarangkalian. Seseorang individu yang sering menyertai aktivti pidato pasti akan belajar untuk
berfikiran terbuka. Apa yang dimaksudkan dengan pemikiran terbuka ialah membuka kepada
12

orang lain untuk menyatakan pendapat dan seterusnya menganalisis pendapat tersebut dengan
menggunakan pemikiran kritis atau kreatif. Sememangnya fikiran terbuka merupakan salah satu
sahsiah yang amat diperlukan terutamanya apabila berkolaborasi dengan masyarakat lain.
PENUTUP
Komunikasi penulisan yang menggunakan bahasa rojak atau bahasa singkatan seperti
sistem simpanan ringkas sms juga boleh berkesan, namun bahasa-bahasa ini kadang-kadang
sukar difahami dan boleh disalah tafsir jika hendak dibandingkan dengan penggunaan bahasa
yang gramatis. Penggunaan bahasa yang gramatis dalam komunikasi penulisan yang mana ianya
menggunakan kosa kata tepat dan betul sukar disalah anggap atau disalah tafsir dan membawa
kepada makna yang jelas.
Antara kelemahan lain komunikasi bertulis ini adalah seperti maklum balas tidak dapat
diterima dengan segera, penerima mungkin menerima dan membaca mesej pada waktu yang
salah, penerima mungkin membuang mesej dan tidak membaca mesej yang diterima, mesej yang
dihantar

mesti

mampu

menerangkan

segala

maksud

yang

hendak

disampaikan untuk mengatasi segala kemusykilan penerima dan penghantar tidak boleh
menentukan penerimanya menyebabkan mesej mungkin tidak sampai kepada penerima. Perkara
ini perlu dielakkan agar maklumat yang diberikan tidak disalah tafsir.
Kesimpulannya komunikasi penulisan haruslah tidak dipandang enteng kerana ia
merupakan satu perkara yang akan diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita dalam
berkomunikasi dengan masyarakat lain. Bukan sahaja komunikasi penulisan, malahan
komunikasi berbentuk lain seperti penyampaian haruslah dikaji agar ilmu ataupun isi yang
disampaikan mampu diserap oleh pendengar dan seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan
seharian.

13

BIBLIOGRAFI

Abdul Muati @ Zamri Ahmad. (2003). Panduan Pengucapan Awam. Selangor Darul
Ehsan: Dawana.

Dr Ardenan Ayob. (2011). Kompetensi dalam Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan: OUM.

Mohd. Sofian Omar Fauzee. (2007). Psikologi Dalam Pengucapan Awam. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Nik Safiah Karim et. al. (2009). Tatabahasa Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Supyan Hussin & Azhar Jaludin. (2004). Kecemerlangan Dalam Pengucapan Awam. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

14

Вам также может понравиться

  • RPT PJ TaHuN 5 2015
    RPT PJ TaHuN 5 2015
    Документ35 страниц
    RPT PJ TaHuN 5 2015
    Damha Ahmad
    Оценок пока нет
  • Surat Suhana Gigi
    Surat Suhana Gigi
    Документ1 страница
    Surat Suhana Gigi
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • Borang Pemarkahan Ping Pong SK Karakit 2017
    Borang Pemarkahan Ping Pong SK Karakit 2017
    Документ1 страница
    Borang Pemarkahan Ping Pong SK Karakit 2017
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    100% (1)
  • 4u2c - Fiona
    4u2c - Fiona
    Документ2 страницы
    4u2c - Fiona
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • Suri Ram
    Suri Ram
    Документ1 страница
    Suri Ram
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • 5 - Soalan 3
    5 - Soalan 3
    Документ10 страниц
    5 - Soalan 3
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • 5 - Soalan 3
    5 - Soalan 3
    Документ10 страниц
    5 - Soalan 3
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • Pertandingan Futsal Sempena Karnival Dusun Bonggi 2019
    Pertandingan Futsal Sempena Karnival Dusun Bonggi 2019
    Документ4 страницы
    Pertandingan Futsal Sempena Karnival Dusun Bonggi 2019
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • Andre - Karena Ku Tahu Kau Begitu
    Andre - Karena Ku Tahu Kau Begitu
    Документ3 страницы
    Andre - Karena Ku Tahu Kau Begitu
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • Model Assure
    Model Assure
    Документ2 страницы
    Model Assure
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • Flipped Learning Dan Flipped Classroom
    Flipped Learning Dan Flipped Classroom
    Документ8 страниц
    Flipped Learning Dan Flipped Classroom
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • Suri Ram
    Suri Ram
    Документ1 страница
    Suri Ram
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • 5 - Soalan 3
    5 - Soalan 3
    Документ10 страниц
    5 - Soalan 3
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • Konsep Pengerakan Asas
    Konsep Pengerakan Asas
    Документ10 страниц
    Konsep Pengerakan Asas
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • Memo PJM
    Memo PJM
    Документ4 страницы
    Memo PJM
    Nirwana Hana's Bella
    Оценок пока нет
  • Teka Teki
    Teka Teki
    Документ6 страниц
    Teka Teki
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • Lampiran Kerja
    Lampiran Kerja
    Документ1 страница
    Lampiran Kerja
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • Konsep Kebudayaan
    Konsep Kebudayaan
    Документ2 страницы
    Konsep Kebudayaan
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • Soalan Kuiz Bahasa
    Soalan Kuiz Bahasa
    Документ1 страница
    Soalan Kuiz Bahasa
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • Adat Kematian
    Adat Kematian
    Документ1 страница
    Adat Kematian
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • Karangan UPSR
    Karangan UPSR
    Документ1 страница
    Karangan UPSR
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • 3
    3
    Документ1 страница
    3
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • SOALAN
    SOALAN
    Документ2 страницы
    SOALAN
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • Al Ghazali
    Al Ghazali
    Документ2 страницы
    Al Ghazali
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • Lampiran Kerja 1
    Lampiran Kerja 1
    Документ1 страница
    Lampiran Kerja 1
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • Kesihatan Amalan Hidup
    Kesihatan Amalan Hidup
    Документ1 страница
    Kesihatan Amalan Hidup
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • Kelas Ganti
    Kelas Ganti
    Документ3 страницы
    Kelas Ganti
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • Kuman Ialah Hidupan Yang Amat Halus
    Kuman Ialah Hidupan Yang Amat Halus
    Документ3 страницы
    Kuman Ialah Hidupan Yang Amat Halus
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет
  • Soalan Aktiviti Kumpulan
    Soalan Aktiviti Kumpulan
    Документ1 страница
    Soalan Aktiviti Kumpulan
    Hafeez Shafeek Ahsoh
    Оценок пока нет