Вы находитесь на странице: 1из 1

Peraturan Asas Boule

Permainan Asas.

Kumpulan boleh terdiri daripada,dua,tiga dan empat pemain.Setiap pemain akan


menggunakan dua atau tiga biji boules.
Syiling dilambungkan untuk menentukan balingan pertama permainan.
Pemenang akan menentukan kawasan permainan dan akan melemparkan bola kecil
(Jack).
Kawasan bermain adalah bebas. Lukiskan bulatan untuk membuat tempat balingan.
Balingkan Jack lebih kurang 10m daripada bulatan balingan.
Kumpulan pertama perlu menghantar seorang pemain kedalam bulatan untuk
membuat balingan boule pertama dan menghampirkan boule sehampir mungkin
dengan Jack.Kumpulan lawan akan membuat cubaan untuk membuat balingan
boule lebih hamper dengan Jack berbanding balingan pemain pertama.
Pemain akan meneruskan balingan sehingga kehabisan boule.
Apabila satu kumpulan sudah mendahului, kumpulan lawan haruslah membuat
balingan sehingga mereka mendahului kumpulan tersebut ataupun sehingga
kehabisan boules.
Setelah kesemua boule dibaling, markah akan direkodkan. Kumpulan yang terdekat
dengan Jack mendapat satu markah. Markah tambahan akan diberikan kepada
pasukan pemenang sekiranya terdapat boule lain yang dimiliki oleh mereka berada
berdekatan dengan Jack berbanding pasukan lawan.
Pemenang akan melukis bulatan dikeliling Jack dan memulakan pusingan
seterusnya.
Permainan akan diteruskan sehingga satu pasukan memperoleh 13 mata. Satu
perlawanan mempunyai tiga pusingan.

Вам также может понравиться