Вы находитесь на странице: 1из 11

ANALISIS PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

1. ANALISIS PENDEKATAN
Dalam konteks pendidikan, pendekatan merujuk kepada beberapa teori yang
berkaitan dengan sifat-sifat semulajadi pembelajaran yang menjadi pegangan dalam
sesuatu pengajaran. Dalam erti kata lain, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana
cara sesuatu mata pengajaran diajarkan untuk mencapai objektif. Pendekatan terbahagi
kepada 2 iaitu pendekatan pengajaran dan pendekatan pembelajaran.
Pendekatan pengajaran yang telah diaplikasikan dalam rancangan pengajaran
harian ialah eklektik dan komunikatif. Pendekatan elektif merupakan pendekatan hasil
gabungan kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif untuk menghasilkan satu
strategi pengajaran. Segala ciri yang baik kedua-dua pendekatan ini digabungkan untuk
digunakan dalam satu-satu pengajaran tertentu. . Dalam konteks ini guru tidak perlu
terikat dengan mana-mana pendekatan tetapi pengajarannya pasti lebih luas dan
mudah diubahsuai mengikut keperluan murid-murid.
Tegasnya, pendekatan eklektif ialah pendekatan yang cuba mencantumkan
unsur-unsur penting kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif untuk menghasilkan
satu strategi yang lebih seimbang. Kebaikan pendekatan eklektif ialah sifatnya yang
mudah diubah memudahkan guru mentadbir pengajaran, memberikan banyak contoh
dan penerangan sekali gus meningkatkan pemahaman murid. Ia sesuai digunakan
untuk kelas-kelas yang terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagai
kebolehan. Pengambilan ciri-ciri yang baik daripada beberapa pendekatan,secara tidak
langsung

dapat

mengurangkan

kelemahan-kelemahan

yang

terdapat

dalam

pendekatan itu. Murid-murid dapat belajar dan mengikuti pengajaran mereka dengan
lebih mudah dan menyakinkan.
Pendekatan komunikatif pula adalah pendekatan yang memberi fokus khusus
kepada murid. Hal ini kerana manusia perlu berkomunikasi untuk sama ada secara
interpersonal atau intrapersonal bagi tujuan memenuhi keperluan dan kehendaknya.
Antara lain manusia berkomunikasi untuk menyatakan perasaan dan emosi, mencipta

imaginasi, memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan, memperoleh


dan menyampaikan maklumat.
Prinsip asas pendekatan komunikatif ini ialah murid mengetahui dan memahami
tujuan melaksanakan aktiviti tertentu dalam proses pembelajarannya. Proses
pengajaran bahasa dilaksanakan dalam konteks wacana mengikuti proses komunikasi
sebenar. Berikut merupakan ciri-ciri penting pendekatan komunikatif:
makna sangat dipentingkan;
dialog jika digunakan terarah kepada proses komunikatif bukan untuk tujuan
hafalan;
konteks dan situasi komunitif sangat diberi keutamaan;
pembelajaran

bahasa

berfokus

kepada

keperluan

belajar

untuk

berkomunikasi;
latih tubi perlu tetapi bukan keutamaan;
pengucapan bahasa perlu sekadar untuk difahami sahaja;
bahan bantu mengajar perlu sesuai mengikut tahap umur dan kemahiran
murid-murid. Bahan bantu mengajar berfungsi sebagai dorongan kepada
murid-murid untuk belajar;
murid-murid digalakkan menyampaikan idea secara lisan (bertutur);
terjemahan boleh digunakan, asal saja murid-murid memperoleh manfaat
daripadanya;
kebolehan berkomunikasi merupakan matlamat khusus pembelajaran. Maka,
kelancaran bahasa diadili bukan dalam abstrak sebaliknya dalam konteksnya.
Manakala pendekatan pembelajaran yang diaplikasikan dalam rancangan
pengajaran harian ialah, pendekatan berpusatkan murid dan pendekatan berpusatkan

bahan. Dalam konteks ini pelajar lebih digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam
setiap sesi pembelajaran, manakala guru pula akan bertindak sebagai fasilitator. Ciri-ciri
pemusatan murid ialah:
Murid memainkan peranan utama
Komunikasi dua hala melalui kaedah menyoal.
Guru mengamalkan corak kepimpinan demokratik.
Perkembangan murid secara menyuluruh dan seimbang dari aspek JERI.
Ujian formatif ditekankan untuk mengkaji kelemahan murid.
Penyampaian guru tertumpu kepada pengajaran yang bermakna.
Banyak peluang dalam interaksi murid antara murid.
Mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan.
Kesannya, murid-murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif serta dapat
berkembang mengikut kesediaan mereka.
Bagi pendekatan berpusatkan bahan pula ia lebih memberi penekanan kepada
alat-alat bantu (ABM) yang digunakan bagi membantu pengajaran guru. Alat-alat bantu
ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan
pengajaran ialah semua bahan yang digunakan oleh guru, manakala, bahan
pembelajaran pula ialah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran
seperti buku teks, kad kerja, kertas dan sebagainya. Antara ciri-ciri pemusatan bahan
ialah:
Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan
pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.
Mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran.

ABM membantu murid memahami konsep abstrak dengan lebih jelas.


Pengajaran yang menarik.
2.

ANALISIS KAEDAH
Dalam rancangan pengajaran haraian yang disediakan kaedah yang digunakan
ialah kaedah terus,semulajadi, ajuk hafaz, dan oral-aural. Kaedah terus ialah
membolehkan murid untuk menguasai kemahiran berbahasa iaitu membaca, bertutur
serta mendengar dan menulis. Kaedah semulajadi pula ialah pengajaran dimulakan
dengan soalan-soalan berhubung dengan objek dan gambar.
Manakala kaedah ajuk hafaz ialah kaedah yang dilakukan secara demonstrasi
dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi perlu berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan,
perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Yang terakhir ialah oralaural. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah dengar-tutur yang menggunakan dialog untuk
dihafaz dan diikuti secara ajukan.

3.

ANALISIS TEKNIK
Terdapat beberapa teknik yang digunakan dalam pengajaran yang dilakukan.
Antara teknik tersebut ialah berbincang, soal jawab, dan sumbang saran. Teknik
perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat
tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan
pendapat dengan bernas.
Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan
kawalan seorang guru.
Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam
mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau
topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas
dan debat.

Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk
bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan
sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan
pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.
Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar
sendiri.
Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :
Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan
dijalankan.
Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian
memilih

seorang

ketua

yang

boleh

dipertanggungjawabkan

untuk

memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.


Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat
dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu
kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan
dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul.
Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap
kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut manamana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti
penulisan dan sebagainya.
Teknik bersoal jawab ialah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling
popular dan paling kerap dilakukan oleh guru di sekolah.Guru- guru memilih teknik ini
bukan kerana ia paling mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang paling
berupaya mewujudkan interaksi yang berkesan di dalam bilik darjah. Disamping itu , ia
menjadi alat yang efekktif untuk mengesan pemahaman, mmenggerakkan minda untuk
pecernaan idea, konsep falsafah dan sebagainya. Selain itu ,ia juga menggalakkan

kesangupan melahirkan peerasaan dan fikiran, penglibatan dan percaya diri di


kalangan pelajar.Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukkan soalansoalan dan pelajar memberi tindak balas sewajarnya.
Biasanya , soalan-soalan yang digunakan adalah terdiri daripada jenis-jenis yang
diperlukan untuk memerah dan mencunggkil fikiran. Ia bukan hanya bertujuan menguji
atau menilai apa yang diajar, tetapi untuk membuka fikiran dan celik akal pelajar supaya
mereka sedar atau nampak satu konsep atau prinsip baru yang akan dipelajari.
Kejayaan menggunakan teknik ini biasanya bergantung kepada kebolehan guru
merancang soalan-soalan dan mencetuskan secara spontan soalan-soalan baru ekoran
daripada jawapan yang diberi oleh pelajar.
Teknik sumbang saran dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming)
yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea. Ia juga dikenali sebagai aktiviti permainan bahasa
pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang
lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan
profesional. Selain itu ia menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang
kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.
Tujuan Sumbangsaran :
Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid
Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk
dibincangkan dalam sesi umum.
Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak
Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea

Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.


Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan
mencukupi
Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )
Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik
Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

BUKTI KESESUAIAN PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK


Pengajaran mikro yang dijalankan mengikut langkah-langkah yang telah diatur.
Kaedah, teknik dan pendekatan yang telah dipelajari diterapkan sepenuhnya dalam
rancangan pengajaran harian yang telah direka. RPH ini telah menggunakan kaedah
oral-aural. Kaedah oral aural mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kaedah ini sering
digunakan dalam pembelajaran. Kaedah ini menggunakan sehelai kertas yang
disediakan kepada murid. Dalam kaedah ini, murid akan mengajuk sebutan yang
disebut oleh guru berpandukan kertas yang disediakan. Kaedah ini akan melengkapkan
murid dengan seluruh alat sebutan dan pendengarannya untuk pembelajaran.
Pendekatan yang digunakan seperti pendekatan berpusatkan murid akan
menjadikan murid tersebut aktif kerana ia tidak terikat kepada peraturan yang
ditetapkan oleh guru. Murid-murid akan bergiat aktif dan melibatkan diri dalam setiap
aktiviti yang dilakukan oleh guru. Murid-murid juga tidak akan berasa bosan dan mudah
memahami perkara yang diajar oleh guru. Selain itu, ketika pengajaran dilakukan
berlaku hubungan dua hala antara guru dan murid. Murid-murid dan guru saling bersoal
jawab antara satu sama lain.
Teknik yang diterapkan dalam RPH ini seperti teknik bersoal jawab memberikan
peluang kepada murid-murid untuk bertanya kepada guru perkara yang tidak difahami.
Ini bukan sahaja menjadikan murid tersebut aktif dan melibatkan diri dalam kelas
malahan juga guru dapat mengetahui murid mana yang tidak faham dan faham topik
yang diajar. Ini adalah kerana tidak semua murid di dalam sesebuah kelas mempunyai
tahap kecerdasan yang sama.
Alat bantu yang digunakan seperti replika piramid makanan akan menjadikan
pembelajaran bertambah menarik dan berkesan. Murid tidak perlu membayangkan apa
yang sedang dipelajari kerana terdapatnya sumber bantu mengajar tersebut dan murid
akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran yang sedang

berjalan di dalam kelas. Pembelajaran kaedah ini akan mengelakkan murid berasa
bosan dan mengantuk.
Selain itu, tayangan video yang dilakukan dapat menarik minat murid-murid
untuk belajar dan meningkatkan daya ingin tahu murid-murid. Melalui tayangan video
ini, murid-murid dapat mengetahui serba sedikit topik yang akan diajar kerana ia
dilakukan ketika sesi induksi. Aktiviti nyanyian yang dilakukan juga meningkatkan minat
murid untuk belajar tanpa rasa bosan. Aktiviti nyanyian berkaitan topik yang diajar akan
lebih membuatkan murid untuk memahami topik yang dipelajar pada hari tersebut.
Seterusnya, kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan melalui pendekatan,kaedah
dan teknik akan menjadikan pengajaran lebih menarik dan memikat serta dapat
menggalakkan murid-murid belajar secara aktif dan terlibat sepenuhnya. Kesimpulan
yang dapat dinyatakan dalam pengajaran tersebut ialah murid-murid dapat mencapai
objektif-objektif P&P dengan jayanya walaupun ada sedikit kelemahan secara tidak
langsung

AMALAN BAIK / NILAI-NILAI MURNI YANG DILAKUKAN


Di sekolah guru memainkan peranan sebagai ibu bapa dalam membentuk
kanak-kanak selaras dengan penerapan yang dimasukkan dalam Falsafah Pendidikan
Negara. Nilai-nilai murni mula diterapkan dari pendidikan pra sekolah merupakan asas
kepada proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak dalam membentuk
peribadi dan bernilai murni.
Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan
tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan.
Dalam pendidikan, penerapan nilai murni secara rasmi diberi penekanan adalah melalui
Laporan Kabinet
Ini adalah kerana pada bulan Mei 1969, rusuhan kaum berlaku dalam sejarah
negara. Ini menunjukkan kerapuhan kebangsaan kita. Masyarakat kita tiada semangat
muhibbah yang dapat menyatukan setiap kaum. Penularan pelbagai jenis penyakit
kerohanian, akhlak, sosial dikalangan masyarakat mengalakkan pihak yang berkenaan
memberi perhatian yang lebih kepada isu nilai murni dalam pendidikan.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilainilai murni secara komprehensif dimana:
" Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran dan akan
diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal, di
dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu
untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan."
Penerapan nilai murni berlaku secara bersahaja dan tidak langsung. Strategi
penerapan nilai secara yang tidak langsung ini penting kerana nilai tidak boleh diajar
secara formal seperti matapelajaran lain. Ini merupakan satu penghayatan dan
pengusahaan secara beramal bukan sekadar peringatan atau penghafalan.

Penerapan nilai murni berlaku melalui strategi yang mempunyai kaitan langsung
dengan isi pelajaran. Fakta-fakta sejarah dan cerita-cerita dalam matapelajaran sastera
umpamanya akan dapat dibincang melalui isu-isu yang dapat dikaitkan secara
langsung dengan unsur nilai yang dipegang oleh pelajar atau nilai sejagat tertentu.
Dari segi sesi pengajaran pula, nilai kerjasama ini sangat penting kerana ia akan
melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran(P&P). Selain itu, ia juga akan
membantu guru untuk mengajar dengan tenang dan tidak tertekan. Hal ini menunjukkan
kerjasama yang hendak diterapkan oleh guru kepada murid-murid tercapai.
Dalam pengajaran mikro yang dilakukan dapat dilihat nilai yang paling utama
iaitu nilai kerjasama. Nilai kerjasama yang dimaksudkan ialah kerjasama antara muridmurid dan guru serta murid dan murid. Sepanjang sesi pengajaran murid-murid
memberi kerjasama yang amat baik sekali kepada guru dalam semua aktiviti yang
dilakukan walaupun terdapat keadaan yang agak kucar-kacir.
Apabila guru menyuruh murid-murid untuk berada di meja hadapan, murid-murid
memberi kerjasama yang baik kepada guru. Selain itu, murid-murid memberi kerjasama
kepada guru ketika guru menyuruh untuk menyanyi bersama dengan guru. Bukan itu
sahaja, dalam aktiviti melengkapkan piramid makanan murid-murid menunjukkan
semangat

kerjasama

yang

tinggi

sehinggakan

mereka

berebut-rebut

untuk

melengkapkan piramid makanan.


Nilai kerjasama ini amat penting dalam kehidupan seharian. Ia patut dipupuk dari
peringkat akar umbi lagi. Oleh itu, tugas guru untuk memupuk nilai kerjasama ini amat
penting. Walaupun begitu, bukan guru sahaja yang patut memupuk nilai ini malahan
keluarga dan masyarakat juga memainkan peranan yang penting. Hal ini adalah kerana
jika ia tidak dipupuk dari akar umbi, maka kelak murid-murid yang akan meningkat
dewasa akan susah untuk memberi kerjasama kepada orang yang berada di
sekelilingnya.

Вам также может понравиться

  • Muka Depan Exam SMK Naning
    Muka Depan Exam SMK Naning
    Документ1 страница
    Muka Depan Exam SMK Naning
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • (Contoh) Keselamatan Kegiatan Kokurikulum
    (Contoh) Keselamatan Kegiatan Kokurikulum
    Документ19 страниц
    (Contoh) Keselamatan Kegiatan Kokurikulum
    anib_azri853850
    Оценок пока нет
  • Kata Kata Hikmah Kantin
    Kata Kata Hikmah Kantin
    Документ12 страниц
    Kata Kata Hikmah Kantin
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • Biblio Graf I
    Biblio Graf I
    Документ2 страницы
    Biblio Graf I
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • Rekod
    Rekod
    Документ2 страницы
    Rekod
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • Peraturan
    Peraturan
    Документ2 страницы
    Peraturan
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • Penggunaan Tandas Yang Betul
    Penggunaan Tandas Yang Betul
    Документ2 страницы
    Penggunaan Tandas Yang Betul
    Sue Valentino
    Оценок пока нет
  • KANDUNGAN
    KANDUNGAN
    Документ1 страница
    KANDUNGAN
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • KANDUNGAN
    KANDUNGAN
    Документ1 страница
    KANDUNGAN
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • Senarai Rujukan
    Senarai Rujukan
    Документ2 страницы
    Senarai Rujukan
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • KANDUNGAN
    KANDUNGAN
    Документ1 страница
    KANDUNGAN
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • RUJUKAN
    RUJUKAN
    Документ1 страница
    RUJUKAN
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • Divider
    Divider
    Документ6 страниц
    Divider
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • Senarai Semak Portfolio
    Senarai Semak Portfolio
    Документ2 страницы
    Senarai Semak Portfolio
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • Isi Kandungan Individu
    Isi Kandungan Individu
    Документ1 страница
    Isi Kandungan Individu
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • Senarai Rujukan
    Senarai Rujukan
    Документ2 страницы
    Senarai Rujukan
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • Lamp Iran
    Lamp Iran
    Документ5 страниц
    Lamp Iran
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • KANDUNGAN Eima
    KANDUNGAN Eima
    Документ1 страница
    KANDUNGAN Eima
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • Aktiviti Ujian
    Aktiviti Ujian
    Документ3 страницы
    Aktiviti Ujian
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • RUJUKAN
    RUJUKAN
    Документ1 страница
    RUJUKAN
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • RUJUKAN
    RUJUKAN
    Документ1 страница
    RUJUKAN
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • Bahagian 3 Dan 5
    Bahagian 3 Dan 5
    Документ5 страниц
    Bahagian 3 Dan 5
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • LDP Cenderamata
    LDP Cenderamata
    Документ1 страница
    LDP Cenderamata
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • Jawatankuasa KRS
    Jawatankuasa KRS
    Документ2 страницы
    Jawatankuasa KRS
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • JMATCH
    JMATCH
    Документ2 страницы
    JMATCH
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • Divider
    Divider
    Документ6 страниц
    Divider
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • UB Laporan
    UB Laporan
    Документ1 страница
    UB Laporan
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • Laporan Aktiviti
    Laporan Aktiviti
    Документ2 страницы
    Laporan Aktiviti
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет
  • RPM KBSR
    RPM KBSR
    Документ2 страницы
    RPM KBSR
    Eima Siti Nurimah
    Оценок пока нет