Вы находитесь на странице: 1из 3

BIDANG TUGAS PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS

Pentadbiran Umum
1.
Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah,
2.
Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, Kokurikulum dan Kewangan peringkat
sekolah,
3.
Menyediakan takwim kelas pendidikan khas bersama dengan guru-guru
pendidikan khas; merancang, menyelia dan membantu perjalanan aktiviti kelas
pendidikan khas sepanjang tahun,
4.
Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru
tentang pengurusan kelas pendidikan khas,
5.
Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat Penyelaras bersama dengan
Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak kepada pihak pentadbir sekolah dan
guru-guru pendidikan khas,
6.
Memastikan fail-fail kelas pendidikan khas seperti berikut diwujudkan dan
sentiasa dikemaskini :
6.1.
Fail Am Kelas Pendidikan Khas Sekolah,
6.2.
Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas,
6.3.
Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas,
6.4.
Fail Mata Pelajaran,
6.5.
Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas,
6.6.
Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas,
6.7.
Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
6.8.
Fail Kokurikulum Pendidikan Khas,
6.9.
Fail Program Inklusif,
6.10. Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas,
6.11. Fail Stok (Alatan dan Perabot),
6.12. Buku Stok
6.13. Laporan Mingguan Guru Bertugas.
7.
Mengadakan perjumpaan bulanan bersama dengan semua guru pendidikan khas,
8.
Menguruskan perjumpaan guru-guru pendidikan khas dengan ibu bapa murid
khas,
9.
Mengendalikan aduan ibu bapa bersama-sama dengan guru-guru pendidikan
khas,
10.
Merancang, melaksana dan menyelia Program Inklusif (jika ada),
11.
Memastikan aktiviti kokurikulum kelas pendidikan khas dilaksanakan,
12.
Memastikan semua guru dan murid pendidikan khas berada di perhimpuan pagi
pada setiap hari (tertakluk kepada amalan sekolah dan keupayaan murid pendidikan
khas),
13.
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Rendah hendaklah menyenaraikan
nama murid-murid yang akan meneruskan persekolahan ke sekolah menengah dan
menghantarnya ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak pada
bulan Oktober setiap tahun bagi tujuan penempatan,
14.
Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan menyambung
persekolahan ke sekolah menengah dihantar ke sekolah yang berkenaan,
15.
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Menengah bertanggungjawab
memastikan borang permohonan murid-murid untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah
Menengah Pendidikan Khas Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik/Vokasional
dilengkapkan dan dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak mengikut
tarikh yang ditetapkan dari masa ke semasa,
Pengurusan Hal Ehwal Guru

1.
Mencalonkan nama guru-guru pendidikan khas belum
mengikuti kursus pendedahan pendidikan khas kepada Unit Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran Perak supaya mereka dapat dihantar berkursus,
2.
Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya mendapat elaun
mengajar kanak-kanak cacat,
3.
Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya tidak d
isalahgunakan oleh pihak sekolah.
Pengurusan Hal Ehwal Murid
1.
Memastikan nama murid pendidikan khas yang baru didaftarkan ke dalam Buku
Daftar Kemasukan Murid.
2.
Memastikan murid pendidikan khas yang telah tamat tempoh percubaannya
dinilai (bersama dengan semua guru pendidikan khas) dan keputusannya dicatatkan
dalam Lampiran A (Borang Pengesahan Penempatan) dan seterusnya dihantar ke Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak,
3.
Menghantar permohonan kemasukan dan pertukaran murid pendidikan khas ke
Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak atau melalui Pejabat Pelajaran Daerah,
4.
Memastikan semua murid pendidikan khas yang baru didaftarkan dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat,
5.
Memastikan permohonan sebarang bantuan kewangan bagi semua murid
pendidikan khas yang layak menerimanya diproses dan dihantar sebelum tarikh tutup,
6.
Memastikan bantuan kewangan yang diterima untuk murid pendidikan khas
diuruskan dengan cekap,
7.
Memastikan murid pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan atau yang
diinklusifkan mendapat pinjaman buku teks.
8.
Membantu menguruskan permohonan pertukaran murid sama ada di dalam atau
ke luar negeri dan memastikan dokumen murid ini dihantar ke sekolah barunya.
9.
Memastikan murid pendidikan khas yang tamat persekolahannya diberikan Sijil
Berhenti Sekolah.
Pengurusan Data
1.
Memastikan data dan laporan status kelas pendidikan khas dikemaskini dan
dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing sebelum atau pada 10
haribulan setiap bulan,
2.
Memastikan sesalinan data dan laporan status itu disimpan di dalam Fail Laporan
Status Program Pendidikan Khas.
Pengurusan Stok
1.
Memastikan barangan yang dihantar ke kelas pendidikan khas oleh Jabatan
Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan
Pelajaran Perak diletakkan di dalam kelas pendidikan khas,
2.
Memastikan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dilengkapkan sebelum dihantar ke Unit
Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Perak dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan,
3.
Memastikan alatan kepunyaan kelas pendidikan khas tidak disalahgunakan oleh
mana-mana pihak,
4.
Menyemak Buku Stok yang disediakan oleh Guru Stok.
Pengurusan Kewangan
1.
Memastikan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dituntut sepenuhnya pada
awal setiap tahun,

2.
Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dibuat
apabila terdapat pertambahan bilangan murid pendidikan khas (mengikut syarat
pekelilingan kewangan semasa),
3.
Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak
pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas,
4.
Menyemak baki peruntukan PCG kelas pendidikan khas dari masa ke semasa dan
memaklumkan kepada semua guru pendidikan khas,
5.
Menyemak status kewangan dan penyata akaun tabung kelas pendidikan khas
yang disediakan oleh bendahari kelas.
Pengurusan Kelas
1.
Menyediakan satu peraturan untuk kelas pendidikan khas dan mendapatkan
persetujuan daripada pihak pentadbir sekolah sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau
penjaga,
2.
Memastikan suasana kelas pendidikan khas selesa untuk pengajaran dan
pembelajaran,
3.
Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan
khas mencukupi,
Pengurusan Jadual Waktu
1.
Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan
jadual waktu yang sesuai dengan opsyen guru masing-masing.
2.
Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan Pejabat
Pelajaran Daerah.
Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran
1.
Menyediakan jadual penyeliaan dan menyelia pengajaran dan pembelajaran di
kelas pendidikan khas dari masa ke semasa,
2.
Memastikan Buku Persediaan Mengajar dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
sentiasa berada bersama dengan guru pendidikan khas semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dan kedua-dua dokumen ini hendaklah dikemaskini,
3.
Menyemak dan memastikan rekod prestasi murid dikemaskini sebelum diedarkan
kepada ibu bapa atau penjaga,
4.
Berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendaftarkan murid
pendidikan khas di kelasnya yang berpotensi untuk menduduki peperiksaan awam,
Pengurusan Diri
1.
Menjadi `role-model dan menunjukkan teladan yang baik kepada semua guru
pendidikan khas,
2.
Memainkan peranan sebagai guru pembimbing dan kaunseling kepada semua
guru pendidikan khas

Вам также может понравиться