Вы находитесь на странице: 1из 4

Ruj Kami: SMKK /

Tarikh : 3 April 2015


Pengarah,
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Tingkat 16, 24-27,
100 Putra Place, Jln Putra,
50622 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tuan,
JEMPUTAN MENYAMPAIKAN CERAMAH KEPENGGUNAAN KEPADA PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Bidang Teknik & Vokasional, SMK
Kiaramas Kuala Lumpur akan menganjurkan Minggu Teknik & Vokasional. Pihak kami
ingin menjemput pihak tuan sebagai penceramah sempena minggu tersebut. Ceramah
tersebut berkaitan dengan Kepenggunaan.Program adalah seperti butiran yang berikut:
Tarikh : 16 APRIL 2015 (Khamis)
Tempat : Pusat Sumber SMK Kiaramas, Kuala Lumpur
Masa : 12.00 Tengahari 2.00 Petang
Peserta : Kooperator dan Pelajar Tingkatan 3 dan 4 ( Lebih kurang 100 orang)
3.
Sehubungan itu saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini
dengan membenarkan seorang penceramah dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi, Dan Kepenggunaan untuk tujuan yang tersebut.
4.

Kerjasama daripada tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
..
( NORIZAN BT DAUD )
Pengetua,
SMK Kiaramas,
Kuala Lumpur

Ruj. Kami
Tarikh

: SMKKD/ 01/02/008/05(1/2012)
: 5hb FEB 2012

Kepada:
Mansuruddin bin Mohamad Ibrahim,
(651202-61-5011)
57/10 no 37-1,
Taman Koperasi Polis,
Phase 2,
68100 KUALA LUMPUR.
Tuan,
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH
Dengan hormatnya, saya merujuk kepada Perkara di atas.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kerohanian dan Bina Insan dengan kerjasama
Panitia Pendidikan Islam SMK Seksyen 10 Kota Damansara akan mengadakan program
sambutan MAULIDURRASUL 1433H. Program tersebut akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh
: 11hb Februari 2012
Tempat: Dewan Terbuka SMK seksyen 10 Kota Damansara
Masa
: 10.30 pagi 12.30 tengahari
Tajuk
: Syamail Rasulullah saw
3.

Sehubungan dengan itu , kami ingin menjemput tuan untuk menyampaikan ceramah.

4.
Pihak kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memenuhi jemputan kami.
Segala kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan
terima kasih.
Sekian,
PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH
Saya yang menurut perintah,
(ZABEDAH BINTI WARJAN)
Pengetua,
SMK Seksyen 10 Kota Damansara

LETTER HEAD
Rujukan Kami
:
Rujukan tuan :
Tarikh
: 18 OKTOBER 2006

PENGETUA
SEKOLAH ________________________
KAMPUNG _______________________
(U.P: GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID)
Tuan ,
JEMPUTAN MENYAMPAIKAN CERAMAH PERSEDIAAN MURID KE SEKOLAH
MENENGAH
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Kebangsaan _______ akan
mengadakan Program Ceramah Persediaan Murid Ke Sekolah Menengah seperti pada
ketetapan di bawah :
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

:
:
:
:

31 OKTOBER 2006
SELASA
8.30 PAGI
DEWAN SK ______

2.
Sehubungan dengan itu pihak kami amat berbesar hati menjemput pihak
tuan ( u.p : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ) untuk menyampaikan ceramah
tersebut.
3.

Bersama ini disertakan satu atur cara majlis untuk rujukan pihak tuan.

4.
Segala maklumbalas daripada pihak tuan bolehlah menghubungi pihak
sekolah.
5.
Segala kerjasama dan pertimbangan pihak tuan adalah amat diharapkan dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang menurut perintah,

( AHMAD BIN MUHAMMAD )


Guru Besar

Sekolah ___________________
s.k

1. Fail

Вам также может понравиться